jaminan (kafalah)

29
JAMINAN (KAFALAH) ZAFIRAH ABDULLAH

Upload: zafirah-abdullah

Post on 17-Jan-2017

98 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jaminan (Kafalah)

JAMINAN (KAFALAH)ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Jaminan (Kafalah)

Takrif• Bahasa Arab (Kafalah):

• Beriltizam, Menghimpun, Menggabungkan

• Istilah menurut Syarak:• Memikul tanggung-jawab terhadap sesuatu hak yang telah disahkan menjadi tanggungan

orang lain

• Suatu kontrak yang mewajibkan pihak yang dinamakan penjamin:

1. Bertanggung-jawab terhadap hak yang ditanggung oleh orang lain, di mana jika orang itu tidak menunaikan tanggung-jawabnya, maka si penjamin akan bertanggung-jawab menunaikannya ;

2. Bertanggung-jawab untuk membawa pihak yang bertanggung-jawab dalam sesuatu hak ke mahkamah atau kepada tuan punya hak terbabit

3. Bertanggung-jawab bagi seseorang untuk mengembalikan barang yang menjadi hak orang itu daripada pihak lain yang memegang barang tersebut, seperti barang yang dirampas

Page 3: Jaminan (Kafalah)

Takrif• Suatu kontrak yang mewajibkan pihak yang dinamakan penjamin:

1. Bertanggung-jawab terhadap hak yang ditanggung oleh orang lain, di mana jika orang itu tidak menunaikan tanggung-jawabnya, maka si penjamin akan bertanggung-jawab menunaikannya ;

2. Bertanggung-jawab untuk membawa pihak yang bertanggung-jawab dalam sesuatu hak ke mahkamah atau kepada tuan punya hak terbabit

3. Bertanggung-jawab bagi seseorang untuk mengembalikan barang yang menjadi hak orang itu daripada pihak lain yang memegang barang tersebut, seperti barang yang dirampas

Kesahihan menurut syarak“Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (bahan makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”

(Yusuf: 72)

Page 4: Jaminan (Kafalah)

Hikmah• Memberi kemudahan kepada umat Islam • Membolehkan mereka saling bantu-membantu

• Contohnya:• Kemungkinan ada di kalangan mereka yang mahu membeli sesuatu yang diperlukan tetapi tidak mempunyai

wang untuk membayarnya

• Penjual pula mungkin tidak berkeyakinan dengan keupayaan pembeli dan tidak menerima hutang

• Dalam masa yang sama, pembeli juga mungkin tidak mempunyai sebarang harta untuk digadaikan / penjual tidak mahu menerima gadaian..

• Dalam keadaan ini, pembeli memerlukan seorang penjamin

Page 5: Jaminan (Kafalah)

Jenis-Jenis Jaminan1. Jaminan Hutang seseorang• Iaitu penjamin memikul tanggung-jawab melunaskan jika penghutang gagal

berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan• Jaminan ini dinamakan Jaminan Hutang

2. Jaminan diri• Jaminan untuk membawa orang yang bertanggung-jawab, sama ada kerana

hutang / sebagainya..• Seperti kesalahan Qisos..Tetapi penjamin tidak menjamin untuk membayar

hutang tersebut

Page 6: Jaminan (Kafalah)

Rukun-Rukun JaminanPenjami

n

Pihak yang menerim

a Jaminan

Pihak

yang

dijamin

Perkara yang dijami

n

Lafaz

Page 7: Jaminan (Kafalah)

Rukun Pertama : Penjamin (Kafil)• Penjamin adalah pihak yang bertanggung-jawab melunaskan tanggungan pihak yang dijamin atau

mengemukakan orang yang dijamin.• Penjamin perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berkelayakan untuk memberi sumbangan : Berakal , Baligh , Matang

2. Jaminan yang diberikan oleh orang gila, kanak-kanak, Safih (Bodoh menguruskan harta) itu TIDAK SAH / Tidak Dibenarkan

3. Orang yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut TIDAK dibenarkan memberi jaminan melainkan setakat 1/3 daripada jumlah hartanya

Page 8: Jaminan (Kafalah)

Rukun Kedua : Pihak yang menerima Jaminan (Makful Lahu)• ..Ialah pihak yang menuntut hak

• Pihak yang haknya perlu dijaga oleh penjamin

• Pihak yang menerima jaminan, disyaratkan supaya dikenali oleh penjamin secara langsung • Penjamin mestilah mengenali (Pihak yang menerima Jaminan)• Tidak cukup sekadar mengenalinya, tetapi diketahui siapa dia sebenarnya• Penjamin perlu mengenali (pihak yang menerima jaminan) kerana dia adalah orang yang berhak dan

orang yang akan membuat tuntutan terhadap penjamin.

