harga : dokumen sebut harga...dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami...

32
SH 4-2021 1 DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK, DAN MEMBEKAL COFFEE TABLE ANGSI FOREST @ ULU BENDUL TARIKH TUTUP SEBUT HARGA: 28 APRIL 2021 (RABU), JAM 12.00 TENGAHARI NO RUJUKAN SEBUT HARGA: PHN.NS.SH 4-2021 No. Siri : Harga : RM30.00

Upload: others

Post on 02-Sep-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN FOTOGRAFI,

MEREKABENTUK, MENCETAK, DAN

MEMBEKAL COFFEE TABLE ANGSI FOREST @

ULU BENDUL

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA:

28 APRIL 2021 (RABU),

JAM 12.00 TENGAHARI

NO RUJUKAN SEBUT HARGA:

PHN.NS.SH 4-2021

No. Siri : Harga : RM30.00

Page 2: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Senarai Semak - 3

2. Jadual 1 - Kenyataan Tawaran Sebut Harga 4 - 5

3. Lampiran A - Arahan kepada Penyebut Harga 6 - 10

4. Lampiran B - Syarat-syarat Sebut Harga 11 - 14

5. Lampiran C - Syarat-syarat Khas 15 - 17

6. Lampiran D - Syarat-syarat Tambahan Sebut Harga 18

7. Lampiran E - Surat Akuan Pembida 19

8. Lampiran F - Keterangan Mengenai Penyebut Harga 20 - 22

9. Lampiran G - Surat Akuan Penyebut Harga 23 - 24

10. Lampiran H - Jadual Tawaran Sebutharga 25 - 27

11. Lampiran I - Senarai Pengalaman Kerja 28

12. Lampiran Q - Sebut Harga untuk Bekalan/Perkhidmatan 29 - 31

Page 3: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

3

SENARAI SEMAK

PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK, DAN

MEMBEKAL COFFEE TABLE ANGSI FOREST @ ULU BENDUL

Sila Tandakan (/) bagi dokumen-dokumen yang disertakan

Bil. Perkara/ Dokumen Untuk

Ditanda oleh Syarikat

Untuk Ditanda oleh Jawatankuasa Pembuka

Sebut harga

Pengerusi

Ahli

1 LAMPIRAN E- Surat Akuan Pembida

2 LAMPIRAN F - Keterangan Mengenai Penyebutharga

3 LAMPIRAN G- Surat Akuan Penyebutharga

4 LAMPIRAN H- Jadual Tawaran Harga

5 LAMPIRAN I – Senarai Pengalaman kerja

6 LAMPIRAN Q – Sebutharga untuk Bekalan/Perkhidmatan

7 Salinan Sijil Pendaftaran Kod Bidang dengan Kementerian Kewangan

8 Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan

9 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

10 Salinan Penyata Akaun bank untuk 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pihak bank (Januari, Februari, Mac 2021)

11 Salinan Penyata Akaun bank untuk 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pihak bank (Januari, Februari, Mac 2021)

12 Salinan resit pembelian dokumen sebutharga

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan (1): Tandatangan (2): Nama: Nama: Jawatan: Jawatan: Tarikh: Tarikh:

Page 4: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

4

Jadual 1

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai sebutharga berikut:

TAJUK SEBUTHARGA

TEMPAT DAN TARIKH

DOKUMEN DIJUAL

KOD BIDANG

PENDAFTARAN

TARIKH DAN WAKTU

SEBUTHARGA DITUTUP

PHN.NS.SH 4-2021

Perkhidmatan

Fotografi,

Merekabentuk,

Mencetak, Dan

Membekal Coffee

Table Angsi

Forest @ Ulu

Bendul

Dokumen sebutharga boleh dimuat turun di pautan: http://forestry.ns.gov.my

mulai

21 APRIL 2021

010301 (Peralatan Percetakan Serta Aksesori) 221303 (Fotografi);

222004 (Penulisan)

28 APRIL 2021

(Rabu) Tidak lewat

pada jam 12.00 tengahari

1. Dokumen Sebutharga ini dijual dengan harga RM30.00 (Ringgit Malaysia:

Tiga Puluh Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara PERBANKAN INTERNET SAHAJA seperti berikut:

• No. Akaun: 8004433398 (CIMB BANK) atas nama BENDAHARI NEGERI NS – AKAUN TERIMAAN

• Penyebutharga DIWAJIBKAN mengisi maklumat kod bayaran seperti berikut:

o Rujukan 1: No. Sebutharga PHN.NS.SH 4-2021 o Rujukan 2: Nama Syarikat

• Slip bayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dokumen sebutharga sewaktu serahan.

