kajian teks intrinsik papan buangan’; paradoks...

17
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014 20 KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS KECEWA DALAM BANGGA KHALAYAK Ismail Bin Ag. Piut ABSTRAK Paradoks merupakan simiotik figuratif atau majas yang memperlihatkan dua keadaan sebenar yang berlawanan (frasa positif dan negatif) dalam lirik puisi sama ada secara eksplisit atau implisit. Ia memberi kesan yang signifikan terhadap Nilai Intrinsik dan Nilai Ekstrinsik dalam esteteika atau kepuitisan sesebuah puisi. Kajian Teks Intrinsik sampel puisi „ Papan Buangan‟ karya Datu Raiman Bin Datu Kauman dalam Antologi Nabalu (2009) ini adalah berfokus kepada pengenalpastian unsur-unsur paradoks dan pengaruhnya terhadap estetika puisi tersebut. Kajian mendapati unsur paradoks yang bersifat „ironi dramatik‟ sememangnya terserlah dalam Leksikal Denotatif dan Leksikal Konatatif. Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam Leksikal Denotatif dan pertentangan maknawi „referential icon‟ yang menjadi kebanggaan dan rujukan di desa tetapi dipinggirkan masyarakat elit kota dalam ambiguiti Leksikal Konanotatif menyebabkan Papan Buangan behadapan dengan dilema kekecewaan dan tercari-cari jati diri. Serapan frasa paradoks juga telah mempengaruhi „Estetika Ekstrinsik dan Estetika Intrinsik‟ puisi yang kesinambungannya memberi implikasi retorik kejiwaan atau psikologi mendalam kepada apresiasi dan imaginatif pembaca. Sekali gus, kajian ini menyokong dapatan kajian Cleanth Brooks (1947), Rahman Shaari (1993), dan Kajitow El-Kayeni (2012) tentang keberkesanan penerapan simiotik paradoks dalam puisi. PENDAHULUAN Carl Sanburg (2006) menegaskan “..Poetry is the opening of a dour leaving those who look through to guess about to seen during a moment”. Ini bermakna, ungkapan puisi seharusnya memangkini kesan amat mendalam kepada pendengar yang menikmatinya sesuai dengan konsepnya sebagai „karangan berangkap untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanusiaan dan kecantikan bahasa‟ (Za‟ba, 1983). Kerana kuatnya pengaruh aspirasi khalayak terhadap pengkaryaan sesebuah puisi (Laurenson dan Swingewood (1971), maka puisi harus bersifat “a criticism of life under the condition fixed for such criticism by the laws of poetic truth and beauty(Mathew Arnold dalam Kamarudin Hj. Husin dan rakan, 1998). Gaya bahasa Perbandingan atau figuratif atau majas khususnya paradoks merupakan „ironi dramatik‟ yang memperlihatkan pertentangan dua keadaan sebenar (frasa positif dan negatif) dalam lirik puisi sama ada secara logik atau maknawi dan sekaligus memberi impak kepada kejelasan cerita, kelembutan makna lirik, keindahan estetika intrinsik dan ekstrinsik, dan apresiasi imaginatif puisi dan pembaca. Sememangnya dalam kehidupan bermasyarakat atau bersendirian, kita selalu berhadapan dengan pertembungan dua kontradiksi situasi sebenar dalam satu peristiwa seperti „sakit yang dideritai rupanya rahmat bagi orang

Upload: nguyendat

Post on 22-Mar-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

20

KAJIAN TEKS INTRINSIK „PAPAN BUANGAN’; PARADOKS KECEWA DALAM BANGGA KHALAYAK

Ismail Bin Ag. Piut

ABSTRAK

Paradoks merupakan simiotik figuratif atau majas yang memperlihatkan dua keadaan sebenar yang berlawanan (frasa positif dan negatif) dalam lirik puisi sama ada secara eksplisit atau implisit. Ia memberi kesan yang signifikan terhadap Nilai Intrinsik dan Nilai Ekstrinsik dalam esteteika atau kepuitisan sesebuah puisi. Kajian Teks Intrinsik sampel puisi „Papan Buangan‟ karya Datu Raiman Bin Datu Kauman dalam Antologi Nabalu (2009) ini adalah berfokus kepada pengenalpastian unsur-unsur paradoks dan pengaruhnya terhadap estetika puisi tersebut. Kajian mendapati unsur paradoks yang bersifat „ironi dramatik‟ sememangnya terserlah dalam Leksikal Denotatif dan Leksikal Konatatif. Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam Leksikal Denotatif dan pertentangan maknawi „referential icon‟ yang menjadi kebanggaan dan rujukan di desa tetapi dipinggirkan masyarakat elit kota dalam ambiguiti Leksikal Konanotatif menyebabkan Papan Buangan behadapan dengan dilema kekecewaan dan tercari-cari jati diri. Serapan frasa paradoks juga telah mempengaruhi „Estetika Ekstrinsik dan Estetika Intrinsik‟ puisi yang kesinambungannya memberi implikasi retorik kejiwaan atau psikologi mendalam kepada apresiasi dan imaginatif pembaca. Sekali gus, kajian ini menyokong dapatan kajian Cleanth Brooks (1947), Rahman Shaari (1993), dan Kajitow El-Kayeni (2012) tentang keberkesanan penerapan simiotik paradoks dalam puisi.

