Download - Skrip Hari Guru
1
PERARAKAN GURU-GURU
Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SK BINJAI JAYA ke Dataran ……………………………………………………..
Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru anda yang dikasihi.
Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung,
Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-guru kami,bahkan
kami sertakan juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami...
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM SATU MALAYSIA…
Bunga tanjung di tengah pekan,
Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
2
PROTOKOL/ SALUTASI
Yang berbahagia : Encik Ahmad Bin Mohamad Yatim ( Guru Besar Sk Binjai Jaya )
Yang dihormati : Encik Mohd Yatim Bin Paat ( YDP PIBG SK Binjai Jaya )
Yang berusaha : Tn Hj Ahmad Zaki Bin Basar ( Penolong Kanan Kurikulum / pentadbiran )
: Encik Ahmad Azman Bin Johar ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Binjai Jaya )
: Tn Hj Jamauddin Bin Abd Rahim ( Penolong kanan kokurikulum )
: Puan Norhayati Binti Hamid ( Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi SK Binjai Jaya )
: Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
: Guru-guru Cemerlang
: Rakan-rakan guru
: Warga Kerja SK Binjai Jaya
: Ajk-Ajk Pibg SK Binjai Jaya.
: Barisan Pengawas Dan murid-murid Yang Dikasihi Sekalian…
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
3
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih, Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya bagi tahun 2015.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan sambutan Hari Guru
yang disambut di seluruh Negara setiap 16hb Mei setiap tahun. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada
murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.
Pergi Ke Pasar Membeli Laici
Tidak Lupa Membeli Kuini
Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Itulah Tema Perayaan Hari Guru Tahun Ini.
BACAAN DOA.
4
Panggilan cikgu adalah keramat
bersabar menabur jasa dan juga bakti
doa dibaca memohon rahmat
moga majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini ,marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Syamsul Afandi Bin Badulzaman
Majlis dengan segala hormanya mempersilakan.
Amin amin ya rabbal `alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Syamsul Afandi atas bacaan doa itu tadi.
Ya allah kau berikanlah rahmat
Untuk dia insan guru yang kami sayangi
Semoga hidupnya sentiasa selamat
Dalam setiap cabaran yang diharungi....
NYANYIAN LAGU
5
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan
Lagu Sekolah........ Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada
sekolah dan negara.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
BACAAN PERUTUSAN.
Sidang majlis sekalian, agenda seterusnya adalah membaca perutusan daripada KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA. Dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan ……………………………………………untuk membacakan teks
6
perutusan tersebut..
Demikanlah tadi teks ucapan daripada KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA . Pastinya segala nasihat dan amanat
akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua. Terima kasih diucapkan kepada
…………………………………………………………..
Jalan beriringan berpegangan tangan
Kalau terjatuh sama merasa
Guru dan murid mencipta kecemerlangan
Sama-sama menabur jasa..
Seterusnya pula majlis menjemput ……………………………………. untuk membacakan teks ucapan MENTERI PENDIDIKAN
MALAYSIA. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………………..
UCAPAN WAKIL MURID.
Berhenti hujan terbit pelangi
7
Indah dipandang tak mampu didekati
Ikhlas ajarannya sentiasa sanjungi
Budi guru di kenang sampai mati
Para hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput Ketua Pengawas Sk Binjai Jaya bagi mewakili para pelajar, iaitu
saudari/a ………………………………………………………………………………… untuk menyampaikan ucapan khas sempena hari guru.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudarI …………………………………………………………………..atas ucapan sebentar tadi.
Luas sungguh sawah di sana
Cantik terlihat diwaktu senja
Engkaulah guru insan bijaksana
Gigih mendidik berhati waja
UCAPAN YDP PIBG.
8
Para hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput pula ENCIK MUHAMMAD YATIM BIN PAAT, YDP PIBG SK BINJAI JAYA
bagi mewakili ibu bapa untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ENCIK MUHAMMAD YATIM BIN PAAT atas ucapan itu tadi.
UCAPAN GURU BESAR
Kain batik cantik berseri
Dibawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
9
Keikhlasan guru menyentuh jiwa
Hadirin sekalian, tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada ENCIK AHMAD
BIN MOHAMAD YATIM, GURU BESAR SK BINJA JAYA. Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ENCIK
AHMAD BIN MOHAMAD YATIM, GURU BESAR SK BINJA JAYA bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
perayaan
hari guru SK Binjai Jaya.
