kolaborasi pendidikan khas

37
LAPORAN KEM PERTUTURAN (SPEECH CAMP) 2015 PUSAT KOKURIKULUM SELANGOR 20 hingga 22 April 2015 WAN NOMI WAN OMAR GP02639 PENSYARAH: DR NORSHIDAH MOHD SALLEH PROF DR ROSADAH ABDUL MAJID

Upload: wan-nomi-wan-omar

Post on 09-Apr-2017

68 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kolaborasi pendidikan khas

LAPORAN KEM PERTUTURAN (SPEECH CAMP) 2015 PUSAT KOKURIKULUM SELANGOR 20 hingga 22 April 2015

WAN NOMI WAN OMARGP02639

PENSYARAH:DR NORSHIDAH MOHD SALLEHPROF DR ROSADAH ABDUL MAJID

Page 2: kolaborasi pendidikan khas

| 2

1.0 TAJUK:

PROGRAM KEM PERTUTURAN 2015

2.0 TEMA:

JOM TUTUR

3.0 OBJEKTIF : SELEPAS PROGRAM INI MURID DAPAT :

3.1 Menggunakan pertuturan secara pragmatik untuk berkomunikasi dengan rakan dan keluarga.3.2 Menzahirkan hasrat melalui pertuturan dan meningkatkan keyakinan diri untuk melaksanakan

pembelajaran bersama murid di program pendidikan inklusif.3.3 Meminima pengunaan bahasa isyarat untuk meningkatkan penggunaan struktur bahasa yang baik.3.3 Peka terhadap penjagaan peralatan khas (Hearing Aid).

4.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

4.1 Mengadakan program bagi:

4.1.1 meningkatkan keyakinan murid.4.1.2 menggalakkan murid mengguna pertuturan semaksima yang mampu. 4.1.3 melatih penjagaan peralatan khas (hearing aid) dengan baik.4.1.4 meningkatkan penggunaan struktur ayat yang baik.4.1.5 memberi pendedahan aktiviti luar kepada murid kurang upaya pendengaran.

5.0 LATAR BELAKANG

5.1 Murid yang mempunyai sisa-sisa pendengaran tidak gemar menggunakan pertuturan untuk berkomunikasi.

5.2 Murid tiada keyakinan diri untuk bertutur disebabkan perasaan malu dan takut ditertawakan oleh rakan dan masyarakat.

5.3 Menjalankan aktiviti berkonsepkan didik hibur.5.4 Kesinambungan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh sekolah, merupakan acara kemuncak bagi

sekolah yang melaksanakan program ini di peringkat sekolah.

Page 3: kolaborasi pendidikan khas

| 3

8.0 SENARAI NAMA URUS SETIA, FASILITATOR, PESERTA, IBU BAPA DAN JURULATIH KEM

BIL SENARAI NAMA PERANAN INSTITUSI/JABATAN PERANAN

1234

WAN NOMI BINTI WAN OMARMAZLIFAH MOHAMADEEZAHAR B ABDUL AZIZZASMEINI BIN ZAIMUN

PENYELARAS PROGRAMURUS SETIAURUS SETIAURUS SETIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KPM

PENYELARAS PROGRAM DAN DOKUMENTASI

5678

MUSHNI HASHIMFARHANA AZMIIFFAH RASYIDAH MAZLANHAFIZ BIN CHEMATI@JUMADI

FASILITATORFASILITATORFASILITATORFASILITATOR

BPKHAS3PK3PK 3PK

FASILITATOR DAN HAKIM

12

345678910

11

ZAMIRI BIN HAMZAHKHAIRUL ANUAR B MOHD SHAHISMAIL BIN SABTUMOHD HANIF BIN SHAMSUDINNOOR HAKIMI B ABDULLAHNORSHUHADA BT JUSUHMOHD AZMI B SAHLANAZMIL FAZRUL B AHMAD FUADSALINA BT HAMDANMOHD KHAIRUL B MOHD RASIDIBRAHIM B ABDUL AZIZ

