ijaz mukjizat tawatur

24
1. Lampiran Soalan Tugasan SOALAN TUGASAN Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., seterusnya dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat pahala jika membacanya. Al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh penduduk dunia. Selain dari itu Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w. 1. Jelaskan maksud ‘mukjizat’ dan ‘tawatur’ berdasarkan aspek-aspek berikut: (a) Definisi dan Pengertian (b) Peranan atau Kepentingan (10 markah) 2. Huraikan maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-Quran yang diturunkan. (8 markah)

Upload: mis-radziyah

Post on 28-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ijaz al quran

TRANSCRIPT

1. Lampiran Soalan Tugasan

SOALAN TUGASAN

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.,

seterusnya dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat

pahala jika membacanya. Al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh

penduduk dunia. Selain dari itu Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w.

1. Jelaskan maksud mukjizat dan tawatur berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) Definisi dan Pengertian

(b) Peranan atau Kepentingan

(10 markah)

2. Huraikan maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-Quran

yang diturunkan.

(8 markah)

3. Bincangkan keseluruhan ayat al-Quran yang mengandungi Asbab Nuzul yang terdapat

dalam salah satu surah daripada surah-surah berikut:

(a) al-Anam

(b) al-Araf

(c) al-Anfal

(12 markah)

(12 markah)

[Jumlah: 30 markah]

Pengenalan Penulisan Tugasan

Sebagaimana yang kita maklumi , Al-Quranul Karim adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S bagi menyampaikan perintah Allah kepada manusia. Perpindahan maklumat ini dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan berurutan adalah satu bukti tentang kebenaran Al-Quran sebagai satu bacaan ibadah bagi hamba-hambaNya dan Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar dan teragong kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam usahanya menyampaikan risalah Allah kepada Ummatnya.

Bagi menyempurnakan jawapan tugasan ini, saya akan menulis mengikut kehendak soalan dan besertakan rujukan yang boleh dipercayai beserta dengan panduan-panduan yang diberikan oleh tutor kami dan buku-buku yang muktabar untuk menjadikanya satu bahan rujukan yang berguna.

Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu Ustaz Mohamad Zamri Bin Ali ,rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat dan sebagainya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga semua usaha itu akan mendapat ganjaran daripadaNya yang setimpal dan usaha yang baik akan diberkati hendaknya.

3. Penjelasan maksud mukjizat dan tawatur berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) Definisi dan Pengertian

(b) Peranan atau Kepentingan

(a) Definisi dan Pengertian Mukjizat

-Menurut Muhammad Bin Yaakob (2005) Mukjizat () berasal daripada perkataan arab ) ) dari segi bahasa ia membawa makna melemahkan atau meluputkannya . Ia berasal daripada maksud kalimah arab:

-Manakala dari segi istilah, Mukjizat menurut Ruslan Abdullah (2009) ialah perkara yang keluar dari kebiasaan manusia yang tampak pada diri seseorang yang mengaku sebagai Nabi dengan kehendak Allah SWT dan sebagai dalil akan kebenaran pengakuannya.

Sebagaimana yang kita maklumi, bagi melengkapkan takrif istilah ini, kita perlu perhatikan bahwa definisi tersebut mencakup tiga unsur berikut; Pertama, Adanya fenomena yang keluar dari kebiasaan manusia yang tidak boleh didapati dengan sebab-sebab yang wajar. Kedua bahawa perkara yang keluar dari adat kebiasaan itu timbulnya dari para nabi dengan kehendak Allah dan izin dari-Nya secara khusus. Ketiga terjadinya perkara yang keluar dari kebiasaan seperti ini dapat dijadikan dalil atas kebenaran dakwaan seorang nabi. Perkara inilah yang dinamakan mukjizat.

Dalam al-quran ,Allah menyatakan bahawa Al-Quran adalah mukjizat dan benar-benar datang dari Nya berdasarkan ayat 23 surah Al- Baqarah sebagaimana berikut:

((((( ((((((( ((( (((((( (((((( ((((((((( (((((( ((((((((( ((((((((( ((((((((( (((( (((((((((( ((((((((((( ((((((((((((( (((( ((((( (((( ((( ((((((( (((((((((( ((((

Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

Ayat Ini merupakan tentangan bagi mereka yang meragukan tentang kebenaran Al- Quran , kerana Al-quran itu tidak dapat ditiru walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa Karana ia merupakan mukjizat nabi Muhammad s.a.w. yang kekal hingga hari kiamat.