Dipersilakan .
cantik sungguh si anak kedidi,
terima kasih di ucapkan atas ucapan itu tadi...
Tumbuh selirat bunga melati,
Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majls menjadi kenangan.
UPACARA SIMBOLIK
10
Sekarang kita telah sampai ke acara PEMOTONGAN PULUT KUNING HARI GURU 2014 yang akan disempurnakan oleh Tuan
Guru Besar, Encik Ahmad Bin Mohamad Yatim bersama-sama dengan YDP PIBG, Encik Muhammad Yatim Bin Paat.
Majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada Encik Ahmad dan Encik Muhammad Yatim di atas kerjasama yang
diberikan. Pulut Kuning itu tadi adalah sumbagan daripada Kelab Kebajikan Guru dan Staf serta PIBG SK Binjai Jaya.
Seterusnya adalah acara Menandatangani Kad Ucapan Hari Guru 2014. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan
sekali lagi ENCIK AHMAD BIN MOHAMAD YATIM, GURU BESAR SKBJ bersama-sama YDP PIBG, Encik Muhammad
Yatim Bin Paat untuk menandatangani kad ucapan yang telah disediakan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.
BACAAN IKRAR GURU
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
11
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.
Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh ENCIK MOHD
ARIF BIN ABU SUID . Mohon para guru berdiri.
Pegang kaca harus beringat
Bimbang terluka susah nanti
Ikrar dibaca penuh semangat
Janji terpatri disudut hati
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan guru atas bacaan ikrar yang penuh bersemangat tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH PIBG
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.
12
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan En. Syamsul Afandi b. Badrulzaman, pengerusi kelab guru & staf
dan En. Mohd Yatim Bin Paat, YDP PIBG SKBJ bagi menjemput dan mengiringi En. Ahmad Bin Mohamad Yatim, Guru Besar SKBJ
untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
MAKLUMAT PENTING.
Rakan guru dan murid-murid sekalian, seterusnya adalah acara penyerahan kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid
sendiri dengan penuh rasa keikhlasan yang akan diserahkan kepada guru-guru yang disayangi. Sebelum itu diminta murid-
murid untuk mengangkat dan menunjukkan kad masing-masing sebelum diserahkan kepada guru anda. Terima kasih.
13
Sebelum itu, ingin saya maklumkan di sini acara seterusnya yang akan berlangsung.
Selepas menyerahkan kad ucapan murid2 diminta berkumpul di kawasan tepi padang sekolah bagi menyaksikan aktiviti
sukan dan sukaneka yang akan berlangsung bagi memberi sokongan kepaada guru-guru anda.
Para guru diminta bersedia di padang sekolah untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang dengan pakaian yang
bersesuaian dengan aktiviti.
Selepas acara sukan dan sukaneka, murid-murid dibenarkan rehat seperti biasa di kantin sekolah dan para guru, staf,
pibg serta jemputan dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan di DEWAN MAKAN ASRAMA.
Selepas rehat dan jamuan, anggaran dalam pukul 10.45 pagi, semua warga SKBJ diminta berkumpul dalam dewan
dengan kadar segera bagi meneruskan acara kita pada hari ini iaitu penyampaian hadiah.
Sampai sini sahaja ucapan saya pada pagi ini, diharap semua warga skbj dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk
acara yang akan berlangsung sebentar lagi. Sekian, terima kasih.
PERSEMBAHAN GURU
Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.w.t
Hadirin dan warga dewan yang dihormati sekalian, berkumpul semula kita di dalam dewan pada pagi ini bagi meneruskan
majlis sambutan hari guru peringkat sekolah kebangsaan binjai jaya tahun 2014.
14
Hadirin sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar nyanyian lagu Guru Malaysia. Sebagai pembuka
acara dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyanyikan lagu Guru
Malaysia yang akan diiringi dengan muzik.
Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan nyanyian lagu Guru Malaysia yang disampaikan oleh guru-guru skbj.
PERSEMBAHAN MURID
sajak
Para guru dan warga dewan sekalian.
Dari tebu menjadi gula
arena persembahan menyusul pula
15
Dari guru pelajar pun ada
Ilmu diberi kekal sampai bila-bila..
buat bekalan penuh di dada..
Persembahan seterusnya pula adalah persembahan deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh adik NORAMIERA BINTI
FAKHRUL ARIFFIN dibawah guru bimbingannya iaitu PUAN SARLIAH BINTI KORIM. Dipersilakan.
Terima kasih kepada adik NORAMIERA atas persembahan itu tadi.
