kenapa mencius dihormati sebagai guru yang kedua dalam konfusianisme

23
Bincangkan kenapa Mencius ( Mengzi ) di hormati sebagai Tuan Guru yang kedua oleh ahli Konfusian? Apakah pemikiran dan falsafah yang penting dalam ajaran Mencius ( Menzi )

Upload: sheva-sama

Post on 07-Jul-2016

278 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Meng Zi

TRANSCRIPT

Page 1: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Bincangkan kenapa Mencius ( Mengzi ) di hormati sebagai Tuan Guru yang kedua oleh ahli Konfusian? Apakah

pemikiran dan falsafah yang penting dalam ajaran Mencius ( Menzi )

Page 2: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Latar belakang Mencius ( Menzi )

Page 3: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Merupakan anak murid kepada Confucius . Di kenali sebagai Mencius (Meng-tzu ) ataupun Meng Kong. Turut dikenali juga sebagai Tuan Meng Seorang ahli falsafah china yang bijak dan juga pentafsir utama kepada konfusianisme. Beliau di lahirkan pada tahun 371 S.M Meninggal dunia pada 289 S.M Beliau lahir semasa kerajaan / dinasti Zou (Tzou), dikawasan timur China.

Page 4: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Kerajaan Zou ( Tzou ) di kenali sebagai Zoucheng,yang pada peringkat awalnya dikenali sebagai Zouxian, yang terletak di Wilayah Shandong, (tiga puluh kilometer (lapan belas batu) selatan Qufu, tempat kelahiran Confucius)

Semasa hayatnya, beliau telah berkhidmat sebagai pegawai dan sarjana di Akademi Jixia di wilayah Qi. (1046 SM hingga 221 SM).

Seorang yang penting dalam ajaran Konfusianisme.

Di anggap sebagai Tuan Guru yang ke dua oleh ahli Konfusian

Page 5: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Sebab Mencius di hormati sebagai Tuan Guru yang Kedua oleh ahli Konfusian.

Page 6: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Anak murid kepada pengasas Konfusianisme sendiri iaitu Confucius / Kung Chiu.

Beliau dianggap telah berjasa kerana beliau telah berjaya memperluaskan ajaran konfusianisme ke seluruh China.

Menjadi penasihat kepada maharaja semasa hayatnya. Contohnya beliau telah menjadi penasihat kepada raja Hui dari negeri Liang.

Page 7: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Seorang ahli falsafah China yang bijak dan ahli pentafsir utama bagi Konfusianisme.

Antara tafsiran utama Mencius ialah memperbaharui tafsiran umum yang mengatakan bahawa konfusianisme umumnya di anggap sebagai versi ortodoks oleh ahli falsafah China.

Menghasilkan sebuah buku baru “ perbualan raja – raja “ (Zhu Xi ). Salah

satu buku daripada 4 buku yang di hasilkan dengan menggunakan Inti daripada buku ortodoks Neo-Konfusianisme.

Page 8: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Beliau telah berjaya mempertahankan ajaran confusius daripada kritikan ahli falsafah lain yang terdapat di China. Contohnya Mencius mengkritik ahli falsafah Mozi ( Mo Tzu, 470 – 391 SM ) yang menyatakan bahawa kebajikan sebenarnya harus di bahagikan secara sama rata dan tidak memihak kepada segelintir pihak sahaja. Mencius berpendapat bahawa kewajipan moral yang terpenting adalah untuk mengasihi orang tua sendiri. Kewajipan moral yang paling besar dari mengasihi orang lain.

Page 9: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Melalui buku ini Mencius telah menghuraikan falsafah Konfusinisme dengan lebih panjang lebar di tambah pula hujah dengan posa yang lebih luas.

Berbeza dengan tulisan Confucias. Setiap perkara tidak di jelaskan dengan hujah. Ayat yang di gunakan oleh Confucias lebih pendek dan sukar di fahami.

Semasa hayatnya beliau berkhidmat sebagai pegawai dan sarjana di akademi Jixia ni negara Qi.

Mewariskan karya tetntang ajaran beliau dalam bukunya iaitu Mencius.

Page 10: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Pemikiran dan falsafah dalam ajaran Mencius

Page 11: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Politik

Page 12: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Beliau menyarankan agar seorang pemerintah harus mempunyai nilai – nilai yang baik.

Beliau juga menasihati pemerintah agar menjalankan pemerintahan dengan bijaksana.

Beliau juga turut berpendapat bahawa semua orang boleh menjadi Yao atau Shun ( raja lagenda yang bijaksana pada zaman kuno ).

Ramai pemerintah yang meminta nasihat beliau dalam urusan pentadbiran contohnya seperti Raja Hui dari negeri Liang.

Page 13: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Mencius telah menasihati Raja Hui agar mengamalkan dasar kasih sayang dan berlaku adil dalam pentadbiran negara.

