Download - Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
1/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
2/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
3/184
PRAKATA
Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan
sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik beratkan aspek perpaduan yang
merupakan elemen penting dalam memastikan kejayaan sesebuah negara yang
populasinya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan agama. Justeru Kerajaan telah
memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru menerusi gagasan 1Malaysia, ProgramTransformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui Model Baru
Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi mendukung hasrat
dan wawasan negara. Walau bagaimanapun demi mencapai objektif Malaysia sebagai
sebuah negara maju, pembangunan di luar bandar tidak harus dipinggirkan. Ini kerana
setiap rakyat termasuk penduduk di luar bandar mempunyai peranan penting untuk
bersama-sama Kerajaan membina masa depan yang lebih baik.
Ironinya pembangunan luar bandar telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak sekian lama
iaitu semasa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan
pada tahun 1959. Pembangunan luar bandar yang melepasi usia emas ini telah melaluipelbagai evolusi dan transformasi. Ini termasuklah pelancaran Falsafah dan Strategi Baru
Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB) pada tahun 1994 yang menyaksikan anjakan
paradigma dalam inisiatif pembangunan luar bandar.
Kini, Kerajaan bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan wujudnya Pelan Induk
Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) sebagai satu dasar utama pembangunan luar bandar
yang menyokong dasar dan program nasional. PIPLB menggariskan strategi-strategi
pembangunan yang komprehensif untuk kawasan luar bandar sehingga tahun 2020.
Pelan ini dirangka secara holistik sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa yang
semakin mencabar dan bertunjangkan kepada FSBPLB. Ianya akan menjadi panduan
umum kepada semua pihak yang terlibat di dalam sektor pembangunan luar bandartermasuk agensi-agensi Kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya.
Menyedari bahawa dunia pada era globalisasi ini sentiasa pantas berubah, perancangan
dan strategi pembangunan luar bandar seharusnya turut bersedia dengan pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Ini kerana setiap isu global yang berlaku seperti harga
makanan dunia, krisis kewangan dan krisis ekonomi dunia akan memberi kesan kepada
perancangan pembangunan negara. Oleh sebab itu, PIPLB ini dirangka dengan
mengambil kira semua aspek berkaitan luar bandar serta memberi fokus terhadap
pembangunan sosial, ekonomi dan modal insan disamping tidak mengenepikan aspek
pembangunan zikal.Ini adalah selaras dengan visi PIPLB iaitu menjadikan luar bandarsebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan
persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju
dan berpendapatan tinggi. Misi PIPLB pula untuk memperkasakan modal insan,
meningkatkan peluang ekonomi, memperbaiki kualiti hidup luar bandar dan mengurus
luar bandar secara cekap dan mapan.
Pada masa yang sama tujuh (7) teras yang digarap bersama tiga puluh sembilan (39)
strategi dalam PIPLB seharusnya boleh meningkatkan prestasi pembangunan luar
dengan penekanan kepada aspek pembangunan modal insan. Kita mengambil iktibar
daripada pendekatan negara maju yang memberi fokus kepada kualiti sumber
manusianya. Ini kerana hanya mocal insan yang berkualiti sahaja berupayamemanfaatkan sepenuhnya faktor-faktor ekonomi dan zikal di sekeliling meraka.
Selain itu dalam konteks pembangunan negara, kawasan luar bandar begitu penting dari
aspek zikal dan peranannya dalam membentuk jati diri masyarakat. Secara umumnya
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
4/184
sektor luar bandar berperanan sebagai kawasan sokongan, penstabil kualiti alam
sekitar, sumber modal insan, sumber ekonomi dan sebagai ‘showcase’ budaya dan jati
diri tempatan.
Seterusnya pendekatan holistik dan bersepadu dalam PIPLB sudah pasti boleh memberi
manfaat kepada golongan sasar di luar bandar sama ada golongan miskin dan miskin
tegar, golongan belia, pekebun-pekebun kecil, penduduk Orang Asli dan golongan
usahawan.Untuk itu kita mesti bijak dan bersedia untuk lebih dinamik serta mampumenjadi agen perubahan dan jentera penggerak pertumbuhan ekonomi luar bandar.
Bagi usahawan luar bandar, mereka mesti berani meneroka frontier baru dan meluaskan
lagi pasaran, mengeluarkan produk bertaraf dunia serta berusaha gigih dan agresif
untuk menjadi lebih kompetitif.
Anjakan dalam pendekatan dasar yang diperkenalkan Kerajaan akan memastikan
pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan seterusnya sasaran untuk meningkatkan
pendapatan penduduk mampu dicapai dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.
Justeru adalah penting agar semua pihak mengambil peranan dalam memastikan
kawasan luar bandar di negara ini, berpandukan acuan dan formula kita sendiri,
berkembang pantas setanding dengan luar bandar di negara maju yang lain. Kerajaan,
akan sentiasa berusaha dengan penuh iltizam bagi memastikan kawasan luar bandar
berdaya maju dan berdaya saing. Manakala kepada seluruh rakyat Malaysia yang
lain khususnya penduduk luar bandar, saya menyeru supaya sentiasa bersama-sama
Kerajaan dalam membangunkan sektor luar bandar dan menjadikan PIPLB ini sebagai
medium untuk mencapai cita-cita negara ekonomi berdaya maju, masyarakat yang
sejahtera dan persekitaran lestari menjelang tahun 2020.
