k1-maksud dan peranan matematik

Upload: trevor-riley

Post on 10-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

MAKSUD DAN PERANAN MATEMATIK

Kumpulan 1 : Maksud Dan Peranan MatematikMAKSUD BERASASKAN TOKOHJames dan James (1976) Mengikut kamus matematiknya ilmu mengenai bentuk, susunan, pembesaran, dan konsep-konsep yang berhubungan antara satu dengan yang lainnya dengan jumlah yang banyak.Johnson dan Rising (1972)Matematik adalah pola berfikir, pola mengorganisasi, pembuktian yang logik.Bahasa yang didefinisikan dengan cermat, jelas dan tepat, persembahannya dengan simbol dan padat, lebih berupa bahasa simbol mengenai idea daripada mengenai bunyi.Kline (1973)Dalam bukunya mengatakan bahawa matematik adalah pengetahuan terutamanya membantu manusia dalam memahami dan menguasai permasalah sosial, ekonomi dan alam.Dalam bukunya mengatakan bahawa matematik adalah kajian tentang pola dan hubungan, suatu jalan atau pola pemikiran, suatu seni, suatu bahasa dan suatu alat.

Reys, dkk (1984)Matematik berkenan dengan idea-idea, struktur-struktur dan hubungan-hubungan yang diatur menurut urutan yang logik. Jadi matematik berkenaan dengan konsep-konsep yang abstrak. Matematik dipandang sebagai struktur dari hubungan-hubungan maka simbol- simbol formal diperlukan untuk membantu memanipulasi aturan-aturan yang beroperasi di dalam struktur-struktur. Hudoyo (1979:96)MAKSUD MATEMATIKContoh:Seseorang budak lelaki hendak membeli 2 kilogram gula. Sekilo gula berharga RM 2.00.Implikasinya, budak itu menjalankan satu urusniaga dengan JUMLAH barang dan Harga.Seseorang pelajar ingin menyukat nilai sebenar isipadu sesuatu bahan. Seterusnya, dia menyukat menggunakan silinder penyukat.1.Matematikadalah ilmu tentang jumlah dan ruangan. Contoh:Seorang ahli statistik sedang mengkaji corak diagram graf dan memanipulasikan jumlah.

2. Matematik adalah kajian tentang hubungan jumlah dan diagram.Contoh:Seorang jurutera komputer akan menyelesaikan masalah berkaitan logik matematik3.Matematik adalah suatu sistem logik yang berkaitan dengan aksiom dan kesimpulan dedutif daripada sistem aksiom.Contoh:Seorang angkasawan akan menggunakan sistem log untuk menjalankan tugas di angkasa kepada cara yang mudah.4.Matematik adalah sejenis bahan khusus yang berguna untuk menyelesaikan masalah tertentu.Contoh:Pengkaji Bumi akan mengaplikasikan bidang matematik dalam pekerjaannya

5. Matematik adalah sesuatu untuk dilakukan dengan geometri, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.Contoh:Peramal ekonomi akan mengkaji corak dan pola mata wang dunia.6.Matematik adalah ilmu tentang pola dan juga bahasa untuk menggambarkan pola. PERANAN MATEMATIKMatematik adalah suatu cara membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai seperti banyak, sedikit, panjang, pendek, jarak, luas, laju dan sebagainya. Suatu ilmu yang berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik dan artis.

PERANAN DALAM BIDANG ILMU (Bidang Sains, Muzik dan Seni)Membantu para saintis mencari kebenaran berkaitan fenomena fizikal alam sekeliling. (Moon Soon Sang. 1996.) Contohnya kejadian siang dan malam, pasang surut air, gerhana matahari, taufan, kelajuan cahaya dan sebagainya.

PERANAN SEBAGAI PENYELESAI MASALAH

Penyelesai masalah seharian- membolehkan manusia mengkaji tentang pola, perhubungan, masalah sosial, mereka bentuk yang menarik, seimbang dan menakjubkan. Sebagai contoh, sekiranya peniaga dan pembeli tidak tahu untuk membuat pengiraan semasa jual beli sedang berlangsung, maka ini akan menyukarkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak peniaga dan pihak pembeli untuk berurusan.

PERANAN DALAM BIDANG EKONOMI

Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model Matematik. Pengurus sesebuah syarikat seharusnya mengetahui penggunaan pendekatan Matematik bagi merancang strategi syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. PERANAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Berdasarkan kajian oleh Trends in International Mathematics and Science Study 2003, (TIMMS), ke atas subjek Matematik, pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek ini meningkat daripada kedudukan ke-16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara yang lain termasuk Negara maju seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.Menjadikan pelajar lebih seronok dengan proses pembelajaran mereka kerana mereka didedahkan dengan soalan-soalan yang begitu mencabar.