kerja khusus sejarah_kota cornwallis

23
Objektif saya menjalankan kajian bagi kerja khusus Sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada beberapa objektif. Objektif pertama saya menjalankan kajian bagi kerja khusus Sejarah 21/2 adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Objektif yang kedua pula bertujuan untuk mengenali bangunan bersejarah dengan lebih dekat. Justeru, saya akan lebih menyayangi bangunan-bangunan bersejarah tersebut. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana dan mengapa bangunan ini ditubuhkan. Hal ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya bangunan bersejarah kepada sesebuah negara. Secara tidak langsung, saya akan menjadi seorang yang lebih berpengetahuan tinggi dalm bangunan bersejarah di negara Malaysia dan menjadi warga negara yang lebih berpatriotik. OBJEKTIF KAJIAN 4

Upload: nanicute

Post on 11-Jun-2015

3.932 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

elemen 2 nie X lengkap so pandai2 lar korg tmbah2 sendiri.. whatever doa saya dapat 9A dlam exam nanti kay..

TRANSCRIPT

Page 1: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Objektif saya menjalankan kajian bagi kerja khusus Sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada

beberapa objektif.

Objektif pertama saya menjalankan kajian bagi kerja khusus Sejarah 21/2 adalah untuk

mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat

kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Objektif yang kedua pula bertujuan untuk mengenali bangunan bersejarah dengan lebih

dekat. Justeru, saya akan lebih menyayangi bangunan-bangunan bersejarah tersebut.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana dan mengapa bangunan ini ditubuhkan.

Hal ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya bangunan bersejarah kepada sesebuah negara.

Secara tidak langsung, saya akan menjadi seorang yang lebih berpengetahuan tinggi dalm

bangunan bersejarah di negara Malaysia dan menjadi warga negara yang lebih berpatriotik.

OBJEKTIF KAJIAN

4

Page 2: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat dalam

menjalankan kajian ini. Kaedah pertama yang telah saya gunakan ialah dengan melayari internet

serta memuat turun semua maklumat berkaitan. Antara laman web yang telah saya layari adalah:-

(a) hhtp://ms.wikipedia.org/Kota Cornwallis

(b) hhtp://sejarahmalaysia.pmm.my

(c) hhtp://www.utusan.com.my/impak alam

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu ramah. Saya telah menemuramah

orang sumber saya iaitu, Puan Nor Heian yang mengetahui beberapa maklumat penting tentang

bangunan bersejarah yang saya kaji ini..

Akhir sekali, saya menjalankan kaedah penyelidikan di perpustakaan. Saya telah pergi ke

Perpustakaan Awam Kulim dan perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong

dan memperolehi maklumat melalui buku ilmiah iaitu Salasilah Nama Tempat (Pulau Pinang dan

Perlis Indera Kayangan). Selain itu, saya juga mendapat maklumat melalui jurnal yang bertajuk

Siri Tanah Airku (Pulau Pinang) dan Siri Warna-warna Malaysia (Pulau Pinang). Apabila saya

mendapat bahan-bahan tersebut saya telah membuat salinan maklumat-maklumat yang berkaitan

yang terdapat dalam buku ilmiah dan jurnal tersebut.

KAEDAH KAJIAN

5

Page 3: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

HASILKAJIAN

6

Page 4: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Kota Cornwallis mendapat nama sempena nama seorang Gabenor Jeneral di Bengal iaitu

Charles Cornwallis. Gabenor Jeneral Corwallis ialah ketua angkatan tentera British yang

menentang angkatan tentera Amerika yang diketuai oleh George Washington semasa Revolusi

Amerika.

Di dalam peperangan tersebut, tentera British tewas dan General jeneral Cornwallis

menyerah diri kepada George Washington. Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama

menandakan tapak petempatan pertama orang Inggeris di Tanah Melayu.

NAMA BANGUNAN

7

Page 5: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Kota Cornwallis dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light sebaik sahaja beliau berjaya

mengambil alih negeri tersebut daripada Sultan Kedah. Ia terletak di timur laut Pulau Pinang.

Kota yang dibina oleh Kapten Francis Light tersebut pada mulanya dibina dengan

menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417 kaki persegi.

Tiga tahun kemudian, ia dibina semula bagi memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran

dan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini. Batang

nibong itu telah ditukar dengan menggunakan batu-bata.

Buruh tahanan India yang pertama kali dibawa masuk pada tahun 1789, telah digunakan

oleh Kolonel R.T. Farquhar iaitu Gabenor Pulau Pinang bagi membina semula kota ini. Kota ini

siap dibina pada tahun 1793 semasa perkhidmatan Norman Macalister dengan kos sebanyak

$80,000.

Pada mulanya, Francis Light membina Kota Cornwallis sebagai kubu pertahanan untuk

menahan serangan angkatan tentera Sultan Kedah yang ingin mengambil kembali Pulau Pinang

setelah Francis Ligth mengingkari janji. Selain itu, ia bertujuan bagi mempertahankan

kepentingan British dari serangan Perancis.

LATAR BELAKANG

8

Page 6: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Setelah berjaya memiliki Pulau Pinang secara sah, Kota Cornwallis dijadikan pangkalan

tentera dan pengurusan pertama Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI).

Walaupun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja,

dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya,

kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran.

Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini juga pernah

diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920.

9

Page 7: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Reka bentuk pelan Kota Cornwallis ialah reka bentuk sebuah kubu pertahanan lama.

