PENJODOH BILANGAN
1
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, dan sebagainya. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh Bilangan
Kegunaan Contoh
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkung
mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang dlikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang untuk benda-benda atau tempat yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
bilah untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
blok untuk bangunan yang besar dan bertingkat-tingkat
pejabat, pangsapuri, bangunan
bongkah untuk benda-benda yang berbongkah
ais, kayu
botol untuk benda-benda yang dlisi ke dalam botol
susu, kicap, air minuman
PENJODOH BILANGAN
2
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
bandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet, …..
buku untuk benda-benda yang keadaannya berketul
sabun, roti, benang
bungkus untuk benda-benda yang diletakkan dalam bungkusan
sebungkus nasi
butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik untuk kain atau kertas yang dicarik
kain, kertas
cawan untuk air yang diletakkan di dalam cawan
air, teh, kopi ....
cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihan
kain, kertas, kaca
cekak / gemal
untuk benda bersaiz secekak jari
secekak sirih, padi
colek untuk benda-benda yang dicolek
sambal, sos
cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
Latihan 1 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar
PENJODOH BILANGAN
3
di bawah. 1 Pak Karim menebang
pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.
A bilah B buah C batang D butir 2 Saya terjumpa se_______
jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
A biji B buah C bentuk D butir 3 Encik Samad mempunyai
se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
A baris B buah C bidang D carik Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.
A blok B bongkah C angkatan D bidang Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5 Kak Salmah memberikan
beberapa __________ gula-gula kepada adiknya.
A biji B cebis C bungkus D buah 6 Saya membeli enam
__________ telur dari kedai runcit.
A biji B baris C buah D bentuk 7 Karim sedang memanggang
lima belas __________ sate untuk pelanggannya.
A gugus B biji C cucuk D batang
PENJODOH BILANGAN
4
8 Di kedai itu, hanya tinggal
beberapa __________ tikar sahaja.
A buku B baris C bidang D batang Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah. 9 Di tepi perhentian bas itu
terdapat se__________ tiang lampu.
A bilah B buah C baris D batang 10 Mei Mei menjerit kerana
terduduk di atas se__________ jarum.
A buku B cebis C bilah D butir 11 Dua __________ kerusi di
bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.
A bilah B batang
C bentuk D baris 12 Pak Leman pulang dari
ladang dengan menjunjung se__________ kayu api.
A bilah B buah C berkas D buku Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah. 13 Mak Tijah memasukkan
se__________ garam ke dalam masakannya.
A cubit B biji C cucuk D cekak 14 Puan Maisarah membeli
beberapa __________ benang emas untuk membuat tekat pada cadar baldu itu.
A biji B buku C butir D cekak 15 Dua __________ keris
tersilang pada dinding rumah Encik Hamid.
A bilah
PENJODOH BILANGAN
5
B biji C baris D batang 16 "Berapakah harga se_____
buah kelapa ini?" tanya Pak Budin sambil menunjuk ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.
A butir B biji C colek D buah 17 Puan Barhah membeli
beberapa __________ coklat untuk membuat gubahan yang ditempah oleh pelanggannya.
A biji B cubit C bungkus D bongkah 18 Maznah mengambil
se_______ perca kain untuk menampal kainnya yang koyak.
A bungkus B colek C carik D bidang 19 Pak Andak mengasah dua
_________ pisau sehingga tajam.
A batang
B bilah C cucuk D cubit 20 Dia begitu kenyang setelah
menghabiskan se_______ durian.
A biji B baris C buah D bongkah 21 Masih terdapat beberapa
__________ tanah sawah di kampung saya yang tidak diusahakan.
A buah B baris C bentuk D bidang 22 Tukang masak itu
memasukkan se________ serbuk perasa ke dalam kari ayam itu untuk menyedapkan rasanya.
A cucuk B cubit C bungkus D carik Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah. 23 Aidil membaling beberapa
PENJODOH BILANGAN
6
__________ guli ke dalam sungai.
A biji B buah C butir D batang 24 Pak Haron mempunyai
se__________ tanah yang luasnya tiga hektar.
A blok B baris C bidang D batang 25 Se________ cincin berlian
itu berharga RM2,000. A cebis B bongkah C colek D bentuk Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah. 26 Gajah sedang mengangkat
se__________ kayu balak menggunakan belalainya.
A buah B batang C bongkah D butir 27 Banjir kilat telah
menyebabkan beberapa __________ jalan raya terpaksa ditutup.
A buah B blok C batang D baris Soalan 28 berdasarkan gambar di bawah. 28 Se__________ tentera
udara itu sedang menjalani latihan payung terjun.
A baris B angkatan C berkas D buku 29 Dua __________ tayar
keretanya terpaksa ditukar kerana sudah haus.
A biji B butir C buah D bentuk 30 Hasliza membeli se______
sabun di kedai Pak Mail. A buah B buku C biji D berkas
PENJODOH BILANGAN
7
Penjodoh Bilangan
Kegunaan Contoh
das untuk bunyi letupan atau tembakan.
tembakan
deret untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
gelas untuk air yang diisi di dalam gelas
air, susu
gelung / lingkar
benda yang berlingkar ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
genggam untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gerombolan untuk kumpulan penjahat
penjahat, samseng, pengganas, perusuh
gugus
untuk buah-buah ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
gumpal untuk benda yang berkepul atau berketul
tanah, darah, asap
helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar
kain, baju, seluar, sapu tangan, singlet, selendang, selimut, tuala, sarung, kertas, kertas tisu, daun, bendera, bulu burung
hidang untuk kumpulan makanan dan minuman yang disajikan
kuih-muih, lauk-pauk
hiris/ iris untuk benda-benda yang dipotong nipis
bawang, timun, daging, buah-buahan
PENJODOH BILANGAN
8
ikat untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
jambangan untuk bunga di dalam pasu atau belanga.
bunga
jemput untuk benda-benda yang diambil dengan hujung jari
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
kajang untuk benda-benda yang lebar
atap, kertas
kaki untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bunga
kalung untuk benda yang disusun kalung (rantai)
bunga, mutiara
kandang untuk haiwan di dalam kandang
kerbau, kambing, lembu, kuda
kapur untuk sirih yang dibubuh kapur.
sirih
Latihan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Ibu memasukkan beberapa
__________ halia ke dalam masakannya.
A hiris B gugus C jambak D kapur 2 Perompak bank itu
melepaskan beberapa
__________ tembakan sebelum melarikan diri.
A gulung B jemput C das D deret 3 Ibu membeli tiga _______
sayur di pasar tani. A naskhah B keping C tandan D ikat
PENJODOH BILANGAN
9
4 Mak cik menyuruh saya
mencabut beberapa __________ uban di kepalanya.
A ekor B gulung C gelung D helai 5 Puan Liew membawa
se__________ payung kerana hari hendak hujan.
A deret B kaki C jambak D kandang 6 Adik mengambil dua
__________ beras lalu diberi kepada burung itu.
A gugus B genggam C gumpal D gerombolan 7 Mak Timah kehilangan
se__________ kunci semasa pulang dari pasar.
A gelung B jambangan C jambak D gumpal 8 Puan Hayati memotong
beberapa __________ bawang lalu dimasukkan ke dalam masakannya.
A hiris
B helai C kaki D hidang 9 Pemuda itu mengambil
se__________ kertas tisu lalu mengelap tangannya.
A helai B gumpal C gugus D ikat 10 Di langit kelihatan
se__________ awan hitam berarak perlahan-lahan.
A gumpal B genggam C gugus D deret 11 Encik Lim meminta
se__________ tali untuk mengikat kayu.
A gelung B ikat C gulung D gerombolan 12 Beberapa __________
daun telah gugur di halaman rumah.
A gumpal B gugus C kalung D helai 13 Pak Mat menjual
se__________ rambutan
PENJODOH BILANGAN
10
gading itu dengan harga RM5.
A ikat B jemput C bentuk D kajang 14 Datuk membeli se_______
dawai mata punai untuk membuat reban ayam serama.
A gumpal B gugus C gelung D keping 15 Fuad memetik empat
__________ langsat yang telah masak di belakang rumah neneknya.
A kajang B gumpal C kaki D gugus 16 Anuar membeli se______
bunga ros untuk ibunya sempena menyambut Hari Ibu.
A kapur B jambak C gugus D kaki Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
17 Se__________ rumah
kedai musnah dijilat api dalam kebakaran semalam.
A gerombolan B kajang C deret D kandang 18 Pemburu itu berjaya
menembak se__________ harimau yang ganas.
A kalung B das C gugus D ekor 19 Emak membeli beberapa
__________ kain baru di kedai kain itu.
A kajang B helai C deret D ikat 20 Muhamad melemparkan
se__________ padi ke arah ayam-ayam peliharaannya.
A gelas B genggam C gumpal D gugus 21 Beberapa titik darah ayam
katik di atas meja itu
PENJODOH BILANGAN
11
dilapnya dengan se__________ kain basah.
A gumpal B kalung C helai D gelung 22 Ibu membeli se_________
anggur dan sebiji tembikai di pasar malam.
A jambak B jambangan C gugus D genggam 23 Di bawah katil itu ada tiga
__________ tikar yang dibuat daripada daun mengkuang.
A gulung B deret C lingkar D gelung 24 Beberapa __________
bulu ayam berterbangan ditiup angin.
A kapur B helai C kaki D hidang 25 Kakak membeli se_______
bunga kekwa untuk emak. A ketul B jambak C kajang D kaki
26 Sebaik-baik sahaja sultan
tiba, kedengaran tembakan meriam sebanyak dua puluh satu __________.
A gerombolan B ikat C das D gugus 27 Nur Syawal minum
se__________ susu sebelum tidur.
A hiris C hidang B gelas D deret 28 Tiga __________ sayur
sawi itu berharga seringgit. A kalung B ikat C helai D gelas 29 Ruang tamu di rumah Mak
Long dihiasi dengan beberapa __________ bunga orkid.
A helai B genggam C jambangan D kaki 30 Untuk memagari
kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat
PENJODOH BILANGAN
12
berduri. A gumpal B gulung C gelung
D genggam
Penjodoh Bilangan
Kegunaan Contoh
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, biskut, kuih, kad, gambar, setem, lencana, foto, papan, disket, cakera padat, atap, tanah …….
kepul gumpalan asap atau awan yang tebal.
asap, awan
kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong
tebu, kayu, buluh, rotan
ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu
batu, ais, tanah liat, ikan, daging, tulang, kuih, arang, roti, sabun ….
kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, rokok, pensel warna
kumpulan
untuk manusia atau haiwan yang berada dalam kumpulan
pelajar, pemuda, pengakap, pekerja, perompak, burung, itik, gajah, harimau ……
kuntum untuk semua jenis bunga mawar, melati, anggerik
laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar untuk benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
sampah, durian, pakaian, tanah, cili
PENJODOH BILANGAN
13
mangkuk untuk makanan yang diisi ke dalam mangkuk
sup, bubur, pengat
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
pangsa untuk bahagian dalam buah durian.
durian
papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan
merpati, kasut, sepatu, sarung kaki, selipar, cermin mata, anting-anting, kekasih, suami isteri ……
pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain bola sepak, polis, tentera pengakap
patah untuk perkataan perkataan, kata
petak untuk sawah, bendang, tanah
sawah, bendang, tanah
Latihan 3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Adik memetik tiga _______
bunga di taman itu. A kuntum B longgok C keping D pangsa 2 Beberapa __________
burung sedang terbang di udara.
A kepal
B laras C pasang D kawan 3 Se______ anggota bomba
sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran.
A pasukan B kawan C longgok D kumpulan 4 Ibu menghadiahi abang
PENJODOH BILANGAN
14
se__________ kasut berjenama Adidas sempena hari jadi abang.
A kotak B pasang C petak D longgok Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5 Se__________ lembu
ternakan sedang meragut rumput di padang yang terbiar itu.
A orang B kawan C pasukan D pasang 6 Dia tidak dapat bercakap
walau se__________ pun apabila ditanya kerana ketakutan.
A petak B pangsa C papan D patah 7 Semasa berada di puncak
Gunung Kinabalu, Suffian telah memakai empat __________ baju supaya tidak kesejukan.
A lapis
B lembar C laras D keping 8 Dalam serbuan ke gudang
lama itu, pihak polis merampas lima _________ senapang patah yang digunakan pemburu haram itu.
A kawan B kuntum C pangsa D laras Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah. 9 Terdapat se__________
pasir di hadapan pintu masuk sekolah.
A longgok B pasang C petak D kerat 10 Ibu menghidangkan tiga
__________ sup di atas meja makan.
A naskhah B mangkuk C pasang D kotak
PENJODOH BILANGAN
15
11 Siew Eng mengambil beberapa _______ gambar semasa lawatannya ke Pulau Langkawi.
A petak B keping C laras D lembar 12 Ayah memakai se_______
baju Melayu yang lengkap pada majlis hari raya itu.
A pangsa B pasang C papan D patah 13 Sehari se_______ benang,
lama-lama menjadi kain. A longgok B laras C kelompok D lembar Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah. 14 Ayah menghadiahkan
se__________ baju kurung kepada Aliya bersempena dengan hari jadinya yang ke-12.
A pasang B pangsa
C papan D lembar 15 Emak membeli empat
__________ petai dengan harga dua ringgit.
A keping B lembar C petak D papan 16 Se__________ lebah
membuat sarang di pohon kekabu di tepi jalan itu.
A kawan B kumpulan C pasukan D pasang 17 Dia mengambil se_______
mancis dari dapur rumahnya.
A kotak B petak C patah D kerat 18 Kassim membawa dua
__________ roti ke sekolah untuk dimakan pada waktu rehat.
A papan B keping C kerat D kuntum Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.
PENJODOH BILANGAN
16
19 Emak menghadiahi kakak
se__________ anting-anting emas pada hari perkahwinan kakak.
A pangsa B kotak C pasang D keping Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah. 20 Aizat membantu se______
nenek melintas jalan. A pasukan B ketul C orang D pasang 21 Di dalam kotak itu masih
ada tiga _________ cakera padat yang belum digunakan lagi.
A kerat B keping C kotak D naskhah 22 Panjang rencana ini
mestilah tidak kurang daripada 80 __________ kata.
A kerat B papan C petak D patah 23 Se_______ papan dinding
rumahnya telah reput dimakan anai-anai.
A keping B petak C ketul D papan 24 Sekumpulan budak nakal
melemparkan beberapa __________ tanah liat ke dinding rumah Pak Malek.
A ketul B keping C kepul D kepal 25 Se__________ lelaki telah
ditangkap kerana mengemis di tepi jalan.
A pasukan B pasang C orang D ketul 26 Se__________ anggota
polis telah berkejar ke tempat kejadian itu.
A pasang B kelompok
PENJODOH BILANGAN
17
C kumpulan D pasukan 27 Anjing itu sedang
menggonggong se_______ tulang.
A keping B ketul C patah D laras 28 Aminah membeli beberapa
__________ bunga ros untuk dibuat gubahan.
A pasang B ketul C kuntum
D mangkuk 29 Pak Sudin membeli enam
__________ roti canai untuk sarapan.
A keping B ketul C papan D kerat 30 Kakak melanggan
beberapa __________ majalah setiap bulan.
A kerat B keping C kepal D naskhah
Penjodoh Bilangan
Kegunaan Contoh
pintu untuk bangunan yang mempunyai beberapa pintu
rumah, kedai
potong untuk benda-benda yang sudah dipotong
kek, kuih, roti, nanas, tembikai, betik, oren, daging
pucuk
i. untuk surat atau benda-benda yang tajam hujungnya
ii. untuk senjata api
surat, jarum, rebung, pistol, meriam, senapang
puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkai untuk ayat yang berangkai-rangkai
doa, lagu, madah
rangkap untuk perenggan puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
PENJODOH BILANGAN
18
ruas untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh, jari, rotan
rumpun / perdu
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
serai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandan
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
suap untuk makanan yang dijemput dan dimasukkan ke mulut
roti, nasi
tandan untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
teguk untuk air yang sedang diminum
air, teh, kopi
timbun untuk himpunan benda yang bertindih-tindih
pasir, tanah, batu, manggis, sampah
tingkat untuk bangunan yang bertingkat
kedai, bangunan, rumah
titik / titis untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun, air mata
tongkol untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang berulas-ulas
limau, durian, cempedak, nangka, langsat, manggis, bawang putih
untai untuk benda yang berangkai-rangkai
rantai manik, kalung mutiara, tasbih, pantun, sajak, syair
urat untuk benda-benda yang halus dan panjang
rotan, benang, dawai, tali, gelang
utas untuk benda-benda yang panjang dan berurai
benang, tali, dawai, rantai
Latihan 4
PENJODOH BILANGAN
19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Pak Nayan sedang
menebar se__________ jala.
A urat B rangkap C rawan D ruas 2 Di hadapan rumah datuk
ada dua __________ mempelam.
A pohon B rangkai C tangkai D urat Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Posmen itu menyerahkan
se_________ surat kepada saya.
A pucuk B untai
C tongkol D teguk 4 Guru meminta setiap murid
menulis se__________ pantun.
A bilah B rangkap C pasang D biji 5 Roti itu tidak boleh
dimakan lagi kerana terkena beberapa __________ dakwat.
A teguk B titik C ulas D timbun 6 Datuk saya sakit tenat, dia
tidak berselera untuk makan walaupun se__________ nasi.
A suap B pintu C rumpun D teguk 7 Ayah mengambil
se__________ kuih lapis lalu memakannya.
A pucuk B potong C timbun D suap Soalan 8 berdasarkan gambar
PENJODOH BILANGAN
20
di bawah. 8 Encik Tham membeli
beberapa __________ jagung di pasar tani itu.
A tangkai B timbun C tongkol D ulas 9 Polis menjumpai beberapa
__________ pistol di pondok usang itu.
A pucuk B timbun C tingkat D rangkai 10 Di tepi jalan terdapat lima
__________ batu halus untuk dibuat jalan.
A tongkol B tangkai C timbun D rumpun 11 Pekebun itu menjual
sepuluh se__________ pisang kepada Encik Chan.
A untai B tandan C tangkai D timbun
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah. 12 Bapa saya membeli
se__________ pisang untuk keluarga kami sebagai pencuci mulut selepas makan malam.
A utas B ulas C sikat D tandan 13 Para penonton terpegun
apabila mendengar Salina mengalunkan se________ syair.
A tangkai B utas C potong D rangkap 14 Ibu membubuh beberapa
__________ nila ke dalam air di dalam baldi itu untuk menila baju sekolah adik.
A ruas B titik C pucuk D potong Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
PENJODOH BILANGAN
21
15 Ayah makan tiga
__________ durian bersama dengan pulut yang ditanak oleh ibu.
A utas B ulas C timbun D ruas 16 Beberapa __________
rokok bertaburan di lantai. A puntung B ruas C potong D pucuk 17 Pak Cik Yusof mempunyai
beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
A pintu B tingkat C untai D rangkai 18 Mak andam menyuapkan
se__________ pulut kuning ke mulut pengantin perempuan semasa majlis persandingan.
A teguk B suap C rawan D urat
19 Siti mengikat bungkusan
itu dengan se__________ tali.
A ulas B utas C ruas D pucuk 20 Ayah membeli se________
rantai emas untuk emak semalam.
A ruas B utas C urat D rangkai 21 Shamsiah muntah-muntah
setelah makan beberapa __________ cempedak goreng yang dibeli dari warung Pak Ali.
A utas B ulas C ruas D untai 22 Sheng Kian terjumpa
se__________ rambut di dalam nasi lemak itu.
A urat B utas C suap D teguk 23 Azli makan se__________
tembikai sebagai pencuci mulut.
PENJODOH BILANGAN
22
A potong B puntung C ruas D tangkai 24 Dia hanya sempat minum
se___________ teh kerana sudah terlewat ke sekolah.
A tangkai B teguk C suap D rangkai 25 Alia memetik se_________
bunga mawar di taman mak ciknya.
A rumpun B perdu C tangkai D tongkol 26 Di tepi sungai itu terdapat
se__________ buluh. A ruas B rumpun C rangkap D rawan 27 Ibu memasukkan beberapa
__________ bawang putih ke dalam minyak panas itu.
A urat B utas C untai D ulas 28 Suhaili membeli se______
kalung mutiara untuk ibunya.
A tompok B tangkai C ruas D untai 29 Hamizah tidak suka makan
durian walaupun se_____. A ulas B usul C utas D urat 30 Ibu Osman menanam
beberapa _______ serai di belakang rumahnya.
A pohon B batang C rumpun D ulas
Latihan 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Kumari mengambil dua
__________ kek untuk sarapan paginya.
A potong B cubit
C baris D ruas 2 Kedai buku itu menjual
ratusan __________ surat khabar setiap hari.
A gumpal B bungkus
PENJODOH BILANGAN
23
C naskhah D keping Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Pak Din membajak sawah
dengan menggunakan dua __________ kerbau jantan.
A ekor B biji C buah D tandan 4 Pengunjung ke Pameran
Kesenian Islam itu berpeluang melihat dua __________ manuskrip lama yang ditulis dengan tangan.
A gelung B naskhah C bentuk D baris 5 Selain pistol, polis juga
menemui beberapa __________ peluru dalam serbuan itu.
A biji B ruas C butir D buah
6 Dia menulis menggunakan se__________ pen berwarna hitam.
A biji B buah C batang D tangkai Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 7 Melly Yeo menghadiahi
Cikgu Riezam se________ hadiah.
A biji B ketul C jambak D bungkus Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah. 8 Nelly sedang menulis
se__________ surat kepada rakannya di Kedah.
A untai B pucuk C keping D naskhah
PENJODOH BILANGAN
24
9 Fazilah telah mengirim tiga __________ surat kepada tunangnya.
A helai B pucuk C biji D kajang 10 Perompak yang
bersenjatakan se________ pistol itu mati ditembak oleh polis.
A utas B pucuk C bilah D bentuk 11 Pak Cik Seman memikul
se__________ rotan untuk dijual di Pekan Sabtu.
A ruas B berkas C gugus D tandan 12 Kumar pun mengambil
se__________ cangkul untuk membuat beberapa batas sayur.
A ikat B rawan C kaki D batang 13 Berat timbangan dua puluh
__________ pisang itu ialah seratus kilogram.
A biji
B sikat C sisir D tandan 14 Dia membawa pulang dua
__________ kayu api untuk dijual.
A rumpun B berkas C titik D buah 15 Rokiah membawa se_____
buah semasa melawat ke rumah saudaranya.
A biji B kotak C timbun D bakul Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah. 15 Halimah membeli se_____
minyak tanah di kedai Pak Atan untuk diisikan ke dalam pelita.
A titik B ulas C botol D teguk Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
PENJODOH BILANGAN
25
17 Pak Cik Baharom
menebang se__________ pokok di belakang rumahnya.
A ruas B lingkar C batang D rumpun 18 Karim menerima se______
surat daripada kakaknya semalam.
A helai B pucuk C keping D naskhah 19 Azman membeli se______
payung di pasar mini itu. A buah B kaki C batang D pucuk 20 Nelayan itu membawa dua
_________ jala ke sungai. A untai B lapis C pasang D rawan 21 Di tepi rumah nenek ada
tiga __________ pokok serai.
A rumpun B ranting C longgok D batang 22 Baju abang terkena
beberapa __________ dakwat hitam.
A titik B tompok C kaki D bekas 23 Kim Suan membeli dua
__________ akhbar dari kedai buku itu.
A naskhah B buku C lembar D helai 24 Bungkusan itu diikat
dengan se__________ tali supaya tidak mudah terbuka.
A utas B ruas C ulas D urat 25 Kamal sedang membaca
dua __________ pantun yang ditulis oleh gurunya.
A cebis B rangkap C butir D pucuk
PENJODOH BILANGAN
26
26 Se__________ garam dimasukkan ke dalam bubur kacang itu untuk menambah keenakannya.
A cubit B bungkus C genggam D gumpal 27 Alina menghadiahi Cikgu
Chin se_________ bunga. A ikat B jambak C cucuk D ketul 28 Ayah menyuruh abang
membeli dua __________ filem.
A gulung B keping
C gelung D botol 29 Adik telah makan dua
__________ jagung yang dibeli di pasar malam.
A ulas B tongkol C buah D batang 30 Kejadian tanah runtuh itu
telah menyebabkan beberapa __________ jalan ditutup kepada lalu lintas.
A batang B buah C butir D baris
Latihan 6 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Nenek menggoreng dua
__________ pisang untuk hidangan pada waktu petang.
A ulas B butir
C sisir D tandan 2 Yusniza telah membubuh
se__________ garam ke dalam gulai itu.
A biji B cubit C keping D genggam Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
PENJODOH BILANGAN
27
3 Azman sedang menelefon
ibunya di se__________ pondok telefon awam.
A bidang B batang C buah D unit 4 Ramli sedang membasuh
se__________ kasut. A pasang B utas C kuntum D tongkol Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5 Ibu membelikan adik
se__________ buku cerita. A bilah B buah C buku D potong 6 Pak Hashim menggunakan
se__________ jala untuk menangkap ikan.
A rawan B helai C pasang D kerat
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 7 Pihak polis menemukan
beberapa __________ pistol semasa menggeledah rumah itu.
A das B butir C pucuk D jambak 8 Adik memelihara beberapa
__________ kucing. A kawan B ulas C orang D ekor 9 Pengacara majlis itu
menyampaikan se_______ pantun sebagai pembuka majlis.
A rangkap B puntung C papan D lembar 10 Se________ benang boleh
digunakan untuk menjahit beberapa helai baju.
A kaki B buku C pangsa
PENJODOH BILANGAN
28
D baris 11 Kim Han membaling
beberapa __________ pasir ke dalam sungai.
A tandan B longgok C genggam D kuntum 12 Lengan baju pegawai itu
terkena beberapa _______ dakwat merah.
A potong B titik C cubit D gugus 13 Pemburu itu menggunakan
beberapa __________ peluru untuk menembak rusa.
A bilah B laras C butir D das 14 Petani itu memberikan
sepuluh _________ jagung kepada kami.
A ruas B baris C tongkol D orang 15 Budak itu makan dua
__________ nangka sebagai pencuci mulut.
A ulas
B papan C gelung D utas 16 Beberapa __________
lalang telah tumbuh di halaman rumah Amir.
A rumpun B longgok C jambak D untai 17 Penjual itu menggantung
beberapa ________ pisang di hadapan kedainya.
A pohon B tangkai C sikat D lembar 18 Pesakit itu makan kurang
daripada lima __________ nasi setiap hari.
A cucuk B suap C pucuk D cebis 19 Abang membawa dua
__________ joran untuk memancing di tasik itu.
A utas B batang C bentuk D urat 20 Anna membuat sulaman
bunga-bunga pada
PENJODOH BILANGAN
29
se_________ sapu tangan. A keping B lembar C helai D bidang 21 Shasha membuat sulaman
itu dengan beberapa __________ benang emas dan perak.
A helai B untai C lembar D utas 22 Lina memasang beberapa
__________ lilin bagi menerangi biliknya.
A buah B puntung C kaki D batang 23 Di sekolah itu ada sepuluh
_________ komputer yang dilengkapi dengan internet.
A biji B bentuk C buah D kotak 24 Beberapa __________
peserta ekspedisi itu masih terkandas di Gua Musang akibat banjir.
A angkatan B pasukan C pasang D orang
25 Puan Yong memasukkan
se__________ pakaian yang kotor itu ke dalam mesin basuh.
A longgok B kawan C rumpun D kelompok 26 Sesisir pisang itu
mengandungi dua belas ___________ pisang.
A buah B batang C biji D tangkai 27 Pak Majid menebang
pokok itu dengan se__________ kapak.
A bilah B batang C keping D bentuk 28 Se__________ tentera
sedang berkhemah di kaki bukit ini.
A pasukan B gerombolan C kumpulan D kawan 29 Daripada se__________
pisang itu, dia hanya mengambil sesisir saja untuk dimakan.
PENJODOH BILANGAN
30
A gugus B tangkai C jambak D tandan 30 Ibu memasukkan
se_________ garam ke dalam masakannya.
A cubit B carik C cebis D kepal
Latihan 7 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Alin membelek-belek
se__________ rantai emas dengan penuh minat.
A urat B bentuk C utas D lingkar 2 Puan Rahmah
memasukkan beberapa __________ durian ke dalam periuk yang berisi santan itu.
A utas B buah C biji D ulas 3 Beberapa __________
buah durian Pak Halim masih belum terjual.
A timbun B kelompok C kumpulan D longgok 4 Setiap pengunjung ke
pusat memancing itu dibenarkan membawa dua __________ pancing.
A kaki B pucuk C batang D bilah 5 Nenek memerlukan
beberapa __________ rotan untuk membuat bakul ini.
A urat B utas C untai D rawan 6 Mereka duduk di pangkin
PENJODOH BILANGAN
31
itu dengan beralaskan se__________ tikar mengkuang.
A bidang B lembar C keping D rawan 7 Lampu suluh ini
memerlukan tiga __________ bateri yang bersaiz besar.
A ketul B buah C biji D buku 8 Kamil hanya sempat
minum se__________ air sebelum bas sekolahnya datang.
A teguk B hiris C tangkai D tongkol 9 Teck Onn membawa
se__________ rotan untuk membuat bakul.
A bentuk B bilah C butir D berkas 10 Di tepi rumah Siong Kee
terdapat se__________ perigi.
A buah
B baris C bentuk D bilah 11 Puteri itu memakai
se__________ cincin berlian yang sangat cantik.
A cebis B carik C bentuk D keping 12 Kakak sedang mengarang
se__________ rantai manik untuk saya.
A urat B gelung C untai D buah 13 Perempuan itu memakai
se__________ subang berlian.
A buah B bentuk C pasang D utas 14 Hock Lian diminta oleh
gurunya membaca se__________ pantun.
A puntung B patah C deret D rangkap 15 Kim Hong memasukkan
dua __________ ais ke
PENJODOH BILANGAN
32
dalam air tembikai. A kepul B kerat C keping D ketul 16 Dia mencangkul dua
__________ sawah sebelum berhenti untuk berehat.
A petak B potong C kotak D papan 17 Nenek mengambil
se__________ benang untuk menjahit baju itu.
A gelung B potong C lembar D kerat 18 Oleh sebab hari hujan, Ai
Choo memakai se__________ payung.
A kaki B lembar C laras D kapur 19 Nelayan itu membawa
pendayung dan se_______ pukat.
A puntung B helai C petak D rawan
20 Ah Seng terselamat kerana
jatuh ke atas se_________ pasir.
A longgok B mangkuk C pasang D genggam 21 Gopal telah menjumpai
se__________ rantai emas di pasar raya itu.
A urat B gelung C utas D bentuk 22 Se__________ posmen
telah mendapat kecederaan apabila dilanggar oleh motosikal.
A orang B mayang C pasukan D longgok 23 Di dalam piring itu terdapat
empat __________ biskut gajus.
A kerat B keping C kumpulan D ketul 24 Kapal terbang itu lalu
berhampiran se__________ awan.
A longgok B gerombolan
PENJODOH BILANGAN
33
C bentuk D kepul 25 Penggembala itu
membawa se__________ kambing ke padang.
A pasukan B gerombolan C jambangan D kawan 26 Konduktor bas itu terjumpa
se__________ kunci di lantai bas.
A jambak B jambangan C kelompok D ketul 27 Emak membeli se_______
cincin emas di kedai Pok Yik.