JURULATIH KEM PUSAT KOKURIKULUM

FASILITATOR AKTIVITI TALI DAN KAYAK

Page 4: kolaborasi pendidikan khas

| 4

8.0 SENARAI NAMA URUS SETIA, FASILITATOR, PESERTA, IBU BAPA DAN JURULATIH KEM

BIL SENARAI NAMA PERANAN INSTITUSI/JABATAN PERANAN

121314

SYAHRULIKRAM BIN YASINKHAIRUL ANNUAR JAMILHAIRI SUMARDI

JURUPULIH PERTUTURAN DAN FASILITATOR

HUSM FASILITATOR AKTIVITI PERTUTURAN

1617

IDHAM B AHMADSURYATI BINTI IDRIS

AUDIOLOGIS DAN FASILITATOR HUKM FASILITATOR AKTIVITI

PENDENGARAN

1819

30 MURID PEND.KHAS10 MURID ALIRAN PERDANA PESERTA

PPKI KUALA LUMPUR & SELANGORPUTRAJAYA

PESERTA DAN RAKAN PEMBIMBING

1920212223242526272829

HASNAH ISMAILBAHARUDDIN SAADLAILA MOHAMAD ISAFATIHAH HAIDIRSHUHAIBAH YUSUFAZMI ROSLANNAZRI MOHAMMADSALMA HARONABDUL RASHID HASHIMHAIZI MOHD NOAHROSNAH BAKAR

PEMBANTU FASILITATOR IBU BAPA

MEMBANTU FASILITOR DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI BERSAMA MURID

Page 5: kolaborasi pendidikan khas

| 5

9.0 JADUAL PROGRAM KEM PERTUTURAN (20 hingga 22 April 2015)

HARI / MASA 0600 HINGGA 1830 1900-

2000 2030-2230 2230-2300

20.4.2015(ISNIN)

PERJALANAN KE TEMPAT KEM DAN PENDAFTARAN PESERTA

MAKAN MALAM

Taklimat Guru Pengiring / Pecah Bendungan (Peserta)

minum malam dan tidur

REHAT & TIDUR

21.4.2015(SELASA)

0530-0645 0645-0800 0800-1000 1000 - 1030 1030-1230 1230-

1430 1430-1600 1830-2030

Siap diri, Renungan Solat dan

Solat Subuh

Perhimpunan pagi / Malaysia

cergas dan Sarapan

Keyakinan Di air / Kayak / Flying Fox

Minum Pagi

Keyakinan Di air / Kayak / Flying Fox

makan tengah hari dan solat

Aktiviti Pertuturan

makan malam dan solat

1630-1830Bengkel Audio

2030-2300Persem- bahan Kumpulan

22.4.2015(RABU)

0800-1000 1030-1200 12.30-1300 1300

Raptai Penutup

Majlis Penutup

Makan Tengah

Hari

PERJALANAN PULANG KE DESTINASI MASING-MASING

Page 6: kolaborasi pendidikan khas

| 6

10.0 PELAPORAN PERJALANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PESERTA KEM

10.1 AKTIVITI HARIAN:

RABU : 20 April 2015 (9.00 hingga 11.00 malam)

Acara: Pecah Bendungan

Objektif: Menggalakkan murid bertutur secara pragmatik berkonsepkan suai kenal dalam kalangan peserta kem.

Fasilitator: En. Mushni, Iffah Rasyidah Mazlan, Cik Farhana Azmi dan En Hafiz bin Chemati @ Jumadi.

Peraturan: 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan semua murid dikehendaki memakai alat pendengaran.

2. Murid tidak dibenar menggunakan bahasa isyarat (Isyarat tangan) bagi menggalak mereka menggunakan sisa pendengaran yang ada untuk mendengar dan bertutur secara berstruktur.

3. Guru pengiring hanya boleh membimbing murid dalam kumpulan masing-masing dan tidak dibenarkan membantu murid membuat aktiviti.

Aktiviti: 1. Murid diminta berbincang dalam kumpulan untuk membina logo dan nama kumpulan masing-masing selama 30 minit.

