kepentingan menjaga alam sekitar

10
DEFINISI ALAM SEKITAR Alam Sekitar merupakan segala benda hidup dan benda bukan hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar mempunyai beberapa komponen utama: • Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. • Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Upload: anisamirah

Post on 17-Jul-2016

379 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

TRANSCRIPT

DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam Sekitar merupakan segala benda hidup dan benda bukan hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya.

Alam sekitar mempunyai beberapa komponen utama:

• Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku.

• Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Keindahan Alam Sekitar

Alam sekitar di bumi kita sangat indah. Alam sekitar terdiri daripada pokok, haiwan,sungai dan laut. hidupan-hidupan di bumi ini memerlukan persekitaran yang baik. Manusia juga ingin persekitaran yang baik untuk menjalani kehidupan yang selesa. Keindahan alam sekitar merupakan nikmat tuhan. Keindahan ini akan hilang jika tidak dijaga. Pemandangan-pemandangan yang indah seperti pemandangan gunung, pantai dan sungai memberi ketenangan pada kita.

Gambar 1: Keindahan pantai Gambar 2 : Pemandangan darat

Gambar 3 : Keindahan sungai Gambar 4 : Keindahan tasik

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.

Alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.

1/ Tumbuh-tumbuhan

Gambar 1 : Tumbuh-tumbuhan

Persekitaran yang tidak tercemar memberikan tumbuh-tumbuhan hidup subur

2/ Habitat Haiwan

Gambar 1 : Hutan

Hutan merupakan habitat semulajadi haiwan. terdapat banyak haiwan yang boleh kita lihat di kawasan hutan iaitu seperti monyet, harimau, ular, burung dan sebagainya.

Gambar 2 : Laut

Laut juga merupakan habitat semulajadi bagi haiwan. Terdapat banyak hidupan laut seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya.

3/ Manusia

Gambar 1 : Pelancongan

Alam sekitar yang cantik dan indah merupakan tempat untuk manusia melancong dan seterusnya menikmati keindahan alam semulajadi.

Gambar 2 : Sayur

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdapat pada alam sekitar adalah makanan manusia. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga turut memberi zat dan khasiat pada tubuh badan manusia.

Cara Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar perlu dijaga supaya tidak tercemar. Antara cara memlihara alam sekitar ialah mengitar semula. Kita boleh mengitar semula tin, kaca, surat khabar dan plastik yang sudah digunakan. Kitar semula dapat mengurangkan jumlah sampah. Selain itu, mengitar semula dapat mengurangkan pembaziran. Seterusnya, cara memelihara alam ialah menanam pokok. Menanam banyak pokok dapt memberi kesegaran pada persekitaran. Selain itu, suasana persekitaran juga lebih nyaman. Menanam pokok boleh memberi manfaat kepada manusia melalui tanaman sayur dan buah. Penggunaan kenderaan awam juga dapat memelihara alam sekitar. Penggunaan kenderaan awam boleh mengurangkan pencemaran udara. Ini disebabkan asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.

Gambar 1 : Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang terpakai seperti plastik, botol kaca, surat khabar dan sebagainya.Kaedah ini adalah paling selamat kepada alam sekitar untuk mengurangkan pencemaran.

Gambar 2 : Tanam pokok Gambar 3 : pengangkutan awam

Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar

Jika kita tidak menjaga alam sekitar, pencemaran akan berlaku iaitu pencemaran air, udara dan darat. Pencemaran air akan menyebabkan hidupan di laut dan di sungai akan mati. Air yang akan diminum oleh manusia juga kotor. Kesihatan manusia akan terjejas. Pencemaran air juga boleh menyebabkan sungai tersumbat dan mengakibatkan banjir. Selain itu, pencemaran udara boleh menyebabkan manusia mengalami masalah pernafasan seperti batuk dan asthma. Pencemaran udara boleh menyebabkan masalah jerebu. Seterusnya, pencemaran darat memberi kesan pada haiwan di hutan. Habitat haiwan akan musnah dan haiwan akan pupus. Pencemaran darat menjadikan kawasan tersebut menjadi kotor dan berbau busuk. Selain itu, tanah juga menjadi tidak subur dan tumbuhan tidak dapat hidup.

1/ Pencemaran Air

Pencemaran air boleh berlaku di sungai dan laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.

Pencemaran air juga turut disebabkan dari bahan pencemar dari kilang. Pencemaran air boleh memudaratkan kesihatan, keselamatan

dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Punca pencemaran air ialah sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan

perasaan manusia terhadap alam sekitar. Misalnya, pengusaha kilang berusaha menjimatkan kos dengan

mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain

itu, sikap manusia yang membuang sampah ke dalam sungai turut menjejaskan ekosistem yang terdapat dalam hidupan air.

gambar 1 : Pencemaran sungai gambar 2 : Hidupan air mati

2/ Pencemaran UdaraUdara merupakan faktor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya pembangunan bandar-bandar dan pusat

industri,kualiti udara telah mengalami perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini berlaku adalah

disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam udara. Bahan pencemar termasuklah pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain

daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api.

Gambar 1 : Pencemaran udara daripada pelepasan gas dari kilang

3/ Pencemaran Darat