Apapun langkah strategi yang kita ambil, kepentingan negara perlu mengatasi
segala-galanya. Prinsip ini hendaklah menjadi pegangan dalam merealisasikan aspirasi1Malaysia. Dalam pada itu, marilah kita bersama-sama memastikan agar PIPLB ini
dapat dijayakan dengan jayanya dan menjadi pemangkin trasformasi kemajuan di luar
bandar.
Saya yakin dengan sokongan padu dari semua pihak, sektor luar bandar Malaysia akan
muncul sebagai pencetus dan jentera penggerak ekonomi negara dengan masyarakat
desa terutamanya, dapat menikmati pembangunan yang akhirnya membawa
masyarakat desa ke mercu kemakmuran yang lebih gemilang.
1Malaysia “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Perdana Menteri, Malaysia
Putrajaya
12 Oktober 2010
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
5/184
KATA PENDAHULUAN
Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
meletakkan slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai
aspirasi pentadbirannya. Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan
semua rakyat di bandar atau di luar bandar, merentasi etnik dan pegangan hidup, terus
maju ke hadapan bersama. Bagi mencapai hasrat ini, Program Transformasi Kerajaan
telah dilancarkan. Ini merupakan satu langkah berani dan bersungguh-sungguh ke arahmenjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan perpaduan yang utuh.
Transformasi ini merupakan satu komitmen Kerajaan yang turut melibatkan pelbagai
kaum dan semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar. Oleh sebab itu, pelbagai
usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan, khususnya menerusi Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memacu luar bandar agar seiring
dengan dasar dan kemajuan yang dinikmati negara.
Sejajar dengan itu, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW)
bertanggungjawab menggalas cabaran untuk membawa rakyat luar bandar maju ke
hadapan. Dalam merealisasikan hala tuju pembangunan luar bandar yang lestari, KKLWtelah merangka Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) dengan berteraskan
Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi melalui Model Baru
Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh(RMKe-10). Menerusi PIPLB, agenda
pembangunan negara khususnya untuk kawasan luar bandar akan lebih tersusun. Saya
percaya bahawa kawasan luar bandar perlu diberi wajah tersendiri dengan mengekalkan
keindahan alam semula jadinya dan bersifat mesra alam supaya selesa untuk didiami.
Ini juga akan dapat menarik kehadiran pelancong dalam usaha mempelbagaikan aktiviti
ekonomi dan komersial bagi menjana pendapatan penduduknya. Justeru itu, saya yakin
melalui tujuh (7) teras dan tiga puluh sembilan (39) strategi yang telah dikenal pasti
dalam PIPLB, program pembangunan luar bandar terutama pengupayaan modal insan
dan pemerkasaan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pada masa ini pelbagai kemajuan telah berjaya dilaksanakan di luar bandar. Sebagai
contoh untuk pembangunan modal insan sahaja, KKLW dan agensi-agensinya telah
berjaya melahirkan 205,081 usahawan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMKe-9). Manakala dalam bidang pendidikan pula bagi tempoh 2001 - 2009, MARA
iaitu agensi KKLW, telah menaja seramai 10,392 pelajar ke luar negara dan seramai
hampir 200,000 pelajar di 184 Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan sumber ekonomi di luar bandar, bidang-bidang
ekonomi baru telah diterokai seperti pelancongan tani/agro-tourism. Bidang ini mampumencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Pada tahun 2009,
statistik menunjukkan seramai 204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar terlibat
dalam aktiviti perhotelan dan restoran, berbanding penglibatan di dalam perikanan iaitu
seramai 74,000 orang atau 2.2% sahaja. Justeru itu, eksploitasi terhadap bidang
ekonomi ini perlu diperhebatkan demi untuk menggalakkan pertumbuhan, kepelbagaian
dan kemapanan sektor ekonomi luar bandar.
Sektor luar bandar perlu bergerak seiring dengan arus pertumbuhan ekonomi negara
bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
Peralihan ini memerlukan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi
secara berterusan di setiap peringkat rantaian nilai. Untuk itu, kita perlu memacupertumbuhan sektor luar bandar menerusi pengupayaan ekonomi yang berasaskan
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
6/184
pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran tinggi, inovasi dan kreativiti
serta peningkatan kompetensi. Strategi pertumbuhan ekonomi luar bandar akan terus
ditambah baik dan disusun semula bagi menghadapi peralihan lanskap ekonomi.
Untuk berubah dan berjaya, kita perlu berani mengambil risiko, berani melalui “road
less travel” demi mencapai impian. Saya amat yakin, melalui usaha dan komitmen yang
bersungguh-sungguh, sektor luar bandar keseluruhannya akan berubah wajah. PIPLB
umpama sebuah kompas yang memandu pengembara ke laluan yang betul agarkepentingan masyarakat luar bandar tidak tersasar. Pada masa yang sama PIPLB harus
menjadi asas kepada agensi-agensi lain untuk merancang pembangunan negara.
