g7 tanda baca dalam karangan

18
Tanda Baca Dalam Karangan | 111 UNIT 8 TANDA BACA DALAM KARANGAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Memahami kepentingan tanda baca dalam karangan 2. Menghuraikan jenis-jenis tanda baca dalam karangan 3. Mempraktiskan teknik menulis huruf besar dan huruf condong Pengenalan anda baca merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menentukan mutu sesebuah penulisan terutamanya penulisan ilmiah. Tanda baca berperanan sebagai tatacara atau peraturan untuk membantu penulis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang hendak disampaikan dengan betul. Contohnya, penulis boleh memasukkan tanda titik jika hendak mengakhiri sesuatu idea atau persoalan, menggunakan tanda petik untuk menandakan memisahkan antara satu idea dengan idea yang lain. Selain itu, ia merupakan salah satu alat untuk membantu menyampaikan rasa, perasaan, sikap, emosi, di samping menentukan kejelasan, ketepatan dan penegasan. Walau bagaimanapun, tanda baca yang berlebihan juga akan mencatatkan penulisan ilmiah. Penggunaannya perlulah wajar dan sesuai dengan objektif dan matlamat penulisan. Berikut adalah beberapa tanda baca yang sering digunakan dalam penulisam ilmiah. Titik/Noktah ( . ) Tanda titik atau noktah mempunyai beberapa fungsi: (a) Melengkapkan Ayat Tanda titik berfungsi untuk melengkapkan ayat. Contoh: (i) Atur cara sumber dimasukkan dan disimpan pada cakera kerja. T

Upload: hazril-emy

Post on 17-Feb-2015

218 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 111

UNIT 8 TANDA BACA DALAM KARANGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Memahami kepentingan tanda baca dalam karangan

2. Menghuraikan jenis-jenis tanda baca dalam karangan

3. Mempraktiskan teknik menulis huruf besar dan huruf condong

Pengenalan

anda baca merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam

menentukan mutu sesebuah penulisan terutamanya penulisan ilmiah. Tanda

baca berperanan sebagai tatacara atau peraturan untuk membantu penulis

menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea yang hendak disampaikan

dengan betul. Contohnya, penulis boleh memasukkan tanda titik jika hendak

mengakhiri sesuatu idea atau persoalan, menggunakan tanda petik untuk

menandakan memisahkan antara satu idea dengan idea yang lain.

Selain itu, ia merupakan salah satu alat untuk membantu menyampaikan

rasa, perasaan, sikap, emosi, di samping menentukan kejelasan, ketepatan dan

penegasan. Walau bagaimanapun, tanda baca yang berlebihan juga akan

mencatatkan penulisan ilmiah. Penggunaannya perlulah wajar dan sesuai dengan

objektif dan matlamat penulisan. Berikut adalah beberapa tanda baca yang sering

digunakan dalam penulisam ilmiah.

Titik/Noktah ( . )

Tanda titik atau noktah mempunyai beberapa fungsi:

(a) Melengkapkan Ayat

Tanda titik berfungsi untuk melengkapkan ayat.

Contoh:

(i) Atur cara sumber dimasukkan dan disimpan pada cakera kerja.

T

Page 2: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 112

(ii) Lesitin merupakan sumber asli kolina (kumpulan vitamin B)dalam

bentuk phosphatidylcholine (PC).

(b) Kependekan Nama

Tanda titik dapat menyatakan kependekan kata.

Contoh:

(i) U.T.M

(ii) T.S.Eliot

(c) Selepas Setiap Nombor Senarai Tanpa Tanda Kurung

Tanda titik hendaklah ditulis selepas setiap nombor senarai yang tidak

mempunyai tanda kurung.

Contoh:

(i) Reka bentuk aturcara yang lebih baik.

(ii) Kecekapan pengaturcaraan yang bertambah.

(d) Memisahkan Ringgit dan Sen

Tanda titik berfungsi untuk membezakan antara nilai ringgit dengan sen.

Contoh:

(i) RM 3.70

(ii) RM 3000

(e) Menunjukkan Tanda Perpuluhan

Tanda titik digunakan untuk menunjukkan tanda perpuluhan.