2. Semua murid berpeluang mengambil bahagian dalam sesi memperkenalkan diri kepada peserta kem mengikut giliran kumpulan masing-masing.

3. Ketua kumpulan akan memperkenalkan nama dan logo kumpulan masing-masing dan peserta lain diberi peluang untuk memperkenalkan diri secara individu.

4. Semua kumpulan telah mengambil bahagian dengan aktif.

Tamat: Acara selesai pada jam 11.00 malam. Murid minummalam dan rehat.

Page 7: kolaborasi pendidikan khas

| 7

GAMBAR 1: Murid membina logo dan nama kumpulan GAMBAR 2: Menunggu giliran untuk memperkenalkan setelah mendapat kata sepakat daripada logo dan nama kumpulan serta memperkenalkan diri

ahli dalam kumpulan. Kepada peserta kem.

GAMBAR 3 dan 4: Murid memperkenalkan diri secara individu dalam kumpulan masing-masing.

8.1.1 Aktiviti Bergambar: Pecah Bendungan

Page 8: kolaborasi pendidikan khas

| 8

8.1.1 Aktiviti Bergambar: Pecah Bendungan

GAMBAR 1: Murid mendengar taklimat program bagi GAMBAR 2: Ketua kumpulan memperkenalkan nama semua aktiviti yang akan dilaksanakan. kumpulan dan peserta mengimbil giliran memperkenalkan diri.

GAMBAR 3: Walaupun dalam keadaan hujan lebat GAMBAR 4: Murid juga dilatih mendisiplin diri dan program tersebut tetap diteruskan dengan lancar. mendengar arahan dengan baik di samping melakukan

aktiviti yang ditetapkan.

Page 9: kolaborasi pendidikan khas

| 9

10.2 PELAPORAN PERJALANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PESERTA KEM

10.2.1 AKTIVITI HARIAN:

KHAMIS : 21 April 2015 (05.30 hingga 8.00 pagi)

Acara: Renungan Solat Subuh dan Solat Subuh / Moral (05.45 hingga 06.15 pagi) Malaysia Cergas dan Perhimpunan Pagi (06.30 hingga 07.30 pagi)

Objektif: Melaksanakan Rukun Islam Kedua dan menepati masa serta mendisiplinkan diri.

Fasilitator: Juru Latih Kem dan Guru Pengiring

Peraturan: 1. Murid sentiasa berada dalam kumpulan kecil yang telah ditetapkan dan dikehendaki memakai alat pendengaran.

2. Murid tidak dibenar menggunakan bahasa isyarat (Isyarat tangan) untuk menggalak mereka menggunakan sisa pendengaran yang ada untuk mendengar dan bertutur secara berstruktur.

3. Guru pengiring dikehendaki sentiasa bersama-sama dengan murid dalam kumpulan masing-masing untuk melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti di samping membimbing murid dalam

kumpulan mereka.

Aktiviti: 1. Murid diminta berhimpun di padang untuk menjalankan aktiviti :1.1 Senaman pagi1.2 Lagu Negaraku dan Lagu Malaysia Boleh

Tamat: Acara selesai pada jam 07.30 pagi. Peserta Kem bersarapan pagi.

Page 10: kolaborasi pendidikan khas

| 10

10.2.1 Aktiviti Bergambar: Malaysia Cergas dan Perhimpunan Pagi

GAMBAR 1: Murid mendengar arahan keselamatan GAMBAR 2: Peserta Kem termasuk guru pengiring sebelum aktiviti padi dijalankan. bersedia untuk memulakan acara pagi .

GAMBAR 3: Bersedia untuk mengibarkan bendera GAMBAR 4: Mengikat tali pada tiang bendera selepas sebelum Lagu Negaraku dinyanyikan. tamat Lagu Negaraku dinyanyikan (merupakan salah satu

Latihan).

Page 11: kolaborasi pendidikan khas

| 11

10.2.2 Aktiviti Bergambar: Malaysia Cergas dan Perhimpunan Pagi

GAMBAR 1 dan 2: Senaman pagi (Malaysia Cergas) dikendalikan oleh guru pengiring bergilir ganti.

