kegunaan rempah

Upload: siti-fauziah-yahaya

Post on 13-Jul-2015

517 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1. KETUMBAR (CORIANDRUM SATIVUM L.)

Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya. nama cina : Yan Shi, Fan Yan Sui, Yuen Sai, Wan-Swee (herb), Hu Sui (fruits) nama Inggeris : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb) Tamil : Kottamalli 2. JINTAN MANIS

Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan. nama Cina : Xiao hue Xiang, Wooi heung, Hui xiang, Xiaohuixiang nama Inggeris : Fennel Indonesia : Adas Pedas Tamil : sohikirai 3. JINTAN PUTIH

Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama. 4. HALBA

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai; cina: Hu Lu Ba Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.) Tamil : Vendayam 5. BUAH PELAGA (Green Cardamon)

Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh. 6. BUNGA LAWANG (Adas China)

Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak. Cina : Ba Jiao, Pak kok, Baat gok Hindi : Badayan, Anasphal 7. BIJI SAWI

Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard. 8. LADA HITAM dan LADA PUTIH

Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white pepper dan kali mirch. 9. KAYU MANIS

Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.

http://www.mysembang.net/v10/index.php?topic=793.0

Hello world! BUNGA CENGKIH (Syzygium aromaticum) Clove

PENGENALAN REMPAH RATUSPosted by zainura66 di 30 Julai 2010

PENGENALAN REMPAH RATUS Rempah ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis bahan sayuran yang digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan. Definisi ini telah diambil dari kamus Websters New Twentieth Century.

Lazimnya rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan supaya boleh disimpan lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan agar rasa sedap apabila dimakan. Pihak berkuasa di bidang pertanian dan makanan telah mengkategorikan bawang merah, bawang putih, saderi, salam dan bay sebagai sayuran manakala gajus pula dalam kategori buah dan kekacang (nut). Ini adalah amalan yang telah dipraktikkan dalam bidang ekonomi pertanian untuk memberi kategori bagi setiap jenis tumbuhan atau setiap jenis hasilnya. Di sini saya akan memilih skop definisi yang lebih luas bagi istilah Rempah Ratus dan perisa serta berpendirian bahawa satu tumbuhan boleh dimasukkan kepada lebih daripada satu kategori. Contohnya ; saderi adalah merupakan sayur, perisa dan penghias makanan dan biji gajus pula dimasukkan dalam kumpulan kekacang serta buah gajus pula di kategorikan sebagai buah-buahan ; manakala pucuk daun gajus yang dimakan sebagai ulaman dikategorikan sebagai sayuran, perisa atau penghias makanan. Lemon dan limau nipis juga akan dimasukkan di sini sebab kedua-duanya penting sebagai perisa makanan atau minuman dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Jerangau juga akan dimasukkan di sini kerana ia dikelaskan sebagai rempah ratus kurang penting dalam penerbitan ramuan tertentu. Ramai di antara kita tidak menganggap pandan wangi atau vanila sebagai rempah ratus tetapi kedua-dua jenis tumbuhan sering dimasukkan dalam beberapa buku tentang rempah ratus kerana bahan-bahan ini digunakan sebagai perisa pelbagai jenis masakan. Ada beberapa jenis rempah ratus yang digunakan dalam masakan Barat dan tidak digunakan dalam masakan Asia tetapi bahan-bahan ini turut dijual di pasaraya tertentu di Malaysia dalam bentuk segar mahu pun yang kering . Pelbagai jenis rempah ratus orang Barat ditanam di tanah tinggi Malaysia. Ramai juga orang Malaysia gemarkan makanan Barat dan ingin tahu tentang khasiat bahan yang digunakan. DIET YANG SEIMBANG UNTUK KESIHATAN Sayuran adalah penting bagi kesihatan dan begitu juga buah-buahan yang mengandungi kabohidrat kompleks dan protin. Rempah ratus jarang diambilkira dalam formulasi diet yang seimbang atau dalam piramid makanan kerana rempah ratus digunakan dalam kuantiti yang kecil dan mungkin dianggap sebagai tidak memberi kesan nutrisi yang ketara. Makanan dari alam tumbuhan sentiasa penting kepada manusia melainkan beberapa pengecualian di mana daging haiwan merupakan

makanan utama. Kebanyakan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang seimbang sangat penting kepada kesihatan manusia.