Sehubungan itu, saya menyeru tanpa mengira siapa kita, di bandar atau di desa,
sahutlah cabaran dan bersama-sama menjayakan PIPLB ini. Dengan visi yang telah
ditetapkan, melalui misi yang telah digubal, strategi yang disusun rapi dan pastinya
melalui komitmen kita bersama, PIPLB pasti boleh diterjemahkan untuk menjadi
kenyataan bagi merealisasikan wawasan 2020 negara. Insya Allah.
Komuniti Berdaya Desa Berjaya’
DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Putrajaya
12 Oktober 2010
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
7/184
KATA-KATA ALUAN
Penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar merupakan satu anjakan
kearah mempertingkatkan pembangunan luar bandar di Malaysia. Usaha ini meletakkan asas
yang kukuh bagi sektor luar bandar bersama-sama merealisasikan hasrat Malaysia menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Pelan induk ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mementingkanpembangunan modal insan, kualiti, dayasaing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut
perubahan dan transformasi masyarakat luar bandar yang menekankan modal insan sebagai
aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara.
Pelan induk ini telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam
pembangunan luar bandar. Oleh itu, untuk merealisasikannya, usaha perlu digemblengkan
secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan kesemua tujuh teras strategik yang
digariskan dalam pelan tersebut. Wadah ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada kesemua
pihak, bukan sahaja oleh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah sahaja, malah Agensi lain yang secara langsung dan tidak langsung memainkanperanan dalam pembangunan luar bandar.
Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam penggubalan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini terutama kepada Kementerian,
Jabatan dan Agensi Kerajaan yang telah menyumbangkan pandangan dan idea-idea mereka.
DATUK ABD JABAR BIN CHE NAIKetua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Putrajaya
12 Oktober 2010
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
8/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
viii
KANDUNGAN PRAKATA
BAB 1 MENGIMBAU KENANGAN, MELAKAR IMPIAN.
LUAR BANDAR KE ARAH KESEJAHTERAAN :
SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU. 2
TUJUH TUNGGAK UTAMA
1. PEMERKASAAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 6
2. MELONJAKKAN PENDAPATAN MASYARAKAT 7
3. MENGGERAKKAN KEGIATAN EKONOMI
DAN INDUSTRI SECARA BERSEPADU. 8
4. PELUASAN AKSES PRASARANA 10
5. PEMBANGUNAN SEIMBANG DAN BERTERUSAN 11
6. PERLUASAN PENEMBUSAN INTERNET
DAN LIPUTAN JALUR LEBAR 13
7. TADBIR URUS DESA YANG BAIK 14
BAB 2 MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD.
EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
DALAM TEMPOH LIMA (5) DEKAD. 16
ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 26
POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR 30
MELANGKAH KE HADAPAN 35
BAB 3 DASAR DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR (PIPLB).
DEFINISI LUAR BANDAR 41
PERNYATAAN DASAR 42
VISI DAN MISI 43
OBJEKTIF 44
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
9/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
ix
TERAS 45
TERAS 1 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN
DAN PENGUPAYAAN MASYARAKAT. 46
TERAS 2 : PEMBANGUNAN EKONOMI
YANG BERDAYA MAJU, BERDAYA SAING
DAN BERDAYA TAHAN. 63
TERAS 3 : PENGINTEGRASIAN PERANCANGAN
FIZIKAL DENGAN PROGRAM
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR. 87
TERAS 4 : PEMBANGUNAN INFRASTRUKTURDAN KEMUDAHAN AWAM
YANG MENYELURUH. 113
TERAS 5 : PENINGKATAN KUALITI HIDUP
DAN PENDAPATAN GOLONGAN ISI RUMAH
KUMPULAN 40% TERENDAH. 125
TERAS 6 : PENGURUSAN PEMBANGUNAN
SECARA BERSEPADU. 143
TERAS 7 : PENGURUSAN SUMBER ALAMSECARA MAPAN. 157
KESIMPULAN 168
GLOSARI AKRONIM
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
10/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
11/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
BAB 1
LUAR BANDAR KE ARAHKESEJAHTERAAN:
SATU PENILAIAN SEPINTAS LALU
Semenjak Negara mencapai kemerdekaan,
pelbagai strategi dan usaha telah dilakukan
oleh Kerajaan yang membawa kepada
kejayaan dan perubahan kepada
pembangunan luar bandar.Usaha ini akan
diteruskan dalam rancangan pembangunan
negara memandangkan masih terdapat banyakruang dan potensi yang perlu diterokai demi
pembangunan masyarakat luar bandar.
KETIDAKSEIMBANGAN PENDAPATAN
1.1 Pembangunan pesat ekonomi negara
khususnya di bandar menyebabkan jurang
pembangunan bandar dan luar bandar menjadi
lebih meluas. Keadaan ini menuntut kepada
komitmen berterusan pelbagai pihak supayaluar bandar dapat dimajukan dengan lebih
pesat lagi.
1.2 Nisbah ketidaksamaan pendapatan
antara bandar dan luar bandar menguncup
daripada 1:2.14 pada tahun 1970 kepada 1:1.7
pada tahun 1990, namun melebar semula pada
akhir tahun 1990-an dan awal abad ke-21
kepada 1:2.11 dan pada tahun 2007 kembalimenguncup kepada 1:1.91. Manakala pada
tahun 2009, nisbah berada pada kadar 1:1.85.
