modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 6

52
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2015

Upload: rosell-roseliana-rusli

Post on 19-Jan-2017

234 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS TAHUN 6

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2015

Page 2: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

2

Cetakan Pertama 2015

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-

apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain

sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 3: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

3

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Isi Kandungan

Pendahuluan

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mikroorganisma

Interaksi antara Haiwan

Tumbuhan Terancam

Geseran

Pengawetan Makanan

Bahan Buangan

Page 4: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

4

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul

selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara

menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka

untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad

ke-21.

Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa

unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap

unit dalam modul ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah

sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang

terdapat dalam model mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian

murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada

keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 6.

Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping

menggabungjalin pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen

TMK, keusahawanan dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam

modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan

pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai

kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai Standard Pembelajaran yang telah

ditetapkan.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik

bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping

menyediakan suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun, cadangan aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad.

Guru digalakkan mengubahsuai modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan

yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakkan membina modul p&p yang

bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan

kreativiti mereka sendiri.

Dalam proses penyediaan modul ini, banyak pihak yang turut sama terlibat.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran,

masa dan tenaga sehingga terhasilnya modul ini.

Page 5: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

5

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

MIKROORGANISMA

Page 6: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

6

MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 ADIL

TEMA / TAJUK Sains Hayat / Mikroorganisma

MASA 60 minit

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1.2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : a) Menyatakan mikroorganisma bernafas b) Mengitlak bahawa mikroorganisma adalah benda hidup

kerana menjalani proses hidup

KPS Memerhati, Membuat inferens, berkomunikasi

AKTIVITI

Orientasi : 1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai benda hidup

Guru: Apa ciri benda hidup yang telah kamu pelajari? Jawapan murid : Bernafas, bergerak, membiak dan membesar

Guru: Bagaimana pula dengan mikroorganisma yang telah kamu kenal jenis dan contohnya? Adakah mikroorganisma juga benda hidup? (terima sebarang jawapan murid)

Aktiviti 1: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil bahan-bahan yang

telah disediakan. 3. Murid menjalankan penyiasatan terhadap yis. (Lembaran

Aktiviti 1) 4. Murid melaporkan pemerhatian mereka terhadap aktiviti yang

telah dijalankan.

Page 7: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

7

Aktiviti 2: 1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan hasil

penyiasatan yang telah dilakukan. Guru: Apa yang terjadi kepada belon setelah dibiarkan beberapa lama? Murid: Belon membesar, belon berkembang Guru: Menurut pandangan kamu, mengapa belon tersebut mengembang? (terima sebarang jawapan murid) Guru: Apabila kamu bernafas, apa yang kamu hembus? Murid: Udara, karbon dioksida

2. Guru membimbing murid untuk mengaitkan pernafasan dengan pengembangan belon yang diletakkan pada mulut botol.

3. Guru meneruskan sesi soal jawab mengenai proses hidup yang dilalui oleh benda hidup.

Guru: Pernahkah kamu melihat kulapuk pada roti? Murid: Pernah Guru: Apa yang akan terjadi pada kulapok roti sekiranya kamu membiarkannya untuk beberapa hari lagi? Murid: Semakin banyak, bertambah

Guru: Itu membuktikan kulapuk roti juga membiak dan membesar

Page 8: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

8

Aktiviti 3:

1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan pergerakan mikroorganisma.

Guru: Selepas kamu melalui aktiviti hari ini, adakah kamu berpendapat mikroorgansma adalah benda hidup Murid: Ya Guru: Mengapa kamu berkata begitu? Murid: Mikroorganisma membuat/menjalankan semua proses hidup seperti manusia.

