modul pembelajaran director mx

Upload: haffiuzdin-bin-abd-aziz

Post on 08-Jan-2016

257 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

>>>>

TRANSCRIPT

Modul Director 8.5

DIRECTOR MX (Bahagian 1)UNIT 1

Pengenalan

Objektif

Memahami kegunaan Director di dalam produksi multimedia

Mengetahui bagaimana memulakan alat pengarangan Director

Mengenali antara muka Director dan menyenaraikan fungsi tetingkap

Stage

Cast

Score

Text

Paint

Mengubah setting stage

Alat pengarangan Director digunakan secara meluas dalam pembangunan produksi atau persembahan multimedia. Director mempunyai keistimewaan tersendiri dalam penghasilan produksi multimedia interaktif yang kompleks.

Director berkeupayaan menghasilkan multimedia untuk World Wide Web, kiosk maklumat dan TV interaktif. Kebanyakan produksi multimedia yang dihasilkan digunakan dalam bidang pendidikan. Pembelajaran kendiri berasaskan multimedia yang dihasilkan menggunakan Director telah memudahkan lagi penguasaan pelajar di dalam suatu disiplin ilmu.

Dengan menggunakan Lingo, Director boleh menghasilkan produksi multimedia yang berinteraktif. Director menggunakan time frame berasaskan metafora movie. Fitur ini sangat sesuai untuk penghasilan produksi multimedia beranimasi.

Modul ini menggunakan alat pengarangan Director MX. Ia boleh dimulakan seperti berikut:

Mulakan komputer hingga desktop windows dipaparkan.

1. Klik pada butang menu start.

2. Klik pada Programs3. Klik pada Macromedia

4. Klik pada Macromedia Director MXRingkasan langkah-langkah memulakan Director MX adalah seperti berikut:

Start > Programs > Macromedia > Macromedia Director MX

Antaramuka Director MX

Menu bar bar yang mengandungi senarai arahan

Toolbar bar yang mengandungi ikon arahan

Toolbox kotak alatan yang mengandungi ikon-ikon arahan untuk mencipta elemen baru.

Stage ruang untuk memaparkan elemen-elemen multimedia seperti grafik, video dan animasi.

Score Organisasi, tempoh masa dan kawalan kandungan movie dalam sesuatu media dalam barisan yang dipanggil saluran (channels).

Cast memaparkah ahli-ahli cast dalam sesuatu movie seperti bunyi, grafik, teks dan movie lain

1. Apabila sesuatu elemen grafik dimasukkan ke dalam Stage, maklumat tentang elemen itu dipaparkan dalam Stage dan Score. Berikut adalah paparan pada stage, cast window dan score apabila sesuatu elemen grafik dimasukkan:

3. Apabila elemen kedua dimasukkan, contohnya elemen teks, score akan memaparkan maklumat tentang elemen itu pada baris kedua seperti berikut:

Tetingkap Score

Tetingkap score terdiri daripada saluran (channel) dan bingkai (frame). Saluran ialah bahagian yang memaparkan elemen multimedia, Lingo, masa (tempo) dan kesan peralihan (transition).

Transition channel - memaparkan trasition pada bingkai tersebut

Script channel memasukkan Script Lingo pada bingkai tersebut

Sprite channel memaparkan elemen teks, grafik, animasi dan video pada bingkai yang dipilih

Sound channel memasukkan elemen audio atau kesan bunyi.

Tempo channel mengawal masa pergerakan movieMengubah Setting Stage.

Stage memaparkan elemen-elemen grafik, animasi, dan video. Pengguna dapat melihat persembahan produksi multimedia pada ruang ini seperti berikut:

Stage

Untuk membuat setting mengikut kesesuaian produksi yang hendak dihasilkan, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut.

1. Pilih Modify > Movie > Properties seperti berikut:

2. Satu tetingkap seperti berikut akan muncul:

3. Biasanya Director akan dipaparkan dengan saiz stage 320 X 240 dengan berlatarkan warna putih.

4. Untuk menukarkan saiz stage kepada 800 X 600 piksel, lakukan langkah-langkah berikut:

a. Klik pada anak panah seperti dalam rajah di bawah:

5. Seterusnya pilih saiz stage 800 X 600 seperti berikut:

6. Untuk menukarkan warna latar pada stage, lakukan langkah-langkah seperti berikut:

a. Klik dan jangan lepaskan tetikus pada kotak di bawah

b. Satu palet warna akan muncul. Seterusnya pilih warna latar mengikut kesesuaian produksi multimedia.