1.3 Pada masa yang sama kadar
kemiskinan di luar bandar telah menurun
daripada 55.3% (1973) kepada 7.1% (2007).
Seiring dengan perkembangan ini juga, pekali
Gini luar bandar meningkat semula daripada
0.397 (2004) kepada 0.388 (2007).
02
MENGIMBAU KENANGAN MELAKAR IMPIAN
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
12/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1.4 Penting juga dinyatakan bahawa Pekali
Gini bagi Bumiputera di seluruh Negara kekal
tertinggi pada tahun 2004 dan tahun 2009
berbanding dengan lain-lain kaum seperti
jadual di bawah:
Keadaan ketidakseimbangan sesama kaum ini
wujud di kalangan pelbagai kelompok
penduduk dan kaum di bandar dan luarbandar.
DEMOGRAFI PENDUDUK
1.5 Proses perbandaran dan
pembangunan perindustrian yang pesat
serta penghijrahan penduduk ke bandar telah
menyebabkan kadar penduduk luar bandar
semakin berkurangan. Pada tahun 1980,
peratus penduduk luar bandar berada pada
tahap 68.5% (8.65 juta) daripada jumlah
penduduk (13.14 juta) dan semakin menurun
kepada 36.7% (10.24 juta) berbanding 27.89
juta pada tahun 2009. Penurunan peratusan
penduduk luar bandar ini sebaliknya
mencatatkan peningkatan peratusan penduduk
yang terdiri daripada warga tua. Keadaan ini
membawa kepada dimensi baru cabaran
pembangunan ekonomi dan peningkatan
produktiviti guna tenaga di luar bandar.
Jadual 1.1 Pekali Gini mengikut Kumpulan Etnik 2004 dan 2009
Etnik 2004 2009
Bumiputera 0.452 0.440
Cina 0.446 0.425
India 0.425 0.424
03
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
13/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
KUALITI HIDUP
1.6 Secara umumnya, kualiti hidup
penduduk Malaysia telah meningkat seperti
yang dicerminkan melalui peningkatan akses
kepada kemudahan dan perkhidmatan asas
dan lain-lain indikator yang terkandung dalam
Laporan Kualiti Hidup Malaysia, 2008. Padamasa yang sama, kualiti hidup penduduk luar
bandar Malaysia turut meningkat melalui
program dan projek yang dilaksanakan oleh
pelbagai Kementerian. Namun secara
relatifnya, liputan dan akses kepada
kemudahan dan perkhidmatan ini adalah
rendah di luar bandar berbanding bandar.
Secara amnya, kualiti hidup penduduk di
semua negeri telah bertambah baik,
walaubagaimana pun terdapat perbezaan yang
nyata serta kemudahan dan perkhidmatan
yang disediakan di Sabah dan Sarawak.
04
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
14/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Sebagai contoh, akses kemudahan
bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak 76.51%
dan 66.48% adalah lebih rendah berbanding
dengan Semenanjung.Begitu juga akses
kemudahan bekalan air 58.5% dan 58.8%
berbanding 89.6%. Kadar celik huruf di Sabah
dan Sarawak agak jauh lebih rendah
berbanding kadar celik huruf seluruh Negara.Kadar kematian bayi 3% dan 5.9% bagi setiap
1,000 kelahiran di Sabah dan Sarawak pula,
jauh lebih tinggi berbanding dengan
Semenanjung iaitu
1.7 Malaysia kini berada dalam fasa yang
terpenting di mana hanya tinggal 10 tahun
sahaja lagi bagi merealisasikan Wawasan
2020. Justeru itu, seluruh tenaga dan
kepakaran perlu digembleng ke arah itu.
Masyarakat luar bandar juga perlu digerakkan
secara efektif ke arah perubahan.Bagi
mencapai status negara maju menjelang tahun
2020, telah dikenalpasti 7 tonggak utama yang
perlu dilaksanakan secara berterusan.
05
Pemerkasaan Pembangunan Modal Insan
Melonjakkan Pendapatan Masyarakat
Menggerakkan Kegiatan Ekonomi Dan Industri Secara Bersepadu
Perluasan Akses Prasarana
Pembangunan Seimbang Dan Berterusan
Tadbir Urus Desa Yang Baik
Perluasan Penembusan Internet Dan Jalur Lebar
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
15/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1.8 Pemerkasaan Pembangunan Modal
Insan
Modal insan merupakan aspek terpenting
dalam pembangunan dan menjadi pra-syarat
utama kepada kejayaan sesebuah Negara.
Oleh itu, usaha memperkasakan
modal insan perlu diberi perhatian olehKerajaan. Pada masa ini, masih ramai
penduduk di luar bandar yang mempunyai
tahap pendidikan rendah. Mengikut statistik
daripada kalangan tenaga kerja di luar bandar,
hanya 14.3% sahaja yang mempunyai
pendidikan di peringkat tertiari.
Di samping itu, kemahiran tenaga
pengajar di institusi luar bandar perlu
dipertingkatkan lagi bagi melahirkan tenaga
kerja luar bandar yang lebih berkesan.
Jenis kursus dan kurikulum perlu sentiasa
ditambah baik bagi memenuhi keperluan
pasaran pekerjaan. Kursus-kursus dan latihan
kemahiran kepada penduduk luar bandar akan
lebih menekankan kepada kaedah ’hands-on’
bagi memberi manfaat yang lebih.
06
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
16/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1.9 Melonjakkan Pendapatan Masyarakat
Ketika mencapai kemerdekaan, hampir 90%
penduduk Malaysia dalam keadaan
kemiskinan. Kebanyakan penduduk
berpendapatan rendah, bergantung kepada
getah dan bijih timah. Melalui pelbagai
program yang telah dilaksanakan olehKerajaan contohnya, pembangunan tanah
secara perladangan yang dilaksanakan oleh
FELDA, pendapatan penduduk di luar bandar
telah berjaya ditingkatkan. Pada tahun 2009,
purata pendapatan isi rumah penduduk luar
bandar telah berjaya ditingkatkan kepada
RM2,545 dan kadar kemiskinan juga dapat
dikurangkan kepada 8.4%. Namun begitu,
usaha perlu dilipatgandakan bagi
meningkatkan lagi pendapatan masyarakat
luar bandar.
Pembangunan ekonomi luar bandar masih
tertumpu kepada pertanian komoditi,
terutamanya getah dan kelapa sawit. Harga
komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit
masih menghadapi ketidakstabilan harga dan
ini telah mempengaruhi pendapatan pekebun
kecil. Walaupun terdapat usaha bagi
meningkatkan produktiviti, namun dengan saiz
keluasan tanah yang kecil dan tidak ekonomikusaha ini tidak akan dapat melonjakkan
pendapatan pekebun kecil.
Penstrukturan semula ekonomi perlu
dilakukan bagi mempelbagaikan pendapatan
penduduk. Sektor perkhidmatan, industri desa
serta aktiviti non farm akan dimajukan dengan
lebih giat. Laporan World Wildlife Foundation
(WWF) Malaysia pada tahun 2002 telah
menganggarkan sejumlah RM655 juta setahun
diperolehi daripada aktiviti eko-pelancongan.
Potensi ini merupakan peluang yang perlu
diterokai dengan lebih giat bagi
mempelbagaikan sumber pendapatan
penduduk luar bandar.
07
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
17/18408
1.10 Menggerakkan Ekonomi Dan Industri
Secara Bersepadu
Sektor Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS)
dilihat mempunyai peranan yang besar dalam
pembangunan ekonomi sektor luar bandar di
Malaysia. Secara keseluruhan, pada tahun
2008, sektor ini menyumbang hampir 32%kepada KDNK. Namun, sektor EKS negara
masih berhadapan dengan cabaran yang
besar terutamanya dari segi keterbukaan
pasaran domestik kepada persaingan
global. Dalam menghadapi cabaran liberalisasi
pasaran ini, sektor EKS luar bandar mesti
meningkatkan kualiti produk keluaran mereka
supaya berdaya maju dan berdaya saing. Oleh
itu, sektor ini perlu dibangunkan secara lebih
holistik, seimbang dan tersusun supaya
transformasi EKS menjadi sektor yang
ekonominya berkembang sejajar dengan
ekonomi global dan sektor ekonomi moden lain
dapat dicapai.
Kerajaan komited dalam usaha meneroka
potensi pertumbuhan dan inovasi EKS
termasuk di luar bandar bagi melahirkan juara
di peringkat nasional, serantau dan global.
Di antara strategi yang dicadangkan, termasuk
membangunkan EKS sebagai jenterapertumbuhan dan inovasi dengan
mengurangkan kos kawal selia yang
ditanggung oleh EKS, membina keupayaan
EKS, menyokong pembentukan budaya
keusahawanan, memperkukuh infrastruktur
sokongan dan mempertingkat akses kepada
pembiayaan.
Usaha-usaha akan diambil untuk
menggalakkan dan menarik minat golongan
belia berkecimpung dalam aktiviti ekonomi dan
keusahawanan di luar bandar. Di samping itu,
hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh
pelbagai jabatan dan agensi perlu
dikomersialkan dan dikongsi bersama
dengan masyarakat. Namun, isu pemasaran
masih lagi merupakan cabaran utama yang
mengekang perkembangan sektor ekonomi
di luar bandar. Rantaian antara industri desa
dan bandar yang boleh menjadi pemangkin
bagi meningkatkan ruang pasaran produkluar bandar masih sangat longgar. Justeru itu,
langkah-langkah akan diambil bagi menangani
cabaran ini supaya usahawan desa dapat
memasar dan memperkembangkan produk
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
18/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
keluaran mereka di kawasan bandar. Ini akan
mendorong usahawan meningkatkan
produktiviti dan pada masa yang sama
memperbanyakkan peluang pekerjaan di
kawasan luar bandar.Selain itu, pelancongan
desa dilihat mempunyai potensi yang besar
untuk dibangunkan menjadi satu industri yang
mampu menjana pendapatan lumayan kepadamasyarakat setempat. Pembangunan industri
berasaskan sumber pula mampu membuka
peluang kepada sesebuah kawasan bagi
membangunkan sumber semulajadi yang
terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti
keusahawanan seperti ini bukan sahaja
berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak
melibatkan modal yang besar.