Page 5: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

5

2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Sebarang pertanyaan mengenai sebutharga ini bolehlah menghubungi pegawai penyelia dokumen sebutharga.

3. Dokumen Tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan dimasukkan kedalam

sampul surat bermetri dan dituliskan Nombor Tawaran disebelah atas sampul surat tersebut. Sila masukkan dokumen berkenaan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Tingkat 4, Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban, N.Sembilan sebelum jam 12.00 tengahari bertarikh: 28 APRIL 2021

2. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Jabatan Perhutanan

Negerin Negeri Sembilan tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/ tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan juga berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai dokumen dan spesifikasi sebutharga ini boleh menghubungi pegawai berikut: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan : 06-7659875/114;

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Bertarikh : 21 APRIL 2021

Page 6: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

6

LAMPIRAN A

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA NO. SEBUT HARGA: PHN.NS.SH 4-2021

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK,

DAN MEMBEKAL COFFEE TABLE ANGSI FOREST @ ULU BENDUL

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Sebut harga ini adalah bagi Perkhidmatan Fotografi, Merekabentuk,

Mencetak, Dan Membekal Coffee Table Angsi Forest @ Ulu Bendul.

1.2 Sebut harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan, Syarat-Syarat Am, Syarat-Syarat Khas dan Syarat-Syarat Tambahan yang ditetapkan.

2. CADANGAN SEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan

sahaja bagi sebutharga yang ditawarkan.

2.2 Cadangan sebutharga yang lengkap dan sempurna diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan sebelum tarikh dan waktu tutup sebutharga. Peti sebutharga ditempatkan di alamat berikut :-

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Tingkat 4, Blok C Wisma Negeri 70503 SEREMBAN

2.3 Penghantaran dokumen tawaran sebutharga hendaklah tiba di alamat ini sebelum 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga. Kelewatan menghantar dokumen tawaran sebutharga tidak akan dilayan.

2.4 Semua penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya semua syarat

ini apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, menyebabkan sebutharga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

2.5 Kos penyertaan sebutharga dan penyediaan dokumen sebutharga

adalah ditanggung sendiri oleh penyebutharga. Jabatan tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.

Page 7: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

7

3. JANGKA MASA SAH LAKU SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebutharga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

4. SPESIFIKASI KERJA DAN JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI KERJA

Spesifikasi kerja dan jadual pematuhan spesifikasi kerja bagi skop perkhidmatan ini adalah dinyatakan dalam dokumen sebutharga ini.

5. DOKUMEN SEBUT HARGA

Sebutharga hendaklah dibuat di atas borang-borang ASAL yang telah disediakan dan selepas ini dipanggil dokumen sebut harga. Dokumen Sebutharga yang lengkap hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

Jadual 1 - Kenyataan Tawaran Sebut Harga

Lampiran A - Arahan Kepada Penyebutharga Lampiran B - Syarat-Syarat Sebutharga Lampiran C - Syarat-Syarat Khas Sebut Harga Lampiran D - Syarat-Syarat Tambahan Sebut Harga Lampiran E - Surat Akuan Pembida Lampiran F - Keterangan Mengenai Penyebutharga Lampiran G - Surat Akuan Sebutharga Lampiran H - Jadual Tawaran Harga Lampiran I - Pengalaman Syarikat Lampiran Q - Sebut Harga Untuk Bekalan/Perkhidmatan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian Kewangan (Jika berkaitan) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) Salinan Penyata Akaun Bank Bagi Tiga Bulan Terakhir (Jan 2021, Feb 2021 dan Mac 2021) Profail Syarikat Terkini (Jika ada) Senarai Semak

6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN SEMASA PENGISIAN

DOKUMEN

Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuat terutamanya dalam Jadual Harga dan Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah ditandatangan ringkas oleh orang yang menandatangani dokumen Sebut Harga serta dicopkan dengan cop Penyebut Harga (syarikat). Tandatangan

Page 8: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

8

ringkas ini hendaklah dibuat setentangan dengan kesilapan yang dibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelas supaya mudah dibaca.

