kerja kursus semantik ppg

Upload: lang-buana

Post on 10-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Kerja Kursus Semantik PPG

    1/5

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

    22200 BESUT

    TERENGGANU

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

    Hasil Pembelajaran:

    1. Menjelaskan tentang semantik, fitur makna; makna leksikal dan makna ayat,

    2. Menghuraikan perubahan semantik dan teori pembuktian,

    3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna serta makna peribahasa,

    4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah, sumber istilah, aspek

    tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu,

    5. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan

    tatabahasa.

    Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 4.

    TAJUK PROGRAM :PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)(KOHORT 1 SEMESTER 6)

    NAMA PELAJAR :

    TAJUK KURSUS:SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASAMELAYU

    (BMM3111)

    SEMESTER : 6

    TARIKH MULA INTERAKSI 2 TARIKH HANTAR INTERAKSI 4

  • 7/22/2019 Kerja Kursus Semantik PPG

    2/5

    Objektif kerja kursus

    Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut:

    1. Mengenal pasti takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal Dan Makna Ayat,

    2. Menjelaskan istilah Bahasa Melayu yang diperoleh daripada tiga (3) sumber

    yang berikut, iaitu:

    i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu

    ii. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun

    iii. Kosa Kata Bahasa Asing

    3. Menganalisis artikel tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel

    tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah

    bahasa Melayu,

    4. Menghasilkan satu penulisan refleksi yang berkaitan dengan tugasan.

    TUGASAN PROJEK (100 %)

    Bahagian A (70%)

    Semantik menekankan pengkajian tentang makna dalam bahasa manakala bidang

    peristilahan pula memberikan perhatian untuk memajukan bahasa Melayu sebagai

    bahasa ilmu. Sehubungan dengan itu, ada perkaitan antara semantik dan peristilahan.

    Binalah penulisan esei berkaitan dengan:

    1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat

    dan perubahan Semantik.(10%)

    2. Menjelaskan dengan terperinci beserta contoh tiga (3) sumber istilah Bahasa

    Melayu Kosa Kata Umum Bahasa Melayu, Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun

    dan Kosa Kata Bahasa Asing.(20%)

    3. Jika anda Ahli Jawatankuasa Pembentukan Kata dan Istilah Bahasa Melayu, beripandangan anda tentang bagaimana bahasa Melayu dapat memenuhi keperluanbahasa Melayu pada melinium ini. (30%)

    4. Secara individu, anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di

    atas. Penulisan ini estilah menunjukkan kefahaman anda tentang penulisanrefleksi (10%).

  • 7/22/2019 Kerja Kursus Semantik PPG

    3/5

    Bahagian B (30%)

    Tugasan Berkumpulan.

    Anda dikehendaki membentangkan hasil tugasan berdasarkan tajuk-tajuk yangdiberikan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang.

    Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini ialah tugasan individu (Bahagian A).

    2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat.

    3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

    3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini,

    3.2 Fon Arial

    3.3 Saiz huruf 11

    3.4 Langkau 1.5 baris

    3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

    4. Amalan plagiatadalah tidak dibenarkan.5. Panjangnya tugasan ialah 1500 patah perkataan atau tidak melebihi 7 muka

    surat sahaja halaman tidak termasuk , lampiran, bibliografi, isi kandungan dan

    pengakuan.

    6. Tugasan ini membawa markah 100 peratus dan wajarannya 50 peratus.

    7. Hasil tugasan perlulah diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang

    berikut:

    7.1 Tugasan diserahkan dalam bentuk hard copy dan soft copy

    7.2 Hasil tugasan perlulah dijilidkan dan pada bahagian hadapan hendaklah

    dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

    i. Nama Guru Pelatih dan Nombor kad pengenalan

    ii. Angka giliran

    iii. Kumpulan/Unit

    iv. Kod kursus dan nama kursus

    v. Nama pensyarah

    vi. Tahun pengajian dan ambilan

    8. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek

    hendaklah disertakan dalam lampiran

    Tugasan yang Baik Haruslah Menunjukkan Kriteria-Kriteria yang Berikut;1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

    2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:

    a. Pengenalan yang menarik

    b. Perkembangan

    c. Implikasi

    d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan

  • 7/22/2019 Kerja Kursus Semantik PPG

    4/5

    3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah anda seperti graf,

    gambar, rajah dan lain-lain yang berkaitan.

    4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak

    tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,

    2 bahan bercetak yang lain).

    5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlulah menunjukkan ketulenan dengan

    sokongan ilmiah.

    6. Penulisan tugasan haruslah menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,

    laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

    Disediakan Oleh:

    (MUHAMMAD BIN CHE MAJID)

    Penyelaras Mata Pelajaran BMM 3111,

    Jabatan Pengajian Melayu,

    IPG Kampus Sultan Mizan.

    Disemak Oleh:

    (ANUA BIN HARIS)

    Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu,

    Jabatan Pengajian Melayu,

    IPG Kampus Sultan Mizan.

    Disahkan Oleh:

    (MD. SHAMSUDDIN BIN NGAT DENIN)

    Ketua Jabatan,

    Jabatan Pengajian Melayu,

    IPG Kampus Sultan Mizan.

  • 7/22/2019 Kerja Kursus Semantik PPG

    5/5