kebaikan dan keburukan model modifikasi tingkah laku skinner

Upload: autdrey-yna

Post on 16-Jul-2015

949 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F SKINNER1 KONSEP 2 PENEGUHAN +VE & -VE

3

APLIKASI MODEL

4

CONTOH SITUASI

5 KEBAIKAN & KEBURUKAN MODEL

Manusia banyak dipengaruhi oleh apa apa yang berlaku setelah sesuatu tingkah laku dilakukan. Setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berlainan,Namun ada juga yang mempunyai persamaan diantaranya. Menekankan konsep PENEGUHAN,,!!!!! - Peneguhan POSITIF - Peneguhan NEGATIF

SELAMAT MEMBACA..

Berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya. Untuk mengalakkan pengulangan tingkah laku yang diingini. Contohnya; murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya akan diberikan ganjaran.

Peneguhan positif

Berlaku apabila ransangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Untuk menghapus atau menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.

Peneguhan negatif

Contohnya;katakan ketika guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, guru bertindak merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila mengeluarkan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

Peneguhan berbeza dengan dendaan yang menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini. Dendaan ialah tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.

SELAMAT MEMBACA..

1. Guru memberikan peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan peningkatan didalam pembelajaran dan murid yang memberikan respon yang positif. Contohnya : Guru memberikan pujian kepada murid murid yang dapat memberikan jawapan yang betul kepada soalan yang diutarakan. Peneguhan positif ini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu melakukan tingkah laku yg diingini bertambah. 2. Guru memberikan peneguhan negatif kepada murid murid yang melakukan kesalahan supaya tindakan ini dapat menguatkan tindakan positif. Contohnya : Guru akan memberitahu kepada murid yang membuat bising didalam kelas bahawa sekiranya mereka berbuat bising guru akan membawa mereka berjumpa dengan guru besar. Peneguhan negatif seperti diatas akan menyebabkan murid tidak lagi mencuba pada masa hadapan.

APLIKASI MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER

Cikgu Daniel mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas Tahun 5. Pada awal tahun, beliau mendapati ada sekumpulan kecil murid lelaki yang sering ponteng kelas. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan dan meneruskan sesi pengajaran seperti biasa. Kini hampir semua murid lelaki sudah ponteng kelas beliau, sementara yang hadir pun masuk lewat.

Contoh situasi

Peneguhan positif: Cikgu Daniel mencadangkan satu lawatan pada hujung tahun untuk kelas Tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun demikian, hanya pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang baik akan dibenarkan mengikuti lawatan tersebut. Peneguhan negatif: Cikgu Daniel menghantar nama pelajar yang bermasalah tersebut kepada Guru Besar untuk tindakan lanjut. Dendaan: Cikgu Daniel menghukum pelajar yang lewat masuk kelas untuk berdiri di luar.

Penyelasaian berdasarkan Model Modifikasi Skinner

SELAMAT MEMBACA..

KEBAIKAN Peneguhan senang digunakan dan hasil peneguhan berlaku dalam tempoh yang pantas

KEBURUKAN Tidak berkekalan

Guru menjadi sedar dan lebih peka tentang Peneguhan dan ganjaran lebih memenuhi apa yang berlaku dalam bilik darjah. motivasi ekstrinsik -Mengalakkan pelajar melakukan sesuatu kerana ganjaran dan bukan instrinsik Guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian masalah displin dalam bilik darjah. Kurang berkesan untuk mengurangkan masalah tingkah laku. - X merangkumi cara-cara pencegahan mslh t/L sebaliknya fokus kepada pembetulan tingkah laku.