komunikasi_rasis_fready

Upload: eveline-elyn

Post on 02-Jun-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    1/19

    KOH 3361

    KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

    TUGASAN INDIVIDU

    ISI KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    1.0

    PENDAHULUAN 1- 2

    2.0

    DEFINISI KONSEP 3 -6

    3.0 KOMUNIKASI RASIS DALAM SILANG BUDAYA 7 -10

    4.0 PERBINCANGAN 11-14

    5.0 KESIMPULAN 15-16

    BIBLIOGRAFI 17-18

    PENGERTIAN, SEBAB DAN KESAN KOMUNIKASI RASIS:

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    2/19

    1

    BAGAIMANA UNTUK TIDAK BERSIFAT RASIS DALAM KOMUNIKASI

    SILANG BUDAYA

    1.0 PENDAHULUAN

    Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia untuk

    perkongsian nilai di antara satu sama lain. Komunikasi penting untuk kelangsungan hidup.

    Menurut Denis McQuail, secara umum kegiatan atau proses komunikasi dalam masyarakat

    berlangsung dalam enam tingkatan. Pertama, komunikasi intrapersonal (intrapersonal

    communication). Komunikasi intrpersonal adalah proses komunikasi yang terjadi dalam diri

    individu, berupa pengolahan informasi melalui pancaindera dan sistem saraf. Kedua,

    komunikasi interpersonal (interpersonal communication). Komunikasi interpersonal adalah

    proses komunikasi yang dijalankan secara langsung antara seorang individu dengan individu

    lain.

    Ketiga ialah komunikasi dalam kelompok. Komunikasi dalam kelompok

    berlangsung di antara suatu kelompok. Pada tahap ini, setiap individu yang terlibat masing-

    masing berkomunikasi sesuai dengan peranan dan kedudukannya dalam kelompok tersebut.

    Idea yang disampaikan juga berkaitan dengan kepentingan seluruh anggota kelompok dan

    tidak bersifat pribadi. Keempat, komunikasi antara kelompok.Komunikasi antara kelompok

    merujuk kepada kegiatan komunikasi yang berlangsung antara suatu kelompok dengan

    kelompok lainnya. Jumlah pelaku yang terlibat boleh jadi hanya dua atau beberapa orang

    tetapi masing-masing membawa peranan dan kedudukannya sebagai wakil dari kelompok

    masing-masing.

    Kelima ialah komunikasi organisasi. Komunikasi organisasi merujuk kepada

    komunikasi dalam sesebuah organisasi dan juga komunikasi antara sesama organisasi.

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    3/19

    2

    Berbanding dengan komunikasi kelompok, tahap ini menjurus kepada sifat organisasi

    dengan lebih formal mengutamakan prinsip-prinsip efisiensi dalam melakukan kegiatan

    komunikasinya. Hirarki organisasi menjadi rujukan utama dalam menjalankan

    tanggungjawab berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan

    perlu dipatuhi oleh pihak yang berada dalam susunan lebih di bawah. Keenam, komunikasi

    dengan masyarakat secara luas. Tahap ini menunjukkan komunikasi yang digunakan bersifat

    lebih global.

    Edward T. Hall dalam bukunya yang berjudul The Silent Language (1959)

    mengatakan bahawa kebudayaan adalah komunikasi dan komunikasi adalah kebudayaan.

    Pendapat tersebut menandakan suatu komuniti tidak boleh berkembang tanpa adanya

    komunikasi. Budaya sendiri tercipta karana komunikasi yang juga terbina daripada

    komuniti manusia. Alam tanda dan berbagai produk manusia bermula dari cara pandang

    bagaimana sesuatu itu berkomunikasi. Pernyataan Edward di atas juga menyifatkan

    wujudnya pergerakan secara kontinum dari nilai kepercayaan kepada perasaan dan perilaku

    tertentu. Perilaku tersebut diyakini sebagai model untuk mewakili norma-norma budaya

    selain pola perilaku yang dihasilkan oleh interaksi sosial. Dalam konteks komunikasi silang

    budaya perlunya tidak bersifat rasis demi untuk keharmonian dan perpaduan sejagat.

