Download - SISTEM BAHASA
WACANA
AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA
MORFEM
FONEM
FON
SISTEM BAHASA
TATABAHASA
MO
Satuan bahasa yang terlengkap dengan koherensi dan kohesi yang berkesinambungan, yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata dan disampaikan secara lisan atau tulisan.
Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, dan menjadi konstituen ayat.
Unit yang terdiri daripada satu susunan yang sekurang-kurangnya mengandungi dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas.
Bentuk bebas yang terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna atau tugas tatabahasa.
Satuan bunyi terkecil yang dapat membedakan makna.
Unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi.
MORFOLOGI
MO
SINTAKSIS
Morfologi (‘morphology’)
berasal daripada kata
‘morphememxe’ yang
bermaksud ‘the minimal
meaningful unit of language’.
Morfologi ialah bidang yang
mengkaji cara-cara
perkataan dibentuk daripada
bunyi-bunyi bahasa.
Bidang ilmu bahasa yang
memfokuskan kajiannya
pada struktur kata, bentuk
kata, dan penggolongan
kata.
Unit-unit tatabahasa yang
menjadi unsur perkataan
itulah yang dinamakan
morfem.
Perkataan lainnya, morfem
ialah unit bahasa yang
terkecil, dan dapat
melaksanakan tugas
tatabahasa atau berfungsi
gramatis.
Sintaksis ditakrifkan sebagai
bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur,
dan binaan atau konstruksi
ayat.
Ia juga ialah kajian mengenai
hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam
bahasa.
Juga ialah bidang yang
mengkaji cara perkataan itu
disusun menjadi ayat.
Morfem Perkataan
1. Konsep
Bebas Terikat
2. Bentuk Kata
Tunggal Terbitan Majmuk Ganda
3. Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan
4. Golongan Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
Akar Dasar
BENTUK KATA
Bentuk kata merujuk rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk
tunggal, misalnya bandar atau terbitan daripada proses pengimbuhan
(yang menghasilkan, misalnya, perbandaran), pemajmukan (yang
menghasilkan bandar raya) dan penggandaan (misalnya, bandar-
bandar).
Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan atau
penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal:
1) kata tunggal satu suku kata
Bentuk suku kata Contoh perkataan
KV ru
VK am
KVK sen
KKVK Stor
KVKK bank
KKKV skru
KKKVK skrip
2) kata tunggal dua suku kata atau lebih
Bentuk suku kata Contoh perkataan
V+KV ela
V+VK aib
V+KVK adik
VK+KV undi
VK+KVK ambil
KV+V dua
KV+VK liar
KV+KV pasu
KV+KVK jarum
KVK+KV lampu
KATA TERBITAN
KVK+KVK sandar
KV+KVK+KVK Belimbing
KV+KV+KV+KVK perajurit
V+KV+KVK+KV+KV universiti
KV+KV+KV+KV+KV+KV maharajalela
Kata Akronimkata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata.
Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar. Akronim tergolong ke dalam kata tunggal seperti:LUTH MARA ABIM Tabika cerpen
purata Bernama Bernas Intan
bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan
KATA MAJMUK
Proses pemajmukan ialah proses yang
merangkaikan dua kata atau lebih, dan bentuk
baru yang terhasil akan membawa makna
yang tertentu.
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
KATA GANDA
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar, sama ada penggandaan penuh (contohnya makanan-makanan), atau bahagian (contohnya lelangit, sayur-mayur).
Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda
terbentuk melalui proses pembentukan kata.
Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:
Pengimbuhan
proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan Varian Contoh perkataan contoh penggunaan
ke- kekerabat, ketladak,
kekasih
Kerabat diraja itu
makan di warung
sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan
mungkin konkrit atau abstrak
peN- pe-pewangi, peragut,
pesalah
Orang ramai
membelasah peragut
rantai itu sehingga
pengsan.
pem-
pemfatwa,
pemproses,
pemberontak
Mesin pemproses
sawit itu mahal
harganya.
pen- pensyarah,
penswastaan,
penagih, pendapat
Pensyarah itu
keletihan kerana
menyampaikan lima
imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain, iaitu dengan kata dasar.
kuliah sehari
peng-
pengkritik, pengamal,
pengkhianat,
pengacau, pengaudit,
penghantar,
pengasuh
Pengacau itu
menggangu
pengasuh kanak-
kanak setiap hari.
penge-
pengecualian,
pengeluar,
pengesan,
pengebom
Pengebom berani
mati itu terkorban
akibat perbuatan
sendiri
pel-
pelabur, pelajar,
pelayar, pelampau,
pelakon
Pelabur diingatkan
supaya menyemak
nombor kad
pengenalan sebelum
mengisi borang.
peR- per pertapa
Pertapa itu
menghabiskan masa
enam purnama untuk
menghabiskan
zikirnya.
juru- juru-jurutaip, jururunding,
jurubahasa
Semua tugas
diserahkan kepada
jurutaip, sehingga
akhirnya dia
meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan
bilangan dua bagi
kata dasar)
dwi-dwibahasa,
dwifungsi, dwiedaran
Majalah itu
diterbitkan dalam
dwibahasa iaitu Tamil
dan Inggeris.
eka-(menunjukkan eka- ekabahasa, Pengunaan
bilangan satu,
kadangkala dirujuk
juga adi-)
ekakaum, ekafungsi
ekabahasa belum
tentu menjamin
perpaduan negara
pasca-(dirujuk
kepada `selepas')pasca- pascasiswazah
Pengajian
pascasiswazah
merujuk kepada
bidang-bidang
sarjana dan
kedoktoran.
pra-(menunjukkan
makna `sebelum')pra-
prasejarah,
prakemerdekaan
Ahli arekologi itu
menggali tulang-
temulang manusia
prasejarah.
swa-menunjukkan
maksud `sendiri')swa-
swalayan, swamodal,
swakarya
Pelanggan
mengambil sendiri
makanan di restoran
swalayan itu.
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada
orang atau benda- yang dirujuk)seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli
dalam bidangnya)olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam
bidangnya)pragawati, olahragawati
-an pakaian, kudapan, senaman, latihan,
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan contoh perkataan
ke....an kezaliman, kesenangan
pe...anperanan, pesisiran, pelancongan,
pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan contoh perkataan
-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan Maksud Contoh
maha- teragung maharaja
tata- suatu susunan tatacara
pra- sebelum praperakaunan
swa- sendiri swatenaga
tuna- tiada tunakarya
eka- satu ekafungsi
dwi- dua dwibahasa
tri- tiga tribulan
panca lima pancasila
-man pelaku lelaki seniman
-wati pelaku wanita peragawati
-nita tidak pranita
bi- mencirikan sifat biadab
i-
-wi
yang terkandung dalam
kata dasar
abadi
sejarawi
-iah sifat alamiah
-in
-at
kata nama lelaki dan
perempuan
mukminin
muslimat
hadirat
pro- setuju probarat
anti- tanda melawan antisosial
poli- banyak poliklinik
auto- secara bersendirian automatik
sub- sebahagian subsistem
supra melebihi suprasegmen
-isme ajaran komunisme
-ik kajian linguistik
-si proses / keadaan klasifikasi
-al keadaan kritikal
-is ahli cerpenis
Imbuhan Kata Kerja
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata
adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata
kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
se l ereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran varian contoh perkataan
beR- be- bekerja
bel- belajar
ber-berkawal, berhasrat,
berziarah
meN me- melawat, merasa
mem- memberi, memproses
meng-mengelak, menggali,
menghabiskan
menge-mengebom, mengetin,
mengelupur, mengesahkan
di- di- dipukul, dibaca
mempeR- memper-
memperbaharu,
memperhamba, memperluas,
memperdalam
dipeR- diper- diperbaharui
teR- te- terasa, terasuk, terombak
ter- terminum, terpisah, tercarut
Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
akhiran contoh perkataan
-kan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i jauhi, turuti, masuki
contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan varian contoh perkataan
beR...an ber...an beranggapan, berdampingan
be...an beratapan, berebutan
beR...kan be-...-kan berumahkan, berantaikan
ber-...-kan bertajukkan, berbantalkan
meN...-kan me-...-kanmemasukkan, merundingkan,
meyakinkan
mem-...-kanmemberikan, mempastikan,
memfatwakan
men-...-kanmendirikan, menjadikan,
menzahirkan
meng...-kanmengambilkan,menggantikan,
mengkanunkan
menge...-kanmengeposkan, mengetinkan,
mengesahkan
menN...i me...i meracuni, melindungi, meyakini
mem-...i membeloti, mempelopori
men--...-i menjalani, mensyukuri
meng-...-1mengairi, mengekori,
menghadiri, menggarami
mempeR-...kan memper...-kanmemperhambakan,
mempersendakan
ke...an ke-...-ankecurian, kemalangan,
kesiangan
di....i di-...-i diragui, dikasihi, dirindui
di...kan di-...-kan dipulangkan, dibenarkan
dipeR...kan diper-....-kandiperkenankan,
dipersembahkan, diperlihatkan
Imbuhan Kata Adjektif
Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan. Kata adjektif
juga tidak menerima akhiran
Amati contoh-contoh berikut:
imbuhan varian contoh perkataan contoh penggunaan
Awalan
teR- te-teramai, teruncing,
terendah
Pesta jualan itu
mencatat kedatangan
pelanggan teramai
pada tahun ini.