09
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
19/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1.11 Peluasan Akses Prasarana
Kerajaan komited untuk memastikan kualiti
hidup yang tinggi wujud di luar bandar. Hasrat
ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk
menjadi sebuah negara maju, di mana luar
bandar akan menjadi kawasan yang
menarik untuk didiami, mempunyaiperumahan dan perkhidmatan berkualiti serta
pelbagai kemudahan bertaraf bandar.
Kawasan luar bandar mengekalkan cirinya
tersendiri di samping memanfaatkan
perkhidmatan asas yang disediakan.
Pengangkutan awam dirancang untuk
memenuhi keperluan rakyat, akses kepada
penjagaan kesihatan yang berkualiti turut
disediakan disamping persekitaran yang
dipelihara untuk generasi akan datang.
Strategi dan tindakan yang diambil oleh
Kerajaan selama ini telah menghasilkan
kejayaan. Pada tahun 2009 liputan bekalan
elektrik telah mencapai 99.5% di
Semenanjung Malaysia,76.5% di Sabah dan
66.5% di Sarawak. Manakala liputan
bekalan air bersih pula telah mencapai 89.6%
di Semenanjung, 58.5% di Sabah dan 58.8% di
Sarawak. Rangkaian kemudahan jalan
berturap telah dinikmati oleh sebahagian besarrakyat di Semenanjung Malaysia dan langkah-
langkah sedang diambil bagi meningkatkan
kemudahan ini di Sabah dan Sarawak.
Program bantuan perumahan yang
dilaksanakan pula telah membantu usaha
menangani kemiskinan tegar.
Di samping memperluas liputan perkhidmatan,
kualiti perkhidmatan juga ditingkatkan.
Langkah-langkah seperti mengggunakan
teknologi moden yang lebih berkesan sedang
diambil. Bajet berhemah bagi memastikan nilai
yang lebih besar untuk setiap ringgit yang
dibelanjakan turut diberi penekanan oleh
Kerajaan. Kerajaan akan terus memastikan
kemudahan akses prasarana akan dinikmati
oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan di
mana mereka berada.
10
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
20/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1.12 Pembangunan Seimbang Dan
Berterusan
Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah
negara tidak dapat dinakan lagi. Alam sekitar
merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab
Kerajaan dan rakyat untuk memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara
perlu diurus secara mapan supaya
pembangunan masa kini tidak menjejaskan
keperluan generasi akan datang.
Jumlah keluasan kawasan hutan di Malaysia
pada tahun 2008 dianggarkan melebihi
separuh daripada keluasan tanah negara.
Di Semenanjung Malaysia jumlah keluasan
hutan ialah 5.85 juta hektar, di Sabah 4.3 juta
hektar dan di Sarawak 8.06 juta hektar.
Kebanyakan daripada kawasan hutan tersebut
telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal,
taman negeri dan taman negara atau lain-lain
kawasan perlindungan hutan. Usaha ini
diambil bagi memelihara pelbagai jenis hutan
untuk generasi akan datang.Oleh itu,
pertimbangan alam sekitar perlu diambil kira
sebelum melaksanakan sesuatu projek
pembangunan dalam bandar.
Usaha-usaha bagi memelihara dan
menghargai alam sekitar perlu diberi perhatian
sewajarnya. Antaranya seperti pembukaan
hutan secara meluas oleh penduduk luar
bandar termasuk Orang Asli perlu diminimakan,
di samping mengelakkan penggunaan
racun rumpai secara berlebihan yang juga
akan memusnahkan alam sekitar. Sebaliknya,
pertanian secara organik diberi galakan yang
tinggi supaya kesan negatif bahan kimia ke
atas kualiti tanah dan air dapat dikurangkan.
Pembenihan semula sumber alam perlu
dipertingkatkan supaya sumber yang hilang,
khususnya sumber yang boleh diperbaharui
dapat diganti. Amalan pertanian yang baik(Good Agronomic Pratice) perlu dilaksanakan
oleh semua masyarakat dan Agensi Kerajaan.
Amalan pematuhan (compliance practice)
dan ISO 14000 perlu diberi penekanan dalam
pelaksanaan projek di luar bandar.
11
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
21/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Selain itu, pelancongan desa dilihat
mempunyai potensi yang besar untuk
dibangunkan menjadi satu industri yang
mampu menjana pendapatan lumayan kepada
masyarakat setempat. Pembangunan industri
berasaskan sumber pula mampu membuka
peluang kepada sesebuah kawasan bagi
membangunkan sumber semulajadi yangterdapat di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti
keusahawanan seperti ini bukan sahaja
berpotensi untuk diusahakan malah ia tidak
melibatkan modal yang besar.
12
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
22/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1.13 Perluasan Penembusan Internet Dan
Liputan Jalur Lebar
Pada masa ini, proses transformasi ekonomi
Malaysia dari sebuah ekonomi yang
berasaskan pengeluaran kepada ekonomi
berasas pengetahuan didorong kuat oleh dasar
Kerajaan yang proaktif dan agresif kepadaperkembangan teknologi maklumat. Bagi
mempercepatkan peralihan kepada
ekonomi berasaskan pengetahuan, jurang
digital masyarakat luar bandar perlu diatasi
segera. Tidak dapat dinakan ICT merupakan
satu alat untuk mengupayakan kumpulan yang
terpinggir. Tanpa kemudahan ini,
ketidaksamaan sosio ekonomi pasti wujud.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
pada tahun 1997 telah menyatakan bahawa
kemiskinan maklumat adalah merupakan satu
lagi bentuk kemiskinan yang perlu ditangani
secara serius oleh Kerajaan.