Menurut beliau dengan mengamalkan sikap sedemikian negara akan berada dalam keadaan aman dan tidak akan timbul perasaan tamak yang boleh menimbulkan keadaan huru hara dalam negara.

Selain itu juga, beliau turut menyarankan agar manusia mengembalikan institusi lama ( dinasti Chou Barat ) bagi menyelesaikan masalah di negara China pada masa tersebut.

Page 14: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Selain itu juga, beliau berpendapat bahawa undang – undang cukai yang terdapat dalam pentadbiran adalah merupkan sesuatu kesalahan.

Oleh sebab itu, pihak pemerintah sepatutnya tidak perlu ragu – ragu untuk menghapuskan cukai.

Seorang pemerintah yang bijak sebenarnya perlu membantu rakyat nya dalam penyediaan keperluan asas bukan menindas rakyat dengan bebanan cukai.

Selain itu juga, pemerintah yang adil juga akan mengenepikan undang – undang semata –mata demi kepentingan rakyat.

Page 15: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Menurut Mencius, kerajaan yang paling baik ialah kerajaan yang menggunakan peraturan melalui ritual “ li “ dan bukannya kerajaan yang menggunakan rasuah dan pemaksaan.

Menurut Mencius lagi, apabila seorang raja tidak menjalankan tugas sebagai seorang raja, maka mandat dari syurga yang di anugerahkan kepada raja tersebut akan di tarik balik.

Apabila rakyat merasakan mandat tersebut telah di tarik balik maka rakyat berhak mengulingkan raja tersebut dan pembunuhan raja yang zalim juga adalah di benarkan.

Page 16: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Sosial

Page 17: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Menurut Mencius bahawa sikap semulajadi manusia adalah baik seperti air yang menitis.

Bukti yang menyatakan bahaw sikap manusia sebenarnya adlah baik ialah apabila seorang lelaki melihat seorang kanak – kanak jatuh ke dalam perigi maka lelaki tersebut akan menyelamatkan kanak – kanak tersebut.

Oleh sebab itu, jika manusia menentang sikap semulajadi ini maka kejahatan akan timbul dalam diri individu terbabit.

Perbuatan jahat yang dilakukan oleh manusia adalah kerana dia tidak menurut sifat asal dan sifat jahat ini juga bukan disebabkan oleh bakat semulajadi.

Page 18: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Mencius turut menggambarkan kebajikan dan kebenaran sebagai dua prinsip paling penting dalam perilaku moral manusia.

Kebajikan (ren) dan kebenaran ( yi ) merupakan moral / perilaku yang datang daripada hati (xin).

Kebajikan adalah aspek yang paling asas sebagai seorang manusia,

kebenaran pula adalah jalan/ cara yang harus di amalkan bagi memenuhi sifat baik seorang.

Page 19: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Menurut Menci us perkara yang paling mengembirakan adalah apabila kita bersikap jujur pada diri sendiri dan juga orang lain.

Dapat mencipta hubungan yang harmoni antara manusia.

Contoh perlakuan jujur yang di sarankan oleh Mencius untuk menjaga hubungan antara manusia adalah seperti murah hati dan bekerjasama.

Page 20: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Selain itu juga, Mencius berpendapat bahawa sikap pentingkan diri sendiri bagi mendapatkan keuntungan peribadi merupakan satu sikap yang tidak baik.

Sikap sebegini biasanaya akan membawa kepada konflik sesama manusia.

perasaan tamak dqlam individu perlu di kikis agar memperolehi kualiti hidup sejagat yang lebih baik dan harmoni.

Page 21: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Di samping itu juga beliau turut menyatakan bahawa kewajiban moral untuk mencintai orang tua sendiri adalah lebih besar daripada perasaan cinta sesama manusia.

Beliau turut mengkritik doktrin cinta Mozi ( Mo Tzu ) iaitu perasaan cinta sesama manusia lebih penting.

Mencius berpendapat bahawa kewajiban moral yang paling penting adalah mrngasihi dan mencintai orang tua. Jika seseorang anak tidak menjalankan tanggungjawab kepada orang tua mereka seperti taat, melindungi dan menghormati orang tua sendiri maka mereka sebenarnya tidak akan mampu menjalankan tanggungjawab lain sebagai seorang manusia.

Page 22: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Kesimpulan

Page 23: Kenapa Mencius Dihormati Sebagai Guru Yang Kedua Dalam Konfusianisme

Menzi merupakan seorang tokoh yang penting dalam ajaran Konfusianisme.

Oleh sebab itu, Menzi merupakan Tuan Guru kedua yang paling di hormati dalam kalangan ahli Confucius.

pemikiran dan falsafah beliau menerapkan nilai – nilai yang murni dalam kehidupan seharian.

Antaranya ialah beliau menekan hubungan baik sesama manusia.