Contoh:

(i) 7.8 peratus

(ii) 5.4 juta

(f) Tanda Berhenti

Tanda titik menunjukkan tanda berhenti.

Contoh:

(i) Pisahkan.

(ii) Selitkan suis toggle.

Page 3: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 113

Tanda Koma ( , )

Tanda koma ialah tanda baca yang digunakan untuk menyenaraikan tiga unsur

atau lebih.

Contoh:

(i) Bahagian taip yang disukai oleh pencetak adalah roman, dan serif,

serif segi empat sama, skrip, dan khas.

(ii) Rangkaian komputer membenarkan pengguna yang kedudukan

geografinya bertabur untuk berkongsi aturcara data dan peralatan.

(a) Koma untuk Ayat Majmuk

Tanda koma berfungsi semasa membina ayat majmuk, iaitu memisahkan

klausa yang digabungkan dengan ayat utama.

Contoh:

(i) Keperluan seharian kolina menyamai dua kuning telur, iaitu kira-kira

4000 mg PC atau dua sudu besar lesitin granul dan menyamai 20

kapsul Lecitin 1200 mg.

(ii) Melalui pengaturcaraan yang baik, sesebuah robot boleh bercakap

menggunakan dialog mudah dan dengan sebuah aturcara yang lain, ia

mungkin boleh bermain catur dengan anda.

(b) Tanda Berhenti Sekejap dalam Penulisan

Tanda koma digunakan untuk menandakan berhenti sekejap dalam ayat yang

kompleks ataupun ayat panjang.

Contoh:

(i) Untuk menukar sesuatu sistem nombor kepada sistem nombor yang

lain, kita mestilah biasa dengan pemberat yang digunakan dalam setiap

sistem nombor.

(ii) Bagi memastikan anda memahami proses ini, tentukan perpuluhan

yang setara dengan nombor perduaan 101011.

(c) Menandakan Frasa yang Berlawanan Maksud

Tanda koma berfungsi untuk menunjukkan frasa yang berlawanan dalam ayat.

Page 4: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 114

Contoh:

(i) Tidak seperti pangkalan data piawai yang hanya mengandungi data,

pengkalan pengetahuan mengandungi fakta dalam hubungan dan

konteks.

(ii) Kaunselor tidak perlu mengetahui isi kandungan temubualnya dengan

klien terlebih dahulu, manakala guru perlu mengetahui isi kandungan

dan pencapaian khususnya perkara yang diajar.

(d) Menandakan Contoh

Tanda koma digunakan untuk menunjukkan senarai contoh dalam

ayat.

Contoh:

(i) Lejer am contohnya, berantara muka dengan akaun belum bayar,

akaun belum terima, bayaran gaji, dan sistem perakaunan lain yang

melibatkan urusniaga kewangan.

(ii) Banyak maklumat tentang murid untuk keperluan bimbingan dapat

diperolehi daripada ujian dan teknik, contohnya pemerhatian, laporan

daripada pihak-pihak tertentu, rekod peristiwa, soal selidik, temu

ramah murid dan ibubapa, senarai semak dan skala peningkatan.

(e) Menandakan Petikan Langsung

Tanda koma digunakan untuk menandakan bahawa ayat seterusnya adalah petikan

langsung.

Contoh:

(i) Menurut Ahmad (1998), “Penggunaan teknologi maklumat di sektor

perkhidmatan awam telah meningkat dengan pesatnya terutamanya

sejak tahun 1994.”

(ii) Buku teks sebagai sebuah bahan bacaan dan wahana pendidikan untuk

menyampaikan bermacam-macam ilmu sudah tentunya akan

memperlihatkan laras-laras yang berbeza dan yang tersendiri. Hal ini

pernah diperkatakan oleh White (1974),“...the language of each

subject tends to be a special register.”

(f) Memisahkan Penjelasan

Semasa membuat penjelasan tentang sesuatu perkara, tanda koma digunakan

untuk memisahkan penjelasan dengan perkara yang dijelaskan.

