garis panduan pembuatan pengedalian

Upload: mofer-nas

Post on 26-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    1/34

    GARIS PANDUAN

    Pembuatan, Pengendalian, Penjualan

    Dan Pelupusan Bahan-bahan PenerbitanDan Perhiasan Yang Mengandungi

    Ayat-ayat Suci Al-Quran

    s(isi).indd 1 12909 10:22:27 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    2/34

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2008www.islam.gov.myCetakan Pertama 2008

    Hak Cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isikandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan

    dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelummendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya, Perundingantertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

    Diterbitkan Oleh

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    PERCUMA

    s(isi).indd 2 12909 10:22:27 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    3/34

    KANDUNGAN

    KATA ALU-ALUAN iv

    1. TUJUAN 1

    2. PENDAHULUAN 2

    3. TAKRIFAN 24. GARIS PANDUAN PEMBUATAN, PENGENDALIAN, 5 PENJUALAN DAN PELUPUSAN AYAT SUCI

    AL-QURAN

    4.1 PEMBUATAN 5

    4.2 PENGENDALIAN 6

    4.3 PENJUALAN 8 4.4 PELUPUSAN 9

    5. PENUTUP 10

    s(isi).indd 3 12909 10:22:27 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    4/34

    iv

    KATA ALU-ALUAN

    Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana JAKIM berjayamenerbitkan Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian,Penjualan dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan dan

    Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quransebagai panduan masyarakat yang terlibat di dalamaktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penerbitan dan

    pengendalian bahan-bahan yang mengandungi ayatAl-Quran.

    Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagaipetunjuk kepada manusia. Oleh itu, ayat-ayat sucial-Quran perlulah dipelihara dengan baik dari segipembuatan, pengendalian, penjualan dan termasuklahpelupusannya. Ini bagi memastikan setiap aspekpengendalian tersebut tidak akan mencemarkankemuliaan dan kesucian al-Quran.

    s(isi).indd 4 12909 10:22:30 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    5/34

    v

    Kita mengharapkan kerjasama semua pihak untukmematuhi garis panduan ini bagi menjamin kesucian

    dan keagungan ayat-ayat suci al-Quran supaya tidakdicemari.

    Dato Haji Wan MohamadBin Dato Sheikh Abdul AzizKetua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    s(isi).indd 5 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    6/34

    s(isi).indd 6 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    7/34

    1

    GARIS PANDUANPEMBUATAN, PENGENDALIAN, PENJUALAN DAN

    PELUPUSAN BAHAN-BAHAN PENERBITAN DAN

    PERHIASAN YANG MENGANDUNGI

    AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

    1. TUJUAN

    Tujuan dokumen ini disediakan adalah sebagaipanduan bagi menjaga kehormatan ayat-ayat suci

    al-Quran al-Karim. Garis panduan ini akan menjadirujukan kepada dua pihak iaitu;

    (i) Para pengusaha, pengilang, penjual, pekerja danpihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan pem-buatan, pengendalian, penjualan dan pelupusanbahan-bahan penerbitan serta perhiasan-perhiasan yang mengandungi ayat-ayat suci

    al-Quran.(ii) Agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri dan

    persekutuan yang bertanggungjawab melulus dan

    mengawal aktiviti-aktiviti yang berkaitan denganperkara di atas.

    s(isi).indd 1 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    8/34

    2

    2. PENDAHULUAN2.1. Aktiviti pembuatan, pengendalian penjualan

    dan pelupusan bahan-bahan penerbitan sertaperhiasan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran berlaku dengan begitu meluas.

    2.2. Bahan-bahan tersebut terdapat dalam pelbagaikegunaan, antaranya dalam bentuk penerbitan

    bercetak seperti buku, suratkhabar, majalah,cenderamata, bahan perhiasan, gambar ber-bingkai, cakera optik termasuk CD, VCD, DVD,pita kaset dan memori kad, pelekat (sticker),

    poster, kain rentang, pakaian, dan ukiran padajubin lantai yang melibatkan premis-premis sepertikedai, supermarket, gerai pasar malam, pejabat

    dan sebagainya.

