kadar baja kelapa sawit yang disyorkan

Upload: mohamad-suhaimi-othman

Post on 13-Jul-2015

1.403 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Kadar baja kelapa sawit yang disyorkan

Salam,

Entri pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan kadar pembajaan yang seimbang untuk diberikan kepada pokokkelapa sawit agar dapat mencapai pertumbuhan yang optimum dan seterusnya memberikan hasil yang lumayan. Jenis baja yang digunakan dalam komendasi ini adalah baja berbutir sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan penentuan kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut.

FASA 1 (1-3 tahun) Umur 1 bulan Baja Rock phosphate - kadar 1.0 kg/pokok/tahun Umur 2 bulan - Baja Sebatian 44 - kadar 0.5 kg/pokok/tahun Umur 4 bulan Baja GML kadar 0.5 Umur 6 bulan Baja Sebatian 44 + boron kadar 0.5 kg/pokok/tahun Umur 8 bulan Baja Sebatian 44 kadar 0.5 kg/pokok/tahun Umur 12 bulan Baja Sebatian 44 + boron -kadar 0.kg/pokok/tahun Jumlah 3.5kg/pokok/tahun Umur 2 tahun - Baja Sebatian 44 kadar 1.0kg/pokok/pusingan (3 kalipusingan setahun) - Baja Rock phosphate kadar 1.5kg/pokok/tahun - Baja Sebatian 44 + boron 1.5kg/pokok/tahun Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun Umur 3 tahun - Baja Sebatian 44 kadar 1.5kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun). - Baja Rock phosphate kadar 1.5kg/pokok/tahun - Baja GML Kadar 1.5kg/pkok/tahun

- Baja Sebatian 44 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun) Umur4-6 tahun - Baja Sebatian 44 kadar 2.0kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun) - Baja Sebatian 44 + boron kadar 2.0kg/pokok/tahun - Baja Rock phospate kadar 1.5kg/pokok/tahun - Baja GML kadar 1.5kg/pokok/tahun Jumlah 9.0kg/pokok/tahun Umur 7-20 tahun - Baja Sebatian 44 2.5kg/pokok /pusingan (2 kali pusingan setahun) - Baja Sebatian 44 + boron kadar 2.5kg/pokok/tahun - Baja Rock phospate kadar 2.0kg/pokok/tahun - Baja GML kadar 2.0kg/pokok/tahun Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang) Umur 21 tahun dan keatas - Baja Sebatian 44 kadar 2.0kg/pokok/pusingan (3 kali pusingan setahun) - Baja Rock phospate 2.0 kg/pokok/tahunJumlah Jumlah 8.0 kg/pokok/tahun

Anggaran baja yang disyorkan adalah berdasarkan hasil BTS 25 mt/ha/tahun atau 61.75 mt/ekar/tahun di tanah kawasan pendalaman. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah melebihi 30 mt/ha/tahun, maka tambahkan lagi 2 pusingan sebatian 44 atau tambahkan baja tunggal MOP sebanyak 0.5 hingga 1kg/pokok dan 1kg baja AS/pokok. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah kurang daripada 20 mt/ha, maka potonglah 1-2 pusingan baja sebatian 44.

Kadar yang disyorkan juga boleh diubahsuai mengikut kesuburan tanah sebagaimana berikut. - Tanah pesisir pantai yang bertekstur loam liat atau liat dengan saliran yang baik seperti dibahagian pantai barat Semenanjung terutamanya di Batu Pahat dan Pontian kurangkan satu pusingan sebatian 44. -Tanah pesisir pantai yang bertekstur pasir digalakkan untuk menambah 2 pusingan sebatian

44 lagi, akan tetapi kadar yang disyorkan bagi setiap pusingan dipotong kepada 30-50%. - Adalah disyorkan supaya mengambil sampel daun untuk dianalisa sekurang-kurangnya 2-3 tahun sekali bagi memastikan zat-zat makanan yang diberikan menepati keperluan pokok kelapa sawit dengan seimbang.

Kadar yang disyorkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Bagi menghasilkan program pembajaan yang seimbang dan memenuhi keperluan makanan pokok kelapa sawit, maka analisa-analisa seperti analisa daun, tanah, keadaan cuaca dan sebagainya adalah perlu.

DigitalApa yang saya maksudkan dengan Ladang Kelapa Sawit Digital ini adalah lebih berfokuskan kepada teknologi maklumat yang kini sedang dipraktikkan oleh syarikat perladangan besar di ladang-kadang kelapa sawit milik mereka. Saya berpendapat bahawa teknologi maklumat bersepadu di ladang kelapa sawit adalah teknologi dasar atau tapak bagi menyediakan atau mendedahkan ladang kelapa sawit kepada teknologi yang lebih maju iaitu teknologi yang berteraskan kejuruteraan Mechatronic dan perkomputeran.

Teknologi maklumat bersepadu di ladang kelapa sawit adalah teknologi intergrasi diantara pemetaan GPS, sistem informasi geografi (GIS) dan sistem pengkalan data (DBMS). Tidak ketinggalan juga penggunaan imej satelit dan foto udara. Potensi penggunaan 'Wave length' kanopi pokok kelapa sawit bagi menganalisa status nutrisi pokok kelapa sawit dan juga tahap kesihatannya adalah masih ditahap kajian.

Proses pendigitalan ladang kelapa sawit boleh dilakukan dengan melantik juruukur GPS. Kadar pemetaan GPS ialah diantara RM8.00 hingga RM15.00 untuk sehektar bergantung kepada tujuan pemetaan tersebut. Sekiranya anda perlukan sebuah peta digital yang lengkap dan terperinci yang termasuk pemetaan kawasan teres, sistem pengairan, jalan, kawasan rata dan tinggi dan juga pengesahan secara tindihan dengan pelan akui, maka sudah tentu harganya adalah lebih tinggi berbanding pemetaan asas sahaja.

Sebenarnya, pemetaan GPS boleh dilakukan sendiri asalkan kawasan tanaman sawit melebihi 500 ha. Adalah tidak berbaloi bagi pekebun kecil yang mempunyai keluasan kurang daripada

500ha untuk memiliki peralatan sendiri kerana bukan sahaja ianya agak mahal malah ia memerlukan pelukis peta digital yang mahir dengan perisian GIS.

Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1. Alat penerima GPS. Ia digunakan untuk pengambilan geo-koordinat dilapangan atau secara mudahnya, ia digunakan untuk pemetaan diladang kelapa sawit. Koordinat jalan, sungai, sempadan, bangunan dan sebagainya diambil menggunakan alat penerima GPS ini.

Terdapat 2 jenama yang biasa digunakan oleh pihak perladangan kelapa sawit. Jenama Trimble - Model GeoXM berharga RM12000, ketepatan submeter - Model GeoXT berharga RM35000, ketepatan 2-3m. Jenama Garmin - Model 76cx berharga RM1600, ketepatan