fitrah wanita

47
FITRAH WANITA

Upload: aza88

Post on 17-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

masalah haid

TRANSCRIPT

  • FITRAH WANITA

  • DARAH WANITAHaidNifasIstihadah

  • HAIDSecara bahasa : haid adalah mengalirnya sesuatu. Adapun pengertiannya yang syara :Haid adalah darah yang keluar pada waktu-waktu tertentu dari organ khusus wanita secara alami tanpa adanya sebab, bukan karena sakit, luka atau keguguran atau selesai melahirkan.

  • WARNA-WARNA DARAH HAIDPada mazhab Syafie dan jumhur ulamak warnanya adalah hitam, merah,keemasan, kuning dan keruh .

  • SIFAT-SIFAT DARAH HAIDSifat darah1. Pekat2. Panas3. Keluar perlahan4. Berbau busuk

  • BATASAN MASA"Tidak ada batasan minima dan tidak pula batasan maksima hari haid". Pendapat ini yang dibenarkan Syeikh Ibnu Utsaimin dengan dalil-dalil sebagai berikut: firman Allah s.w.t : "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh kerana itu hendaklah kamu menjauhi para isteri kamu ketika mereka sedang haid dan jangan kamu mendekati mereka hingga mereka suci dari haid". (Al Baqarah: 222)

  • Sabda Rasulullah s.a.w :"Lakukanlah semua yang diperbuat oleh orang yang melakukan haji. Namun jangan engkau tawaf di Kaabah hingga engkau suci" (HR. Muslim dalam Shahihnya juz 4, hal. 30, Syarah Nawawi)

  • Batasan-batasan yang disebutkan oleh para fuqaha dalam masalah ini tidak ada dalilnya dalam al Quran dan Sunnah.

  • TEMPOH HAID

    a. Menurut jumhur ulamak yaitu Syafie, Hanbali, Atha, Abu Thaur, Al-Auzai dan Ishaq sekurang-kurang haidh sehari semalamb. Tempoh biasa adalah 6 atau 7 hari.c. Tempoh terpanjang bagi haidh adalah 15 hari dan malamnya .d. Tempoh minimum bagi masa suci adalah 15 hari dan malamnya .Tidak ada had bagi tempoh maksimum masa suci antara dua haidh .

  • KEJADIAN HAIDPertama:bertambah atau berkurang waktunya. 6-7 hari atau lebihKedua:lambat atau cepat

  • Ketiga, warna kekuningan atau keruh yang keluar dari kemaluan. Apabila cairan ini keluarnya pada masa haid atau bersambung dengan masa haid sebelum suci maka dihukumi sebagai darah haid.

  • Namun bila keluarnya di luar masa haid, cairan tersebut bukan darah haid. Menurut Ummu `Athiyah radliallahuanha : "Kami dahulunya tidak mempedulikan sedikitpun cairan yang keruh dan cairan kuning yang keluar setelah suci dari haid". (HR. Abu Daud. Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari)

  • Keempat, keringnya darah di mana wanita hanya melihat sesuatu yang basah (ruthubah) seperti lendir dan semisalnya. Kalau ini terjadi pada masa haid atau bersambung dengan waktu haid sebelum masa suci maka ia adalah haid. Bila di luar masa haid maka ia bukan darah haid, sebagaimana keadaan cairan kuning atau keruh.

  • HUKUM-HUKUM HAIDSOLATWanita haid diharamkan untuk mengerjakan solat baik yang wajib atau yang sunat. Rasulullah s.a.w.ketika ada wanita yang mempertanyakan keberadaan kaum wanita yang dikatakan kurang agama dan akalnya, baginda bersabda : "Bukankah jika wanita itu haid dia tidak melaksanakan solat dan tidak puasa. Maka itulah yang dikatakan setengah agamanya". (HR. Bukhari dalam sohihnya no. 304, 1951 dan Muslim no. 79)

  • Puasa wajib (Ramadhan) yang dia tinggalkan wajib diqada sedangkan solat tidak ada kewajiban untuk mengqadanya, berdasarkan hadis Aisyah ketika ada yang bertanya kepadanya: "Apakah salah seorang dari kami harus mengqada solatnya bila telah suci dari haid ?" Aisyah pun bertanya dengan nada mengingkari: "Apakah engkau wanita Haruriyah? Kami dulunya haid di masa Nabi s.a.w. Baginda tidak memerintahkan kami untuk mengganti solat". (HR. Bukhari no. 321) Dalam riwayat Muslim Aisyah mengatakan: "Kami dulunya ditimpa haid maka kami hanya diperintah mengqada puasa dan tidak diperintah untuk mengqada solat". (HR. Muslim no. 69)

  • Tawaf di Baitullah Wanita haid diharamkan untuk tawaf di Kaabah baik tawaf yang wajib mahupun yang sunnah. Rasulullah sa.w.bersabda kepada Aisyah yang ditimpa haid saat sedang melakukan amalan haji : "Lakukanlah semua yang diperbuat oleh orang yang berhaji. Namun jangan engkau tawaf di Kaabah hingga engkau suci" (HR. Muslim dalam Shahihnya juz 4, hal. 30, Syarah Nawawi) Adapun amalan haji yang lain seperti sa`i, wuquf di Arafah, dan sebagainya tidak ada keharaman untuk dikerjakan oleh wanita yang haid.

  • Jima (bersetubuh) Diharamkan bagi suami untuk menggauli isterinya yang sedang haid pada farji (kemaluannya) dan diharamkan pula bagi isteri untuk memberi kesempatan dan memperkenankan suaminya untuk melakukan hal tersebut. Karena Allah taala berfirman: "maka jauhilah (tidak boleh jima`) oleh kamu para isteri ketika haid dan janganlah kamu mendekati mereka (untuk melakukan jima`) hingga mereka suci". (Al Baqarah: 222)

  • Talak Ketika isteri sedang haid, haram bagi suaminya untuk mentalaknya berdasarkan firman Allah ta`ala: "Wahai Nabi, apabila kamu hendak menceraikan para isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada saat mereka dapat (menghadapi) iddahnya". ( Ath Thalaq: 1)

  • Ibnu Abbas radliallahuanhuma menafsirkan: "Tidak boleh seseorang menceraikan isterinya dalam keadaan haid dan tidak boleh pula ketika isteri dalam keadaan suci namun telah disetubuhi dalam masa suci tersebut. Akan tetapi bila ia tetap ingin menceraikan isterinya maka hendaklah ia membiarkannya (menahannya) sampai datang masa haid berikutnya lalu disusuli masa suci, setelah itu dia boleh menceraikannya". (Tafsirul Qur'anil Adhim 4/485)

  • Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menyebutkan: "Ada tiga keadaan yang dikecualikan dalam pengharaman talak ketika isteri sedang haid (boleh mentalaknya walaupun dalam keadaan haid)

  • Pertama, apabila talak dijatuhkan sebelum dia berduaan dengan isterinya atau sebelum dia sempat bersetubuh dengan isteri setelah atau selama nikahnya. Dalam keadaan demikian tidak ada iddah bagi wanita dan tidak haram menceraikannya dalam masa haidnya.

  • Kedua, apabila haid terjadi di waktu isteri sedang hamil karena lamanya iddah wanita hamil yang dicerai suaminya adalah sampai dia melahirkan anak yang dikandungnya bukan dihitung dengan masa haidnya. Allah taala berfirman : "Wanita-wanita yang hamil masa iddahnya adalah sampai mereka melahirkan anak yang dikandungnya". (al Talaq: 4)

  • Ketiga, apabila talak dijatuhkan dengan permintaan isteri dengan cara dia menebus dirinya dengan mengembalikan sesuatu yang pernah diberikan suaminya atau diistilahkan khulu. Hal ini dipahami dari hadis Ibnu Abbas radliallahuanhuma dalam shahih Bukhari (no. 5273, 5374, 5275, 5276).

  • Disebutkan bahwasanya isteri Tsabit bin Qais bin Syamas datang kepada Nabi s.a.w. lalu menyatakan keinginannya untuk berpisah dengan suaminya. Maka Nabi s.a.w.menyuruhnya untuk mengembalikan kebun yang pernah diberikan kepadanya dan memerintahkan Tsabit untuk menerima pengembalian tersebut dan menceraikan isterinya. Dalam hadis ini Nabi sama sekali tidak menanyakan kepada wanita tersebut apakah dia dalam keadaan haid atau tidak.