    2.0 DEFINISI KONSEP

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    4/19

    3

    Terdapat dua konsep yang menjadi asas dalam tugasan ini iaitu komunikasi dan

    rasis. Dua konsep ini dijelaskan secara terperinci seperti berikut: -

    2.1 Komunikasi

    Istilah Komunikasi disebut sebagai communication dalam bahasa Inggeris

    berasal dari Bahasa Latin communicatus yang membawa maksud to make

    common atau mewujudkan persamaan. Menurut kamus bahasa pula, komunikasi

    merujuk pada suatu keupayaan bertujuan untuk mendapatkan kebersamaan.

    Menurut Webster New Collage Dictionary, komunikasi adalah suatu proses

    pertukaran maklumat antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda

    atau tingkah laku. Berikut adalah beberapa definisi komunikasi yang dikemukakan

    oleh para ilmuan mengikut bidang, pandangan dan pemahaman mereka: -

    Hovland, Janis & Kelley mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses

    oleh individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya

    dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku

    orang lain (khalayak).

    Berelson & Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses

    penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui

    penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-

    lain.

    Menurut Harold Lasswell, komunikasi pada dasarnya merupakan suatu

    proses yang menjelaskan tentang siapa, apa, saluran apa, kepada siapa dan

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    5/19

    4

    dengan akibat apa atau hasil apa. (who says what in which channel to whom

    and with what effect).

    Menurut Barnlund, komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk

    mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan

    atau memperkuat ego.

    Menurut Weaver pula, komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan

    melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.

    Menurut Gode, komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari

    mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki

    oleh dua orang atau lebih.

    Menurut Green Berg dan Baron, komunikasi ialah satu proses dimana

    individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai

    penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan

    atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat.

    Menurut Lasswell, komunikasi dilihat secara eksplisit dan kronologis

    menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam komunikasi seperti

    berikut: -

    1)

    Penyampai adalah pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau

    sumber. Sumber adalah permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    6/19

    5

    komunikasi. Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama

    ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan

    untuk menyampaikan malumat kepada penerima. Mesej yang telah dihantar perlu

    disusun dan dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya

    dapat difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan oleh

    penghantar perlu difahami oleh penerima jika tidak komunikasi akan terhenti.

    2)

    Idea atau isi penyampaian adalah susunan idea yang disampaikan terdiri daripada

    kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim, maksud, fakta atau

    niat yang difahami oleh penerima mesej dan mesej boleh berbentuk lisan atau

    bukan lisan.

    3) Penerima idea (dekod) ialah pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaran

    penerima. Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai

    mesej atau maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar

    organisasi atau pelbagai pihak. Individu akan menerima mesej yang disampaikan

    oleh pengirim melalui saluran komunikasi. Mesej yang diterima akan

    diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.

    4) Saluran adalah medium atau alat dan saluran penyampaian informasi. Saluran

    adalah alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria pancaindera

    manusia, media elektronik dan media masa. Ia merupakan alat penghubung

    antara pengirim dengan penerima. Antara saluran yang digunakan adalah seperti

    kata-kata, tulisan, lisan, tanpa lisan, buku dan sebagainya.

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    7/19

    6

    5) Maklumbalas. Maklumbalas adalah hasil yang terjadi diakhir proses.

    Maklumbalas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai

    tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.

    2.2 Rasis

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), rasis bermakna rasialis.

    Rasialis adalah bersifat atau bersikap perkauman. Rasialis juga bermakna

    orang yang menganut atau mengamalkan fahaman rasialisme. Fahaman

    rasialisme adalah layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap

    seseorang berasaskan keturunan bangsanya, misalnya satu kaum mendapat

    layanan yang lebih istimewa daripada kaum yang lain. Fahaman yang

    menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.

    3.0 RASIS DALAM KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    8/19

    7

    Konsep rasis bukanlah suatu konsep yang asing dalam sejarah peradaban di negara

    ini khususnya dalam konteks perpaduan kaum. Catatan sejarah 13 Mei 1969 membuktikan

    bahawa wujudnya sifat rasis dalam komunikasi silang budaya di negara ini. Rasis dalam

    komunikasi memberi implikasi yang besar kepada perpaduan kaum sehingga terjadinya

    beberapa tragedi melibatkan rusuhan kaum di negara ini. Menurut Sejarah, dasar kerajaan

    British iaitu pecah dan perintah memburukkan lagi perpaduan kaum di negara ini.

    Menurut kajian Furnival (1956), negara-negara dunia ketiga pascamerdeka amat

    teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi Pecah dan Perintah. Polisi ini menjadi

    amalan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan dan kesannya dirasai oleh segenap

    lapisan masyarakat sehingga kini. Polisi ini hanya menguntungkan pihak penjajah. Konsep

    ini telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang

    kaum yang they mix but do not combine iaitu mereka bercampur tetapi tidak bersatu.

    Falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan

    sosial dan politik negara.

    Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan

    fungsional daripada hubungan empatetik iaitu hubungan sekadar berkomunikasi di pejabat,

    di pasar dan di tempat kerja tetapi tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui

    sempadan-sempadan persekitaran. Menurut, Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya

    Suhakam pernah mencatatkan bahawa dari tahun 1945 hingga 1969 sebanyak 22 insiden

    berlaku berkaitan dengan pergeseran etnik. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu insiden

    yang paling dahsyat. Berikut adalah beberapa peristiwa berkaitan dengan rasis dalam

    komunikasi silang budaya di negara ini: -

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    9/19

    8

    Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang cenderung kepada perbalahan etnik

    seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementerian

    pendidikan pada tahun 1987. Tragedi ini telah membawa kepada pelaksanaan

    Operasi Lalang. Menurut beberapa pemerhati politik tragedi ini hampir

    mengulangi sejarah Peristiwa 13 Mei.

    Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau

    Pinang pada tahun 1998.

    Tragedi Kampung Medan pada tahun 2001.

    Peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN dan isu mahasiswa UM (malah

    di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk

    hubungan silang-etnik.

    Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia menghadapi banyak masalah kerana

    kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi

    dalam konteks budaya tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan

    tamadun bangsa mereka lebih dominan daripada bangsa-bangsa yang lain. Contohnya,

    orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 sebelum

    masihi lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada zaman

    Kesultanan. Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000

    sebelum masihi di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-

    elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    10/19

    9

    budayamasing-masing.

    Menurut Dr. Rahmat Ghazali (2008), dalam persekitaran yang keterasingan aliran

    dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh

    sistem sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit

    apabila institusi politik tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep

    pluralisme. Menurut Dr. Rahmat Ghazali, kita tidak boleh memandang ringan pada

    perkembangan hubungan etnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha

    kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran konflik perkauman yang berpusat di Putrajaya.

    Menerusi sistem amaran konflik perkauman ini dikatakan bahawa kerajaan telah

    mencari pendekatan adhociaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan

    menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Meninjau realiti politik dan sosial

    di negara ini, wujud elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal

    membina perpaduan kaum agak berbeza dengan pendekatan yang di anggap sebagai arus

    perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa

    aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum

    yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat.

    Perpaduan kaum adalah pembolehubah penting dalam menentukan kestabilan

    politik, sosial dan ekonomi negara. Dikatakan bahawa perpaduan kaum menuntut hubungan

    empatetik. Kerajaan sentiasa berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting

    perpaduan kaum dan digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat

    dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival memperakui

    dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti.

    Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    11/19

    10

    toleransi dalam konsep pluralisme tanpa disedari dikatakan sedikit sebanyak telah

    menyumbang kepada benih-benih perkauman.

