faktor yang mempengaruhi migrasi

13
Kajian Geografi Tempatan 2013 Tema : Petempatan dan Perkembangannya Faktor yang mempengaruhi migrasi

Upload: nur-syafika

Post on 26-Dec-2014

11.311 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Kajian Geografi Tempatan 2013

Tema : Petempatan dan Perkembangannya

Faktor yang mempengaruhi migrasi

Faktor yang mempengaruhi migrasi

Page 2: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Objektif Kajian

Berikut adalah objektif yang ditentukan dalam menjalankan

kerja kursus ini.

• Mendefinisikan dan menghuraikan konsep migrasi penduduk.

• Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi

migrasi penduduk.

• Membuat rumusan keseluruhan termasuk penerapan nilai dan

unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Page 3: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Kawasan Kajian

Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6

kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara

rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya. Bandar Baru Bangi terletak di

dalam daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran

Kajang (MPKj).

Page 4: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit, West Country Estate yang

berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah

dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya

dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan

rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan

kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit

kilang dan sebuah kompleks pejabat.

Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan

sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang

menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga

telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.

Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia  telah dirancang pembinaannya untuk

membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan

mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk

menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar

Baru Bangi.

Page 5: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Kaedah Kajian

Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan bagi menyiapkan kajian ini :

(a)Pemerhatian

• Pemerhatian terhadap ciri kawasan kajian dari segi pembangunan di kawasan

persekitaran serta kemajuannnya.

• Pemerhatian terhadap kepadatan penduduk dan kawasan perumahan serta jenis

kemudahan yang terdapat di kawasan persekitaran.

(b) Temu bual dan soal selidik

• Menemu bual dan memberi borang soal selidik kepada penduduk sekitar untuk

mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kawasan kajian.

(c) Rujukan

• Pengumpulan yang berkaitan tajuk kajian peta kawasan kajian dan maklumat-

maklumat yang berkaitan.

• Pengumpulan maklumat melalui internet / laman web.

• Rujukan dibuat kepada buku teks geografi tingkatan 2.

Page 6: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Hasil Kajian

Migrasi penduduk ialah perpindahan atau penghijrahan penduduk dari

satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi

antarabangsa dan migrasi dalaman.

Migrasi antarabangsa ialah penghijrahan dari sesebuah negara ke negara yang

lain. Migarasi dalaman pula ialah perpindahan penduduk di antara kawasan-

kawasan sesebuah negara sama ada perpindahan tempat tinggal secara

sementara atau kekal.

Bandar Baru Bangi merupakan salah satu penempatan yang giat dan

pesat membangun di Selangor. Ia juga adalah salah satu kawasan yang

mempunyai penduduk yang tinggi. Dalam kajian saya, memandangkan Bandar

Baru Bangi adalah satu penempatan yang agak padat, pola migrasi penduduk

menunjukkan perpindahan dari bandar ke bandar dan perpindahan dari luar

bandar ke bandar.

Page 7: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Pola migrasi dari bandar ke bandar dalam kajian saya menunjukkan

penduduk berhijrah kerana disebabkan peluang pekerjaan, kemudahan

asas yang baik dan lengkap dan mengikut keluarga berpindah ke

Bandar Baru Bangi. Dari pemerhatian saya, pusat institusi pengajian tinggi

seperti Universiti Kebangsaan Malaysia juga mendorong pergerakan

penduduk yang terdiri daripada pelajar. Pola migrasi dari luar bandar ke

bandar pula dipengaruhi oleh kemudahan asas di Bandar Baru Bangi dan

peluang pekerjaan yang terdapat di sini atau kawasan-kawasan yang

berdekatan dengan kawasan kajian.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di

kawasan kajian adalah peluang pekerjaan yang banyak, kemudahan-

kemudahan asas yang lengkap, pusat pendidikan yang baik untuk pelajar-

pelajar yang melanjutkan pelajaran.

Page 8: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Perkembangan kegiatan ekonomi dan sosial telah menjadikan Bandar

Baru Bangi berkembang dari sebuah kawasan perumahan biasa kepada satu

kawasan perumahan elit yang pesat dengan aktiviti-aktiviti komersial, industri dan

sosial. Sebagai contoh, banyak kedai, pasaraya, restoren telah dibuka

menawarkan pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk. Saya berasa amat

bertuah kerana kawasan ini berada berdekatan dengan kawasan sekolah saya.

Saya yakin dengan peluang pekerjaan yang banyak, masa hadapan generasi

muda di Bandar Baru Bangi akan lebih terjamin.

Page 9: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Bandar Baru Bangi merupakan satu kawasan yang membangun dengan cepat.

Di sini bukan sahaja mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air

dan elektrik serta jalanraya tetapi kemudahan infrastruktur, pusat pendidikan, pusat

perubatan dan komersial yang canggih. Ini mendorong migrasi penduduk ke Bandar

Baru Bangi. Memandangkan saya bersekolah di Bandar Baru Bangi sudah 2 tahun,

saya bersyukur bersekolah di sini kerana kawasan persekitarannya yang mempunyai

kemudahan-kemudahan yang canggih dan sistem jalanraya yang cekap yang

memudahkan saya pergi dan balik dan sekolah.

Page 10: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Bandar Baru Bangi merupakan salah satu pusat pendidikan di Negeri Selangor

dengan adanya Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, ia juga terletak

berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Ini mendorong migrasi terutama dikalangan pelajar-pelajar yang akan tinggal Bandar

Baru Bangi secara sementara untuk tempoh yang singkat. Selain daripada itu,

kawasan ini mempunyai sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai

prestasi dan disiplin yang baik contohnya SMK Jalan Empat yang telah dinobatkan

menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Oleh itu, saya beruntung kerana

bersekolah di tempat yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan

juga mempunyai pilihan university yang banyak untuk melanjutkan pelajaran kelak.

Page 11: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Dasar dan pentadbiran kerajaan yang sentiasa prihatin

tentang keselesaan penduduk juga mendorong migrasi penduduk ke

Bandar Baru Bangi. Kerajaan juga banyak member tumpuan

pembangunan di kawasan ini dengan menjaga persekitaran di

Bandar Baru Bangi sebagai kawasan perumahan yang selesa,

harmoni dan baik. Kerajaan juga berusaha menjadikannya sebagai

pusat ekonomi, sosial dan komersial yang pesat membangun. Saya

berasa berasa bertuah kerana negara ini dipimpin oleh kerajaan

yang prihatin terhadap keselesaan dan kemudahan rakyat. Oleh itu,

saya amat berterima kasih dan menghargai usaha-usaha kerajaan

ini.

Page 12: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Rumusan

Secara rumusannya, pola migrasi di Bandar Baru Bangi

kebanyakannya melibatkan migrasi bandar ke bandar dan luar bandar ke

bandar. Kemudahan asas yang lengkap dan moden, peluang pekerjaan

yang luas, mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran telah banyak

mempengaruhi migrasi ke Bandar Baru Bangi.

Dengan adanya migrasi, ia berjaya mewujudkan masyarakat

majmuk yang berbilang kaum. Saya bangga menjadi anak Malaysia yang

hidup dalam komuniti “Satu Malaysia” yang maju dalam suasana aman

dan harmoni. Migrasi penduduk telah menaik tarafkan hidup penduduk.

Saya berterima kasih di atas usaha-usaha kerajaan menjadikan Bandar

Baru Bangi kawasan yang pesat membangun yang menawarkan peluang-

peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk di di sini.

Page 13: Faktor yang mempengaruhi migrasi

Rujukan

1. Buku teks

• Buku Teks KBSM Geografi Tingkatan 2 oleh Chong Mui Sen dan Azizan

bin Hj Abu Samah

2. Buku rujukan

• Bab 9 dalam buku rujukan “Explorasi Geografi” tingkatan 2 terbitan

Oxford Fajar oleh Mohammad Ismail dan Shamshiah Ahmad.

• Bab 25 dalam buku rujukan geografi Nexus PMR tingkatan 1,2,3

terbitan Sasbadi oleh Chong Mui Sen

3. Laman web

• Laman web : http:// www. mycen.com.my/map/bandar baru bangi. Htlm

• Laman web : http:// www.ms.wikipedia .org/wiki/bandarbarubangi