  • Masa iddah wanita yang bercerai dari suaminya Perhitungan masa iddah wanita yang bercerai dari suaminya dalam keadaan ia tidak hamil adalah dengan tiga kali haid, berdasarkan firman Allah ta`ala : "Wanita-wanita yang ditalak suaminya hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga quru" ( Al Baqarah: 228)

  • SIFAT DARAH HAIDDarah haid pada umumnya berwarna merah kehitaman dan berbau tidak sedap dan keluarnya tidak meluncur seperti keluarnya urine, serta terjadi pada kelaziman masa haid. Seorang wanita yang mendapati darahnya berwarna kuning seperti nanah atau keruh antara kekuning-kuningan dan kehitam-hitaman, jika hal itu terjadi pada saat masa haid atau bersambung dengan haid sebelum suci, maka itu adalah haid dan berlaku baginya hukum-hukum haid.

  • Tetapi jika terjadi sesudah masa suci, maka hal itu bukan lah darah haid. Hal ini berdasarkan riwayat dari Ummu Athiyah Radhiyallahu anha:

    Kami tidak menganggap apa-apa darah yang berwarna kuning atau keruh sesudah suci. (HR Abu Dawud)

  • Demikian juga diriwayatkan oleh Al-Bukhari tentang hadist yang menceritakan bahwa kaum wanita pernah mengirimkan kepada Aisyah sehelai kain berisi kapas yang terdapat padanya darah berwarna kuning. Maka Aisyah berkata:

  • Janganlah tergesa-gesa sebelum kamu melihat lendir putih, iaitu cairan putih yang keluar saat habis masa haid.

  • Mandi Haid Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Fathimah bintu Abi Hubaisy radliallahuanha : Tinggalkanlah solat sekadar hari-hari yang engkau biasa haid padanya, dan jika telah selesai haidmu mandilah dan solatlah". (HR. Bukhari no. 325)

  • Yang wajib ketika mandi ini adalah minima meratakan air ke seluruh tubuh hingga pokok rambut. Yang utama melakukan mandi sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w ketika beliau ditanya oleh seorang wanita Ansar tentang tata cara mandi haid.

  • Baginda bersabda : "Ambillah secarik kain yang diberi misik (wewangian) lalu bersucilah dengannya". Wanita itu bertanya: "Bagaimana cara aku bersuci dengannya ?" Nabi menjawab : "Bersucilah dengannya". Wanita itu mengulangi lagi pertanyaannya. Nabi menjawab: "Subhanallah, bersucilah". Aisyah berkata: Maka aku menarik wanita tersebut ke dekatku lalu aku katakan kepadanya: "Ikutilah bekas darah dengan kain tersebut". (HR. Bukhari no. 314, 315 dan Muslim no. 60)

  • Riwayat Muslim (no. 61) bahawasa Asma bintu Syakl bertanya tentang tata cara mandi haid maka baginda bersabda: "Salah seorang dari kalian mengambil air dan daun sidr (bidara) lalu dia bersuci dan membaguskan bersucinya. Kemudian dia tuangkan air ke kepalanya dan dia gosok dengan kuat hingga air tersebut sampai ke akar-akar rambutnya, kemudian dia tuangkan air ke atasnya. Kemudian ia ambil secarik kain yang diberi misik lalu dia bersuci dengannya". (HR. Muslim no. 61)

  • Apabila wanita haid telah suci dari haidnya di tengah waktu solat yang ada, wajib baginya untuk segera mandi agar ia dapat menunaikan solat tersebut pada waktunya. Apabila dia sedang safar dan tidak ada air padanya atau ada air namun dia khuatir bahaya bila memakainya atau dia sakit yang akan berbahaya bila dia memakai air, maka cukup baginya bertayammum sebagai pengganti mandi hingga hilang darinya keuzuran.

