induksi

12
MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH INDUKSI PEKERJA Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah: Menguruskan Induksi bagi Pekerja Baru Menyiapkan Buku Panduan Pekerja Mengendalikan Temuduga Berhenti Kerja Setelah menghabiskan banyak wang ringgit, masa dan tenaga untuk mengambil dan memilih pekerja, anda tentu sekali tidak mahu kehilangan seorang pekerja baru dalam satu atau dua minggu. Ruang ini akan menerangkan bagaimana untuk aturkan program induksi bagi pekerja baru. Untuk mengekalkan mereka bekerja anda perlu sambut dengan baik kemasukan mereka ke dalam organisasi dan juga perlu kreatif mencari jalan supaya mereka puas hati dan bangga bekerja dengan syarikat anda. Taktik-taktik yang boleh diguna untuk mengekalkan mereka yang berbakat akan dibincang dalam Ruang kemudian. Akhir sekali, kita akan lihat temuduga berhenti kerja yang boleh memberikan maklumat mengenai masalah dalam organisasi yang menyebabkan pekerja berhenti. MENGURUSKAN INDUKSI BAGI PEKERJA BARU Ramai orang menganggap bahawa program induksi ialah program pengenalan bagi sekumpulan pekerja baru. Program induksi mesti disediakan juga kepada individu-individu yang masuk ke dalam organisasi untuk kali pertama. Tidak ada keuntungan jika anda menunggu sekumpulan besar pekerja Maimunah Aminuddin merupakan seorang pensyarah, penulis terkenal dan perunding di bidang pengurusan sumber manusia. Tajuk buku beliau termasuk: Human Resource Management (2 nd ed, 2011, Oxford University Press) Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill) Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)

Upload: thiyagu

Post on 22-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

induksi

TRANSCRIPT

Page 1: induksi

MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH INDUKSI PEKERJA

Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah:

Menguruskan Induksi bagi Pekerja Baru

Menyiapkan Buku Panduan Pekerja

Mengendalikan Temuduga Berhenti Kerja

Setelah menghabiskan banyak wang ringgit, masa dan tenaga untuk mengambil dan memilih

pekerja, anda tentu sekali tidak mahu kehilangan seorang pekerja baru dalam satu atau dua minggu.

Ruang ini akan menerangkan bagaimana untuk aturkan program induksi bagi pekerja baru. Untuk

mengekalkan mereka bekerja anda perlu sambut dengan baik kemasukan mereka ke dalam

organisasi dan juga perlu kreatif mencari jalan supaya mereka puas hati dan bangga bekerja dengan

syarikat anda. Taktik-taktik yang boleh diguna untuk mengekalkan mereka yang berbakat akan

dibincang dalam Ruang kemudian. Akhir sekali, kita akan lihat temuduga berhenti kerja yang boleh

memberikan maklumat mengenai masalah dalam organisasi yang menyebabkan pekerja berhenti.

MENGURUSKAN INDUKSI BAGI PEKERJA BARU

Ramai orang menganggap bahawa program induksi ialah program pengenalan bagi sekumpulan

pekerja baru. Program induksi mesti disediakan juga kepada individu-individu yang masuk ke dalam

organisasi untuk kali pertama. Tidak ada keuntungan jika anda menunggu sekumpulan besar pekerja

Maimunah Aminuddin merupakan

seorang pensyarah, penulis terkenal dan

perunding di bidang pengurusan sumber

manusia. Tajuk buku beliau termasuk:

Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press)

Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill)

Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)

Page 2: induksi

baru sebelum mengurus satu program induksi. Walau pun dalam setahun anda mengambil bilangan

pekerja yang kecil, anda tetap perlu adakan program menyambut kedatangan mereka.

HARI PERTAMA BEKERJA

INDUKSI JUGA DIKENALI SEBAGAI ORIENTASI ATAU ON-BOARDING

Anda perlu rancang dan aturkan hari pertama bagi setiap pekerja baru. Ada banyak kes di mana

pekerja lapor diri pada hari pertama tetapi tidak datang pada hari keduanya. Apabila ini berlaku,

syarikat anda terpaksa ulang semua proses pengambilan dan pemilihan yang akan menaikkan kos.

