Download - Sejarah Pt3 Dina
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
1/32
OBJEKTIF KAJIAN:
OBJEKTIF KAJIAN YANG SAYA DAPAT ADALAH MENGUMPUL DAN MEMAHAMI BETAPA
PENTINGNYA PERPADUAN SESAMA KAUM. DAPAT MENGANALISIS FAKTA TENTANG
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA. KAJIAN INI JUGA DAPAT MELAHIRKAN RASA BANGGA
DENGAN KEGEMILANGAN TAMADUN BANGSA DAN NEGARA.
KAEDAH KAJIAN:
DALAM KAJIAN INI SAYA MENGGUNAKAN KAEDAH MELAYARI INTERNET, BUKU ILMIAH DAN
. UTK MENCARI MAKLUMAT TENTANG PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.
TAJUK:
PERPDUAN KAUM DI MALAYSIA.
Perpaduan menjadi salah satu faktor untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara.
Perpaduan secara umumnya bermaksud kesatuan. Dalam konteks negara, perpaduan ialah
satu bentuk kesatuan yang melampaui maksud kesatuan perkauman sama ada dari segi
politik, ekonomi, dan sosial. Di Malaysia, konteks perpaduan meliputi kesatuan semua kaum
dan kehendak perpaduan kaum itu melampaui maksud bersatupadu. Pemimpin negaramelihat kesatuan kaum di Malaysia akan menghasilkan satu entiti yang kukuh dan satu
wahana penting pembangunan negara. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum (Melayu, Cina, Indiasekadar menyebut beberapa kaum terbesar) merupakan aset
utama negara. Oleh sebab itulah, pelbagai cara telah dilakukan untuk menguatkan konsep
perpaduan tersebut. Hal ini juga dilakukan dalam dunia pendidikan
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negarakeseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara.
Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan
negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan
menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
2/32
DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya
rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan
kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang
lebih besar.
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
3/32
Contoh-contoh :
(a) Pengenalan
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara
aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang
perpisahan .
Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan
perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi
masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala
tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah
tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan
kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu
lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa
ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang
membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara
ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan
zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan
pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak
kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini.
Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan
lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk
masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan
utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti
Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum
kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti
membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam .
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
4/32
Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang
Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat
dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota
pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
denganBahasa Kebangsaan(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orangMelayusebagai
(Bumiputera)dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatanyang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC)telah
gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yangbesar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalamDewan Rakyat(Parlimen)telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti
Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan),Parti Tindakan Demokratik(DAP) danParti Progresif
Rakyat(PPP) menang 25 buah kerusi dalamDewan RakyatmanakalaPASmenang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut
perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitarKuala Lumpur.Perarakan turutdijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang
yang sebahagian besar darinya kaum Cina dariDemocratic Action PartydanGerakanyang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang
ditetapkan diKuala Lumpur.Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan MelayuKampung Baru,menyorak penduduk di situ.
Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai
kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang
Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi
13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang
begitu singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak
kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di
negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba
mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kebangsaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kebangsaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kebangsaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputerahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputerahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputerahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Perikatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Perikatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Perikatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/UMNOhttp://ms.wikipedia.org/wiki/UMNOhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/MIChttp://ms.wikipedia.org/wiki/MIChttp://ms.wikipedia.org/wiki/MIChttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Progresif_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Progresif_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Progresif_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Progresif_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Democratic_Action_Partyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Democratic_Action_Partyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Democratic_Action_Partyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Democratic_Action_Partyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Progresif_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Progresif_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Gerakan_Rakyat_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/MIChttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/UMNOhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Perikatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputerahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Kebangsaan -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
5/32
pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.
(b) Kepentingan perpaduan kaum
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan
untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini
berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada
rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan
kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat
nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan
tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di
negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar
dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan
kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar
seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara iniseterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu
sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk
sejak kita kecil lagi.
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian
kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika
ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan
secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadibom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
6/32
anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah
untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di
negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua
anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang
ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran
yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN
dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara
yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang
ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang
berbilang kaum
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini.
Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat
atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula
dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam
usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai
1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaumdibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat
bekerjasama antara satu sama lain.
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaansebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan
seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan
dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
7/32
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang
dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa
Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yangsama dan sebagainya.
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )
Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan
diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya
ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian
Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara
ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini
berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatudasar pecah dan perintah agar
dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu
di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan
bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.
Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini
telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan
menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang
dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antaramereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
8/32
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat
yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemudapemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks
diimport dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai
oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak
sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan
penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu,
mewujudkan dua golongan terdidikberpelajaran Inggeris dan berpelajaran
vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (worldview) yang sama. PihakInggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu
dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka
ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti
web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan
begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu
menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan
bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini
pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa
antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan
tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat
di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu
contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara
ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang
mampu mengguggat keamanan negara.
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
9/32
Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa
individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika
Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap
permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh
dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan
sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota
masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan
menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian
daripada anggota masyarakat.
(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih
3 sahaja )
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal
dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi
Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia
merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha
untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini
mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik,
ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi
Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media
Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan
Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel
Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan
Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan
dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik
yang erat antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt
resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid
pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
10/32
belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan
dan persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan
harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan.
Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk
semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun
agama
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkankepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat
ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama
dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina,
Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysiaatau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan
olehPerdana Menteri Malaysiakeenam, Datuk SeriNajib Tun Razakpada 2 April 2009.
Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan
kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan
dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
11/32
proses negara menujuWawasan 2020serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang
seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun DrMahathir
Mohamaddan TunAbdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu
sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan
kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia
adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini
sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum dinegara ini.
(f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah
negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialahmelalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni
di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah
negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi
menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua
rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat
Harapan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020 -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
12/32
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/
peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah
banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar
menjadi lebih bermakna akhirnya.
(g) sumber rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUP
Dicatat olehCIKGU RAZAK diIsnin, Jun 30, 2014
Reaksi:
8 ulasan:
Label:SEJ PT 3
Tugasan PT 3 Sejarah
Draf awal/ kerangka awal ( kena buat dan hantar kepada cikgu ) yang ini 30 markah
Jadual kerja
1. Objektif kajian
Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di
negara ini
Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan
kaum di Malaysia
2. Menetapkan kaedah kajian
Membaca akhbar tempatan
Merujuk buku teks atau rujukan
Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttps://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUPhttps://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUPhttp://www.blogger.com/profile/16020627851115833981http://www.blogger.com/profile/16020627851115833981http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.html#comment-formhttp://cikgurazak.blogspot.com/search/label/SEJ%20PT%203http://cikgurazak.blogspot.com/search/label/SEJ%20PT%203http://cikgurazak.blogspot.com/search/label/SEJ%20PT%203http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_30.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_30.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_30.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/search/label/SEJ%20PT%203http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.html#comment-formhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/tugasan-pt-3-sejarah_365.htmlhttp://www.blogger.com/profile/16020627851115833981https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUPhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
13/32
3. Menetapkan tajukperpaduan kaum di Malaysia
4. Menyediakan kerangka kasar penulisan
Kerangka awal
a. Tajuk rencana- Perpaduan kaum di negara ini
b. Nama penulisnama awak
c. Isi kandungan
Pengenalan isu perpaduan secara umum
Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman british
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Kepentingan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja)
- mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
- memelihara kedaulatan Negara
- mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotism
- meningkatkan imej Negara di mata dunia
- membangunkan ekonomi negara
- mengekalkan kestabilan politik
- membina masyarakat yang saling menghormati
Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja )
Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
14/32
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan
Cabaran mengekalkan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja )
kewujudan pelbagai aliran sekolah
- parti politik berasaskan kaum
- kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosialmenimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar
Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia ( huraikan 3 aja
)
Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum
Membuat rumusan
- Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
- Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( ) kita wajar ........
- Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
15/32
Meletakkan rujukan
Akhbar
Buku- Buku teks sejarah tingkatan 3 , KPM, DBP , 2007, KL
Majalah
Internet
Pelaksanaan kerja
Bil Tarikh Huraian/ perkara/ aktiviti Catatan
1 30/6/2014 Mendengar taklimat daripada guru
2 Membuat rujukan lanjut ke laman webkementerian Pendidikan/ LPM
3 Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan
4 Menentukan tajuk tugasan
5 Membuat kajian perpustakaan
6 Membuat kajian internet
7 Membuat kerangka kasar
8 Merujuk guru tentang huraian tugasan
9 Membuat draf akhir
10 15/7/2014 Menulis rencana ikut format
11 16/7/2014 Menyemak tugasan
12 17/7/2014 Menghantar laporan
\
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
16/32
Laman utama
Biodata Saya
Sastera & Penulisan
Bahasa & Pendidikan
Info & Perkongsian
Koleksi Karya
Coretan Lain
Selasa, 1 Julai 2014
Tugasan Sejarah PT3 2014: Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum
Assalamualaikum.
http://mieadham86.blogspot.com/http://mieadham86.blogspot.com/http://mieadham86.blogspot.com/p/biodata-saya.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/biodata-saya.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/sastera_21.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/sastera_21.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/pendidikan.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/pendidikan.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/la.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/la.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/koleksi-karya.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/koleksi-karya.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/lain-lain.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/lain-lain.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/-6-ZT57pYSDo/U7KmRfk34iI/AAAAAAAAGC8/8lFbqyAVDvQ/s1600/perpaduan.gifhttp://mieadham86.blogspot.com/http://4.bp.blogspot.com/-6-ZT57pYSDo/U7KmRfk34iI/AAAAAAAAGC8/8lFbqyAVDvQ/s1600/perpaduan.gifhttp://mieadham86.blogspot.com/http://mieadham86.blogspot.com/p/lain-lain.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/koleksi-karya.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/la.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/pendidikan.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/sastera_21.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/p/biodata-saya.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/ -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
17/32
Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang
penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum
dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .
Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar pecah dan
perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi
masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala
tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah
tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan
kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza. Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu
lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa
ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yangmembawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara
ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan
zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan
pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak
kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini.
Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan
lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk
masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan
utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti
Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum
kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti
membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam .
Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang
Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat
dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota
pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
18/32
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah
gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti
Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti ProgresifRakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut
perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang
yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang
ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.
Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan. Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai
kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang
Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang
begitu singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak
kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di
negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba
mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh
pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkaiterlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
19/32
Sumber:Cikgu Razak
Peringatan kepada calon PT3, bahan ini sebagai rujukan sahaja. Tidak boleh disalin seratus
peratus dalam tugasan nanti. Boleh baca dan fahami, kemudian buat ulasan sendiri.
http://cikgurazak.blogspot.com/2014_06_01_archive.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014_06_01_archive.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014_06_01_archive.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014_06_01_archive.html -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
20/32
Isnin, 30 Jun 2014
Tugasan Sejarah PT3 2014: Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan
Kaum
Assalamualaikum.
Format Tugasan PT3 Sejarah
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
1. Tajuk rencana
2. Nama penulis
3. Isi kandungan:
(a) Pengenalanmenjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan
C. Menghuraikan Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum
http://1.bp.blogspot.com/-xZha70Hiv4A/U7GEtTVcx7I/AAAAAAAAGCM/W4Mzx4H0OZE/s1600/perpaduan+nasional.jpg -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
21/32
1. Usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak
membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri
Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni
Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana
Menteri. Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan
dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu
usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang
menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.
2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham.
Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap
pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih
sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa
mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat
untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama.
3. Kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat
saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah
rendah lagi.
4. Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum.
Mesej atau artikel yang berkaitan semangat perpaduan dan menggalakkan perpaduan telah
disampaikan melalui surat khabar, majalah, poster, internet dan sebagainya. Lebih-lebih
lagi, karya sastera seperti Seuntai Kata Untuk Dirasai, Dirgahayu Bahasaku dan
sebagainya daripada karya sasterawan negara yang tersohor, yakni A. Samad Said dan lain-
lain lagi.
Rujukan:
1.http://brainly.my/tugasan/7075
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
22/32
Isnin, 30 Jun 2014
Cara Menulis Rencana PT3 2014
Assalamualaikum.
Tugasan Sejarah PT3mengkehendaki calon menulis tugasan tersebut dalam bentuk
rencana. Panjang rencana itu pula tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Namun
begitu, daripada maklum balas, calon meluahkan mereka tidak tahu atau kurang mahir
menulis dan bagaimana bentuk rencanayang dimaksudkan itu. Oleh itu, saya mengambil
inisiatif ini untuk berkongsi dan menjelaskan serba sedikit tentang
bentuk RENCANAtersebut.
Konsep atau Maksud Rencana
Menurut Mohd. Sidin Ahmad Ishak (1996:96) takrifan terhadap istilah rencana
adalah masih umum. Istilah ini seringkali difahami sebagai sama dengan maksud esei
dan artikel. Semuanya bersifat deskriptif, mempunyai ciri-ciri yang hampir sama,
malahan ciri-ciri media penyiarannya juga adalah sama, iaitu akhbar, majalah, dan
buletin.
Kamus Dewan (2005: 1311) pula mencatatkan maksud rencana sebagai cerita,
karangan atau kisah.
Kamus Lengkap Bahasa Indonesia (Em Zul Fajri dan Ratu Aprilia Senja, ?: 705)
mencatatnya sebagai laporan pemberitaan.
Pandangan Safian Hussain et.al. (1988: 282) tentang maksud rencana lebih menjurus
kepada esei pendek untuk siaran akhbar dan majalah.
Tulisan yang biasanya berukuran lebih panjang dan lebih terperinci daripada berita,
mengandungi buah fikiran, ulasan, huraian atau penceritaan yang biasanya
berdasarkan peristiwa benar (Mustaffa Suhaimi (1986).
http://3.bp.blogspot.com/-iEuo7skJGvA/U7FY4uj5_FI/AAAAAAAAGB8/jRjCgrDyz3Y/s1600/download+(2).jpg -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
23/32
Jenis Rencana
Rencana sukan
Rencana ekonomi
Rencana Pendapat
Rencana Kembara
Rencana Berita
Rencana sastera, dan sebagainya.
Corak Penulisan Rencana
Corak pendedahan
Corak penerangan
Corak pemujukan
Corak penghujahan (Rahman Shaari, 1996: 24- 36).
Cara Menulis Rencana
Ada Pendahuluan
Ada Isi
Ada Penutup atau Rumusan
Oleh itu, fahamkah calon tentang bentuk penulisan rencana? Diharapkan perkongsian dan
penjelasan secara ringkas ini dapat membantu calon PT3 menghadilkan tugasan Geografi
dan Sejarah dengan baik. Semoga berjaya.
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
24/32
Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum
Assalamualaikum.
Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di Malaysia.
Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan kaum.
PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA
Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama
terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur
dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang
tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai
ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan
serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan
televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama.
Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara
kebaikan perpaduan kaum ialahmasyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan
baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan
lancar.
http://3.bp.blogspot.com/-4JadWUE05yY/U7E2C3QcD-I/AAAAAAAAGBs/3q-6ASTwJ0I/s1600/melayu+cina+india.jpg -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
25/32
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteramdi mana keadaan
ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan
lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum
ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang
aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiranpelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan
ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi
rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan
aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum
membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat
beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain
itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih
sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkanperpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di
samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita
hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita
haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama
masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.
Kepentingan Perpaduan Kaum
1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
26/32
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan
antarabangsa
Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang dikehendaki dalam tugasan SejarahPT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat atau isi yang dikehendaki
dalam tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan, rencana ini hanya
memaparkan tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu memasukkan
faktor, cabaran dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum
membuat rumusa.
Rujukan:
1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
27/32
Ahad, 29 Jun 2014
Contoh Rencana dan Sumber Rujukan Tugasan Sejarah PT3 2014
Assalamualaikum.
kredit foto dari cpiasia.net
Sudahkah calon PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menerima soalan tugasan mata pelajaran
Sejarah? Jika belum boleh klik di sini:Tugasan PT3 Sejarah.Baiklah, jika calon sudah
menerimanya, sudahkah calon membaca dan menelitisoalan tugasan tersebut?
Kemudian, faham betul-betul soalandan cara bagaimana PT3 dilaksanakan. Selepas itu,
barulah bertindak dengan bimbingan guru.
Apabila saya membuat carian tentang tugasan PT3 Sejarah umpamanya, saya ada singgah di
beberapa blog yang berkongsi tentang tugasan ini. Kebanyakan calon yang meninggalkan
komenpada entri tersebut meluahkan bahawa mereka tidak faham. Ada juga yang
menyatakan bahawa bentuk rencana itu bagaimana? Jadi, saya cuba jelaskan secara
ringkas.