GAMBAR 3 dan 4: Murid menjalankan aktiviti senaman berirama.

Page 12: kolaborasi pendidikan khas

| 12

10.2.2 Aktiviti Bergambar: Malaysia Cergas dan Perhimpunan Pagi

GAMBAR 1 dan 2: Semua guru pengiring wajib melibatkan diri mereka bersama-sama murid di samping membimbing mereka jika perlu.

GAMBAR 3 : Murid berada di dewan makan untuk GAMBAR 4: Guru pengiring dan jurulatih kem menikmati juadah pagi, tengah hari, petang dan malam. menikmati juadah.

Page 13: kolaborasi pendidikan khas

| 13

10.2.2 Aktiviti Bergambar: Malaysia Cergas dan Perhimpunan Pagi

GAMBAR 1 dan 2: Murid juga dilatih untuk mendisiplinkan diri semasa makan dan menjalankan aktiviti kemahiran hidup harian seperti mencuci alatan makan setiap kali selepas menjamu selera.

Page 14: kolaborasi pendidikan khas

| 14

10. 3 PELAPORAN PERJALANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PESERTA KEM

10.3.1 AKTIVITI HARIAN:

KHAMIS : 21 April 2015 (08.00 hingga 1.00 tengahari)

Acara: Keyakinan Di Air, Berkayak

Objektif: Melatih murid agar yakin kepada kebolehan diri sendiri dan percaya kepada orang lain yang membimbing untuk mencapai sesuatu hasrat.

Fasilitator: Juru Latih Kem dan Guru Pengiring

Peraturan: 1. Murid sentiasa berada dalam kumpulan kecil yang telah ditetapkan dan dikehendaki memakai alat pendengaran. Bagi aktiviti dalam air alat tersebut hendaklah ditanggalkan.

2. Murid tidak dibenar menggunakan bahasa isyarat (isyarat tangan) untuk menggalakkan mereka menggunakan sisa pendengaran yang ada untuk mendengar dan bertutur secara berstruktur kecuali yang mengambil bahagian dalam aktiviti di air.

3. Guru pengiring dikehendaki sentiasa bersama-sama dengan murid dalam kumpulan masing-masing untuk melibatkan diri secara aktif di samping membimbing murid dalam kumpulan mereka.

Aktiviti: 1. Aktiviti Keyakinan di Air/Berkayak berjalan serentak dengan aktiviti Flying Fox. 2. 8 Kumpulan kecil dibahagi semula kepada 2 kumpulan besar iaitu 4 kumpulan bagi acara

Keyakinan Air/Berkayak (A) dan 4 kumpulan lagi bagi acara Flying Fox (B).3. Acara berkayak dijalankan selepas sahaja peserta kem menjalankan acara keyakinan di air.4. Hanya acara Flying Fox dipertandingankan.5. Kedua-dua kumpulan ini akan menjalankan aktiviti secara bergilir seperti:

Kumpulan A: Keyakinan di air/Berkayak. Kumpulan B: Flying FoxKumpulan B: Flying Fox Kumpulan A: Keyakinan di air/Berkayak

6. Selepas minum pagi 11.00 pagi acara pusingan kedua diteruskan.

Tamat: Semua acara selesai pada jam 1.00 petang. Peserta Kem makan tengah hari, solat zohor dan rehat.

Page 15: kolaborasi pendidikan khas

| 15

10.3.1 Aktiviti Bergambar: Kumpulan A: Keyakinan Di Air / Berkayak

GAMBAR 1 dan 2: Semua peserta kem termasuk guru pengiring mendengar taklimat keselamatan yang wajib mereka patuhi sebelum melakukan aktiviti air.

GAMBAR 3 : Murid memilih Baju Apungan (BA) untuk GAMBAR 4: Guru pengiring membantu murid memasangdigunakan sebelum masuk ke dalam air. BA.