Sebagai pelan kontingensi, sekiranya pemohon yang dipilih tidak datang lapor diri atau berhenti

dalam masa beberapa hari selepas melapor diri, anda mesti pilih calon yang kedua terbaik semasa

proses pemilihan. Mungkin beliau masih ingin terima jawatan berkenaan.

Pada hari pertama di tempat kerja seorang pekerja boleh rasa tertekan, walau pun beliau

berpengalaman. Bagi mereka yang baru berhenti sekolah atau kolej, ia pasti menjadi satu cabaran.

Semasa merancang untuk hari pertama bekerja, jangan lupa perkara berikut:

1. Pekerja baru biasanya berperasaan berbagai-bagai emosi pada hari pertama, termasuk

kegembiraan dan kebimbangan.

2. Pekerja baru tidak sepatutnya terlalu dibebankan dengan maklumat pada hari pertama.

Tidak mungkin semua maklumat baru itu boleh masuk ke dalam kepala mereka.

3. Pada hari pertama, pekerja baru patut disambut baik dan rasa dikehendaki.

Aktiviti Pada Hari Pertama

Penyimpanan Rekod

Apabila pekerja baru lapor diri, satu fail peribadi perlu dibuka. Untuk ini, anda perlukan satu borang

standard untuk diisi dan senarai semak dokumen-dokumen yang patut dimasukkan ke dalam fail.

Borang rekod peribadi mengandungi maklumat seperti berikut:

1. Gambar pekerja, sekiranya ia tidak dilekatkan dalam borang permohonan jawatan.

2. Alamat surat menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel pekerja.

3. Maklumat peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon

isteri atau suami, nama anak dan tarikh lahir mereka.

4. Nama dan nombor telefon orang yang boleh dihubungi jika ada kecemasan.

5. Nombor ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan nombor ahli Pertubuhan Keselamatan

Sosial.

Fail peribadi mengandungi dokumen seperti berikut:

1. Borang permohonan pekerja yang lengkap

Page 3: induksi

2. Resume, jika ada

3. Salinan kelayakan pendidikan atau profesional pekerja termasuk sijil menunjukkan latihan

yang beliau telah ikuti.

4. Surat perlantikan yang ditandatangani terima oleh pekerja.

5. Laporan perubatan, jika ada.

Dari masa kesemasa, beberapa dokumen akan ditambah ke dalam fail peribadi, termasuk:

1. Laporan daripada beberapa pengadil diperolehi dalam tempoh percubaan.

2. Senarai semak menunjukkan perkara yang dibuat dalam program induksi

3. Surat pengesahan perkhidmatan

4. Borang permohonan insurans, jika insurans berkelompok di beli

5. Senarai peraturan syarikat, dengan resit membuktikan bahawa pekerja telah terima

salinannya

6. Huraian kerja

7. Kebenaran potongan gaji

8. Borang permohonan cuti

9. Program latihan yang diikuti termasuk latihan keselamatan

10. Kelayakan tambahan yang diperolehi pekerja

11. Sijil kesihatan

12. Aduan tidak puas hati dan aduan lain yang telah difailkan oleh pekerja

13. Amaran disiplin dan rekod sesi kaunseling

14. Rekod mana-mana tuduhan terhadap pekerja dan laporan penyiasatan

15. Laporan perubatan mengenai penggunaan bahan menyalahi undang-undang (dadah)

16. Rekod penilaian prestasi

17. Rekod program membaiki prestasi

18. Rekod kemalangan/kecederaan

19. Surat mengesahkan kenaikan gaji

20. Surat mengesahkan kenaikan pangkat

21. Surat pertukaran

22. Surat menunjukkan amaun imbuhan yang dibayar

23. Laporan temuduga berhenti kerja

24. Surat perletakan jawatan

Seperti yang kita boleh perhatikan di atas, saiz fail kertas akan cepat bertambah. Oleh itu, jika boleh,

dokumen-dokumen tersebut diimbas dan disimpan dalam sistem rekod berkomputer.

Jangan benarkan sesiapa menulis di garisan tepi atau di atas mana-mana bahagian dokumen yang

disimpan dalam fail peribadi pekerja. Anda tidak tahu, kemungkinan dokumen tersebut diperlukan

sebagai bahan bukti dalam mahkamah. Catitan yang ditulis dengan tangan di atas dokumen itu

mungkin akan memalukan majikan.

