kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Post on 19-Jan-2017
227 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
GSB1062KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
Kesantunan VerbalKesantunan Bukan Verbal
Abdul Latib Abd RahmanJabatan Pengajian melayuIPG Kampus Pulau Pinang
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Kesantunan VerbalKomunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradabDikenali sebagai kesantunan berbahasaKesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Kesantunan Verbal Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
"Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Kesantunan Verbal Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-aspek Kesantunan Verbal1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.Lihat contoh berikut:Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiriTok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.b. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal9. Gelaran WarisanContoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal10. Gelaran Kurniaan Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-asper Kesantunan Verbal11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Menteri,AhliParlimen,AhliDewanUndanganNegeri(wakilrakyat) YangBerhormat
WakilRakyatyangmempunyaigelaranTengkuatauRaja YangBerhormatMulia
Tun,TohPuan YangAmatBerbahagia
Yangmempunyaigelarankurniaankerajaan(selainTundanTohPuan)atau/dangelaranikhtisasyangformal
YangBerbahagia
KetuaHakimNegara YangAmatArif
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
KetuaPolisNegara YangAmatSetia
Hakim,Kadi YangArif
MuftidanpemimpinIslam SahibulSamahah
Ketuajabatantanpagelaran YangBerusaha
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Kesantunan Non Verbal Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuhLima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
NonVerbal
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Kesantunan Non Verbaliii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan nonverbal.iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbali. Gerakan Anggota BadanGerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti; Isyarat gerakan tangan Isyarat air muka Bahasa tubuh
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbalii. Gerakan MataGerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya: Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
A