minggu 2 aliran objektif dalam sejarah

26
ALIRAN OBJEKTIF DALAM SEJARAH

Upload: carolinerong

Post on 21-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Minggu 2 Aliran Objektif Dalam Sejarah

TRANSCRIPT

Aliran Objektif Dalam Sejarah

Aliran Objektif Dalam SejarahPendapat aliran sejarah objektif telah dihuraikan oleh Leopold von Ranke yang dipandang umum sebagai "pengasas agung aliran sejarah objektif". Dalam karya ulungnya yang berjodol The Histories of the Latin and Germanic Nations yang diterbitkan dalam tahun 1824, Ranke secara terus- terang menggariskan lunas-unas yang harus mendukung sejarah yang objektif ituSebagaimana yang dinyatakan dalam prakata buku itu Ranke melihat matlamat pengajian sejarah sebagai memaparkan kejadian-kejadian lalu "sebagaimana ia benar-benar telah berlaku"Untuk menepati matlamat tersebut, Ranke berpendapat bahawa/sejarah seharusnya berusaha untuk membuat "satu persembahan tulen fakta-fakta" yang berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, dan berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber yang asli itullmu sejarah yang dihasilkan dengan cara ini, mengikut Ranke, bukan sahaja tidak diselewengkan oleh prasangka politik dan ugama sezaman, bahkan pula bebas dari gejala pengadilan moral yang mana satu zaman cuba mengadili tindak-tanduk satu zaman yang lainRanke berpendapat bahawa kemasukan unsur moral akan hanya mendedahkan sejarah kepada bahaya prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai satu bidang ilmu yang sahihBeliau juga menegaskan bahawa pencapaian keobjektifan dalam sejarah memerlukan para pengkajinya mematuhi secara ketat syarat tentang keunggulan buktiRanke juga mempertikaikan pendekatan ahli-ahli falsafah tertentu seperti Hegel dan Fichte yang menggunakan gagasan- gagasan yang bersifat abstrak dan spekulatif supaya memilih dan menjelaskan kejadian-kejadian sejarah. Misalnya Fichte telah memandang perjalanan sejarah dari segi gagasan kemajuan yang akhirnya akan membawa manusia kepada tahap kesempurnaan. Dengan menggunakan ukuran kemajuan, Fichte telah mengesan sebanyak lima zaman dalam sejarah duniaRanke yang mempertikaikan pembahagian sejarah dunia kepada lima zaman itu telah menghujah bahawa gagasan Fichte ini bukan sahaja tidak diterima umum di kalangan para ahli falsafah bahkan pula hanya didasarkan kepada sejarah segelintir negara-negara sahaja.

Sebaliknya Ranke berpendapat bahawa sejarah negara-negara di dunia ini telah berkembang mengikut cara yang berbeza-beza, dan tugas ahli sejarah ialah untuk menggambarkan unsur kepelbagaian, di samping unsur paduan, dalam sejarah negara- negara itu.ALIRAN RELATIF DALAM SEJARAHSarjana- sarjana seperti Karl Lamprecht dan Wilhelm Dilthey dari negara Jerman, Henri Berr dari Perancis, Benedetto Croce dari Itali, serta James Harvey Robinson, Carl Becker dan Charles Beard dari Amerika Syarikat telah mempertikaikan keupayaan para ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang bersifat objektif dalam erti kata yang sebenarProfesor Carl Becker, dalam sebuah rencana yang berjodol "Detachment and the Writing of History" yang diterbitkan pada tahun 1910, telah menyangkal dakwaan aliran sejarah objektif untuk mengesari "kebenaran mutlak" dalam hal-hal yang ditinjau itu

Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa penulisan sejarah hanya mencerminkan kecenderungan para ahli sejarah untuk mentafsirkan fakta-fakta atau peristiwa- peristiwa "dari sudut tujuan-tujuan mereka sendiri, atau kepentinqan-kepentingan zaman mereka sendiriSebaliknya, mengikut Becker fakta-fakta itu adalah hasil pemilihan yang dilakukan oleh ahli sejarah sendiri yang berpandukan kepada "pengalaman peribadinya

Akal fikiran ahli sejarahlah yang membuat pemilihan fakta-fakta sejarah, dan tidak wujud satu kayu ukur yang mutlak atau objektif yang menentukan isi kandungan sejarah.

Oleh kerana akal fikiran ahli sejarah adalah dipengaruhi oleh tujuan praktikal dan intelek yang wujud pada zamannya sendiri, dan tujuan praktikal dan intelek akan berubah dari satu zaman ke satu zaman yang lain, maka akan berubah pula hal-hal yang dititikberatkan oleh para ahli sejarah.Becker menurunkan dua hujah untuk memperkukuhkan lagi rumusannya bahawa kebenaran sejarah bukanlah sesuatu yang mutlak

Pertama, beliau menyatakan bahawa adalah mustahil bagi seseorang ahli sejarah untuk menggambarkan "secara keseluruhannya sebarang peristiwa yang benar, sekali pun yang mudah sekali", kerana ahli sejarah mahu tidak mahu semestinya memilih aspek- aspek tertentu peristiwa itu dan menolak aspek-aspek lain, di samping cuba mengaitkan aspek-aspek yang dipilih itu dengan cara tertentuKedua, Becker berhujah bahawa gambaran ahli sejarah itu tidak dapat mengikiskan unsur peribadi ahli sejarah itu. Oleh kerana tafsiran ahli sejarah mencerminkan tujuan, kecenderungan dan prasangkanya, maka Becker berpendapat bahawa "sejarah sesuatu peristiwa adalah tidak sememangnya hal yang serupa untuk dua orang yang berbezaProfesor Charles A. Beard, dalam ucapannya yang berjodol "Written History as an Act of Faith

sejarah adalah pemikiran sezaman mengenai masa lampau.