“We are profoundly concerned at the
deepening mal-distribution of access,
resources and opportunities in the information
and communication eld. The information
technology gap and related inequities between
industrialized and developing nations are
widening: a new type of poverty - information poverty - looms. Most developing countries,
especially the Least Developed Countries
(LDCs) are not sharing in the communication
revolution, since they lack:
affordable access to core information
resources, cutting-edge technology and to
sophisticated telecommunication systems and
infrastructure; the capacity to build, operate,
manage, and service the technologies involved;
policies that promote equitable public
participation in the information society as both
producers and consumers of information and
knowledge; and a work force trained to
develop, maintain and provide the value-added
products and services required by the
information economy“.
The UN’s Administrative Committee on
Coordination statement on Universal Access to
Basic Communication and Information Servicesin April 1997.
13
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
23/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Semenjak tahun 2000, Kerajaan telah
melaksanakan program-program ICT termasuk
di kawasan luar bandar. Namun begitu, masih
lagi terdapat kawasan-kawasan di luar bandar
yang belum mendapat akses kepada teknologi
maklumat terutamanya teknologi jalur lebar.
Kadar penembusan internet dan jalur lebar di
bandar ialah 85% dan di luar bandar 14%.Tahap celik IT yang rendah di kalangan
penduduk luar bandar akan menyebabkan
jurang pendapatan antara penduduk bandar
dan luar bandar semakin melebar, ini
membantutkan usaha ke arah negara
berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
1.14 Tadbir Urus Desa Yang Baik
Pelbagai program dan inisiatif telah
dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
mempertingkatkan tahap tadbir urus dan
integriti sektor awam dan swasta. Dengan
tahap integriti yang tinggi, usaha pembangunan
negara akan dapat dilaksanakan dengan baik
dan ini mampu meningkatkan kepercayaan
serta rasa hormat di kalangan masyarakat.
Tadbir urus yang baik merupakan kunci
kepada kejayaan sesebuah organisasi. Iaboleh ditakrifkan sebagai proses membuat
keputusan dan cara pelaksanaan. Salah satu
daripada cabaran utama Kerajaan adalah
untuk memenuhi hasrat dan harapan serta
aspirasi rakyatnya. Tabdir urus yang terbaik
adalah penting bagi menghadapi cabaran
dengan berkesan. Amalan pelaksanaan tadbir
urus yang baik dan bertanggungjawab, dengan
berteraskan prinsip kesaksamaan,
keberkesanan, integriti serta akauntabiliti
akan membuahkan kejayaan.
14
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
24/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
25/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
EVOLUSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
DALAM TEMPOH LIMA DEKAD
2.1 Sejak mencapai kemerdekaan,
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai
program pembangunan bertujuan
meningkatkan kualiti hidup penduduk luar
bandar. Tumpuan telah diberikan kepada
penyediaan kemudahan prasarana asastermasuk jalan, kemudahan elektrik dan air,
kemudahan sosial, serta pendidikan dan
kesihatan. Di samping itu, program dan projek
pembangunan pertanian juga telah dimulakan
di mana kesemua usaha ini dirangka bagi
meningkatkan pendapatan penduduk dan
membasmi kemiskinan. Secara ringkas, evolusi
pembangunan luar bandar dalam tempoh lima
dekad yang lalu adalah seperti berikut:
Era Pasca Kemerdekaan (1957-1970)
• Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan,
diikuti dengan penubuhan Lembaga Kemajuan
Industri Luar Bandar (RIDA). Kedua-duanya
menjadi pemangkin kepada pembangunan
tanah dan pembangunan luar bandar yang
lebih pesat. Melalui rancangan-rancangan
pembangunan tanah dan penempatan yang
dilaksanakan, FELDA telah dapat membantumeningkatkan taraf hidup masyarakat luar
bandar dan merapatkan jurang perbezaan
taraf hidup antara penduduk bandar dan luar
bandar.
• Kerajaan juga telah membina sekolah-
sekolah berasrama penuh yang turut memberi
peluang kepada pelajar-pelajar luar bandar
yang berpotensi untuk meningkat maju di
samping membina lebih banyak sekolah-
16
BAB 2
MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN
BERTERUSAN
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
26/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
17
sekolah di kawasan luar bandar.
• Menggubal Pelan Pembangunan Desa
Kebangsaan bertujuan untuk menyusun dan
menggerakkan institusi ke arah pemodenan
dan pembangunan desa.
• Majlis Kebangsaan PembangunanDesa (MKPD) juga telah ditubuhkan supaya
dapat menyelaras Pelan Buku Merah yang
terdapat di Bilik Operasi setiap pejabat daerah.
Langkah yang dipelopori oleh Y.B. Allayarham
Tun Abdul Razak ini boleh dianggap sebagai
permulaan perancangan dan pembangunan
luar bandar secara tersusun.
• MKPD ini dipengerusikan oleh Perdana
Menteri di peringkat persekutuan, manakala di
peringkat negeri dipengerusikan oleh Menteri
Besar. Di peringkat daerah pula, jawatankuasa
ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang
juga merancang kemajuan masyarakat di
peringkat akar umbi.