BAHAN P&P Yis, botol plastik, belon

EMK

REFLEKSI

Page 9: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

9

LEMBARAN PENYIASATAN 1

1. Apa bahan yang diberi:

a) ____________________________________________

b) ____________________________________________

c) ____________________________________________

2. Apa yang saya perlu buat dengan bahan-bahan yang diberi?

a) ___________________________________________________________

b) ___________________________________________________________

c) ___________________________________________________________

3. Apa yang saya perhatikan selepas 15 minit?

Page 10: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

10

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

INTERAKSI ANTARA HAIWAN

Page 11: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

11

MATA PELAJARAN Sains

KELAS 6 Bestari

TEMA/ TAJUK Sains Hayat / Interaksi antara haiwan

MASA 60 minit

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 dan 4.1.2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan bahawa haiwan hidup berkumpulan dan hidup

bersendirian 2. Memberikan contoh-contoh haiwan hidup berkumpulan dan

haiwan hidup bersendirian. 3. Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup

berkumpulan dan hidup secara bersendirian.

KPS

Memerhati , Berkomunikasi dan Mengelas.

AKTIVITI

Aktiviti 1:

1. Murid ditunjukkan gambar haiwan-haiwan. (lipan, semut, kerbau, singa, tikus, lipas, kuda belang dan harimau)

2. Murid diminta melekatkan gambar haiwan-haiwan tersebut pada

peta bulatan di papan putih dan menamakan haiwan-haiwan tersebut.

3. Guru mengemukakan soalan di mana biasanya haiwan-haiwan itu ditemui .

Aktiviti 2: 1. Murid menonton video tentang cara hidup haiwan.

2. Murid ditanya apa yang mereka perhatikan tentang cara hidup

haiwan.

3. Semua jawapan murid diterima oleh guru.

Page 12: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

12

Aktiviti 3:

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan kad gambar haiwan/model haiwan dan dikehendaki berbincang sama ada haiwan tersebut hidup secara berkumpulan dan bersendirian.

3. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang dilabel ‘Hidup Berkumpulan’ atau stesen ‘Hidup Bersendirian’

4. Setiap wakil akan menyatakan mengapa mereka bergerak ke arah stesen berkenaan.

Aktiviti 4:

1. Murid menonton tayangan video animasi yang menunjukkan

kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian.

2. Murid diminta menyatakan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan bersendirian dalam peta pokok.

3. Murid dan guru berbincang tentang kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian berdasarkan peta pokok yang dilakarkan oleh murid.

4. Hasil kerja murid dipaparkan di papan putih.

Aktiviti 5

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lembaran 1 )

2. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan berkenaan kepada haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersedirian.

EMK Nilai Murni , Kreativiti

BBB Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung

REFLEKSI

Page 13: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

13

PETA BULATAN

HAIWAN

Page 14: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

14

Aktiviti 2 - KAD TUGASAN

1. Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan satu kumpulan terdiri daripada

6 orang ahli.

2. Murid diberikan satu gambar haiwan atau model haiwan yang maujud untuk

setiap kumpulan.

3. Murid dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan tentang gambar haiwan

yang telah diberi oleh guru tentang haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau

Hidup Bersendirian’.

4. Murid diberi masa 2 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang

keputusan berdasarkan gambar tersebut sama ada haiwan tersebut ‘Hidup

Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’.

5. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen sama ada ke stesen

“Haiwan Berkumpulan” atau “Haiwan Bersendirian” yang telah disediakan oleh

guru.

6. Murid akan bersoal jawab dengan guru tentang kenapa mereka telah memilih

stesen tersebut.

Page 15: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

15

KAD GAMBAR

Page 16: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

16

Page 17: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

17

Page 18: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

18

LEMBARAN KERJA

Kelaskan haiwan – haiwan yang berikut mengikut kumpulan yang betul dan lengkapkan

peta pokok di bawah:

Page 19: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

19

Peta pokok untuk lembaran kerja 1

CARA HIDUP HAIWAN

HIDUP BERSENDIRIAN HIDUP BERKUMPULAN

Page 20: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

20

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

TUMBUHAN TERANCAM

Page 21: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

21

MATA PELAJARAN Sains

KELAS 6 Cemerlang

TEMA / TAJUK Sains Hayat / Tumbuhan

MASA 60 minit

STANDARD

PEMBELAJARAN 5.1.3 dan 5.1.4

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,

1.Menyatakan contoh tumbuhan yang terancam.