PENDAHULUAN Carl Sanburg (2006) menegaskan “..Poetry is the opening of a dour leaving those who look through to guess about to seen during a moment”. Ini bermakna, ungkapan puisi seharusnya memangkini kesan amat mendalam kepada pendengar yang menikmatinya sesuai dengan konsepnya sebagai „karangan berangkap untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanusiaan dan kecantikan bahasa‟ (Za‟ba, 1983). Kerana kuatnya pengaruh aspirasi khalayak terhadap pengkaryaan sesebuah puisi (Laurenson dan Swingewood (1971), maka puisi harus bersifat “a criticism of life under the condition fixed for such criticism by the laws of poetic truth and beauty” (Mathew Arnold dalam Kamarudin Hj. Husin dan rakan, 1998). Gaya bahasa Perbandingan atau figuratif atau majas khususnya paradoks merupakan „ironi dramatik‟ yang memperlihatkan pertentangan dua keadaan sebenar (frasa positif dan negatif) dalam lirik puisi sama ada secara logik atau maknawi dan sekaligus memberi impak kepada kejelasan cerita, kelembutan makna lirik, keindahan estetika intrinsik dan ekstrinsik, dan apresiasi imaginatif puisi dan pembaca. Sememangnya dalam kehidupan bermasyarakat atau bersendirian, kita selalu berhadapan dengan pertembungan dua kontradiksi situasi sebenar dalam satu peristiwa seperti „sakit yang dideritai rupanya rahmat bagi orang

Page 2: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

21

yang bermuhasabah‟. Ini bermakna derita dan rahmat merupakan dua kontradiksi akibat peristiwa sakit yang dialami. Justeru, penyair yang kritis dalam representasi sosial melalui puisinya selalu menerapkan gaya bahasa paradoks yang menarik.

PERNYATAAN MASALAH

Cleanth Brooks (1947) dan W.K Wimsatt (1965) menganggap paradoks sebagai ciri penentu struktur puisi dan kebenaran isinya. Tetapi, pendapat ini tidak dipersetujui Rahman Shaari (1993) yang menganggapnya sebagai angkubah yang meningkatkan estetika puisi. Sanggahan sama juga diutarakan oleh R.S Crane (1948) yang lebih menekankan implikasi keindahan puisi atau puitis akibat paradoks sebagaimana komennya “Brooks, in leaning on the crutch of paradox, only discusses the truth which poetry can reveal, and speaks nothing about the pleasure it can give. Justeru, polemik kepentingan paradoks ini dalam menggambarkan struktur tubuh dan maknawi puisi amat menarik untuk dikaji khususnya dalam puisi „Papan Buangan‟ karya Datu Raiman Bin Datu Kauman.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian berfokus kepada i) Mengenalpasti unsur-unsur paradoks yang mempengaruhi sajak Papan

Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman. ii) Mengenalpasti pengaruh unsur-unsur paradoks terhadap estetika puisi

Papan Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah berasaskan kepada objektif kajian iaitu; i) Apakah unsur-unsur paradoks yang mempengaruhi sajak Papan

Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman? ii) Apakah pengaruh unsur-unsur paradoks terhadap estetika puisi Papan

Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman?

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian terhadap unsur paradoks dalam puisi Papan Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman ini akan memberi impak kepaada apresiasi kefahaman sastra oleh khalayak khususnya dalam konteks pengeksploitasian bahasa figuratif untuk menerbitkan keindahan dan kesegaran atau kepuitisan sesebuah puisi.

Dalam pada itu, pembaca secara tidak langsung akan mengenali teknik penulisan puisi serta keragaman bahasa yang diperlukan untuk menghasilkan puisi yang bermutu. Penggemar-penggemar sastera akan menyedari betapa kepelbagaian gaya bahasa amat signifikan terhadap penghasilan puisi yang puitis dan bermutu.

Kajian ini juga akan memberi pengajaran berguna kepada generasi muda yang ingin berkarya. Secara tidak langsung, mereka akan mengetahui serba sedikit unsur-unsur penting yang membina struktur tubuh sesebuah puisi

Page 3: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

22

moden. Dengan itu, mereka akan dapat mengaplikasikan segala bentuk deviasi dan variasi teknik di dalam mencipta puisi yang segar dan bermutu.

DEFINISI OPERASI

i) Estetika – Estetika berasal daripada bahasa Yunani kuno “aisthetika” yang bererti perkara-perkara yang dapat dinikmati pancaindera. Konsepnya diperbaharui oleh Alexander Baumgarten (1750) dengan merujuknya sebagai falsafah keindahan. Estetika dalam puisi dijelaskan dalam Teori Estetika oleh Jean M. Filo dalam Buku “Current Concept of Art” sebagai „Kualiti Keindahan‟ yang merangkumi „Nilai Ekstrinsik‟ (bentuk, diksi, imaj-imajan, gaya bahasa (perlambangan, perbandingan, dan perulangan), rima, irama, tatabahasa, dan unsur bunyi; asonansi dan aliterasi) serta „Nilai Intrinsik‟ (tema, sikap, nada, dan mesej).

ii) Paradoks - Nurazmi Kuntum (2004) dalam buku "Memahami Sajak dan Novel" merujuk paradoks sebagai pemilihan frasa yang memperlihatkan dua keadaan sebenar yang berlawanan (frasa positif dan negatif) dalam baris-baris sajak sama ada secara eksplisit atau implisit.

iii) Kayu Jati – Kayu yang berasal daripada kata thekku (തേക്ക്) dalam

bahasa Malayalam di India Selatan ini dipanggil teak (bahasa Inggeris) atau Tectona grandis sp. dalam istilah saintifik. Ia tumbuh subur di India dan Asia Tenggara dan dikategorikan sebagai kayu keras kelas pertama karena kekuatan, keawetan, keindahan, serta ketahanannya daripada serangan rayap atau anai. Ia memiliki status nilai ekonomi, ekologi, dan sosial yang yang tinggi dan digunakan sebagai bahan perabot mewah, kapal laut, struktur asas bangunan, jambatan, dan bantalan rel yang berkualiti.

TINJAUAN LITERATUR

Teks Dan Percambahan; Kaitan Teks Dengan Konteks Taine dalam Laurenson dan Swingewood (1971) menyifatkan pengkaryaan banyak dipengaruhi oleh persekitaran sosial yang menjadi aspirasi bagi pengkarya. Beliau menegaskan “…literature always adapts itself to the taste of those who can appreciate and pay for it”. Ini bermakna, penciptaan karya mempunyai kaitan signifikan dengan persekitaran khalayak sosial pengarang dan bukannya lahir daripada keinginan individual secara ekslusif. Menyetujui perkaitan ini, Goldman (1970, 1981) melalui terma trans-individual‟ menjelaskan bahawa pengarang tidak akan dapat mencipta sesuatu gagasan secara individu tetapi menjadi entiti perantara kelompok sosialnya dengan dunia yang lebih luas. Hakikat kolektiviti pengkarya dengan persekitaran sosialnya ini diperakui Wellek dan Warren (1988) melalui konsep kesusasteraan yang disifatkannya sebagai institusi sosial yang lahir daripada kelompok masyarakat yang digarapnya.