Fail peribadi pekerja adalah harta majikan. Membenarkan pekerja melihat fail peribadi mereka, jika

mereka memohon adalah perkara biasa. Mereka boleh membaca fail, tetapi tidak sepatutnya

dibenarkan membuat apa-apa salinan. Maklumat di dalam fail peribadi adalah sulit. Tidak ada siapa

Page 4: induksi

yang boleh melihat fail tersebut, melainkan staf sumber manusia dan pekerja berkenaan. Di dalam

sistem berkomputer, pastikan ada kawalan melalui katakunci bersesuaian.

Perhatikan bahawa semua maklumat mengenai pekerja adalah sulit. Oleh itu, anda mesti elakkan

salinan dokumen yang ada dalam fail diberi kepada agensi luar, seperti pihak bank. Sekirannya

seorang pekerja sedang bermohon pinjaman bank, beliau mungkin perlukan pengesahan mengenai

tempoh perkhidmatan dan gaji semasa beliau. Surat pengesahan ini boleh dikeluarkan untuk beliau.

Jangan terpengaruh dengan desakan untuk membesar-besarkan pendapatan beliau supaya layak

untuk mendapat pinjaman bank yang lebih tinggi. Amalan ini boleh memberi masalah pada masa

hadapan.

Rekod penggajian boleh disimpan dalam fail peribadi pekerja atau dalam satu set fail berasingan.

Sekiranya ada fail berasingan semua dokumen berkaitan dengan gaji, elaun dan imbuhan akan

disimpan dalam fail tersebut.

Akta Pekerjaan 1955 memerlukan anda menyimpan maklumat di atas untuk diperiksa oleh Jabatan

Tenaga Kerja. Perkara mematuhi undang-undang akan dibincang dalam Ruang bertajuk

PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN. Fail-fail mengenai rekod peribadi patut disimpan

selama 6 tahun sekurang-kurangnya selepas pekerja meninggalkan organisasi.

Pendaftaran dengan KWSP dan PERKESO

Pekerja baru yang belum mendaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mesti isi borang tertentu dan pergi ke pejabat KWSP dan

PERKESO yang terdekat untuk menghantar borang mereka.

Penyediaan dan Pengagihan Harta Syarikat

Bergantung kepada sistem dalam organisasi dan ciri-ciri tugas pekerja, anda mungin perlu keluarkan

dan beri kepada pekerja baru kad akses pintu, kad pengenalan syarikat, kelengkapan pelindung diri,

pakaian seragam, telefon dan lain-lain.

Menerangkan Peraturan Syarikat

Anda patut ada peraturan bertulis yang relevan untuk pekerja anda. Mereka mesti diberi satu

salinan peraturan ini, seperti yang akan diterangkan selepas ini, dan anda perlu adakan

perbincangan bersemuka dengan setiap pekerja baru untuk mempastikan mereka faham peraturan

tersebut. Aktiviti ini adalah penting sekiranya pekerja baru itu baru tamat sekolah atau kolej.

Tidak semua organisasi mempunyai peraturan yang sama. Sekiranya organisasi anda belum siapkan

satu set peraturan, maka beri keutamaan untuk tugas ini. Anda tidak perlu bermula daripada mula

apabila merangka peraturan untuk organisasi. Gunakan Internet dan syarikat lain untuk

mendapatkan contoh peraturan. Tetapi anda mesti periksa setiap peraturan dan tanya:

1. Adakah peraturan ini releven dengan perniagaan syarikat anda?

2. Adakah peraturan ini biasa di Malaysia (tanya pakar sumber manusia)?

Cuba seberapa boleh kurangkan bilangan peraturan. Pastikan perkataan dan ayat peraturan

difahami oleh semua pekerja.

Page 5: induksi

Pekerja perlu tahu apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang mereka tidak boleh lakukan. Jangan

menganggap setiap pekerja faham kelakuan yang mana boleh diterima.

Anda masih boleh ambil tindakan disiplin ke atas pekerja yang telah melakukan kesalahan walaupun

tanpa peraturan bertulis, tetapi mempastikan semua pekerja tahu peraturan adalah amalan yang

baik. Sekiranya anda tidak bekalkan satu salinan peraturan kepada pekerja, anda akan sukar

membuktikan kepada pihak mahkamah bahawa anda telah memaklumkan kepada semua pekerja

mengenai peraturan tersebut.