    2.3. Orang-orang bukan Islam adalah diharamkan/

    tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mem-

    pamerkan dan menjual barang-barang yang

    mengandungi ayat-ayat Al-Quran.

    (Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali

    Ke-13 pada 1 dan 2 Julai 1985)

    3. TAKRIFAN

    Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya

    mengenai makna yang lain :

    s(isi).indd 2 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    9/34

    3

    Pembuatan bermaksud perihal (kegiatan, usahadsb) membuat.(Kamus DBP)Ia termasuklah aktiviti merekabentuk, menulis, men-cetak, menerbit, mengilang, menjilid, mengukir dan

    menempa yang bertujuan menghasilkan sesuatubahan penerbitan atau barangan yang mengandungiayat-ayat suci al-Quran.

    Pengendalian bermaksud perihal mengendalikan(mengekang, menguasai, mengurus, dll) (KamusDBP).

    Ia termasuklah pengurusan iaitu meliputi kegiatanmemperaga, mempamer, meletak, menyimpan, me-megang, membungkus, mengedar dan menghantarbahan-bahan yang mengandungi kalimah ayat suci

    al-Quran.Penjualan bermaksud perbuatan (kerja) menjual

    (Kamus DBP).

    Ia termasuklah proses jual beli yang juga meliputiaktiviti-aktiviti import-eksport, memperaga, mempamer,meletak, mengendali, memegang, membungkus,

    mengiklan, bahan-bahan yang mengandungi kalimah

    ayat suci al-Quran.

    Ayat Al-Quran meliputi mana-mana bahagian Ayat

    Al-Quran dalam Bahasa Arab.

    (Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986)

    s(isi).indd 3 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    10/34

    4

    Bahan Al-Quran ertinya sesuatu dokumen yangmengandungi mana-mana ayat Al-Quran, selain

    daripada suatu teks Al-Quran sebagaimana yang

    ditakrifkan dalam seksyen ini.

    (Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986)

    Dokumen ertinya apa-apa hal yang dinyatakan,diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan,

    atas apa-apa benda, bahan atau artikel, termasuklahapa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita,filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain,dengan menggunakan:

    i) Huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang,

    atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan,

    atau gambaran lain;

    ii) Apa-apa rakaman tampak (sama ada imej kaku

    atau bergerak);

    iii) Apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun

    rakaman elektronik, magnetic, mekanikal atau

    rakaman lain dan walau bagaimana jua pun

    dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik

    atau apa jua pun data lain;

    iv) Suatu rakaman, atau pemancaran dari suatu

    jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau

    apa-apa gabungan, cara yang disebut dalam

    perenggan a), b) dan c).

    s(isi).indd 4 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    11/34

    5

    (Akta Percetakan Teks Al-Quran (Pindaan1998))

    Premis-premis bermaksud bangunan dan kawasantempat diuruskan perniagaan dsb.(Kamus DBP).

    Ia termasuklah mana-mana tempat, kedai-kedai,supermarket, gerai ekspo, pasar malam, termasukkilang, bengkel, setor penyimpanannya, kereta, kapal,

    kapal terbang dan seumpamanya.Pelupusanbermaksud perihal (perbuatan dsb) me-lupuskan(Kamus DBP).

    Ia termasuklah mentiadakan atau memusnahkanbahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran.

    4. GARIS PANDUAN PEMBUATAN, PENGENDALIAN,

    PENJUALAN DAN PELUPUSAN AYAT SUCIAL-QURAN

    4.1. Pembuatan

    Semua aktiviti berkaitan dengan pembuatanbahan-bahan yang mengandungi ayat sucial-Quran hendaklah;

    i) Orang yang membuat urusan pembuatanadalah orang Islam seperti menjilid, filem,dan sebagainya.

    ii) Ayat yang dicetak hendaklah diambildaripada al-Quran mashaf rasm uthmani dan

    mengikut kaedah seni khat yang betul.

    s(isi).indd 5 12909 10:22:31 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    12/34

    6

    iii) Dilakukan di tempat yang bersih dan terkawaldaripada pencemaran najis.

    iv) Menggunakan bahan-bahan pembuatanserta alat-alatyang bersihdan suci mengikuthukum syarak.

    v) Tidak terdedah daripada kemungkinan di-langkah atau dipijak seumpama diletakkan

    di atas lantai. vi) Menyediakan tempat pembuangan yang

    khas untuk dilupuskan.

    vii) Dilarang mencetak ayat al-Quran di akhbar-akhbar, key chain, kasut, baju, kad ucapan,

    kad undangan perkahwinan, jubin, VCD dan

    seumpamanyakerana dikhuatiri tidak dapat

    menjaga kesuciannya sekalipun untuk tujuanpengiklanan.

    viii) Dilarang menulis tulisan selain daripada

    Bahasa Arab.

    ix) Dilarang menulis atau membentuk ayat-

    ayat suci al-Quran berbentuk binatang,

    manusia, bangunan, alat permainan seperti

    wau, tumbuhan, bunga-bungaan danseumpamanya.

    4.2. Pengendalian

    Semua aktiviti berkaitan dengan pengendalian

    s(isi).indd 6 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    13/34

    7

    bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran hendaklah;

    i) Dilakukan oleh orang yang beragamaIslam.

    ii) Tidak boleh dilangkah atau diletakkan di ataslantai, atau tempat yang terdedah kepadacuaca yang boleh merosakkan, seperti

    hujan. iii) Diletakkan di tempat yang khas dan tidak

    boleh ditindih dengan bahan-bahan lain yangboleh mencemarkan kesuciannya.

    iv) Bagi menyentuh dan membawa mashaf al-Quran yang lengkap, pengendali hendaklahmempunyai air sembahyang serta tidak

    berhadas besar kecuali Al-Quran dalam formatcakera optik seperti CD, Brail dan paparanskrin telefon bimbit.

    v) Menanggung dan menyentuh mushafbersama tafsirnya tidak menjadi haramsekiranya tafsirnya lebih banyak. Jika tafsiritu sama banyak, atau tafsirnya sedikit ataudiragukan mana yang lebih banyak, makaadalah haram menyentuhnya. Ulama jugamenggariskan kedudukan antara mushaf dantafsir dalam mengukur banyak sedikitnya.Ketika menanggungnya yang diambilkira ialah jumlah Al-Quran dan tafsirnya.

    s(isi).indd 7 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    14/34

    8

    Manakala dalam perkara menyentuh, yangperlu diperhatikan ialah tempat di manaia meletakkan tangannya. Jika pada tempatitu tafsirnya lebih banyak, tidak haram men-yentuhnya, tetapi jika Al-Quran lebih banyak,haram menyentuhnya. (Ianah Al-Thalibin:1:82)

    vi) Bahan Al-Quran dalam bentuk cakera optiktidak boleh dibawa ke tempat yang jijik dan

    tercemar seperti tandas dan seumpamanya

    bagi menjaga kesucian Al-Quran.

    vii) Bungkusan yang mengandungi bahan Al-Quran hendaklah dilabel bertanda ADAMENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN.

    viii)Pengiriman al-Quran melalui pos hendaklahsecara berdaftar dan dibungkus serta dibalutdengan sempurna. Untuk menjaga ke-selamatan dan kesucian al-Quran, makapengiriman melalui pos tidak digalakkan.