Page 4: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

23

Ironi Dan Paradoks Dalam Puisi Cleanth Brooks (1947) dan W.K Wimsatt (1965) merangkumkan ironi di bawah bahasa perbandingan iaitu „analogi‟ dan „metafora‟. Mereka menjelaskan bahawa ironi adalah ciri penentu puisi. Ironi didefinisikan secara umum sebagai paparan pernyataan yang bertentangan dengan realiti atau penggunaan „bahasa terbalik‟. Ironi terjadi apabila penulis menyebut rumahnya sebagai „istana‟ sedangkan rumahnya adalah daif. Frasa „lain kali panjat lagi pokok itu‟ sedangkan maksud sebenarnya „jangan panjat pokok itu‟ juga adalah ironi. Lantaran terminologi ironi dikonsepkan secara umum dan luas, maka unsur spesifik yang sering dikaitkan dengannya ialah „ironi dramatik‟ dan „paradoks‟. Rahman Shaari (1993) melihat ironi sebagai „penggunaan kata dalam konteks sahaja‟, manakala „ironi dramatic‟ dan „pradoks‟ dalam konteks „peristiwa‟ iaitu keadaan yang bertentangan dalam peristiwa. „Ironi dramatik‟ dan „paradoks‟ sering muncul dalam „puisi naratif‟ yang didominasi oleh cerita.

Brian Everitt (1986) mendifinisikan „ironi dramatik‟ sebagai “….contrast between the understanding of a character in the poem and the understanding of the reader of the poem”. Beliau memetik sajak “Song of the Buttery Hen” sebagai sajak yang sarat dengan unsur „ironi dramatik‟. Manakala Perbezaan konsep „ironi‟ dan „paradoks‟ dirujuk oleh Cleanth Brooks (1947) sebagai “…Irony is the obvious warping of a statement by the context whereas paradox is later glossed as “a special kind of qualification which involves the resolution of opposites”. Rumusan daripada pendifinisian Oscar Wilde and G. K. Chesterton (1911), Rabelais (1995), Cervantes, Sterne, dan Borges menunjukkan bahawa paradoks ialah “..is an anomalous juxtaposition of incongruous ideas for the sake of striking exposition or unexpected insight”. Ini bermakna, paradoks sebenarnya merujuk kepada pertentangan kefahaman peristiwa antara pengkarya dan pembaca. Dalam erti kata lain, paradoks merupakan pernyataan atau peristiwa tidak benar dalam pemikiran sepintas lalu pembaca, tetepi menjadi benar dan memang berlaku selepas direnungi secara mendalam. Kajian-kajian Terdahulu Rahman Shaari (1993) dalam kajian teks yang dilakukannya terhadap beberapa puisi tersohor Malaysia dan luar negara mendapati bahawa:-

(i) Ayat-ayat akhir dalam sajak „Adakah?‟ karya Muhammad Haji Salleh yang berbunyi „Jikalau inilah kejayaan, ini juga adalah kegagalan‟ adalah paradoks kehidupan apabila kejayaan dianggap sebagai kegagalan.

(ii) Ayat permulaan sajak Muhammad Haji Salleh yang berbunyi “Sekali aku pernah takut pada penakut” juga merupakan paradoks peristiwa orang takut kepada penakut (tindakan si penakut yang menakutkan dan menyusahkan orang lain).

(iii) Sajak „Pak Utih‟ karya Osman Awang merupakan ironi dramatik yang melukiskan watak Pak Utih yang tidak tahu tentang kehidupan bapa-bapa yang berada di dalam mobil besar. Sajak berbentuk cerita ini juga amat sinis dalam isi liriknya.

Page 5: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

24

(iv) Tiga baris puisi “Afrika Selatan” karya Subagio Sastrowardojo yang berbunyi “Mereka boleh membunuh, sebab mereka kulit putih, dan kristus pengasih putih wajah” merupakan paradoks yang menunjukkan kebebasan bertindak golongan kulit putih ke atas golongan kulit hitam walaupun bertentangan dengan kemanusiaan. Suasana „apateid‟ merupakan hakikat yang menjelaskan kebenaran keadaan ini.

(v) Ungkapan dalam sajak “Bersatulah Pelacur-pelacur Kota Jakarta” karya W.S.Rendra yang menyebut “Kongres-kongres dan konfrensi, tidak bisa berjalan tanpa kalian” merupakan paradoks dan sindiran terhadap golongan atasan yang berkongres atau berkonferensi yang sentiasa melayani khidmat pelacur sebagai teman tidur. Paradoks ini amat berkesan apabila disusuli ungkapan yang berikut “Naiklah tarafmu dua kali, mereka akan kelabakan, mogoklah satu bulan, mereka akan puyeng”.

Cleanth Brooks (1947) dalam dapatan analisa teks puisi menemukan; (i) Paradoks dalam puisi "It is a Beauteous Evening, Calm and

Free" karya William Wordsworth diperlihatkan melalui pernyataan “….the girl is more full of worship than the speaker precisely because she is always consumed with sympathy for nature and not - as is the speaker - in tune with nature while immersed in it”.

(ii) Unsur paradoks dalam puisi "Composed upon Westminster Bridge" karya William Wordsworth merujuk kepada “…Though London is a man-made marvel, and in many respects in opposition to nature, the speaker does not view London as a mechanical and artificial landscape but as a landscape composed entirely of nature. Since London was created by man, and man is a part of nature, London is thus too a part of nature”.

(iii) Puisi "The Canonization" karya John Donne memperlihatkan paradoks metaforanya dalam konteks

“Using a charged religious term to describe the speaker‟s physical love as saintly, Donne effectively argues that in rejecting the material world and withdrawing to a world of each other, the two lovers are appropriate candidates for canonization. This seems to parody both love and religion, but in fact it combines them, pairing unlikely circumstances and demonstrating their resulting complex meaning.... The secondary paradoxes in the poem: the simultaneous duality and singleness of love, and the double and contradictory meanings of "die" in Metaphysical poetry (used here as both sexual union and literal death). He contends that these several

Page 6: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

25

meanings are impossible to convey at the right depth and emotion in any language but that of paradox”.