Menandatangani Dokumen Kerja

Beberapa dokumen mungkin perlu diberikan kepada pekerja pada hari pertama ia bekerja.

Kandungan dokumen mesti diterangkan kepada beliau. Selepas taklimat tersebut beliau diperlukan

menandatangani salinan dokumen tersebut untuk disimpan dalam fail rekod peribadi beliau.

Contoh dokumen khas termasuk:

1. Peraturan syarikat

2. Polisi dan peraturan keselamatan

3. Polisi mengenai sulit, jika releven

4. Polisi penggunaan Internet, jika releven

5. Polisi gangguan seksual

6. Buku panduan pekerja, jika ada

7. Senarai harta syarikat yang akan dibekalkan kepada pekerja dan mesti dipulangkan apabila

pekerja berhenti, termasuk kelengkapan keselamatan dan pelindung diri, telefon bimbit, kad

akses pintu, kad pengenalan syarikat, dan lain-lain.

Tandatangan pekerja di atas dokumen berkaitan dengan polisi dan peraturan patut disatukan

dengan kenyataan seperti: “Saya telah terima satu salinan peraturan; saya faham maksudnya, dan

saya setuju untuk mematuhinya dengan sebaik mungkin”.

Dokumen khas mesti ditandatangani oleh pekerja dan tarikhnya dicatit.

Keperluan Daftar Gaji

Dapatkan maklumat penting daripada pekerja baru untuk tujuan pembayaran gaji. Biasanya, ini

memerlukan pekerja memberitahu anda mengenai nombor akaun bank beliau, supaya gaji boleh

dimasukkan terus kedalam akaun beliau. Sekiranya pekerja tersebut tidak ada akaun bank, beliau

boleh dibantu untuk membukanya.

Melawat Premis

Dalam ruang PEMILIHAN, dicadangkan supaya diadakan previu tugas dan tempat kerja sebenar.

Walaupun ia telah dilakukan, melawat tempat kerja sekali lagi pada hari pertama kerja adalah

berguna. Tugas ini boleh dikendalikan oleh seorang pegawai sumber manusia atau diserahkan

Page 6: induksi

kepada seorang pekerja kanan. Sediakan senarai tempat di mana pekerja baru mesti dibawa dan

lihat, iaitu termasuk:

Pengenalan

Jangan cuba kenalkan pekerja baru kepada semua staf dalam organisasi pada hari pertama. Sediakan

senarai semak. Pada hari pertama, beliau mesti dikenalkan kepada penyelia beliau dan bos penyelia.

Beliau mesti juga dikenalkan kepada seorang rakan kerja yang akan membimbing beliau selama satu

atau dua minggu. Beliau boleh dikenalkan kepada ketua eksekutif pada kemudian hari.

Melantik Seorang Rakan (Buddy) atau Abang/Kakak

Pekerja boleh rasa tidak selesa untuk beberapa hari selepas melapor diri, walau pun dalam

organisasi kecil. Oleh itu, anda mungkin boleh melantik seorang rakan, iaitu sebagai abang/kakak

kepada pekerja baru itu. Terangkan kepada rakan tersebut apakah tugas yang harap dijalankan

untuk pekerja baru dan berapa lama mereka diharapkan menjadi rakan perkerja baru itu.

Upacara Selamat Datang

Cuba adakan aktiviti khas supaya pekerja baru merasai diri beliau di terima baik ke dalam organisasi.

Mungkin anda boleh aturkan satu jamuan teh bersama penyelia dan teman sekerja beliau.

Bagaimana dengan meletakkan tanda “Selamat Datang ke Syarikat” di stesyen kerja beliau?

Kandungan Program Induksi

Anda patut pilih yang mana di antara topik-topik berikut akan dimasukkan ke dalam program

induksi. Ada beberapa topik bergantung kepada tahap perkerja baru itu. Pengurus-pengurus

mungkin perlukan taklimat berbeza berbanding dengan staf bukan eksekutif.

1. Pengenalan kepada rakan sekerja dan pengurusan

Lawatan induksi

•Tempat kerja pekerja baru

•Kawasan rehat

Lawtan induksi

•Bilik air

•Bilik solat (surau)

Lawatan induksi

•Tempat simpanan barang peribadi pekerja

•Pintu keluar termasuk jalan keluar semasa kecemasan

Page 7: induksi

2. Lawatan premis

3. Penerangan mengenai penjagaan masa, jawapan kepada permintaan untuk kerja lebih masa,

permohonan cuti dan keperluan pentadbiran lain

4. Sejarah dan perancangan masa depan organisasi

5. Wawasan dan misi pengurusan atasan

6. Peraturan dan prosedur keselamatan

7. Kod pakaian, jika ada

8. Taklimat mengenai produk/perkhidmatan organisasi

Anda perlu putuskan:

Siapa yang akan membentang atau mengurus topik-topik di atas

Bagaimana topik-topik tersebut akan dibentangkan

Sekiranya anda ada sekumpulan pekerja mengikuti program induksi bersama, satu atau dua

pembentangan yang formal boleh diterima, tetapi perlu pendek dan menarik. Anda tidak mahu

pekerja baru anda dibosankan dengan ceramah yang panjang semasa program induksi. Sebagai

panduan, masa pembentangan biasanya tidak lebih daripada 20 minit.

Beberapa topik lebih baik disampaikan oleh staf sumber manusia, dan yang lain, mungkin oleh ketua

jabatan atau pakar kerja. Misalnya, sekiranya organisasi anda ada seorang pegawai keselamatan,

beliau ialah orang yang terbaik menyampaikan topik mengenai peraturan keselamatan syarikat,

menunjukkan bagaimana menggunakan kelengkapan pelindung diri dan terangkan peraturan

mengosongkan premis semasa kecemasan.

Beberapa topik boleh dimasukkan dalam buku panduan untuk rujukan pekerja pada masa depan.

Selain daripada ceramah, bahan edaran bertulis juga adalah berguna kepada pekerja baru. Ini

termasuk peraturan, polisi dan prosedur organisasi, di mana semuanya mungkin terkandung dalam

buku panduan pekerja; peraturan dan prosedur keselamatan dan juga senarai nama dan biodata

ringkas pengurusan atasan serta gambar setiap pengurus.

Pengenalan Kepada Kerja

Topik terakhir dimasukkan dalam program induksi ialah pengenalan kepada kerja. Bahagian ini

biasanya dikendalikan oleh pekerja yang kanan sedikit kepada pekerja tersebut. Ia boleh dijadikan

sebagai program latihan yang tidak formal atau boleh dilakukan sebelum pekerja tersebut dihantar

mengikuti program latihan yang formal.

Sesi Maklumbalas

Satu atau dua sesi boleh dijadualkan setelah pekerja mula bekerja untuk mengetahui sama ada

beliau ada pertanyaan lagi atau masalah yang perlu diatasi. Jangan menganggap beliau akan sukarela

membangkitkan soalan atau masalah kepada anda atau penyelia beliau. Pada ketika itu, beliau

mungkin belum percaya dengan pihak pengurusan atau pihak jabatan sumber manusia.

Mendapatkan kepercayaan pekerja mengambil masa.

Page 8: induksi

Bawa pekerja jauh sedikit daripada stesyen kerjanya supaya perbualan anda dengan beliau tidak

didengar oleh penyelia beliau, dan di mana beliau merasa lebih selesa memberitahu anda mengenai

masalah yang beliau hadapi.

Induksi untuk Pekerja Asing

Program induksi untuk pekerja asing adalah satu aspek penting untuk mempastikan bahawa mereka

menjadi produktif sebaik sahaja diambil kerja. Mungkin mereka telah diberi taklimat mengenai

Malaysia sebelum mereka berlepas dari negara asal mereka. Tetapi anda masih perlu adakan satu

program formal untuk mereka. Kandungan program induksi untuk mereka mungkin berbeza

daripada program untuk pekerja tempatan. Seorang penterjemah mungkin diperlukan supaya

mereka faham semua maklumat yang disampaikan dalam program.

Topik yang akan Dimasukkan

Selain daripada topik-topik tersenarai di atas, iaitu yang diperlukan untuk semua pekerja, ada

beberapa topik yang relevan kepada pekerja asing sahaja. Ia termasuk:

1. Peraturan berkaitan dengan asrama pekerja, jika penginapan disediakan

2. Adat resmi membeli-belah termasuk pasar malam

3. Nombor telefon kecemasan sekiranya pekerja menghadapi masalah selepas kerja

PENYEDIAAN BUKU PANDUAN PEKERJA

Buku panduan pekerja ialah rujukan yang berguna dan banyak menjimatkan masa sumber manusia.