Page 16: kolaborasi pendidikan khas

| 16

10.3.1 Aktiviti Bergambar: Kumpulan A: Keyakinan Di Air / Berkayak

GAMBAR 1 dan 2: Semua peserta kem mendengar taklimat keselamatan yang wajib mereka patuhi.

GAMBAR 3 : Baju Apungan (BA) perlu diperiksa GAMBAR 4: Peserta menunggu giliran untuk turun sebelum peserta dibenarkan masuk ke dalam air. Turun ke dalam air.

Page 17: kolaborasi pendidikan khas

| 17

10.3.1 Aktiviti Bergambar: Kumpulan A: Keyakinan Di Air / Berkayak

GAMBAR 1 dan 2: Peserta kem menuruni tangga dengan dibantu oleh pegawai komanden bertugas dan dibantu oleh guru pengiring.

GAMBAR 3 dan 4 : Semua peserta menjalankan aktiviti air berperingkat-peringkat seperti yang ditetapkan oleh pihak kem. Aktiviti ini untuk meningkatkan keyakinan peserta semasa berada di dalam air terutama di kawasan dalam sebelum menjalankan aktiviti berkayak.

Page 18: kolaborasi pendidikan khas

| 18

10.3.1 Aktiviti Bergambar: Kumpulan A: Keyakinan Di Air / Berkayak

GAMBAR 1 dan 2 : Peserta kem dibawa ke tengah-tengah tasek untuk mereka berasa yakin, selesa dan percaya kepada pembimbing mereka (guru pengiring dan rakan sebaya).

GAMBAR 3 dan 4: Menerangkan bahagian-bahagian kayak dan fungsinya. Peraturan perlu dipatuhi sebelum peserta bersedia untuk menjalankan aktiviti berkayak.

Page 19: kolaborasi pendidikan khas

| 19

10.3.1 Aktiviti Bergambar: Kumpulan A: Keyakinan Di Air / Berkayak

Gambar 1, 2 dan 3 menunjukkan murid berasa yakin dan percaya kepada rakan sebaya

Peserta mendayung secara berpasangan dengan penuh yakin.

Page 20: kolaborasi pendidikan khas

| 20

10.4 PELAPORAN PERJALANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PESERTA KEM

10.4.1 AKTIVITI HARIAN:

KHAMIS : 21 April 2015 (08.00 hingga 1.00 tengahari)

Acara: Flying Fox

Objektif: Melatih murid agar yakin kepada kebolehan diri sendiri dan percaya kepada orang lain dan berani menghadapi cabaran hidup untuk berdikari.

Fasilitator: Juru Latih Kem dan Guru Pengiring

Peraturan: 1. Murid sentiasa berada dalam kumpulan kecil yang telah ditetapkan dan dikehendaki memakai alat pendengaran agar boleh mendengar arahan dari masa ke masa oleh jurulatih kem.

2. Murid tidak dibenar menggunakan bahasa isyarat (isyarat tangan) untuk menggalakkan mereka menggunakan sisa pendengaran yang ada untuk mendengar dan bertutur secara berstruktur.

3. Guru pengiring dikehendaki sentiasa bersama-sama dengan murid dalam kumpulan masing-masing untuk melibatkan diri secara aktif di samping membimbing murid dalam kumpulan mereka.

Aktiviti: 1. Aktiviti Keyakinan di Air/Berkayak berjalan serentak dengan aktiviti Flying Fox. 2. 8 Kumpulan kecil dibahagi semula kepada 2 kumpulan besar iaitu 4 kumpulan bagi acara

Keyakinan Air/Berkayak (A) dan 4 kumpulan lagi bagi acara Flying Fox (B).3. Hanya acara Flying Fox dipertandingankan.5. Sebelum setiap peserta diberi peluang untuk melakukan flying fox mereka perlu melalui satu

tugasan iaitu menjawab soalan guru pengiring yang telah dilantik menjadi hakim setiap kumpulan peserta.

6. Semua peserta kem termasuk guru pengiring melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini.

Tamat: Semua acara selesai pada jam 1.00 petang. Peserta Kem makan tengah hari, solat zohor dan rehat.