Pengambilan makanan daripada satu kumpulan makanan sahaja telah terbukti dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa makan terlalu banyak lemak dikaitkan dengan kanser payudara, kolon, prostat dan rektum. Diet yang kekurangan serat pula dikaitkan dengan kanser usus besar. Kelaziman mengambil antioksida telah terbukti mengurangkan kemungkinan kanser kerongkong dan kanser perut. SEJARAH REMPAH RATUS Sejarah menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan makanan bukan sahaja sebagai sumber tenaga dan bahan tumbesaran tetapi juga untuk menjaga kesihatan dan merawat penyakit. Beberapa ahli falsafah menyebut ; Biar makanan menjadi ubat kamu . Saderi bermula sebagai tumbuhan ubatan semata-mata, sebelum digunakan sebagai perisa dan penghias makanan, akhirnya barulah digunakan sebagai sayur. Namun, saderi bukanlah 100% mewakili kata-kata ahli falsafah tadi. REMPAH RATUS BERSIFAT UBATAN Bahan-bahan yang terkandung di dalam rempah ratus memberi kesan penyembuhan tertentu dan juga untuk menjaga kesihatan. Sesuatu campuran daripada pelbagai jenis kandungan dalam satu jenis makanan atau beberapa jenis makanan akan memberi kesan yang berlainan daripada jumlah campuran kesan setiap satu bahan kandungan. Bahan yang tidak bernilai atau sedikit sahaja nilai scara sendirian mungkin bertindak bersama untuk memberi kesan menyembuh dan menyihatkan. Satu bahan yang berbahaya apabila digunakan sendirian mungkin berkhasiat kepada kesihatan apabila dicampur dengan bahan lain. Bahan-bahan yang berkhasiat dalam suatu campuran boleh menjadi berbahaya apabila digunakan dalam dos yang tinggi atau dalam bentuk sebatian tulen. Anda haruslah berwaspada apabila rempah ratus atau bahagian tertentu mengandungi kimia yang bertoksik. KANDUNGAN NUTRISI DALAM REMPAH RATUS Rempah ratus mengandungi bahan-bahan yang diletakkan dalam kumpulan tertentu yang dinamakan karbohidrat, protin, lemak, serat, mineral, vitamin dan pelbagai sebatian kimia yang mempunyai kumpulan sendiri seperti alkaloid, minyak esen,

saponin dan tanin. Sungguhpun kebanyakan rempah ratus tidak banyak menyumbang kepada tubuh manusia dari segi karbohidrat, protin, lemak dan serat, tetapi kandungan mineral, vitamin dan fitokimia lain lazimnya cukup untuk memberi kesan kepada manusia. Nutrien dan kimia lain di dalam makanan penting bagi tubuh agar berfungsi dengan sempurna dan menentang infeksi ; sebagai bahan binaan bagi tumbesaran tubuh, untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan juga bahagian-bahagian jasad. Makanan juga mengandungi bahan kasar yang memudahkan pembuangan air besar supaya fungsi ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar.http://rempahratuswannura.wordpress.com/2010/07/30/pengenalan-rempah-ratus/Herba dan

rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya. Tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan lagi hidangan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan. Untuk masyarakat tempatan, kita memang tidak dapat lari daripada beberapa bahan seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang serta serai yang sememangnya sentiasa ada di dapur. Dulu kala, halia atau nama botaninya, Zingiber officinale, digunakan sebagai bahan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan parasit, tetapi kerana kurang pendedahan mengenai khasiatnya, sebahagian besar generasi masa kini mengenali halia hanya sebagai satu rempah ratus masakan. Tumbuhan ini dikatakan berkesan untuk merawat loya dan mual, namun untuk ibu yang hamil, pengambilannya tidak digalakkan. Ia juga membantu untuk melegakan kesakitan perut selain mengelakkan kekejangan akibat cuaca panas. Di Asia Tenggara, halia sebenarnya banyak digunakan untuk membantu menangani beberapa jenis penyakit seperti berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan kerana ia kaya dengan pati minyak, oleoresin, protein, lemak, asid organik serta vitamin A, B, dan C.

Pokok kunyit pula sememangnya unik kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma serta warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai selain dijadikan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar. Dalam perubatan, kunyit atau nama botaninya, Curcuma domestica digunakan sebagai antioksidan, antibakteria dan antiradang. Ia dikatakan membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Kajian menunjukkan peranan kunyit dalam perubatan sudah dikenal pasti sejak 3,000 tahun lalu. Bagi masyarakat Melayu, kunyit sering digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Masyarakat India menggunakan kunyit sebagai bahan utama dalam masakan rempah kari serta acar pedas dan ilmu perubatan India mengesyorkan kunyit sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Lebih menarik, masyarakat di negara jiran, Thailand, mempercayai kunyit dapat merawat bisa patukan ular tedung dan dikatakan ada penyelidikan yang membuktikan herba itu membantu untuk menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah serta mengurangkan toksin pada hati. Tanaman herba yang biasa ditanam di sekitar rumah, lengkuas atau nama saintifiknya, Alpinia galanga, pula tidak kurang hebatnya daripada segi khasiat. Tergolong dalam keluarga Zingiberaceae, lengkuas dipercayai mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan serta membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, merawat penyakit limpa bengkak dan mempunyai ciri afrodisiak, penyebab utama ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menguatkan tenaga. Herba lain seperti asam gelugur juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan badan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis yang mengandungi asid hydroxycitris dianggap antara ejen terbaik mengurangkan kolesterol. Asam gelugur dipercayai dapat membantu mengurangkan asid lemak selain meningkatkan pengeluaran glikogen di hati serta meningkat suhu badan. Bawang putih atau Alium sativum pula memang sudah menjadi bahan dapur utama ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Penggunaan bawang putih sebenarnya bukan sekadar untuk menyedapkan makanan sematamata kerana ada kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Penduduk awal Amerika menggunakan bawang liar untuk merawat demam, batuk dan asma manakala dalam perubatan Cina, bawang banyak digunakan untuk menangani masalah batuk, jangkitan bakteria serta masalah pernafasan. Masyarakat Syria dikatakan mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit-birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dipercayai membantu untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolesterol serta tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah. Kandungan bawang putih bukan saja menghasilkan antibodi, tetapi turut membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penggunaan bawang untuk mereka yang mengalami masalah kurang selera makan serta mencegah atherosclerosis selain dapat membantu meredakan masalah batuk, asma dan bronkitis. Serai pula boleh didapati dalam dua jenis utama iaitu untuk dimakan dengan nama saintifik Cymbopogen citratus dan serai wangi, Cymbopogen nardus. Menurut laman web Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), tanaman serai makan dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala serta China. Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tom yam, kerabu, masak lemak cili padi dan

asam pedas kerana aroma serta rasanya yang unik dapat meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati yang berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau lemon. Serai wangi pula banyak digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun, di kebanyakan negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak pati yang dikenali sebagai citronella di pasaran antarabangsa. Seperti herba lain, limau purut juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan. Daunnya banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Daripada aspek kesihatan, limau purut banyak digunakan sebagai ramuan ubatan dan bahan untuk mandi wap kerana ia dipercayai membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa http://anizyn.blogspot.com/2010/01/khasiat-herba-dan-rempah-ratus.html

Khasiat Rempah-Ratus NusantaraPenggunaan ramuan rempah-ratus dalam masakan Nusantara kita bagaikan satu kemestian serta menjadi bahan utama dalam hampir setiap jenis hidangan. Penggunaan rempah-ratus dianggap penting kerana dapat membangkitkan aroma dan menambah rasa sedap masakan yang disajikan. Tiada rumah di Nusantara ini yang tidak menyimpan rempah-ratus di dapur. Bagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa rempah-ratus berkenaan juga memberi banyak manfaat dari sudut kesihatan dan perubatan. Khasiat rempah-ratus misalnya, turut dibuktikan oleh pakar geografi dan botani Islam, Muhammad Ibn al-Idrisi yang terkenal baik di dunia Islam mahupun di Barat dalam bukunya, Kitab al-Jami-li-Sifat Ashtat alNabatat (Kitab Ringkas Tentang Tumbuhan Perubatan) mengenai sifat pelbagai tumbuhan dengan mencatatkan rempah ratus boleh dijadikan ubat-ubatan. Selain itu, penulis geografi Islam kurun ke-10, Abu Ishaq Ibrahim ibn Muhammad al-Farisi al-Istakhri ada mencatatkan bahawa pelayar Islam mengembara untuk mengambil rempahratus bagi dijadikan ubat. Kajian lain turut mendapati rempah-ratus sebenarnya boleh bertindak sebagai antibiotik yang menghalang pertumbuhan lebih 75 peratus kuman yang berpunca daripada makanan. Selain itu, kini terdapat pelbagai rujukan kajian sains perubatan moden juga telah mengiktiraf khasiat dan munafaat rempah-ratus dalam penjagaan kesihatan, rawatan dan peningkatan fungsi tubuh-badan manusia

SYUKURILAH ALLAH TAALA MENJADIKAN REMPAH-RATUS SEBAGAI PENAWAR

http://www.dutaherbs.com.my/info/khasiat-rempah-ratus-nusantara

Khasiat Bunga Kekwa

Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum diminum. Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan: Bunga menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Sering digunakan dalam perubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam, melegakan kerongkong dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Digunakan juga sebagai stimulant untuk tahan dari mengantuk. Kelopak bunga yang sudah ditoskan selepas direndam air panas dibungkus boleh melegakan gatal-gatal mata (gunakan sebagai tampalan/compress). Khasiat Ubatan Buah Pelaga

Buah Pelaga: Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant,tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.Boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Kandungan: Kalsium oksalat, karbohidrat, minyak esen, minyak tetap. Kandungan utamanya ialah asid linoleik, asid oleic, dan asid palmitik, protein, dan silica. Khasiat Ubatan Halba

Biji: Dekoksi atau infusi biji digunakan sebagai afrodisiak, diuretik, laksatif, pembuka selera, dan toknik; untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merawat batuk, bengkak hati atau limpa, bengkak kaki atau tangan kerana kesejukkan, bronkitis, busung, demam panas, diabetes, hernia, impoten, konstipasi, masalah ginjal atau punding kencing, masalah kolesterol, putus haid, radang sendi, radang urat, sakit dada, sakit dalam perut, sakit otot, dan telinga berdesing, dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk; dibuat ubat pupuk pada lecuran, randang sendi, sakit perut, dan ulser. Biji direbus dan ditumbuk halus dan ditampal pada bengkak, bisul, hernia, lebam, dan luka. Biji rebus lalu dimakan untuk menambahkan penghasilan susu ibu. Kandungan: Biji 7.8% air, 46.5% karbohidrat, 28% protein, 6% lemak, 8% fiber, 0.5-2% diosgenin, colin, lesitin, minyak esen, musilaj, nukleoal bumin, oleoresin, protein, sotolon, trigonelin, triptofan, vatamin B1, B2, B3. Minyak halba mengandungi 30 sebatian (antaranya anilin, asid dodekanoik, asid heptanoik, dihidroaktinidiolid, dihidrobenzofuran, difenilamin, elemen, eugenol, heptanal, 2-heptanon, heksadekan, 1-heksadeken, 1-heksanol, heksilfuran, kalamenen, kalaren, kamfor, pentadekan, tetradekan, dan timol).

Khasiat Ubatan Bunga Lawang

Buah: Mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merangsang dan melawaskan penghasilan susu, stimulant, tonik perut, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merawat batuk kokol, cirit, demam panas, gastrik, gelisah, hernia, insomnia, konstipasi, kulit berminyak, lumbago, mual, mulas perut, muntah, penyakit kanak-kanak bengkak leher dan sukar bernafas, dan spasma. Buah dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Daun, Kulit Kayu, dan Kayu: Merawat lumbago dan reumatisme. Kandungan: Buah-asid anisik, kolesterin, minyak esen, minyak tetap, protein, asid protokatecuik, asid sikiminik, dan tannin. Minyak lawang mengandungi lebih kurang 20 sebatian (antaranya alfa-pinen, anetol, anisaldehid, beta-felandaren, karen, foenikulin, limonene, linolool, metilcavikol, nerolido, 1-felandren, dan 1- pinen).

Khasiat Ubatan Lada Hitam

Kepala: Ia turut digunakan sebagai ubat dalaman sebagai afrodisiak, diureti, penawar racun terhadap keracunan makanan, dan tonik, mengeluarkan angin dari perut dan usus, dan memanaskan badan, merawat cirit, disenteri, kolera, mulas perut dan usus kembung angin, reumatisme, sakit kepala, selesema, senggugut, susah menghadamkan makanan, dan ibu lepas bersalin. Buah yang kering ditelan untuk menghalang rasa loya, mabuk dalam perjalanan, mual, dan mutah. Lada dan badan dihancurkan, campur susu dan diminum

sebagai afrodisiak. Campuran lada, akar pinang, dan akar lalang digunakan untuk merawat batu karang. Daun dihancurkan dan ditampal pada bahagian sakit kepala. Kandungan: Lada hitam 9-12% air, 22-45% karbohidrat, 10-12% protein, dan 10-17% fibe Khasiat Ubatan Kayu Manis