Page 5: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 115

Contoh:

(i) Latihan Kemahiran dan Pembelajaran, yang diadakan setiap tahun,

membantu membiasakan para pelatih dengan sistem-sistem

berteknologi baharu seperti penggunaan sistem komputer.

(ii) Kaunseling ialah perhubungan seseorang dengan seorang lain, iaitu

perhubungan antara perseorangan.

(g) Memberikan Penekanan

Tanda koma berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perkara itu diberikan

penekanan.

Contoh:

(i) Penggunaan pengautomasian pejabat, memudahkan urusan.

(ii) Larutan itu mengalir, dengan cepat.

(h) Menandakan Penerang

Tanda koma menunjukkan bahawa frasa berikutnya adalah penerang bagi frasa

sebelumnya.

Contoh:

(i) Johor Bahru, ibu negeri Johor, terletak berdekatan dengan negara

Singapura.

(ii) Teknologi RISC, akronim untuk pengkomputeran set suruhan

terkurang, merupakan kemajuan terbaru dalam reka bentuk

mikripemproses.

Tanda Sempang/Sengkang ( - )

(a) Menunjukkan dan Menegaskan Ejaan

Tanda sempang/sengkang digunakan untuk menunjukkan dan menegaskan

tentang ejaan perkataan terutamanya ejaan yang sering mengelirukan.

Contoh:

(i) r-e-g-r-e-s-i

(j) a-u-t-o-m-a-t-i-k bukan o-t-o-m-a-t-i-k

Page 6: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 116

(b) Memisahkan Angka

Tanda sempang/sengkang digunakan untuk memisahkan angka yang mempunyai

fungsi yang berlainan.

Contoh:

(i) 07-5589423

(ii) 09-6456009

(c) Menggabungkan Kata

Tanda sempang/sengkang berfungsi untuk menggabungkan kata dasar yang

dipendekkan untuk menyatakan sifat.

Contoh:

(i) Indo-Belanda

(ii) se-Asia

(d) Kata Gandaan

Tanda sempang/sengkang berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan

tersebut adalah kata gandaan.

Contoh:

(i) Beratus-ratus

(ii) Kuih-muih

(e) Menandakan Penulisan Transliterasi Huruf Arab

Tanda sempang/sengkang digunakan untuk menulis transliterasi huruf

Arab.

Contoh:

(i) al-Quran

(ii) al-Fatihah

(f) Huruf Besar yang Digabungkan dengan Huruf Kecil

Tanda sempang/sengkang digunakan untuk menggabungkan huruf besar dan

huruf kecil.

Page 7: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 117

Contoh:

(i) Yang di-Pertua Negeri

(ii) Kepada-Nya

(g) Menunjukkan Perkataan yang Terputus

Tanda sempang/sengkang berfungsi untuk menunjukkan perkataan yang terputus

pada hujung ayat halaman teks. Perkataan yang terputus ini perlulah ditulis

mengikut pemenggalan suku kata.

Contoh kesalahan:

Ia juga merangkumi aspek teknikal seperti pengurus-

an personel, pengurusan projek, perakaunan, dan kej-

uruteraan.

Pembetulan:

Ia juga merangkumi aspek teknikal seperti penguru-

san personel, pengurusan projek, perakaunan dan kejuru-

teraan.

Catatan:

[Peraturan ini digunakan apabila penulis menggunakan tulis tangan ataupun mesin

taip biasa.]

(h) Memisahkan Nombor dengan Angka

Tanda sempang/sengkang digunakan untuk memisahkan nombor dengan angka.

Contoh:

(i) 11970-an

(ii) Ke-20

Titik Bertindih (:)

(a) Menyenaraikan Sesuatu Perkara

Tanda titik bertindih berfungsi untuk menunjukkan bahawa terdapat senarai

sesuatu perkara beikutnya.

Page 8: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 118

Contoh:

Penerimaan kakitangan perkhidmatan awam terhadap teknologi

maklumat diuji dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas, iaitu:

(i) Keserasian

(ii) Mudah digunakan

(iii) Mudah difahami

(iv) Mudah digunakan

(v) Sukarela

(vi) Latihan yang diberikan

(b) Memisahkan Dua Klausa Utama

Tanda titik bertindih berfungsi untuk memisahkan dua klausa dalam sesuatu ayat.