Berbeza dari ilmu fizik atau kajihayat,yang memang berupaya untuk memaparkan realiti dengan tepat dan benar, sejarah sebaliknya mencerminkan pemikiran pengarang itu dalam masanya dan konteks budayanyaBeard mendakwa bahawa "pemilihan dan penyusunan bahan-bahan" oleh para ahli sejarah adalah dipengaruhi oleh "prasangka, kepercayaan, kegemaran, asuhan am, dan pengalaman mereka

Fakta-fakta sejarah tidak terpilih sendiri tetapi dipilih oleh ahli sejarah dan oleh itu merupakan "satu tindakan pilihan, [satu] kepercayaan, dan [satu] interpretasi yang melibatkan nilai-nilai". Beard mendakwa bahawa Ranke, jauh daripada menulis sejarah objektif, merupakan "salah seorang ahli sejarah yang paling 'berat sebelah' yang dilahirkan oleh abad yang ke 19" kerana, di samping mempertahankan kedudukan kelas-kelas konservatif di Eropah, Ranke juga telah mengabaikan sejarah sosial dan ekonomi.Salah satu hal yang menjadi batu penghalang kepada memenuhi tujuan sejarah objektif, mengikut Beard, ialah hakikat bahawa sumber-sumber sejarah bukanlah lengkap oleh kerana banyak yang terjadi di dunia ini tidak dirakamkan oleh saksi-saksi atau di luar pengetahuan orang

Ahli sejarah hanya mampu memaparkan sekadar apa yang dicatatkan dalam sumber-sumbernyaBeard juga menyatakan bahawa ahli sejarah yang menggunakan sumber-sumber yang tidak lengkap ini sebenarnya memilih maklumat tertentu sahaja dari sumber-sumber itu, dan tindakan ini bererti bahawa sebahagian dari realiti sejarah telah ditinggalkan

Malah pemilihan peristiwa atau si pelaku oleh ahli sejarah melibatkan unsur nilai atau etikaMaurice MandelbaumMaurice Mandelbaum dalam bukunya The Problem of Historical Knowledge. An Answer to Relativism

Sesuatu bidang ilmu boleh mengesan sesuatu sifat objek yang dikaji itu, dan penemuan sifat itu boleh diiktiraf sebagai benar dan objektif. Misalnya, dalam bidang sejarah, seseorang pengkaji boleh mengetahui bahawa Columbus dalam pelayaran yang bersejarah itu telah mendarat di San Salvador, tetapi tidak dapat mengesan masa pendaratannya, tetapi penemuan itu tetap boleh diterima sebagai objektif.

jalinan-jalinan yang wujud antara peristiwa-peristiwa sejarah. Contohnya;Rancangan kerajaan Britain untuk menambahkan senjata-senjata perangnya dalam tahun 1930an mempunyai pertalian dengan dasar negara Jerman dan Itali. Jadi unsur paduan atau pola dalam penulisan sejarah bukanlah sesuatu yang dicipta oleh pemikiran ahli sejarah itu bahkan wujud secara objektif dalam proses-proses sejarah sendiri.

Beliau juga menyangkal dakwaan aliran Relativis bahawa nilai peribadi ahli sejarahlah yang mencorakkan tulisan sejarahnya.

Sebagai contohnya, apabila ahli sejarah yang cuba menilai tindakan Martin Luther untuk berpisah dari Gereja Rom, Mandelbaum menyatakan bahawa motif tokoh itu harus dikaji dan disampaikan secara objektif sebelum sesuatu pengadilan nilai atau moral dilakukanPemahaman dan pemilihan jalinan adalah berpunca dari soal relevans dan unsur penyebababMengikut Mandelbaum, haluan kajian ini tidaklah mengikut pemilihan atau selera ahli sejarah itu sendiri: malah ahli sejarah "menuruti dengan rapi ke arah mana yang dibawa oleh bahan-bahannyaProfesor W.H. WalshProfesor W.H. Walsh dalam bukunya An Introduction to Philosophy of History

Walsh mendapati bahawa sejarah tidak memenuhi syarat-syarat yang menegakkan keobjektifan sains semulajadi.Salah satu syarat yang menjadikan sains semulajadi objektif di kaca mata para sarjana, menurut Walsh, ialah kebolehannya menghasilkan keputusan muktamad berhubung dengan sesuatu hal yang dikaji itu.Mengikut Walsh, para ahli sejarah yang mengkaji sesuatu perkara tentang masa lampau bukan sahaja memberi gambaran-gambaran yang berbeza-beza bahkan pula yang bercanggah di antara satu sama lain

Satu lagi syarat yang menjadikan sains semulajadi bersifat objektif ialah keupayaanya untuk mengenepikan daripada kajiannya unsur peribadi dan prasangka. Sedangkan bidang- bidang sains semulajadi seperti fizik dan kimia benar-benar mematuhi syarat ini dengan ketat, Walsh mendapati bahawa para ahli sejarah tidak dapat melepaskan diri dari pengaruh"satu set kepentingan, kepercayaan dan nilai