Sungguhpun pada mulanya anda perlu berusaha lebih untuk

menyiapkan buku panduan pekerja tetapi ia akan

menguntungkan anda untuk jangka panjang. Buku tersebut

boleh menjawab soalan-soalan pekerja tanpa perlu keterangan

daripada staf sumber manusia.

Buku panduan biasanya mengandungi perkara-perkara seperti:

1. Pernyataan pengenalan oleh ketua eksekutif

2. Terma dan syarat perhidmatan pekerja

3. Prosedur yang boleh diikuti oleh pekerja apabila

memohon faedah

4. Peraturan syarikat, termasuk peraturan keselamatan

5. Polisi syarikat

Pekerja mesti faham dengan polisi dan prosedur syarikat. Buku

panduan membantu mencapai objektif ini. Polisi hitam putih

ialah garis panduan kepada semua pekerja dalam organisasi

supaya kelakuan yang tidak baik dapat dikurangkan. Prosedur

adalah penting supaya pekerja tahu apa yang diharapkan

daripada mereka dan bagaimana mereka boleh mendapat

manfaat daripada beberapa faedah yang diberi oleh

“Sebelum merangka draf buku

panduan, penulisnya perlu

membuat keputusan:

Kandungan apa yang patut

dimasukkan

Bahasa apa yang patut

diguna

Siapakah yang akan rujuk

kepadanya

Sama ada disediakan

dalam talian atau versi

bercetak”.

Human Resource Management:

Principles and Practices, by

Maimunah Aminuddin, 2nd ed, Oxford

University Press

Page 9: induksi

organisasi.

Timbangkan penyediaan dan kemasukkan ke dalam buku panduan polisi mengenai:

1. Kerahsiaan maklumat syarikat

2. Gangguan seksual

3. Toleransi sifar terhadap penganiayaan (bullying) dan keganasan di tempat kerja

4. Kegunaan kenderaan syarikat

5. Kegunaan komputer syarikat, Internet dan telefon

6. Keadaan konflik kepentingan

7. Polisi keselamatan

8. Program membiayai pengajian pekerja

Sediakan prosedur untuk:

1. Permohonan cuti

2. Permohonan faedah lain, contohnya pendahuluan gaji

3. Memberitahu organisasi bahawa pekerja bercuti sakit dan penyerahan sijil perubatan (MC)

4. Mengambil tindakan disiplin ke atas salahlaku serius dan tidak serius

5. Keselamatan dan kesihatan

6. Permohonan menghadiri program latihan

7. Permohonan mendapatkan pembiayaan syarikat untuk program pengajian pekerja

8. Membuat aduan mengenai gangguan seksual dan perkara lain

9. Melapor kemalangan dan kecederaan

10. Membuat tuntutan kerja lebih masa dan pembayaran balik wang yang telah dibelanjakan

Apabila merangka draf prosedur, fikirkan:

1. Siapa akan menjalankan tugas apa?

2. Ada tarikh akhir?

3. Ada borang untuk diisi? Dari mana borang tersebut boleh diperolehi? Adakah borang

tersebut dalam talian atau berbentuk kertas? Kepada siapa borang tersebut patut dihantar?

Sebaik sahaja polisi dan prosedur telah dirangka, ia mesti dilaksanakan dengan adil. Pengecualian

hanya boleh dibenarkan dalam situasi luar biasa dan dengan sebab yang munasabah, dan perlu

direkodkan.

Buku panduan tidak perlu dicetak. Anda boleh siapkan versi elektronik yang mudah dikemaskini.

Sekiranya sebahagian pekerja anda tidak selalu menggunakan komputer di tempat kerja, anda patut

benarkan mereka untuk mengakses e-buku panduan melalui komputer tertentu semasa rehat

mereka atau selepas waktu kerja.

Pastikan buku panduan tersebut selalu dikemaskini.

Sekiranya pekerja syarikat diwakili oleh kesatuan sekerja dan perjanjian bersama telah

ditandatangani antara syarikat dan kesatuan, buku panduan tidak perlu kerana kebanyakan

kandungannya akan termasuk dalam perjanjian tersebut.