2.Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman terhadap

tumbuhan dan cara mengatasinya.

KPS Memerhati , Membuat inferens , Berkomunikasi

AKTIVITI

Orientasi (5 minit) 1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama video lagu

Hijau nyanyian Zainal Abidin. ( Lirik lagu disertakan dalam lampiran 1 ) (http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw ) 2. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru : Daripada lagu ini, apakah aktiviti yang kamu boleh perhatikan? Murid : Menebang pokok/ Kemusnahan alam/ Pencemaran.

Pencetusan idea (10 minit) 1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga kepada

murid.

2. Guru meminta murid melabelkan gambar dengan nama tumbuhan hasil pembacaan artikel yang diberi.

3. Murid mula melabel gambar dengan kata nama khas yang sesuai yang terdapat dalam artikel.

Page 22: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

22

Penstrukturan idea (10 minit) 1. Murid menonton tayangan slaid / gambar contoh tumbuhan

terancam. (melalui tayangan slaid / gambar ini, murid akan menentukan sendiri sama ada mereka telah melabel dengan betul atau tidak)

Guru : Pernahkah anda menemui pokok ini di persekitaran rumah/kawasan kediaman anda? Murid : Tidak cikgu. Guru : Di manakah bunga ini boleh dijumpai ? Murid : Hutan (terima sebarang jawapan) Guru : Mengapakah bunga ini susah ditemui ? Murid : Ia hanya hidup di hutan yang tertentu sahaja/pokok ini tidak banyak di Malaysia / semakin terancam (terima sebarang jawapan) Guru : Kenapa tumbuhan tersebut terancam?

Murid : Hutan terbakar/ banjir/ pokok di tebang (terima sebarang jawapan) Guru : Adakah kita biarkan sahaja situasi ini terus berlaku? Murid : Tidak. Guru : Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini?

Murid : Panggil bomba / Tanam pokok / Elakkan pembakaran hutan (terima sebarang jawapan)

Catatan : Guru menambah baik jawapan murid

Page 23: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

23

Aplikasi idea (25 minit) 1. Murid melakukan aktiviti berkumpulan.

2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri

daripada 6 orang ahli.

3. Setiap kumpulan diberikan kad gambar tumbuhan dan dikehendaki berbincang faktor ancaman dan cara mengatasi.

4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk peta pemikiran dengan bimbingan guru.

Catatan :

Guru digalakkan mendapatkan gambar penuh pokok merangkumi ciri-ciri, akar dan sebagainya. Jika tumbuhan berkenaaan berada di persekitaran guru digalakkan menunjukkan tumbuhan sebenar.

Refleksi (10 minit) 1. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan dari

lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid.

2. Guru mengaitkan set induksi tadi dengan hasil pembelajaran.

Pengayaan Murid membina replika bunga Rafflesia dalam kumpulan dengan bahan-bahan buanga (mengikut kesesuaian murid dan sekolah)

EMK TMK, Kreativiti Bahasa dan Nilai

BAHAN BANTU

BELAJAR

lagu , slaid , kad gambar , TMK , artikel berkenaan jenis-jenis

tumbuhan terancam berserta penerangan (diberi sebelum

pengajaran)

REFLEKSI Lembaran 1

Page 24: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

24

LAMPIRAN Aktiviti 1

Lirik Lagu Hijau – Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo

Page 25: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

25

KAD TUGASAN 1

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil

perbincangan.

Page 26: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

26

KAD TUGASAN 2

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil

perbincangan.

Page 27: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

27

KAD TUGASAN 3

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil

perbincangan.

Page 28: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

28

KAD TUGASAN 4

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil

perbincangan.

Page 29: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

29

KAD TUGASAN 5

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil

perbincangan.

Page 30: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

30

PETA PEMIKIRAN

Page 31: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

31

Lembaran Kerja

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Jadual menunjukkan bilangan pokok meranti di sebuah habitat semula jadi.