Mukjizat Nabi Muhammad terbahagi kepada dua jenis, Satu Mukjiz Hissi iaitu perkara luar biasa yang dapat dilihat dengan mata secara fizikal dan satu lagi Mukjizat Maknawi iaitu yang dapat dicapai dengan akal fikiran sahaja. Contoh-contoh mukjizat nabi muhammad yang lain ialah, Awan terbelah dua ( Hissi ), Air keluar daripada celah-celah jari baginda ( Hissi ) , Matahari terhenti apabila ditunjuk ( Hissi) , Awan memayungi baginda ( Hissi ) , Makanan yang sedikit mencukupi bagi orang yang ramai ( Hissi ), Peristiwa Israk dan Mikraj ( Maknawi ) , Kitab suci al-quran (Maknawi) dan lain-lain lagi.

Definisi dan Pengertian Tawatur

-Tawatur () adalah Masdar berasal daripada perkataan arab ( ) dari segi bahasa ia membawa makna berurutan. Manakala Menurut Alumnus Balz(2008) mutawatir menurut istilah adalah apa yang diriwayatkan oleh sejumlah banyak orang yang menurut kebiasaan mereka terhindar dari melakukan dusta mulai dari awal hingga akhir sanad, Atau hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang banyak pada setiap tingkatan sanadnya menurut akal tidak mungkin para perawi tersebut sepakat untuk berdusta dan memalsukan hadits, dan mereka bersandarkan dalam meriwayatkan pada sesuatu yang dapat diketahui dengan pancaindera seperti pendengarannya dan deria lainnya.

Dari sini fahamlah kita bahawa Al-Quran adalah kitab yang dihafaz dan di bawa oleh banyak para sahabat nabi, sehinggalah ia dibukukan pada zaman khalifah Usman R. A bagi menjaga kesuciannya daripada bercampur dengan kata-kata hikmah arab dan hadis asar iaitu kata-kata sahabat nabi.

Dari takrif ini, dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang di riwayatkan oleh sekumpulan yang ramai daripada para sahabat yang mereka semuanya adalah adil dan amanah kemudian diturunkan kepada tabiin yang ramai dan mempunyai sifat yang baik dan mulia kemudian dibukukan dan dibersihkan kalimahnya daripada sebarang keraguan bahawa ia adalah kalam Allah.

Allah Subhanahu Wataala Ada memberi jaminan tentang kesahihan al-Quran sehingga hari kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah Al-hijr ayat sembilan :

((((( (((((( ((((((((( (((((((((( ((((((( ((((( (((((((((((( (((

Yang bermaksud Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya . Ayat Ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama-lamanya dan ia tidak akan berubah sehingga hari kiamat disebabkan ia diturun dan dijaga secara tawatur.

(b)- Peranan dan Kepentingan Mukjizat ialah;

Salah satu daripada Kepentingan Mukjizat yang diberikan kepada nabi Muhammad dan para nabi yang lain ialah untuk membenarkan kenabian dan kerasulan seseorang nabi atau rasul . Daripada mukjizat inilah mereka akan berhujah mengikut ajaran yang dikehendaki oleh Allah. Dengan mukjizat ini juga ia membukti kebenaran risalah yang dibawa oleh para nabi kepada umat masing-masing.

Selain daripada itu, mukjizat juga adalah salah satu cara Allah memuliakan rasul dan menolong mereka. Kalau kita baca dalam buku-buku tarikh islam dan kisah nabi-nabi pada zaman dahulu , kita dapati mereka amat susah dan banyak bersabar dalam menyebarkan perintah Allah. Kadang-kadang mereka terpaksa hadapi pelbagai ujian dan halangan daripada kaum mereka yang jahil dan masih terikat dengan ajaran sembah berhala untuk tujuan itu.