Kulit Kayu: Dekoksi diminum untuk merangsang edaran darah, penghadaman dan respirasi, merawat bengkak kaki atau tangan kerana kesejukan, cirit, demam panas, diabetes, influenza, kurap, loya,masalah berkaitan pembuangan air besar, mual, mulas perut, muntah , perut dan usus kembung angin, reumatisme, sakit kepala, sinusitis dan tibi, sebagai astringen dan stimulant, mengeluarkan angin dari perut dan usus. Serbuk: Dimakan bersama makanan untuk menurunkan tekanan darah. Dekoksi kayu manis dengan cengkih diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gigi berlubang, jangkitan di vagina atau saluran kencing, selesema, ulser mulut, dan menghalang jangkitan. Kandungan: Minyak (kulit kayu) lebih 20 sebatian (antaranya aldehid nonilik, alfa-pinen, alfa-terpineol, benzaldehid, benzyl benzoate, beta-kariofelen, 1,8- cineol, eugenol, 1felandren, hidrosinamaldehid, kamfor, Karen, metal-n-amil ketone, para-cimen, pinen, safrol, sinamaldehid, sinamil asetat, dan terpinen -4-ol) . Kayu manis berkualiti tinggi mengandungi lebih banyak sinmaldehid, tetapi sedikit kamfor dan eugenol.

Khasiat Ubatan Serai

Akar: Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema. Daun: Dekoksi digunakan pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin. Rizom: Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi. Seluruh bahagian: Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema. Kandungan: Batang dan daun serai minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, btekariofilen, dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon, neral, nerol, sitral, dan sitronelal). Khasiat Ubatan Daun Sirih

Daun sirih sangat popular di masyarakat kita. Kerap kali, tumbuhan merambat ini dijumpai di halaman rumah. Daun Sireh adalah beraroma, anti-bakteria, herba perangsang dengan perisa seakan cengkih yang pedas. Tergolong dalam keluarga lada. Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan: Melegakan rasa gatal pada kulit muka yang sensitif yang biasanya menjadi terlalu kering. Daun sireh adalah antiseptik perangsang dan digunakan untuk merawat masalah mulut kering (xerostomia) kerana sifatnya yang menggalakkan pengeluaran air liur. Ada digunakan secara tradisional bagi menahan pengeluaran susu dalam rawatan buah dada yang menanah. Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Daun sireh menghalang kemerosotan sel dan kerosakan peringkat selular. Daun sireh mempunyai keupayaan untuk mencari radikal bebas dalam tubuh. Melindungi daripada parasit dalam usus. mengandungi bahan anti-oksida. Satu sumber yang bagus untuk zat kalsium, karotena, zat besi, dan membantu sistem penghadaman. Tanpa sebarang kesan buruk. Kandungan - Komponen aktif utama daun sireh adalah sejenis minyak mudah meruap biasanya dikenali sebagai minyak sireh. Ia mengandungi dua jenis phenol iaitu betel-phenol (chavibetol) dan hydroxyl-chavicol (membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar). Astrigen (membantu mengecutkan dan memulihkan tisu tisu organik badan akibat luka dan lain penyakit. Membantu mengecutkan membrane mukosa) dan cadinene juga ada dikesan. Minyaknya adalah perangsang aktif yang digunakan bagi merawat catarrh rongga pernafasan (keradangan pada membrane mukosa) samada di sapu atau dikumur, juga sebagai ubat sedut (inhalant) dalam rawatan diphtheria (sejenis penyakit rongga pernafasan). Jus dari 4 daun sireh mempunyai kekuatan yang bersamaan setitik minyaknya. Khasiat Ubatan Bunga Cengkih

Buah: Dibuat ubat dalaman bersifat afrodisiak,mengetatkan vagina,meningkatkan selera,merawat mulas perut,dan kembung angin.