7. PINDAAN DOKUMEN SEBUTHARGA SEBELUM TARIKH TUTUP

SEBUTHARGA

Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup sebutharga meminda dokumen sebutharga dalam menyediakan Addendum. Kerajaan akan memberi notis bertulis kepada penyebutharga yang telah membeli dokumen sebutharga.

8. PEMBERITAHUAN TAWARAN

Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima sebutharga kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebutharganya dipersetujui dalam jangka masa sahlaku sebutharga atau jangka masa tambahan yang terlibat.

9. HARGA TAWARAN

9.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang disebuthargakan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos perkhidmatan. Harga ini mestilah sah laku (valid) dalam tempoh 90 hari daripada tempoh sebutharga.

9.2 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM)

dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran, cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

9.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan

tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

9.4 Pembayaran akan dibuat sekiranya semua bekalan atau perkhidmatan

bagi setiap satu jenis item dalam kontrak yang dibekal berperingkat-peringkat telah dilaksanakan dengan sempurna, sebagaimana yang telah dipersetujui dan disahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan mengikut harga yang dipersetujui atau harga per item, mengikut mana-mana yang berkaitan.

9.5 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada

jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika

Page 9: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

9

terdapat perbezaan jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira.

9.6 Sekiranya pihak Jabatan tidak berpuas hati dengan bekalan yang dibekalkan, Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan berhak untuk tidak membuat sebarang pembayaran.

10. PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa–apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana–mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 ).

10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( Akta 694 )

11. TOLAKAN (SET OFF)

11.1 Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

11.2 Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

11.3 Fasal kecil 11.1 dan 11.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak

Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

12. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

12.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad. Jabatan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab – sebab Penyebut Harga tidak berjaya.

Page 10: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

10

12.2 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu Surat Setuju Terima dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Setuju Terima tersebut.

13. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

14. IKLAN

Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh kerajaan terlebih dahulu.

Page 11: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

11

LAMPIRAN B

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga ditolak. 1 KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA

Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera dalam perkhidmatan fotografi, merekabentuk, mencetak dan membekal Coffee Table Angsi Forest@UluBendul di bawah Kod Bidang 010301, 221303 dan 222004 serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan/pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penyebut harga juga hendaklah berdaftar sebagai kontraktor Jabatan Perhutanan.

2. KEADAAN BARANG Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 3. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

4. BARANG-BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

Page 12: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

12

5. PEMERIKSAAN

5.1 Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut.

5.2 Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki.

6. TEMPOH PEMBEKALAN

Tempoh pembekalan yang ditetapkan adalah 4 bulan.

7. KADAR DENDA

Penyebut Harga sekiranya ditawarkan sebut harga ini akan dikenakan denda seperti berikut : 7.1 Pihak kontraktor dikehendaki sentiasa mematuhi segala syarat-syarat

yang dikenakan/ dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Keputusan pihak Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus adalah MUKTAMAD.

7.2 Denda akan dikenakan diatas kelewatan kerja dengan kadar sebanyak 0.025% / hari dari nilai kontrak bermula sejurus selepas tempoh kontrak berakhir.

7.3 Bayaran denda akan dipotong dari harga tawaran mengikut kos yang

difikirkan sesuai oleh Pihak Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus bagi mana-mana perkara yang tidak mengikut spesifikasi tawaran ini.

8. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT

8.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang dinyatakan dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

8.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan

perbelanjaan bagi pengeluaran, maka harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua – dua pihak secara bertulis.

Page 13: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

13

9. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

10. PERSETUJUAN

Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga

11. PENAMATAN PERSETUJUAN

11.1 Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan;

11.2 Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana

syarat yang terdapat dalam persetujuan ini; 11.3 Jika Penyebut Harga Kontraktor itu sebagai orang perseorangan atau,

apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

Atau Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak.