Tahun 1995 2000 2005 2010 2015

Bilangan

pokok

meranti

970 860 740 610

1. Apakah corak perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010.

__________________________________________________________

2. Nyatakan dua sebab ( inferens ) tentang perubahan bilangan pokok meranti dari

tahun 1995 hingga 2010 ?

________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi tumbuhan daripada ancaman?

i. __________________________________________________

ii. _________________________________________________

iii. __________________________________________________

4. Ramalkan bilangan pokok meranti pada tahun 2015 ?

__________________________________________________________________

Page 32: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

32

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

DAYA

Page 33: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

33

MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 STIGMA (30 orang)

TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Daya

TEMPOH MASA 60 minit

STANDARD PEMBELAJARAN

6.2.1, 6.2.2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : c) Menyatakan maksud daya geseran d) Menjalankan eksperimen bagi mengenal pasti jarak

gerakan objek di atas 4 permukaan yang berbeza

KPS Mengeksperimen

AKTIVITI Aktiviti 1: 2. Guru memanggil seorang murid untuk menolak objek yang

berat di atas lantai kelas. (contohnya kotak yang diisi benda berat). Guru : Sukar atau mudah untuk kamu menolak kotak tersebut? Murid : Mudah Guru: Bagaimana pula jika kamu menolak kotak tersebut berada atas permaidani? Murid: Mungkin lebih sukar (terima sebarang jawapan murid)

Guru: Mengapa terjadi demikian? Murid: Kerana permukaan permaidani lebih kasar / banyak bulu

3. Guru menerangkan mengenai daya geseran yang berlaku pada kotak yang digerakkan di atas permukaan (boleh menggunakan Lampiran A sebagai bahan bantu).

4. Guru meminta murid menguji sendiri pendapat mengenai sukar atau senang menolak sesuatu yang berat pada permukaan berlainan melalui aktiviti seterusnya.

Page 34: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

34

Aktiviti 2: 2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

3. Murid-murid diminta menjalankan satu eksperimen untuk

mengkaji sama ada jenis permukaan mempengaruhi jarak pergerakan kereta mainan.

4. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, seorang pencatat dan yang selebihnya akan mengukur jarak pergerakan kereta mainan secara bergilir-gilir.

5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran

Penyiasatan untuk membantu mereka menjalankan ekpserimen tesebut.

6. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 6-8 minit bagi

setiap permukaan untuk diuji. *Guru dicadangkan menggunakan wisel untuk mengawal murid. Setiap kumpulan disarankan agar menjalankan percubaan sebanyak 3 atau 4 kali bagi mendapatkan kejituan jawapan. 7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja

kumpulan di hadapan makmal. 8. Murid berbincang dengan guru hasil dapatan eksperimen

yang dijalankan.

9. Murid membuat kesimpulan mengenai daya geseran dengan bimbingan guru.

BAHAN P&P Papan 1 m, pita pengukur, kereta mainan, permukaan bersimen, permukaan berjubin, permukaan bertar, permukaan plastik, lembaran penyiasatan

EMK Sains dan Teknologi dan nilai murni

REFLEKSI

Page 35: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

35

LAMPIRAN A

Aktiviti : Objek ditolak ke arah kanan.

objek

permukaan arah gerakan

lantai

Konsep 1:

Geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan

( Objek bersentuhan dengan permukaan lantai semasa bergerak)

objek

permukaan arah gerakan

lantai

arah geseran

Konsep 2:

Geseran menentang arah gerakan sesuatu objek.

Page 36: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

36

LEMBARAN PENYIASATAN

4. Apa bahan yang diberi kepada kumpulan:

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

5. Pada pendapat saya:

a. Kereta mainan akan bergerak paling jauh di atas permukaan

_______________

b. Kereta mainan akan bergerak paling dekat di atas permukaan

______________

6. Apa yang perlu dilakukan untuk menguji kesukaran kereta mainan bergerak di

atas permukaan yang berlainan?

a) ___________________________________________________________

b) ___________________________________________________________

c) ___________________________________________________________

d) ___________________________________________________________

e) ___________________________________________________________

f) ___________________________________________________________

jarak dilalui

landasan

batu-bata

Kereta mainan

Page 37: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

37

7. Apa yang saya perhatikan dan rekodkan?

8. Perbincangan:

a) Pada permukaan manakah kereta bergerak dengan jarak yang paling

dekat?