Tetingkap Cast1. Tetingkap cast adalah ruang untuk meletakkan elemen-elemen seperti:

teks

grafik

audio

video

animasi

2. Selain itu elemen-elemen lain juga boleh dimasukkan ke dalam cast seperti:

a) skrip lingo dan

b) movie3. Kita boleh masukkan elemen-elemen asas ke dalam Director dengan cara berikut:

Tetingkap Cast

a) Tunjuk pada kotak yang kosong atau yang pertama dan klik butang kanan tetikus.

b) Satu tetingkap baru akan muncul.

c) Seterusnya pilih arahan Import untuk memasukkan elemen yang dikehendaki.

d) Untuk memilih fail yang hendak dimasukkan ke dalam cast, lakukan langkah-langkah berikut selepas satu tetingkap seperti di bawah muncul.

a. klik pada nama fail yang hendak diimport

b. klik butang Add.

c. Seterusnya klik butang Import.

4. Cast akan memaparkan elemen yang dimasukkan seperti berikut:

5. Cara yang sama boleh digunakan untuk mengimport fail-fail audio, video, dan animasi.

Toolbox

Toolbox adalah kotak alatan yang mengandungi ikon-ikon arahan untuk mencipta elemen-elemen bitmap seperti teks, kotak, dan garisan. Ia juga mengandungi ikon-ikon untuk melakukan arahan-arahan seperti menggerakkan elemen, menukarkan warna dan corak elemen.

Kotak Alatan

Nama IkonTujuanNama IkonTujuan

Arrowmembuat pilihan pada objekRotate and Skewmemutarkan objek

Handmenggerakkan stagekantamembesarkan ruang kerja di stage

Textmemasukkan teksgarisanmelukiskan garisan berbagai arah

Filled Rectanglemelukis kotak yang berwarnaRectanglemelukis kotak berbingkai sahaja

Filled Round Rectanglemelukiskan bentuk bujur yang berwarnaRound Rectanglemelukis bujur berbingkai sahaja

Filled Ellipsemelukis bulatan yang berwarnaEllipsemelukis bentuk elip

Check Boxmemasukkan elemen interaktifRadio Buttonmemasukkan elemen interaktif

Patternmemasukkan berbagai corak ke dalam bentuk yang dilukisketebalan garisanmenukarkan ketebalan garisan yang dihasilkan

Tetingkap Teks

Teks boleh dimasukkan dengan dua cara, pertama, dengan memilih butang pada kotak alatan dan kedua, dengan memilih butang teks pada tool bar seperti di bawah:

Jika pilih butang dari kotak alatan maka teks boleh ditaipkan terus pada stage dengan cara klik pada dan seret ke dalam stage. Jika pilih butang teks dari toolbar, satu tetingkap seperti berikut akan muncul:

Seterusnya teks boleh ditaip pada ruang yang disediakan. Tetingkap teks juga menyediakan kemudahan mengedit teks, menukar fon, saiz, warna, dan stail fon. Selepas selesai menaipkan teks, klik butang untuk keluar dari tetingkap teks.

Kini teks hanya kelihatan pada cast. Untuk memindahkan teks dari cast ke stage, klik pada teks dalam cast dan seret ke dalam stage seperti berikut :

Tetingkap Paint

Tetingkap paint menyediakan kemudahan untuk melukis serta mengedit imej mengikut kesesuaian untuk produksi bahan multimedia. Sebarang imej yang dilukiskan menerusi tetingkap paint, ia akan dimasukkan ke dalam cast. Tetingkap paint boleh dibuka dengan klik pada butang berikut:

Setelah butang tersebut di klik, anda akan dapati sebuat tetingkap baru seperti berikut muncul :

Fungsi tools pada tetingkap paint

Eraser

- Memadam objek yang dipaparan paint window

Text

- Memasukkan teks

Paint Bucket

- Mewarnakan piksel dengan warna latar depan

berdasarkan setting warna yang ditentukan.