Kajitow El-Kayeni (2012) dalam analisanya terhadap puisi „Membaca Pesan Langit‟ nukilan Dimas Arika Mihardja telah mendapati garapan paradoks amat ketara terhadap pertentangan maknawi „Aku‟ dalam puisi sama ada merujuk kepada Tuhan atau Penyair. Kajitow El-Kayeni merumuskan;

“Paradoks sebagaimana diketahui adalah dua hal yang seolah bertentangan tapi sama-sama mengandung kebenaran. Kesan itulah yang muncul apabila mengamati puisi "Membaca Pesan Langit." Jika Tuhan sebagai subjek „Aku‟ itu tentu isi puisi akan berlawanan dengan judulnya. Tetapi, jika penyair yang merujuk kata „Aku‟ itu kenapa tubuh puisinya dipenuhi kod bahasa yang merujuk kepada Tuhan? Inilah paradoks yang memperlihatkan dua hal bertentangan yang mengandung kebenaran; (1) „Aku‟ sebagai manifestasi dari Tuhan menguraikan isi pesan sebagaimana yang dimaksud judul puisi iaitu Pesan Dari Langit, yakni pesan dari Tuhan. Tuhan tidak mengambil tempat apalagi butuh terhadap makhluknya, karena itu mustahil jika Tuhan membutuhkan tempat. Maka langit dijadikan simbol yang menggambarkan keagungan dan ketinggian. Langit di sini juga bukan langit secara hakiki tetapi sebagai tanda kebesaran dan keagungan. (2) Dari sisi lain akan muncul kontradiksi, jika „Aku‟ di sana merujuk Tuhan, maka itu kontra dengan judulnya, karena Tuhan sudah dilambangkan langit kenapa harus membaca pesan langit yaitu Dirinya sendiri?. Bererti, puisi ini terdiri daripada dua bahagian; satu bahagian judul dengan ide sendiri dan bahagian lain adalah tubuh puisi dengan ide yang yang sendiri.

Di sini, penyair bersembunyi dalam puisinya dan Tuhan yang tergambar dalam puisi adalah secara maknawi dan yang membaca pesan itu Tuhan adalah penyair. Isi pesan yang dibacanya adalah monolog „Aku‟ yang merupakan manifestasi dari Tuhan. Jadi, kesan paradoks yang muncul dalam puisi ini dengan sendirinya menyatu dalam judul itu sendiri; tubuh puisi adalah isi pesan dan yang membaca pesan itu adalah penyairnya. Kesimpulannya, kesan paradoks terurai apabila penyair bersembunyi di belakang puisi dan bukannya bersembunyi di belakang subjek seperti biasanya”.

Page 7: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

26

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian ini adalah menjurus kepada Kajian Teks Intrinsik (Ungku Manimunah Mohd Tahir, 2006) yang memaparkan analisis gambaran sosiologi masyarakat khususnya sikap atau persepsi yang terdapat dalam teks sastera. Sampel Kajian Kajian Teks Sastera (puisi) ini hanya berfokus kepada sajak “Papan Terbuang” karya Datu Raiman @ Raiman Bin Datu Kauman yang dimuatkan dalam Antologi Puisi Nabalu (IPGK Kent. 2009: hal.73). IPG Kent Tuaran: Arked Print Kota Belud. Batasan Kajian Kajian teks ini hanya berfokus kepada teks „PAPAN BUANGAN: Paradoks Kecewa Dalam Bangga Khalayak dengan tumpuan diberikan kepada unsur-unsur paradoks yang menggarapi lirik puisi dan pengaruhnya terhadap estetika fizik dan maknawi puisi.

ANALISIS DATA Kajian Perpustakaan Untuk sokongan pengumpulan dan signifikan dapatan, pengkaji telah mentelaah konsep paradoks dalam puisi dan kajian-kajian terdahulu yang relevan khususnya rujukan daripada Cleanth Brooks (1947), Rahman Shaari (1993), dan Brian Everitt (1986) untuk mengenalpasti konseptual paradoks, perbandingan penerapannya dalam puisi dan signifikannya terhadap estetika puisi. Analisis Teks Teks puisi Papan Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman dalam Antalogi Nabalu dianalisa melalui penelitian unsur-unsur paradoks dan pengaruhnya terhadap estetika puisi (beberapa nilai intrinsik dan ekstrinsik). Konkordans (Fadzil Zainol, 2012) yang bertujuan melihat kekerapan penyenaraian diksi dalam puisi juga dikaji untuk mengenalpasti konteks pemilihan diksi dengan keindahan puisi. Perbincangan unsur paradoks dan pengaruhnya kepada estetika puisi adalah bersandarkan kepada puisi Papan Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman dalam Antologi Nabalu (IPGK Kent, 2009) seperti yang berikut:-

Page 8: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

27

PAPAN BUANGAN 1.1 Kayu Jati hutan belantara Tropika 1.2 Berendam di laut masinnya tidak 1.3 Dibahang panas mentari berkarat tiada

2.1 Kayu Jati hutan belantara Tropika 2.2 Ditebang dipotong lalu dilonggok 2.3 Kayu Jati dikorban menjadi papan 2.4 Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang 2.5 Papan buangan tersadai di pinggir kilang

3.1 Aku terharu melihat nasibmu papan buangan 3.2 Di tengah kota metropolitan 3.3 Engkau penghuni celah lubang 3.4 Menggalas maruah mangsa manusia berbudaya 3.5 Paksinya merujuk matahari rebah 3.6 Sedang di desa engkau masih disanjung 3.7 Menyelimuti anak-anak watan setia 3.8 Memiliki sepenuh jiwa

4.1 Papan buangan 4.2 Asalnya kayu Jati hutan belantara Tropika 4.3 Mencari jati diri yang lusuh dimamah usia.

Datu Raiman bin Datu Kauman

Unipra Kent 2007

DAPATAN; REALITI KECEWA DALAM BANGGA KHALAYAK

i) Apakah unsur-unsur paradoks yang mempengaruhi sajak Papan

Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman?