Kota Cornwallis hanyalah diperbuat daripada kayu nibong pada mulanya. Setelah beberapa

tahun, ia dibina semula menggunakan batu-bata yang mengikut saiz, bentuk dan pelannya.

Terdapat rumah api yang dijadikan panduan kepada kapal pedagang yang ingin berdagang

di Pulau Pinang. Rumah api itu amat unik kerana ia terletak di tengah pusat bandar dan masih

berkhidmat sebagai panduan arah kepada kapal dagang.

Gereja yang terletak di bahagian barat daya kota, merupakan gereja pertama di Pulau

Pinang. Antara perkhidmatan awal yang telah direkodkan ialah perkahwinan bekas isteri Francis

Ligth iaitu Matina Rozells dan John Timmers pada tahun 1799.

Kota yang berbentuk bintang ini juga dilengkapi dengan meriam disekelilingnya dan

meriam yang sehingga kini masih terkenal iaitu meriam Seri Rambai yang terletak di bahagian

barat laut kota ini. Catatan penting yang tidak boleh dilupakan mengenai kota di Jalan Tun Syed

Sheh Barakabah adalah kisah menarik meriam Seri Rambai yang dikatakan bermula sejak 1603.

10

KEISTIMEWAAN KOTA CORNWALLIS

Page 8: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Pada asalnya, Belanda menghadiahkan meriam ini kepada Sultan Johor tetapi ia dirampas

dan dibawa ke Acheh, Indonesia dan kemudian diletakkan di Kuala Selangor. Pada 1871, ia

dirampas oleh British dan diletakkan di kota berbentuk bintang ini.

Selain itu, kota yang berbentuk bintang ini serta struktur-stuktur binaan berek tentera dan

pejabat termasuk tempat simpanan belerang, tiang bendera, bilik penjara dan juga setor yang ada

diantaranya masih teguh berdiri.

Kegunaan dahulu Kota Cornwallis ialah untuk meempertahankan Pulau Pinang. Kini, ia

dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

11

Page 9: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

PELAN KOTA CORNWALLIS

12

Page 10: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Pada asalnya kota ini dikelilingi dengan parit yang berukuran 27 kaki lebar 6 kaki dalam

dan telah ditimbus lebih seabad lalu akibat dari penyakit malaria. Selain itu, pejabat dan berek

tentera telah diubahsuai menjadi galeri.

13

PENGUBAHSUAIAN

Page 11: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Khusus Sejarah dalam tempoh masa

yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja khusus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai

yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah

semasa melaksanakan kerja khusus ini. Saya telah memperoleh banyak maklumat tentang sejarah

Kota Cornwallis yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan

memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat

menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara

rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja khusus ini denagn sempurna. Nilai

kerjasama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan tersebut.

Kerja khusus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat

penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Selain itu, nilai yang saya telah perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat

menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita kini, saya telah memahami erti tidak berputus

asa dalm melaksanakan sesuatu tugasan.

14

RUMUSAN

Page 12: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

15

LAMPIRAN

Page 13: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Peta lokasi Kota Cornwallis

16

Page 14: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Peta Pulau Pinang

17

Page 15: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

18

Pintu masuk Kota Cornwallis

Model kanopi yang digunakan oleh British

Page 16: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

19

Meriam Seri Rambai

Tempat simpanan belerang

Page 17: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

20

Rumah api

Page 18: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

21

Risalah Kota Cornwallis

Page 19: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

22

Page 20: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

INTERNET

1) hhtp://ms. wikipedia. org/Kota Cornwallis

2) hhtp://sejarahmalaysia.pmm.my

3) hhtp://www.utusan.com.my/impak alam

BUKU ILMIAH

4) Persatuan Penerbit Buku Malaysia, 1993. Salasiah Nama Tempat (Pulau Pinang dan Perlis

Indera Kayangan, Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd

JURNAL

5) Suraya, Pulau Pinang (Pulau Mutiara)/ “Kota Cornwallis”: Siri Tanah Airku (1995)

6) Muhammad bin Harun, Pulau Pinang/ “Kota Cornwallis”: Siri Warna-warna Malaysia

(2002)

AKHBAR

7) Metro. 12 Mac 2009, halaman 8

ORANG SUMBER

8) Nor Heian bt Yaacob, 50, 1723 Jalan Kenari 3 Taman Kenari 09000 Kulim Kedah

23

RUJUKAN

Page 21: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

TELEVISYEN

1) Majalah 3, 6 Jun 2009, 9.00 malam, TV3

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

2) Fort Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200, Georgetown

24

Page 22: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Dewasa ini, kerajaan telah menyaranakan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa

dan perjuangan tokoh-tokoh negara di tanah air kita. Oleh itu, keajaan telah menjalankan

berbagai-bagai usaha bagi memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu

dapat memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Georgetown ini dapat kita lihat dari dulu

sehingga kini masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah

Malaysia. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong bagi

mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia.

Daripada bangunan bersejarah, kita akan lebih bersemangat, rajin dan gigih supaya dapat

meningkatkan diri sebagai rakyat Malaysia yang maju dan cinta akan agama, bangsa dan

negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara. Selain itu, aktiviti ini

juga akan menimbulkan semangat setia kepada negara dan akan tersemai di jiwa setiap

masyarakat.

SOALAN:

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Page 23: kerja khusus sejarah_kota cornwallis

Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana

mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita

mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus

memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.