Filled Object

- Melakarkan bentuk poligon berwarna

Foreground &- Membentuk dan mengubah warna bagi sesuatu

Background color objek dan latar belakang objek.

Line

- Melakarkan garisan lurus (stroke)

Gradient Color- Mengubah sesuatu warna objek menjadi gradient

Lasso - Membuat pilihan berbentuk bebas

Marquee - Membuat pilihan berbentuk segiempat.

Lingo

Lingo menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan produksi multimedia apabila disiapkan kelak. Penggunaan Lingo tidak memerlukan kepakaran yang tinggi seperti bahasa pengaturcaraan yang biasa digunakan.

Lingo digunakan apabila pembangun ingin memasukkan ciri-ciri interaktiviti seperti memberi arahan tertentu dalam produksi multimedia. Set-set arahan yang dibuat menerusi Lingo dipanggil script.

Berikut merupakan satu contoh Lingo yang telah dimasukkan untuk mengawal pergerakan persembahan apabila ia dimainkan.

Biasanya Lingo digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

mengawal navigasi persembahan

interaksi daripada pengguna dengan menggunakan tetikus atau papan kekunci

memain atau menghentikan audio, kesan bunyi dan video

dan sebagainya

DIRECTOR MX (Bahagian 2)UNIT 1

Membina Teks

Objektif

membina, mengedit dan memformat teks dengan menggunakan text editorTeks merupakan elemen yang paling asas serta luas penggunaannya di dalam pembangunan sesebuah persembahan multimedia. Teks digunakan beberapa untuk tujuan seperti tajuk persembahan, penerangan, penyampaian maklumat, melabel dan sebagainya.

1.Buka program Macromedia Director MX

Start > Programs > Macromedia > Macromedia Director MX

AKTIVITI 1

1. Klik Window >Text dari palang menu atau Ctrl + 6 seperti di bawah:

2. Untuk memasukkan teks, anda boleh juga gunakan ikon teks yang terdapat di toolbar seperti di bawah

3. Tetingkap Text Editor akan muncul seperti rajah di bawah. Taipkan perkataan Macromedia Director ke dalamnya.

Tetingkap penyunting teks

4.Kemudian , klik pada butang New Cast Member untuk memasukkan teks yang berikut melalui Text Editor.

Director merupakan salah satu alat pengarangan yang digunakan secara meluas untuk pembangunan produksi atau persembahan multimedia

5.Selepas selesai menaip, tutupkan tetingkap dengan klik pada butang

6.Seterusnya klik dan seret kedua-dua teks yang telah anda taip tadi dari cast ke dalam stage.

7.Untuk memformat teks tajuk, dwiklik petak Cast Member yang pertama yang mengandungi teks Macromedia Director.

8.Tetingkap Text Editor muncul semula seperti berikut. Pilih font jenis Arial dan tukarkan saiznya kepada 24. Tukar Line Spacing kepada 28 dan klik pada butang bold. 9.Selepas selesai membuat suntingan, tutupkan tetingkap Text Editor dengan klik pada butang

10.Klik pada teks Macromedia Director

di stage. Tukar warna teks kepada

warna biru pada Property Inspector

dan Ink kepada Background

Transparent yang terletak di sebelah

kanan stage.

11.Seterusnya sunting pula teks penerangan dengan mengulangi langkah 7 hingga 10. Pilih font Arial dan tukarkan saiz kepada 20. Tukarkan Line spacing kepada 24. Fail anda akan seperti berikut.

12.Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai teks. Pilih

File > Save as dari menu utama.

13. Setelah namakan fail tersebut, klik butang Save.

DIRECTOR MX (Bahagian 2)UNIT 2

Mengimport grafik imej bitmap atau vektor

Objektif

Memasukkan teks dan grafik ke dalam stage

Menukar saiz grafik.

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi membangunkan sesebuah persembahan multimedia. Grafik membawa maklumat atau informasi yang disampaikan kepada seseorang pengguna sama ada dalam bentuk lukisan, lakaran, atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Grafik juga mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik boleh diintegerasikan ke dalam persembahan multimedia melalui pelbagai cara iaitu sebagai latar belakang skrin, antaramuka pengguna, gambar foto, carta lukisan dan butang .