Selain daripada menunjukkan kekuasaan Allah dan kebesaranNya melalui mukjizat yang diberikan kepada para nabi, mukjizat juga adalah satu wadah yang agong yang diciptakan oleh Allah S.W .T untuk meyakinkan orang kafir akan kebenaran islam dan agama-agama Allah yang terdahulu yang diredai oleh Allah. Menurut Ahmad Redzuan bin Samsudin(2007) Seseorang Rasul akan mencabar kaumnya supaya mendatangkan sesuatu yang sama dengan apa yang telah mereka perlihatkan daripada mukjizat-mukjizat yang melemahkan manusia di hadapannya, Lalu mereka tunduk kepada bukti kerasulan tersebut dan mukjizatnya seterusnya mereka tahu bahawa dia adalah utusan Allah pencipta mereka , hal ini adalah sebagaimana yang berlaku kepada tukang-tukang sihir Firaun

Menurut dzymory (2009) Mukjizat merupakan sesuatu perkara yang menyalahi apa yang biasanya berlaku, ampuh daripada sebarang cabaran pencabarnya dan ia merupakan anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada kenabian dan kerasulan mereka. Al-Quran merupakan mukjizat paling besar kepada nabi Muhammad S.A.W dan berkekalan sehingga hari qiamat.

Selain itu, dengan mukjizat Al-Quran juga ia dapat meyakinkan umat islam itu sendiri dalam meneguhkan iktikad dan perjalanan dakwah yang disampaikan oleh Rasulullahh. Kalau kita kaji sejarah nabi Muhammad S.A.W, kita dapati para sahabat berlumba-lumba untuk mendekati nabi kerana mereka yakin dan dapat melihat mukjizat nabi. Selain itu, mukjizat juga berperanan sebagai menjawab soalan dan menyahut cabaran- cabaran mush islam.

- Peranan dan Kepentingan Tawatur ialah;

Di antara kepentingan tawatur semasa meriwayatkan ayat-ayat suci Al-Quran dari satu generasi kepada generasi yang lain ialah memberi keyakinan kepada orang-orang islam sendiri untuk Beriman dan berdakwah. Sebagaimana yang kita maklumi, kepercayaan atau iman adalah hidayah Allah yang ia berikan kepada sesiapa yang ia kehendaki. Jadi , dengan sifat yang ada pada Al-Quran ini, ia menjadikan orang-orang islam sanggup bergadai nyawa, harta dan keluarga demi mempertahankan agama islam yang suci ini.

Dalam agama islam, tawatur adalah tahap yang paling tinggi dalam kepercayaan sesuatu perkhabaran dan berita yang di sampaikan khususnya Al-Quran. Dengan cara penyampaian ini, bagi orang yang mempunyai pertimbangan mental yang waras, mereka akan menerima dakwah dan ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan oleh nabi secara reda dan penuh kefahaman ilmiah, bukan sebagaimana mereka yang tidak mendapat hidayah daripada Allah.

Semasa menyempurnakan Pengumpulan ini, sifat yang adil dan amanah penerima berita atau wahyu dari suatu generasi ke satu generasi menjadi ukuran dalam maksud tawatur. Oleh yang demikian , adalah mustahil Al-Quran sebagai sebuah mushaf mukjizat maknawi ada kepentingan orang-orang tertentu dalam satu-satu kumpulan semasa penyampaianya ayat-ayat suci itu. Menurut Fadlan bin Mohd. Othman (2009) al-Quran tetap dengan keadaannya, dipersetujui oleh semua umat Islam, diwarisi secara tawatur oleh yang muda daripada yang tua. Al-Quran tidak dapat dicemarkan oleh tangan-tangan pembuat kerosakan. Al-Quran tidak dapat juga dipupuskan oleh hawa nafsu orang yang sesat. Segala puji hanya bagi Allah Taala, Tuhan langit dan Tuhan bumi serta Tuhan sekalian alam.

Selain Daripada itu, dengan perpindahan secara tawatur juga ia memberi jaminan kepada Al-Quran bahawa ia tidak akan berubah sama ada huruf ,baris, makna, bacaan dan sebagainya sehingga hari kiamat. Keistimewaan ini hanya ada pada Al-Quran dan tidak ada pada kitab-kitab lain seperti Taurat, Zabur dan Injil yang mana tulisan kitab-kitab ini yang sebenar sudah tidak di ketahui lagi. Versi-versi yang ada pada hari adalah karya-karya yang diubahsuai dan tidak boleh diyakini.