Kudup Bunga: Sebagai antiemetik, antimual, antispasma, tonik, tonik perut, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, menurunkan panas badan, merangsang penghadaman; membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, untuk merawat cirit, kolera, mulas perut, nafas berbau busuk, penyakit saluran darah, sakit kepala, sakit gigi, dan wanita selepas bersalin, ubat pupuk digunakan pada gigitan serangga, kurap, dan luka. Dekokasi cengkih dan kayu manis diminum untuk merawat demam panas. Infusi diminum untuk merawat gout, masalah usus, dan pembuangan air besar. Kandungan: Semua bahagian pokok minyak esen, (paling biasa diekstrak daripada kudup cengkih kering). Kudup Bunga Kering: 15-17% minyak esen, dan 18-22% oleoresin. Tangkai bunga mengandungi lebih kurang 6% minyak esen. Khasiat Ubatan Kunyit

Rizom: Menghentikan pendarahan, mengeluarkan angin dari perut dan usus; sebagai diureti, stimulant, tonik, tonik perut, merawat demam kuning, pendarahan, perut dan usus, kembung angin dan penyakit hati. Kunyit juga sebagai ubat pupuk digunakan pada bengkak, bisul, calar, gatal, kayap, lebam, luka, penyakit kulit, psoriasis, sakit gusi dan gigi, sakit telinga, tergeliat, dan ulser. Kunyit dicampur air limau nipis lalu dipupuk pada herpes, jangkitan kulat, kudis, panau, ulser, dan pelbagai penyakit kulit. Kunyit juga sebagai ubat dalaman untuk melarutkan darah beku, menggalak edaran darah, merawat batuk, batu karang, cirit, disenteri, haid tidak teratur, reumatisme, sakit belakang, sakit dada, sakit perut, sendawa, selesema, tibi, dan ibu lepas bersalin. Dekoksi atau serbuknya dicampur air lalu digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat bengkak gusi, sakit gusi, selesema, dan ulser mulut. Sekeping kunyit segar ditampal pada bengkak gusi, sakit gusi, dan gigi, serta ulser kulit, dan mulut. Kandungan: Rizom-bahan pahit, karvon, minyak esen, lemak, oleoresin, dan resin. Kandungannya berbeza bergantung kepada jenis baka, keadaan penanaman setempat, usia dan keadaan rizom yang dituai, amalan lepas tuai, dan keadaan simpanan.

Khasiat Ubatan Jintan Manis

Buah: Sebagai antibakteria, antiseptik, antispasma, diureti, stimulant, tonik, dan tonik perut, merangsang peluh, merangsang dan meningkatkan penghasilan susu. Campuran dengan bahan lain digunakan untuk merawat angin dalam perut dan usus, batuk, demam panas, gonorea, mabuk pagi, sakit perut, dan tonik selepas bersalin. Buah dikunyah untuk mengatasi angin dalam perut, nafas berbau, dan sedu. Air rebusan disapu pada kulit berminyak. Minyak esen digunakan sebagai ubat luaran untuk mengatasi angin dalam perut dan usus, kekejangan, untuk meningkatkan aktiviti otak dan badan. Campuran minyak jintan manis , minyak adas pedas dan madu ledah diambil untuk merawat batuk dan bronchitis. Kandungan: Buah-9% air, 35% karbohidrat, 18% protein, 16% lemak, 15% fiber, aldehid asetik, besi, beta-amirin, fosforus, glikosid flovonoid, kalium, kalsium, koumarin, magnesium, minyak esen, miristisin, sitosterol, natrium, zink. Kandungan utama minyak esen ialah anetol, dan kandungan lain ialah alfa-zingiberen, alcohol anisik, anetol epoksida, anisaldehid, ar-kurkumen, asid anisik, beta-bisabolen gama-himcalen, germakren D, dan metal cavikol.

Khasiat Ubatan Pandan

Akar: Dekoksi diminum untuk merawat diabetes. Daun: Dekoksi atau infusi diminum untuk merawat anemia, badan berbau, diabetes, gonorea, sapremia, dan sifilis; digunakan sebagai air mandian ibu lepas bersalin; dan sebagai sedatif. Abu campur dengan cuka digunakan pada demam campak. Minyak direndam daun pandan lalu digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk kesihatan rambut dan kulit kepala, serta pada sakit otot dan sendi. Ia dijadikan bedak sejuk yang digunakan untuk kesihatan kulit.Kandungan: Daun- sedikit minyak esen yang terdiri daripada asetilpirolin, linalool, pandamrilakton, dan seskuitperen hidrokarbon. Akar asid 4-hidrobenzoik