kuliah 2 hbgn etnik

26
BAB 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Upload: whatt

Post on 11-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tajuk 2

TRANSCRIPT

  • BAB 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

  • PENGENALAN3 Konsep penting bagi bab iniKonsep MasyarakatKonsep BudayaKonsep Perpaduan dan Integrasi

  • Konsep MasyarakatDefinisi: Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

  • MasyarakatPergaulanHarmonisBudayaMenurunkan budayaGenerasi yang menerima&Budaya material Budaya bukan material

  • Masyarakatundang-undangsistem politik ekonomipentadbirannilainormaemosisemangat mencintai masyarakatsesebuah negara

  • Konsep MasyarakatMemahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakatManusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakatMemahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik

  • Ciri-Ciri Utama MasyarakatBerkelompok Berbudaya Mengalami perubahanBerinteraksi ( dalaman & dgn pihak luar)Mempunyai kepimpinanMempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

  • Konsep Etnik, Etnisiti & EtnosentrismeEtnik - sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi etnik sendiri.

  • Konsep Ras & RasismeRas sebuah kelompok sosial yang mempunyai anda pengenalan kolektif berasaskan berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.Rasisme Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.

  • Rasisme wujud pada 2 tahap :tahap individu tahap institusi

  • Konsep Prejudis dan StereotaipPrejudis Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentuPrejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generari lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.

  • Strereotaipkenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat.Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain.

  • Konsep DiskriminasiDiskriminasi pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik

  • KONSEP BUDAYA

    Definisi:Satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

  • BUDAYA KebendaanBukan Kebendaan merujuk kepada benda-benda yang konkrit Contoh: - Lukisan- Alat-alat muzik- Peralatan dan kelengkapan hidup merujuk kepada konsep, tanggapan, idea atau sesuatu abstrak yang dibentuk manusia Contoh:- Adat resam- Nilai-nilai- Undang-undang- Kepercayaan masyarakat

  • Peranan dalam Pembentukan Budaya

    Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.

    Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

  • Ciri-ciri BudayaDipelajari

    Dikongsi

    Bersifat sejagat

    Diwarisi

    Berubah-ubah

    Mempunyai unsur simbolik

    Adanya pandangan semesta (worldview)

  • Konsep Perpaduan dan IntegrasiPerpaduan:Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

    Integrasi:Satu proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

  • Unsur integrasi terdiri daripada:

    Integrasi wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur.

    Integrasi ekonomi usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

    Integrasi kebudayaan - usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.

    Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial.

    Integrasi pendidikan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,jasmani, dan rohani.

    Integrasi politik - usaha-usaha yang menyatupadukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

  • Tahap-tahap Hubungan EtnikSegregasiAkomodasiAkulturasiAsimilasiAmalgamasiHubungan terpisah

    Hubungan sebati

  • Konsep Segregasi

    Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik yang lain dalam sebuah negara.

    Pemisahan berlaku dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, status sosioekonomi, minat dan pencapaian, pengangkutan, kemudahan awam dan sebagainya.

  • Konsep AkomodasiProses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing.

    Konsep ini luas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

  • Konsep AkulturasiSatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kolompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

    Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan satu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari satu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

    Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

  • Konsep AsimilasiSatu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

    Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

    Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

  • Konsep AmalgamasiSatu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

    Ditentukan apabila terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

  • Pengalaman MalaysiaKerajaan melaksanakan pelbagai langkah dan program.Tujuan: memupuk perpaduan rakyat.

    Kesenian, kebudayaan juga diperkukuhkan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.Jabatan Perpaduan NegaraMajlis Penasihat Perpaduan NegaraJawatankuasa Penasihat Perpaduan NegeriDasar Ekonomi BaruDasar Pendidikan Kebangsaan