Tawatur dalam perpindahan Al-Quran juga memberi kelebihan agama islam berbanding agama lain. Agama islam dijaga oleh Allah dari semua kepentingan kehidupan manusia sama ada di dunia atau di Akhirat. Dengan penurunan kitab ini yang amat lengkap secara tawatur dan tidak berubah sehingga hari kiamat, maka layak lah agama ini dianuti oleh semua manusia.

4.Huraian maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-

Quran yang diturunkan.

Pengertian Sebab pada bahasa ialah sebagaimana yang di takrifkan dalam kitab kamus Lisanul Arabi, Ibnu Manzur ( 2005 ) iaitu setiap perkara yang menyampaikan kepada sesuatu . Manakala Nuzul mengikut kamus Lisanul Arabi juga : pada bahasa ia bermaksud menempatkan sesuatu kepada sesuatu.

Maksud sebab nuzul pada istilah Mengikut Ahmad bin Ali(2002) penurunan Al-Quran dalam keadaan waktu berlaku sesuatu peristiwa atau ada persoalan daripada sahabat nabi atau orang-orang tertentu. Manakala mengikut Ibrahim nikmat(2002)nuzul ialah penurunan ayat-ayat suci kepada nabi muhammad SAW dengan menggunakan Bahasa Arab yang jelas melalui malaikat Jibril yang penuh dengan amanah disebabkan oleh sesuatu peristiwa. Ini berdasarkan firman Allah dalam al-Quran surah syuara; ayat 192-195 :

((((((((( (((((((((( ((((( (((((((((((((( ((((( (((((( (((( (((((((( ((((((((( ((((( (((((( (((((((( ((((((((( (((( (((((((((((((( ((((( ((((((((( ((((((((( ((((((( (((((

Yang bermaksud: Dan Sesungguhnya Al Quran Ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta Alam. Dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), Ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan. Dengan bahasa Arab yang jelas

Di sini kita boleh simpulkan bahawa maksud sebab nuzul merupakan peristiwa yang terjadi pada masa Nabi SAW atau pertanyaan yang diajukan kepada beliau, lalu turun satu atau beberapa ayat dari Allah SWT untuk menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan peristiwa tersebut atau untuk menjawab sesuatu peristiwa, merangkumi peristiwa itu merupakan pertikaian yang sedang berlaku

Fungsi Asbaabul Nuzul

Sebagai seorang islam yang berilmu pengetahuan dan guru pendidikan islam yang bertanggungjawab kepada murid-murid , adalah menjadi kemestian untuk kita belajar mengenai asbabul nuzul. Sebab utama ialah kita terlibat secara langsung dalam pengajaran Al-Quran di sekolah. Kadang-kadang kita akan di tanya oleh guru-guru akademik yang lain mengenainya.

Menurut BicaraMuslim.com (2000) Ibnu Daqiqil `Id berpandangan bahwa mengetahui keterangan tentang kejadian turunnya suatu ayat merupakan cara yang paling baik untuk memahami makna ayat tersebut, Sedangkan Ibnu Taimiyyah mengemukakan bahwa mengetahui asbabun nuzul suatu ayat dapat menolong kita memahami makna suatu ayat tersebut. Pengetahuan ihwal asbabun nuzul suatu ayat memberikan dasar yang kukuh untuk menyelami makna suatu ayat al Quran.