___________________________________________________________

b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a).

___________________________________________________________

c) Pada permukaan manakan kereta bergerak dengan jarak yang paling

jauh?

___________________________________________________________

d) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (c).

___________________________________________________________

e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya pada pemukaan

yang telah kamu uji?

Jenis Permukaan Jarak yang dilalui oleh kereta

Page 38: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

38

MODUL PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

PENGAWETAN MAKANAN

Page 39: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

39

MATA PELAJARAN Sains

KELAS

6 IXORA

TEMA / TAJUK Sains Bahan / Pengawetan Makanan

STANDARD PEMBELAJARAN

8.1.1 , 8.1.2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Murid boleh: i) Menjelas dengan contoh ciri-ciri makanan yang telah

rosak melalui pemerhatian pada makanan yang sebenar.

ii) Menentukan faktor air boleh mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma secara penyiasatan.

TEMPOH 60 minit

SUMBER makanan yang segar dan yang telah rosak(susu , roti , kek, buah limau, kari ayam , Ikan, kuih, strawberi, bayam, nasi), kanta pembesar

SPS Pemerhatian ,Membuat inferens, Berkomunikasi, Meramal, Mentafsir data, Menggunakan perhubungan ruang dan masa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari tentang jenis-jenis mikroorganisma dan kerosakan makanan disebabkan oleh mikroorganisma.

AKTIVITI Aktiviti 1: 1. Murid bersoaljawab dengan guru:

Guru: Adakah kamu minum susu? Apakah rasanya? Murid: Pernah. Rasanya sedap Guru: Jika susu tersebut dibiarkan beberapa hari , apa akan

terjadi kepada susu berkenaan? Murid: Rasa tak sedap, bau busuk/masam Guru: Apakah yang menyebabkan kerosakan makanan? Murid: Letak di luar peti ais/ ada kuman (terima sebarang jawapan murid)

Page 40: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

40

Aktiviti 2: 1. Murid ditunjukkan dua gelas susu. (susu tidak rosak dan

susu telah rosak) Guru: Apakah perbezaan cecair dalam kedua-dua gelas? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)

2. Kemudian murid ditunjukkan 2 keping roti. (roti berkulat dan tidak berkulat) Guru: Apa pula perbezaan pada kedua-dua keping roti ini? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)

Catatan: Jawapan murid tidak dibetulkan pada ketika ini tetapi dicatat untuk perbincangan di fasa refleksi.

Aktiviti 3: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan 2 sampel makanan yang

berbeza iaitu makanan yang telah rosak dan yang belum rosak. (Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi).

3. Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan

menggunakan kanta pembesar. 4. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas

yang diberikan dengan bantuan peta bulatan. 5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil

pemerhatian dan dibimbing oleh guru.

6. Murid dikehendaki mengaitkan ciri-ciri makanan yang telah rosak berpandukan hasil pemerhatian.

7. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dan 2.

8. Murid diberi masa untuk menjawab kemudian dibincang dalam kelas.

Page 41: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

41

Aktiviti 4: 1. Murid bersoaljawab dengan guru.

Guru: Pada pendapat kamu, mengapa susu dan roti tadi boleh menjadi rosak? Murid: Mikroorganisma/kuman/bakteria

Guru: Apakah faktor yang memudahkan mikroorganisma membiak pada makanan?

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberikan 2 keping roti. Murid melakukan aktiviti berikut pada roti tersebut. Roti A : Direnjis dengan air Roti B : Tidak direnjis dengan air

Kedua-duanya dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan dan diikat serta diletakkan di meja belakang bilik sains.