Contoh:

(i) Ekonomi Malaysia: Gabungan Semua punca Pengeluaran

(ii) Responden merasai bahawa penerimaan kakitangan terhadap

teknologi maklumat adalah tinggi: mereka menggunakan teknologi

maklumat secara sukarela dan bukan dipaksa.

(c) Menandakan Rujukan Surah dan Ayat

Tanda titik bertindih menandakan rujukan surah dan ayat daripada kita.

Contoh:

(i) Surah 6: 18

(ii) Surah 5: 22

(d) Menandakan Masa

Tanda titik bertindih dapat menandakan masa bagi menunjukkan jam, minit dan

saat.

Contoh:

(i) Kipas itu berputar dalam masa 2:34:08

(ii) Masa yang paling pantas dibuatnya ialah 1:15:02

(e) Menandakan Rima

Tanda titik bertindih dapat menandakan rima.

Page 9: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 119

Contoh:

(i) Tarikh: 22 Jun 1999

(ii) Hari: Jumaat

(f) Memisahkan Judul Kecil daripada Judul Besar

Semasa menulis bahan rujukan,judul besar dan judul kecil dipisahkan oleh tanda

titik bertindih.

Contoh:

(i) Komputer : Pengenalan Kepada Bahasa Komputer dan

Pengaturcaraan.

(ii) The Pronoun and The Topic of Discourse : A Functional

Perspective on Text.

(g) Memisahkan Jilid, Bahagian, dan Halaman

Tanda titik bertindih dapat memisahkan jilid, bahagian, dan halaman majalah

ataupun jurnal sewaktu menulis rujukan.

Contoh:

(i) Jurnal Sains dan Teknologi 7: 32 : 10 (jilid 7, bilangan 32, halaman

10)

(ii) Goh Oh Sing (1991).“Pengajaran Tatabahasa KBSM: Masalah dan

Perlaksanaan” dalam Jurnal Dewan Bahasa 35: 1 Januari hlm. 4-8.

(jilid 35, bilangan 1)

(h) Memisahkan Bandar dan Penerbit

Tanda titik bertindih berfungsi untuk memisahkan tempat terbit dengan Penerbit

buku, majalah ataupun jurnal bibliografi.

Contoh:

(i) Alan F. Westin (1985). The Changing Workplace. New York:

MacMilan.

(ii) Mahmud Saedon A. Othman (1996). Institusi Pentadbiran Undang-

undang & Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 10: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 120

(i) Menulis Nisbah

Tanda titik bertindih digunakan untuk menulis nisbah.

Contoh:

(i) 1:5

(ii) 1:4

Koma Bertitik (;)

(a) Menyambungkan Dua Klausa

Tanda koma bertitik berfungsi untuk menyambungkan dua klausa yang

mempunyai hubungan yang sangat rapat dari aspek makna.

Contoh:

(i) Seseorang individu itu mungkin menghadapi masalah tugas dengan

penuh semangat dan tenaga agar mendapatkan kejayaan; ataupun ia

mungkin mengelakkan tugas tersebut untuk mengelakkan

kemungkinan gagal.

(ii) Pemboleh ubah bersandar ialah kecekapan perkhidmatan awam;

pemboleh ubah tak bersandar ialah perkhidmatan yang cepat,

perkhidmatan yang cemerlang, dan peranan pihak pengurusan atasan.

(b) Memisahkan Kumpulan Perkataan

Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan dua atau lebih klausa yang

terdiri daripada kumpulan perkataan yang mempunyai koma.

Contoh:

(i) Infrakstruktur rangkaian Sarawak Net telah direka bentuk dan

dibangunkan untuk menyokong keupayaan menterjemahkan lalulintas

data, suara,imej, dan video. (multimedia); keupayaan untuk

membekalkan kapasiti lebar jalur (bandwidth) menurut kehendak dan

keperluan pengguna dan untuk menjamin keupayaan lebar jalur

berdasarkan kontrak lalulintas, pengawalan kesesakan lalulintas

rangkaian dan kelebihan rangkaian.