• Jika penerima jaminan mewakilkan seseorang, penjamin perlu mengenali wakil tersebut.

• Pihak yang menerima jaminan tidak disyaratkan perlu menghadiri majlis kontrak

Page 9: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-3: Pihak yang dijamin (Makful ‘anhu)• …Pihak yang dituntut supaya menunaikan tanggung-jawab kepada pihak yang menerima jaminan

• Juga dikenali sebagai Pihak Asal

• Pihak yang dijamin mestilah orang yang telah disahkan sebagai orang yang bertanggung-jawab terhadap sesuatu hutang / sbgnya yang boleh dipertanggung-jawablan kepadanya

• (Pendapat Ulama’): Persetujuan oleh pihak yang dijamin TIDAK DIPERLUKAN• Ini kerana seorang dibenarkan melunaskan hutang bagi pihak lain walaupun tanpa kebenarannya• Memberi jaminan bagi pihak yang telah meninggal dunia dibenarkan walaupun si mati tidak meninggalkan

sebarang pusaka untuk melunaskan hutangnya.

• (Menurut Pendapat yang paling sahih) : • Pihak yang dijamin tidak semestinya mengenali penjamin kerana sebenarnya penjamin dan orang yang

dijamin tidak tidak melakukan apa-apa urusan.

Page 10: Jaminan (Kafalah)

AhmadPihak yang berhutang:PIHAK YANG DIJAMIN

MuhamamdPihak yang bertanggung-jawab

atas tanggungan Ahmad :

PENJAMIN

AliPihak yang menuntut Hak:

Pihak yang menerima Jaminan

Page 11: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-4: Perkara yang dijamin (Makful Bihi)Perkara yang dijamin adalah sesuatu hak dalam bentuk hutang/ sebagainya yang diberikan jaminan.Hak ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mestilah hak yang telah disahkan ketika kontrak• Oleh itu, jaminan terhadap sesuatu yang belum disahkan tidak dibenarkan

• Hak ini dianggap sah sebaik sahaja penjamin mengakuinya, walaupun pihak yang dijamin menafikannya.• Contoh;

• Penjamin berkata: “Amar berhutang dengan Zaid sebanyak 100 dinar, dan saya adalah penjaminnya”• ..tetapi Amar menafikannya• Maka Zaid berhak menuntut hutang daripada penjamin

• Jaminan boleh diberikan kepada perkara yang akan bertukar menjadi wajib• Contoh;

• Penjamin berkata: “Berikan hutang kepada dia sebanyak RM100, dan saya akan menjadi penjaminnya

• Apabila ini dilakukan, kontrak tersebut SAH kerana langkah ini diperlukan

• (Pendapat Ulama’) : Tidak sah memberi jaminan kepada nafkah yang akan diberikan pada masa akan datang.• Ini kerana pemberian nafkah merupakan perbuatan baik dan ihsan, bukan sebagai hutang

Page 12: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-4: Perkara yang dijamin (Makful Bihi)2. Perkara yang dijamin mestilah berkuatkuasa (lazim)..

• Iaitu sama ada perkara tersebut telah tetap (mustaqqir)..• Contohnya: Bayaran dari pembelian selepas ia diterima dan tamat tempoh khiyar, dan mahar yang

diberi selepas persetubuhan

• Bagitu juga bagi perkara yang belum tetap;• Contoh: Bayaran yang belum diterima / mahar yang ditetapkan sebelum berlaku persetubuhan

• Jaminan juga dibenarkan bagi perkara yang akan membawa kepada lazim (berkuatkuasa)..• Iaitu perkara yang berkuatkuasa dengan sendirinya tanpa bergantung kepada sesuatu factor• Contohnya: Bayaran yang telah dibuat dalam tempoh khiyar• Bayaran ini akan berkuatkuasa sebaik sahaja tempoh khiyar tamat• Dalam keadaan ini, perkara tersebut boleh dijamin walaupun masih belum berkuatkuasa

• Maksud perkara yang lazim (berkuatkuasa) / akan membawa kepada lazim ialah..• Perkara yang tidak boleh dibatalkan tanpa sebab seperti contoh-contoh yang telah diberikan di atas

Page 13: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-4: Perkara yang dijamin (Makful Bihi)3. Penjamin mestilah mengetahui jenis, kadar, dan sifat perkara yang dijamin

• Jenis : Dirham, Dinar & seumpamanya• Kadar: 1000 atau selainnya• Sifatnya : Elok atau tidak elok• Penjamin juga perlu mengetahui ciri-ciri fizikal perkara yang dijamin jika jaminan tersebut adalah jaminan

bagi barang (seperti barang yang dirampas)

Disyaratkan mengetahui perkara yang dijamin kerana kontrak ini mewajibkan seseorang menanggung tanggung-jawab terhadap sesuatu harta bagi pihak orang lain

• Jaminan untuk suatu perkara yang tidak pasti adalah TIDAK SAH• Contoh: Penjamin berkata “Saya jamin apa sahaja yang dia hutang dengan anda”..

Page 14: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-4: Perkara yang dijamin (Makful Bihi)4. Perkara yang dijamin mestilah boleh dijadikan sumbangan

• Maksudnya : Hak milik perkara tersebut boleh dipindahkan daripada pemiliknya, kepada orang lain tanpa sebarang bayaran

Contoh (Hak yang tidak boleh dijamin)• : Hak Syuf’ah

• Hak ini adalah hak pihak yang menuntut syuf’ah iaitu rakan kongsi yang berkongsi pegangan bersama rakan yang mahu menjual pegangannya

• Apabila rakan kongsinya menjual pegangannya kepada orang lain, dia berhak mengambil alih pegangan tersebut dengan membayar harga jualan

• Walau bagaimanapun, dia tidak boleh memindahkan hak pengambilalihan kepada orang lain.

• Ini bermakna, hak ini tidak boleh dijamin

Page 15: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-5: Lafaz (Sighah)Lafaz adalah penawaran(ijab) yang diucapkan oleh penjamin dan persetujuan (qabul) yang diucapkan oleh orang yang menerima jaminan.

• Dalam kontrak jaminan, penawaran oleh penjamin sudah mencukupi• Ia tidak memerlukan kepada persetujuan pihak yang menerima jaminan

Lafaz ini perlu memenuhi beberapa syarat:

1. Lafaz yang digunakan mestilah menunjukkan penjamin telah memberi jaminan• Sama ada ia diucapkan secara langsung atau tidak langsung

• Lafaz secara langsung : “Saya akan tanggung hutang itu/ saya jamin dia”

• Lafaz tidak langsung : “Lepaskan orang ini. Hutangnya pada anda akan saya lunaskan”

• Jika lafaz yang digunakan tidak menunjukkan penjamin telah memberi jaminan, jaminan tersebut TIDAK SAH.• Kecuali jika ucapan tersebut disertakan dengan tindakan yang menunjukkan jaminan• Contohnya : Apabila penjamin melihat pemiutang mahu menahan penghutang, penjamin berkata “ Saya akan membayar

hutangnya kepada anda”

• Tulisan atau isyarat yang difahami boleh digunakan oleh orang bisu

Page 16: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-5: Lafaz (Sighah)2. Jaminan yang diberikan mestilah bersifat mutlak (al-tanjiz):

• Iaitu tidak tertakluk kepada mana-mana syarat

• Tidak kira sama ada jaminan tersebut membabitkan harta ataupun diri

• Jika penjamin berkata : “Jika Zaid datang, saya akan menjamin hutang yang anda berikan kepada orang ini”. (Jaminan ini TIDAK SAH)• Ini kerana jaminan merupakan kontrak dan kontrak TIDAK BOLEH tertakluk kepada sesuatu syarat

3. Jaminan harta tidak boleh dihadkan untuk suatu tempoh tertentu• Ini kerana tujuan jaminan ialah untuk melunaskan hutang

• Ini bermakna, menetapkan tempoh tertentu bagi jaminan adalah TIDAK SAH

Page 17: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-5: Lafaz (Sighah)3. Jaminan harta tidak boleh dihadkan untuk suatu tempoh tertentu

• Demikian juga bagi jaminan diri -> Tidak boleh dihadkan untuk suatu tempoh tertentu

• Jika jaminan yang diberikan hanya menyatakan bahawa pihak yang dijamin akan dihadapkan pada suatu tarikh tertentu, JAMINAN INI SAH

• Contohnya Penjamin berkata: “Saya akan memberi jaminan akan menghadapkan tertuduh tetapi saya akan hanya lakukan sebulan dari sekarang”

• Ini adalah sah kerana jaminan ini mewajibkan diri melakukan sesuatu perkara dan ini sama seperti upah untuk kerja.

• Penjamin juga dibenarkan menjamin hutang yang telah tamat tempoh untuk dibayar selepas sesuatu tempoh tertentu.• Ini kerana penjamin bertindak secara sukarela• Mungkin dia dia tidak mampu membayarnya serta-merta sedangkan urusan itu memerlukan

seorang penjamin• Oleh itu jaminan akan diberikan seperti yang dipersetujui

Page 18: Jaminan (Kafalah)

Rukun ke-5: Lafaz (Sighah)• Penjamin juga dibenarkan menjamin hutang yang telah tamat tempoh untuk dibayar selepas sesuatu

tempoh tertentu.• Tempoh ini hanya diberikan kepada penjamin sahaja

• Maknanya, pihak yang menerima jaminan tidak berhak menuntut penjamin melunaskan hutang tersebut sebelum tempoh tamat

• Namun pihak yang dijamin tidak berhak memperolehi tempoh ini.• Dengan ini, pemiutang masih berhak menuntut supaya penghutang membayar hutangnya

sebelum tempoh tamat

• Selain itu, penjamin boleh membayar jaminannya bagi (hutang yang masih belum tamat tempoh) pada waktu yang lebih awal

• Ini kerana pembayaran tersebut dilakukan secara sukarela

• (Menurut pendapat paling sahih: Penjamin TIDAK DIWAJIBKAN membayar lebih awal, malah dia mempunyai hak yang sama seperti penghutang untuk menangguhkan pembayaran

• Jika penjamin membayar hutang tersebut lebih awal, dia tidak boleh menuntutnya daripada penghutang sebelum tamat tempoh yang ditetapkan tamat.• Ini kerana penghutang masih berhak membayarnya mengikut tempoh yang dibenarkan.

Page 19: Jaminan (Kafalah)

Hukum-Hakam berkaitan Jaminan Diri

Page 20: Jaminan (Kafalah)

Jaminan Diri1. Dalam jaminan ini, penjamin bertanggung-jawab menghadapkan orang dijamin kepada orang

yang menerima jaminan

2. Jaminan diri mungkin berbentuk jaminan kepada individu yang berhutang / jaminan kepada individu yang dijatuhkan hukuman

• Bagi jaminan terhadap individu yang berhutang :• Ia dibenarkan sepenuhnya jika jaminan yang diberikan adalah untuk membawa orang yang

berhutang menghadap, tidak kira sama ada penjamin mengetahui jumlah hutang atau tidak

• Penjamin tidak dituntut untuk membayar hutang tersebut kerana dia menjamin individu, dan bukan hutang

Page 21: Jaminan (Kafalah)

Jaminan Diri

2. Jaminan diri mungkin berbentuk jaminan kepada individu yang berhutang / jaminan kepada individu yang dijatuhkan hukuman

• Bagi jaminan terhadap individu yang dijatuhkan hukuman:i. Jika hukuman tersebut adalah hak manusia seperti Qisos/Tuduhan Zina, jaminan ini dibenarkan kerana ia adalah

jaminan untuk hak yang sah

ii. Jika hukuman tersebut adalah hak Allah (seperti hukuman minum arak / mencuri / Berzina, jaminan ini TIDAK SAH