Leksikal Denotatif – Unsur paradoks terlihat jelas apabila penyair memperlihatkan pertentangan makna denotatif terhadap konsep „kayu jati‟ sebagaimana yang berikut; (a) Klausa Positif 1.1 Kayu Jati hutan belantara Tropika

1.2 Berendam di laut masinnya tidak 1.3 Dibahang panas mentari berkarat tiada

(b) Klausa Negatif 2.3 Kayu Jati dikorban menjadi papan

2.4 Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang 2.5 Papan buangan tersadai di pinggir kilang

Page 9: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

28

Penyair memuatkan dua unsur yang bertentangan dalam memaparkan makna leksikal denotatif (tersurat) tentang imej „Kayu Jati‟. Klausa positif pada baris 1.1, 1.2, dan 1.3 memperlihatkan tentang keunggulan dan kehebatan kayu jati yang berasal dari hutan Tropika, tidak lapuk dan tidak rapuh oleh air masin dan cahaya matahari. Namun klausa negatif pada baris 2.3, 2.4, dan 2.5 menunjukkan kayu jati yang bernilai tinggi menjadi papan buangan yang terbiar di pinggir kilang.

Hakikatnya, Kayu yang berasal daripada kata thekku (തേക്ക്) dalam

bahasa Malayalam di India Selatan, menggunakan kata teak (bahasa Inggeris) atau dalam istilah saintifik dipanggil Tectona grandis sp. dan tumbuh subur di India dan Asia Tenggara merupakan „kayu keras kelas pertama‟ dalam konteks kekuatan, keawetan, keindahan, serta ketahanannya daripada serangan rayap atau anai. Ia memiliki nilai ekonomi, ekologi, dan sosial yang yang tinggi dan digunakan sebagai bahan perabot mewah, kapal laut, struktur asas bangunan, jambatan, dan bantalan rel yang berkualiti. Sepintas lalu, tidak mungkin kayu jati yang bernilai itu menjadi papan buangan dan terbiar di tepi kilang. Tetapi kebenaran mungkin ada kerana sesetengah pengusaha dan masyarakat kurang peka terhadap nilai sebenar kayu jati lalu menganggap nilainya sama seperti kayu-kayu lain yang menjadi papan buangan. Justeru „Puisi Transparen‟ atau „Puisi Daifan‟ ini memudahkan kita memahami maksud tersurat (pertentangan nilai kayu jati) yang dipaparkan pemuisi dalam sajaknya. Peter Verdonk (2002) dalam Teori Stilistiknya dan dapatan kajian Mira Khristina (2010) tentang „Kohesi Leksikal‟ menunjukkan bahawa “The usage of lexical cohesion helps the reader to catch the messages that is conveyed by the poet”. Leksikal Konotatif – Kridalaksana (2001:1993) merujuk konsep leksikal konotatif sebagai makna yang bukan sebenarnya dalam klausa akibat daripada kepelbagaian makna yang boleh ditafsirkan (ambiguiti). Dalam puisi „Papan Buangan‟, makna sebenarnya bukan merujuk kepada papan itu sendiri tetapi merujuk „simbol maknawi‟ (Kajitow El-Kayeni, 2012) bersifat „referential icon‟ seperti ketokohan, kepakaran, kebijaksanaan, atau perkhidmatan seseorang. Paradoks yang terdapat dalam puisi ini memperlihatkan pertentangan nilai ekonomi, sosial, dan psikologi yang diberikan kepada „Papan Buangan‟ antara masyarakat kota dan desa sebagaimana yang dipaparkan dalam baris-baris puisi berikut; (a) Klausa Positif 3.6 Sedang di desa engkau masih disanjung

3.7 Menyelimuti anak-anak watan setia 3.8 Memiliki sepenuh jiwa

Page 10: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

29

(b) Klausa Negatif 3.1 Aku terharu melihat nasibmu papan buangan

3.2 Di tengah kota metropolitan 3.3 Engkau penghuni celah lubang 3.4 Menggalas maruah mangsa manusia berbudaya

Ternyata dalam paparan baris-baris puisi di atas, papan buangan disanjung dan menjadi pembela prima kepada warga desa. Malah ia juga dihormati, dipatuhi dan dipercayai masyarakat. Sebaliknya, khidmat dan keberadaannya di kota hanya bersifat sekunder atau tempelan untuk menutup kekurangan atau kelemahan kecil demi menjaga martabat masyarakat elit atau Brahmin. Tegasnya, papan buangan hanya diperlukan ketika perlu sahaja. Kontradiksi nilai kepentingan menyebabkan „papan buangan‟ selamanya menghadapi delima dalam mencari jati diri sebagaimana digambarkan dalam baris; 4.3 Mencari jati diri yang lusuh dimamah usia. Ironi Dramatik (Rahman Shaari (1993) ini menimbulkan persoalan „Adakah tokoh yang berjasa dan dihormati masyarakat desa hanya menjadi manusia kerdil apabila berada di kota?. Hakikatnya mungkin berlaku kerana „Nilai Budaya‟ yang dimiliki masyarakat kota mungkin berbeza dengan masyarakat desa. Contohnya, perjuangan menentang penindasan sememangnya disokong penuh dan dihargai masyarakat marhain desa. Tetapi, ia ditolak sebahagian golongan elit kota yang menganggap „penindasan‟ itu sebagai kaedah memperkaya material yang mencipta imej sosial. Fathimah Djajasudarma (1999) menjelaskan bahawa “Makna konotatif berbeda dengan makna emotif karena makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif dan makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar”.