(ii) Orang-orang yang terlibat dalam lawatan itu ialah Puan Shaleena

Mohammed, guru sastera sekolah Tun Aminah;Encik Azri Hamidi,

pesara dari Kampung Sungai Pulai; Ustaz Fauzi Ramli; imam masjid

Kampung Kulai dan Encik Imaran Said, penghulu Kampung Guar

Kepayang.

Page 11: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 121

Tanda Kurung ( )

(a) Mengapit Keterangan dan Penjelasan Tambahan

Tanda kurung digunakan untuk mengapit keterangan dan penjelasan tambahan

dalam ayat.

Contoh:

(i) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatatkan

pertumbuhan pesat pada setengah tahun pertama, iaitu sebanyak 8.5

peratus.

(ii) Namun pada kebiasaannya, pengurus kredit akan mempertimbangkan

juga faktor pengumpulan dalam membuat penilaian kredit ini.

(b) Mengapit Sumber Bahan Rujukan

Tanda kurung digunakan untuk mengapit sumber bahan rujukan.

Contoh:

(i) (Hiltebeitel, 1988)

(ii) Tahun 1988 menyatakan jumlah pinjaman sewa beli yang tidak

berbayar bagi individu adalah antara 25% hingga 50% (Rujuk Rajah

4.4).

(c) Mengapit Huruf atau Angka Senarai

Tanda kurung berfungsi untuk mengapit huruf atau angka senarai yang tidak

mempunyai tanda titik.

Contoh:

a. (i) b. (1)

(ii) (2)

(iii) (3)

(iii) (4)

(d) Memberikan Penjelasan dalam Ayat

Tanda kurung berfungsi untuk memberikan penjelasan dalam ayat yang dikira

penting tetapi jika tidak dibuat di dalam kurungan, kelancaran ayat akan

terganggu.

Page 12: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 122

Contoh:

(i) Selain itu, institusi kewangan mengambil langkah berhati-hati untuk

mengelakkan kesan masalah tahun 2000 (Y2K) (mensyaratkan

syarikat yang menjadi pelanggan menyatakan status pematuhan

terhadap isu tersebut) sebelum meluluskan sebarang pinjaman.

(ii) Panaskan ketuhar untuk sekurang-kurangnya sejam (suhunya mestilah

tidak melebihi 180 darjah Celsius) bagi memastikan cecair tersebut

bertindakbalas sepenuhnya.

Tanda Kurung Siku [ ]

Penggunaan tanda kurung siku amat terhad. Ia digunakan bagi perkara-perkara

tertentu sahaja dan tidak digunakan menggantikan tanda kurung bulat.

(a) Mengurangkan Huruf, Kata atau Kelompok Kata

Tanda kurung siku digunakan untuk mengurungkan huruf atau kata atau

kelompok kata sebagai pembetulan ataupun tambahan kepada petikan atau

bahagian yang telah ditulis.

Contoh:

(i) Apabila kesejukkan, kawasan tersebut tidak berhabu[b]lur lagi.

(ii) Teori ini [Teori Psikoanalitik] banyak membincangkan perkara lain

yang berkaitan dengan personaliti seperti perkembangan ego dan

kebolehan seseorang menghadapi situasi hidup sebenar dengan penuh

kesedaran.

(b) Menandakan Tanda Kurung

Tanda kurung berfungsi untuk menandakan tanda kurung yang terletak dalam

tanda kurung yang lain.

Contoh:

(i) Sistem Penterjemahan Formula (FORTRAN [Formula Translating

System]) adalah bahasa yang digunakan terutamanya untuk menulis

aturcara komputer yang menggunakan formula arimetik secara meluas.

(ii) (Tidak dijelaskan sama ada bukti tersebut [pakaian dan laporan punca

kematian] ada dalam simpanannya atau tidak).

Page 13: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 123

Tanda Kurung Dakap { }

(a) Merangkumkan Beberapa Perkara Sebagai Pilihan

Tanda kurung dakap berfungsi untuk merangkumkan beberapa perkara sebagai

pilihan.

Contoh:

(i) Beberapa bidang { perniagaan am, bank, pendidikan kerajaan}

menggunakan komputer secara meluas.

(ii) Berikut ialah cara untuk mencari nila a dalam rumus:

S = n/2 {2a+ (n-10d}

Tanda Petik ( “.....”)

Tanda petik ditulis secara berpasangan, iaitu dengan pembuka kata dan penutup

kata.

(a) Menandakan Petikan Langsung

Tanda petik berfungsi untuk menunjukkan bahawa ayat tersebut adalah petikan

langsung.

Contoh:

(i) Menurut Md. Sidin, “Bahasa digunakan untuk menyampaikan idea

atau berkomunikasi dengan orang lain tentang sesuatu idea”.

(ii) Menurut Emig (1971), istilah peninjauan ialah “a process which

includes everything from correcting minor mechanical errors to

changing the entire piece substantially”.

(b) Menandakan Tajuk Buku, Majalah, Karya, atau Wacana

Tanda petik menandakan tajuk buku, buku, majalah, karya, atau wacana dalam

bibliografi ataupun sumber bahan rujukan.

Contoh:

(i) Fail boleh terdiri daripada apa sahaja, iaitu daripada satu kata

sehinggalah kepada novel “Great American”.

(ii) “The chronicle of Higher Education”, dicetak semula dengan

kebenaran C.J.H.

Page 14: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 124

Tanda Petik Tunggal (‘...’)

(a) Menandakan Petikan yang Sudah Ada Tanda Petik

Tanda petik tunggal dapat menandakan petikan yang sudah ada tanda petik.

Contoh:

(i) “Apabila seseorang pengguna mengendalikan komputer peribadi untuk

berkomunikasi dengan kerangka utama syarikat dan juga untuk

melihat pangkalan data, data boleh dimuatkan ke dalam pangkalan

data dan pangkalan data tersebut boleh ‘dikacaubilaukan‟ dengan

berbagai-bagai cara.”

(ii) “Beberapa jenis alatan ukuran boleh digunakan untuk mendapatkan

ukuran ‘kelembapan mutlak‟ dan ‘kelembapan nisbi‟.”

(b) Mengapit Terjemahan ataupun Keterangan

Tanda petik tunggal berfungsi untuk mengapit terjemahan ataupun keterangan

yang tidak menggunakan tanda kurung.

Contoh:

(i) Pada kebiasaannya, syarikat kewangan akan memastikan bahawa

harga pinjaman (kadar pinjaman) adalah melebihi „kadar pelarasan

risiko‟.

(ii) Ukuran kepekatan gas digunakan untuk memantau jumlah pengeluaran

gas yang berlebihan dari boiler ‘dandang‟.

Garis Miring ( / )

Rujukan dan Kod

(a) Garis miring digunakan dalam rujukan dan kod fail ataupun dokumen.

Contoh:

(i) PSKU/134/99

(ii) UHA/13/2000

(b) Pengganti Kata dan, atau, dan per

Garis miring digunakan sebagai pengganti kata dan, atau, dan, per-.

Page 15: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 125

Contoh:

(i) Terdapat berbagai-bagai jenis peranti I/O khusus yang boleh

digunakan dengan sistem mikrokomputer.

(ii) Halajunya ialah 200km/jam.

Elipsis (...)

Elipsis ialah satu siri tiga titik yang digunakan tuntuk menandakan bahawa

sebahagian bahan telah ditinggalkan dalam satu petikan tertentu.

Contoh:

“Telah dibuktikan bahawa mesin mestilah berkebolehan

menyimpan bukan sahaja maklumat digital yang diperlukan

dalam pengiraan yang diberi ... tetapi juga suruhan yang

mengawal rutin sebenar yang dilaksanakan pada data

berangka...”

Penulisan Huruf Besar

Huruf Pertama Awal Ayat

Huruf pertama awal ayat mestilah huruf besar.

Contoh:

(i) Hubungan antara guru dengan pelajar sangatlah penting dalam sistem

pendidikan.

