kaedah teknik pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam

28
Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam PENDAHULUAN Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat Al-Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh. 1

Upload: katiri-sahirin-haimin

Post on 22-Apr-2017

1.081 views

Category:

Documents


58 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

PENDAHULUAN

Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini

untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun,

kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah

SAW perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan

model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak

Islamiyyah.

Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan

kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu

dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set

induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK),

kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.

Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan,

pemahaman, dan hafazan ayat Al-Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah,

sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan

aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.

Pendidikan Islam adalah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan

hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan

kedua-dua sumber tersebut. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan

syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan

yang soleh yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya

menuju kepada Allah dan alam akhirat.

Matlamat pendidikan Islam juga adalah untuk melahirkan khalifatullah

yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Keseimbangan pembangunan

manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana dengan

1

Page 2: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

kerohanian manusia yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum

yang disyariatkan oleh Allah SWT. Proses membangunkan insan perlulah secara

menyeluruh dari semua aspek kehidupan.

Imam al-Ghazali menjelaskan matlamat pendidikan sebagai: “Untuk

mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperoleh kedudukan,

bermegah-megah dan berlumba-lumba .”

Sebagai seorang ahli tasawuf, al-Ghazali menekankan matlamat

pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri

sehingga individu tersebut dapat mengenal “pencipta” dan matlamat ilmu yang

sebenarnya yang membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jika

pendidikan yang selain taqarraillallah, adalah bukan objektif pendidikan Islam.

DEFINISI

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah dan teknik

mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah

dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan

bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi,

apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi

mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-

misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng

(1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan

Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang

ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri

penemuan, Forebel dan sebagainya.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti

pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-

tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.

Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia

merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

2

Page 3: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa

kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja

cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada

pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia

tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah,

Atan Long (1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik

untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan.

Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan

demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan

keadaan masa, tempat dan pelajar.

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam

menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah

bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan

diperolehi akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan

seharian.

Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam

pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan

bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam

Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.

Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak

dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah

yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca,

menghafaz dan memahami al-Quran.

3

Page 4: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran sekolah rendah dapat dibahagikan

kepada 2 kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah-surah tertentu dan

kemahiran menghafaz surah-surah tertentu. Antara strategi dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh

guru termasuklah Aplikasi Kaedah Talaqqi Musyafahah, Ulangan (at-Tikrar),

Tasmik, Aplikasi Kaedah Latih Tubi, (al-Mulazamah), Hafalan, Talaqqi,

Musyafahah dan Aplikasi Kaedah Bercerita (al-Qissah) Syarahan (al-

Muhadharah), dan sumbang saran.

1. Aplikasi Kaedah Talaqqi Musyafahah, Ulangan (at-Tikrar), Tasmik

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh

Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”.

Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru

bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW

terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan

kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW

kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

1.1 Kaedah Talaqqi

Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara

bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan

tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan

dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan

dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.

Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang

mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat

mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-

Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan

yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat

menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.

4

Page 5: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

1.2  Kaedah Musyafahah

Musyafahah pada bahasa: gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke

mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.

Musyafahah dari segi istilah bermaksud guru menyebut huruf dan kalimah

dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir,

pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al

Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan

pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian

mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah

atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru

membetulkan sebutan tersebut.

Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan

melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar

mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa

menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti

guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar.

Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah

Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru

berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan

bacaan ayat al-Quran sebagai bacaan contoh dan meminta

pelajarmendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah

bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya

dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar

sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan

sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.

Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali

bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang

meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

5

Page 6: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras

satu.   (Ayat bacaan)

Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang

terdapat dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah,

sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu,

menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan pengajaran

dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.

Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri

supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.

Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad

carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru

membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.

Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan

individu. Semasa pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan

mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang

dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan.

Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing

mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan

tajwid. Guru membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru

kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan bacaan pelajar

sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.

Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru

dengan berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul

mengikut sebutan guru. Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan

pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai

hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua pelajar dapat

membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.

6

Page 7: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat

bacaan)

Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz

ayat dengan betul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi

musyafahah ini dengan berpandukan kepada beberapa langkah semasa

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian

guru membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir

guru di samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD.

Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan

pelajar dari segi sebutan atau makhraj dan tajwid.

Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta

pelajar membaca ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.

Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan

fasih.

Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di

hadapan kelas atau di hadapan guru.

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat

bacaan).

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga

(pelajar mampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.

Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan

melalui CD. Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al-

Quran serta mengikut bacaan secara perlahan.

7

Page 8: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar

dapat menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat

tersebut secara kumpulan dan individu.

Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan

tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.

1.3 Kaedah Ulangan (at-Tikrar)

Pada sudut bahasa Tikrar bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah

iaitu aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan

mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru membaca murid-murid

ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid

membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut

kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain

mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Pelaksanaan Kaedah Tikrar

Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.

Memastikan tahap kebolehan murid.

Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan

teliti.

Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas

hati.

Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan Kaedah Tikrar

Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.

Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.

8

Page 9: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Dapat membina kenyakinan diri murid.

Kelemahan Kaedah Tikrar

Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran.

Aplikasi Kaedah Tikrar dalam pengajaran dan pembelajaran

Guru membaca ayat dan murid mengulanginya selepas mendengar

supaya guru itu dapat membetulkan kesalahan muridnya.

Murid mendengar bacaan guru,jika murid belum dapat kuasai untuk

menyebut perkataan tertentu,guru perlu membaca perkataan yang susah

berulang kali.

Murid membaca dan guru mendengar sambil membetulkan bacaan yang

salah, kemudian murid menghafaz ayat yang di baca dan menyemaknya

di hadapan guru.

1.4 Kaedah Tasmik

Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud

mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran

melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru

dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam

penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat

yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru.

Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat

mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika

terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untuk

9

Page 10: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang

hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat

yang dibaca.

Pelaksanaan Kaedah Tasmik

Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.

Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan

berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar

menyebut kalimah atau ayat.

Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang

nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan

pelajar.

Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.

Kelebihan Kaedah Tasmik

Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang

cepat.

Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.

Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar

pelajar

Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.

Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.

Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah

al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan

dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi

mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan

langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

10

Page 11: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)

Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas

dan kumpulan secara kuat dan nyaring.

Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan

kesalahan dalam bacaan pelajar.

Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca

bergilir-gilir secara individu.

Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.

Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)

Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar

bacaan pelajar dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid.

Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di

hadapan guru.

Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta

kesalahan pelajar.

Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi

bacaanpanjang dan pendek.

Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan

kepada pelajar sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan

tepat.

Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul

mengikut hukum tajwid.

Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga (Ayat bacaan)

11

Page 12: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar

dikumpulkan mengikut tahap pencapaian. Guru mendengar bacaan

pelajar dengan teliti.

Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di

hadapan guru.

Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta

kesalahan pelajar.

Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat

yang dibaca.

Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan

kepada murid sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.

Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai

bacaan dengan betul, fasih dan bertajwid

2. Aplikasi Kaedah Latih Tubi, (al-Mulazamah), Hafalan

Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau

kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar

mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin

kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan

seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang

demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-

Quran, malah kaedah ini sememangnya telah dipraktikkan sejak zaman

Rasulullah SAW. Saidatina ’Aisyah RA telah meriwayatkan hadis yang

bermaksud:

“Rasulullah SAW suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para

sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.”

12

Page 13: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan

mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan

pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara

berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan

dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah RA meriwayatkan sebuah

hadis lagi yang bermaksud:

“Rasulullah SAW mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-

satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah SAW

diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk

memahaminya.”

Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui

kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap

pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al-Quran

bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar

yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat

membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz

ayat-ayat yang diajar guru.

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)

Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang

akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar

mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.

Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan

kumpulan. Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan

al Quran oleh qari yang terkenal dari cakera padat.

Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar

kemudian guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar

Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca

secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.

13

Page 14: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)

Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru

menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang

dibaca melalui LCD. Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum

dipelajari kepada murid dan menerangkan cara bacaan bagi hukum

tersebut.

Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang

betul. Pelajar diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu

berulang-ulang sebanyak tiga kali.

Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu

memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.

Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)

Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar

membaca secara kumpulan mengikut tahap pelajar.

Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan

berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat

menghafaz dengan betul dan fasih.

Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan

bertajwid dan meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang

terdapat dalam ayat yang dibaca.

Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di

hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan

makhraj yang betul dan bertajwid.

3. Aplikasi Kaedah Bercerita (al-Qissah) Syarahan (al-Muhadharah), dan Sumbang Saran

14

Page 15: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Menurut Ahmad (1997), Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah

dakwah banyak menggunakan kaedah bercerita. Hal ini dapat dilihat dengan

jelas, kerana dalam al-Quran banyak terdapat kisah-kisah lampau seperti kisah

para anbia’ dan umat-umat yang terdahulu. Antara ayat yang menceritakan kisah

Nabi terdahulu ialah dalam firman-Nya yang bermaksud:

”Dan (Kami telah mengutuskan) Rasul-rasul yang sebahagiannya Kami

telah menceritakan tentangmu dahulu…” (an-Nisa’: 164)

Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang menarik dan digemari

oleh murid semasa menyampaikan isi pelajaran. Ini kerana banyak cerita-cerita

yang terdapat di dalam al-Quran samada ayat tersebut sememangnya kisah-

kisah dari al-Quran ataupun Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang

menarik dan digemari oleh murid semasa menyampaikan isi pelajaran. Ini kerana

banyak cerita-cerita yang terdapat di dalam al-Quran sama ada ayat tersebut

sememangnya kisah-kisah dari al-Quran ataupun pokok persoalan yang boleh

dikembangkan isunya. Menggunakan kaedah bercerita adalah selaras dengan

kaedah yang dianjurkan oleh al-Quran. Allah SWT mendidik para Nabi-Nya

melalui penceritaan kisah-kisah yang menarik. Misalnya kisah orang-orang soleh

seperti kelahiran nabi Isa AS, kisah Ratu Balqis, Ashabul Kahfi, kisah Nabi Nuh

AS dengan kaumnya yang degil dan engkar, kisah kaum Nabi Lut AS yang

melampaui batas dan pelbagai cerita dari al-Quran. Kisah-kisah ini sangat

memberi pengajaran dan keinsafan di kalangan murid-murid.

Sekiranya murid mula merasa bosan atau ada anak murid yang sedih dan

berdukacita kerana menghadapi masalah, kaedah bercerita dengan

mengisahkan kisah-kisah al-Quran yang menarik akan dapat menghilangkan

kebosanan dan mengembirakan atau memulihkan perasaan mereka seperti

mana yang berlaku kepada Rasulullah SAW dalam menghadapi ujian hidup

khususnya ketika menyampaikan dakwah. Maka Allah SWT menurunkan Surah

Yusuf iaitu satu-satunya surah yang lengkap dengan cerita keluarga Nabi Yusuf

AS dari mula hingga akhir, hanya untuk menghiburkan dan mengurangkan

perasaan sedih baginda SAW. Secara tidak langsung diakhir kaedah bercerita

15

Page 16: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

ini, guru boleh berbincang atau menyatakan pengajaran yang terdapat dalam

cerita yang dikisahkan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Tahun Dua (25) orang murid

Masa 8:30 pagi - 9:30 pagi

Bidang / Tajuk Asuhan Tilawah Al-Quran / Surah Al-Kafirun

Alat Bantu Mengajar LCD / komputer, kad-kad kalimah, lembaran

kerja dan radio kaset

Pengetahuan Sedia Ada Murid

Murid telah mahir membaca membaca al-Quran Murid pernah mendengar bacaan dari surah ini

Kemahiran Berfikir. Banding beza.

Hasil Pembelajaran

Murid dapat: Aras 1: Menghafaz potongan ayat Surah Al-Kafirun dengan betulAras 2: Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari. Aras 3: Mengamalkan surah-surah yang dihafaz ketika solat.

Penghayatan Nilai

Bersungguh-sungguh menghafaz surah-surah Al-Quran

Mengamalkan surah yang telah dihafaz dalam solat seharian

Berusaha menghafaz surah-surah yang lain Banyak menghafaz surah akan mencerdaskan

minda

LANGKAH ISIKANDUNGAN

AKTIVITIDAN

PEMBELAJARAN

BAHAN BANTU

MENGAJAR

Pendahuluan Bacaan Doa Murid-murid membaca doa

16

Page 17: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Belajar belajar bersama-sama dengan guru

Set InduksiSurah

Al-Kafirunayat 1-3

Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang perkataan “ KAFIR “ dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran Surah Al-Kafirun

Surah Al-Kafirun

Slaid Power Point

Langkah 1Surah

Al-Kafirun ayat 1-3

Guru mempamirkan Surah Al-Kafirun ayat 1-3

Guru memperdengarkan bacaan Surah Al-Kafirun ayat 1-6

Guru meminta murid-murid membaca bersama-sama dengan guru secara kelas, kumpulan dan individu

Surah Al-Kafirun

Slaid power point

Langkah 2Surah

Al-Kafirun ayat 1-3

Guru mengedarkan kad-kad potongan ayat surah Al-Kafirun ayat 1-3 kepada murid-murid yang membentuk beberapa kumpulan

Murid-murid diminta menyusun semula potongan kad tersebut menjadi ayat yang lengkap dalam masa yang ditentukan

Guru menilai hasil kerja murid-murid

Guru meminta setiap kumpulan membaca semula hasil kerja tersebut

Murid-murid diminta menyalin semula ayat dari surah yang telah dibacakan tersebut.