A butir B utas C bentuk D buah 28 Pembalak itu menebang
pokok dengan se__________ kapak.
A batang B bentuk C buah D bilah 29 Orang tua yang sakit itu
terdaya makan se_______ nasi sahaja.
A suap B titik C teguk D hidangan 30 Adik saya tertelan
se__________ guli. A ekor B biji C bentuk D ruas
Latihan 8 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Emak sedang merebus
beberapa __________ jagung di dalam periuk.
A rumpun B timbun C sikat D tongkol 2 Budak itu menjerit kerana
terduduk di atas se______ jarum.
A bilah B urat C papan D pucuk 3 Anjing itu menggonggong
se__________ tulang yang dicurinya.
A ketul B ekor C patah
PENJODOH BILANGAN
34
D kalung 4 Saya minum se_________
susu sebelum pergi ke sekolah.
A botol B gelas C bakul D senduk 5 Kakak sedang mengarang
se_________ manik untuk saya.
A lembar B tangkai C untai D utas 6 Dia memetik beberapa
__________ bunga untuk disematkan ke sanggulnya.
A kuntum B kerat C jambangan D ketul 7 Pasangan pengantin itu
memakai se__________ bunga di leher mereka.
A kaki B kalung C gelung D pohon 8 Se__________ anting-
antingnya telah hilang dicuri orang.
A pasang
B pucuk C cebis D butir 9 Pekebun itu menanam
pokok-pokok pisang di atas se__________ tanah.
A berkas B petak C genggam D bidang 10 Ikan yang dibawanya
pulang itu, ditangkap dengan menggunakan se__________ jala.
A helai B rawan C lembar D keping 11 Dia membawa pulang dua
__________ kayu api untuk dijual.
A rumpun B berkas C titik D buah 12 Se__________ layar
kapalnya telah koyak ditiup angin.
A buah B pucuk C helai D bidang 13 Gopal dan Kim Seng
PENJODOH BILANGAN
35
mengikat pencuri itu dengan se__________ tali.
A ikat B potong C utas D jambak 14 Budak gemuk itu dapat
menghabiskan lima __________ nasi lemak.
A senduk B bungkus C cubit D mangkuk 15 Pihak tentera melepaskan
beberapa __________ tembakan ke arah pengganas itu.
A laras B das C patah D kotak 16 Sapu tangan itu dijahit
dengan se__________ benang.
A utas B untai C gulung D lembar 17 “Masukkan se__________
garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit B cubit C colet
D genggam 18 Se______ awan mendung
berarak ditiup angin ke arah utara.
A gugus B kelompok C hamparan D kumpulan 19 Beberapa __________
pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok B tompok C buah D biji 20 Se__________ kata pun
tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah B potong C cebis D untai 21 Ayah membeli dua
__________ durian di pasar.
A biji B ulas C buah D buku 22 Kakak menggunakan
se_________ kain sebagai pembalut luka pada
PENJODOH BILANGAN
36
jarinya. A cebis B bentuk C lembar D cucuk 23 Buku itu berharga dua
belas ringgit se_________. A papan B keping C naskhah D rangkap 24 Beliau memulakan
ucapannya dengan se__________ pantun.
A baris B patah C rangkap D buah 25 Ayah membeli dua
__________ petai di gerai itu.
A gelung B papan C mata D biji 26 Mazirah membeli sebatang
tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat se__________.
A biji B ruas C hiris D ketul
27 Pemuda itu telah
menjumpai se__________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A utas B bilah C jambak D rumpun 28 Beberapa __________
mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A ulas B butir C keping D potong 29 Pemuda itu membeli
se_________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A keping B lembar C naskhah D helai 30 Naemah mengambil
se__________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A ekor B cubit C ketul D genggam
Latihan 9
PENJODOH BILANGAN
37
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Pekerja syarikat
pembinaan itu telah menemukan enam ______ pistol di bawah se_______ sampah di kawasan itu.
A laras ... bungkus B pucuk ... longgok C das ... timbun D dentum ... bukit 2 Ibu memotong dua ______
bawang besar dengan se__________ pisau yang tajam.
A biji ... batang B butir ... bilah C biji ... bilah D buah ... batang 3 Perompak itu telah
melepaskan beberapa __________ tembakan ke arah se__________ polis yang mengepung pondok persembunyian mereka.
A pucuk ... pasang B laras ... angkatan C dentuman ... kawan D das ... pasukan 4 __________ suami isteri
itu telah membeli se__________ tanah di pinggir Kuala Lumpur dengan harga yang amat
murah. A Angkatan ... hektar B Pasukan ... lembar C Pasangan ... bidang D Kumpulan ... relung 5 Ai Teen membeli
se__________ bunga yang merangkumi beberapa __________ bunga ros, kekwa, dan teluki.
A jambak ... kuntum B tangkai ... kaki C pangsa ... kuntum D rumpun ... pucuk 6 Anggota polis telah
menemukan se_________ wang kertas dan se______ kunci di dalam beg penjenayah itu.
A ikat ... gugus B keping ... kawan C kampit ... rawan D lembar ... jambak 7 Tuan Haji Rahman
membeli beberapa _________ buluh dan lima _________ kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.
A ruas ... biji B rumpun ... ulas C batang ... butir D batang ... buah 8 Emak memberi adik
PENJODOH BILANGAN
38
se__________ biskut dan dua __________ nangka .
A ketul ... biji B keping ... ulas C ketul ... butir D potong ... tongkol 9 Jamaliah membeli tiga
__________ tapai ubi dan dua __________ lemang di pasar malam Batu Lima.
A bungkus ... potong B gugus ... puntung C biji ... rumpun D buku ... ketul 10 Rosli pergi ke Lumut untuk
membeli se__________ payung dan se__________ jala.
A bentuk ... rawan B buah ... jambak C kaki ... rawan D batang ... buah 11 Kakak membaca
se__________ surat khabar sambil makan se__________ kek.
A naskhah ... pasang B mayang ... potong C naskhah ... potong D patah ... naskhah 12 Se__________ pelancong
telah membeli dua __________ durian dari gerai itu.
A orang ... pasukan B longgok ... pucuk C pasukan ... longgok D orang ... longgok 13 Di sudut bilik itu terdapat
se__________ tikar dan se__________ penyapu.
A gulung ... buah B gelung ... batang C gulung ... batang D gulung ... bilah 14 Di belakang rumah Suri
ada se_________ sungai dan se__________ buluh.
