kamus tasawuf

Upload: aqnamasyam

Post on 05-Apr-2018

364 views

Category:

Documents


132 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    1/41

    Kamus Tasawuf

    abadi: Tidak ada kesudahan. Kesudahan bagi tiap-tiap yang bernyawa adalahkematian dan kesudahan bagi makhluk ciptaan Tuhan adalah kiamat. Dalamsuasana yang abadi kematian dan kiamat tidak ada lagi. Ini adalah suasana akhirat.

    abd: Makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan dihukumkan bahawa merekaberhajat dan bergantung kepada-Nya. Tidak ada makhluk yang boleh berdiri sendiritanpa sokongan Tuhan.

    Abdul Rab: Hamba Tuhan. Keterangannya lihat Hakikat Abdul Rab.

    abid: Hamba yang dikuasai oleh rasa ketidak-upayaan diri dan dia semata-matabergantung kepada daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalamkeadaan Dia berhak dan boleh mengambil kembali daya dan upaya tersebut pada

    bila-bila masa sahaja yang Dia kehendaki. Hamba tersebut bersandar kepada Allahs.w.t semata-mata dan segala kegiatan hidupnya digunakan untuk beribadat kepada-Nya.

    adam: Sesuatu yang tidak ada atau tidak wujud, yang merupakan zat aslimakhluk. Makhluk diciptakan daripada tidak ada.

    afal: Perbuatan atau amalan.

    afdal: Lebih baik, lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya.

    Agama Tauhid: Agama yang tidak menyengutukan Tuhan dengan sesuatu, iaituagama Islam.

    agresif: Cenderung bertindak ganas.

    Ahadiyyah: Keadaan Allah s.w.t Yang Maha Esa yang dibukakan kepada seseorangmelalui pengalaman kerohanian.

    ahli asbab: Orang yang melihat kepada keberkesanan hukum sebab musababsemata-mata sehingga dia melupakan ketentuan dan pentadbiran Tuhan yangmenguasai sistem sebab musabab itu. Pergantungan orang ini hanyalah kepada

    usaha dan ikhtiar dalam mengadakan sebab untuk menghasilkan akibat. Merekatidak dapat melihat hakikat kekuasaan Tuhan yang mengawal hukum sebab-akibattersebut.

    ahli bidaah: Orang yang mengamalkan sesuatu yang tidak menurut perkataan,perbuatan dan isyarat yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.

    ahli ilmu: Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpegang kepada dalil-dalil yang ditemui melalui ilmunya.

    ahli kasyaf: Orang yang dibukakan keghaiban kepadanya sehingga mata hatinyadapat menyaksikan hakikat yang berada di sebalik yang nyata.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    2/41

    ahli kerohanian: Orang yang telah memasuki bidang atau makam hati danmengalami hal-hal yang berhubung dengan Tuhan.

    ahli maksiat: Orang yang cenderung membuat perkara-perkara yang dilarang olehTuhan. Peringatan dan ancaman yang dibawa oleh Rasul-rasul tidak memberi bekas

    pada hatinya.

    ahli suffah: Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, ada juga kumpulanorang-orang miskin dan faqir ikut sama berhijrah ke sana. Tujuan mereka berhijrahadalah untuk berada di samping Rasulullah s.a.w. Walaupun disediakan tempattinggal untuk orang-orang yang berhijrah, tetapi tempat tersebut agak jauh darimasjid Rasulullah s.a.w. Kumpulan faqir miskin tadi lebih suka tinggal berhampirandengan masjid baginda s.a.w. Oleh yang demikian baginda s.a.w mendirikan tempatmenginap untuk mereka di beranda masjid. Mereka tang tinggal di beranda masjidRasulullah s.a.w itu dipanggil ahli suffah iaitu orang yang tinggal di beranda masjidRasulullah s.a.w. Kerja mereka adalah mempelajari wahyu dan hadis dan

    menyebarkannya kepada kaum Muslimin yang lain.

    Ahli Sunah wal Jamaah: Satu bentuk kefahaman dan pegangan di kalangan umatIslam yang dalam banyak perkara berbeza dengan kumpulan-kumpulan yang lainseperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij.

    ahli taat: Orang yang berpegang teguh kepada hukum dan peraturan yangditetapkan oleh Tuhan dan menjauhi segala larangan-Nya.

    ahli tajrid:Orang yang menyaksikan kekuasaan Tuhan berjalan pada segalaperkara dan kejadian termasuklah sebab-sebab yang menghasilkan akibat-akibat.Apabila mereka melihat tangan Tuhan pada segala perkara, maka pegangan dansandaran mereka hanyalah kepada Tuhan, tidak lagi kepada makhluk yang berjalandalam hukum sebab musabab.

    ahli tarekat: Orang yang mengamalkan sesuatu aliran tarekat.

    ahli tasauf: Orang yang arif dalam bidang tasauf.

    ahwal: Hal-hal, iaitu pengalaman-pengalaman yang berhubung dengan ketuhananyang dialami oleh hati.

    akidah: Kepercayaan kepada Tuhan yang dianuti oleh seseorang.

    Aku Hakiki: Apabila dikuasai oleh suasana kefanaan yang kuat seseorang itu hilangkesedaran terhadap dirinya. Dia tidak melihat lagi kepada aku dirinya, sebaliknyaapa sahaja yang mengenai dirinya diisbatkannya kepada Tuhan. Aku dirinyadiisbatkannya kepada Aku Tuhan yang diistilahkan sebagai Aku Hakiki.

    Alam Ajsam: Alam jisim. Alam benda-benda.

    Alam al-Mulk: Alam nyata, alam yang mengandungi dunia di dalamnya.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    3/41

    Alam Arwah: Alam roh-roh di mana sekalian roh-roh yang Tuhan jadikanditempatkan sebelum roh-roh tersebut bercantum dengan jasad atau badan.

    alam asbab: Suasana yang pada zahirnya sangat ketara dikuasai oleh perjalananhukum sebab dan akibat.

    alam baqa: Lihat baqa.

    Alam Barzakh: Tingkat alam selepas bumbung langit rendah iaitu langit dunia. Iamerupakan sebahagian daripada peringkat alam yang dinamakan Alam MalakutBawah. Roh orang yang jasadnya mengalami kematian dibawa keluar meninggalkanbumbung langit dunia dan ditempatkan di Alam Barzakh.

    alam fana: Lihat fana.

    Alam Insan: Manusia yang bercantum rohani dan jasad.

    Alam Jin: Satu ruang di bawah bumbung langit dunia di mana ditempatkan makhlukhalus seperti jin dan lain-lain.

    Alam Kabir: Alam besar, iaitu alam makhluk sekaliannya.

    Alam Langit: Alam selepas bumbung langit dunia.

    Alam Malakut: Alam tempat kediaman malaikat.

    Alam Malakut Atas: Bahagian alam yang tinggi, didiami oleh malaikat-malikat danlain-lain unsur nur yang seni yang bertugas memelihara alam dan menjalankanperintah Tuhan. Alam arwah merupakan sebahagian daripada Alam Malakut Atas.Kursi dan Arasy juga termasuk di dalam bahagiannya.

    Alam Malakut Bawah: Bahagian alam selepas alam dunia didiami oleh malaikat-malaikat yang menerima tugas yang berhubung dengan alam bawah. Alam Barzakhtermasuk di dalam ruang Alam Malakut Bawah.

    Alam Misal: Alam di mana unsur rohani belum bercantum dengan badankebendaan. Alam Misal jenis ini berada di dalam Alam Malakut. Ia merupakan

    peralihan daripada Alam Arwah menuju kepada peringkat Alam Nasut, di mana unsurrohani yang dari Alam Arwah itu mendapat badan masing-masing. Alam Misalmerupakan perincian kepada Alam Arwah. Pada tahap Alam Misal roh-roh individumendapat bakat-bakat dan keupayaan masing-masing, hanya menunggu giliranmasing-masing mendapatkan tubuh bagi mempamerkan bakat dan keupayaan rohtersebut. Alam Misal jenis kedua berada di bawah bumbung langit dunia,sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda s.a.w melakukanIsrak. Dalam Alam Misal jenis kedua ini perkara-perkara ghaib dan abstrak diberikanbentuk atau gambaran bagi melahirkan pengenalan terhadap benda dan perkaratersebut. Dalam Alam Misal inilah Rasulullah s.a.w menemui iman Masitah dalammisal sebagai bau-bauan yang sangat harum.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    4/41

    Alam Nasut: Alam kebendaan di mana unsur rohani mempunyai badan masing-masing.

    Alam Saghir: Alam kecil, iaitu manusia atau Alam Insan.

    Alam Syahadah: Alam nyata, iaitu bahagian alam yang unsur rohani menerimabadan masing-masing.

    amal salih: Kebaikan yang dilakukan kerana mentaati perintah Allah s.w.t dandilakukan dengan ikhlas.

    ammarah: Nafsu ammarah.

    amr: Urusan atau Perintah Tuhan, iaitu suasana tiada pilihan melainkanmenjalankan dengan tepat apa yang Tuhan telah tentukan. Semua maklumat yanglengkap dan terperinci sudah dibekalkan pada amr Tuhan. Ia juga dibekalkan dengan

    bakat dan keupayaan untuk menyatakan maklumat yang ada padanya.

    Ansar: Penolong agama Allah s.w.t dengan jiwa dan harta mereka. Merekaberkhidmat dan berkorban untuk agama Allah s.w.t dalam semua bidang tanpakepentingan diri sendiri. Mereka sanggup berpisah dengan pemilikan mereka demimembantu saudara-saudara Muslim dan demi jihad pada jalan Allah s.w.t.