Page 14: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

14

12. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak

Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

13. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

14. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

Page 15: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

15

LAMPIRAN C

SYARAT-SYARAT KHAS SEBUTHARGA

1. SPESIFIKASI TEKNIKAL

1.1 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan boleh mengubah penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada Penyebut Harga melalui laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sekiranya ada.

1.2 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kelewatan untuk membuat cadangan spesifikasi teknikal & harga serta kelewatan menghantar dokumen sokongan Penyebut Harga.

2. BARANGAN

2.1 Semua barangan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2.2 Spesifikasi Perkhidmatan Fotografi, Merekabentuk, Mencetak, Dan Membekal Coffee Table Angsi Forest @ Ulu Bendul hendaklah merujuk kepada Lampiran F

2.3 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki barang-barang itu,

diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa sama pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.

2.4 Penyebut Harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki. 2.5 Jaminan mutu selama tiga (3) Bulan dari tarikh penghantaran

/penerimaan Coffee Table Angsi Forest @ Ulu Bendul hendaklah diganti oleh syarikat tanpa sebarang kos.

2.6 Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang

perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan piawai (jika ada) yang dinyatakan dalam pelawaan ini.

2.7 Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada

barang-barang yang telah dipersetujui (tidak mengikut spesifikasi), tawarannya boleh ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Page 16: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

16

2.8 Perbelanjaan yang dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga tanpa melibatkan sebarang kos oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

2.9 Penyebut Harga hendaklah mengemukakan surat akuan daripada

pengeluar produk mengikut jadual penghantaran seperti di Lampiran H bagi menjamin kualiti barangan.

3. JADUAL PENGHANTARAN

3.1 Penyebut Harga yang berjaya WAJIB membuat penghantaran ke Pejabat Perhutanan Negeri Sembilan di Wisma Negeri seperti di Lampiran F. Kerajaan berhak ke atas penghantaran berdasarkan permintaan yang munasabah dan bagi kes-kes kecemasan.

3.2 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan adalah sentiasa berhak untuk

menangguhkan atau mempercepatkan jadual penghantaran tersebut bagi memenuhi keperluan semasa.

3.3 Penyebut Harga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung

risiko kos barang tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi membekal dan menghantar barang tersebut ke Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

3.4 Penyebut Harga adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kesukaran

atau kerosakan yang timbul akibat dari penggunaan barangan yang dibekalkan yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggung semua kos yang terlibat.

4. PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran akan dibuat di setiap peringkat berdasarkan amaun yang ditetapkan di Jadual Harga setelah pembekal membekal dan menghantar sepenuhnya kuantiti yang dikehendaki di peringkat penghantaran tersebut.

5. SURAT SETUJU TERIMA

Surat Setuju Terima (SST) akan dihantar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan kepada Penyebut Harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Penyebut Harga tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.

Page 17: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

17

6. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA

6.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.

6.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga.

6.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran teknikal,

tawaran harga dan keupayaan sebut harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut:

a) Kerajaan Tidak Terikat Untuk Menawarkan Kontrak Kepada

Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah; b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad; c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Pembekal;

d) Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga jika perlu;

e) Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran

Sebut Harga atau sebahagiannya; f) Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan

mana-mana Sebut Harga; dan

g) Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan.

7. MODAL PUSINGAN

Kontraktor yang berminat mestilah mempunyai kemampuan kewangan dari segi modal pusingan, net worth, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya.

Page 18: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

18

LAMPIRAN D

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEBUT HARGA Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak. 1. Penyebut Harga jika berjaya adalah dikehendaki berbincang dengan pihak

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk : i. Mengatur jadual pembekalan barangan;

ii. Taklimat mengenai peraturan-peraturan Akta Perhutanan dan;

iii. Lain-lain perkara yang berkaitan

2. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan atau wakil-wakilnya adalah sentiasa berhak untuk memeriksa kerja-kerja yang sedang dilaksanakan. Penyebut Harga dikehendaki memberi kerjasama dan kemudahan kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan wakil-wakilnya untuk menilai serta memeriksa kerja-kerja yang sedang dijalankan.

3. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan berhak pada bila-bila masa

menamatkan perkhidmatan ini di antara Penyebut Harga dan Kerajaan Malaysia sekiranya didapati perkhidmatan yang diberi oleh Penyebut Harga tidak memuaskan atau melanggar syarat-syarat Sebut Harga/perjanjian.

Page 19: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

19

LAMPIRAN E

SURAT AKUAN PEMBIDA

Sebut Harga : PHN.NS.SH 4-2021

Perkhidmatan Fotografi, Merekabentuk, Mencetak, Dan Membekal Coffee Table Angsi Forest @ Ulu Bendul

Saya,………..………...………...................................nombor K.P .……………............

yang mewakili ………………………….................... nombor Pendaftaran

…………………................................ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau

mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi

rasuah kepada mana-mana individu dalam ……….……...................................... atau

mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*

seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili

syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan

Perhutanan Negeri Sembilan atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender /sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat

bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya

atau mana- mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan

segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…………..

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 20: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

20

LAMPIRAN F

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA 1. NAMA PENYEBUT HARGA:

(Syarikat) 2. ALAMAT PENYEBUT HARGA:

i. Ibu Pejabat :

ii. Cawangan :

3. TELEFON PENYEBUT HARGA:

i. Ibu Pejabat : _______________________

ii.Telefon Bimbit : _______________________

iii. Fax : _______________________

iv. Cawangan : _______________________ 2. PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

4.1. Tempoh Pendaftaran Mulai : ______________

(Wajib menyertakan salinan sijil ) Hingga :_______________ 4.2. Taraf Penyebut Harga: *Bumiputra/Bukan Bumiputra

(Sila sertakan sijil pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia)

Page 21: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

21

5. MODAL PENYEBUT HARGA: (Isi mana yang berkenaan sahaja)

5.1. Perseorangan/Perkongsian : RM __________________ 5.2. Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)/Berhad (Bhd) :

5.2.1. Modal Dibenar : RM ___________________ 5.2.2. Modal Dibayar : RM ___________________

6. BUTIR-BUTIR PEMILIKAN (OWNERSHIP) 6.1. Perseorangan:

Nama Pemilik: No. K/P:

6.2. Perkongsian:

Nama Pekongsi No. K/Pengenalan % Kongsian

6.3. Sendirian Berhad/Berhad

Nama Pemegang Saham

No. K/Pengenalan % Bahagian

(Sila guna kertas berasingan jika tidak mencukupi)

Page 22: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

22

7. PENGALAMAN: (Sila nyatakan pengalaman berkaitan sebagai Lampiran I kepada Sebut Harga ini)

8. PENYATA KEWANGAN BAGI 3 BULAN TERAKHIR (JANUARI, FEBRUARI,

MAC 2021) (Berdasarkan kepada bulan tarikh Sebut Harga dikeluarkan)

Baki Akaun Bank Tertinggi :

Baki Akaun Bank Terendah :

Penyata Bank mulai : hingga

Nilai Aset Semasa :

Nilai Liabiliti Semasa : ** PENYEBUT HARGA WAJIB menyertakan PENYATA KEWANGAN Kegagalan menyertakan borang berkenaan akan menyebabkan Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.

Page 23: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

23

LAMPIRAN G

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA Kepada :

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tingkat 4, Blok C, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA : PHN.NS.SH 4-2021

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK, DAN MEMBEKAL COFFEE TABLE ANGSI FOREST @ ULU BENDUL Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat

mengambil bahagian dalam Sebut

Harga Perkhidmatan Fotografi, Merekabentuk, Mencetak, Dan Membekal Coffee

Table Angsi Forest @ Ulu Bendul Harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini

adalah (berjumlah RM________________)

2. Syarikat sebagai Penyebut Harga dengan ini bersetuju menerima serta

mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga dan spesifikasi yang

terkandung dalam dokumen Sebut Harga. Syarikat juga telah memahami bahawa

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan berhak menerima atau menolak tawaran ini,

sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga

tawaran-tawaran lain.

3. Syarikat bersetuju bahawa harga Sebut Harga yang ditawarkan ini laku (valid)

selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebut Harga. Dalam tempoh

tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada Sebut Harga ini dan meminda

harga.

Page 24: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

24

4. Selanjutnya sekiranya Sebut Harga syarikat ini diterima, syarikat akan memberi

cagaran keselamatan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh terima surat tawaran

daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Syarikat bersetuju harga yang

ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran di atas pembekalan yang dibuat

kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan setelah pembekalan tersebut disahkan

oleh unit yang bertanggungjawab di Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

5. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak, adalah dengan ini

mengesahkan bahawa dokumen Sebut Harga yang digunakan untuk Sebut harga ini

adalah yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.

6.

_______________________________

(Tandatangan orang yang diberi kuasa)

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Alamat :

Nama Saksi :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Alamat

Page 25: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

25

LAMPIRAN H

JADUAL SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK, DAN MEMBEKAL COFFEE TABLE

ANGSI FOREST @ ULU BENDUL

JADUAL TAWARAN HARGA

NO TAWARAN : PHN.NS.SH 4-2021

TAJUK KERJA :Perkhidmatan Fotografi, Merekabentuk, Mencetak, Dan Membekal Coffee Table Angsi Forest @ Ulu Bendul

Setelah memeriksa dengan teliti kawasan tawaran dan dokumen-dokumen tawaran. Saya/kami menawarkan harga-harga seperti berikut untuk tawaran diatas.

Bil Perkara Spesifikasi Unit Harga Per

unit Jumlah

1 Tajuk Kulit

Buku

Logo dan tulisan ‘Angsi Forest’ Coffee Table

Tajuk tepi kulit buku

(spine)

Tulisan tajuk buku ‘Angsi Forest’ Coffee Table

2 Konsep Buku Mewah (Coffee Table)

3 Bahasa Melayu

4 Saiz Buku

Buku 1 (Premium) : 21cm x 26cm (tutup) – Hard Cover 45 cm x 21 cm (buka)

Buku 2 (Standard) : 21cm x 26cm (tutup) – Soft Cover 45 cm x 21 cm (buka)

5 Kulit Buku

Buku 1 (Premium): 1500 gsm chip board (hard cover) Warna: Warna kulit minimum 4 warna Cover: Gambar, Teks dan logo Finishing Effect: Gold Hot Stamping Jumlah

Buku 2 (Standard): 300 gsm (Soft Cover) Warna: Warna kulit minimum 4 warna Cover: Gambar, Teks dan logo

200

300

6 Penulisan teks dan

Penyuntingan

1. Menyediakan rekabentuk/konsep muka hadapan dan halaman dalaman

Page 26: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

26

2. Penulisan teks dalam Bahasa Melayu

3. Penyediaan cadangan

konsep, penyuntingan teks, terjemahan, pembacaan pruf serta penyuntingan gambar beserta nama saintifik bagi spesies flora dan fauna

4. Penyediaan bahan adalah

merangkumi keseluruhan 1awasan di bawah komponen Angsi Forest @ Ulu Bendul seperti di dalam pelan yang disediakan.

5. Konsep kreatif (rekabentuk

visual), susunatur kandungan dan visual, penyediaan mock-up, penyuntingan gambar, photoshop retouching

6. Pemisahan warna (pembetulan warna, retouching untuk kesan, digital proofing, enhancement gambar)

7. Menjalankan kerja-kerja pengemaskinian pada bila-bila masa mengikut keperluan Jabatan

7 Isi Buku

- Simili white (120gsm)

- Teks minimum 4 warna - Gambar, lakaran, illustration

– berwarna - Kerja- kerja layout isi buku

dijalankan dari semasa ke semasa

8 Gambar

Fotografi (pengambilan gambar di darat, hutan dan udara) serta penyuntingan gambar oleh pihak pembekal mengikut kehendak jabatan di semua kawasan di bawah komponen Angsi Forest @ Ulu Bendul

6000 X 4000 pixel 300 dpi

Page 27: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

27

9 Video Terdapat video yang menggunakan barcode scanner di sesetengah muka surat mengikut tajuk

10 Barcode

Scan

Terdapat barcode scan di sesetengah muka surat di dalam buku (untuk video)

11 Halaman

Sekurang-kurangnya 100 muka surat (depan dan belakang) tidak termasuk kulit buku.