(ii) Melalui sistem pendidikan berkomputer ini juga, pelajar-pelajar akan

dapat pengajaran mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Huruf Pertama Petikan Langsung

Huruf pertama petikan langsung mestilah huruf besar.

Contoh:

(i) “Istilah teknikal adalah penting bagi seorang pakar untuk

berkomunikasi dengan pakar sejawatannya.” (Abd Hamid, 1993).

Page 16: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 126

Huruf Pertama Kitab Suci dan Nama Tuhan

Huruf pertama dalam ungkapan yang bersangkutan dengan kitab suci dan nama

Tuhan ataupun kata ganti-Nya hendaklah huruf besar.

Contoh:

(i) Yang Maha Mengetahui

(ii) Hamba-Nya

Huruf Pertama Gelaran

Huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti oleh

nama orang mestilah huruf besar.

Contoh:

(i) Sultan Salahuddin

(ii) Tun Hussien Onn

(iii) Datuk Manolito Carisas

Huruf Pertama Nama Jawatan dan Pangkat

Huruf pertama nama jawatan dan pangkat diikuti oleh nama orang ataupun yang

merujuk kepada seseorang mestilah huruf besar.

Contoh:

(i) Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

(ii) Naib Caunselor Datuk Prof. Ir. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd.

Ghazali. Huruf besar tidak digunakan sebagai huruf pertama untuk

nama jawatan dan pangkat yang tidak diikuti nama orang ataupun yang

tidak merujuk kepada seseorang.

Contoh:

(i) Siapakah nama perdana menteri wanita pertama di Asia?

(ii) Jawatan pengerusi akan diberikan kepada ahli majlis yang

banyak memegang saham syarikat.

Huruf Pertama Nama Khas

Huruf pertama nama khas mestilah huruf besar.

Page 17: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 127

Contoh:

(i) Asia.

(ii) Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Akronim

Huruf pertama akronim mestilah huruf besar.

Contoh:

(i) FAMA

(ii) UDA

Huruf Condong

Nama Buku, Majalah dan Surat Khabar

Nama buku, majalah,dan surat khabar yang tidak digaris mestilah ditulis condong.

Contoh:

(i) Berita Harian

(ii) Pengurusan masa: Satu pengenalan

Menulis nama Ilmiah ataupun Ungkapan Asing

Huruf condong digunakan semasa menulis nama ilmiah ataupun ungkapan asing

kecuali yang telah disesuaikan ejaannya.

Contoh:

(i) Sistem maklumat dikelaskan mengikut masa sambutan sistem.

(ii) Penggunaan AI yang terbesar oleh Computer Science Corporation

adalah sistem pakar yang direka bentuk untuk membantu mencapai

maklamat Strategic Defence Initiative.

Menyatakan Sambungan

Huruf condong digunakan untuk menyatakan sambungan di bawah

teks.

Contoh:

(i) Bersambung ke halaman 12

(ii) Lihat lampiran sebelah

Page 18: G7 Tanda Baca Dalam Karangan

T a n d a B a c a D a l a m K a r a n g a n | 128

Kesimpulannya, semua jenis dan bentuk penulisan karangan memerlukan

penguasaan tanda baca yang baik sama ada penulisan yang berteraskan pada ilmu

sains dan teknologi ataupun ilmu-ilmu kemanusiaan. Sepertimana komponen

penulisan yang lain, tanda baca boleh menjadikan sesebuah penulisan itu

berkesan, menarik dan diminati oleh pembaca.

KATA KUNCI

1. Noktah 6. Titik bertindih 11. Sempang

2. Koma 7. Titik berkoma 12. Garis Miring

3. Akronim 8. Tanda kurung 13. Tanda petik

PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan pengertian serta kepentingan tanda baca.

2. Apakah fungsi titik bertindih dan titik berkoma.

3. Apakah perbezaan tanda kurung dan tanda kurung siku.

Bahan Rujukan

Awang Sariyan. (1992). Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu

Sdn Bhd.

_____________( 2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Henry Guntur Tarigan. (1986). Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa.

Bandung: Penerbit Angkasa.

Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sulaiman Masri et al.(2007). Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.