ter-terbaik, tersohor,
terindah
``Kaulah yang terbaik
bagi diriku,'' katanya.
se- se-seindah, seganas,
sebesar, sehebat
Persembahan
pentas kumpulan
rock itu sehebat artis-
arti rock dari luar
negara.
Apitan
ke...an ke-...-ankemelayuan,
kebaratan, ketimuran
Walaupun cara
beliau berpakaian
agak kebaratan,
tetapi pemikirannya
padat dengan
aspirasi kemelayuan.
Sisipan
-el- -el- gelembung, selerak Minum bergas itu
mempunyai
gelembung udara
-er- -er- gerigi, serabut
sejak beristeri dua,
fikirannya amat
serabut.
-em- -em-gemilang, semerbak,
gemerlap
Minyak wangi palsu
itu semerbak baunya.
-in- -in- sinambung
usaha beliau dalam
perniagaan
merupakan
kesinambungan
bakat neneknya.
Pemajmukan
1. Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk
memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus
dail, setiausaha dan sebagainya.
2. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata
lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi
frasa. Contohnya:
i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
ii. Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
iii. Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
3. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
4. Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas
5. Kata Majmuk Istilah Khusus
Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan
6. Kata Majmuk Maksud Kiasan
Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan
Terdapat juga sebilangan bentauk kata majmuk yang disebut sebagai kata
majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:
antarabangsa apabila padahal olahraga
warganegara
GOLONGAN KATA
Golongan Kata Nama
Penggandaan
Proses penggandaaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi
tertentu.
Penggandaan Penuh
Contohnya: pulau-pulau buku-buku cantik-cantik
Penggandaan Separa
Contohnya: jejari sesisir lelangit
Penggandaan Berentak
Contohnya: sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang
Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti orang, benda,
binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang
atau yang sangat . Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama dapat didahului oleh
kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.
Jenis Kata Nama
Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu:
a) Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong, keindahan
b) Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia
c) Kata ganti nama: saya, awak, dia
Kata nama dapat berfungsi sebagai:
a) Subjek ayat: Amir tiba.
b) Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.
c) Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.
d) Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.
e) Objek kata depan: Surat daripada Kamal.
f) Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg Aishah.
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama benda atau
orang yang tidak disebutkan secara khusus. Kata ganti nama dan subgolongannya
dapat digambarkan seperti dalam rajah yang berikut:
Ganti Nama
Ganti Nama Tunjuk
Ganti Nama Diri
a) Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi merujuk perkara-
perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.
b) Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang dalam bentuk
pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa, siapa, dan mana.
c) Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang dan terbahagi
kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua, dan ganti nama
diri orang ketiga, seperti yang berikut:
Kata ganti diri orang
pertama
Kata ganti diri orang
kedua
Kata ganti diri orang
ketiga
saya
aku
beta
kami
kita
saudara
awak
kamu
engkau
anda
dia
beliau
mereka
ia
baginda
Golongan Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu.
Ganti Nama Diri Tanya
Ganti Nama Diri Orang
Jenis Kata Kerja
Terdapat dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif
b) Kata kerja tak transitif
Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas
dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif tidak boleh
berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti menendang bola, menelefon
kawan, memukul anjing, dan memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat
diperlihat seperti dalam contoh ayat:
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ammar
2. Ibu
3. Penjaja
4. Bapa
membaca
menanak
menjual
membasuh
buku setiap pagi
nasi
ikan
kereta semalam
Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai objek
untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan yang dilakukan.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja tak transitif seperti
menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut
tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna. Contoh:
1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3. Air sungai itu mengalir (deras).
4. Pesawat itu mendarat (di landasan).
Kata Kerja Tak Tarnsitif Tak Berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek
atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat seperti
contoh berikut:
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:
1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan.
Contohnya:
1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.
Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak transitif,
seperti dalam contoh-contoh berikut:
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif
a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya ada wang.
3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.
a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.
a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.
Golongan Kata Adjektif
Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata
penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.
Jenis-jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifat / keadaan
Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat
atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.
2. Kata adjektif warna
Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.
3. Kata adjektif ukuran
Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
4. Kata adjektif bentuk
Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur sirih.
4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam memandang ke hadapan.
5. Kata adjektif waktu
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.
6. Kata adjektif jarak
Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
7. Kata adjektif cara
Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.
8. Kata adjektif perasaan
Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh
yang berikut:
Contoh perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.
9. Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang
berikut:
Indera sentuh
Contoh perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
Indera dengar
Contoh perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.
Indera pandang
Contoh perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
Indera bau
Contoh perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.
2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
Indera rasa
Contoh perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu manis.
Golongan Kata Tugas
Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung dalamnya
golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu
tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung
maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai
pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa
tugas yang lain.
kata hubung : dan, atau, tetapi
kata seru : wah,amboi, cis
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi
SINTAKSIS
Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,
dan binaan atau konstruksi ayat.
ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih
Ia juga ialah kajian mengenai hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat dalam bahasa.
FRASA
Frasa nama
Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau banyak perkataan.
Frasa nama juga boleh terdiri daripada kata inti+kata inti atau kata inti+kata
penerang.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh
Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata
kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja
tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja.
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif
boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala
sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Kata penguat
seperti sangat, betul, benar, betul-betul ialah penerang kata sifat.
Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah
sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata Bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia
hanya wujud bersama frasa nama.
Jenis Ayat
Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika
dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seru.
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat
dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat
penyata dalam ragam ayat aktif.
Ayat berikut ialah contoh ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Ayat Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.
Jenis perintah Kata perintah Contoh penggunaan
Larangan Jangan, usah Rakyat jangan mudah
terpengaruh dengan
dakyah komunis.
Usah pergi ke sungai yang
dalam airnya.
Silaan Sila, jemput Sila menjamu selera.
Jemput ke rumah saya
malam esok, ada kenduri
kawin
Permintaan Tolong, minta Tolong jangan cemarkan
nama baik diri sendiri.
Minta bersihkan meja
awak.
Ragam Ayat
Kata kerja tak transitif ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan
predikat yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau
kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat
pasif.
Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang
pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau,
anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada
dasar kata kerja.
Ayat Aktif Ayat Pasif
Subjek Predikat Subjek Predikat
Frasa Nama Kata kerjaFrasa Nama
(Objek) Frasa Nama Kata Kerja
Frasa Nama
(Objek)
Cikgu memotong rumput Rumput dipotong oleh cikgu
Kereta itu melanggar tembok Tembok itu terlanggar oleh kereta itu
Kucing itu meratahayam goreng
itu
Ayam goreng
itukena ratah oleh kucing itu
Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu
dan kucing itu.
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni
rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan
subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas).
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.
Ayat songsang
Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan
predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
Ayat Aktif Ayat Pasif
Subjek Predikat Subjek Predikat
Sayamengarang puisi
malam iniPuiis ini
saya karang
semalam
Awak mengukus kek itu
untuk cikguKek itu
awak masak untuk
cikgu
Kami menanam pokok-
pokok bunga itu
Pokok-pokok bunga
itukami tanam
Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:
Saya karang puisi ini semalam
Awak masak kek itu untuk cikgu
Kami tanam pokok-pokok bunga itu.
Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat transitif aktif.
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.