    Arasy: Sempadan yang memagari semua kejadian Tuhan. Apa sahaja yang Tuhanciptakan berada di dalam pagar Arasy. Tidak ada satu pun kejadian Tuhan, baikyang nyata, yang ghaib atau yang tersembunyi berada di luar Arasy. Arasymerupakan hijab yang kukuh. Tidak ada makhluk yang berupaya menembusi Arasyuntuk berdampingan atau bersekutu dengan Tuhan, walaupun makhluk itumerupakan malaikat yang paling tinggi darjatnya. Ilmu makhluk juga tidak mampumenembusi Arasy walaupun ilmu malaikat yang paling mulia. Arasy adalah daripadaunsur nur yang paling latif atau paling seni, lebih seni daripada nur yang menjadi zatkejadian malaikat Jibrail. Oleh sebab itu Jibrail tidak berupaya untuk mengikutiRasulullah s.a.w memasuki alam Arasy. Nabi Muhammad s.a.w berupaya berbuatdemikian kerana roh baginda s.a.w adalah juga daripada unsur nur yang paling latifyang bersesuaian dengan Nur Arasy.

    Arasy Yang Agung: Sempadan Arasy yang paling luar. Ia merupakan kejadian

    Tuhan yang paling besar. Ia dinamakan juga kulit atau kerangka alam.

    Arasy Yang Meliputi: Sempadan Arasy yang paling luar. Ia merupakan kejadianTuhan yang paling besar. Ia dinamakan juga kulit atau kerangka alam.

    arifbillah: Orang yang mengenal Allah s.w.t dan memiliki ilmu ketuhanan yangmendalam.

    ariffin: Arifbillah.

    asbab: Perjalanan dan keberkesanan hukum sebab musabab sebagaimana yang

    telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    5/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    6/41

    Diri Batin: Rohani atau hati nurani insan yang berhubungan dengan LatifahRabbaniah ataupun bahagian diri manusia yang bermula daripada tiupan Roh Allahs.w.t, bukan bermula daripada adam. Tubuh badan memperolehi bakat dankeupayaan kerana pertaliannya dengan Diri Batin.

    duniawi: Benda-benda dan perkara-perkara keduniaan.

    fadilat: Kelebihan, kemuliaan atau ketinggian.

    falsafah: Satu jenis ilmu yang berlandaskan kekuatan akal yang bebas daripadapengaruh hawa nafsu, dunia dan tarikan anasir-anasir kebendaan. Akal yangdemikian mampu mencungkil nilai-nilai kemanusiaan yang asli. Ia juga mampumelepasi kongkongan kebendaan untuk merenung kepada perkara-perkara ghaibdan abstrak yang berkait rapat dengan perjalanan anasir kebendaan dan alam. Akalyang demikian boleh sampai kepada tahap pertemuan dengan kenyataan tentangkewujudan Kuasa Mutlak yang mengawal sekalian makhluk.

    fana: Peringkat pengalaman kerohanian di mana seseorang mengalami suasanaketiadaan kesedaran dan ingatan terhadap kewujudan diri sendiri dan makhluklainnya. Fana dalam Allah s.w.t adalah pengalaman di mana seseorang mengalamisuasana yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t, seperti perbuatan, nama, sifat dan zatAllah s.w.t. Fana dan baqa adalah suasana kerohanian yang dialami sebelumseseorang itu kembali kepada kesedaran kemanusiaan biasa.fanafillah: Fana dalam Allah s.w.t, di mana seseorang mengalami suasana yangdinisbahkan kepada Allah s.w.t, seperti perbuatan, nama, sifat dan Zat Allah s.w.t.Fana dan baqa adalah suasana kerohanian yang dialami sebelum seseorang itukembali kepada kesedaran kemanusiaan biasa.

    fana hakiki: Fana dalam ad-din, iaitu hilang kehendak diri di dalam kehendakagama. Tidak ada yang dikehendaki melainkan apa yang agama berkehendakkandia melakukannya. Kehendak peribadinya tunduk kepada kehendak Allah s.w.t.Setelah seseorang hamba itu fana daripada dirinya, kehendak dirinya, perasaannyadan juga daripada makhluk sekaliannya, maka Allah s.w.t bawakan si hamba itukepada suasana yang bersesuaian kehendaknya dengan kehendak Allah s.w.t danagama-Nya.

    faqir: Orang yang meletakkan pergantungan kepada Allah s.w.t semata-mata keranaDia jualah yang memiliki sifat-sifat iftiqar yang mewajibkan makhluk berhajat danbergantung kepada-Nya. Kefanaan di dalam Allah s.w.t juga diistilahkan sebagaifaqir. Orang faqir adalah orang yang melihat dari Allah, beserta Allah dan kepadaAllah.fardu: Kewajipan yang dituntut oleh agama. Tidak melakukan fardu merupakanperlanggaran kepada peraturan agama.fardu ain: Kewajipan yang ditanggung oleh setiap orang Islam secara individuseperti sembahyang, puasa dan lain-lain.

    fardu kifayah: Kewajipan yang dikongsikan oleh orang-orang Islam sepertimengebumikan mayat dan lain-lain.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    7/41

    fasiq: Orang yang engkar kepada perintah agama dan mengadakan perlanggaranterhadap peraturan agama secara terbuka.

    fatanah: Bijaksana. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagiRasulullah s.a.w. Di dalam perkara-perkara yang memerlukan kesabaran,

    penyerahan dan sebagainya, ia disertai oleh kebijaksanaan. Begitulah sikap yangtelah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

    fi-sabilillah: Perjuangan pada jalan Allah s.w.t.

    fitrah: Bakat-bakat, keupayaan dan daya nilai semulajadi yang Tuhan bekalkanbersama-sama dengan penciptaan makhluk-Nya. Fitrah setiap kejadian akanmengheret kejadian tersebut untuk mempamerkan sesuatu yang dengannyakejadian itu dikenali.

    fitrah insan: Bakat-bakat, keupayaan dan daya nilai yang Tuhan kurniakan kepada

    manusia sejak manusia yang pertama diciptakan. Fitrah insan mengwujudkanmakhluk bangsa manusia dengan identiti kemanusiaan yang nyata dan berbezadengan makhluk yang lain. Fitrah insan juga menggerakkan manusia membinakehidupan di dalam dunia ini dengan berlandaskan nilai moral yang murni.

    fitrah manusia: Sama seperti fitrah insan.

    fitrah Muslim: Apabila fitrah insan disinari oleh cahaya iman ia meningkat kepadadarjat fitrah Muslim. Nilai murni yang ada pada fitrah insan adalah berlandaskankemanusiaan semata-mata. Apabila nilai murni tersebut dilandaskan kepadakepercayaan kepada Allah s.w.t dan kepatuhan kepada peraturannya baharulahfitrah insan itu menjadi Muslim.

    Ghaibul Ghuyub: Keghaiban alam dan makhluk masih boleh dijangkau oleh ilmudan kasyaf atau masih boleh dijangkau oleh alam perasaan. Keghaiban Allah s.w.tmelepasi kemampuan jangkauan ilmu, kasyaf dan alam perasaan. Bentengkeperkasaan Allah s.w.t menahan apa sahaja daripada menyentuh-Nya. Keghaibanyang begini dinamakan Ghaibul Ghuyub.

    Ghaibul Mutlak: Sama seperti Ghaibul Ghuyub.

    ghirah: Kecemburuan beragama. Perasaan yang demikian menggerakkanseseorang menjaga kemuliaan dan kesucian agamanya dan mempertahankannyadaripada musuh-musuh yang cuba merosakkan agamanya dan juga penganutagamanya.

    Habiballah: Lihat Hakikat Habiballah.

    Hadrat: Rasa kehadiran Allah s.w.t yang dialami oleh hati, seperti rasa kehampiran-Nya, keperkasaan-Nya, keelokan-Nya dan sebagainya.

    hakikat: Kebenaran yang tulen dan sejati mengenai sesuatu perkara. Kebenaran

    yang paling benar adalah yang pada sisi Tuhan dan hanya Tuhan yang

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    8/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    9/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    10/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    11/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    12/41

    Hakikat Wali: Suasana, keadaan atau hal pentadbiran Tuhan yang menguasaikewalian. Sesiapa yang menerima penguasaan Hakikat Wali akan menjadi wali.

    hal: Pengalaman kerohanian mengenai Tuhan yang dialami oleh hati. Pengalamanhubungan hati dengan Tuhan itu membentuk rasa, zauk atau hal yang melahirkan

    pengenalan tentang Tuhan.

    hamba rabbani: Hamba yang sampai kepada tahap bersesuaian kehendaknyadengan kehendak Allah s.w.t. Apa sahaja yang sampai dan keluar daripadanyasemuanya sudah ditapis dan diredai oleh Allah s.w.t. Hamba yang demikian menjadiwakil-Nya dan diizinkan untuk menggunakan cop mohor-Nya dalam melaksanakantugasnya. Perkara-perkara luarbiasa selalu muncul daripada hamba-hamba yangdemikian.

    haqqul yaqin: Keyakinan yang sebenar-benarnya. Dalam suasana haqqul yaqin,ilmu dan pengalaman kerohanian, termasuklah penemuan melalui kasyaf, adalah

    bersesuaian dengan al-Quran dan as-Sunah.

    Haq: Yang Sebenarnya, iaitu Tuhan.

    hari akhirat: Suasana alam dan sekalian makhluk selepas berlakunya kiamat.Walaupun ia dinamakan hari tetapi ia tidak terlibat lagi dengan masa kerana sukatanmasa diukur dengan peredaran bumi mengelilingi matahari. Dalam suasana akhirattidak ada lagi neraca pengukur masa. Masanya ialah tanpa kesudahan atau abadi.

    hari kebangkitan: Hari akhirat.

    hari kiamat: Saat atau ketika Allah s.w.t menghancur-leburkan sekalian makhluk.Ikut hancur ialah sistem sebab musabab dan sistem alam. Kemudian Allah s.w.t binaalam yang baharu dengan sistem yang baharu. Dalam alam yang baharu itu tidakada lagi ruang untuk beramal. Apa juga amalan yang hendak dilakukan mestilahdilakukan sebelum berlaku kiamat.

    Haula dan Kuwwata: Kekuatan dan kekuasaan Allah s.w.t yang daripadanyamakhluk memperolehi daya, upaya dan bakat yang dengan itu makhluk bolehmemiliki berbagai-bagai kebolehan seperti bergerak, berkehendak, mendengar,melihat, merasa, berfikir dan lain-lain.

    hidayat: Pimpinan dari Tuhan.

    hijab: Kegelapan yang menutupi hati daripada menyaksikan kepada Alam Malakutdan hal-hal ketuhanan. Hati berhubung dengan Alam malakut dan hal-hal ketuhananmelalui nur. Kegelapan nafsu, tarikan anasir-anasir alam dan waswas syaitanmenutupi cermin hati daripada menerima nur yang datangnya dari alam ghaib.

    Hijab al-Izzati: Hijab ketuhanan iaitu kekuasaan Tuhan yang menghalang segalasesuatu daripada menceroboh keesaan-Nya. Tidak ada makhluk yang dapat dudukbersebelahan dengan Allah s.w.t. Tidak ada ilmu dan makrifat yang dapat

    membatasi-Nya.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    13/41

    Hijab Keteguhan: Hijab al-Izzati.

    ihsan: Suasana hati yang merasakan kehadiran Allah s.w.t tidak terhijab.

    ijtihad: Daya usaha orang alim dan arif dalam mencari tindakan dan pegangan yang

    benar berhubung dengan perkara-perkara yang baharu timbul di dalam masyarakat,berlandaskan sumber hukum syariah yang betul.

    iktikad: Pegangan yang berhubung dengan kepercayaan agama.

    ilham: Apa juga perkara abstrak yang sampai kepada manusia ada sumbernya.Fikiran dan khayalan tidak terjadi dengan sendirinya. Ada pencetus atau yangmerangsang yang menggerakkan akal untuk berfikir atau berkhayal. Akal berfikirmenurut rangsangan yang diterimanya. Perangsang akal itu dinamakan ilham. Iabersumberkan alam ghaib yang tidak dapat difikir oleh akal. Jika akal bolehmemikirkan mengenainya maka akal tidak memerlukan sumber tersebut. Kelemahan

    akal itu ditampung oleh ilham. Sumber yang merangsang akal itu ada dua iaitu yangbaik dan yang jahat. Sumber yang baik datangnya dari alam malakut (alam malaikat)dan sumber yang jahat datangnya dari alam jin yang dibawa oleh syaitan. Nur yangterpancar dari alam malakut menggerakkan akal supaya memikirkan tentangkebesaran dan kemurahan Tuhan dan berbakti kepada-Nya. Cahaya api syaitanyang terpancar dari alam jin merangsang akal untuk melakukan kejahatan dankerosakan.

    Iliyyin: Sebahagian daripada syurga, di mana catatan amalan yang baik-baikditempatkan.

    ilmu ahkam: Ilmu yang berhubung dengan hukum-hukum, dinamakan juga ilmufikah.

    ilmu asrar: Ilmu yang berhubung dengan perkara-perkara ghaib dan seni,dinamakan juga ilmu tasauf.

    ilmu ghaib: Ilmu laduni.

    ilmu hakikat: Ilmu ketuhanan.

    ilmu laduni: Pengetahuan yang diperolehi bukan melalui proses pembelajaran.Pengetahuan tersebut boleh dibahagikan sebagai pengetahuan umum danpengetahuan khusus. Pengetahuan umum adalah naluri semulajadi yang dibekalkankepada sesuatu kejadian, misalnya manusia mempunyai pengetahuan laduni untukmembezakan kesakitan yang dirasai di dalam perut apakah ianya kesakitan keranamahu membuang air besar ataupun kesakitan kerana sakit perut biasa. Bagitu jugadengan bayi yang dikurniakan pengetahuan laduni untuk menangis sebagaimenceritakan keadaannya yang lapar atau sakit. Laduni yang khusus adalahpengetahuan mengenai ketuhanan secara rohani. Pengetahuan yang demikiandicampakkan ke dalam hati tanpa perlu belajar. Seseorang itu dengan tiba-tibasahaja mengetahui sesuatu tentang Tuhan atau perkara ghaib. Pembelajaran

    seterusnya berperanan menambahkan atau memperjelaskan pengetahuan tersebut.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    14/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    15/41

    ingatan, yang ada hanyalah pandangan mata hati yang mengandungi kejeliraan,kemesraan dan kelazatan. (Sila lihat maksud wusul untuk memahami maksud ittisal).

    Jabarut/Alam Jabarut: Istilah yang digunakan bagi menceritakan mengenaikeadaan atau suasana sifat Tuhan sebagai penjana kepada segala bakat dan

    keupayaan yang dengannya makhluk diciptakan dan seterusnya menikmatikesinambungan kewujudan.

    jalan kenabian: Jalan yang menurut Sunah Rasulullah s.a.w yang telah diikuti olehpara sahabat. Orang yang berjalan pada jalan ini menetap dalam kesedaran, tidakmemasuki suasana yang ada fana, baqa, zauk, bersatu dengan Tuhan dan yangseumpamanya. Penekanan pada jalan kenabian adalah kehambaan kepada Tuhan,mengerjakan yang makruf dan mencegah yang munkar dan berjihad pada jalan Allahs.w.t. Pada jalan ini kecintaan kepada Tuhan berlaku secara rasional. Tidak adarintihan untuk bersatu dengan Tuhan atau tangisan kerana berpisah dengan-Nya.Pada jalan kenabian seseorang Muslim menetap dalam suasana kehidupan harian,

    tidak mengasingkan diri di tempat yang sunyi. Mereka menceburkan diri dalamurusan mengadakan kesejahteraan kepada masyarakat.

    jalan kesufian: Jalan kesufian terkenal dengan latihan kerohanian yang dilakukansecara mengasingkan diri di tempat-tempat yang sunyi. Pada jalan ini penekanannyaadalah hubungan hamba dengan Tuhan. Dalam aspek ini seseorang sufi sangatbersungguh-sungguh. Aspek hubungan sesama manusia sangat kurang dilakukan.Biasa terjadi seseorang sufi tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya.Penekanan terhadap hubungan dengan Allah s.w.t semata-mata dengan latihanyang menjurus ke arah tersebut biasanya membawa sufi kepada suasana yang adapengalaman zauk, jazbah, fana, baqa dan bersatu dengan Tuhan. Sebahagian sufimenetap pada jalan kesufian sementara sebahagian yang lain kembali kepada jalankenabian. Sufi yang telah sempurna perjalanannya biasanya kembali kepada jalankenabian dan mengambil bahagian dalam urusan masyarakat.

    jalan mahabbah: Peralihan daripada jalan kesufian sebelum menetap pada jalankenabian. Ketika berada pada jalan mahabbah seseorang itu terlepas sedikit demisedikit daripada kesan mabuk, fana dan baqa. Apabila kesedarannya kembalisepenuhnya dia kembali menetap pada jalan kenabian.

    Jamhut: Keadaan Allah s.w.t yang tidak dapat dihuraikan.

    jazbah: Sufi melatihkan diri untuk tidak mengingati sesuatu kecuali Allah s.w.t.Penghapusan kesedaran kemanusiaan membawa sufi bertembung dengan suasanaatau hal yang dinisbahkan kepada ketuhanan. Pembukaan terhadap alam ghaibmemberi kesan yang kuat kepada hati sufi. Kesan tersebut dinamakan jazbah. Sufiyang mengalami jazbah merasai atau menyaksikan dengan mata hatinya tentanghal-hal ketuhanan.

    jazbah khadam: Ada orang yang melakukan latihan atau amalan khusus untukmembuka alam ghaib bukan kerana mahu mendekati Allah s.w.t. Bila terbuka alammakhluk halus kepadanya, makhluk halus menguasainya. Penguasaan makhluk

    halus tersebut menyebabkan berlaku perubahan pada jiwa dan fikirannya. Diamenjadi alat yang menterjemahkan keadaan makhluk halus yang menguasainya.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    16/41

    Sebahagian daripada mereka dapat mengambil manfaat daripada makhluk halusyang berdampingan dengannya. Sebahagian yang lain pula dikuasai secaramenyeluruh oleh makhluk halus tersebut hingga menyebabkan mereka menjadi gila.Penguasaan makhluk halus tersebut dinamakan jazbah khadam.

    junub: Keadaan tidak suci. Junub zahir terjadi kerana keluar mani (samada denganbersetubuh ataupun tidak) dan juga kerana bersetubuh (keluar mani ataupun tidak).Junub batin adalah kelalaian hati daripada mengingati Allah s.w.t. Apabila hati lalaimaka syaitan akan memasukinya. Kekejian syaitan mengotorkan hati.

    Kalam Hakiki: Kalam Allah s.w.t. Apa sahaja yang ada pada Allah s.w.t adalah Hakikiatau Mutlak. Perkataan Allah s.w.t yang ke sejuta dengan perkataan-Nya yangpertama tidak berbeza, tiada jarak ruang atau masa. Tiada jarak dan perbezaan diantara Kalam-Nya tatkala mula-mula menciptakan alam dan tatkala Dia mengadakankiamat kelak. Perkataan-Nya Yang Hakiki bukanlah susunan kata-kata yang adaabjad dan suara. Hanya Dia yang mendengar dan mengetahui Kalam Hakiki-Nya.

    Kalimah Syahadah: Asyhadu an- la ilaha illa Llah wa- asyhadu anna Muhammad ar-Rasul ul- Llah

    Kalimah Tauhid: La ilaha illa Llah

    kamaliah: Nafsu kamaliah.

    kasyaf: Terbuka pandangan mata hati kepada perkara ghaib. Kasyaf ada dua jenisiaitu kasyaf kecil dan kasyaf besar. Kasyaf kecil ialah terbuka pandangan mata hatiuntuk melihat kepada benda-benda dan suasana alam yang ghaib seperti alamkubur, makhluk halus, alam arwah dan sebagainya. Kasyaf besar pula adalahterbukanya pandangan mata hati untuk melihat sesuatu mengenai Tuhan padaperkara dan suasana makhluk.

    Kebenaran Hakiki: Kebenaran yang sejati sebagaimana yang dikhabarkan oleh al-Quran dan al-Hadis.

    khalaq: Makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t.

    khalifah: Hamba yang diamanahkan oleh Tuhan untuk memikul beban menguruskan

    kehidupan di bumi serta memakmurkannya menurut peraturan yang ditetapkan olehAllah s.w.t. Khalifah bertanggungjawab menegakkan keadilan dan kebenaran.

    khalifah ar-rasyidin: Pemimpin umat Islam yang dibimbing oleh Allah s.w.t dandiperakui kebenaran mereka oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Abu Bakar, Umar,Usman dan Ali. Selain mereka Umar bin Abdul Aziz dikatakan termasuk juga dalamkumpulan khalifah ar-rasyidin.

    khalifah kerohanian: Salik yang telah kembali kesedarannya dan mempunyaikeupayaan untuk menguruskan kehidupannya dan bidang pengkhususannya sertamempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang kerohanian layak bergelar khalifah

    kerohanian. Mereka mempunyai keupayaan untuk membimbing orang lain berjalan

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    17/41

    pada jalan Allah s.w.t. Mereka mampu menghuraikan pengalaman kerohanian yangditempuh oleh orang yang menerima bimbingan mereka.

    khalq:Makhluk, iaitu perubahan keadaan adam daripada tidak ada kepada adasetelah memperolehi nikmat penciptaan daripada Allah s.w.t.

    khalwat: Pengasingan diri di tempat yang sunyi.

    khurafat: Kepercayaan yang menyalahi ajaran agama.

    Khutbah Makrifat: Kesimpulan mengenai kedudukan Allah s.w.t sebagai Tuhanyang tidak ada Tuhan melainkan Dia, kedudukan kewujudan pada sisi-Nya dankedudukan makhluk yang diciptakan-Nya. Penghayatan kepada Khutbah Makrifatyang ringkas hanya terjadi setelah seseorang memperolehi makrifat, iaitu mengenalAllah s.w.t dan mengenal peraturan-Nya pada makhluk-Nya.

    khilafiah: Perkara-perkara yang menimbulkan keraguan dan pertikaian lantarantidak ada nas yang jelas mengenai hukumnya.

    kitabul mubin: Kitab yang nyata, iaitulah segala perkara yang dijadikan oleh Allahs.w.t. Hati yang memiliki nur makrifat menyaksikan apa sahaja kejadian Tuhanseumpama cermin untuk dia melihat sesuatu tentang Tuhan. Sekalian alam inimerupakan kitab baginya untuk mengenal Allah s.w.t dan memperolehi hikmahdalam menjalani kehidupan harian.

    Kuasa Mutlak: Kuasa Allah s.w.t. Tatkala Allah s.w.t berkuasa menciptakan hamba-Nya tatkala itu juga Dia berkuasa mematikannya. Tatkala Dia berkuasa menciptakanalam tatkala itu juga Dia berkuasa mengkiamatkannya. Kuasa Mutlak tidak berjalanmengikut susunan. Pada Kuasa Mutlak tidak ada suasana bergerak langkah pertamadahulu baharu bergerak langkah ke dua. Bagi Kuasa Mutlak langkah awal denganlangkah akhir adalah yang sama. Pada Kuasa Mutlak tidak ada jarak tindakan-Nyamenciptakan alam dengan tindakan-Nya mengadakan kiamat terhadap alam. Jarak,ruang dan masa menguasai makhluk yang tidak mutlak. Allah s.w.t Yang Mutlak tidakdikongkong oleh jarak, ruang dan masa. Keadaan yang demikian dipanggil BerdiriDengan Sendiri.

    Kudrat: Kuasa, iaitu kuasa Allah s.w.t.

    kufur syariat: Perlakuan yang jelas memesong akidah yang menyebabkanseseorang itu terkeluar daripada agama Islam, misalnya sengaja menghalalkanperkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

    kufur tarekat: Kufur tarekat berlaku di luar kesedaran dan kawalan orang yangsedang dikuasai oleh jazbah. Dalam suasana yang demikian orang yang berkenaanmungkin mengeluarkan perkataan yang menyalahi syariat seperti mengakuipersamaan wujud hamba dengan Wujud Tuhan. Oleh kerana perkara tersebutberlaku diluar kesedaran dan kawalannya maka kesalahannya itu perlu dimaafkan,tetapi ianya tidak boleh diikuti oleh orang lain yang di dalam kesedaran biasa.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    18/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    19/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    20/41

    zikir akan muncullah sifat Latifah Sir yang asli iaitu mencintai Allah s.w.t denganteramat sangat. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Sir inilah yang seringmembuat hati gilakan Allah s.w.t hingga ke tahap tidak rasional.

    lawwamah: Nafsu lawwamah.

    mabuk: Keadaan orang yang di dalam jazbah. Dia lupa kepada dirinya tetapipancainderanya masih aktif. Hati nuraninya dikuasai oleh hal ketuhanan yangberbeza dengan sifat kemanusiaan. Oleh yang demikian lahirlah perbuatan danperkataan yang menyalahi peraturan kemanusiaan.

    mahabbah: Cinta.

    majnun: Gila.

    majzub: Orang yang mengalami jazbah.

    makam: Hati hamba menjadi tempat curahan kurniaan Allah s.w.t. Dikurniakan-Nyaberbagai-bagai hal kepada hati hamba-Nya. Kurniaan yang demikian adalah semata-mata kerana rahmat dan belas kasihan-Nya kepada hamba-Nya. Hamba tidakberupaya mendapatkan yang demikian dengan amal dan ilmunya. Tetapi apabilakurniaan tersebut diterima oleh hati, maka si hamba perlu mengambil langkah yangsesuai bagi menetapkan hal berkenaan pada hatinya. Apabila hal kurniaan Allahs.w.t itu menetap di dalam hati. Hal yang telah diserapkan menjadi makam akanmembentuk sifat dan keperibadian khusus dan berterusan menurut hal berkenaan.

    makam abid: Ada sebahagian daripada hamba-Nya dikurniakan hal merasakankehambaan yang sangat kuat terhadap Allah s.w.t. Hal yang demikian membuatkansi hamba itu mempergiatkan amal ibadatnya. Setelah keadaan yang demikian sebatidengannya akan terbentuklah sifat dan keperibadian yang teguh kehambaannya dankuat ibadatnya. Suasana yang demikian dinamakan makam abid.

    makam al-buhut: Hamba yang sampai kepada penghujung jalan ilmu dan makrifatakan menemui suasana kehairan-hairanan tentang zat Ilahiat yang tidak mampudihuraikan oleh ilmu dan tidak mampu diperkenalkan oleh makrifat. Bila suasanademikian menguasai jiwa raganya dia dikatakan memperolehi makam al-buhut.

    makam alif: Suasana hati yang menghadap Tuhan dengan tetap, tidak teringatkepada sesuatu yang lain.

    makam Amin: Orang yang lulus ujian iman dan menetap di atas jalan takwamemperoleh kesejehteraan dan ketenangan. Suasana yang demikian dinamakanmakam Amin. Imannya telah teguh, tidak dapat digoncangkan oleh sesuatu.

    makam arifbillah: Setelah melepasi peringkat kehairan-hairanan si hamba dibawakepada ilmu dan makrifat yang berbeza dengan yang sebelumnya. Pada tahap ini sihamba mendapat pengetahuan tentang Allah s.w.t secara mengetahui tetapi tidakada pengetahuan tentang-Nya namun, keyakinannya teguh bahawa Allah s.w.t yang

    diketahuinya. Dia juga memperolehi makrifat secara mengenali Allah s.w.t tetapitiada sebarang pengenalan tentang-Nya, tetapi keyakinannya teguh bahawa Allah

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    21/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    22/41

    makam hamba pilihan: Hamba yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk memikul sesuatutugas akan dibawa kepada jalan yang akan memantapkan kerohaniannya sehinggadia layak memikul tugas berkenaan. Dalam proses tersebut si hamba dihadapkandengan ujian bala bencana. Tujuan bala tersebut bukanlah untuk memusnahkan sihamba itu tetapi untuk membentuk dirinya. Oleh yang demikian Allah s.w.t

    memperkuatkan hamba-Nya itu dengan bekalan kesabaran. Kesabaran dalammenghadapi ujian merupakan latihan yang sangat berkesan membentuk kerohanianseseorang. Dalam menuju kemantapan si hamba dibekalkan pula dengan kekuatanreda. Bila kerohaniannya sudah cukup mantap dicanai oleh keredaan dia menetapdalam suasana yang dipanggil makam hamba pilihan. Dalam suasana ini dia sudahbenar-benar bersedia untuk memikul beban tugas yang Allah s.w.t sediakanuntuknya.

    makam ihsan: Apabila hati seseorang hamba itu dapat merasakan kehadiran Allahs.w.t pada setiap masa maka ia dikatakan mencapai makam ihsan.

    makam ikhlas: Ikhlas peringkat pertama adalah ikhlas yang dipaksakan samadasebelum melakukan sesuatu perbuatan ataupun sesudah melakukannya. Seseorangitu perlu mengingatkan dan mengawasi hatinya agar keikhlasan tidak dirosakkanoleh ungkitan ataupun perasaan riak. Setelah keikhlasan sudah menjadi sifat dankeperibadian, seseorang itu tidak perlu memperingatkan dan mengawasi hatinyadaripada anasir yang merosakkan keikhlasan itu, malah tidak terlintas pada hatinyatentang perbuatannya itu ikhlas atau tidak. Hamba yang sudah benar kedudukannyadengan Tuhannya akan memiliki keikhlasan secara spontan pada setiap amalannyatanpa dia perlu memperjelaskan niatnya. Suasana yang demikian dinamakan makamikhlas.makam insan: Setelah melepasi peringkat fana dan baqa dalam perjalanankerohanian seseorang salik itu kembali kepada kesedaran manusia biasa, iaitu diakembali kepada makam insan.

    makam Jabarut: Dalam perjalanan menaik kerohanian salik akan sampai kepadaperingkat penguasaan sifat Tuhan terhadap hatinya. Dia dikatakan memasukimakam jabarut.

    makam kalbu: Apabila salik dapat melepaskan pengaruh alam benda dan tarikanhawa nafsu daripada hatinya, dia masuk kepada kesedaran hati. Dia dikatakan

    mencapai makam kalbu.

    makam keesaan: Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa. Kekuatan akal dankhayal tidak mampu menyingkap atau menghuraikan keadaan keesaan Tuhan itu.Keesaan Tuhan tersingkap melalui pengalaman kerohanian. Dalam suasanakeesaan itu seseorang diizinkan merasai ketiadaan diri dan segala yang lain, yangada hanyalah Allah s.w.t.

    makam kehambaan: Keadaan orang yang menyaksikan kehambaan dirinya danketuhanan Allah s.w.t.

    makam kehampiran: Suasana hati yang merasai kehampiran dengan Allah s.w.t.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    23/41

    makam ketuhanan: Hal-hal atau keadaan ketuhanan. Sebahagian orang mengalamijazbah dan merasai hal-hal atau keadaan tersebut.

    makam keteguhan: Sebelum mencapai satu tahap kematangan kerohanian, hatisalik berada dalam keadaan berbolak-balik. Keresahan dan dukacita masih

    berpeluang memasuki hatinya. Setelah dia melepasi peringkat tersebut kesabaran,penyerahan dan keredaannya kepada Allah s.w.t menjadi teguh. Dia memasukimakam ketetapan yang penuh dengan ketenangan.

    makam kewalian: Hamba yang sampai kepada makam ketetapan dibawa kepadapenjagaan dan pemeliharaan Allah s.w.t. Tuhan memelihara hatinya dan anggotanyadaripada melakukan maksiat. Dia dipermudahkan melakukan ibadat dan kebajikan.Apa sahaja yang sampai kepadanya sudah ditapis. Dia hanya menerima yang bersihdan tiada kemudaratan sahaja. Apabila dia terbabas kepada melakukan kesalahandia dengan segera dibawa kembali kepada jalan yang benar. Suasana demikiandinamakan makam kewalian.

    makam khalifah: Kedudukan yang layak menjadikan seseorang khalifah kerohanianyang boleh membimbing orang lain.

    makam Lahut: Hal Zat Allah s.w.t yang melepasi semua penyifatan.

    makam mahabbah: Apabila hati hamba mempunyai pertalian dengan hakikat dirinyadan terbuka hubungan dengan Hakikat Muhammad akan memancarlah nur yangmembukakan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah s.w.t. Diadikatakan mencapai makam mahabbah.

    makam makrifat: Hamba yang sudah sampai kepada peringkat mengenal Allahs.w.t secara hakiki dikatakan memperolehi makam makrifat.

    makam melihat Allah s.w.t.: Hati yang akrab dengan Allah s.w.t berada dalamkeadaan menyaksikan sesuatu mengenai-Nya pada setiap masa dan setiapsuasana. Dia menyaksikan sesuatu mengenai Allah s.w.t pada dua perkara yangbertentangan dengan sekali pandang. Perjalanan hukum sebab musabab danpergerakan makhluk di dalamnya tidak menutup pandangannya daripadamenyaksikan rububiah. Dia dikatakan mencapai makam melihat Allah s.w.t. Melihat-Nya bukanlah dengan mata di kepala tetapi ia adalah penyaksian mata hati yang

    lahir daripada kecintaan dan kerinduan kepada-Nya.

    makam Mukmin: Apabila kecintaan terhadap Allah s.w.t, Rasul-Nya dan berjihadpada jalannya melebihi daripada segala-galanya maka layaklah seseorang muslimitu disebut sebagai berada pada makam Mukmin.

    makam muqarrabin: Hati yang sudah melimpah-ruah dengan Nur Ilahi akanmerasakan keakraban dengan-Nya. Tidak ada lagi hijab dan jarak yang memisahkandi antara hamba dengan Tuhan. Allah s.w.t disaksikan di mana-mana, pada segalasesuatu dan pada setiap waktu. Apa sahaja yang dipandang menjadi cermin untukmelihat sesuatu mengenai-Nya. Apa sahaja yang sampai kepada hati adalah

    umpama tutur-kata-Nya. Beginilah suasana hati yang merasai kehampiran dankeakraban dengan Tuhan atau yang sampai kepada makam muqarrabin.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    24/41

    makam Muslim: Apabila seseorang Islam dapat berpegang teguh dengan peraturanIslam dan mengamalkannya dengan sebaik mungkin maka layaklah dia mendapatmakam Muslim.

    makam musyahadah: Keakraban dan kehampiran dengan Allah s.w.t membawa

    hati si hamba kepada hal atau suasana kerohanian yang dipanggil salingberhadapan dan berpandangan dengan Tuhan. Inilah makam musyahadah.

    makam muttaqin: Apabila sifat ketakwaan sudah teguh seseorang hamba itumencapai makam muttaqin.

    makam nafsu: Sifat nafsu boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu nafsu yangkeji dan nafsu yang terpuji. Jika sifat nafsu yang keji menguasai hati maka hati ituberada dalam makam nafsu yang keji. Jika sifat nafsu yang terpuji menguasai hatimaka hati berada dalam makam nafsu yang terpuji. Makam nafsu yang paling kejiialah nafsu ammarah. Makam nafsu yang terpuji ialah muthmainnah ke atas. Nafsu

    yang keji menghijab hati daripada menerima nur dari alam ghaib, dengan demikianmenghalang cahaya iman daripada memasuki hati.

    makam penetapan: Apabila pencarian telah berakhir dan pengalaman kerohaniantelah menemukan Yang Haq maka seseorang itu mendapat kepastian mengenaiketuhanan dan kehambaan yang telah mengelirukannya dahulu. Ketika mencaripandangannya masih diliputi oleh keraguan dan ketidak-pastian. Dia masihmemandang ke atas atau dalam keadaan mencari atau menanti yang dia sendiritidak tahu apa yang dicari dan dinanti. Bila Kebenaran Hakiki dibukakan kepadanyadia mendapat keyakinan dengan pegangan atau iktikadnya dan ianya tidakbergoncang lagi. Dia dikatakan memperolehi makam penetapan.

    makam penyaksian: Pada makam penyaksian mata hati sentiasa memandangkepada Allah s.w.t. Apa sahaja yang dilihat dan dihadapi membuka pandangan hatikepada sesuatu yang mengenai Tuhan, seperti nama-Nya, sifat-Nya, kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan lain-lain. Pada makam ini Allah s.w.t dikenali melalui duaperkara yang bertentangan. Pertentangan tersebut tidak menutup pandangan hatiuntuk melihat kehadiran Allah s.w.t pada kedua-dua perkara tersebut. Apabilakehadiran Allah s.w.t dapat disaksikan atau dirasakan pada dua perkara yangberlawanan dengan sekali pandang, maka seseorang itu dikatakan berada padamakam penyaksian.

    makam pilihan: Apabila Allah s.w.t memilih seseorang hamba-Nya bagi sesuatutujuan menurut kehendak-Nya, si hamba itu akan dibawa melalui berbagai-bagaiproses dan latihan kerohanian sehingga dia berada dalam keadaan layak dan kuatuntuk menanggung beban tugas yang akan Allah s.w.t letakkan di atas bahunya.Hamba yang sudah layak memikul tugas itu dikatakan berada pada makam pilihan.Dia dipilih oleh Allah s.w.t untuk melaksanakan sesuatu urusan-Nya demi kebaikanagama-Nya dan makhluk-Nya.

    makam reda: Setelah hamba berjaya melepasi ujian dengan kesabaran yang teguhdia masuk pula kepada suasana reda dengan takdir Allah s.w.t. Bila sifat reda sudah

    teguh pada hatinya dia mencapai makam reda.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    25/41

    makam roh: Roh atau rohani pada asal kejadiannya adalah suci bersih.Percantuman dengan jasad menyebabkan wujud hijab-hijab yang menutup keaslianroh itu. Setelah melalui beberapa proses dan latihan kerohanian hijab-hijab tersebutdapat disingkapkan. Keaslian roh muncul semula. Semua ini dinamakan makam roh.

    makam sabar: Hati yang teguh dengan sifat kesabaran berada dalam makam sabar.

    makam siddiqiyat: Makam orang yang benar, iaitu orang yang bersesuaiankehendaknya dan pebuatannya dengan kehendak Allah s.w.t dan peraturan agama-Nya.

    makam Sir: Bila hati kembali kepada kesucian dan kemurniaannya yang asli dankembali memakai sifat rohani yang sejati, ia dikatakan berada pada makam sir.

    makam syuhud: Makam syuhud adalah makam penyaksian iaitu menyaksikanrububiah pada setiap waktu dan semua suasana.

    makam takdir: Apabila hamba reda sepenuhnya kepada kehendak dan ketentuanAllah s.w.t dia dikatakan mencapai makam takdir. Kesenangan dan kesusahanmenjadi dua perkara yang serupa baginya, iaitu takdir Tuhan untuknya.

    makam tajrid: Suasana hati yang bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t, teguhdengan sifat-sifat sabar, tawakal, reda dan ikhlas kepada-Nya. Karenah makhluk danteka teki sebab musabab tidak melemahkan pergantungan dan penyerahannyakepada Allah s.w.t.

    makam tauhid sifat: Pada makam tauhid sifat hamba menyaksikan kesempurnaandan keelokan sifat Allah s.w.t. Dia tidak melihat ada makhluk yang berkuasamendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan kepada sesiapa pun. Penyaksianhatinya adalah Allah s.w.t jualah yang berkuasa dan Dia jualah yang hidup. DiaBerdiri Dengan Sendiri dengan segala sifat kesempurnaan-Nya.

    makam tiada doa: Bila ingatan dan kesedaran terhadap diri sendiri serta kehendakdiri sudah lebur di dalam hal ketuhanan tidak ada apa lagi yang mendorong si hambaberdoa kepada Tuhan. Bila dirinya dikembalikan bersama-sama kehendaknya diakembali kepada suasana yang ada permintaan dan doa.

    makrifat: Pengenalan terhadap hakikat-hakikat yang dialami oleh hati yangmembawa kepada pengenalan terhadap Tuhan. makrifat diperolehi setelahterjadinya kasyaf, iaitu pembukaan kepada keghaiban.

    makrifatullah: Hasil daripada pengalaman mengenai hakikat-hakikat seseoranghamba itu memperolehi makrifatullah, iaitu mengenal Allah s.w.t sekadar yang Diamahu diri-Nya dikenali.

    makruf: Perbuatan baik yang sesuai dengan nilai-nilai murni kemanusiaan yangdilakukan kerana mentaati perintah Allah s.w.t.

    malakut: Malaikat. Alam malakut adalah alam malaikat.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    26/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    27/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    28/41

    Tuhan yang menggunakan alat ataupun dia melihat Tuhan mengurniakan kepadanyaalat dan dia sendiri yang menggunakan alat tersebut.

    muttaqin: Orang yang menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat danbersungguh-sungguh meninggalkan larangan-Nya, iaitu orang yang bertakwa.

    muwahhid: Orang yang dikuasai oleh hal di mana kesedaran dan ingatannyaterhadap dirinya dan sekalian makhluk sudah tidak ada lagi. Dia dikuasai olehsuasana Allah semata-mata. Dia melihat Allah, mendengar Allah dan merasaAllah pada semua perkara dan ketika.

    mazhab: Aliran kefahaman mengenai agama.

    Mikraj: Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Baitul Makdis naik ke Alam Langit-langit,sampai ke Sidratul Muntaha dan seterusnya memasuki alam Arasy hingga ke tempatyang paling tinggi di Arasy. Di sana baginda s.a.w menerima perintah sembahyang

    fardu.

    Muhajiirin: Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

    mujahadah: Perjuangan mengawal hawa nafsu dan membuang sifat-sifat yangtercela, menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

    Mujahidin: Tentera yang berjuang demi jihad pada jalan Allah s.w.t.

    mujtahid: Orang yang berkelayakan untuk berijtihad.

    muktabar: Kedudukan atau kebolehan yang diperakui oleh orang-orang yangmempunyai ilmu dalam bidang berkenaan.

    mulhamah: Nafsu mulhamah.

    mumkinul wujud: Wujud makhluk.

    munafik: Munafik kelas pertama muncul di Madinah pada zaman Nabi Muhammads.a.w. Mereka dipimpin oleh Abdullah bin Ubai. Mereka menolak kerasulan NabiMuhammad s.a.w. Mereka tidak memperakui bahawa wahyu itu datangnya dari

    Tuhan. Mereka beranggapan Nabi Muhammad s.a.w hanyalah seorang manusiabiasa, bukanlah seorang rasul yang diutus oleh Tuhan. Mereka beranggapan wahyuhanyalah perkataan yang keluar daripada pemikiran Nabi Muhammad s.a.w.Walaupun mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan agama yangbaginda s.a.w bawa namun, suasana di Madinah membuat mereka terpaksamenyertai Islam. Mereka memeluk agama Islam secara zahir sahaja sedangkan hatimereka menolaknya. Mereka menjadikan Islam bukan sebagai agama Tuhan, tetapihanyalah sebagai sebuah pertubuhan atau pergerakan kemanusiaan. Oleh yangdemikian mereka membuang ajaran dan peraturan agama pada bila-bila masasahaja yang mereka suka. Mereka juga gemar mempersendakan kepercayaanagama yang mereka anggap lebih rendah daripada nilai-nilai kemanusiaan yang ada

    dengan mereka. Sifat-sifat munafik itu berjalan dari satu generasi ke generasi yanglain, hinggalah kepada generasi sekarang. Kemunafikan yang ada bergantung

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    29/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    30/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    31/41

    nyata dan dinamakan hati sanubari. Hati seni bukan anasir nyata. Ia adalah anasirnur dan dinamakan hati nurani. Oleh kerana hati adalah daripada anasir nur maka iamampu menerima hal ketuhanan yang dari nur.

    Nur Akal: Akal ada dua jenis, iaitu akal zahir dan akal batin. Akal zahir mengenderai

    otak. Akal batin adalah unsur nur. Apabila akal batin sudah diterangi oleh nurbaharulah perkara ketuhanan dapat difahami. Nur bagi akal batin menerangi akalyang pada otak. Baharulah manusia dapat memikirkan tentang ketuhanan danperkara ghaib.

    Nur al-Muwaajahah: Nur al-muwaajahah berperanan membawa hambaberhadapan dan menyaksikan Tuhan dalam suasana Tidak ada sesuatu yangserupa dengan-Nya.

    nurani: Unsur atau anasir nur. Hati yang merupakan daging segempal adalah anasirnyata dan dinamakan hati sanubari. Hati seni bukan anasir nyata. Ia adalah anasir

    nur dan dinamakan hati nurani. Oleh kerana hati adalah daripada anasir nur maka iamampu menerima hal ketuhanan yang dari nur.

    Nur Iman: Cahaya iman. Iman adalah hubungan hati dengan Allah s.w.t. Hati adalahbangsa nur atau nurani. Apa juga yang dari Allah s.w.t adalah dalam unsur nur. Imanyang terpancar di dalam hati adalah juga nur. Nur Iman yang menerangi hati nuranimembuka hubungan dengan Nur Ilahi.

    Nur Kalbu: Nur yang memancar di dalam hati. Nur kalbu menerangi akal. Akal yangditerangi oleh nur berguna bagi pengajian tentang perkara ghaib dan ketuhanan.Tanpa sinaran Nur Kalbu akal tidak mampu bertafakur mengenai perkara ghaib danketuhanan.

    Nur Muhammad: Urusan Tuhan yang berada pada sisi-Nya berhubung denganpenciptaan alam makhluk. Bolehlah dikatakan bahawa sekalian alam makhluktermasuklah manusia, jika disaksikan dalam Ilmu Tuhan maka sekaliannyadisaksikan sebagai Nur Muhammad. Jika dipandang sebagai hakikat maka ia adalahHakikat Insan dan juga Hakikat Alam. Nur Muhammad adalah suasana pentadbiranTuhan bukan makhluk yang mendiami ruang alam. Bekas alam yang menerimabakat dan keupayaan Nur Muhammad itu dinamakan Roh Muhammad.

    Nur Sir: Nur Rahsia Allah s.w.t. Nur sir yang menerima sinaran Nur Allah dan nur sirmemancarkannya kepada nur hati, lalu hati mengalami sesuatu hal ketuhanan. Apayang Allah s.w.t mahu sampaikan kepada hamba-Nya disampaikan-Nya kepada sir.Sir menterjemahkan utusan Tuhan itu dalam bentuk nur dan nur tersebut dihantarkankepada hati. Hati yang mempunyai bakat makrifat memahami perutusan nur yangdihantarkan oleh sir itu.

    nur tawajjuh: Hati hanya boleh menghadap dan menghampiri Tuhan keranaperanan nur. Nur yang berperanan demikian dinamakan nur tawajjuh.

    Nurullah: Nur Allah s.w.t.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    32/41

    Nur Zikir: Ibadat yang dilakukan oleh seseorang hamba melahirkan nur. Wudukmelahirkan nur. Sembahyang melahirkan nur. Zikir juga melahirkan nur. Syarat bagimelahirkan nur dalam ibadat itu ialah ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata. Setiapnur yang lahir daripada ibadat itu mempunyai fungsinya masing-masing dalammembantu seseorang hamba mendekati dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Nur

    zikir melahirkan ingatan, kasih sayang dan kerinduan kepada-Nya. Zikir yang sudahmelahirkan nur akan menambahkan kekuatan seseorang hamba dalampengabdiannya kepada Tuhannya dan dia memperolehi kelazatan dalam berbuatdemikian.

    Nyawa Insan: Jasad hidup kerana Roh Haiwani dan Roh Haiwani pula memperolehipenghidupan daripada Roh Insan atau Nyawa Insan yang dinamakan juga LatifahSir.

    Pembimbing Hakiki: Di dalam pengajian ketuhanan tidak ada istilah kebetulan.Tidak ada yang berlaku secara kebetulan, tanpa dirancang atau ditadbir. Semua

    yang berlaku adalah di bawah tadbir Allah s.w.t. Jika secara tiba-tiba seseorang itumendapat sesuatu pengetahuan atau terbuka kepadanya sesuatu jalan, ianyaberlaku bukanlah secara kebetulan tetapi menurut tadbir Tuhan. Oleh kerana haltersebut berlaku secara tiba-tiba sumber kedatangannya tidak diketahui dengan jelastetapi diyakini bahawa al-Haq, iaitu Tuhan yang Maha Mengasihani memberi taufikdan hidayat kepada hamba-Nya yang berkenaan. Apabila pengajaran tersebutdinisbahkan kepada al-Haq atau Tuhan, ia diistilahkan sebagai Pembimbing Hakiki.Orang yang menerima bimbingan secara demikian dapat merasakan bahawapengetahuan yang sampai kepadanya adalah secara terancang bukan secarakebetulan. Kehadiran Pembimbing Hakiki tersebut, walaupun tidak diketahuihakikatnya, menambahkan keyakinan kepada hamba yang sedang berjalan padajalan Tuhan itu.

    Pembimbing Rohani: Sama seperti Pembimbing Hakiki.

    Penglihatan Mutlak: Penglihatan Allah s.w.t yang bersifat Mutlak. Penglihatan Allahs.w.t tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan. Jika dikatakan Allah s.w.tMelihat makhluk-Nya, maka Dia Melihat makhluk-Nya itu sejak azali, sebelummakhluk diciptakan. Dia Melihat makhluk-Nya tatkala makhluk itu diciptakan. DiaMelihat makhluk-Nya sesudah makhluk diciptakan dan sampailah kepada keabadian.Dia Melihat perbuatan makhluk sebelum makhluk melakukan perbuatan itu, ketika

    makhluk melakukannya dan sesudah makhluk melakukannya. Dia Melihat yang awaldan yang akhir, yang zahir dan yang batin. Pada setiap perbuatan dan kejadian adaPenglihatan-Nya. Pada setiap penglihatan makhluk ada juga Penglihatan-Nya. Olehyang demikian makhluk tidak dapat melakukan dan melihat sesuatu tanpa Allah s.w.tMelihatnya.

    Penyaksian Hakiki: Penyaksian Hakiki mata hati adalah suasana hati yang sentiasamenyaksikan sesuatu tentang Tuhan, pada setiap masa dan semua kejadian.

    Perbendaharaan Yang Tersembunyi: Rahsia-rahsia ketuhanan atau hakikat-hakikat yang berada pada sisi Tuhan. Kumpulan hakikat-hakikat tersebut dinamakan

    Hakikat Muhammadiah.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    33/41

    Perintah Batin: Hati nurani dinamakan juga Diri Batin. Nur dari alam ghaib diterimaoleh hati nurani atau Diri Batin itu. Nur yang dari alam ghaib mempunyai kekuatanmenguasai hati nurani. Perutusan yang disampaikan oleh nur tersebut diterima olehhati nurani seumpama menerima perintah, tidak berupaya mengingkarinya. Hatikemudian memaksa pancainderanya untuk melakukan menurut perutusan yang telah

    diterimanya. Hal yang demikian dinamakan perintah batin. Orang yang menerimaperintah batin ini sering melakukan sesuatu yang pada zahirnya kelihatan tidakmunasabah bagi orang ramai. Namun begitu orang berkenaan tidak ragu-ragumelakukan perkara yang telah disampaikan kepada Diri Batinnya itu sekalipundipandang remeh oleh orang lain.

    Petunjuk Ilmu: Hati nurani adalah unsur nur dan ilmu juga unsur nur. Nur ilmumemancar kepada nur hati. Pancaran nur ilmu mengwujudkan sesuatu suasana didalam hati. Hati memahami perutusan yang dibawa oleh nur ilmu itu. Hal yangdemikian dinamakan petunjuk ilmu.

    Petunjuk Laduni: Apabila nur dari alam ghaib dinisbahkan kepada pekerjaan atauurusan Tuhan ia dinamakan Petunjuk Laduni. Ia adalah bimbingan yang Allah s.w.tsampaikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya.

    Qadak : Urusan atau suasana Pentadbiran Tuhan mengenai sesuatu perkara. Iaboleh juga dikatakan sebagai hakikat bagi kejadian Tuhan ataupun suasana ilmuTuhan yang mengenai makhluk-Nya. Apa juga yang Tuhan berkehendakmenciptakan sudah ada pada sisi-Nya, dalam Ilmu-Nya sebagai Pentadbiran-Nyadan dipanggil hakikat-hakikat yang menguasai segala kejadian.

    Qadar: Apa yang terzahir atau berlaku menurut Qadak yang pada sisi Tuhan ataumenurut kehendak yang ada pada Ilmu-Nya atau menurut hakikat-hakikat yangmenguasai. Qadak berada pada sisi Tuhan dan Qadar adalah yang keluar menurutQadak tersebut. Qadak adalah ilmu Tuhan dan Qadar adalah perbuatan-Nyamenurut Ilmu-Nya. Boleh juga jika maksud yang dijelaskan mengenai Qadakdigunakan untuk Qadar dan maksud untuk Qadar digunakan untuk Qadak.Sebahagian ulama mentafsirkan Qadar sebagai suasana ilmu Tuhan dan Qadakpula suasana perbuatan Tuhan. Kedua-dua bentuk pentafsiran tersebut bolehdiguna-pakai.

    Qurbi Faraidh: Suasana kerohanian di mana seseorang itu berubah kesedaran dan

    sifatnya. Dalam suasana yang demikian seseorang itu melihat ketidak-upayaandirinya dan dia hanya menumpang daya dan upaya yang dari Allah s.w.t. Dia melihatapa sahaja yang keluar daripadanya adalah di bawah kekuasaan dan perbuatanTuhan secara langsung tanpa dia ikut campur sedikitpun.

    Qurbi Nawafil: Suasana kerohanian di mana seseorang melihat dirinya sebagaibekas yang Tuhan letakkan bakat-bakat dan keupayaan serta dia diizinkanmenggunakan bakat-bakat serta keupayaan tersebut. Orang yang demikian melihatdirinya sebagai pengurus yang diberi kuasa untuk mentadbir apa yang dibekalkankepadanya.

    Qutubul Aqtab: Ketua Agung sekalian wali-wali.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    34/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    35/41

    samaah: Menceritakan kebaikan yang dilakukan bagi tujuan mendapatkan puji-pujian.

    Samad: Salah satu daripada nama-nama Allah s.w.t yang menceritakan tentang hal-Nya. As-Samad membawa maksud bahawa Allah s.w.t jualah tempat makhluk

    berhajat dan bergantung. Makhluk tidak mungkin bebas daripada pergantungankepada-Nya. As-Samad juga membawa maksud bahawa Allah s.w.t sahajalah yangberkuasa menerima permohonan hamba dan memperkenankannya. Selain itu as-Samad juga membawa maksud bahawa Allah s.w.t adalah penghujung segalasesuatu. Segala doa, hajat, harapan, cita-cita, khayalan dan sebagainya, walaupundituju kepada sesiapa sahaja namun, kesudahannya sampai kepada Dia juga. Tidakada perkataan, perbuatan, niat dan lain-lain yang terlepas daripada Allah as-Samad.

    siddik: Salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasulullah s.a.w. Siddik berertibenar, iaitu Rasulullah s.a.w adalah benar dalam penyampaian baginda s.a.w.Baginda s.a.w hanya menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

    Baginda s.a.w tidak mengada-adakan cerita dan tidak pula menyembunyikansebarang perkhabaran yang disampaikan oleh Allah s.w.t.

    Sifat Hakiki: Sifat Allah s.w.t yang melampaui penyifatan dan ibarat.

    Sir: Rahsia, iaitu Rahsia Allah s.w.t yang menghubungkan makhluk dengan-Nya.Hakikat hubungan tersebut tidak diketahui oleh makhluk.

    Suara Hakiki: Perintah batin, petunjuk ilmu, petunjuk laduni atau nur dari alam ghaibditerima oleh hati nurani. Nur yang demikian sampai kepada hati dengan membawasesuatu perutusan dan pengertiannya ditanamkan kepada hati seumpama menanamsebiji benih. Hati adalah umpama bumi yang menumbuhkan benih tersebut. Setelahbenih itu tumbuh maka pokoknya menjadi nyata. Sehubungan dengan itu hatiberperanan menterjemahkan perutusan segumpal yang diterimanya. Dalam berbuatdemikian hati seolah-olah menerima pengajaran dan tutur-kata yang menghuraikanperutusan nur yang diterimanya. Tutur-kata yang didengar atau difahami oleh hatiitu dinamakan Suara Hakiki. Ia adalah suara hati bukan suara manusia berkata-katasecara nyata.

    suhuf: Catatan wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi yang sedikit bilangannyadinamakan suhuf sementara yang lebih banyak dinamakan kitab.

    syariat: Hukum dan peraturan Tuhan mengenai sesuatu perkara yang wajib dipatuhioleh manusia. Syariat diturunkan kepada nabi-nabi dan mereka menyampaikannyakepada umat manusia.

    syariat batin: Peraturan syariat yang berhubung dengan amalan hati seperti niat,iman, tawakal dan sebagainya.

    syariat zahir: Peraturan syariat yang berhubung dengan amalan zahir seperti cara-cara mengerjakan sembahyang, haji dan lain-lain.

    syurgawi: Nikmat, kesejahteraan dan keselamatan yang ada di syurga.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    36/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    37/41

    tajalli roh: Pembukaan mengenai perkara ghaib berlandaskan kekuatan RohHaiwani yang dihijabkan oleh sifat-sifat nafsu yang rendah. Tajalli roh mendorongkepada penyaksian terhadap ketuhanan roh. Orang yang menerima tajalli rohmenjadi semakin ego, merasakan ketuhanan diri dan membuang syariat.

    tajalli rohani: Sama seperti tajalli roh.

    tajrid: Suasana hati yang melihat sesuatu perkara dari sumbernya, iaitu Tuhan.Kepantasan mata hati memandang kepada Tuhan menyebabkan hukum sebabmusabab tidak mempengaruhinya. Hati yang demikian kuat berserah danbergantung kepada Tuhan, bukan kepada makhluk. Walaupun tindakan menuruthukum sebab musabab diambil namun, keberkesanan diletakkan kepada Tuhan danketentuan-Nya, bukan pada sebab musabab tersebut.

    takwa: Sempadan hukum dan peraturan Tuhan yang perlu dijaga oleh seseoranghamba. Hamba yang bertakwa memelihara dirinya agar tidak terdorong untuk keluar

    dari sempadan tersebut. Dalam berbuat demikian hati dikuasai oleh rasa taat,merendah diri, takut, harap dan sebagainya kepada Tuhan. Gabungan sifat-sifatkehambaan tersebut merupakan sifat takwa.

    tanzih: Keadaan Tuhan yang melampaui penyifatan.

    taqarrub: Mendekati Allah s.w.t.

    tarekat: Jalan, cara atau sistem yang digunakan bagi tujuan mendekatkan dirikepada Tuhan.

    tarekat Islam: Peraturan syariat zahir dan syariat batin.

    tarekat kehidupan harian: Menyesuaikan kehidupan yang dijalani harian denganperaturan syariat zahir dan syariat batin.

    tarekat sufi: Jalan kesufian.

    tarekat tasauf: Pendekatan diri kepada Tuhan melalui cara tasauf menurut kaedahyang dibentuk oleh guru-guru tasauf yang telah mencuba sendiri sesuatu kaedah itu.

    tarekat ujian bala: Ujian bala seperti penyakit, kesusahan mencari rezeki,kemalangan dan lain-lain adalah merupakan proses latihan kepada jiwa agar iakembali kepada Tuhan.

    tasauf: Satu aliran ilmu dan kefahaman agama yang menitik-beratkan soal hati,penyuciannya dan hubungannya dengan Tuhan.

    tasybih: Keadaan Tuhan yang boleh disifatkan.

    taubatnasuha: Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat jenis ini adalah seumpama

    mencabut rumput dengan akarnya sekali agar rumput tersebut tidak berpeluangtumbuh kembali. Orang yang melakukan taubat nasuha bukan sahaja berhenti

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    38/41

    melakukan kesalahan malah faktor-faktor yang boleh membuka pintu kepadakesalahan tersebut juga dihapuskan.

    taufik: Pertolongan Tuhan.

    tauhid syuhudi: Penyaksian satu wujud oleh mata hati, dinamakan wahdatulsyuhud.

    tauhid wujudi: Keyakinan atau kepercayaan tentang satu wujud, dinamakanwahdatul wujud.

    tawaduk: Merendah diri, terutamanya dengan Allah s.w.t.

    tawajjuh: Salah satu suasana kerohanian di mana berlaku lonjakan kesedarandaripada kesedaran kebendaan kepada kesedaran hakikat yang membawa hatimerasakan kehampiran Allah s.w.t.

    tawakal: Meletakkan harapan, pergantungan dan penyerahan hanya kepada Allahs.w.t. Tawakal beserta setiap amalan, di sepanjang amalan itu, bukan hanya datangsesudah amalan dibuat. Tawakal yang menemani setiap langkah pekerjaanmembuat hati sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, melihat Kudrat dan Iradat-Nya, Haula dan Kuwwata-Nya serta Qadak dan Qadar-Nya. Hamba tidak terlepasdaripada berhajat dan bergantung kepada Allah s.w.t walau satu detik pun. Allahs.w.t memiliki sifat iftiqar yang mewajibkan hamba memerlukan-Nya. Di ataskefaqiran terhadap Allah s.w.t itulah hamba tidak putus bertawakal kepada-Nya.

    tawasul: Mengadakan perantaraan bagi menyampaikan seseorang kepada Allahs.w.t. Ada murid yang bertawasul kepada gurunya bagi mendekatkan dirinya denganTuhan. Ada orang yang bertawasul kepada amalan baiknya bagi menyampaikanhajatnya kepada Tuhan. Ada juga orang yang bertawasul kepada arwah orang yangsudah meninggal dunia bagi sesuatu maksud.

    ubudiah: Suasana kehambaan, iaitu wujud yang diperintah dan tertakluk kepadahukum ketentuan Tuhan.

    ukhrawi: Perkara atau suasana akhirat.

    Uluhiyah: Suasana ketuhanan, iaitu Wujud yang memerintah dan mentadbir.Sekalian makhluk berhajat dan bergantung kepada-Nya.

    uns: Hati yang telah merasai jalinan hubungan dengan Allah s.w.t dan lahir rasakasih terhadap-Nya.

    uzlah: Pengasingan diri di tempat yang sunyi bagi tujuan menyucikan hati,membuang sifat-sifat yang tercela, menambahkan ibadat kepada Tuhan danseterusnya mendekati-Nya.

    Wahadiyyah: Suasana ketuhanan yang dinamakan nama-nama Tuhan. Nama-nama

    Tuhan yang banyak memperincikan keadaan Tuhan Yang Satu. Secara hakikatsuasana yang demikian dinamakan Hakikat Insan.

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    39/41

    Wahdat: Suasana ketuhanan yang dipanggil sifat-sifat Tuhan. Suasana sifatmenceritakan keadaan nama-nama yang terkumpul, tidak diperincikan. Semuanyaberada dalam satu kesatuan. Satu nama Tuhan menceritakan satu keadaan Tuhantetapi nama Allah menceritakan keseluruhan aspek Tuhan. Wahadiyyahmenceritakan aspek Tuhan secara satu-satu. Wahdat pula menceritakan aspek

    Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t, tetapi ia bukanlah Allah s.w.t. Wahadiyyah danWahdat hanyalah keadaan atau perihal Allah s.w.t tetapi bukanlah Dia. SuasanaWahdat ini dinamakan Hakikat Muhammadiah, yang menerima maklumat yanglengkap daripada Allah s.w.t. Maklumat Hakikat Muhammadiah itu kemudiannyadisalurkan kepada cabang-cabang hakikat.

    wahdatul maabud: Fahaman dan kepercayaan kepada satu Tuhan yang wajibdisembah, ditaati dan segala pengabdian hanyalah untuk-Nya. Syariat mengajarkanwahdatul maabud, tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t.

    wahdatul syuhud: Menyaksikan satu wujud. Penyaksian tersebut berlaku dalam

    pengalaman kerohanian.

    wahdatul wujud: Doktrin yang membawa fahaman dan kepercayaan bahawa hanyasatu wujud sahaja yang ada iaitu wujud Tuhan. Wujud makhluk dan wujud Tuhanadalah wujud yang sama. Wujud hamba dan wujud Tuhan bersatu pada satu wujud.

    wahyu: Petunjuk dan ajaran yang Allah s.w.t turunkan kepada nabi-nabi melaluibeberapa cara, cara yang paling terkenal adalah wahyu yang dibawa oleh Jibrail.Wahyu tahap pertama diterima oleh Alam Hijab dalam peringkat Alam Arasy. Tidakada makhluk mengetahui keadaan nur wahyu yang pada Alam Hijab itu. Nur Arasymenghalang makhluk alam bawah daripada menghampirinya. Sebagaimana Jibrailtidak dapat menghampiri Nur Arasy begitu jugalah Jibrail tidak mampu bertahanmenerima nur wahyu yang pada Alam Hijab. Allah s.w.t membaluti nur wahyu itudengan rahmat-Nya dan ia dibawa turun kepada Jibrail yang menanti di luar AlamHijab. Rahmat Allah s.w.t menyelamatkan Jibrail daripada hancur apabilamenanggung nur wahyu. Rahmat Allah s.w.t sentiasa menemani nur wahyu itumelalui setiap peringkat alam sehingga ia sampai kepada nabi yang ditakdirkanmenerima wahyu tersebut. Tidak diketahui bagaimanakah hakikat nur wahyu yangsebenarnya, tetapi rahmat Allah s.w.t mempermudahkannya sehingga wahyu yangsampai kepada nabi itu menjadi boleh diterima, ditanggung, dibaca dan difahamioleh manusia. Walaupun begitu di dalam bungkusan rahmat Allah s.w.t itu tetap ada

    nur wahyu yang asli yang mampu meleburkan Jibrail. Apabila Allah s.w.tberkehendak memperkenalkan Kalam-Nya Yang Hakiki, disingkap-Nya sedikit tabiryang menutupi nur wahyu itu. Tatkala itu hati yang berhadapan dengannya menjadihancur, fana. Setelah sedar semula hamba itu mendapat makrifat tentang KalamTuhan. Bagaimana mungkin kewujudan alam ini bertahan menanggung hal-halketuhanan yang menguasainya? Semuanya adalah kerana rahmat Allah s.w.t.

    Wajibul Wujud: Wujud Yang Wajib iaitu Wujud Tuhan.

    wali: Hamba yang kembali kepada taraf amr Tuhan dan diletakkan-Nya di bawahpayung pemeliharaan serta penjagaan-Nya. Seseorang wali melakukan sesuatu

    perkara bukan dengan kehendak dirinya sendiri tetapi dengan kehendak dan izinAllah s.w.t. Walaupun demikian seseorang wali masih juga mungkin melakukan

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    40/41

  • 7/31/2019 Kamus Tasawuf

    41/41

    merasakan kehadiran Allah s.w.t tanpa dihijab oleh sebarang nama. Ingatannyakepada Allah s.w.t adalah rasa jelira, mesra dan lazat berhadapan dengan-Nya.Suasana yang demikian dinamakan wusul atau sampai, iaitu sampai kepada-Nya.Suasana tersebut adalah pengalaman kerohanian bukan sampai secara nyata.

    wisal: Penyerapan yang berkekalan terhadap sesuatu hal ketuhanan. Hal tersebutmenguasai hati secara terus menerus dan terbentuklah sesuatu keperibadian dansifat khusus pada orang berkenaan yang dipakainya sehingga ke akhir hayatnya.

    zauk: Pengalaman rasa yang dialami oleh hati yang berhubung dengan Tuhan.Melalui pengalaman tersebut hati mengenali Tuhan.

    zauk hakikat: Pengalaman rasa mengenai sesuatu perkara atau suasana pada sisiAllah s.w.t yang menjadi sumber kepada kewujudan sesuatu perkara dan suasanatersebut.

    zikir: Hubungan fikiran dan perasaan dengan Allah s.w.t. Zikir meliputi ucapan,perbuatan dan perasaan. Ucapan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t adalah zikir.Melakukan sesuatu amalan kerana mentaati perintah Allah s.w.t adalah zikir.Merenung dan memikirkan tentang kebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t yangternyata pada kerapian ciptaan alam maya ini adalah juga zikir. Merasai keagungandan keindahan Allah s.w.t adalah juga zikir. Apa juga yang beserta kerana AllahTaala adalah zikir.

    zikir daim:Zikir yang berkekalan. Apabila suasana kerana Allah Taala tidak putus,seseorang hamba itu sentiasa berada di dalam zikir, samada zikir ucapan atau zikirperbuatan atau zikir perasaan ataupun gabungan kesemuanya. Keadaan inidiperolehi setelah mencapai tahap penyaksian hakiki mata hati, iaitu mata hatimenyaksikan Allah s.w.t pada setiap masa, semua keadaan dan segala kejadian.Allah s.w.t disaksikan pada dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang.Kerenah makhluk dan simpang siur perjalanan sistem sebab musabab tidakmenyambar pandangan mata hati daripada menyaksikan sesuatu tentang Tuhanyang Hadrat-Nya meliputi segala sesuatu.

    zindik: Kumpulan yang tidak mempercayai agama tetapi berpura-pura menganutfahaman keagamaan. Kumpulan ini muncul di Makkah, seperti kumpulan munafikmuncul di Madinah. Puak munafik berpura-pura menyertai Islam kerana pada ketika

    itu agama Islam mempunyai kekuatan di Madinah. Puak zindik berpura-puramenganut fahaman agama berhala kerana pada ketika itu agama berhala mendapattempat di kalangan orang Makkah.

    zuhud: Suasana hati yang tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh dunia, walaupunkemewahan dan kesenangan keduniaan dimilikinya.