  • Masalah berkaitan haidBolehkah seorang wanita yang sedang haid masuk dan duduk di dalam masjid ?Sebagian ulama melarang seorang wanita masuk dan duduk di dalam masjid dengan dalil: Aku tidak menghalalkan masjid untuk wanita yang haidh dan orang yang junub. (Diriwayatkan oleh Abu Daud no.232, al Baihaqi II/442-443, dan lain-lain)

  • Akan tetapi hadith di atas merupakan hadith dhoif (lemah) meski memiliki beberapa syawahid (penguat) namun sanad-sanadnya lemah sehingga tidak boleh menguatkannya dan tidak dapat dijadikan hujjah. Syaikh Albani -rahimahullaah- telah menjelaskan hal tersebut dalam Dhoif Sunan Abi Daud no. 32 serta membantah ulama yang mensahihkan hadith tersebut seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu al Qahthan, dan Asy Syaukani. Beliau juga menyebutkan ke-dhoif-an hadith ini dalam Irwaul Gholil I/201-212 no. 193.

  • Berikut ini sebagian dalil yang digunakan oleh ulama yang membolehkan seorang wanita haid duduk di masjid (Jami Ahkamin Nisa I/191-192):Adanya seorang wanita hitam yang tinggal di dalam masjid pada zaman Nabi s.a.w Namun tidak ada dalil yang menyatakan bahwa Nabi s.a.w memerintahkannya untuk meninggalkan masjid ketika ia mengalami haid.

  • Sabda Nabi s.a.wLakukanlah apa yang boleh dilakukan oleh orang yang berhaji selain tawaf di Baitullah. Larangan tawaf kerana tawaf di Baitullah termasuk solat, maka wanita itu hanya dilarang untuk tawaf dan tidak dilarang masuk ke dalam masjid. Apabila orang yang berhaji diperbolehkan masuk masjid, maka hal tersebut juga dibolehkan bagi seorang wanita yang haid.

  • Bolehkah seorang wanita yang sedang haid membaca Al Quran (dengan hafalannya) ? Sebahagian ulama berpendapat bahwa wanita yang haid dilarang untuk membaca Al Quran (dengan hafalannya) dengan dalil: Orang junub dan wanita haid tidak boleh membaca sedikitpun dari Al Quran. (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi I/236; Al Baihaqi I/89 dari Ismail bin Ayyasi dari Musa bin Uqbah dari Nafi dari Ibnu Umar)

  • Sebahagian ulama berpendapat orang yang sedang haid/nifas boleh membaca sedikit ayat al Quran dengan niat zikir.

  • Bagaimana hukum perempuan haid yang melintasi masjid?Tidak haram bagi seorang wanita yang haid melintasi masjid

  • Hadis Riwayat Muslim daripada Aisyah:Rasulullah s.a.w. Telah bersabda kepadaku: ambilkan untukku sejadah di masjid, lalu aku berkata:sesungguhnya aku dalam keadaan haid.Sabda Rasulullah s.a.w:sesungguhnya haidmu itu bukan di tangan kamu.

  • Bolehkah seorang wanita yang sedang haid menyentuh mushhaf Al Quran ?Telah terjadi perselisihan pendapat di kalangan ulama. Ulama yang melarang hal tersebut berdalil dengan ayat: Artinya:Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (Al Waqiah: 79)

  • Mushab bin Saad bin Abi Waqas berkata, Aku sedang memegang mushaf di hadapan Saad bin Abi Waqas kemudian aku menggaru-garu. Maka Saad berkata, Apakah engkau telah menyentuh kemaluanmu? Aku jawab, Ya. Dia berkata, Berdiri dan berwuduklah! Maka aku pun berdiri dan berwuduk kemudian aku kembali. (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha dengan sanad yang sahih)

  • Ishaq bin Marwazi berkata, Aku berkata (kepada Imam Ahmad bin Hanbal), Apakah seseorang boleh membaca tanpa berwuduk terlebih dahulu? Beliau menjawab, Ya, akan tetapi hendaknya dia tidak membaca pada mushaf sebelum berwuduk.

  • TERIMA KASIH

  • TASBIH KIFARAH

    "SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANAKALLAHUMMA WABIHAMDIKA ASYHADU ALLAA ILAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIK"

    "Maha suci engkau ya Allah tuhanku!Dengan memuji Engkau,tidak ada Tuhan melainkan Engkau dan aku memohonkan keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau."