drrauh

9
1 KEHARMONIAN ISLAM DARI PERSPEKTIF SEJARAH Dr Abdol Rauh Yaccob Universiti Brunai Darulsalam Pendahuluan Dari segi sejarah kejadian manusia, kitab suci al-Quran telah menjelaskan asal usul kejadian dan tugas manusia di atas muka bumi yang disebut sebagai khalifah. Bagi melaksanakan tugas ini Allah telah bekalkan akal sebagai asas untuk mendapatkan ilmu bagi mentadbir dan mengurus alam ini yang diciptakan untuk kegunaan manusia. Melalui akal, kedudukan manusia dimartabatkan sehingga malaikat diperintahkan untuk sujud menghormati Nabi Adam. Kemuliaan dan kelebihan manusia disebut dengan jelas dalam al-Quran berbanding dengan makhlukNya yang lain. Tetapi kemuliaan dan kelebihan ini tidak dikhususkan kepada mana- mana bangsa atau puak. 1 Pada asasnya manusia adalah satu umat. Ini berdasarkan kepada asal kejadian manusia dari Adam kemudian darinya dijadikan isterinya dan lahirlah keturunan manusia yang banyak. 2 Allah s.w.t telah mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk memberi bimbingan dan petunjuk kepada keturunan Adam melalui kitab hidayahNya yang digunakan sebagai panduan bagi menyelesaikan perselisihan antara mereka. 3 Allah s.w.t menyatakan bahawa perbezaan bahasa dan warna kulit antara keturunan Adam adalah merupakan sunnah Allah dalam kejadian manusia bukan untuk membezakan kemuliaan dan kelebihan antara mereka. 4 Bahkan perbezaan umat manusia dari segi bangsa dan bahasa ialah untuk kenal mengenal dan tolong menolong bukan untuk berselisih faham apatah 1 Al-Isra', ayat 70 bermaksud "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri rezki dari yang baik-baik, Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan." Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud" Setiap kamu dari Adam dan Adam pula dari tanah, tiada kelebihan antara Arab atas bukan Arab kecuali taqwa." Pernah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w pernah berdiri memberi hormat kepada jenazah seorang Yahudi yang sedang berlalu. 2 Al-Nisa', ayat 1 bermaksud"Wahai manusia takutilah Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan Dia jadikan daripadanya isterinya dan lahirlah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak" 3 Al-Baqarah, ayat 213 bermaksud “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu maka Allah telah mengutuskan para Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran dan diutuskan bersama mereka kitab dengan kebenaran untuk menghukum apa-apa perselisihan antara mereka…" 4 Al-Rum, ayat 22 bermaksud "Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi dan perbezaan bahasa dan warna kulit antara kamu"

Upload: alfakir-fikri-altakiri

Post on 18-Nov-2014

89 views

Category:

Spiritual


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Drrauh

1

KEHARMONIAN ISLAM DARI PERSPEKTIF SEJARAH

Dr Abdol Rauh Yaccob Universiti Brunai Darulsalam

Pendahuluan

Dari segi sejarah kejadian manusia, kitab suci al-Quran telah menjelaskan asal usul

kejadian dan tugas manusia di atas muka bumi yang disebut sebagai khalifah. Bagi

melaksanakan tugas ini Allah telah bekalkan akal sebagai asas untuk mendapatkan ilmu

bagi mentadbir dan mengurus alam ini yang diciptakan untuk kegunaan manusia. Melalui

akal, kedudukan manusia dimartabatkan sehingga malaikat diperintahkan untuk sujud

menghormati Nabi Adam. Kemuliaan dan kelebihan manusia disebut dengan jelas dalam

al-Quran berbanding dengan makhlukNya yang lain. Tetapi kemuliaan dan kelebihan ini

tidak dikhususkan kepada mana-mana bangsa atau puak.1

Pada asasnya manusia adalah satu umat. Ini berdasarkan kepada asal kejadian manusia

dari Adam kemudian darinya dijadikan isterinya dan lahirlah keturunan manusia yang

banyak.2 Allah s.w.t telah mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk memberi bimbingan

dan petunjuk kepada keturunan Adam melalui kitab hidayahNya yang digunakan sebagai

panduan bagi menyelesaikan perselisihan antara mereka.3 Allah s.w.t menyatakan

bahawa perbezaan bahasa dan warna kulit antara keturunan Adam adalah merupakan

sunnah Allah dalam kejadian manusia bukan untuk membezakan kemuliaan dan

kelebihan antara mereka.4 Bahkan perbezaan umat manusia dari segi bangsa dan bahasa

ialah untuk kenal mengenal dan tolong menolong bukan untuk berselisih faham apatah

1Al-Isra', ayat 70 bermaksud "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri rezki dari yang baik-baik, Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan." Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud" Setiap kamu dari Adam dan Adam pula dari tanah, tiada kelebihan antara Arab atas bukan Arab kecuali taqwa." Pernah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w pernah berdiri memberi hormat kepada jenazah seorang Yahudi yang sedang berlalu. 2 Al-Nisa', ayat 1 bermaksud"Wahai manusia takutilah Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan Dia jadikan daripadanya isterinya dan lahirlah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak" 3 Al-Baqarah, ayat 213 bermaksud “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu maka Allah telah mengutuskan para Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran dan diutuskan bersama mereka kitab dengan kebenaran untuk menghukum apa-apa perselisihan antara mereka…" 4 Al-Rum, ayat 22 bermaksud "Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi dan perbezaan bahasa dan warna kulit antara kamu"

Page 2: Drrauh

2

lagi untuk bermusuh-musuhan dan berperang. 5 Melalui persahabatan dan berkenalan

antara kaum setiap pihak akan mendapat faedah dengan sama-sama mencari kurniaan

ciptaan Tuhan di atas muka bumi ini untuk dinikmati bersama dengan tidak membataskan

satu daerah untuk satu-satu bangsa dan menidakkannya kepada bangsa lain. Tambahan

pula bumi ini mempunyai hasil mahsul yang berbeza-beza antara satu daerah dengan

daerah yang lain maka adalah wajar ia dikongsi bersama. Maka adalah mustahil untuk

berkongsi manfaat tanpa adanya hubungan persahabatan dan kerjasama antara mereka.

Adalah bertentangan dengan kehendak ajaran Islam sekiranya perbezaan bahasa dan

warna kulit menjadi penghalang dalam muamalah sesama mereka bahkan Islam

memerangi amalan diskriminasi kaum dalam mendapat hak dan manfaat kehidupan di

atas muka bumi ini. Inilah yang menjadi dasar hak dan jaminan kemanusiaan dalam

Islam.

Dalam sejarah perkembangan umat manusia terjadinya perselisihan dan peperangan

antara mereka disebabkan oleh persaingan, merebut kekuasaan dan kedudukan yang

membawa kepada tumbuh dan suburnya semangat perkauman (asabiyyah qawmiyyah).

Kedatangan Islam dengan jelas memerangi asabiyyah ini supaya keadilan dapat

ditegakkan dan lahirlah kemesraan antara umat manusia.6 Tetapi larangan semangat

perkauman tidak menghalang kepada cintakan bangsa dan tanah air. Asabiyyah yang

dilarang ialah semangat perkauman yang membuta tuli terhadap sesuatu bangsa tanpa

mengira apakah ia benar atau salah seperti membantu sesama bangsa dalam perkara yang

