kepentingan tgfu

Upload: tengku-terrmizi

Post on 03-Jun-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    1/7

    FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

    AT(59)PENDIDIKAN JASMANI

    KEPENTINGAN TGFU

    TENGKU MOHD TERMIZI BIN TENGKU IBRAHIM

    D20112056420

    PENSYARAH : ROZAIREEN BIN MUSZALI

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    2/7

    1.0 Definisi TGFU

    Teknik Teaching For Games Understanding (TFGU) dihasilkan daripada

    pemerhatian David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughborough.

    Setelah mendapati pengajaran pendidikan jasmani tradisional kurang menarik minat murid-

    murid.

    Ia diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil

    belajar. Murid-murid akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di

    mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh

    guru.

    TFGU memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung seperti cara berfikir,

    menyelesaikan masalah, berinisiatif sebelum menggunakan kemahiran yang rigid sifatnya.

    Teknik yang digunakan harus merangsang minda murid-murid tentang pelajaran tersebut

    berbanding menggunakan teknik pengajaran secara langsung.

    Pendekatan bersifat kemahiran lebih mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu dan

    bukannya kegembiraan untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. Maka ia akan

    mengurangkan motivasi dan keseronokan murid-murid untuk menikmati proses pembelajaran

    dan seterusnya menghilangkan minat mereka.

    Model pengajaran gabungan Bunker and Thorpes Teaching Games for Understanding

    yang menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa

    seronok.

    Ia dikategorikan kepada empat kategori utama:

    1.1. Sasaran (Target)

    Objek ditempatkan pada sasaran atau murid-murid mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.

    Sasaran permainan berfokus kepada tempat sasaran. Contoh permainan adalah seperti boling,

    memanah dan golf. Permainan seperti ini dapat mengembangkan kemahiran taktikal seperti

    ketelitian dan fokus

    1.2. Striking/Fielding

    Perlawanan bersemuka dua pihak iaitu pasukan striking dan fielding. Pasukan striking perlubersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pasukan fielding harus berhempas pulas

    menghalang pasukan striking mendapatkan mata. Kaedah pengumpulan mata adalah melalui

    larian yang selamat atau jumlah pukulan yang dibuat dalam satu masa atau pusingan yang

    ditetapkan. Contoh permainan adalah ragbi, softball dan kriket. Kemahiran taktikal seperti

    teknik kecergasan fizikal dan kerjasama dalam pasukan diperlukan.

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    3/7

    1.3. Jaring/dinding (net/wall)

    Permainan di atas jaring atau menghentam dinding. Kedua-dua pihak bermain dengan alat

    manipulasi seperti bulu tangkis atau bola. Mata diperolehi apabila objek dihantar kepada pihak

    lawan dan tidak dapat disambut semula oleh pihak lawan. Contoh permainan adalah badminton,

    squash dan ping pong.

    1.4. Serangan (Invasion)

    Dimainkan secara berpasukan. Dalam kerangka masa tertentu, pemain hendaklah masuk ke

    dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan adalah bola sepak,

    bola keranjang dan bola baling.

    2.0 Kepentingan TGFU

    1. Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid. Keterlibatan sepenuhnya dalam

    membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiransupaya dapat menguasai permainan.

    2. Memberi murid-murid peluang membuat keputusan berdasarkan pehamanan mereka

    terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.

    3. Memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan bermain di dalam

    kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat belajar. Menurut Almy (1964,

    Fagen) , kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira

    tujuan bermain. Ia dapat membebaskan murid-murid daripada rasa bosan semasa sessi

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

    4 Membentuk persekitaran pembelajaran yang kondunsif semasa aktiviti bermain

    dijalankan. Membebaskan murid-murid mencorak tahap bekerjasama dan meningkatkan

    keyakinan diri dan kumpulan. Contohnya di dalam model TGFU berbentuk serangan

    (invasion).

    5. Transformasi kemahiran berasaskan teknik penyelesaian taktikal boleh dilaksanakan oleh

    murid-murid di dalam situasi permainan sebenar tanpa terikat dengan kekangan permainan

    berdasarkan corak dan pengajaran struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau

    skill based. Ini kerana kaedah ini adalah bebas dan tidak terlalu banyak peraturan.

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    4/7

    3.0 Kepentingan Teaching Games for Understanding

    Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikalsebagai asas membuat keputusan semasa bermain.

    Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang danpeluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks

    aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa

    bermain. TGfU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke

    arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan

    permainan.

    Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalanbagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain

    pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang

    mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang

    belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam

    permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam

    konteks permainan yang dinamik dan pelbagai.

    6

    TGfU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajarperkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat

    mengambil bahagian dalam sukan tertentu.

    TGfU menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaranmelalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan

    nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan

    mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif.

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    5/7

    4.0 Komponen yang terdapat dalam TGFU

    1. Game Form

    -Sesuai untuk semua peringkat umur.

    -Mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulumyang sama.-

    membantu pelajar untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaianmasalah.

    -memberi tunjuk ajar yang betul-situasi permainan yang sesuai telah di tetapkan, pola permainan

    mini yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi permainan

    orang dewasa..

    2. Game Appreciation

    -memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah.

    -penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainan tersebut.

    -Menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainanbagi menambah

    keseronokan dalam sesuatu sesuatu permainan itu ataumenambah kesukaran terhadap kesukaran

    permainan tersebut.

    -Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh juga menceriakan

    suasana permainan.

    3. Tactical Awareness

    -Menggunakan taktik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.

    -membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik.-Asas tektik yang dibina tidak

    semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubahuntuk memenuhi kehendak permainan tersebut.

    -Penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihaklawan tetapi

    penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan.

    4.Decision Making

    -Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas

    adalah sukar.

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    6/7

    -Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa yang hendaK

    DILAKUKAN dan bagaimana yang hendak dilakukan.

    a) What to do

    Ini jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jikakeputusan dibuat. Ia sentiasa

    ada dalam setiap permainan, sesuatu aspekakan sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan,

    Setiap situasi perlu diambil kira seperti kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjuk

    untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih perkara-perkara yang penting.

    b) How to do it?

    Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik untuk melakukannya dan pilihan

    yang menepati kehendak keadaan pada saatyang kritikal.

    5. Skill Execution

    -Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkan hasilyang sebenar

    yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru.

    -Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.

    -Ianya berbeza dengan apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti danpersembahan

    keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut keadaan permainan.

    6. Performance

    -Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini.

    -Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajar tersebut merupakan atlit

    yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atauantarabangsa.

    -Melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadap teknik yang

    berkesan.

    7. Conclusion

    -Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal.

    -Berlainan dengan kaedah pengjaran tradisional, kaedah atau cara ini bermula dengan permainan

    dan peraturan bagi persamaan itu telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran tektikal dan

    membuat keputusan dimana telah mendahului faktor respon bagi perlaksanaan kemahiran dan

    pencapaian.

  • 8/12/2019 kepentingan TGFU

    7/7

    5.0 Modifikasi Latihan sukan bola tampar :

    Permainan modifikasi latihan adalah perubahan dalam permainan dari teknik bermain

    yang payah menjadi teknik yang sederhana sesuai dengan karakteristik yang dimiliki oleh anak

    usia dini. Modifikasi latihan yang dilakukan diubah dari segi bentuk permainan, peraturan, alat,

    jumlah pemain, dan lama permainan. Berikut adalah latihan modifikasi latihan untuk permaiananbola tampar :

    http://www.youtube.com/watch?v=5TGZSHFKm3I