AKTIVITI 1

1.Mulakan program Director MX seperti berikut:

Start > Programs > Macromedia > Macromedia Director MX

2.Anda perlu memasukkan elemen grafik ke dalam Macromedia Director.

3.Pada Bar Menu klik File > Import seperti berikut:

4.Fail grafik boleh diperolehi dalam folder modul Director MX > Fail Sumber > komputer.jpg.

5.Seterusnya tetingkap berikut akan muncul :

6.Klik butang OK

7.Grafik bitmap yang diimport, kini disimpan dalam tetingkap cast seperti berikut:

8.Anda perlu memindahkan grafik tersebut ke dalam stage dengan cara menyeretnya dari cast seperti berikut :

9.Perhatikan bahawa score juga turut memuatkan maklumat tentang grafik tersebut dalam bentuk sprite seperti berikut :

AKTIVITI 2

1. Untuk menukarkan saiz grafik, anda perlu menekan kekunci Shift pada papan kekunci diikuti dengan klik dan seret grafik tersebut dari mana-mana penjuru seperti berikut:

2. Kecilkan saiz grafik tersebut kepada 1/3 dari saiz asalnya.

3.Anda juga boleh menukarkan saiz grafik tersebut dengan cara berikut:

Klik pada grafik komputer. Tukarkan nilai W kepada 200 dan nilai H kepada 150.

4.Setelah memasukkan kedua-dua nilai, grafik tersebut akan kelihatan seperti berikut :

3. Anda boleh mengubah kedudukan grafik mengikut kesesuaian apabila hendak memasukkan teks nanti.

AKTIVITI 3

1.Sekarang anda perlu memasukkan teks berikut ke dalam stage :

Komputer Multimedia

2.Masukkan teks tersebut dengan klik pada ikon Text Window di palang menu. Gunakan Font Arial bersaiz 18. Pastikan Ink di Property Inspector bagi teks ini adalah Background Transparent.

3.Setelah selesai menaip, seret teks tersebut ke dalam Stage. Teks tersebut perlu kelihatan seperti berikut :

4.Jika anda ingin menyunting teks, dwiklik pada cast member teks berkenaan.

5.Simpan kerja anda dengan menamakan fail sebagai grafik. DIRECTOR MX (Bahagian 2)UNIT 3

Menghasilkan animasi pada teks dan grafik

Objektif

Memasukkan unsur animasi pada teks yang dibina

Memasukkan unsur animasi pada grafik

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan sesuatu objek. Animasi membolehkan sesuatu objek yang pegun atau statik bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup. Animasi dalam persembahan multimedia menjanjikan persembahan yang dinamik dan menarik.

AKTIVITI 1

1.Mulakan perisian Macromedia Director MX. Buka fail grafik yang anda cipta sebelum ini. Ikuti arahan seperti berikut: Pilih File > Open dari menu utama

2.Pilih fail grafik yang telah dicipta dalam folder DirectorMX seperti berikut:

3.Klik pada fail tersebut dan seterusnya klik butang Open.

AKTIVITI 2

1.Untuk memasukkan unsur animasi, pastikan tetingkap score sudah dibuka.

1. Perhatikan dua sprite akan kelihatan pada score seperti berikut.

2. Kini anda boleh menganimasikan teks tersebuta mengikut kesesuaian. Sebagai contohnya teks tersebut akan kelihatan bergerak dar kiri ke tangah stage apabila ia dimainkan.