A buah ... pohon B batang ... rumpun C bidang ... jambak D jalur ... batang 15 Ibu hanya memerlukan
se_________ jarum dan se_________ kain untuk menampal seluar Aiman yang koyak itu.
A lembar ... pasang B bilah ... carik C batang ... carik D cucuk ... cebis 16 Arshad makan sepuluh
__________ sate dan tiga __________ nasi himpit di warung Mak Cik Gayah.
A batang ... potong B cucuk ... ketul C ketul ... ulas
PENJODOH BILANGAN
39
D bungkus ... butir 17 Sebelum pergi memancing
di jeti, ayah telah memasukkan tiga __________ mata kail dan se__________ roti ke dalam beg galasnya.
A buah ... biji B bilah ... buku C bentuk ... buku D bentuk ... ulas 18 Di belakang rumah itu
terdapat se__________ serai dan se__________ pokok cempedak yang tumbuh dengan subur.
A pasang ... pohon B rumpun ... bidang C batang ... baris D rumpun ... batang 19 Intan membalut luka budak
itu dengan menggunakan se__________ kain sebelum menghantarnya ke hospital dengan menaiki se__________ kereta.
A carik ... buah B meter ... bentuk C helai ... biji D lembar ... laras 20 Mak Cik Zaleha telah
membuat se__________ rantai menggunakan beberapa __________
bunga cempaka. A utas ... buah B utas ... kuntum C relung ... jambak D gulung ... kuntum 21 Haikal telah menggunakan
se__________ tali untuk menambat lima _________ lembu kepunyaan Pak Kassim yang dijaganya.
A utas ... ekor B rantai ... ekor C gelung ... ekor D gulung ... buah 22 Kamarul mengambil
beberapa __________ dawai dan se__________ kertas dari atas almari.
A gelung ... kajang B gelung ... utas C gulung ... kajang D gulung ... utas 23 "Hidangkan se__________
biskut dan se__________ air teh kepada Puan Jun," kata ibu kepada kakak.
A piring ... teko B piring ... cawan C pinggan ... gelas D pinggan ... teko 24 Pak Sham mengambil
se__________ jala lalu menuju ke se__________ sungai.
A utas ... buah
PENJODOH BILANGAN
40
B rawan ... batang C rawan ... buah D utas ... buah 25 Se_________ bunga telah
dimasukkan ke dalam se_____ pasu yang cantik.
A tangkai ... biji B jambangan ... biji C jambak ... buah D kuntum ... buah 26 Hilda membeli se________
kasut dan se__________ baju dari kedai ini.
A buah ... helai B biji ... helai C pasang ... helai D pasang ... buah 27 Dia mengambil se_______
kangkung dan beberapa ________ cendawan dari peti sejuk.
A ikat ... batang B ikat ... kaki C batang ... kaki D batang ... buah
28 Sebelum berangkat pulang ke kampung, ayah menjamah se__________ pulut kuning dan dua __________ roti.
A jemput ... keping B ketul ... potong C lembar ... hiris D gumpal ... buku 29 Zaliza membeli se______
nasi lemak dan se_______ kek di gerai itu.
A bungkus ... jambak B potong ... raga C bungkus ... potong D ketul ... mayang 30 Puan Jamilah memakai
se__________ cincin dan se__________ rantai sebagai perhiasan diri.
A pasang ... bilah B bentuk ... utas C rangkap ... utas D utas ... untai
Latihan 10 Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Saya hendak membeli
se______ sayur kangkung dan se________ pisang emas di pasar.
A tangkai ... gugus B kaki ... sikat C ikat ... sikat D kaki ... tandan 2 Abang Fazli telah
mengirimkan se_________ pantun dan se__________
PENJODOH BILANGAN
41
cincin sebagai tanda kasihnya kepada Kak Diana.
A untai ... mata B utas ... pasang C rangkap ... bentuk D rawan ... utas 3 Puan Low membeli dua
__________ anggur dan beberapa __________ durian.
A gugus ... buah B gugus ... biji C jambak ... buah D kelompok ... biji 4 “Tolong belikan saya
se__________ pisang dan se__________ rambutan di gerai buah-buahan itu,” pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah B sisir ... ikat C tandan ... gugus D sikat ... longgok 5 “Letakkan lima _________
mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu,” kata Chef Wan kepada pembantunya.
A biji ... batang B buah ... batang C bekas ... bilah D butir ... bilah 6 Maimun menggubah dua
__________ bunga mawar. Kemudian, dia meletaknya di atas se__________ almari.
A kuntum ... biji B bakul ... buah C jambak ... deret D jambangan ... buah 7 Pak Cik Aziz ke hutan
dengan membawa se__________ parang dan se__________ tali untuk mencari rotan.
A bentuk ... lembar B batang ... gelung C laras ... gulung D bilah ... utas 8 Ayah membelikan adik
se__________ langsat dan se__________ rambutan.
A gugus ... tangkai B gugus ... ikat C biji ... longgok D tangkai ... gugus 9 Atikah menghadiahi
gurunya se__________ bunga dan se__________ pena.
A kuntum ... bilah B jambangan ... berkas C tangkai ... pucuk D jambak ... batang 10 Polis telah melepaskan
beberapa __________
PENJODOH BILANGAN
42
tembakan dengan menggunakan lima __________ rifel M16.
A butir ... pucuk B das ... laras C biji ... batang D laras ... das 11 Dia mengutip beberapa
__________ batu lalu dibaling ke arah se______ burung ciak itu.
A genggam ... kawan B batang ... kumpulan C ketul ... kawan D kepal ... ekor 12 Kakak membeli se_______
kain songket dan se_____ tikar di Kedai Payang.
A helai ... gulung B carik ... gelung C cebis ... hamparan D helai ... bidang 13 Se__________ senapang
dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.
A batang ... biji B das ... buah C laras ... butir D kaki ... butir 14 Berapa harga se________
ikan dan se__________ sayur sawi ini?
A bakul ... berkas
B longgok ... ikat C berkas ... ikat D kawan ... gulung 15 Beberapa _________ jalan
raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur ... pintu B kaki ... baris C batang ... deret D baris ... buah 16 Setiap kali ayah pulang
dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa _______ rambutan serta beberapa _______ kelapa.
