model assure dan rph

18
EDU 3105 2013 1.0 PENGENALAN Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur. ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media 1

Upload: ryabbi-imp

Post on 25-Dec-2014

1.029 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

1.0 PENGENALAN

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk

oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan

pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini

sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan

pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar.

Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat

dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif

yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan

pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk

lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan

teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu

juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media

Dan Bahan )

U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan

Bahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan

Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah

berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait

1

Page 2: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap

bagi satu sesi pengajaran.

2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap

langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan

teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa

Melayu Tahun 5. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian

selama 90 minit untuk kelas 5 yang memiliki seramai 30 orang pelajar.

2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.

Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira

dari pelbagai aspek, antaranya ialah kebolehan pelajar sebelum bermulanya

pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras

motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada

supaya pengajaran guru cepat difahami oleh pelajar.

Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini

berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan

kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan

menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk

menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami

mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda

maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2

Page 3: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah

pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan

sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka

secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan

huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya

perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience), peringkat boleh diukur

(Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan

memudahkan pencapaian objektif tercapai.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)

Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang

digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza.

Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan

simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi.

Guru memberi penerangan tentang antara sebab berlaku pencemaran alam

sekitar. Murid dalam kumpulan tertentu menyenaraikan masalah yang menyebabkan

pencemaran serta kesan pencemaran kepada kehidupan di bumi.Kaedah ini dipilih

kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan rakan-rakan yang lebih pandai

sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan

yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang

secara aktif.

2.4 Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)

Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor

asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah

3

Page 4: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-

Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan

mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan

pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi.

Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi, video

dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar

memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran

kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami

apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti

buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika

menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu

lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat

sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih

menarik.

2.5 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu

dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi.

Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang

aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu

untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta

merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954).

Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan

pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan

perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta

menuliskan ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberi.

4

Page 5: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

2.5.1 Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan

pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa

pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mengemukakan seberapa

banyak punca pencemaran alam sekitar.

2.5.2 Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah

pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana

ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah

dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran

dengan tujuan :

i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar

iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir

iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir

2.5 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu

serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana

keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat

memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.

5

Page 6: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Bestari

Bilangan Murid : 30 orang

Tema : Alam Sekitar

Tajuk : Manusia Perihatin Bumi Terpelihara

Tarikh : 18 Mac 2013

Masa : 60 minit ( 0810-0910 )

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;

i. Membina dan menulis lima ayat majmuk dengan betul

berdasarkan ayat-ayat tunggal diberi.

ii. Membaca petikan dengan kuat dan lancar dengan

intonasi yang betul.

iii. Menyatakan punca-punca pencemaran dan akibat

daripada pencemaran.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama :

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks

tentang sesuatu tajuk.

Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk

berdasarkan tajuk yang diberikan.

Fokus Sampingan:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan

memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi

berdasarkan tanda baca.

6

Page 7: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

1.5 Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

Aras 2 (1) Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara menggunakan kata, ungkapan,

dan ayat yang sesuai.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk,

sebutan dan intonansi.

Ilmu : Bahasa Melayu, Kesihatan

Nilai : Kerjasama, menghormati dan menghargai alam.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan

kemahiran meramal

Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis

dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyertai aktiviti gotong-royong di

taman perumahan dan di sekolah.

BBM : Power point, lambaran kerja dan carta bergambar.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit)

Murid ditayangkan video berkaitan berkaitan pencemaran alam sekitar.

1. Murid menonton tayangan video dan menghayatinya.

2. Murid diminta member pandangan tentang hal yang berlaku dalam tayangan video.

3. Guru menerangkan kaitan video dengan tajuk pelajaran.

KB : Menghubungkait, inferens

BCB: Menonton dengan aktif

BBM : Power point

7

Page 8: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

Langkah 1(15 minit)

Lisan

Membaca petikanbertajuk “Manusia Perihatin Bumi Terpelihara” dalam power point.