Page 10: induksi

Polisi dan prosedur boleh diubah oleh majikan pada bila-bila masa, tanpa memerlukan persetujuan

pekerja. Masukkan pernyataan mengenai hak majikan ini dalam buku panduan.

MENGENDALIKAN TEMUDUGA BERHENTI KERJA

Walaupun setelah anda berusaha untuk mendapatkan pekerja yang berkebolehan bekerja dengan

baik dan sesuai dengan budaya organisasi anda, mereka masih juga letak jawatan. Walaupun setelah

anda adakan induksi dan cuba membuat mereka rasa diterima, mereka tetap juga berhenti kerja.

Bila mereka berhenti, anda perlu hendak tahu sebabnya. Untuk mengetahui kenapa pekerja

meninggalkan organisasi anda, anda patut kendalikan temuduga berhenti kerja.

Temuduga berhenti kerja boleh diadakan:

1. Pada hari terakhir mereka bekerja, atau

2. Beberapa hari selepas mereka tinggalkan pekerjaan mereka

Mengadakan temuduga dengan seorang pekerja yang telah letak jawatan pada hari terakhir beliau

bekerja mungkin senang, tetapi jawapan beliau kepada soalan anda mungkin kurang benar. Mungkin

beliau tidak mahu memberitahu sesuatu yang negatif mengenai sesiapa atau mana-mana sistem

dalam organisasi. Anda perlu pujuk beliau dan terangkan bahawa maklumat yang diberi akan

digunakan untuk membaiki pengurusan sumber manusia di organisasi.

Sebagai alternatif, anda boleh cuba telefon pekerja berkenaan seminggu atau dua minggu selepas

beliau berhenti. Pada masa itu, beliau mungkin merasa lebih selesa menjawab soalan anda.

Apakah soalan yang hendak ditanya? Jangan sediakan terlalu banyak soalan. Soalan boleh ditanya

secara lisan dan penemuduga akan rekod jawapannya atau anda boleh tulis soalannya dalam borang

soal selidik. Berikut adalah contoh soalan yang boleh ditanya.

1. Mengapa anda berhenti?

2. Apakah yang anda suka sekali mengenai kerja di sini?

3. Adakah anda mempunyai masalah dengan kerja anda?

4. Adakah anda mempunyai masalah dengan penyelia/pengurus anda?

5. Adakah anda mempunyai masalah dengan rakan sekerja anda?

6. Adakah apa-apa perkara yang anda ingin ubah dalam organisasi jika anda boleh?

7. Mahukah anda kembali kerja di sini jika ada peluang?

8. Sanggupkah anda syorkan kawan anda bekerja di sini?

9. Bolehkah anda beri komen mengenai bagaimana syarikat ini diurus?

Kebanyakan soalan di atas perlukan jawapan “Ya” atau “Tidak”. Sediakan sedikit ruang, sekiranya

anda telah siapkan soal selidik bertulis untuk pekerja tersebut, supaya beliau boleh tambahkan

beberapa komen, jika beliau mahu. Jangan harapkan jawapan yang panjang dan terperinci daripada

pekerja tersebut.

Page 11: induksi

Maklumat yang diberi dalam temuduga berhenti kerja patut dikupas dengan teliti. Perhatikan sama

ada pekerja-pekerja yang berhenti semua menunjukkan kelemahan yang sama dalam organisasi. Jika

ini keadaannya, beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan tersebut.

SENARAI SEMAK UNTUK

INDUKSI

Sudahkah anda bersedia untuk

hari pertama kerja bagi setiap

rekrut baru?

Sudahkah anda siapkan bahan

untuk diedarkan kepada rekrut

baru?

Sudahkah anda putuskan siapa

yang akan terlibat dalam program

induksi?

Adakah anda akan adakan

temuduga berhenti kerja dengan

pekerja yang letak jawatan?

BORANG & DOKUMEN YANG

DIPERLUKAN:

Senarai semak induksi

Buku panduan pekerja

Bahan edaran induksi

Soal selidik temuduga

berhenti kerja

Page 12: induksi

PERSEKITARAN PERUNDANGAN DALAM PEKERJAAN

LATIHAN

GAJI DAN FAEDAH