4. Murid diminta membuat pemerhatian dan merekod

keadaan permukaan roti berkenaan setiap hari selama seminggu.

5. Murid dimaklumkan perbincangan lanjut mengenai penyiasatan ke atas faktor yang mempengaruhi mikroorganisma berkenaan pada masa akan datang.

Aktiviti 5: 1. Murid diminta merujuk kepada jawapan soaljawab semasa

Aktiviti 2 untuk dibandingkan dengan idea yang baru dipelajari.

2. Murid diminta membuat pembetulan jika idea awal mereka tidak betul atau tidak lengkap.

3. Murid bersoaljawab dengan guru dalam membuat rumusan.

Apakah yang menyebabkan makanan rosak?

Apakah ciri-ciri pada makanan rosak?

EMK Bahasa, nilai murni

Page 42: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

42

BBM Susu segar, susu masam, roti, roti yan berkulapok, kuih, buah, sayuran, nasi, kanta pembesar

REFLEKSI

Page 43: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

43

LEMBARAN KERJA 1

Arahan: Lengapkan jadual di bawah.

MAKANAN CIRI-CIRI MAKANAN

ROSAK

DERIA YANG

DIGUNAKAN

nasi

susu

daging

sayuran

roti

Page 44: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

44

LEMBARAN KERJA 2

Tuliskan keadaan/ciri makanan apabila menjadi rosak.

Page 45: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

45

PETA PEMIKIRAN

Arahan : Isikan maklumat berkenaan pada peta pemikiran di bawah.

CIRI- CIRI

MAKANAN

ROSAK

Page 46: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

46

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS

TAHUN 6

BAHAN BUANGAN

Page 47: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

47

MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 DAHLIA

TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Bahan Buangan

TEMPOH MASA 60 minit

STANDARD PEMBELAJARAN

9.1.3, 9.1.4

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Murid akan dapat iii) Menyatakan maksud bahan buangan

terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi. iv) Mengelaskan bahan buangan kepada bahan

buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi

KPS Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi

AKTIVITI Aktiviti 1: 1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan bahan

buangan. 2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar

tersebut.

Apakah yang kamu lihat tadi?

Apakah barang-barang yang sering kamu buang? Aktiviti 2: 1. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan gambar yang menunjukkan

jenis bahan buangan. 3. Murid diminta mengenalpasti jenis bahan buangan pada

gambar. 4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan

contoh bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi pada kertas mahjong dalam kumpulan kecil .

*Semua jawapan murid dipamerkan kepada kelas tanpa membincangkan jawapan yang telah diberikan.

Page 48: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

48

Aktiviti 3: 1. Murid menonton tayangan video tentang proses

pereputan bahan buangan. (Guru boleh juga menggunakan gambar untuk menunjukkan proses pereputan)

2. Murid membuat sumbang saran tentang maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan tayangan video.

Apakah yang berlaku pada bahan buangan dalam tayangan tadi?

Nyatakan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan pendapat anda?

3. Murid merumuskan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi dengan bimbingan guru.

Aplikasi Idea ( 20 minit) 1. Murid mengumpul maklumat keratan akhbar dan

membuat perbincangan dalam kumpulan kecil tentang kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan buangan terbiodegradasi.

2. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka. (Cadangan aktiviti lain : puzzle berkaitan jenis bahan

buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi)

Refleksi (5 minit) 1. Guru meminta murid menilai semula peta pokok di awal

pembelajaran. 2. Murid diminta membuat buku skrap secara berpasangan

berkaitan bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi.

BBM Gambar bahan buangan, video, kertas mahjong, akhbar

EMK Keusahawanan dan nilai murni

PENTAKSIRAN Peta pokok dan buku skrap

PEMULIHAN Guru membantu memurnikan peta pokok

PENGAYAAN Murid-murid menghasilkan buku skrap

Page 49: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

49

GAMBAR BAHAN BUANGAN

Page 50: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

50

Page 51: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

51

Page 52: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

MODUL PdP SAINS TAHUN 6

52