model personal

53
MODEL PENGAJARAN Disediakan oleh: Vithya a/p Ramanathan Thivya a/p Kalaichelvan 1

Upload: mitrasri

Post on 12-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

MODEL PENGAJARAN

Disediakan oleh: Vithya a/p RamanathanThivya a/p Kalaichelvan1

2

MODEL SOSIAL3

4

Model SosialModel sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif.5

Mod dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.Model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri. 6

Model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. (Joyce et al. 2001 )

7

Pembelajaran KoperatifKoperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secara kerjasama, dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. 8

Melalui pembelajaran secara koperatif, murid-murid saling berinteraksi dan bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.Model pengajaran koperatif juga membantu murid memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.

9

Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu:10

Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan:

11

Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama. Mereka juga saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai ganjaran bersama.

12

Pembelajaran koperatif : pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. (Slavin (2005) berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran.

13

Selain itu, model pengajaran sosial ini sangat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Sebagai contoh, pelajar berpencapaian rendah akan menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka.14

Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut serta akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu.15

Konsep Utama Pembelajaran KoperatifPembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak kompleks 16

Dalam pembelajaran koperatif ini, guru memainkan peranan dalam menstruktur kumpulan dan prosedur atau langkah-langkah manakala pelajar mengawal keadaan dan corak interaksi dalam kumpulan.Maksud pelajar mengawal corak interaksi dalam kumpulan ialah di mana pilihan pelajar itu sendiri untuk mahu terlibat secara aktif mahupun pasif dalam sesuatu interaksi dalam kumpulan.

17

1818

Kelebihan Pembelajaran KoperatifMembawa manfaat kepada pelajar yang lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar yang cerdas.Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai.

19

Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif dalam kalangan pelajar.Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan.

20

Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif ini membawa kepada penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar.Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik.

21

Main PerananMenurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah.

Main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. 22

Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu atau masalah yang timbul. Selain itu, dalam aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan.

23

Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A. Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. 24

Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan.

25

Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan serta mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu.26

Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa selama 8 hingga 10 minit sahaja.

Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru.

27

Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta seterusnya membina keyakinan diri mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial.

Selain itu, para murid juga boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-watak lain.

28

Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri.

Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. 29

Jenis Main Peranan30

31

Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang situasi dan topik.32

Definisi dan Konsep SimulasiDefinisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu.33

Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta.

Masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam sekitar.34

SimulasiPenggunaan efektif model simulasi dalam bilik darjah bergantung kepada bagaimana guru menyelitkan simulasi yang disediakan dalam kurikulum dan mengaplikasikan serta mengukuhkan pembelajaran. Perlu diingatkan bahawa, kebolehan guru dalam melaksanakan aktiviti secara simulasi adalah sangat penting.35

Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu:

36

Melalui fasa yang pertama, guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep simulasi. Untuk fasa yang kedua pula murid-murid mula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi.

37

Seterusnya ialah melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi serta menilai maklum balas pelajar.Fasa terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar.

38

Contoh simulasi yang boleh dijalankan semasa P&P39

40

Tujuan SimulasiProses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai beberapa tujuan iaitu:1. Untuk menguasai kemahiran Sebagai contoh, simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Selain itu, ia juga dapat melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

41

2. Untuk membina sikap positif Sebagai contoh, masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal biasanya melibatkan unsur-unsur pertentangan sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan.3. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah Contoh yang boleh diberikan ialah semasa melaksanakan teknik simulasi ini, situasi-situasi yang berlaku di luar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah. 42

Implikasi Model Sosial Dalam P&PMemberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini.Guru dapat menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku.Murid-murid juga dapat belajar dengan lebih mendalam lagi melalui kerja kumpulan yang bersifat koperatif43

Murid-murid dapat belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul. Murid-murid akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif.Setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. 44

MODEL PERSONAL45

Model pembelajaran ini bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.

Fokusnya adalah kepada pembentukan peribadi individu.

Tujuannya adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu, dan berkeyakinan.

Matlamat utama model ini ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

Model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyatupadukan aspek emosi serta intelek.

46

Pembelajaran melalui kaunseling47

Tujuan Model non-directive (Joyce et al., 2002)48

Fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directive49

50

Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.

Menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten.

Membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri.

Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang.

51

Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru.

Model non-directive ini bergantung pada faktor semulajadi.

Bukan ditentukan oleh kesan pengajaran.

Kesan pengajaran amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar.

Guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan.

52

Sekian, terima kasih..

53