Page 21: kolaborasi pendidikan khas

| 21

10.4.1 Aktiviti Bergambar: Kumpulan B: Flying Fox

Sebelum peserta melakukan aktiviti flying fox mereka diuji untuk menjawabbeberapa soalan terlebih dahulu. Semua peserta kem diberi peluang melibatkandiri. Aktiviti ini dipertandingkan untuk mendapat tempat pertama hingga keempat.

Page 22: kolaborasi pendidikan khas

| 22

10.4.2 Aktiviti Bergambar: Kumpulan B: Flying Fox

Aktiviti flying fox yang disertai oleh semua peserta kem (murid, guru pengiring, Ibu bapa dan fasilitator).

Page 23: kolaborasi pendidikan khas

| 23

10.4.3 Aktiviti Bergambar: Kumpulan B: Flying Fox

Gambar 1: Murid sedang melakukan aktiviti flying fox.

Gambar 1: Guru pengiring juga diberi peluang

untuk melakukan aktiviti flying fox.

Gambar 1: Ibu bapa juga turut terlibat dalam aktiviti ini.

Page 24: kolaborasi pendidikan khas

| 24

10.5 PELAPORAN PERJALANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PESERTA KEM

10.5.1 AKTIVITI HARIAN:

KHAMIS : 21 April 2015 (2.30 petang hingga 6.00 petang)

Acara: Bengkel Terapi Pertuturan

Objektif: Melatih murid agar bertutur secara pragmatik dalam perbincangan kumpulan dan menjawab soalan-soalan kuiz yang diajukan kepada peserta.

Fasilitator: Juru Pulih Pertuturan HUSMPeraturan: 1. Peserta diwajib memakai alat bantu pendengaran atau implan koklea.

2. Pertandingan berkonsepkan kalah mati. 3. Pemarkahan dibahagikan mengikut aktiviti yang dijalankan.4. Bagi setiap pusingan, peserta diwajib mengambil bahagian dalam kedua-dua pusingan,

mendengar dan bertutur.

Aktiviti: 1. Peserta masih berada dalam kumpulan kecil masing-masing. Setiap kumpulan akan dibantu oleh ibu bapa dan guru pengiring bagi kumpulan masing-masing.

2. Peserta diminta mengikut arahan fasi. Bagi menjalankan aktiviti ini murid dikehendaki meletakkan gula-gula lolipop di setiap penjuru bibir sebelum memasukkan ke dalam mulut masing-masing sebagai terapi.

3. Aktiviti diteruskan dengan mendengar bunyi yang dimainkan oleh fasi.5. Murid meneka bunyi dengan berbincang dalam kumpulan dan menulis nama benda atau objek

yang didengari.

Tamat: Semua acara selesai pada jam 4.00 petang. Peserta Kem minum petang.

Page 25: kolaborasi pendidikan khas

| 25

10.5.1 Aktiviti Bergambar: Bengkel Terapi Pertuturan

Sebelum peserta memulakan aktiviti pertuturan mereka melakukan terapi menggunakan gula-gula lolipop terlebih dahulu.

Peserta mendengar dengan teliti sebelum berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk menamakan bunyi objek yang didengar.

Page 26: kolaborasi pendidikan khas

| 26

10.6 PELAPORAN PERJALANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PESERTA KEM

10.6.1 AKTIVITI HARIAN:

KHAMIS : 21 April 2015 (2.30 petang hingga 5.45 petang)

Acara: Audiologi

Objektif: Melatih murid menjaga alat bantu dengar (ABD) dengan baik .

Fasilitator: Audiologis HUKM

Peraturan: 1. Peserta diwajib memakai alat bantu pendengaran walaupun hanya sebelah telinga.2. Peserta menjalankan aktiviti secara kumpulan dan secara individu. 3. Peserta dikehendaki membawa bersama bekas untuk menyimpan ABD..4. Bagi setiap pusingan, murid diwajib mengambil bahagian dalam kedua-dua pusingan,

mendengar dan bertutur.

Aktiviti: 1. Peserta mengenalpasti komponen penting pada ABD. 2. Peserta memakai ABD dengan cara yang betul.3. Peserta diminta mengenalpasti perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila

mengendali ABD.5. Peserta ditujukkan cara memasang sistem FM dengan betul.6. Acara petang ditamatkan pada pukul 5.40 petang.

Catatan: Dalam ruang masa selesai sahaja aktiviti, semua kumpulan melakukan latihan untuk acara persembahan pada sebelah malam.

7. Pada sebelah malam diadakan pertandingan persembahan bagi kumpulan masing-masing.8. Acara tamat pada jam 11.00 malam

Page 27: kolaborasi pendidikan khas

| 27

10.6.1 Aktiviti Bergambar: Audiologi

Fasilitator memberi taklimat penjagaan ABD

Peserta mendengar penerangan secara dekat oleh Fasilitator

Guru pengiring dan Ibu bapa membimbing kumpulan memasang sistem FM

Page 28: kolaborasi pendidikan khas

| 28

10.6.1 Aktiviti Bergambar: Audiologi

Peserta diminta memasang sendiri dan mencuba hasil tersebut. Kumpulan yang siap cepat mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.

Audiologis menguji terlebih dahulu sebelum mengesahkan kedudukan peserta dalam pertandingan tersebut.

Bahan penjagaan ABD

Pelbagai Jenis Bateri

Kapas Berakohol (untuk membersih ABD)

Page 29: kolaborasi pendidikan khas

| 29

10.6.2 Aktiviti Bergambar: Pertandingan Persembahan

Tiga buah kumpulan yang akan mengondol tempat pertama, kedua dan ketiga dipertandingkan pada acara penutup Program Kem Pertuturan 2015 ini.

Drama Keinsafan

Hero Bola Sepak

Drama Tari Lagu Ayam

Page 30: kolaborasi pendidikan khas

| 30

10.6.3 Aktiviti Bergambar: Acara Penutup Rasmi Program Kem Pertuturan 2015.

Persiapan pentas dan dewan bagi Majlis Penutup Rasmi Program yang diadakan pada 17 Oktober 2014 jam 11.00 pagi.

Hadiah Kemenangan Peserta Kem (4 kategori Kemenangan dan 4 hadiah kemenangan).

Barisan Jemputan:Dari Kiri: En Abd Rani bin Abu (Penyelia Kem PUSAKO), En Mohd Yasin bin Ismail (Timbalan Pengarah) selahku Perasmi, Pn Masniah bt Zamhari (Penyelaras Program).

Page 31: kolaborasi pendidikan khas

| 31

10.6.3 Aktiviti Bergambar: Acara Penutup Rasmi Program Kem Pertuturan 2015.

Acara dimulakan dengan Lagu Negaraku.

Bacaan Doa Ucapan Wakil ibu bapa

Kata Alu-aluan Penyelia Kem

Pengacara majlis

Ucapan penutupan

Page 32: kolaborasi pendidikan khas

| 32

10.6.4 Aktiviti Bergambar: Acara Penyampaian Hadiah Kemenangan 4 kategori Pertandingan.

Penyampaian Hadiah kemenangan kepada peserta Kem.

Penyampaian Cenderamata kepada wakil Jurulatih PUSAKO.

Hadiah-hadiah yang digondoli : Setiap kategori membawa pulang 4 hamper bagi kumpulan yang menduduki tangga pertama, kedua, ketiga dan keempat.Hadiah bonus merupakan kemenangan bagi: kategori murid aktif dan murid yang banyak menggunakan pertuturan di sepanjang program.

Page 33: kolaborasi pendidikan khas

| 33

CABARAN DAN ISU

1.Masalah interaksi antara antara ahli kolaborasi-Ibu bapa yang kurang yakin dengan kebolehan anak dan kurang yakin dengan tahap keselamatan.-Releksi malam yang tidak melibatkan ibu bapa menyebabkan kurang kefahaman strategi pelaksanaan aktiviti pada slot berikutnya-Campur tangan ibu bapa yang tidak setuju mengikuti program pada peringkat awal.