ii) Apakah pengaruh unsur-unsur paradoks terhadap estetika puisi Papan Buangan karya Datu Raiman Bin Datu Kauman? Puisi yang menggunakan bahasa kolokial dan mudah difahami ini menjadi rumit apabila pemaknaan tubuhnya bersifat maknawi dan menggarap „ironi dramatik‟ iaitu pertentangan kebenaran nilai kayu jati dengan papan buangan dan nilai keberadaannya di desa dan di kota member kesan kepada kepuitisan dan estetika intrinsik dan ekstrinsik puisi seperti yang dijelaskan di bawah. Estetika Ekstrinsik Penggunaan unsur „imaj dan imajan‟ melalui alamiah seperti ‘Kayu Jati hutan belantara Tropika (baris 1.1), Berendam di laut masinnya tidak (baris 1.2), Dibahang panas mentari berkarat tiada (baris 1.3) , Kayu Jati dikorban menjadi papan (baris 2.3), Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang (baris 2.4), Papan buangan tersadai di pinggir kilang (baris 2.5), Aku terharu melihat nasibmu papan buangan (baris 3.1), Di tengah kota metropolitan (baris 3.2), Engkau penghuni celah lubang (baris 3.3), Paksinya merujuk matahari rebah (baris 3.5), dan

Page 11: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

30

Sedang di desa engkau masih disanjung (baris 3.6) memberikan „kesan kejiwaan‟ yang amat mendalam kepada pembaca tentang kehebatan status dan nilai kayu jati dan tahp kehinaannya apabila bergelar papan buangan. Pembaca yang imaginatif akan dapat merasakan kepedihan hakikat bahawa manusia Brahmin juga akan menjadi hina dan terpinggir apabila menjadi Marhain. Pertentangan maknawi klausa

1.1 : Kayu Jati hutan belantara Tropika 1.2: Berendam di laut masinnya tidak 1.3: Dibahang panas mentari berkarat tiada

dengan klausa 2.1: Kayu Jati hutan belantara Tropika 2.2: Ditebang dipotong lalu dilonggok 2.3: Kayu Jati dikorban menjadi papan 2.4: Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang 2.5: Papan buangan tersadai di pinggir kilang

sememangnya memberi impak psikologi bangga dan kecewa kepada pembaca. Dalam hal ini Kempson (1991) melalui Teori Imajan atau Teori Imaj Makna menyebut “.. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga memberi makna abstrak yang berkesan, kejelasan mesej dan perasaan bahan”. Manakala A. Samad Said (1988) menjelaskan bahawa “Imejan menjadi tenaga baru kepada puisi. Sebaik atau sesegar mana seseorang dapat menyisipkan imejan ke dalam rangkap-rangkap puisinya akan menentukan 'usia' puisinya itu”.

Penggunaan gaya repetisi atau perulangan sama ada perulangan ayat „Kayu Jati hutan belantara Tropika‟ (baris 1.1 dan 2.1), „anafora‟ (perulangan kata „Kayu Jati‟ pada awal baris 1.1, 2.1, dan 2.3), simplok iaitu perulangan kalimat „papan buangan‟ (percantuman anafora dan epifora pada baris 2.5, 3.1 dan 4.1 (Boelo Johannes Bijleveld, 1943), „papan‟ (baris 2.3 dan 2.4) dan „engkau‟ (baris 3.3 dan 3.6) yang berturut-turut (Henry Guntur Tarigan, 1985), Homioteleuton (perulangan bunyi bunyi dalam satu baris yang menerbitkan rima dalaman) seperti frasa „Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang‟ (baris 2.4), dan Paralelisme atau pertindanan unsur perulangan dalam baris-baris puisi (F.G Hubbard dalam Boelo Johannes Bijleveld, 1943) telah memberikan kesan keindahan dan daya tarikan puisi serta siratan retorik „taukid‟ atau kesan penegasan terhadap denotasi keunggulan „Kayu Jati‟ sebagai kayu bernilai kelas pertama yang pada pandangan penyair sepatutnya dihargai dan mendapat tempat yang sewajarnya. Anafora frasa „Papan Buangan‟ (baris 2.5 dan 4.1) juga menggambarkan penegasan psikologi tentang hinanya kayu jati apabila menjadi papan buangan. Bagaimanapun, dalam memperkatakan paradoks kayu jati dan papan buangan ini, penyair seperti menekankan bahawa kayu jati tersebut tidak sepatutnya menjadi papan buangan. Repetisi frasa „kayu jati‟ sebanyak empat kali (baris 1.1, 2.1, 2.3, dan 4.2) berbanding ulangan tiga kali „papan buangan‟ (baris 2.5, 3.1, dan 4.1) memberikan satu ironi bahawa kayu jati harus selamanya menjadi

Page 12: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

31

mendapat tempat kayu jati dan bukannya menjadi papan buangan. Rahman Shaari (1993) merumuskan

“…..tujuan penggunaan gaya perulangan secara keseluruhannya iaitu untuk menimbulkan kesan keindahan dan daya tarikan, untuk mempertegaskan maksud dan untuk memudahkan penutur mengingati baris-baris puisi..”

Estetika Intrinsik Estetika Intrinsik pertama yang terlahir daripada penggunaan figurative paradoks dalam puisi ini ialah Nada (tone) yang didefinisikan sebagai sikap atau suasana jiwa penyair terhadap pembacanya melalui koneksi tema, rasa, dan unsur bunyi dalam puisi (Abdul Razak Zaidan, 1991). Penyair juga bekerjasama dengan pembaca untuk memecahkan masalah lirik puisi melalui manipulasi perasaan mereka apabila membacanya. Nada duka yang diciptakan penyair dapat menimbulkan suasana iba di hati pembaca. Nada kritik yang diberikan penyair dapat menimbulkan suasana penuh pemberontakan bagi pembaca. Nada agama (religious) dapat menimbulkan suasana khusyuk. Menelusuri puisi Papan Buangan, penyair memulakan bait pertama (baris 1.1, 1.2, dan 1.3) puisinya dengan Nada Romantis dengan permainan bunyi Asonansi Parallelistische (pengulangan vokal “a” pada tempat yang sejajar dalam susunan kata seperti dalam baris 1.3: „Dibahang panas mentari berkarat tiada‟). Nada ini menyebabkan pembaca dapat menghayati perasaan, makna, dan pengucapan batiniah lirik puisi yang menekankan kehebatan dan keunggulan kayu jati atau perlambangan maknawi yang mewakilinya. Teori Bijleveld (1943) mengaitkan Asonansi dengan ketebalan perasaan. Beliau berpendapat apabila perasaan seseorang terlalu menebal, alat suaranya mengalami „kekakuan‟ dan dalam keadaan kaku itulah keluar vokal yang sama. Penyair menyusuli bait kedua (baris 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, dan 2.5) dengan Nada Kecewa melalui manipulasi bunyi Aliterasi (pengulangan konsonan “n” terutamanya pada baris 2.3: „Kayu jati dikorban menjadi papan‟, baris 2.4: „Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang‟, dan baris 2.5: „papan buangan tersadai di pinggir kilang‟) yang menyebabkan pembaca tercuit denga perasaan tidak puas hati lantaran hinanya kayu jati apabila dikorban menjadi papan buangan yang layak duduknya hanya di pinggir kilang. Bait ketiga (baris 3.1, 3.2, 3.3, 3.4, 3.5, 3.6, 3.7, dan 3.8) memperlihatkan klimaks kekecewaan dengan menyerapkan Nada Sedih apabila melihat papan buangan yang menjadi sanjungan dan inspirasi warga desa hanya menjadi momokan bagi golongan elit kota. Bauran permainan bunyi Asonansi Parallelistische (pengulangan vokal “a” pada baris 3.4: „Menggalas maruah bangsa manusia berbudaya‟) dan bunyi Asonansi Chiastische atau Disonansi iaitu perulangan bunyi vokal “a” dan “i” atau vokal “a” dan “e” secara berselang seli pada baris 3:6 „Sedang di desa engkau masih disanjung‟ telah menerbitkan pengucapan melankolik (mendayu-dayu) yang membayangkan makna kesedihan yang menuntut simpati pembaca. Penyair menutup lirik akhir bait puisinya (baris 4.1, 4.2, dan 4.3) dengan paparan Nada Sinis atau Nada Kritik terhadap „papan

Page 13: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

32

buangan‟ yang sebenarnya „kayu jati‟ yang memiliki status nilai ekonomi dan sosial yang tinggi tetapi terpaksa mencari identiti diri apabila berhadapan dengan dua masyarakat (desa dan kota) yang mempunyai kepentingan berbeza. Gabungan manipulasi bunyi Aliterasi (perulangan bunyi konsonan “n” pada baris 4.1: „Papan buangan‟ dan konsonan “t” di baris 4.2: „asalnya kayu jati hutan belantara tropika‟) dan Asonansi Parallelistische (perulangan vokal “i” pada baris 4.3: „Mencari jati diri yang lusuh dimamah usia‟). Rumusannya, selain menerbitkan estetika dalam pengucapan lirik puisi yang memangkin apresiasi pembaca, nada juga mendatangkan kesan signifikan terhadap mod dan „makna emosi‟ (emotional meaning) pembaca terhadap mesej yang dibawa penyair dalam puisinya. Dari perspektif yang lain, penyair dalam memperkatakan persoalan paradoks kayu jati dan papan buangan ini seolah-olah memperlihatkan sikap tipikal „rendah diri‟ masyarakat desa yang berperwatakan „rendah diri‟ seperti „padi; semakin berisi semakin tunduk‟ atau tidak suka membanggakan diri atau menonjolkan diri. Meskipun mereka mempunyai kekuatan sahsiah dan atau zahiriah (atribut kayu jati) yang signifikan, namun tetap merasakan diri adalah lemah dan kurang produktif (papan buangan) khususnya apabila berada di kota atau berhadapan dengan golongan elit kota. Gambaran sikap masyarakat desa ini digambarkan melalui baris-baris puisi yang berikut:- 2.1 Kayu Jati hutan belantara Tropika

2.2 Ditebang dipotong lalu dilonggok 2.3 Kayu Jati dikorban menjadi papan 2.4 Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang 2.5 Papan buangan tersadai di pinggir kilang

Frasa „Kayu Jati dikorban menjadi papan‟ (2.3) dan frasa „Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang‟ (2.4) memperlihatkan sikap rendah diri masyarakat desa yang rela dikorbankan atau direndahkan martabatnya menjadi papan buangan. Bagaimanapun penyair secara ironi, memperlihatkan sikap sinis dan beranggapan sikap merendah diri ini menyebabkan masyarakat desa akan selamanya ditindas masyarakat elit kota dan akan kehilangan identiti dan harga diri. Frasa-frasa berikut menggambarkan kemelut penindasan dan kehilangan jati diri yang akan dihadapi masyarakat yang mengambil sikap terlalu merendah diri.

3.1 Aku terharu melihat nasibmu papan buangan 3.2 Di tengah kota metropolitan 3.3 Engkau penghuni celah lubang 3.4 Menggalas maruah mangsa manusia berbudaya 3.5 Paksinya merujuk matahari rebah

4.1 Papan buangan 4.2 Asalnya kayu Jati hutan belantara Tropika 4.3 Mencari jati diri yang lusuh dimamah usia.

Page 14: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

33

Kesimpulannya, paduan garapan estetika ekstrinsik (unsur imaj imajan, dan repetisi) di samping estetika intrinsik (nada dan sikap) dalam paparan paradoks lirik puisi „Papan Buangan‟ karya Datu Raiman Bin datu Kauman telah menyerlahkan persoalan „kecewa dalam bangga khalayak‟ pada tema Kemanusiaan dan Kemasyarakatannya dan menjadikan implikasi terhadap apresiasi tubuh dan maknawi lirik dalam kalangan pembaca semakin mendalam dan berkesan.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Secara umum, kajian ini membuktikan bahawa unsur-unsur paradoks sememangnya terserlah dalam puisi „Papan Buangan‟ karya Datu Raiman Bin Datu Kauman sama dalam konteks leksikal denotatif kayu jati dengan papan buangan ataupun maknawi leksikal konotatif peranan atau nilai papan buangan di desa dan kota. Dalam pada itu, garapan figuratif paradoks dalam puisi ini juga telah menimbulkan keindahan intrinsik dan ekstrinsik tubuh puisi khususnya melalui kesan imej dan imajan, repetasi, nada, dan gambaran sikap masyarakat dan penyair yang dipaparkan. Sekaligus dapatan ini menyokong dapatan kajian Cleanth Brooks (1947), Rahman Shaari (1993), dan Kajitow El-Kayeni (2012) tentang keberkesanan penerapan simiotik paradoks dalam puisi. Sekaligus unsur paradoks dalam puisi ini telah berjaya memperlihatkan kebenaran peristiwa dalam isi puisi serta keindahan struktural tubuh puisi. Bagaimanapun dapatan ini tidak boleh dijadikan generalisasi dalam penyerapan unsur paradoks dalam puisi-puisi Datu Raiman Bin Datu Kauman kerana sampelnya hanya terbatas kepada puisi „Papan Buangan‟. Justeru, adalah dicadangkan agar kajian lanjutan tentang penyerapan paradoks dapat dibuat untuk puisi-puisi beliau yang lain. Di samping itu, perluasan rekabentuk kajian juga boleh dilakukan terhadap puisi-puisi Datu Raiman Bin Datu Kauman agar serlahan signifikasi gaya bahasa dan pemikiran beliau dapat dilihat dengan lebih jelas. Ini termasuklah reka bentuk Kajian Analisis Dinamika yang mengaitkan pengaruh konteks terhadap isi dan bentuk puisi atau Kajian Perbandingan yang menelusuri jalinan antara peradigma persekitaran dengan puisi sebagaimana yang dicadangkan oleh Ungku Maimunah Mohd Tahir (2006) dapat dilakukan. Rumusannya, gaya bahasa figuratif seperti paradoks di dalam puisi berupaya menimbulkan kesatuan, kekhusyukan, apresiasi dan kepelbagaian nilai estetika terhadap puisi dan apresiasi pembaca. Bagaimanapun, unsur-unsur bahasa ini akan sentiasa ditunjangi oleh kehalusan, keseragaman dan kesopanan pernyataan perasaan serta pemikiran yang sesuai dengan etika bangsa dan agama. Penggunaan bahasa puisi moden secara ekslusif adalah untuk mendedahkan hakikat, bahawa nilai estetika bukan hanya didukung oleh bahasa, tetapi juga dipengaruhi oleh suasana jiwa penyairnya.

Page 15: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

34

Jesteru, bahasa puisi merupakan suatu alat yang memberi kemantapan kepada dunia keilmuan dan pemikiran masyarakat yang mewakilinya.

BIBLIOGRAFI

Boleo Johannes Bijleveld (1943), Herhalingssfiguren in het Maleisch, Javaansch en Soeendaasch: Een Stilistische Studie, Batavia: Groningen.

Brooks, Cleanth (1947) The Well Wrought Urn: Studies in the Structure of

Poetry. New York: Reynal & Hitchcock. Carl Sanburg (2006), Poetry Speaks; The Poetry Lover‟s 2006 Calander, A

Year of Greet Pems and Puets, Sourcebooks Inc. Naperville, Illinois, USA.

Crane, R.S. “Cleanth Brooks; Or, The Bankruptcy of Critical Monism.” In

Modern Philology, Vol. 45, No. 4 (May 1948) pp 226-245 Fadzil Zainol (2012), Gaya Bahasa Dalam Puisi Usman Awang, Wordpress

Com. Goldman, Lucien (1970), “The Society of Literature: Status and Problem of

Method” dalam Milton C. Albrecht cs. (eds) The Sosiology of Art and Literature. New York: Praeger Publisher.

Harimurti Kridalaksana (2001), Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia Pustaka

Utama. Henry Guntur Tarigan (1985), Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Angkasa. IPGK Kent (2009), Antologi Puisi Nabalu. Tuaran:Arked Print Kota Belud. Kajitow El-Kayeni (2012), Kenduri Puisi “Membaca Pesan Langit” dalam

Bengkel Puisi Swadaya Mandiri; 8-9 Januari 2012. http://bengkelpuisidimasarikamihardja.blogspot.com, 8 Disember 2012.

Laurenson, Diana dan Alan Swingewood (1972), The Sociology of Literature.

London: Granada Publishing Limited. Mira Khristina (2010), A Statistic Analysis of Lexical Cohesion as Found in Four

of Khalil Gibran‟s Poems. Kota Padang: Andalas University Nurazmi Kuntum (2004), Memahami Sajak dan Novel. Brunei DS: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari (1993), Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 16: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

35

Ungku Maimunah Mohd Tahir (2006), Pemahaman dan Penerapan Sosiologi Sastera Dalam Sastera Melayu Moden dlm. Akademika 69 (Julai) 2006: 3-16. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

W.K Wimsatt (1965), Metaphore, Paradox, and Stereotype dalam British

Journal of Aesthetics, Vol.5 (4). Oxford University Press. Wellek, Rene dan Austin Warren (1988), Teori Kesusasteraan. Terjemahan

Wong Seng Tong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 17: KAJIAN TEKS INTRINSIK PAPAN BUANGAN’; PARADOKS …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/132014/2.pdf · Pertentangan nilai kayu jati yang menjadi papan buangan dalam

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

36

LAMPIRAN 1

PAPAN BUANGAN

1.1 Kayu Jati hutan belantara Tropika

1.2 Berendam di laut masinnya tidak

1.3 Dibahang panas mentari berkarat tiada

2.1 Kayu Jati hutan belantara Tropika

2.2 Ditebang dipotong lalu dilonggok

2.3 Kayu Jati dikorban menjadi papan

2.4 Lahirlah papan dari kumpulannya terbuang

2.5 Papan buangan tersadai di pinggir kilang

3.1 Aku terharu melihat nasibmu papan buangan

3.2 Di tengah kota metropolitan

3.3 Engkau penghuni celah lubang

3.4 Menggalas maruah mangsa manusia berbudaya

3.5 Paksinya merujuk matahari rebah

3.6 Sedang di desa engkau masih disanjung

3.7 Menyelimuti anak-anak watan setia

3.8 Memiliki sepenuh jiwa

4.1 Papan buangan

4.2 Asalnya kayu Jati hutan belantara Tropika

4.3 Mencari jati diri yang lusuh dimamah usia.

Karya Datu Raiman bin Datu Kauman

Unipra Kent 2007