Bagi sesetengah orang, ada yang menganggap bahawa tidak ada fungsi sama sekali mengetahui Asbab al-Nuzul dan ia tidak lebih daripada sejarah bagi turunnya Al-Quran atau sejajar dengan sejarah. Ada yang mengatakan kita gunakan kaedah dalam usul Tafsir iaitu ). ( Yang bermaksud , pengajaran Al-Quran diturunkan dengan lafaz yang umum , tidak dengan sebab-sebab yang khusus . Daripada kaedah ini kita dapati bahawa anggapan ini kurang tepat sekiranya ia bermaksud tidak perlu kepada asbab nuzul, kerana asbab al-Nuzul memiliki beberapa fungsi, antaranya ialah:

Mengikut Ahmad bin Ali(2002) fungsi pertama ialah pentafsiran ayat adalah tepat dan boleh menghilangkan keraguan. Sesungguhnya ilmu dengan sesuatu sebab boleh mewarisi musabbab, Bahkan ada ayat yang susah untuk difahami melainkan dengan memahami sebab nuzulnya terlebih dahulu. Bahkan Imam al-Wahidi mengatakan: Tidak mungkin mengetahui tafsir sesuatu ayat tanpa menilik kisah dan penjelasan mengenai peristiwa turunnya. Dengan memahami betul-betul ayat Al-Quran dan sebab nuzulnya seseorang pendakwah atau ustaz akan mentafsir dan menyamakan isu-isu semasa dengan ayat tersebut dalam keadaan yakin dan betul.

Menurut Ahmad bin Ali(2002) lagi, fungsi kedua ialah memahami dan mengetahui kebijaksanaan Allah SWT secara terperinci mengenai syariat yang diturunkan-Nya. Ini memberikan manfaat samada untuk orang mukmin atau orang kafir. Bagi orang mukmin, imannya akan bertambah dan akan lebih bersemangat dalam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT, mempraktikkan Kitab-Nya kerana ia melihat dengan jelas kemashalatan-kemashalatan dan peristiwa-peristiwa khusus yang berkaitan dengan hukum-hukum itu, kerana itulah Al-Quran diturunkan. Bagi orang-orang kafir, dengan hukum yang tegas itu akan mendorongnya beriman apabila ia menyedarinya, yakni apabila ia mengetahui bahawa syariat Islam bertumpu pada pemeliharaan kemashalatan manusia, bukan berdasarkan pemaksaan dan kezaliman.

Selain itu, fungsi ketiga ialah dapat menyenangkan para hafiz menghafaz dan memahaminya dengan baik dan menetapkan kebenaran wahyu yang diturunkan kepada para nabi. Sesungguhnya ikatan sesuatu hukum dengan sesuatu peristiwa, seseorang, masa-masa tertentu, tempat-tempat tertentu, lebih menyakinkan dan memudahkan sesuatu maklumat itu diingati dengan baik.

Fungsi keempat ialah dengan mengetahui sebab nuzul ia dapat mempastikan ayat ayat tersebut diturunkan kepada nabi dan ia menceritakan kepada orang-orang tertentu seperti Allah turun ayat surah Al-masad untuk melaknat Abu lahad dan lain-lain lagi.

Fungsi kelima ialah mentaksiskan lafaz am. Sebagaimana yang kita maklum, kadang-kadang Al-Quran datang lafaznya dalam bentuk am, sedangkan maksud yang dikehendaki adalah khas. Apabila sudah diketahui maksud yang dikehendaki dengan sebab nuzul adalah khas, maka mengikut khodi abu Bakar dalam kitabnya Takrib , hukumnya adalah haram jika kita tafsirkan selain daripada itu.

5. Ayat al-Quran yang mengandungi Asbab Nuzul yang terdapat dalam surah Al-Araf

Menurut Ali Bin Ahmad Al-Wahidi(2005) terdapat tujuh ayat yang mempunyai asababul nuzul dalam surah Al-Araf , ayat-ayat tersebut sebagaimana berikut: ayat 31, 175, 187, 188 ,189 ,191 dan 204.

Dalam ayat 31 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

(((((((( ((((((( ((((((( ((((((((((( ((((( ((((( (((((((( ((((((((( ((((((((((((( (((( (((((((((((( ( ((((((( (( (((((( ((((((((((((((( ((((

Yang bermaksud : Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid , makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnyaAllah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.(membazir)

Hadis riwayat Ibnu Abbas R. A menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada orang-orang jahiliah lelaki dan perempuan yang melakukan amalan tawaf di Kaabah secara telanjang. Ayat ini memerintah supaya mereka memakai pakaian.

Dalam ayat 175 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

(((((((( (((((((((( (((((( (((((((( (((((((((((( ((((((((((( ((((((((((( ((((((( (((((((((((( (((((((((((( ((((((( (((( (((((((((((( (((((

Maksudnya: Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

Menurut Ali Bin Ahmad Al-Wahidi(2005) lagi, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan sebahagian besar ahli mufassirin, bahawa ayat ini diturunkan menceritakan tentang Balam Bin Baura yang mana beliau adalah seorang yang alim dan beramal serta doanya sangat dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari kampongnya di datangi oleh Nabi musa dan tenteranya. Kaumnya meminta beliau berdoa supaya Allah hancurkan Nabi Musa dan tenteranya sedangkan beliau patut beriman dengan Nabi Musa dan beliau tahu. Oleh kerana desakan kaumnya beliau berdoa juga menyebabkan beliau dilaknat oleh Allah.

Dalam ayat 187 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

((((((((((((( (((( (((((((((( ((((((( (((((((((( ( (((( ((((((( ((((((((( ((((( (((((( ( (( ((((((((((( (((((((((((( (((( (((( ( (((((((( ((( ((((((((((((( (((((((((( ( (( ((((((((((( (((( (((((((( ( ((((((((((((( (((((((( (((((( ((((((( ( (((( ((((((( ((((((((( ((((( (((( ((((((((( (((((((( (((((((( (( ((((((((((( (((((

187. Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang ada di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".

Hadis diriwayatkan daripada Qatadah, bahawa ayat ini diturunkan kepada nabi apabila orang-orang kafir Quraisy berkata: Wahai muhammad, sesungguhnya di antara aku dan engkau ada talian kekeluargaan, beritahukanlah kami, bila berlakunya kiamat?

Dalam ayat 188 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

((( (( (((((((( ((((((((( ((((((( (((( ((((( (((( ((( (((((( (((( ( (((((( ((((( (((((((( (((((((((( (((((((((((((( (((( (((((((((( ((((( (((((((( ((((((((( ( (((( (((((( (((( ((((((( ((((((((( ((((((((( ((((((((((( (((((

188. Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya Aku mengetahui yang ghaib, tentulah Aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan Aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

Diriwayatkan daripada Al-Kalabiyyu, bahawa ayat ini diturunkan kepada Nabi apabila orang-orang Mekah telah berkata kepada nabi: Wahai Muhammad tidakkah telah memberitahu oleh tuhanmu harga barang ketika murah sebelum mahal kami beli, kemudian kami dapat untung, dan beritahu kami juga bumi yang akan dilanda kemarau , kami akan berpindah.....maka Allah menurunkan ayat ini.

Dalam ayat 189 -191daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

( (((( ((((((( ((((((((( (((( (((((( ((((((((( (((((((( ((((((( ((((((((( (((((((((( ((((((((( ( ((((((( (((((((((( (((((((( (((((( (((((((( (((((((( ((((( ( (((((((( ((((((((( ((((((( (((( ((((((((( (((((( (((((((((((( (((((((( ((((((((((( (((( ((((((((((((( ((((( (((((((( ((((((((((( (((((((( (((((( ((((( (((((((((( ((((((( ((((((((((( ( (((((((((( (((( ((((( ((((((((((( ((((( ((((((((((((( ((( (( (((((((( ((((((( (((((( ((((((((((( (((((

189. Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".

190. Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, Maka keduanya[588] menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang Telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.

191. Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhada-berhala yang tak dapat menciptakan sesuatupun? sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang.

Diriwayatkan oleh Mujahid bahawa ayat 189-191 diturunkan kepada nabi menceritakan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa ketika mana Hawa mengandung dan beranak didapati semuanya meninggal dunia. Pada suatu masa Hawa mengandung dan di datangi syaitan, lalu syaitan mengesyorkan supaya diletakan nama anak tersebut dengan nama Abdul Haris yang mana syaitan ketika itu bernama Haris. Setelah Hawa menamakan dengan nama tersebut anak tersebut hidup. Demikian peristiwa adalah wahyu syaitan dan perintahnya , lalu Allah turunkan ayat ini menceritakan kisah ini kepada nabi.

Dalam ayat 204 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

((((((( (((((( ((((((((((((( ((((((((((((((( ((((( (((((((((((( (((((((((( ((((((((((( (((((

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa ayat ini diturunkan ketika berlaku satu peristiwa di mana ada di kalangan sahabat nabi yang meninggikan suara sedangkan mereka di belakang nabi yang sedang bersembahyang. Lalu diturunkan ayat ini. Manakala riwayat daripada Qatadah bahawa para sahabat bercakap-cakap dalam solat mereka pada awal solat difardukan. Pada suatu ketika datang seorang lelaki dan bertanya ia kepada sahabatnya, berapa kali engkau solat, maka ia menjawab aku solat sekian sekian..... lalu turun ayat ini.

6. Penutup

Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa menpertingkatkan ilmu dari semasa ke semasa dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang kehidupan supaya hasil yang kita perolehi adalah bermutu tinggi dan unggul. Semasa mempelajari satu ilmu baru iaitu Ulumul Quran , kita dapati bahawa ilmu ini sangatlah berguna dalam bidang kehidupan kita sebagai pendakwah atau ustaz dan ustazah kepada murid-murid kita. Selain itu kita juga hendaklah mempunyai pemikiran yang terbuka dan bersedia untuk menerima pelbagai perubahan dalam sistem pembelajaran negara kita demi untuk memartabatkan ilmu pengetahuan agama di negara kita.

Sebagaimana yang kita maklumi, kelahiran teknologi komputer dan internet sangat maju dewasa ini. Dengan kecanggihan yang ada sekarang, adalah rugi sekiranya kita tidak menggunakan kemudahan-kemudahan ini untuk menyampai dan menyebar ilmu Ulumul Quran yang semakin hari ditinggal oleh generasi sekarang, sedangkan nilai ilmunya sangatlah tinggi dan mencakupi kehidupan di dunia dan akhirat.

Dengan jawapan penulisan yang tidak seberapa ini, akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu Ustaz Muhammad Zamri Bin Ali dan rakan-rakan setutorial yang banyak menbantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan jawapan tugasan ini.

Semoga apa yang baik itu menjadi pedoman dan ia adalah petunjuk daripada Allah untuk kita semua amalkan , manakala yang tidak baik itu adalah daripada kelemahan diri saya dan saya amat mengharapkan bantuan dan teguran membina daripada semua . Semoga kita dirahmati olehNya selamanya.

Wassalam.

7.Bibliografi dan Rujukan

Ahmad bin Ali(2002)ujab fi bayanil- Asbab.beirut .Lubnan.: darul Ibnu Hazan

Ali Bin Ahmad Al-Wahidi(2005) Asbab Nuzul quran .Mekah.Arab saudi.: Darul Miman

Ibnu Manzur ( 2005 ) Lisanul Arabi. Darul Fikri. Beirut

Ibrahim Nikmat(2008)Ulumul Quran. Beirut. Syarikat Dewan Li tabaat

Muhammad Bin Yaakob (2005)Kamus Muhit ( ), Beirut.Lebanon .: Al-resalah

Publisher.

Alumnus Balz(2008) Belajar Ilmu Musthalah Hadist [Online] Available at

http://ilmuhadist.blogspot.com/ [ 08.02.2010]

Ahmad Redzuan bin Samsudin(2007) Rahsia Mukjizat Rasul Terbongkar [Online]

Available at http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/ [16 Feb 2010]

BicaraMuslim.com (2000) Asbabun Nuzul (Latar Belakang Historis Turunnya

Ayat-Ayat Al Qur`An) [Online] Available at

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=3&t=8303 [17.02.2010]

dzymory (2009) Mukjizat Al-Quran [Online] Available at

http://madugunung.blogspot.com/2009/05/mukjizat-al-quran.html [16 Feb 2010]

Fadlan bin Mohd. Othman (2009) Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

[Online] Available at http://www.hafizfirdaus.com

/ebook/Ushul%20Tafsir/quran7.htm#_ftn1 [13 .02. 2010]

RuslanAbdullah(2009)Mukjizat [Online] Available at

http://rusya.wordpress.com/2009/01/03/mukjizat/ [13 .02.2010]

PAGE