kertas kerja permata hati

9
SK Pengkalan Jawa, 98700 Limbang “PROGRAM PERMATA HATI” 2012 1.0 PENGENALAN

Upload: yvonne-william

Post on 24-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PERMATA HATI (2012) SKPJ

SK Pengkalan Jawa, 98700 Limbang

PROGRAM PERMATA HATI

2012

1.0 PENGENALAN

Program Permata Hati (2012) adalah satu program yang sinonim dengan program anak angkat yang diberi jenama baru oleh pihak sekolah. Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan kualiti pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Program ini akan melibatkan 5 orang guru dan 5 orang murid Tahun 6 yang disasarkan untuk mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Guru-guru ini bertanggungjawab membimbing anak-anak angkat mereka sehinggalah mereka menduduki UPSR nanti. Setiap kemajuan prestasi anak angkat masing-masing akan direkodkan bagi memudahkan perancangan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Program ini dijangka akan dapat membantu para murid tersebut dalam pelbagai aspek terutamanya aspek akademik.

2.0 RASIONAL

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi bimbingan secara terancang bagi melahirkan murid yang mendapat 5A dalam UPSR seterusnya meningkatkan pencapaian kualiti akademik di sekolah ini.

3.0 MATLAMAT

Guru-guru atau ibu bapa angkat kepada 5 orang murid Tahun 6 akan memastikan anak angkat mereka mendapat :

bimbingan khas secara individu selepas sesi persekolahan. keputusan yang cemerlang dalam UPSR hasil daripada bimbingan dan latihan yang diberikan pada setiap hari.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini diadakan adalah :

Untuk memberi bimbingan secara intensif dan menyeluruh kepada anak-anak angkat masing-masing. Untuk mewujudkan interaksi dua hala yang lebih berkesan dan ceria. Supaya guru dapat mengetahui masalah-masalah peribadi anak angkat dengan lebih dekat dan bersendirian. Supaya murid berpeluang mendapat bimbingan dan didikan secara individu. Untuk menjana kemampuan berfikir anak angkat mengikut tahap pencapaian anak angkat tersebut. Untuk menjejaki kemajuan anak angkat dari semasa ke semasa.

5.0 SASARAN

5 orang murid Tahun 6 yang disasarkan oleh pihak sekolah untuk mendapat 5A dalam UPSR 2012.

Bil.Nama muridNama ibu/bapa angkat

1Ayu Natasha Cik Hamizah Binti Mokhtar

2Dolly DeborahEn. Mohd. Fadzil Bin Lajis

3Gydeon BalanCik Sofia Binti Drahman

4Nurulliezan

Pn. Dorkas Sia

5Velfiomera QuinaEn. Kenn Lester

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

Mulai bulan Februari sehingga November 2012

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Perjumpaan murid dengan bapa atau ibu angkat masing-masing

Bimbingan intensif diberikan oleh ibu/bapa angkat masing-masing

Kemajuan prestasi murid direkodkan dari semasa ke semasa

Ibu/bapa angkat mempersiapkan anak-anak angkat masing-masing untuk menghadapi UPSR sebenar

Murid yang mencapai sasaran pihak sekolah akan diberikan ganjaran

Penilaian keseluruhan program

8.0 JADUAL PELAKSANAAN

Jadual pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :

BulanAktiviti

FebruariPerjumpaan murid dengan ibu/bapa angkat

Februari SeptemberBimbingan kepada murid secara berterusan

Setiap hujung bulanKemajuan prestasi murid direkodkan

SeptemberMurid menduduki UPSR sebenar

NovemberGanjaran diberikan kepada murid yang mendapat 5A

NovemberPenilaian keseluruhan program

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNGEn. Franky Isak (Guru Besar)

PENGERUSIEn. Narawi Ak Aba (PK1)

NAIB PENGERUSIEn. Mohd. Fadzil Bin Lajis (Guru Akademik)

SETIAUSAHACik Hamizah Binti Mokhtar (Guru Akademik)

BENDAHARICik Nur Era Kasmiran (Guru Akademik)

AHLI JAWATANKUASA

En. Kenn Lester (Guru Akademik) Pn. Dorkas Sia (Guru Akademik) Cik Sofia Binti Drahman (Guru Akademik)

10.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Anggaran kos perbelanjaan untuk program ini adalah seperti berikut :

Bil.PerkaraKuantitiAnggaran

1.

Fail rekod kemajuan murid peribadi muridRM 15 X 5 org*

RM 75.00

2.Latihan dan lembaran kerjaRM 24 x 5 org*RM 120.00

3.Ganjaran murid 5ARM 50 x 5 org*RM 250.00

3.Belanja luar jangkaRM 100.00

JUMLAH KESELURUHANRM 545.00

11.0 PENUTUP

Diharap program ini dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian kualiti dalam peperiksaan UPSR tahun 2012 di samping meningkatkan keyakinan murid untuk berjaya dengan cemerlang.

Disemak oleh,

___________________________(NARAWI AK ABA)Pengerusi Program Permata Hati 2012

Disediakan oleh,

__________________________(HAMIZAH BINTI MOKHTAR)Setiausaha Program Permata Hati 2012

Disahkan oleh,

______________________________(FRANKY ISAK)Guru Besar SK Pengkalan Jawa