A ulas ... sikat B biji ... tandan C tangkai ... tandan D ikat ... sisir 17 Untuk memasak gulai itu,
kita perlu memasukkan se________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A potong ... biji B hiris ... ulas C ketul ... biji D keping ... ulas 18 Sebelum beredar dari
rumah nenek, emak sempat menjamah se__________ pulut dan memakan se__________
PENJODOH BILANGAN
43
sirih. A ketul ... keping B genggam ... helai C potong ... lembar D suap ... kapur 19 Tiap-tiap orang yang
menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa se_________ penggali dan beberapa ________ dawai seorang.
A batang ... gelung B buah ... gelung C kerat ... lembar D bilah ... utas 20 Emak menanam beberapa
__________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris ... pucuk B deret ... kelompok C batas ... rumpun D ikat ... jambak 21 Hanya se__________
penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa __________ maktab perguruan.
A gelintir ... buah B golongan ... biji C kelompok ... deret D kumpulan ... baris
22 Orang tua itu memilih
beberapa _______ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di se__________ tanah terbiar.
A ulas ... kaki B biji ... keping C tongkol ... bidang D buah ... kumpulan 23 Beberapa __________ lilin
dititiskan di atas se__________ kertas lukisan untuk menghasilkan corak batik.
A batang ... keping B titis ... bidang C titik ... helai D titik ... bidang 24 Se________ gajah sedang
mengangkat beberapa __________ kayu balak menggunakan belalai.
A ekor ... batang B baris ... pohon C kawan ... batang D gerombolan ... buah 25 Banjir kilat telah
menyebabkan beberapa __________ jalan raya dinaiki air dan beberapa __________ kenderaan terkandas.
A buah ... buah
PENJODOH BILANGAN
44
B blok ... buah C batang ... buah D baris ... batang Soalan 26 hingga Soalan 30. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 A Beberapa kaki pokok
kelapa di belakang rumahnya tumbang akibat ribut.
B Pistol ayah masih mengandungi empat buah peluru.
C Di pelabuhan itu ada tiga bentuk kapal dagang dari luar negara.
D Di atas piring itu masih ada tiga potong kek coklat.
27 A Kakak mengikat
bungkusan itu dengan selembar tali.
B Sepucuk bunga ros menghiasi sanggul peragawati itu.
C Hanan membeli segulung gambar pemandangan di pameran itu.
D Beberapa buah gelas pecah setelah
dulangnya terjatuh ke lantai.
28 A Sekawan tentera
sedang berbaris di padang.
B Pemburu itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah seekor rusa.
C Dua papan cermin tingkap itu pecah kerana terkena sebiji bola.
D Tiga helai gambar yang diambilnya semalam agak kabur.
29 I Setiap malam kami
mendengar suara aneh dari sebuah rumah di atas bukit itu.
II Beberapa kuntum bunga ros di jambangan itu sudah layu.
III Erin tidak dapat menjawab dengan tepat beberapa buah soalan Matematik itu.
IV Sebuah rumah kongsi itu dapat memuatkan sepuluh orang buruh asing.
A I dan III sahaja B ll dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, dan IV sahaja
PENJODOH BILANGAN
45
30 I Di dalam sampan Pak
Lajis ada serawan jala dan sebuah bakul.
II Dua ketul butang baju kemeja ayah sudah tanggal.
III Datuk mengambil segenggam beras lalu ditaburkannya ke tanah.
IV Empat baris pantun ini dikarang oleh Puan Darina.
A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, III, dan IV sahaja
PENJODOH BILANGAN
46
JAWAPAN Latihan 1
1. A 6. A 11. D 16. B 21. D 26. B 2. B 7. C 12. C 17. C 22. B 27. C 3. C 8. C 13. A 18. C 23. A 28. B 4. A 9. D 14. B 19. B 24. C 29. A 5. A 10. C 15. A 20. A 25. D 30. B
Latihan 2
1. A 6. B 11. A 16. B 21. C 26. C 2. C 7. C 12. D 17. C 22. C 27. B 3. D 8. A 13. A 18. D 23. A 28. B 4. D 9. A 14. C 19. B 24. B 29. C 5. B 10. A 15. D 20. B 25. B 30. C
Latihan 3
1. A 6. D 11. B 16. A 21. B 26. D 2. D 7. A 12. B 17. A 22. D 27. B 3. A 8. D 13. D 18. B 23. A 28. C 4. B 9. A 14. A 19. C 24. A 29. A 5. B 10. B 15. D 20. C 25. C 30. D
Latihan 4
1. C 6. A 11. B 16. A 21. B 26. B 2. A 7. B 12. C 17. A 22. A 27. D 3. A 8. C 13. D 18. B 23. A 28. D 4. B 9. A 14. B 19. B 24. B 29. A 5. B 10. C 15. B 20. B 25. C 30. C
Latihan 5
1. A 6. C 11. B 16. C 21. A 26. B 2. C 7. D 12. D 17. C 22. A 27. A 3. A 8. B 13. D 18. B 23. A 28. A 4. B 9. B 14. B 19. B 24. A 29. B 5. C 10. B 15. D 20. D 25. B 30. A
PENJODOH BILANGAN
47
Latihan 6
1. C 6. A 11. C 16. A 21. C 26. C 2. B 7. C 12. B 17. C 22. D 27. A 3. C 8. D 13. C 18. B 23. C 28. A 4. A 9. A 14. C 19. B 24. D 29. D 5. B 10. B 15. A 20. C 25. A 30. A
Latihan 7
1. C 6. A 11. C 16. A 21. C 26. A 2. D 7. C 12. C 17. C 22. A 27. C 3. D 8. A 13. B 18. A 23. B 28. D 4. C 9. D 14. D 19. D 24. D 29. A 5. A 10. A 15. D 20. A 25. D 30. B
Latihan 8
1. D 6. A 11. B 16. A 21. A 26. B 2. A 7. B 12. D 17. B 22. A 27. C 3. A 8. A 13. C 18. B 23. C 28. B 4. B 9. D 14. B 19. C 24. C 29. C 5. C 10. B 15. B 20. A 25. B 30. B
Latihan 9
1. B 6. A 11. C 16. B 21. A 26. C 2. A 7. A 12. D 17. C 22. A 27. B 3. D 8. B 13. C 18. D 23. B 28. A 4. C 9. A 14. B 19. A 24. B 29. C 5. A 10. C 15. B 20. B 25. C 30. B
Latihan 10
1. C 6. D 11. A 16. C 21. A 26. D 2. C 7. D 12. C 17. C 22. C 27. A 3. B 8. B 13. C 18. D 23. C 28. B 4. B 9. D 14. B 19. A 24. C 29. D 5. A 10. B 15. D 20. C 25. C 30. D