    4.0 PERBINCANGAN

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    12/19

    11

    Rasis dalam komunikasi silang budaya tidak harus dibiarkan bercambah kerana ia

    boleh memberi kesan negatif kepada perpaduan kaum di negara ini. Di Malaysia, agenda

    pembangunan dan kemajuan negara berkisar kepada perpaduan kaum sama ada secara

    langsung atau sebaliknya. Malahan, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat

    mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan

    Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Di antara aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara

    yang diwujudkan di negara ini demi untuk perpaduan kaum adalah seperti berikut: -

    Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah termaktub dalam

    Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam

    Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu

    sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan

    penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152

    dan 153 yang sering dijadikan rujukan sebagai kontrak sosial antara pemimpin-

    pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di negara ini.

    Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis menggunakan

    konsep melting potatau acuan pelebur dalam pendekatan untuk menyatukan

    pelbagai etnik minoriti, etnik pribumi, dan etnik dominan dalam negara mereka.

    Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun

    malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Di Malaysia

    pula konsep acuan pelebur tidak wujud sebaliknya yang wujud ialah konsep

    salad bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana

    unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam

    satu persekitaran yang sama.

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    13/19

    12

    Di Britain, wujud proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan

    malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Bagi

    sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini

    sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi

    golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Di sebelah Barat, golongan majoriti itu

    adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan

    budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.

    Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa

    rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan

    perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.

    Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan

    pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman

    ke atas para pelajar yang berkomunikasi dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan

    persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis telah hampir mengharamkan terus penggunaan

    bahasa Breton. Kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah

    melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland.

    Pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa budaya Melayu harus

    menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum.

    Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya

    nasional. Selain itu, pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa

    konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya

    Melayu. Menurut Tun, bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    14/19

    13

    membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan.

    Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-

    masing seadanya tanpa mengira kaum dan agama.

    Di Malaysia, wujud golongan minoriti yang menggunakan pendekatan asimilasi.

    Pendekatan asimilasi dirujuk sebagai pendekatan terbaik untuk membina perpaduan kaum

    yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik

    minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia. Golongan

    Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, Dari golongan Baba Nyonya tercipta

    bahasa kreol tersendiri yang terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti

    Melayu yang lebih dominan. Golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang dan

    Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka.

    Realiti dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum di negara ini adalah

    mesra dan bersifat toleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik

    minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-

    mana sekolah. Di Malaysia diwujudkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan

    memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda sebagai

    bahasa pengajaran. Implikasi ketara dalam masyarakat hari ini, wujud bahasa rojak iaitu

    bahasa rasmi dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris melahirkan bahasa Melayu lisan

    telor Cina dan telor India.

    Konflik yang berlaku dalam konteks komunikasi silang budaya bertitik tolak

    daripada kesalahan persepsi, memori dan motivasi dari dua atau lebih budaya dari berbagai

    etnik sehingga berlanjutan kepada sistem yang merosakkan perpaduan etnik di negara ini.

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    15/19

    14

    Secara psikologi, faktor-faktor yang menyebabkan konflik dan permusuhan antara budaya

    disebabkan oleh tiada persefahaman dalam konteks komunikasi. Di Malaysia, perpaduan

    dan integrasi nasional amat penting memandangkan rakyat terdiri daripada kepelbagaian ras,

    etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan.

    Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei telah membuka mata ramai pihak untuk sama-

    sama memberi tumpuan dalam mengurus perbezaan dan sensitiviti yang terdapat dalam

    sesebuah masyarakat Malaysia. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah

    perintah Majlis Gerakan Negara telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung

    dengan pembinaan semula perpaduan masyarkat di negara ini. Selepas pembubaran Majlis

    Gerakan Negara, Majlis Penasihat Perpaduan negara telah ditubuhkan pada 23 Februari

    1971.

    Dari kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan

    kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan

    keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar dimaksudkan

    termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar

    Ekonomi Baru. Dasar-dasar ini diperkukuhkan dengan memperkenalkan Rukun Negara

    sebagai ideology kebangsaan. Selain itu, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan

    Negara dan Dasar Sosial Negara dibentuk sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap

    dan memperkukuhkan pembentukan bangsa Malaysia.

    5.0 KESIMPULAN

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    16/19

    15

    Selepas peristiwa 13 Mei 1969, perpaduan kaum menjadi kunci kepada keamanan,

    keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara. Mencapai perpaduan bukanlah

    suatu perkara yang mudah memandangkan masyarakat ini terdiri daripada pelbagai kaum,

    berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya.

    Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat

    sering menghadapi cabaran.

    Pelbagai usaha telah dirancang untuk menjadikan Malaysia hidup sentosa hingga ke

    hari ini. Bermula dengan pimpinan perdana menteri yang pertama sehingga kini, agenda

    pembangunan nasional tidak pernah diabaikan malahan semakin mendapat perhatian.

    Bermula dengan perancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dirancang sebagai satu

    program jangka masa panjang dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga

    1990. Matlamat utama DEB adalah penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan

    jurang perbezaan, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan

    pembasmian kemiskinan.

    Disusuli oleh Rancangan Jangka Masa Panjang Kedua iaitu Wawasan 2020 bermula

    pada tahun 1991 hingga menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 lebih bersifat pembangunan

    seimbang dari segi ekonomi dan sosial, antara negeri-negeri di seluruh Malaysia, bandar dan

    luar bandar serta pengagihan sumber yang diperolehi. Elemen utama dalam rancangan

    pembangunan nasional adalah perpaduan dan integrasi nasional. Konsep perpaduan dan

    integrasi nasional merupakan dua konsep yang saling berkaitan antara satu sama lain

    namun kedua-duanya adalah berbeza.

    Konsep perpaduan adalah suatu proses penyatuan dari semua aspek dari segi fizikal,

    ekonomi, sosial dan politik. Konsep Integrasi merujuk kepada semua aspek merangkumi

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    17/19

    16

    perpaduan dan aspek biologikal. Di Malaysia, perpaduan dan integrasi nasional menjadi

    agenda utama dalam perancangan program pembangunan. Dalam konteks komunikasi

    silang budaya di negara ini, sikap rasis perlu diminima atau ditiadakan demi untuk

    perpaduan kaum dan keharmonian negara. Usaha untuk mewujudkan semangat bersama

    tidak perlu diletakkan di satu pihak sahaja sebaliknya semua pihak perlu berusaha untuk

    sama-sama agar tidak rasis dalam komunikasi silang budaya. Semua rakyat di negara ini

    perlu untuk sama-sama berjuang menyahut sebarang cabaran yang membawa kepada

    membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia.

    BIBLIOGRAFI

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    18/19

    17

    Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia.

    Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

    Chandra Muzafar. (2009). Mempersiap Rakyat Harungi Cabaran 1 Malaysia.

    http://abihulwa.blogspot.com/2009/06/isu-satu-malaysia.html

    Mark H. & Zainuddin Z. (1990). Muzium Negara Kuala Lumpur : Sejarah dan

    Kehidupan Malaysia. Kuala Lumpur. Syarikat S.Abdul Majeed.

    Mansur Ahmad Saman, Ramli Mohamed & Shawaluddin Anis. (1986). Komunikasi:

    Pengantar Komunikasi. Penerbit Sains Malaysia. Pulau Pinang.

    Mohd. Pishal, Abd. Raub & Rozhan Othman. (1991). Pengurusan Perniagaan.

    Edisi Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al. (1996). Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal,

    Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala

    Lumpur.

    Ranjit Singh Malhi. (1989), Sejarah. Federal Publictions. Kuala Lumpur.

    Rashid Aman. (1996). Sejarah. Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

    Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Unviersiti

    (UPENA) Universiti Teknologi Mara. Shah Alam.

  • 8/11/2019 Komunikasi_Rasis_Fready

    19/19