koleksi set induksi pengajaran (moh sin yee) 4

6
Nama Penulis : Moh Sin Yee Nama Sekolah : SM Sung Siew, Sandakan No. Tel. Sekolah : 089-213830 No. Tel. Bimbit: 0128606281 Mata pelajaran : Matematik Tambahan Kelas : 5E Masa : 6.55 pagi 8.15 pagi Topik Pengajaran : Hukum Linear Sub Topik Pengajaran : Garis Lurus Penyuaian Terbaik Objektif Pengajaran : 1. Melukis garis lurus penyuaian terbaik secara pemerinyuan bagi data yang diberi. 2. Mencari persamaan bagi garis lurus penyuaian terbaik 3. Menentukan nilai-nilai pemboleh ubah daripada (a) garis lurus penyuaian terbaik, (b) persamaan garis lurus penyuaian terbaik Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, aplikasi Microsoft Excel LANGKAH/ MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN (Pendekata n/ Nilai murni/ Kemahiran Berfikir) AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR Set induksi 5 minit Pengenalan konsep kebarangkali an 1. Guru memberikan satu lembaran kerja yang merangkumi aktiviti dan petua penggunaan aplikasi Microsoft Excel kepada pelajar-pelajar yang bekerja secara berpasangan di hadapan komputer. 2. Guru memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar. 3. Guru memperkenalkan konsep garis lurus penyuaian terbaik dengan menjelaskan ciri- cirinya. 1. Pelajar-pelajar menerima lembaran kerja yang merangkumi aktiviti dan petua penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang diberikan oleh guru. 2. Pelajar-pelajar dibimbing oleh guru. 3. Pelajar-pelajar diperkenalkan konsep garis lurus penyuaian terbaik dengan dijelaskan ciri-cirinya oleh guru. Pendekatan : Pembelajar an berasaskan ICT Nilai murni: Bersifat sistematik Kemahiran berfikir: Mengaplika si

Upload: moh-sin-yee

Post on 18-Nov-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Set induksi

TRANSCRIPT

Nama Penulis : Moh Sin YeeNama Sekolah : SM Sung Siew, SandakanNo. Tel. Sekolah : 089-213830No. Tel. Bimbit: 0128606281

Mata pelajaran: Matematik TambahanKelas: 5EMasa: 6.55 pagi 8.15 pagiTopik Pengajaran: Hukum LinearSub Topik Pengajaran: Garis Lurus Penyuaian TerbaikObjektif Pengajaran : 1. Melukis garis lurus penyuaian terbaik secara pemerinyuan bagi data yang diberi.2. Mencari persamaan bagi garis lurus penyuaian terbaik3. Menentukan nilai-nilai pemboleh ubah daripada(a) garis lurus penyuaian terbaik,(b) persamaan garis lurus penyuaian terbaikBahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja, aplikasi Microsoft Excel

LANGKAH/MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN(Pendekatan/Nilai murni/ Kemahiran Berfikir)

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

Set induksi 5 minitPengenalan konsep kebarangkalian1. Guru memberikan satu lembaran kerja yang merangkumi aktiviti dan petua penggunaan aplikasi Microsoft Excel kepada pelajar-pelajar yang bekerja secara berpasangan di hadapan komputer.2. Guru memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar.3. Guru memperkenalkan konsep garis lurus penyuaian terbaik dengan menjelaskan ciri-cirinya.1. Pelajar-pelajar menerima lembaran kerja yang merangkumi aktiviti dan petua penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang diberikan oleh guru.2. Pelajar-pelajar dibimbing oleh guru.3. Pelajar-pelajar diperkenalkan konsep garis lurus penyuaian terbaik dengan dijelaskan ciri-cirinya oleh guru.Pendekatan: Pembelajaran berasaskan ICT

Nilai murni: Bersifat sistematik

Kemahiran berfikir: Mengaplikasi

Berikut merupakan lampiran bagi set induksi yang dijalankan.

Jadual 2.1.1 menunjukkan jumlah penduduk (000 000 orang) di Malaysia dari tahun 1963 hingga tahun 2010.TahunJumlah Penduduk ('000 000)TahunJumlah Penduduk ('000 000)

19638.92198716.77

19649.17198817.22

19659.44198917.66

19669.73199018.1

196710.01199118.55

196810.25199219.07

196910.5199319.6

197010.88199420.14

197111.16199520.68

197211.44199621.22

197311.72199721.77

197412199822.33

197512.3199922.91

197612.59200023.49

197712.9200124.12

197813.2200224.73

197913.52200325.32

198013.88200425.91

198114.26200526.48

198214.65200626.83

198315.05200727.19

198415.45200827.54

198515.88200927.9

198616.33201028.25

Dipetik daripada laman web Jabatan Perangkaan MalaysiaPerisian Microsoft Excel boleh digunakan untuk meneroka garis lurus penyuaian terbaik. Berikut merupakan langkah-langkahnya.

1. Taipkan Bilangan Tahun (sejak tahun 1963) dan Jumlah Penduduk (000 000) masing-masing ke dalam sel A1 dan B1.

2. Masukkan data Bilangan Tahun (sejak tahun 1963) dan Jumlah Penduduk (000 000) masing-masing mengikut sel masing-masing.

3. Sorotkan (highlight) sel A1 hingga A49 dan sel B1 hingga B49 secara serentak.

4. Klik ikon Chart Wizarddan pilih model grafik Scatter dalam daftar Chart Type. Pada Chart Sub-type, pilih Scatter with only markers. Satu graf seperti di bawah akan ditampilkan.

5. Klik kanan salah satu titik dan semua titik akan disorotkan. Seterusnya, klik kiri salah satu titik dan pilih Add Trendline... di dalam tingkap yang tertampil.

6. Satu tingkap Format Trendline tertampil. Pilih Linear dalam Trend/Regression Type dan Display Equation on chart. Seterusnya, tutup tingkap ini.

7. Satu garis lurus terpapar melalui titik-titik yang diplotkan pada graf yang dihasilkan di bawah. Diperhatikan bahawa titik-titik tersebut berada sedekat yang mungkin dengan garis lurus ini.

8. Garis lurus ini lebih dikenali sebagai garis lurus penyuaian terbaik.

9. Diperhatikan juga bahawa satu persamaan garis lurus iaitu y = 0.429x + 7.397 terpapar. Ini merupakan persamaan bagi garis lurus penyuaian terbaik tersebut. Daripada persamaan ini, boleh diketahui bahawa kecerunan ialah 0.429 manakala pintasan-y ialah 7.397.

10. Secara tidak langsung, persamaan y = 0.429x + 7.397 merupakan satu model matematik yang menunjukkan jumlah penduduk (000 000 orang) di Malaysia dalam tempoh 47 tahun sejak tahun 1963. Dengan berpandukan model matematik ini, kita boleh membuat ramalan untuk jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2020 iaitu selepas 57 tahun.

Secara generalisasi,Suatu garis lurus penyuaian terbaik merupakan garis lurus yang:i) dapat melalui seberapa banyak titik yang boleh;ii) sedekat yang mungkin dengan semua titik yang diplotkan; daniii) mempunyai bilangan titik yang seimbang di kedua-dua belahnya.