12 Finishing

Buku 1 (Premium): Threadsewn Buku 2 (Standard): Perfect binding

13

Salinan

softcopy buku Coffee Table

CD Printed

8 unit

14

Penyediaan Draf Akhir

dan bahan-bahan

Penyediaan draf akhir untuk pengesahan percetakan dan bahan-bahan gambar dan videi 100% hendaklah dalam bentuk softcopy (hard disk) dan hardcopy (mockup / dummy) dan diserahkan kepada jabatan

8 naskah

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, Syarat-Syarat Am Sebutharga, saya bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah wang pukal sebanyak: Ringgit Malaysia (RM..............................................................................................................................) 2. Saya bersetuju untuk menyiapkan kerja-kerja dalam masa ...........dari tarikh akhir tempoh mula kerja seperti yang ditetapkan. ……………………………………… ………………………………………. (Tandatangan dan cop syarikat) (Tandatangan saksi) No. Kad Pengenalan :………………… No. Kad Pengenalan ………………

Page 28: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

28

LAMPIRAN I

SENARAI PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK, DAN MEMBEKAL BUKU DALAM TEMPOH 5 TAHUN

Bil.

Nama/Jenis Kontrak

Nama dan Alamat Penuh

Jabatan/Institusi

Harga Kontrak (RM)

Tempoh Kontrak

MULA TAMAT

*Sila sertakan bersama Salinan Surat Setuju Terima/Pengesahan Prestasi Pembekal di Lain-lain agensi *Sila guna helaian berasingan sekiranya tidak mencukupi

Page 29: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

29

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan

nombor ini

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN FOTOGRAFI, MEREKABENTUK, MENCETAK,

DAN MEMBEKAL COFFEE TABLE ANGSI FOREST @ ULU BENDUL Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga. Kepada (Nama Syarikat) ……................

……………………………………………….

……………………………………………….

No. Tel: ……………………………………

No. Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan: ……………………………….

Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan oleh Kementerian/ Jabatan (Alamat Lengkap)

Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Tingkat 4, Blok C, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

No. Telefon: 06-7659849/7659875

Tarikh: 21 April 2021

Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan perkhidmatan ini : 010301 (Peralatan Percetakan Serta Aksesori) 221303 (Fotografi); 222004 (Penulisan) 1. Sila beri Sebutharga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

No. Sebut Harga :

PHN.NS.SH 4-2021

Page 30: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

30

1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan : Mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan

1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki : .4 bulan/16 minggu

1.3 Arahan pengiriman :Perkhidmatan pembekalan hendaklah dijalankan mengikut spesifikasi dan lokasi yang telah ditetapkan.

1.4. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan

bertanda nombor Sebutharga No. Sebutharga: PHN.NS.SH 4-2021

1.5. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada 28 April 2021 (Rabu) sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari.

1.6. Tempoh sah laku Sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 21 April 2021 Tandatangan: .................t.t..............................

Nama Pegawai:Siti Norhayati binti Mohd Mastar Jawatan: Penolong Pengarah

Page 31: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

31

Bil. Perihal bekalan/ perkhidmatan dan Syarat-Syarat Khas

Unit Ukuran/Kuantiti

Harga (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/ Jabatan Untuk diisi oleh Penyebutharga

1.

Perkhidmatan Fotografi,

Merekabentuk, Mencetak,

Dan Membekal Coffee Table

Angsi Forest @ Ulu Bendul

Seperti di Jadual

Tawaran Harga

............................

(Dalam Perkataan Ringgit Malaysia):

…………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………….

......................................................................................................................................

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih termasuk kenaan caj SST (sila sertakan sijil pendaftaran dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia); dan (ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah : .............................. minggu Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini. Tandatangan Penyebutharga ............................................................................. Nama dan K/P : ............................................................................

Alamat Syarikat : ...................................................................................

………………………………………………………….............................................................

Tarikh : .............................................

Page 32: Harga : DOKUMEN SEBUT HARGA...Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua …

SH 4-2021

32