    (Keputusan Muzakarah Jawatankuasa FatwaKebangsaan Kali Ke-6 yang bersidang pada10 Oktober 1983)

    4.3. Penjualan

    Semua aktiviti berkaitan dengan penjualan bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quranhendaklah;

    s(isi).indd 8 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    15/34

    9

    i) Dilakukan oleh orang yang beragama Islamsahaja.

    ii) Penjualan bahan-bahan gunaan dan hiasanyang mengandungi ayat-ayat suci al-Quranperlulah mendapat kelulusan terlebih dahuludaripada JAKIM dan pihak berkuasa JabatanAgama Islam Negeri-negeri.

    iii) Tidak terdedah daripada kemungkinandilangkah atau dipijak seperti diletakkan diatas lantai atau seumpamanya.

    iv) Bagi menyentuh dan memegang bahanyang mengandungi ayat suci al-Quran secaralengkap, pengendali hendaklah mempunyaiair sembahyang serta tidak berhadas besar.

    v) Tidak diperaga berhampiran dengan bahan-bahan jualan yang dilarang dalam ajaranIslam, seperti patung, bahan tidak bermoral,bahan yang menjolok mata, atau dianggapboleh merendahkan kemuliaan ayat suci al-Quran.

    vi) Setiap barang jualan hendaklah dibungkusdengan sempurna, dan tidak menggunakan

    kertas atau bahan yang mengandungi tulisanatau gambar.

    vii) Dilarang membungkus bahan-bahan jualandengan apa-apa kertas yang mengandungiayat-ayat suci al-Quran.

    s(isi).indd 9 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    16/34

    10

    viii) Pengimport atau pengeksport hendaklahberagama Islam.

    4.4. Pelupusan

    i) Bahan buangan atau lebihan yangmengandungi huruf atau ayat-ayat sucial-Quran hendaklah dilupuskan secaraberasingan daripada bahan-bahan lain, serta

    dilarang menggunanya semula bagi apa-apatujuan sekalipun.

    ii) Kaedah pelupusan sama ada secarapembakaran atau ditanam. Al-Quran yangrosak, koyak, yang tidak boleh dibacadan yang bukan Rasm Uthmani hendaklahdilupuskan. Kaedah pelupusan adalahdibakar di tempat yang dikawal dan ditanamditempat yang dikawal.

    (Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwake 30 yang bersidang pada 22 Ogos1992).

    iii) Cara pembakaran adalah seperti berikut:

    a) Bahan yang mengandungi ayat-ayatal-Quran yang dibakar hendaklah men-yeluruh tanpa tertinggal mana-manabahagian yang tidak terbakar.

    b) Bahan-bahan atau debu yang men-gandungi ayat-ayat suci al-Quran yangtelah dibakar hendaklah dipastikan di-

    s(isi).indd 10 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    17/34

    11

    kumpul supaya tidak ditiup angin ataubersepah.

    c) Bahan yang telah dibakar hendaklahditanam pada tempat yang bersih atautempat yang tidak dilalui orang ataudibuang ke dalam laut/sungai yangmengalir airnya.

    d) Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal

    selia oleh pegawai Jabatan Agama ataupihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

    Termasuk dalam Garis Panduan ini ialah hadis-hadis nabi dan doa-doa yang mengandungigabungan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah di dalamnya.

    5. PENUTUP

    5.1. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitandengan pelaksanaan garis panduan ini hendaklahdirujuk kepada alamat berikut untuk mendapat-kan nasihat dan keterangan lanjut;

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)Blok D7, Parcel D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Tel : 03-8886 4253Fax : 03-8889 1993

    s(isi).indd 11 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    18/34

    12

    5.2. Selain itu, agensi-agensi berikut juga bolehdihubungi untuk dipanjangkan kepada pihak

    JAKIM. Agensi-agensi tersebut ialah;

    a) Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Keselamatan DalamNegeri

    b) Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

    c) Jabatan Mufti Negeri-negeri. d) Pihak-pihak berkuasa Tempatan.

    e) Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna.

    Cawangan Kawalan MediaBahagian Penyelidikan

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    s(isi).indd 12 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    19/34

    GUIDELINE ON

    Manufacturing, Handling, Selling And Disposing

    Of Publishing And Decorative MaterialsWhich Contain Quranic Verses

    s(isi).indd 13 12909 10:22:32 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    20/34

    Department of Islamic Development Malaysiawww.islam.gov.mySecond Edition 2007

    All rights reserved. No part of this publication may bereproduced, stored in a retrieval system or transmitted,in any form or by any means, electronic, mechanical,

    photocopying, recording or otherwise, without theprior written permission from the Director General ofthe Department Of Islamic Development Malaysia(JAKIM), Putrajaya.

