hubungan etnik

Upload: syafiqah-azizan

Post on 15-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Hubungan etnik (sadn 1043)

Hubungan etnik(sadn 1043)NAMA PENSYARAH:DR MUHAMAD AMAR BIN MAHMAD

NAMA AHLI KUMPULAN:1) LAI YIH DIANN (220075)2) SHARIFAH NURAMIRA BT SYED ALI (227100)3) NUR SYAFIQAH BT AZIZAN (227134)4) NOOR AMIELIA ADWA BT JAAFARUDIN (227142)5) NORIDAYU BT TAMIN (230107)

Tajuk tugasan:rasKONSEP RASRas adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan lain-lain. Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan Austroloid. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kelebihan moral dan intelektual.

PANDANGAN SARJANA MENGENAI KONSEP RASTerdapat sekurang-sekurangnya sepuluh pengertian yang berlainan tentang konsep ras mengikut Berry dan Tischler (1978). Terdapat pengkaji yang mengelaskan ras berdasarkan biologi, atau menekankan kecerdersan atau kebolehan intelek, pola tingkah laku atau segi warganegara atau penduduk sesebuah negara, orang yang bertutur bahasa yang tertentu, kumpulan agama dan sebagainya.Kebanyakan sarjana bersetuju dengan klasifikasi ras yang ditafsirkan oleh UNESCO, iaitu penjenisan manusia berdasarkan ciri-ciri tubuh atau konsep biologi. Berdasarkan penerbitan rasmi UNESCO, Statement On the Nature of Race and Ethnics Differences (1951), ras ditakrifkan sebagai satu kelompok besar manusia yang mempunyai pembawaan biologi dan ciri-ciri fizikal yang sama diwarisi secara turun-temurun. Ciri-ciri ini yang membezakannya dengan kelompok yang lain. Frank B. Livingstone (1962) menentang keras pengklasifikasian manusia mengikut ras. Menurut beliau, there are no races, there are only clines. Ini kerana ia akan membentuk konsep yang salah mengenai kepelbagaian manusia.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh diklasifikasikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia menganggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain. Penyalahgunaan konsep ras ini telah menyebabkab berlakunya prasangka dan diskriminasi oleh golongan tertentu. Walau bagaimanapun, pengertian ini disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:128), manusia tidak sepatutnya dikelaskan mengikut ras. Manusia adalah dari satu kelas yang sama dan tiada manusia yang lebih baik.

RAS MANUSIA DAN CIRI-CIRINYARas manusia merupakan ciri-ciri fizikal yang diturunkan secara genetik.Ciri-ciri ini membezakan satu kelompok dengan satu kelompok yang lain.Secara tradisional, para pakar membahagikan ras kepada tiga ras utama iaitu: 1) Ras kulit putih 2) Ras kulit hitam 3) Ras kulit kuningNamun setelah diteliti secara teliti, ternyata ras manusia dibahagikan kepada:1)Ras Australoid2)Ras Negroid (kulit hitam)3)Ras Kaukasoid (kulit putih)4)Ras Mongoloid(kulit kuning)RAS AUSTRALOIDWujud di kawasan selatan India, Srilanka, beberapa kelompok di Asia Tenggara, Papua, Kepulauan Melanesia dan Australia. Di Asia Tenggara, orang asli di Malaysia dan orang Negrito di Filipina.Merupakan ras dominan yang tersebar diseluruh pulau sampai ke bahagian timur Nusantara sehinggalah Ras Mongoloid tiba.

Berambut hitamBerambut kerintingBerkulit hitamRAS NEGROIDKebanyakkannya mendiami kawasan benua Afrika di sebelah Gurun Sahara.Selain itu, ada juga di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah serta Timur Tengah.Ras penduduk asli Australia iaitu menetap di daerah pendalaman, hidup secara berkumpulan dan berpindah-randah. Terbahagi kepada empat rumpun iaitu Negroid Afrika, Negrito, Negroid Melanesia dan Austroloid.RAS NEGROID

berambut kerintingberkulit hitamsepasang bibir tebal kelopak mata yang lurusRAS KAUKASOIDSebahagian besar manusia menetap di Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah, Pakistan dan India Utara. Keturunan mereka juaga menetap di Australia, Amerika Utara, sebahagian Amerika Selatan, Afrika Selatan dan Selandia Baru. Ras Kaukasoid dipecahkan kepada empat kelompok iaitu Kaukasoid Nordik, Kaukasoid Mediterania, Kaukasoid Alpin dan Kaukasoid Indik dan Hindu.

RAS KAUKASOID

Berhidung mancungBerkulit putihRambut perangKelopak mata lurusRAS MONGOLOIDSebahagian besar menetap di Asia Utara, Asia Timur, Asia Tenggara, Madagaskar di kawasan pantai timur afrika, juga beberapa bahagian India Timur Laut, Eropah Utara, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oseania.Biasa disebut berkulit kuning, namun ini tidak selalu benar.Contohnya, orang Indian di Amerika dianggap berkulit merah dan orang Asia Tenggara seringkali berkulit coklat muda sehingga mencapai kulit coklat gelap. Ras Mongoloid pula dipecahkan kepada tiga rumpun iaitu Ras Mongoloid Asia, Mongoloid Malaya dan Mongoloid Amerika atau Indian.RAS MONGOLOID

Warna kulit yang merahUkuran tubuh yang tinggiBerambut hitam lurusBerbentuk muka lonjong Bermata sepetDapat disimpulkan :KAUMJENIS RASCIRI FIZIKALMelayuMongoloidKulit kekuningan atau sawo matang, rambut yang lurus, bertubuh pendek dari ras Kaukasoid.Orang Asli atau masyarakat peribumiAustraloidBerambut kerinting, berkulit hitam ( tetapi tidak semua)CinaMongoloidRambut lurus, mata sepet dan kulit kekuning.IndiaAustraloidBerambut kerinting, berkulit hitam.RASISME Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, kepercayaan dan pemikiran negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok yang lain berdasarkan perbezaan warna fizikal dan biologikal atau ras semata mata yang dilakukan secara terbuka melalui tindakan atau perilaku. Layanan berat sebelah dan sikap bermusuhan terhadap seseorang adalah berdasarkan keturunan bangsanya. Ia merupakan fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling bagus dan unggulRasisme berlaku pada dua tahap: 1. tahap individu - merupakan kepercayaan dan sikap individu terhadap kaumnya 2. tahap institusi - dimana melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

KESAN RASISMEMengancam kestabilan politik Keamanan sesebuah negara tergugatRakyat berpecah-belahBerlaku peperangan atau permusuhan antara kaumGolongan minoriti akan ditindas oleh golongan majoriti.

KONFLIK RAS DAN ETNIK

berpunca dari ketidakadilan dan perasaan tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya masih ketara. Sebagai contoh, konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soveiet, Eropah Timur, negara Afrika dan juga di Negara maju seperti Amerika Syarikat. Ini membuktikan bahawa ketegangan suku kaum yang berlaku telah membawa kepada penindasan dan keganasanKonflik di Malaysia berlaku kesan daripada penjajahan BritishFAKTOR-FAKTOR KONFLIK RAS DAN ETNIKperebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnikdiskriminasi berdasarkan warna kulit secara nyata merupakan faktor yang utama mendorong kepada konflik ras dan etnik.perbezaan layanan atau pandangan yang diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu atau kelompok yang laingolongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman sebagai mekanisme bagi mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif. melindungi kepentingan kumpulan yang telah diwakilikepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.

TAMAT