Pelaksanaan PT3 melalui Tugasan
Hanya mata pelajaran Sejarah dan Geografi sahaja yang diberikan tugasan dalam
PT3. Tugasan Sejarah PT3: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia. Calon
dikehendaki menulis sebuah rencanayang panjangnya 300 patah perkataandalam waktu
Pengajaran dan Pembelajarandi sekolah.
Biarpun pelaksanaan itu dilakukan dalam waktu PdP di sekolah untuk menulis rencana 300
patah perkataan, calon juga dikehendaki membuat perancanganseperti yang dinyatakandalam Kerangka Pelaksanaan Tugasan. Hal ini penting kerana mengikut Rubrik
http://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-format-arahan-pt3-subjek.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-format-arahan-pt3-subjek.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-format-arahan-pt3-subjek.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/-MChPFKpDyko/U6_CT6DYrRI/AAAAAAAAF_Y/OdkKmgbK2SE/s1600/perpaduan+kaum.jpghttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-format-arahan-pt3-subjek.html -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
28/32
Penskoran markah perancangan dan penyediaan awal bahanmembawa markah
sebanyak (30 markah)dan penulisan rencana 300 patah perkataanitu pula membawa
markah sebanyak (70 markah).
Rujukan Tambahan:(a)Pengenalanmenjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
(b)Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
(c)Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e)Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan
KBAT dalam Tugasan PT3
Sekiranya calon PT3 hendak tahu, tugasan menulis rencana ini adalah soalan berbentuk
KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sekiranya sebelum ini, calon hanya menjawab
soalan objektif tetapi kini, calon perlu berfikir dahulu sebelum bertindak.
Tidak banyak bezanya menulis karangan atau pun rencana. Seharusnya, calon PT3 tidak
mengalami masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Sekiranya dalam penulisan karangan
calon hanya perlu menulis isi, huraian dan nyatakan contoh, tetapi untuk menulis rencana
calon PT3 perlu memasukkan isi, huraian, contoh dan sumber rujukan. Dalam bahan
Tugasan Sejarah PT3 telah diberikan contoh menulis sumber rujukan.
Contoh dan Sumber Rujukan
Saya tertarik dengan perkongsianCikgu Razakdengan draf awal untuk menyiapkan tugasan
ini. Oleh itu, saya salin untuk dikongsikan dengan calon PT3 semua.
http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-pengenalan-isu.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-pengenalan-isu.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-pengenalan-isu.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-pengenalan-isu.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-sejarah-pt3-2014-kepentingan.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-sejarah-pt3-2014-kepentingan.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-sejarah-pt3-2014-faktor-yang.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-sejarah-pt3-2014-faktor-yang.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-langkah.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-langkah.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-langkah.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://2.bp.blogspot.com/--NSv4Y-wkoY/U6_EGNOq9uI/AAAAAAAAF_k/-aA-SvzKZno/s1600/images+(6).jpghttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-langkah.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-langkah.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-sejarah-pt3-2014-faktor-yang.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-sejarah-pt3-2014-kepentingan.htmlhttp://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-sejarah-pt3-2014-pengenalan-isu.html -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
29/32
1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada
petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguhbercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )
2. Nama penulisNama kita
3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
Pengenalan - Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum
(a) Pengenalanmenjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )
Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini
Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia
(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )
mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
30/32
Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )
Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan
Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )
kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosialmenimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar
Langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia (
cadangan )
Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
-
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
31/32
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum
Rumusan
(f) Membuat rumusan ( cadangan )
Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat
Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh
Sumber Rujukan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/
Kredit Sumber:Tugasan PT3 Sejarah @ Cikgu Razak
Oleh itu, adalah diharapkan penerangan secara ringkas tentang tugasan Sejarah PT3ini
sedikit sebanyak dapat membantu calon. Calon PT3 juga boleh merujuk contoh dan sumber
rujukansemasa proses penyediaan bahan dan penulisan rencana Perpaduan Kaum di
Malaysia itu nanti. Semoga berjaya.
http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.html -
5/20/2018 Sejarah Pt3 Dina
32/32