    Designed & Printed by:Visual Print Sdn. Bhd.

    A-1-7A, No.2, Jalan 12/144A,Taman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

    Tel: 03-9100 2389/2420 Fax: 03-9102 1389

    FREE

    s(isi).indd 14 12909 10:22:33 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    21/34

    CONTENTS

    FOREWORD 16

    1. PURPOSE 19

    2. INTRODUCTION 19

    3. DEFINITION 204. GUIDELINE ON MANUFACTURING, HANDLING, 22

    SELLING AND DISPOSING OF QURANIC VERSES

    4.1 MANUFACTURING 22

    4.2 HANDLING 24

    4.3 SELLING 25

    4.4 DISPOSAL 26

    5. CONCLUSION 28

    s(isi).indd 15 12909 10:22:33 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    22/34

    16

    F OREWORD

    Praise be to Allah, the Almighty, for Whose gracethe Department of Islamic Development, Malaysia(JAKIM) has managed to publish the Guideline on

    Manufacturing, Handling, Selling and Disposing ofPublishing and Decorative Materials which ContainQuranic Verses to serve as a guideline for thoseinvolved in publishing and handling materials whichcontain Quranic verses.

    The Quran is a divine revelation by Allah, the Almighty

    as a guide for mankind. Thus, Quranic verses must bewell taken care of in terms of manufacturing, handling,selling and disposing of them so as to ensure that eachhandling aspect does not violate the sacredness andholiness of the Quran.

    s(isi).indd 16 12909 10:22:33 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    23/34

    17

    We hope that all parties will cooperate in observingthis guideline in order to protect the sacredness andsanctity of the Quran against any violation.

    Dato Haji Wan Mohamad

    Bin Dato Sheikh Abdul AzizDirector-GeneralDepartment of Islamic Development, Malaysia(JAKIM)

    s(isi).indd 17 12909 10:22:33 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    24/34

    s(isi).indd 18 12909 10:22:33 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    25/34

    19

    GUIDELINE ON MANUFACTURING, HANDLING,SELLING AND DISPOSING OF PUBLISHING AND

    DECORATIVE MATERIALS WHICH CONTAIN

    QURANIC VERSES

    1. PURPOSE

    The purpose of this document is to serve as a guidelineto preserve the sacredness of the Quranic verses.This guideline will serve as a reference for the twofollowing parties:

    (i) Entrepreneurs, manufacturers, sellers, workersand those involved in manufacturing, handling,selling and disposing of publishing and decorativematerials containing Quranic verses.

    (ii) Government agencies at the state and federallevels responsible for issuing approvals for and

    controlling related activities.

    2. INTRODUCTION

    2.1 Activities of manufacturing, handling, selling anddisposing of publishing and decorative materials

    s(isi).indd 19 12909 10:22:33 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    26/34

    20

    containing Quranic verses occur on a widescale.

    2.2 These materials come in different forms includingpublished materials such as books, newspapers,magazines, souvenirs, decorative materials,framed pictures, optical discsincluding CDs, VCDs,DVDs, cassettes and memory cards, stickers,posters, banners, clothing and floor tile patternsinvolving premises such as shops, supermarkets,night market stalls, offices and others.

    2.3 Non-Muslims are prohibited / not allowed to write,carve, shape, display and sell materials containingQuranic verses.

    (Decision of the 13th Muzakarah of the FatwaCommittee on 1 and 2 July 1985)

    3. DEFINITION

    In this guideline, unless the context otherwise requires:

    Manufacturingmeans the act (activity, process, etc.)ofmaking something.

    It includes the act of designing, writing, printing,

    publishing, producing, binding, carving and casting withthe purpose of producing a published material or anitem which contains Quranic verses.

    Handlingmeans to handle (deal with, be in chargeof, manage, etc.)

    s(isi).indd 20 12909 10:22:34 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    27/34

    21

    It covers the act of managing including exhibiting,displaying, placing, keeping, holding, packing, disturbing

    and dispatching materials which contain Quranicverses.

    Sellingmeans to sell.

    It includes the process of selling and purchasingwhich includes also importing, exporting, exhibiting,

    displaying, placing, handling, holding, packing andadvertising materials which contain Quranic verses.

    Quranic verses includes any part of the verses of

    the Quran in Arabic.

    (Printing of Quranic Texts Act 1986)

    Quranic material means any document which

    contains any Quranic verses, as opposed to oneQuranic text as defined in this section.

    (Printing of Quranic Texts Act 1986)

    Documentmeans any matter expressed, described orhowsoever represented upon any substance, material,

    thing or article including any matter embodied in a

    disc, tape, film, sound track or other device whatsoever

    by means of:

    i) Letters, figures, marks, symbols, signals, signs,

    or any other forms of expressions, description or

    representation whatsoever;

    s(isi).indd 21 12909 10:22:34 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    28/34

    22

    ii) Any tangible recording (whether still or animatedimages);

    iii) Any sound recording, or any electronic, magnetic,mechanical or other recording whatsoever andhowsoever made, or any sound, electronic impulseor other data whatsoever;

    iv) A recording, or transmission over a distance of

    any matter by any, or any combination, of themeans mentioned in paragraphs i), ii) and iii).

    (Printing of Quranic Texts Act 1986)

    Premisesmeans any building and any area in whicha business and the like is being conducted.

    It includes any place, shop, supermarket, expo stall,night market including factory, workshop, store, car,ship, aeroplane and the like.

    Disposing ofmeans to dispose of.

    It includes eliminating or destroying materials whichcontain Quranic verses.

    4. GUIDELINE ON MANUFACTURING, HANDLING,

    SELLING AND DISPOSING OF QURANIC VERSES4.1 Manufacturing

    All activities related to the manufacturing ofmaterials containing Quranic verses must adhereto the following:

    s(isi).indd 22 12909 10:22:34 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    29/34

    23

    i) The manufacturing activities such as binding,filming and the like must be carried out byMuslims.

    ii) The verse to be printed must be taken fromthe Mushaf Rasm Uthmani Quran and inaccordance with the correct Arabic calligraphymethod.

    iii) Must be conducted in a clean place free ofimpurities.

    iv) Must use manufacturing materials andequipment which are clean and pure inaccordance with the Islamic law.

    v) The Quranic verses must not be exposed tothe possibility of being stepped over or step-ped on such as being placed on the floor.

    vi) A special discarding place for the purpose ofdisposal must be provided.

    vii) It is prohibited to print Quranic verses innewspapers, key chains, shoes, clothing,greetings cards, wedding invitation cards,tiles, VCDs and the like out of concern thatthe sanctity of the Quranic verses cannot be

    preserved although for advertising purpose.

    viii) It is prohibited to write in any writing apartfrom Arabic.

    ix) It is prohibited to write or shapeQuranic versesin the form of animals, humans, buildings,

    s(isi).indd 23 12909 10:22:34 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    30/34

    24

    game equipment such as thewau

    , plants,flowers and the like.

    4.2. Handling

    All activities related to the handling of materialscontaining Quranic verses:

    i) Must be conducted by those who are Muslims.

    ii) Cannot be stepped over, placed on the flooror in a place exposed to weather which cancause damage such as the rain.

    iii) Must be kept in special places and must notbe pressed by other materials which canviolate their sacredness.

    iv) In order to touch and carry the complete

    Mushaf of the Quran, handlers must havedone the ablution (wudu) and must notbe in the state of major impurity unless theQuran is in an optical disc format such asCD, braille, and handphone screen display.

    v) Carrying and touching the Mushaf togetherwith its exegesis is not prohibited providedthat its exegesis content is more than theQuranic text. If the exegesis content is equalor less or there is doubt which is more, thenit is prohibited to touch it. Scholars havealso outlined the benchmark in distinguishing

    between a Mushaf and a Quranic exegesis

    s(isi).indd 24 12909 10:22:34 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    31/34

    25

    based on the amount of the content ofeach. When carrying it what is taken intoconsideration is the amount of the Quranictext and its exegesis. Meanwhile in terms oftouching it what is taken into considerationis the place where the hand is placed. If thehand is placed where there is more exegesis,then it is not prohibited to touch it, but if the

    Quranic text is more, than it is prohibited totouch it. (Ianah Al-Thalibin: 1:82)

    vi) Quranic materials in optical disc format mustnot be taken to dirty and filthy places suchtoilets and the like in order to preserve thesanctity of the Quran.

    vii) Packages which contain Quranic materials

    must be labelled CONTAINS HOLY QURANICVERSES.

    viii) Senders of the Quran by post must useregistered mail, and pack and wrap theQuran in a proper manner. To preserve thesafety and purity of the Quran, postal deliveryis not encouraged.

    (Decision of the 6th

    Muzakarah of the FatwaCommittee on 10 October 1983)

    4.3 Selling

    All activities related to the selling of materialswhich contain Quranic verses must be:

    s(isi).indd 25 12909 10:22:34 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    32/34

    26

    i) Conducted by those who are Muslims only. ii) The sale of consumer and decorative materials

    which contain Quranic verses must obtainprior approval from JAKIM and the relevantState Islamic Religion Department.

    iii) Must not be exposed to the possibility ofbeing stepped over or stepped on such asbeing placed on the floor and the like.

    iv) In order to touch or hold any material whichcontains complete Quranic verses, handlersmust have ablution and must not be in thestate of major impurity.

    v) Must not be displayed near merchandisewhich is prohibited in the Islamic teachings,such as statues, immoral materials, shamefulmaterials, or regarded as degrading thesanctity of the Quranic verses.

    vi) Each material for sale must be packed in aproper manner and must not use paper ormaterials which contain writings or pictures.

    vii) It is prohibited to wrap materials for sale withany paper which contains Quranic verses.

    viii) Importers and exporters must be Muslims.

    4.4 Disposal

    i) Discarded materials which contain Quranicletters or verses must be disposed of separately

    s(isi).indd 26 12909 10:22:35 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    33/34

    27

    from other materials and must not be reusedfor any other purposes.

    ii) The method of disposal of defective, torn,illegible, non-Uthmani script of the Quranis either by burning or burying. The burningand burying methods must be carried out ina controlled environment. (Decision of the30thMuzakarah of the Fatwa Committee on22 August 1992).

    iii) The burning method is as follows:

    a) Materials containing Quranic verses mustbe burned completely without leavingany parts unburned.

    b) Substances or dust containing Quranicverses which have been burned must becollected and made sure that they arenot blown by the wind or scattered.

    c) Burned materials must be buried in a cleanplace or a place not passed through bypeople or in the sea/flowing river.

    d) The burning must be supervised by anofficer from the Religious Department or

    the party wanting to dispose of the saidmaterials.

    This guideline includes the prophetic traditionsand prayers containing combinations ofQuranic verses or Allahs names.

    s(isi).indd 27 12909 10:22:35 AM

  • 7/25/2019 Garis Panduan Pembuatan Pengedalian

    34/34

    28

    5. CONCLUSION5.1 If there is any problem related to the

    implementation of this guideline, it must bereferred to the following address for advice andfurther clarification:

    DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT,MALAYSIA (JAKIM)

    Blok D7, Parcel D Federal Government Administrative Centre 62519 Putrajaya Tel: 03-8886 4253 Fax: 03-8889 1993

    5.2 Other agencies which can be contacted so thatthe matter can be referred to JAKIM are:

    a) Publications and Quranic Text Control DivisionMinistry of Internal Security

    b) State Islamic Religious Departments

    c) State Mufti Departments

    d) Local authorities

    e) Ministry of Domestic Trade and ConsumerAffairs

    Media Control DivisionResearch DivisionDepartment of Islamic Development,

    Malaysia (JAKIM)