SurahAl-Kafirun

Kad-kad potongan ayat dari surah Al-kafirun

Langkah 3 Surah Guru mengumpulkan dan Surah

17

Page 18: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Al-Kafirun ayat 1-3

(Pemulihan)

membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai bacaan surah dengan baik

Latih tubi secara individu dan berpasangan dilaksanakan

Al-Kafirun Kad-kad

potongan ayat dari surahAl-kafirun

Langkah 4

SurahAl-Kafirun ayat 1-3

Guru mengadakan pertandingan hafazan Surah Al-Kafirun

Guru merakam bacaan dari murid-murid tersebut

Guru memperdengarkan semula hasil bacaan murid-murid

Guru berbincang tentang hasil bacaan murid-murid tersebut

Radio Kaset

Penutup

SurahAl-Kafirun ayat 1-3

Guru meminta murid-murid melafazkan bacaan Surah Al-Kafirun secara hafazan mengikut kumpulan serta berpasangan

Guru menerangkan penggunaan bacaan Surah Al-Kafirun dalam kehidupan seharian. Contohnya: Bacaan dalam solat Bacaan ketika hendak

tidur.

PENUTUP

18

Page 19: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah

bergantung kepada keupayaan dan peranan guru Pendidikan Islam di dalam bilik

darjah dalam mencapai matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Islam yang

telah digubal. Daripada beberapa kajian tentang pengajaran dan pembelajaran

kurikulum Pendidikan Islam, terutama dalam kaitannya ke arah pembinaan

negara bangsa Malaysia, aspek yang paling utama yang perlu dikaji ialah

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru

Pendidikan Islam di bilik darjah (Resolusi Wacana Pendidikan Islam, Fakulti

Pendidikan UKM 2003). Secara perbandingannya dengan guru-guru mata

pelajaran yang lain, guru-guru Pendidikan Islam dikatakan masih lagi mempunyai

beberapa kelemahan dalam menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pembentukan kurikulum yang sepadu sama ada kurikulum umum

mahupun kurikulum pendidikan Islam tidak akan lengkap dan sempurna,

sekiranya kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak dititikberatkan.

Penguasaan ilmu dan pembentukan peribadi yang sempurna bukan sahaja

berpunca daripada ketokohan dan keperibadian guru, bahkan berpunca daripada

kurikulum yang lengkap dan disokong oleh kaedah pengajaran yang sempurna.

Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat

penyampung atau penggerak dua hala di antara guru dan pelajar yang sentiasa

berinteraksi dan saling pengaruh-mempengaruhi. Menurut al-Syaibani (1975),

kaedah yang baik dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan,

kemahiran dan mengubah sikap dan tingkah laku, menanam minat dan nilai-nilai

yang diingini.

Dalam apa jua bentuk perkaedahan sekalipun, para guru perlulah

menyampaikan pelajaran menurut kecenderungan dan peringkat kematangan

pelajar berdasarkan peringkat umur dan kecerdasan otak masing-masing. Dalam

hal ini, Imam al-Ghazali (1939) telah menyarankan agar guru menyampaikan

pelajaran menurut kadar kefahaman dan peringkat pencapaian akal fikiran para

pelajar. Sesuatu pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat

19

Page 20: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

akal dan pencapaian pelajar boleh membawa kepada kerumitan dan kebosanan,

dan akhirnya membawa kepada kegagalan.

BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim.

20

Page 21: Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

2. Ab. Halim Tamuri. 2003. Bagaimana menjadikan pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam lebih menarik. Konvensyen Penyelia

Pendidikan Islam negeri dan daerah tahun 2003, hlm: 123-149.

3. Al-Jambalati, Abu Futuh al-Tunisi. 1973. Dirasat muqaranah fi al-tarbiyyah

al-Islamiah. Mesir.

4. Al-Na’miy, Abdullah al-Amin. 1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut

Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur:

DBP.

5. Al-Qabisi, Abu Hasan. 1967. Al-Risalah al-Mufaddalah li Ahwal al-

Muta’allimin wa Ahkam al-Mu’allimin wa al-Muta’allimin. Kaherah: Darul

Ma’arif.

6. Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2001. Nabi Muhammad: Guru dan

pendidik terulung. Terj. Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: M. Khari

enterprise & al-Azhar Media Ent.

7. Gamal Zakaria. 2002. Ibnu Sahnun mutiara pendidik Muslim. Bandar Seri

Putra: KISDAR

8. Ghazali Darusalam. 2001. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd

9. Al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya ‘Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matba’ah

Mustafa al-Babi al-halabi.

10. Al-Syaibani, Umar Muhammad al-Taomi. 1975. Falsafah al-tarbiyyah al-

Islamiah. Tripoli.

21