batil dan kezaliman. 7

5 Al-Hujurat, ayat 47 bermaksud” Wahai manusia Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk saling kenal mengenal.” 6 Sabda Nabi yang bermaksud “Bukan dari golongan kami orang yang mengajak kepada asabiyyah dan bukan dari golongan kami orang yang berperang kerana asabiyyah”. 7 Ubayy bin Ka’b bertanyakan Rasulullah s.a.w “Adakah dikatakan asabiyyah jika seseorang cintakan bangsanya? Jawab baginda: Tidak, tetapi ia menjadi asabiyyah sekiranya seseorang menolong bangsanya yang melakukan kezaliman”. Nabi s.a.w pernah mentakwilkan pepatah Arab jahiliyyah yang menyokong semangat asabiyyah “Bantulah saudara kamu samada ia zalim atau dizalimi” dengan memb eri tafsiran supaya membantu menghentikan kezaliman orang yang zalim atau menyelamatkan orang yang dizalimi.

Page 3: Drrauh

3

Sejarah Keharmonian dalam Islam

Konsep kerjasama (ta’awun insani) adalah konsep sejagat yang ditegaskan oleh al-Quran

agar manusia saling bantu membantu kearah kebaikan dan larangan bekerjasama kepada

keburukan dan permusuhan. 8 Nabi s.a.w telah melaksanakan prinsip kerjasama sejagat ini

ketika baginda menubuhkan negara Islam di Madinah dengan mengadakan perjanjian

dengan orang-orang Yahudi berprinsipkan kerjasama kearah kebaikan dan

mempertahankan hak dan kemuliaan insan melalui perjanjian. Tetapi orang-orang Yahudi

telah memungkiri perjanjian kerjasama ini dengan merancang komplot bersama dengan

musyrikin Makkah menentang Nabi s.a.w. Di samping itu Rasulullah s.a.w juga telah

mengadakan beberapa perjanjian dengan kabilah-kabilah Arab lain untuk mewujudkan

ta’awun insani kearah memartabatkan hubungan kemanusiaan. Baginda menggalakkan

kerjasama kearah kebaikan dan menolak kerjasama sebaliknya. Sikap baginda terhadap

kerjasama kearah kebaikan ini adalah jelas. Dalam satu peristiwa ketika baginda

mengimbau kembali satu perjanjian yang pernah baginda sertai pada masa jahiliyah iaitu

hilf al- fudul, baginda menegaskan bahawa sekiranya perjanjian seumpama itu diadakan

semasa Islam pastinya baginda akan menyertainya.9

Istilah ta’awun insani kini dikenali juga sebagai al-ta’ayush al-silmi iaitu hidup bersama

secara aman atau peaceful coexistence. Dalam istilah hubungan antarabangsa al-ta’ayush

al-silmi bermaksud mengadakan kerjasama antara negara berasaskan saling faham

memahami di samping wujudnya pertukaran kepentingan ekonomi dan perdagangan.

Istilah ini mula muncul selepas Perang Dunia Kedua khususnya selepas wujudnya

perbezaan ideologi dan agama yang ketara yang melahirkan blok dan kem tertentu antara

negara-negara di dunia. Kebimbangan terhadap kemusnahan besar-besaran akibat

penggunaan senjata nuklear dan kemunculan blok berkecuali meneguhkan lagi konsep

8 Al-Maidah, ayat 2 bermaksud “ Dan hendaklah kamu tolong menolong kepada kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong kepada dosa dan pencerobohan”. 9 Hilf al-fudul iatu perjanjian untuk saling bantu membantu kepada golongan yang dizalimi.

Page 4: Drrauh

4

hidup bersama secara aman ini sebagai cara yang digunapakai dalam konteks hubungan

antarabangsa.

Istilah tasamuh, tolak ansur atau toleransi adalah membawa erti yang hampir sama

dengan beberapa istilah yang dibincangkan di atas yang bertujuan melahirkan hubungan

kemanusiaan yang baik antara individu dan masyarakat. Sikap tasamuh telah

ditunjukkan oleh baginda s.a.w khususnya ketika umat Islam masih menghadapi

tentangan yang sengit daripada orang musyrikin Makkah. Dalam satu peristiwa ketika

baginda dan penduduk Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah

tetapi apabila tiba di Hudaibiyah mereka ditahan dan dilarang dari memasuki kota

Makkah. Rasulullah s.a.w tidak bertindak balas dengan menghadapi mereka secara

kekerasan supaya tertunailah tujuan asal kedatangan baginda dan umat Islam serta dapat

mengelakkan kekecewaan yang akan timbul di kalangan pengikut baginda. Baginda sedar

semuanya itu. Dengan lapang dada baginda bersikap tasamuh bahkan bersedia

mengadakan perjanjian malah bersetuju pula dengan syarat-syarat yang berat sebelah

yang diletakkan oleh pihak Makkah. Pendirian Umar al-Khattab adalah contoh reaksi

sebenar umat Islam terhadap peristiwa ini. Umar menceritakan bahawa beliau tidak

pernah merasa ragu setelah menerima Islam kecuali pada hari itu. Lalu aku datang

berjumpa dengan Nabi s.a.w dengan bertanya: Wahai Rasulullah adakah engkau Nabi

Allah. Nabi menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah kita di atas kebenaran dan musuh

kita berada dalam kebatilan. Baginda menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Mengapakah

kita memberi kehinaan kepada agama kita. Jawab baginda: Aku ialah utusan Allah dan

Dialah Penolongku dan aku tidak akan menderhaka kepadaNya. Aku bertanya lagi:

Tidakkah engkau memberitahu kami bahawa kami akan datang ke Baitullah dan

melakukan tawaf . Nabi menjawab: Ya, Nabi menyambung lagi: Adakah aku mengatakan

bahawa kamu akan datang pada tahun ini. Umar menjawab: Tidak. Nabi menjelaskan:

Sesungguhnya kamu akan datang kepadanya dan melakukan tawaf. Umar kemudiannya

datang berjumpa dengan Abu Bakar dan bertanyakan kepadanya dengan mengemukakan

soalan yang sama. Abu Bakar memberi jawapan yang sama seperti yang diberikan oleh

Rasulullah bahkan beliau menambah supaya Umar berpegang teguh kepada Nabi

Page 5: Drrauh

5

sehingga ke akhir hayatnya dengan menegaskan sesungguhnya Rasullulah berada di atas

kebenaran. Umar berkata: Maka aku melakukannya.10

Amalan bertasamuh diteruskan oleh baginda walaupun umat Islam sudah mula kuat.

Dalam peristiwa pembukaan kota Makkah pada tahun ke-8 hijrah, Rasulullah s.a.w

merancang dari awal lagi supaya pembukaan kota Makkah tidak akan berlaku dalam

bentuk pertumpahan darah kecuali untuk mempertahankan diri sahaja supaya

kemenangan Islam nanti tidak akan tercemar dengan tujuan menuntut bela, membalas

dendam, bersikap ganas, menceroboh atau seumpamanya. Sejarah telah membuktikan

bahawa pembukaan kota Makkah bukanlah berlaku dalam bentuk peperangan yang

menumpahkan darah tetapi adalah satu kemenangan yang dicapai melalui jalan

perdamaian dan ia juga merupakan tuntutan perjanjian yang dimeterai dengan Banu

Khuzaah seperti yang diizinkan dalam perjanjian Hudaibiyah.

Sejak awal lagi perancangan untuk membuka kota Makkah dilakukan secara rahsia.

Bahkan apabila rahsia persiapan ini akhirnya cuba dibocorkan, baginda sempat bertindak

dengan menghantar kumpulan peronda diketuai oleh Ali bin Abi Talib dan sepucuk surat

untuk disampaikan kepada penduduk Makkah dapat dirampas. Persiapan dan kemaraan

tentera Islam masih kekal menjadi rahsia sehingga hampir tiba di kota Makkah barulah

penduduk Makkah menyedari kehadiran tentera Islam. Mereka sudah terlambat. Usaha

memperbaharui semula perjanjian Hudaibiyah gagal. Baginda sebaliknya melakukan

beberapa helah supaya penduduk dan pemimpin musyrikin Makkah merasa gerun

terhadap kekuatan tentera Islam. Semuanya bermotifkan keamanan. Mereka tidak sempat

bersedia sementara tentera Islam benar-benar menggerunkan mereka. Abu Sufyan sendiri

akhirnya mengisytiharkan kepada penduduk Makkah bahawa mereka tidak mungkin

berhadapan dengan kekuatan tentera Islam dan meminta agar mereka meletakkan sahaja

senjata mereka.

Kemenangan mutlak di kota Makkah tidak dicemari dengan kekerasan dan pertumpahan

darah bahkan sebaliknya kemaafan dan keampunan diisytiharkan walaupun musyrikin

10 Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. Muhammad, Amman, p.125

Page 6: Drrauh

6

Makkah menjadi punca segala-galanya. Merekalah yang mendusta kenabian dan

kerasulan Muhammad, menyiksa pengikutnya, mengusir dan merampas harta benda

mereka bahkan memerangi mereka. Perisytiharan keampunan sebaliknya dihadiahkan

kepada mereka, musuh Nabi dan umat Islam. Inilah amalan tasamuh yang begitu murni

yang diikuti oleh para sahabat dan pembuka wilayah baru dalam sejarah Islam. Hukuman

mati hanya diisytiharkan kepada beberapa orang tertentu sahaja yang kebanyakannya

telah murtad dan menghina Islam. Dari sembilan orang yang dijatuhi hukuman mati

hanya empat sahaja yang dibunuh sementara lima lagi diberi pengampunan setelah

mereka datang menyatakan kekesalan, bertaubat dan menerima Islam. 11

Dalam beberapa medan peperangan yang lain Rasulullah s.a.w menurunkan tatasusila

peperangan dalam Islam termasuklah larangan membunuh selain dari musuh Allah,

hendaklah dilakukan dengan nama Allah, dan di atas jalan Allah dan larangan menyiksa

apatah lagi membunuh tawanan perang. Dalam peperangan Badar Rasulullah melarang

membunuh beberapa nama musuh yang menyertai perang kerana terpaksa termasuklah

Abbas bin Abd al-Muttalib.

Amalan tasamuh dan ta’ayush yang ditunjukkan oleh Nabi samada yang berhubungan

dengan ahli al-kitab dan musyrikin Makkah, samada ketika aman atau perang, telah

dijadikan ikutan oleh para sahabat dan umat Islam. Apa yang berlaku ketika khalifah

Umar bin al-Khattab memasuki Baitul Maqdis merupakan satu gambaran tasamuh

Islamiy yang menjadi dasar kepada ta’ayush agama dan tamaddun umat manusia.

Khalifah Umar telah memasuki Baitul Maqdis dengan disambut oleh pemimpin agama

11 Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. Muhammad , Amman, p.166. Mereka ialah Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, Ikrimah bin Abi Jahal, Abd al-Uzza bin Khatal, al-Harith bin Nufail bin Wahab, Muqais bin Sababah, Habar bin al-Aswad, dua khadam wanita Ibn al-Akhtal (kedua-duanya menghina Nabi), Sarah mawla Bani Abd al-Muttalib. Abdullah bin Sa'd bin Abi Sarah masuk Islam lalu Uthman membawanya berjumpa Rasulullah sebelum sempat dibunuh oleh orang ramai. Mulanya beliau masuk Islam lalu berhijrah tetapi kemudiannya murtad dan kembali ke Makkah. Sementara Ikrimah pula isteri beliau telah datang berjumpa Nabi bagi mendapatkan keampunan setelah beliau melarikan diri, beliau kembali dan masuk Islam dan baik Islamnya. Sementara Ibn al-Akhtal, al-Harith, Muqais dan salah salah khadam Ibn al-Akhtal telah dibunuh. Muqais, sebelumnya masuk Islam kemudian murtad. Habar pula adalah kerana mencederakan Zainab binti Rasulullah ketika beliau dalam perjalanan untuk berhijrah sehingga menyebabkan keguguran. Beliau melarikan diri kemudian masuk Islam dan baik Islamnya. Sarah dan salah seorang khadam turut diampun oleh baginda apabila keduanya memohon keampunan dan keduannya masuk Islam.

Page 7: Drrauh

7

dan dibawa mengelilingi kota sehingga sampai ke gereja kiamah. Ketika masuk waktu

sembahyang Umar ingin mendirikan sembahyang lalu ia dibenarkan mendirikan

sembahyang di dalam gereja. Tetapi Umar menolak kebenaran itu dan sebaliknya

mendirikan sembahyang di luar gereja dengan alasan amalannya nanti akan dijadikan

ikutan oleh orang kemudian sekiranya beliau mendirikan sembanhyang di dalam gereja.

Mereka nanti akan berhujjah bahwa sembahyang di dalam gereja yang dikuasai adalah

menjadi hak mereka sedangkan sepatutnya mereka menghormati gereja dan tempat ibadat

penduduk setempat dengan membenarkan urusan keugamaan ditadbirkan oleh penguasa

agama masing-masing. Sebaliknya ketika tentera Salib memasuki kota Baitul Maqdis,

amalan tasamuh dan ta’ayush diketepikan. Raimond de Gilles paderi Kristian yang

menyaksikan peristiwa tersebut mencatatkan: We saw strange practices. A large number

of Muslims were beheaded, shot dead with arrows or forced to throw themselves from

height of fortresses, while others were tortured days long then cast into blazing fires.

Roads were strewn with heaps of body parts: heads, hands and feet. Horse riders had to

step over inert corpses of horses and humans all the way long.12 Dalam catatan lain

amalan tentera Salib di Baitul Maqdis digambarkan seperti berikut. Women were stabbed

to death with swords and lances; children were snatched by the feet from the breasts of

their mothers and flung across walls, when their heads were not crushed with heavy

poles. The seventy thousands Muslims who had remained in town were all slaughtered.13

Antara prinsip yang paling ketara dalam amalan kehidupan berharmoni dalam Islam ialah

kekebasan beragama. Islam menghormati sepenuhnya kebebasan beragama dan

mencegah adanya paksaan dalam beragama. Al-Quran dengan jelas melarang adanya

paksaan sebagai cara mengembangkan agama.14 Maka kerana itu umat Islam dilarang

sama sekali menggunakan apa-apa bentuk paksaan dan kekerasan supaya menerima

12 Taylor, The Midle Ages Mind. Vol 1. p.551 qouted by Islam and Inter-religious coexistence on the thresholh of the 21st century, by Abd al-Aziz Uthman al-Tuwaijri, 1998, ISESCO, p.22. 13 Will Durant, the Story of civilization, part 4, vol. 4 . 25, quoted by Islam and Inter-religious coexistence on the thresholh of the 21st century, by Abd al-Aziz Uthman al-Tuwaijri, 1998, ISESCO, p.23. 14 Al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud “tidak ada paksaan dalam agama”. Yunus ayat 99 bermaksud “Dan bukanlah tanggungjawab mu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman, jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Jangan engkau bersedih hati tentang kedegilan orang yang ingkar itu, kalau Tuhan tidak menghendakinya maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi oarng-orang yang beriman”.

Page 8: Drrauh

8

agama Islam. Nabi sendiri melarang seorang sahabat yang mahu memaksa dua orang

anaknya untuk menerima Islam. Kisah seorang perempuan datang menemui Umar

meminta sesuatu darinya lalu Umar mengajaknya dahulu kepada Islam tetapi beliau

enggan. Umar takut perempuan tadi masuk Islam kerana permintaanya lalu beliau berdoa

meminta ampun dari Allah dengan katanya “Wahai Tuhanku aku tidak memaksanya”.15

Bahkan dalam kontek memudahkan penyembahan orang bukan Islam yang berada di

bawah pemerintahan Islam, Umar bin al-Khattab memberikan contoh kebebasan

beragama. Ketika dalam urusan mengadakan perjanjian dengan wilayah yang baru dibuka

di Baitul Maqdis beliau melihat sebuah haikal Yahudi yang telah diseliputi pasir lalu

beliau membersihkannya.16

Jejak langkah Rasulullah dan para sahabat telah dijadikan ikutan oleh generasi tabi'in

dalam episod pembukaan negeri. Contoh yang melibatkan kebebasan beragama dapat

dilihat dengan jelas ketika berlaku pembukaan negeri di Andalus. Bangsa Yahudi yang

disiksa dan diperhambakan serta larangan menganut agama selain dari Kristian pada

zaman pemerintahan Gothik, telah berubah wajah apabila sinar Islam sampai ke bumi

Eropah ini. Bukan sahaja bangsa Yahudi dibebaskan bahkan agama Yahudi diizinkan

untuk diamalkan. Begitu juga dengan agama Kristian. Sepanjang sejarah pemerintahan

Islam di Semenanjung Iberia ini sejak tahun 711 hingga 1492, amalan kebebasan

beragama dihormati. Malangnya dibumi yang sama apabila kemenangan Kristian

menamatkan pemerintahan Islam tiada lagi kedengaran prinsip kebebasan beragama ini

bahkan sebaliknya amalan paksaan diperkenalkan. 17

15 Muhammad Abu Zahrah, al-Alaqat al-Dawliyyah , Qahirah. 16 Muhammad Abu Zahrah, p.31. 17 Pada bulan Januari 1492 Granada telah jatuh ke tangan Kristian dan diserahkan kepada Fernando dan Isabela dalam satu perjanjian yang memberi jaminan dan hak keatas jiwa dan harta penduduk Granada termasuk kebebasan beragama. Tetapi kehadiran Cardinal Francisco Jimenez de Cisneros pada bulan November 1499 telah menceroboh isi perjanjian dan mempercayai bahawa orang-orang Islam Granada hendaklah diKristiankan yang membawa kepada beberapa pemberontakan. Penentangan demi penentangan sebenarnya menambahkan lagi penderitaan umat Islam. Lihat Salma Khadra Jayyusi (pytg) The Legacy of Muslim Spain. Leiden, p.84.

Page 9: Drrauh

9

Penutup

Sejarah telah membuktikan bahawa ajaran Islam yang sebenar yang bersumberkan kitab

suci al-Quran dan amalan Rasulullah meletakkan kemuliaan manusia atas sega la-galanya.

Bertolak dari prinsip kemuliaan manusia ini, maka Islam telah mengatur tatacara

bagaimana wujudnya kehidupan bermasyarakat dengan kepelbagaian bahasa dan bangsa.

Maka muncullah amalan bekerjasama, hidup bersama secara aman, bertolak ansur dan

bebas mengamalkan ajaran agama. Kesemua ini akan dapat menjamin keharmonian

hidup bermasyarakat dan beragama tanpa mengira bahasa dan bangsa. Tetapi sejarah juga

menceritakan bagaimana kemuliaan manusia ini telah dicemari apabila satu-satu bangsa

dan agama apabila sudah dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan tertentu dan apabila

kemuliaan manusia dipersoalkan mengikut bahasa dan warna kulit. Hanya dengan

kembali kepada asal usul kejadian manusia dari satu jiwa dan sedar adanya tujuan

disebalik penciptaan manusia, maka akan dapat mengembalikan maruah dan kemuliaan

umat manusia tanpa mengira bangsa. Di sinilah peranan yang dapat disumbangkan oleh

agama Islam.

.