Nyanyian Murid
Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyayian ………………………………………………………………
dengan tajuk lagunya.............................. ……………………………………………………………………………………………………………
16
Begitulah merdunya alanun suara oleh adik-adik dari ………………………………………………………………………di bawah
bimbingan PUAN SHAHNIZAL BT. ITHNIN yang dihadiahkan khas buat guru-guru yang tersayang.
Sekalung penghargaan dan terma kasih atas persembahan istmewa itu tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
17
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi
HADIAH MURID KEPADA GURU KELAS
Seterusnya penyampaian hadiah kepada guru-guru kelas. Dijemput ketua-ketua kelas mewakili kelas masing-masing untuk
menyampaikan cenderamata atau tanda hati kepada guru kelas masing-masing.
Dipersilakan
1 Amanah – Muhammad Akmal B. Jumari - Pn. Rsominah
1 Bestari – Nazreen Shah B. Yusof - Pn. Jamaliah
2 Amanah – Shah Qarl Iskandar B. Suhaimi - Pn. Shahfawati
2 Bestari – Khairul Azman - En. Abdul Shukor
3 Amanah – Muhammad Farith Asyraf - Pn. Shahnizal
3 Bestari – Muhamad Zakwan - Pn. Atikah
4 Amanah – Nur Fatin Humairah - Pn. Rohana
4 Bestari – Nurin - En. Borhanuddin
5 Amanah – M. Hafizul Aiman B. HArun - Cik shikin
18
5 Bestari – Mohd Solehen Bakri - Pn. Maizatul
6 Amanah – Mohd Ashraf -
6 Bestari – M. Fareez Daniel -
Terima kasih diucapkan kepada semua murid SK Binjai Jaya atas tanda ingatan itu tadi..sesungguhnya..budi yang dtaburkan
oleh guru selama ini tak termampu untuk dibalas.. Ucapan terima kasih buat cikgu..sebenarnya adalah terlalu kecil jika
dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh guru selama ini.
Sekuntum terima kasih diberikan,
sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
setelah mendidik dengan sepenuh hati,
menjadi insan bijak bestari,
Hadiah Sukaneka
19
Warga pendidik,warga kerja serta rakan-rakan pelajar sekalian, acara pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah bagi aktiviti sukan dan sukaneka yang telah dijalankan sebentar tadi.
Sebelum itu majlis ingin menjemput En. Mohd Yatim Bin Paat, YDP PIBG bagi mengiringi EN. Ahmad Bin Mohamad Yatim, Guru
Besar SKBJ ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan .
Keputusan pertandingan yang dijalankan adalah seperti berikut :…………………………………………….
Majlis mengucapkan terima kasih.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS
anugerah diberi sekadar suka hati
Menjadi salah satu acara persembahan
semua guru hebat dihati
Sungguh susah membuat pilihan
20
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada beberapa orang guru yang telah berjaya menambat hati murid-
murid SK Binjai Jaya.untuk makluman ,undian telah dibuka dan.semua guru telah dicalonkan dan pemilihan telah dilakukan
oleh semua murid di semua kelas .undi tertinggi telah terpilih dianggap pemenang
Dimulakan dengan
Anugerah kepimpinan guru lelaki - En. Kusman Bin Hj. Abdul Karim
Anugerah kepimpinan guru perempuan – Pn. Sarliah Binti Korim
Anugerah guru lelaki popular – En. Mohd Arif Bin Abu Suid
Anugerah guru perempuan popular – Pn. Nurul Atikah Binti Ahmad
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas penyampaian anugerah itu tadi.
PERSEMBAHAN MURID
Hadirin dan hadirat sekalian,
21
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan penutup daripada ……………………………………………………………………….
Dengan persembahan ………………………………………………………………………………………………………………. dibawah bimbingan
Pn. Nor Mahanom binti Ahmad Subaili. Dipersilakan.
Hanya ini yang mampu kuberi
Lagu puisi untukmu hayati
Jasa guru tidak terperi
Tidak jemu menabur bakti
Diharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah diharapkan juga agar para guru tidak jemu
untuk mendidik murid-murid agar menjadi insan yang berguna. Semoga murid-murid kita akan belajar bersungguh-sungguh,
seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang
PENUTUPSidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberangAndai memanjat dah sampai ke pucukAndai mendaki dah sampai ke puncakSetiap yang bermula pasti akan berakhir
22
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”
TEKS PENGERUSI MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU
23
TEKS PENGERUSI MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU