hutan paya bakau

Upload: shima-pitri

Post on 16-Oct-2015

342 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

HUTAN PAYA BAKAU

Ekosistem Hutan BakauEkosistem hutan bakau adalah ekosistem di bahagian intertidal di kawasan tropika dan subtropika yang didominasikan oleh tumbuhan yang beradaptasi khas.

Hutan bakau boleh dijumpai di sepanjang muara sungai besar yang tanahnya berselut, dan di kawasan persisiran pantai terlindung (termasuk lagun, teluk, aliran pasang surut)

Ia melibatkan gabungan sekumpulan pokok yang bertoleransi dengan situasi air dan tanah yang bergaram (bersaliniti).PengenalanBumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.

Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia .

Lokasi

Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung dari tiupan angin.

Keluasan di Malaysia

Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;

57 % di Sabah26 % di Sarawak17% di Semenanjung Malaysia.

Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi gugusan PulauKlang dan PulauKukup di Johor.

Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan.

Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun .

Hutan Bakau Simpan Matang

Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.

Tanah di kawasan ini juga adalah anaerobik dan kadang-kala berasid, terdiri daripada tanah selut, selut berpasir atau kadang-kala berpasir.Saliniti air boleh berubah daripada tawar kepada masin tetapi kebiasaannya adalah payau (hasil percampuran air tawar dan air masin)

Hutan Bakau Malaysia

Sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak, Selangor, Johor dan KedahDijumpai di beberapa tempat di pantai timur Semenanjung Malaysia

Sepanjang pantai timur SabahPantai utara dan barat daya Sarawak

Keluasan Hutan Bakau Malaysia

Hutan paya bakau di Malaysia adalah seluas 646,000 hektar.366,000 hektar terdapat di Sabah174,000 hektar di Sarawak.106,000 hektar di Semenanjung Malaysia

Hutan Bakau Utama TerengganuHutan Simpan Kekal- Hutan Simpan Sungai Pimpin, Dungun (62 ha.)- Hutan Simpan Kuala Kemaman, Kemaman (938 ha.)

Kampung RajaLagun SetiuKampung Benting LintangKampung Kuala BharuBatu RakitSungai TerengganuSungai Kuala IbaiSungai MerangSungai DungunSungai PakaSungai KertehSungai Kijal

Tumbuhan Utama Hutan BakauPada kebiasaannya, terdapat 4 spesis yang utama iaitu:Rhizophora (Pokok Bakau Kurap & Bakau Minyak)Avicennia (Pokok Api-api)Bruguiera (Pokok Berus / Tumu / Lenggadai)Sonneratia (Pokok Perepat / Berembang / Gedabu)

Hutan-hutan ini terdapat secara eksklusif di pesisiran pantai dan sungai yang bertanah serta masin yang mengalami perubahan pasang surut air laut dan selalunya boleh dibezakan dengan jelas dari hutan paya gambut yang mana biasanya ia bersempadan. Kira-kira 4% dari semua hutan di negara ini adalah bakau. Jenis hutan ini seterusnya dibahagikan lagi kepada :Jenis-jenis hutan bakau

BakauNyireh BungaLinggadaiNipahNipah DungunPedada NibongHutan Bakau asal

Hutan bakau ini hampir keseluruhannya dipenuhi oleh satu jenis spesis saja - bakau minyak (Rhizophora apiculata). Ia merupakan hampir 50% dari jumlah hutan bakau di Daerah Temburong. Spesis ke-dua, bakau kurap (Rhizophora macronata) juga ada tapi sekali sekala saja, terutamanya di sepanjang pinggir kuala-kuala dan caruk-caruk sungai.

Hutan Nyireh Bunga

Nyireh bunga (Xylocarpus granatum) boleh terdapat hidup bersama-sama dengan bakau minyak, atau di dalam hutan-hutan yang sama yang lebih besar terutama sekali di atas tanah yang jarang ditenggelami air. Timbunan-timbunan tanah udang galah besar selalunya ditutupi oleh pohon paku-pakis (Acrostichum aureum) dengan banyak sekali. Dirian hutan-hutan yang hampir keseluruhannya nyireh bunga boleh ditemui di Selirong dan Hutan Simpan Labu.

Hutan Linggadai

Linggadai (Bruguiera gymnorrhiza) ialah satu-satunya spesis dari genus yang terpenting di dalam hutan-hutan bakau di Temburong. Di Sarawak, banyak atau dirian hutan yang tidak bercampur-campur tiga spesis lain (B. caryophylloides, B. parviflora dan B. sexangula) boleh ditemui, tapi di Brunei spesis-spesis ini sama ada tidak wujud atau jarang-jarang berlaku. Hutan linggadai yang tidak bercampur-campur boleh dijumpai dalam kelompok-kelompok kecil di Hutan Simpan Labu, terutama sekali di sepanjang saliran Sg. Sipuyut.

Hutan Nipah

Tumpuan-tumpuan asli palma di tebing-tebing sungai dan zon-zon riparian di kawasan-kawasan pantai. Ini dapat ditemui di sepanjang tanah-tanah rendah di sungai-sungai Pendaruan, Temburong dan Labu, dan di sepanjang tebing-tebing hiliran sungai-sungai Tutong dan Belait.Hutan Nipah-Dungun

Hutan nipah bersama dungun (Heritiera globosa) yang bertingkat-tingkat, yang boleh mencapai ukuran yang begitu besar. Ini terjadi pada had tertinggi yang dapat dicapai oleh perubahan kemasinan air, khususnya di sepanjang Sungai-Sungai Temburong dan Labu. Menuju ke arah had-had sungai yang lebih bawah pembahagiannya, buta buta (Excoecaria agallocha), linggadai dan beberapa bakau mungkin wujud.

Hutan Pedada

Sejumlah kecil tumbuh-tumbuhan yang rumpun, pedada (Sonneratia caseolaris) terdapat pada tanah yang baru termendap di sepanjang pinggir Sungai Temburong dan Labu. Spesis ini adalah lebih terkenal di Kuala Labu Temburong.

Hutan NibongPalma nibong (Oncosperma tigillarium) yang panjang lagi berduri ialah spesis bakau yang di pertengahan, terdapat dalam kawasan setempat yang kecil kepada ukuran yang sederhana berkelompok-kelompok di bahagian perbatasan arah darat hutan bakau terutama sekali di sungai setempat yang lebih tinggi.Habitat bakau

BuayaMuara.KetamRebabKetamLumpurIkanBelacakUdangKaraUlarBakauLotongKelabuMemerangLicinBerokKelawar.

Hidupan hutan bakau

Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau. Contohnya ;SiputTiramTeritip

Burung

Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis makanan, termasuklah plankton , tumbuh- tumbuhan air,cacing, krustasia, moluska danikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat pemakanan yang tertentu

Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah

BurungBangau(BurungBangauKecildanBurungBangauPutihBesar)BurungPucung(BurungPucungKeladidanBurungPucungSeriap)BurungBotakUpehBurungHelangMerahBurungHelangSiputBurungPacatBakauBurungMuraiBakauBurungSambarBiruBakauBurungPekakaSungai

Kepentingan Hutan Bakau

Kepentingan EkologiKaya dengan kepelbagaian biologi- Menjadi habitat kepada banyak tumbuhan & haiwan endemik dan terancam- Menjadi tempat persinggahan,pemakanan dan pembiakan bagi banyak burung air dan burung penghijrah.-menjadi kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran untuk banyak spesies akuatik terutamanya udang dan ikan* Memusnahkan satu atau lebih spesies akan menyebabkan kerosakan kepada seluruh ekosistem

Kepentingan Ekonomi

Membekalkan kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran yang baik kepada banyak spesies udang dan ikan komersil.Memberikan sumber makanan, cth: ketam, ikan dan udangMemberikan pulangan yang tinggi kepada negara melalui hasil perikananMembekalkan bekalan kayu yang boleh ditebang secara mapanMenjadi habitat kepada banyak pokok dan haiwan yang jarang terdapat di tempat lain yang boleh menarik pelancong dan menjana ekonomi.

Nilai ekologi

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

Fungsi Fizikal Hutan Bakau

Pelindung persisiran pantai sebagai penampan ombak semulajadi, arus pasang surut dan ributPenghalang kemasukan air masin ke kawasan daratanPerangkap sampah, nutrien, mendakan dan bahan toksinPenyimpan karbon dioksidaKepentingan umum Hutan Paya BakauKehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya bakau ini, dari hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan. Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan daratan. Berikut disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan manusia:-

Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan

Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan.

Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit.Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial. Tidak dapat digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia samada secara langsung mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan tunggu shajalah akibatnya.

Kegunaan Hutan Bakau

Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun.Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak.Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang).Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikanArang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan apiKraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik.Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempatUbat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya).Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

UBAT-UBATAN DARI HUTAN BAKAU

Kulit buah Tumu/Berus memberhentikan darah dan airnya digunakan untuk merawat mataAsap pembakaran kulit kayu pokok Buta-buta dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit kustaBuah Pong-pong digunakan sebagai racun tikus.

Ekstrak kulit kayu Tengar atau Dungun mengurangkan penyakit demam malaria

Masalah hutan bakau

Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :penukaran tanahpenebangan hutanpenebusgunaanpencemaran.

Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :

akuakulturternakan ikan dalam sangkarkolam ternakan udang dan ikan air masinZon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhanPembinaan kawasan pangkalan nelayanPelabuhan dan tapak gudang kontena-kontenaPerbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam

Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.

Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai pneumatofor iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.

Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai vivipariti.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.

Ancaman Terhadap Hutan Bakau

Penebangan hutan bakau secara terlarangPenukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanianPenukaran kawasan hutan bakau kepada kolam akuakulturPenukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pembangunan bandar dan industriPenggunaan peralatan perikanan yang merosakkanPencemaran (minyak, bahan buangan)Pemburuan haiwan-haiwan di kawasan hutan bakau

Mahu membantu memulihara hutan bakau?

Akar pokok bakau yang unik ini dapat membantu ianya tumbuh dengan baik di kawasan berlumpur dan arus pasang surut.