3. Untuk memasukkan unsur animasi pada teks pilih teks Multimedia dengan klik pada teks tersebut.

4. Buka tetingkap properties. Pilih arahan Windows > Inspectors > Property dari menu utama.

5. Pastikan ketiga-tiga tetingkap kelihatan seperti berikut.

6. Selepas teks Multimedia dipilih, masukkan nilai-nilai baru X ke dalam property inspector.

7. Klik pada frame pertama sprite teks seperti berikut:

8. Masukkan nilai X yang pertama kepada -220 seperti berikut:

9. Seterusnya klik pada frame yang terakhir pada sprite teks seperti berikut:

10. Masukkan nilai X yang kedua iaiatu 47 seperti berikut:

11. Pada stage, kini kelihatan satu garisan panjang seperti berikut:

12. Garisan panjang tersebut menunjukkan arah laluan animasi bagi teks tersebut.

13. Mainkan persembahan anda dengan menekan butang Rewind dan Play seperti yang berikut:

Aktiviti 3

1. Untuk memasukkan unsur animasi pada grafik pilih imej tersebut dengan klik pada teks tersebut.

2. Seterusnya klik frame pertama sprite grafik dan masukkan nilai X yang pertama iaitu 450 seperti berikut:

3. Klik pada frame yang terakhir sprite grafik untuk memasukkan nilai X yang kedua iaiatu 160 seperti berikut:

4. Klik kembali pada grafik untuk memulakan persembahan.

5. Mainkan persembahan anda dengan menekan butang Rewind dan Play seperti yang berikut

6. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai animasi. Pilih File > Save as dari menu utama.

DIRECTOR MX (Bahagian 2)UNIT 4

Memasukkan Elemen Audio

Objektif

Mengimport dan mengintegrasikan elemen audio ke dalam persembahan

Semua maklumat tidak semestinya berbentuk visual semata-mata. Ada kalanya audio juga boleh digunakan bergantung kepada sesuatu keadaan. Audio atau bunyi merupakan elemen multimedia yang paling berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Antara kaedah bagaimana audio boleh diintegrasikan ke dalam sesebuah persembahan multimedia ialah sebagai kesan bunyi, suara latar, kesan bunyi khas dan muzik latar.

AKTIVITI 1

1.Mulakan program Macromedia Director.

2.Buka fail animasi yang anda cipta sebelum ini. Ikuti arahan seperti berikut:

Pilih File > Open dari menu utama

3.Pilih fail yang bernama animasi yang telah dicipta dalam modul 3.

4.Kini anda akan mengimport fail audio dari folder modul yang dibekalkan.

5.Untuk mengimport fail audio, pilih File > Import dari menu utama.

6.Fail audio tersebut terdapat dalam folder DirectorMX > Fail Sumber > Muzik.wav7.Cara untuk mengimport audio adalah seperti berikut:

8.Fail yang diimport akan berada di dalam cast windows seperti berikut:

9.Anda perlu memasukkan fail audio tersebut ke sound channel pada score dengan cara klik dan seret seperti berikut:

10.Klik pada butang Rewind dan Play untuk mengikuti persembahan.

11.Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai audio. Pilih File > Save as dari menu utama.

DIRECTOR MX (Bahagian 2)UNIT 5

Memasukkan elemen video

Objektif

Mengimport dan memasukkan fail video ke dalam persembahan.

Memasukkan unsur video di dalam persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara lebih efisyen. Video mampu memaparkan keadaan sebenar, menarik perhatian dan emosi pengguna.

AKTIVITI 1

1.Mulakan program Macromedia Director MX.

2.Untuk mengimport fail video, pilih File > Import dari menu utama.

3.Fail video terletak di dalam folder Fail Sumber dalam modul. Pilih fail yang bernama video dari folder tersebut.

4.Satu lagi tetingkap akan muncul seperti berikut:

5.Anda perlu memilih AVI kerana video yang diimport adalah terdiri dari format AVI.

6.Fail video yang diimport, kini berada di dalam tetingkap cast. Klik dan seretkan fail tersebut ke score seperti rajah berikut:

7.Pastikan sprite yang memuatkan video tadi diletakkan bermula dari frame pertama.

8.Klik pada mana bahagian pada sprite video.

Dalam tetingkap Property Inspector, tukarkan nilai akhir sprite dari 28 ke 30 untuk menambah masa paparan video. Kemudian klik kembali pada sprite video.

9.Dwiklik frame ke 30 pada tempo channel seperti berikut:

10.Tetingkap baru akan muncul. Lakukan arahan seperti berikut:

11.Untuk mengikuti persembahan klik butang Rewind dan Play.

12.Simpan fail tersebut dengan nama video.

DIRECTOR MX (Bahagian 3)UNIT 1

Persembahan Linear

Projek mini yang akan merangkumi kemahiran-kemahiran seperti berikut :

Membuat setting asas movie saiz stage warna latar stage Memastikan tetingkap-tetingkap dipaparkan

tetingkap stage tetingkap score tetingkap cast tetingkap property inspector Mengimport grafik-grafik yang disediakan

mengubah jarak atau panjang sprite

Mengimport fail audio

mengubah setting tempo pada frame Mengimport fail video

mengubah setting tempo pada framePada akhir projek ini anda akan menghasilkan satu persembahan multimedia yang linear di mana elemen-elemen teks, grafik, audio dan video diintegrasikan bersama.

Aktiviti 1

Mengimport elemen-elemen grafik, audio dan video

1. Mulakan program Macromedia Director MX

2. Pastikan tetingkap stage, score, cast dan property berada seperti berikut :

3. Jika ada tetingkap yang tidak dipaparkan, anda boleh buka tetingkap tersebut dari lokasi yang berikut:

Stage : Window > Stage atau Ctrl + 1

Score : Window > Score atau Ctrl + 4

Cast : Window > Cast atau Ctrl + 3

Property Inspector : Window > Inspector > Property atau Ctrl + Alt + S

4. Anda perlu mengimport elemen-elemen berikut ke dalam cast:

grafik : 8 fail

audio : 1 fail

video : 1 fail

5. Untuk mengimport fail-fail tersebut pilih arahan yang berikut:

File > Import

6. Kesemua fail sumber terdapat di dalam folder Fail Sumber

7. Kita boleh memilih butang Add All kerana kesemua fail yang terdapat di dalam folder tersebut akan digunakan dalam projek ini.

8. Satu lagi tetingkap akan menyusul untuk menentukan format bagi setiap fail yang diimport. Pilih image 32 bits atau klik butang OK bagi fail-fail grafik. Biarkan pilihan-pilihan yang dibuat secara default.

9. Untuk fail video, anda perlu memilih AVI seperti berikut sebelum klik butang OK.

Aktiviti 2

Memasukkan elemen-elemen grafik, audio dan video ke dalam score

1. Sebelum memasukkan grafik ke dalam score, anda perlu mengubah saiz paparan stage dari 100 % ke 50 %. Ini adalah untuk mendapatkan paparan keseluruhan stage dan akan memudahkan anda meletakkan setiap grafik pada posisi yang betul.

2. Langkah ini boleh dilakukan seperti berikut.

3. Tukarkan saiz paparan persembahan ke 800 x 600.

4. Klik pada mana-mana bahagian di dalam stage untuk mengaktifkan Property5. Kemudian, dalam property inspector, pilih saiz 800 x 600 seperti berikut.

6. Seretkan grafik selamat datang dari cast ke dalam score.

7. Klik pada sprite grafik selamat datang.

8. Masukkan nilai 10 pada penghujung sprite seperti berikut.

9. Klik kembali pada sprite tersebut.

10. Anda mendapati panjang sprite tersebut berubah seperti berikut.

11. Ulangi langkah 6 hingga 9 untuk memasukkan grafik KL 1 dari cast ke dalam score.

12. Klik sprite KL 1 dan masukkan nilai 20 pada property inspector.

13. Kedudukan sprite akan kelihatan seperti berikut setelah nilai baru bagi sprite kedua dimasukkan.

14. Ulangi langkah 6 hingga 9 di atas untuk semua grafik dan masukkan nilai-nilai baru seperti berikut.

GrafikNilai baru

KL 230

KL 340

KL 450

KL 560

KL 670

KL 780

KL 890

Aktiviti 3

Memasukkan teks ke dalam score1. Aktifkan tetingkap Text Editor2. Taipkan teks Malaysia seperti berikut ke dalam text editor.

3. Highlightkan teks tersebut dan tekan kekunci Ctrl +T.

4. Tetingkap text inspector seperti berikut akan muncul.

5. Tukarkan saiz dan jenis font kepada 48 dan Arial Black.

6. Buat jajaran tengah (Align center).7. Tutup tetingkap text editor dan text inspector.8. Masukkan teks tersebut dari cast ke dalam score.

9. Klik pada sprite teks dan masukkan nilai 90 ke dalam property inspector.

10. Klik kembali pada mana-mana bahagian pada sprite.

11. Laraskan dan pastikan kedudukan teks seperti berikut.

Aktiviti 4

Memasukkan Fail audio ke dalam score

1. Masukkan fail audio muzik dari cast ke dalam channel audio 1 di dalam score seperti berikut.

2. Klik pada sprite audio 1 dan masukkan nilai baru ke dalam property inspector seperti berikut.

3. Klik kembali pada sprite tersebut.

4. Kini sprite telah menjadi lebih panjang. Ini bertujuan untuk menambah jangka masa sesuatu elemen dimainkan semasa persembahan dibuat.

Aktiviti 5

Memasukkan Fail video ke dalam score1. Seretkan fail video Kuala Lumpur yang terdapat dalam cast ke score dan letakkan seperti berikut pada frame ke 75 seperti berikut.

2. Klik pada sprite tersebut dan masukkan nilai baru melalui property inspector.

3. Klik kembali pada sprite tersebut.

2. Kini sprite telah menjadi lebih panjang. Ini adalah untuk menambahkan jangka masa sesuatu elemen dimainkan semasa persembahan dibuat.

3. Mainkan persembahan dengan klik pada butang Rewind dan play.Aktiviti 6

Mengubah kelajuan tempo1.Anda perlu mengubah setting pada tempo atau kelajuan sewaktu persembahan dibuat.

2. Untuk persembahan ini, kita akan mengubah kelajuan tempo pada setiap frame gandaan 10.

3. Dwi klik frame ke 10 pada tempo channel seperti berikut.

4. Tetingkap untuk mengubah setting tempo akan muncul seperti berikut.

5. Anda perlu klik beberapa kali sehingga untuk mendapatkan nilai 5 fps, kemudian klik butang OK.

6. Ulangi aktiviti 4,5 dan 6 pada frame 20, 30, 40, 50, 60, dan 70.

7. Untuk frame yang ke 80, dwiklik pada frame tersebut dan anda perlu lakukan perubahan seperti berikut.

8. Seterusnya lakukan satu lagi perubahan seperti berikut.

9. Klik butang OK.

12. Untuk frame yang ke 90, dwiklik pada frame tersebut dan anda perlu lakukan perubahan seperti berikut.

13. Klik butang OK.

14. Persembahan anda hampir siap. Anda boleh melihat keseluruhan persembahan dengan klik pada butang Rewind dan Play.

15. Simpan kerja anda dan namakan sebagai projek.

Penaung:Pengarah PPK

Timbalan Pengarah PPK

Penasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional (2005)

Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional (2005)

Ketua Panel: En. Abdul Wahab b. Ibrahim (2003)

PPK

En. Shamsul Bahri b. Baharudin (2003)PPK

En. Mazlan b. Haji Talib (2004-2005)PPKPanel Penulis (2002-2003)

En. Jusni bin Nasirun

Institut Perguruan Darulaman

En. Tuan Rosdan b. Tuan Muda

Institut Perguruan Darulaman

En. Shukri b. Mansor

Institut Perguruan Darulaman

En. Ishak b. Othman(Allahyarham)

Institut Perguruan Darulaman

En. Zain Hazmi b. Zain Baharin

Maktab Perguruan Ipoh

En. M. Nadarajan

Maktab Perguruan Ipoh

En. Yahya b. Mohamad

SMK Kulim, Kedah

En. Abdul Jasheer b. Abdullah

Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang

Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman

SMK Alor Janggus, Alor Setar

Pn. Norain bt. Sulaiman

SMK Jitra, Kedah

En. P. Sarjit Singh

SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani

En. Ibrahim b. Mat Aris

SMKA Al-Irshad, Kepala Batas

En. Zairudin b. Ahmad

SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas

En. Mohd. Nawi b. Haron

SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan

Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof

SMK Permas Jaya, Johor Baharu

Pn. Normiza bt. Mohd.

SMK Anderson, Ipoh

En. Nordin b. Awang Nor

SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan

En. Arman bin Ishak

SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak

Pn. Siti Rohana bt. Abu Bakar

SMK Convent, Perak

En. Mahfudz b. Haji Ahmad

SMKA Slim River Perak

Pn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor

SMK Putra, Perlis

Panel Penulis (2005)

Pn. Suraya bt. Hashim

SMK Seri Titiwangsa, Kuala LumpurEn. Abdul Karim b. Hamid

SMK Kg. Jawa, Kelang

Y.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman

SMK Merchang, K. Terengganu

En. Ramlee b. Mat Rani

SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.Trengganu

Pn. Samsuriyani bt. Ismail

SMK Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur

Pn. Arlina Hasmanizar bt. Che AhmadSMK Segambut Jaya, Kuala LumpurEn. Abd. Majid b. Yusoff

SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, Selangor

En. Abdul Halim b. Awang

SMK Bkt.Gambir, Muar

Pn. Haidaturayani bt. Md. Noor

SMK Khir Johari, Beranang

Pn. Suhaila bt. Abd. Rahman

SMK Bukit Baru, Melaka

Pn. Sarina bt. Zainuddin

PPD Kota Setar, Alor Setar, KedahEn. Ramesh a/l Kanapathy

SMK Alam Megah, Shah Alam SelangorPn. Wong Siew Fong

SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur

Cik Siti Nurhasni bt. Nordin

SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, KangarCik Siti Amrah bt. Zakaria

SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Seremban

Pn. Noor Azrina Jasmi

SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP LabuanPn. Khairul Azlina Khairi

SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, Perak

En. Mohamad Nazri b. Zuhir

SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, Perak

En. Haizul Faried Iskandar A.Halim

SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah

En. Haziq b. Ruslan

SMK Jeram, SelangorPenyunting(2003)En. Rozairi bin Taib

Jabatan Pelajaran Melaka

En. Razali bin Suman

SMK Anjung Batu , MersingEn. Azhar bin Kamarudin

SMK Gombak Setia, Selangor

En. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani

EPRD, KPMUrus SetiaEn. Abu Sulaiman bin Ibrahim

PPK

En. Abd. Rahman bin Ismail

PPK

En. Mohd. Zubir b. Abdul Rahman

PPKmenu bar

tool bar

stage

score

cast

Sprite Channel

Script Channel

Transition Channel

Sound Channel

Playback head

Tempo Channel

Sprite

Saiz stage

Warna latar

stage

klik di sini

800 X 600

Klik di sini

Klik butang kanan tetikus

a. Klik fail grafik

b. Klik butang Add

c. Klik butang Import

Elemen grafik yang dimport akan kelihatan pada kotak pertama dalam cast

Arrow

Text

Filled Rectangle

Filled Round Rectangle

Filled Ellipse

Radio Button

Check Box

Hand

Rotate and Skew

Ellipse

Round Rectangle

Rectangle

Line

Magnifying Glass

Foreground & Background Colors

Pattern

ketebalan garisan

1

3

4

Jenis font

Dwiklik pada petak ini.

Marquee (M)

Cast

Cast

Score

Score

Stage

Stage

toolbox

2

Lasso (L)

Eraser (E)

Text (T)

Line (l)

Gradient Color

Filled Object

Foreground & Background Color

Paint Bucket (K)

Pattern

Script Lingo

Bold

Saiz font

Line Spacing

Tukar kepada warna biru.

Tukar kepada Background Transparent

3. Klik Import

2. Klik Add

1. Klik fail komputer

Klik OK

Grafik yang diimport

Sprite grafik

Masukkan nilai 200

Masukkan nilai 150

sprite

teks

sprite

grafik

frame

pertama

sprite teks

frame

terakhir

sprite teks

garisan

animasi

butang play

butang rewind

butang rewind

butang play

butang play

butang rewind

Fail audio yang dimport terdapat dalam cast windows

3. Klik Import

2. Klik Add

1. Klik fail sound

2. Klik butang Add

3. Klik butang Import

1. Pilih fail video

2. Klik OK

1. Pilih

AVI

masukkan nilai baru 30

dwiklik

frame

ke 30

2. Pilih End

1. Klik pada pilihan ini

1. Klik butang Add All

2. Klik butang Import

Pilih kepada 50 %

Klik di sini

Masukkan nilai 10 di sini

Masukkan nilai 90 di sini

Taipkan angka 90

di sini

Taipkan angka 80

di sini

Dwi klik di sini

Klik di sini

1. Klik di sini

2. Pilih Kuala Lumpur

3. Pilih End

1. Klik di sini

2. Pilih End

Ahli Panel Penulis

Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2005)

1 Disember 2005

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

11PAGE 2

_1089792716.psd