1.Apakah jenis pencemaran yang berlaku di dalam petikan?=(Pencemaran sungai/ air )

2. Nyatakan lain-lain pencemaran yang sering berlaku di kawasan anda ?=pencemaran udara=pencemaran bunyi

1.Guru menayangkan petikan / teks bertajuk “Manusia Perihatin Bumi Terpelihara “

2. Murid membaca petikan itu secara senyap.

3. Murid membaca kuat mengikut intonasi yang betul dalam secara bergilir mengikut kumpulan meja (3 kumpulan)

4. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid berkaitan dengan tajuk petikan tersebut.

5. Murid mengemuka jawapan yang sesuai.

-pencemaran sungai-pencemaran udara-pencemaran bunyi

KB : Membuat inferens

BCB : i) membaca dengan intonansiyang betul. ii)mendengar dengan aktif.

BBM : Manusia Perihatin Bumi Terpelihara

power point

Analisin murid : Murid dalam kelas ini seramai 30 orang. Bilangan lelaki dan perempuan yang boleh dikatakan seimbang. Murid-murid dalam kelas ini juga terdiri dari murid sederhana kebijaksanaan mereka.

Langkah 2(10 minit)

Membaca

Punca-punca pencemaran:A).Pencemaran Sungai /Air-sisa toksik-air kumbahan-sampah

B) Pencemaran Udara-asap pembakaran hutan-asap dari kilang-asap kenderaan-bau busuk dari kilang/ amalan penternakan

C) Pencemaran

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Murid diminta membuat perbincangan tentang punca-punca pencemaran.

3.Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan di hadapan kelas.

KB:Menghubungkaitkan, menjana Idea

BCB : Memproses maklumat danmelaporkan maklumat.

KP : Verbal linguistik,visual,Intrapersonal.

Nilai : Kerjasama, berusaha

BBM : power point

8

Page 9: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

Bunyi-bunyi kenderaan/kilang

Objektif : Objektif yang disasarkan oleh guru adalah sama dikalangan murid-murid. Ini kerana murid adalah hampir sama peringkat kebolehan. Dalam hal ini mereka diharap dapat memahami dan menulis ayat majmuk serta memahami ayat tunggal.

Pemilihan Media : Media yang digunakan guru adalah terdiri dari gabungan pelbagai sumber. Contohnya ialah lambaran kerja, bahan maujud, tayangan video, serta powerpoint yang dijangka menarik perhatian murid-mnurid.

Penggunaan Media : Murid-murid terlibat terus dengan penggunaan media yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan dalam aktiviti yang dirancang. Murid diberi peluang menjalankan aktiviti melalui powerpoint yang dirancang.Langkah 3(15 minit)

Menulis

Contoh:1.Sungai itu kotor. (a.tunggal)

2.Sungai itu kotor kerana sampah dibuang di situ. (a.majmuk)

Aktiviti Pengayaan:Perkataan sinonim.Intip-intaiTimbul-terapungToksik-beracunSisa-lebihanMelapor-mengadu

Aktiviti Pemulihan:Mengisi tempat kosong dalam ayat dengan kata hubung.KeranaDanKalauSambilTetapi

1.Guru menunjukkan contoh ayat tunggal dan ayat majmuk.

Latihan Bertulis:2.Guru mengedar lambaran kerja kepada murid.

3.Murid-murid (berpasangan) membina / menulis lima ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal.

4.Murid merujuk kamus perkataan sinonim untuk mencari maksud perkataan.

5. Guru membimbing murid melengkapkan tempat kosong dengan kata hubung.

KB : Menjana idea,menghubungkaitkan, membuat inferens.

BCB : Mengumpul, memproses,mencatat dan melaporkan maklumat.

KP : Intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik.

Nilai : Bekerjasama, menghargai,.

BBM : lambaran latihan.

9

Page 10: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

Penglibatan Murid : Murid terlibat aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Mereka digalak mengemukakan pandangan tentang punca pencemaran dan kesan pencemeran. Murid-murid juga diberi peluang membimbing rakan-rakan dalam mengemukakan pandangan dan jawapan yang munasabah.

Penilaian : Murid-murid dinilai dengan cara mereka menjawab soalan dan aktiviti melalui lambaran kerja yang diedar oleh guru.

Penutup(3 minit)

Guru merumus isi pelajaran dan menyatakan nilai murni yang harus ada pada setiap masyarakat.

1. Murid menyatakan nilai-nilai murni yang telah guru nyatakan dan tidak dinyatakan.

Nilai-nilai murni :

Menghargai,Bersyukur

bertanggungjawabBekerjasama

Refleksi_______________________________________________________________

_________________________________________________________________

4.0 PENUTUP

10

Page 11: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

Terdapat enam langkah pengajaran terdapat dalam Model ASSURE harus difahami

oleh setiap guru apabila mengguna Model ASSURE dalam mengajar murid di sekolah.

Dengan memahami setiap langkah maka dijangka aktiviti yang dirancang oleh guru

akan menarik minat murid. Maka dengan itu pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan akan menjadi lebih mudah dilakukan. Disamping itu objektif pelajaran juga

dijangka dapat dicapai. Langkah-langkah yang berfokuskan kepada murid ini juga dapat

menekankan kepentingan interaksi murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Dengan pengelibatan yang menyeluruh dan aktif murid , maka aktiviti

yang dijalankan akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

5.0 REFLEKSI

11

Page 12: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

Tugasan projek ini adalah antara yang sangat mencabar. Maka itu, ketika sesi

perjumpaan dengan pensyarah mengajar saya banyak kali bertanya perkara yang saya

tidak faham. Di awal menerima tugasan ini saya sangat kebinggungan. Antara bidang

yang saya kurang memahami dalam tugasan ini ialah yang berkaitan dengan

persembahan multimedia ( elektronik ) yang memuatkan pelbagai grafik.

Namun setelah menerima banyak penjelasan yang diberikan oleh pensyarah maka

saya mendapat keyakinan sedikit demi sedikit. Di samping itu saya juga banyak

bertanya dan meminta pandangan rakan-rakan yang lain. Mereka juga banyak

membantu. Di samping itu, saya juga melayari laman-laman web yang turut menambah

kefahaman kepada saya tentang tugasan ini. Masa yang saya ambil untuk

menyelesaikan tugasan ini agak lama terutamanya persembahan multimedia dan

kadang-kadang saya terpaksa berjaga sehingga pukul 1.00 pagi.

Walau bagaimana pun, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga sangat bersyukur kerana menyiapkan

tugasan ini, saya telah banyak mendapat ilmu terutama perkara yang berkaitan dalam

tajuk. Ilmu yang berguna ini memberikan semangat kepada saya dalam menjadikan

anak-anak didik saya lebih mudah mempelajari Bahasa Melayu.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah mengajar mata

pelajaran ini iaitu Encik Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony kerana telah banyak

membantu menerangkan perkara yang saya muskil pada awalnya. Tidak ketinggalan

kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan atas kata perangsang dan dorongan.

Sekian, terima kasih.

RABI ANAK IMPEN

730211135509

KUMPULAN : BAHASA MELAYU ( PPGBMM3 )

BIBLIOGRAFI

12

Page 13: Model assure dan rph

EDU 3105 2013

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2006).Teknologi dan Reka Bentuk Grafik Digital.

Kuala Lumpur. Venton Publishing.

Mohd. Jizat Abdol, Abdul Razak Idris, Jessnor Elmy.(2006). Teknologi Pengajaran dan

Pembelajaran. UTM

Noriati A.Rashid. (2009).Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam.

Oxford Fajar.

Wan Zah Wan Ali.(2008).HBEM3103.Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur :

OUM

Laman Sesawang

http://rostamhamzah68.blogspot.com/2012/11/model-assure.html

http://jalall6791.blogspot.com/2013/01/contoh-rph-berdasarkan-model-assure.html

http://www.slideshare.net/tanaipoh/rph-model-assure

http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model-assure.html

13