• Ini kerana hukuman hudud adalah berlandaskan konsep mengelak dan menggugurkan

• Oleh kerana ia adalah hak Allah, kita dituntut untuk menutup kesalahan ini, mengelakkan, serta menghalang segala perkara yang boleh membawa kepada hukuman ini

• Dengan menjamin hukuman ini, ia seolah-olah menghebohkan serta membesar-besarkannya

• Oleh itu, jaminan bagi hukuman seperti ini adalah TIDAK DIBENARKAN

Page 22: Jaminan (Kafalah)

Jaminan Diri3. Hukum-hakam lain berkaitan jaminan diri adalah seperti berikut:

i. Tempoh dan masa penyerahan orang yang dijamin

• Jika penjamin disyaratkan supaya membawa orang yang dijamin pada waktu tertentu, dia perlu membawanya pada masa yang ditetapkan.

• Hanya setelah membawa orang yang dijamin barulah tanggung-jawabnya terlaksana

• Jika penjamin gagal membawa orang yang dijamin, dia akan ditahan oleh hakim atas alasan enggan menunaikan tanggung-jawabnya

• Jika orang yang dijamin didapati hilang dan penjamin tidak mengetahui di mana dia berada..• Penjamin tidak diwajibkan membawanya kerana tanggung-jawab ini adalah luar

kemampuannya• Pengakuan penjamin yang mendakwa tidak mengetahui kedudukan orang yang dijamin dalam

hal ini akan diterima.

Page 23: Jaminan (Kafalah)

Jaminan Diri3. Hukum-hakam lain berkaitan jaminan diri adalah seperti berikut:

i. Tempoh dan masa penyerahan orang yang dijamin

Jika penjamin mengetahui kedudukan orang yang dijamin, dia bertanggung-jawab membawanya jika diyakini keselamatan dirinya dalam perjalan adalah terjamin.

• Dia diberikan tempoh masa pergi dan balik mengikut jarak perjalanan yang biasanya ditempuhi

• Jika (tempoh yang diberikan telah berlalu), dan penjamin masih gagal membawa orang yang dijamin, dia akan ditahan sehingga dia menjelaskan hutang orang yang dijamin

• Penjamin akan ditahan sehingga dirasakan orang yang hilang tadi tidak mungkin dapat dihadapkan lagi, kerana telah mati/ tidak tahu akan kedudukannya / berada di tempat yang dijaga dan dihalang daripada ditemui

Page 24: Jaminan (Kafalah)

Jaminan Diri3. Hukum-hakam lain berkaitan jaminan diri adalah seperti berikut:

i. Tempoh dan masa penyerahan orang yang dijamin

• Sekiranya penjamin melunaskan hutang tersebut, supaya dia tidak ditahan, dan kemudian orang yang menghilangkan diri tadi muncul..

• ..penjamin berhak menuntut semula bayaran yang telah dibuat jika ia masih ada ataupun gantinya jika ia telah digunakan.

• Ini kerana bayaran tersebut tidak dibuat secara sukarela

Dari segi tempat pula..• Jika penjamin telah menetapkan suatu tempat untuk menyerahkan orang yang dijamin..

• Tempat tersebut diterima jika ia sesuai untuk proses penyerahan• Jika tempat yang ditetapkan, tidak sesuai / memerlukan kos tertentu, ia akan dibawa ke tempat terdekat dengan

tempat yang dijanjikan• TETAPI..haruslah mendapat keizinan orang yang dijamin terlebih dahulu..• Jika dia tidak mengizinkannya, jaminan tersebut TERBATAL (jika tindakan tersebut diteruskan)

Page 25: Jaminan (Kafalah)

Jaminan DiriDari segi tempat pula..• Jika penjamin telah menetapkan suatu tempat untuk menyerahkan orang yang dijamin..

• Jika tiada tempat tertentu yang ditetapkan untuk penyerahan, tempat di mana jaminan dipersetujui dan digunakan

• Ini dengan syarat, tempat tersebut adalah sesuai• Jika tidak, penyerahan akan dilakukan di tempat yang terdekat dengan tempat jaminan tersebut.

ii. Penjamin tidak lagi bertanggung-jawab setelah menyerahkan orang yang dijamin di tempat yang ditetapkani. Walaubagaimanapun, perlu dipastikan tidak wujud sebarang halangan yang boleh menyebabkan pihak

yang menerima jaminan tidak mendapat hak yang sepatutnya

ii. Jika penjamin menyerahkan orang yang dijamin di tempat yang dipersetujui, tetapi terdapat halangan bagi penerima jaminan daripada mendapat haknya..i. Contohnya : Terdapat pihak lain yang menghalang proses ini..ii. Dalam hal ini, tanggung-jawab penjamin belum selesai kerana tujuan penyerahan belum tercapai

Page 26: Jaminan (Kafalah)

Jaminan DiriDari segi tempat pula..

ii. Penjamin tidak lagi bertanggung-jawab setelah menyerahkan orang yang dijamin di tempat yang ditetapkan

iii. Jika penjamin menyerahkan orang yang dijamin BUKAN di tempat yang dipersetujui, dan orang yang menerima jaminan pula tidak bersetuju untuk menerimanya..

• Dia tidak boleh dipaksa untuk menerimanya jika ada sebab yang munasabah

• Contohnya: Terdapat bukti / seseorang yang boleh membantu penerima jaminan memperolehi haknya di tempat penyerahan yang dipersetujui

• Jika tiada sebab yang munasabah, pemerintah akan memaksa orang yang menerima jaminan menerimanya

• Jika dia masih engkar, orang lain boleh menerimanya bagi pihaknya• Jika pemerintah tidak dapat dihubungi, penjamin hendaklah melantik seorang saksi yang

boleh mengesahkan penyerahan yang dilakukan dan seterusnya melepaskan segala tanggung-jawab

Page 27: Jaminan (Kafalah)

Jaminan DiriDari segi tempat pula..

ii. Penjamin tidak lagi bertanggung-jawab setelah menyerahkan orang yang dijamin di tempat yang ditetapkan

• Penjamin juga telah dianggap tidak lagi bertanggung-jawab apabila orang yang dijamin dengan sendirinya menyerahkan diri

• Proses penyerahan ini tidak cukup sekadar orang yang dijamin berada di situ, tetapi dia perlu menyatakan : “Saya serahkan diri saya bagi pihak penjamin saya”

iii. Penjamin juga dianggap tidak lagi bertanggung-jawab apabila orang yang dijamin telah pun meninggal dunia dan dikebumikan.

• Atau menghilangkan diri tanpa diketahui kedudukannya• Penjamin tidak dituntut menanggung perkara yang ditanggung orang yang dijamin kerana

tanggung-jawabnya hanyalah mengemukakan orang yang dijamin

Page 28: Jaminan (Kafalah)

Jaminan DiriDari segi tempat pula..

iv. Dalam kontrak jaminan diri, jika terdapat syarat yang mengatakan jika penjamin gagal mengemukakan orang yang dijamin, penjamin bertanggung-jawab terhadap hak yang perlu ditunaikan (oleh orang yang dijamin)

• Jaminan tersebut TIDAK SAH• Dalam kanungan kontrak jaminan diri, penjamin tidak perlu menanggung tuntutan harta kerana ia

bukan kontrak jaminan terhadap harta

v. Penjamin tidak bertanggung-jawab mengemukakan orang yang dijamin, jika pihak yang menerima jaminan MENGGUGURKAN tanggung-jawab tersebut

• Ini kerana tanggung-jawab yang perlu dilaksanakan oleh penjamin adalan demi kepentingan pihak yang menerima jaminan

• Apabila pihak yang menerima jaminan sendiri menggugurkan haknya, penjamin tidak lagi bertanggung-jawab

Page 29: Jaminan (Kafalah)

Jaminan DiriDari segi tempat pula..

v. (Menurut pendapat paling sahih) Persetujuan orang yang dijamin dalam jaminan diri diperlukan..

• Kerana dalam kontrak ini, penjamin tidak perlu membayar sebarang ganti rugi jika gagal melakukan tanggung-jawabnya.

• Oleh itu, tujuan jaminan ini hanyalah untutk mengemukakan orang yang dijamin

• Persetujuan pihak yang menerima jaminan tidak diperlukan kerana jaminan ini merupakan cagaran untuknya