2. Kurang kerjasama-Ibu bapa yang hanya bersama anak sendiri.tidak memainkan peranan sebagai pembantu fasilitator-Ibu bapa yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Kos yang kurang- kurang penglibatan peserta dan ibu bapa- Makan dan minum kurang memuaskan.

Page 34: kolaborasi pendidikan khas

| 34

11.0 PENUTUP

Program Kem Pertuturan 2015 telah dijalankan dengan jayanya dalam tempoh 3 hari 2 malam dan dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Pengarah BPKhas. Kerjasama semua pihak terlibat mahupun secara langsung atau tidak telah memberi impak positif terhadap program ini. Ibu bapa, guru dan masyakat lebih memahami keperluan dan kemampuan murid.

Jurulatih Kem yang telah dilantik oleh pihak kem terdiri daripada guru-guru pendidikan khas yang berkhidmat di sekitar Selangor. Penglibatan mereka memudahkan perjalanan program kerana mereka sudah maklum dan mengetahui keperluan serta kerenah dan berpengalaman mengajar murid berkeperluan khas kurang upaya pendengaran.

Di sepanjang perjalanan program murid berkeperluan khas kurang upaya pendengaran selaku peserta kem menggunakan pertuturan secara maksima untuk berkomunikasi dengan rakan mereka, ibu bapa, guru pengiring dan jurulatih. Kegembiraan dan keceriaan terpancar di wajah peserta masing-masing terutama apabila diberi naik ke pentas untuk mengambil bahagian dalam persembahan dan mengambil hadiah kemenangan. Keakraban dan interaksi yang baik dalam kalangan peserta terlibat amat memuaskan. Semua guru pengiring melibatkan diri secara aktif serta memberi komitmen yang baik untuk membimbing peserta kem dengan tanpa memilih murid.

Pihak kem juga telah melaksanakan tganggungjawab mereka dengan baik sebagai tuan rumah. Mereka turut membantu untuk membawa peserta kem yang tidak sihat ke klinik pada jam 7.15 malam. Pihak kami diberitahu oleh Penyelia Kem, En Abd Rani bin Abu bahawa itu adalah peraturan kem. Semua perkara akan dijaga rapi termasuk aktiviti dan peserta kem. Aktiviti begini memberi banyak manfaat kepada murid berkeperluan khas tidak mengira kategori. Mereka perlu diberi pendedahan ke arah pendidikan yang berkesan agar mereka berasa selesa, yakin dan selamat bila berada di tengah-tengah masyarakat.

Semua murid berkeperluan khas akan diberi ruang dan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti serupa ini. Harapan agar pada tahun mendatang peluang begini dibuka juga kepada murid berkeperluan khas kurang upaya penglihatan dalam aktiviti Orientasi dan Mobiliti dan murid bermasalah pembelajaran. Program Kolaborasi dan konsultasi yang melibatkan banyak pihak yang mendapat sokongan yang positif dapat menjayakan program yang dirancang dengan lebih cemerlang

Page 35: kolaborasi pendidikan khas

| 35

12.0 KOMEN TIMBALAN PENGARAH CLKB:

Tandatangan: _________________________

Tarikh: _________________________

13.0 PENILAIAN PENGARAH BPKHAS:

Tandatangan: _________________

Tarikh: _________________

Page 36: kolaborasi pendidikan khas

| 36

GAMBAR AKTIVITI DI SEPANJANG PROGRAM

JOM TUTUR....Tema Program Kem Pertuturan

Dengan sisa masa yang ada selepas aktiviti sebelah petang guru pengiring berkesempatan

membimbing peserta dalam kumpulan masing-masing membuat

persiapan bagi pertandingan persembahan.

Taklimat Program, housekeeping dan aktiviti.

Page 37: kolaborasi pendidikan khas

| 37

BIL JUMLAH1 PENGINAPAN OS29000 -

2 MAKAN MINUM OS29000

3 BAYARAN DOBI OS29000