minggu palma santo martin telupid

4
ST. Martin Telupid Hari minggu palma adalah hari peringatan dalam kalendar liturgi Kristian dan disambut oleh umat Katolik di seluruh dunia. Perayaan ini dirayakan bagi memperingati peristiwa Yesus dan murid- muridnya memasuki Kota Yerusalem, sebelum Dia disalibkan. Perayaan ini juga merupakan permulaan bagi minggu suci. Bersama-sama dengan gereja sejagat, umat di Gereja Santo Martin Telupid turut merayakan perayaan ini. Perayaan bermula seawal jam 8 pagi bermula di perkarangan gereja. Perayaan Liturgi telah dipimpin oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel Gabuk dan dibantu oleh Seminarian Christopher Ireneus . Figure 1: Umat yang hadir merayakaan Hari Minggu Palma Figure 2: Pemberkataan daun Palma

Upload: hildy-boy-albert

Post on 01-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

2015

TRANSCRIPT

ST. Martin Telupid Hari minggu palma adalah hari peringatan dalam kalendar liturgi Kristian dan disambut oleh umat Katolik di seluruh dunia. Perayaan ini dirayakan bagi memperingati peristiwa Yesus dan murid-muridnya memasuki Kota Yerusalem, sebelum Dia disalibkan. Perayaan ini juga merupakan permulaan bagi minggu suci.

Bersama-sama dengan gereja sejagat, umat di Gereja Santo Martin Telupid turut merayakan perayaan ini. Perayaan bermula seawal jam 8 pagi bermula di perkarangan gereja. Perayaan Liturgi telah dipimpin oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel Gabuk dan dibantu oleh Seminarian Christopher Ireneus.

Figure 1: Umat yang hadir merayakaan Hari Minggu Palma

Figure 2: Pemberkataan daun Palma

Figure 3: Perarakan memasuki gereja yang didaului oleh koir.

Figure 4: Rev. Fr. Jasery

Dalam homili, Fr. Jasery menyeru agar umat merayakan minggu Palma dalam semangat kasih dan korban bagi Kristus terutama sekali dalam persiapan memasuki minggu suci. Beliau juga turut mengingatkan umat agar tidak mejadi seperti orang Israel yang memuji Yesus dengan sorak gembira tetapi dalam sekelip mata juga menyalibkan dia.

Sementara itu, turut diadakan di Gereja Santo Martin Telupid adalah Hari Belia Sedunia peringkat paroki yang telah diadakan sehari sebelum perayaan Hari Minggu Palma dan telah dihadiri kira-kira 50 orang peseta. Pada sebeleah pagi diadakan perkongsian Pesanan Bapa Suci yang bertemakan Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Allah (matius 5:8).

Figure 5: Pembacaan Pesanan Bapa Suci oleh Cik. Vianney

Figure 6: Sebahagian daripada peserta yang hdirPada sebelah malam pula telah diadakan Doa Taize bagi Keamanan Dunia yang diadakan bersempena dengan Earth Hour. Doa ini bukan sahaja disertai oleh para belia tetapi juga turut disertai oleh umat dari paroki Telupid.

Figure 7: Doa Taize untuk keamanan dunia sempena Earth Hour

Figure 8: Para petugas pewarta Injil (yang terdiri daripada belia) menerima berkat daripada paderi sebelum pewartaan Injil

Oleh Hildy Albert