• Prinsip perancangan pembangunan di
ketiga-tiga peringkat ini telah menjadi asas
kepada perancangan pembangunan luar
bandar yang masih diguna pakai sehingga hari
ini.
• Pada umumnya, Pelan tersebut
tertumpu kepada pembangunan infrastruktur,
pembangunan tanah ala FELDA dan
peningkatan pengeluaran padi dan beras
melalui perluasan kawasan tanaman dua kali
setahun dibantu dengan program saliran dan
perparitan.
• FAMA (Federal Agricultural Marketing
Authority) telah ditubuhkan pada tahun 1965
bagi membantu petani memasarkan produk
supaya mendapat harga yang berpatutan.
Pada tahun ini juga, Bank Bumiputra
ditubuhkan sebagai sebuah bank
perdagangan bertujuan untuk menyediakan
kemudahan kredit dan perbankan bagi
masyarakat di luar bandar.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
27/18418Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
• RIDA telah disusun semula pada
tahun 1966 dengan penubuhan Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Pada ketika itu, RIDA
bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman
dan bantuan teknikal kepada usahawan
Bumiputera di luar bandar.
• Bagi menangani masalah tanah terbiar,Kerajaan telah menubuhkan Lembaga
Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Persekutuan (FELCRA) bagi membantu
penduduknya menyertai aktiviti ekonomi
negara dan meningkatkan taraf hidup.
Era Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)
Usaha membasmi kemiskinan yang lebih
bersepadu, terselaras dan terancang telah
diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Dasar ini yang meliputi tempoh masa
20 tahun (1970-1990) telah diperkenalkan
selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang mana
kemiskinan dikatakan sebagai punca utama
berlakunya rusuhan kaum. Dua objektif utama
digariskan iaitu:
. pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum.
. penyusunan semula masyarakat untukmengurangkan dan akhirnya
menghapuskan identiti kaum mengikut
fungsi ekonomi.
Pelbagai strategi, langkah dan tindakan telah
diambil seperti berikut:
• Kerajaan telah menubuhkan Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) pada tahun 1973
bertujuan antara lain untuk memajukan sektor
pekebun kecil dengan melaksanakan
penanaman semula getah serta merancang
dan melaksanakan inovasi di dalam sektor
pekebun kecil.
• Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) telah ditubuhkan pada tahun 1977
di bawah Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar Bandar. Pemaju Masyarakat KEMAS
dan JKKK bekerjasama menggerakkanpenyertaan masyarakat di dalam program
pembangunan Kerajaan sebagai usaha
bersepadu menangani isu kemiskinan.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
28/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
19
• Pendekatan pembangunan desa
bersepadu iaitu Integrated Rural
Development Plan (IRDP) telah diperkenalkan.
Bagi menghasilkan impak yang lebih nyata,
konsep “pembangunan kawasan” di bawah
IRDP menjadi asas kepada pendekatan
Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP).
Kesemua IADP adalah berteraskan pemban-gunan setempat (in-situ) dengan memberi
penekanan kepada pembasmian kemiskinan,
peningkatan pengeluaran pertanian/bahan
makanan dan pembangunan desa.
• Pendekatan pembangunan wilayah
yang menggunakan konsep pembangunan
kawasan telah diperkenalkan di bawah Dasar
Ekonomi Baru (DEB), di mana Lembaga
Kemajuan Wilayah (contohnya KEDA,
KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR) telah
ditubuhkan bagi menyelaras pembangunan di
kawasan baru dan berskala besar.
• Dasar Halacara Baru telah
diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan
untuk menangani masalah ketidakseimbangan
pembangunan dan pembasmian kemiskinan di
kawasan luar Bandar.
• “Revolusi Pertanian” telahdiperkenalkan oleh Kementerian Pertanian
pada tahun 1986 bagi menyokong dasar
pembasmian kemiskinan dengan memberi
tumpuan kepada kampung-kampung yang
tidak menyertai program di bawah dasar
Halacara Baru.
• Dasar Pertanian Negara (DPN 1)
diperkenalkan pada tahun 1984 bertujuan
untuk mencergaskan semula peranan dan
sumbangan sektor pertanian dalam
pembangunan ekonomi yang secara langsung
mempunyai implikasi kepada pembangunan
luar bandar dan pembasmian kemiskinan.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
29/18420
Era Dasar Pembangunan Nasional
(1991-2000)
• Dasar Pembangunan Nasional
telah digubal bertujuan meneruskan dasar
“pertumbuhan dengan pengagihan” dengan
penumpuan kepada usaha membasmi
kemiskinan di samping meneruskanpenstrukturan semula masyarakat melalui
pembentukan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB).
• Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Dato’
Seri Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Perdana
Menteri pada ketika itu telah melancarkan
Wawasan 2020 dengan matlamat supaya
Malaysia mencapai status negara maju pada
tahun 2020.
• Selari dengan Wawasan 2020 ini,
di bawah RMKe-6 (1990-1995), anjakan
paradigma bagi luar bandar telah diusahakan
dengan memperkenalkan Falsafah dan Strategi
Baru Pembangunan Luar Bandar (FSBPLB)
pada tahun 1994.
• FSBPLB menggariskan perubahan
dasar daripada penekanan kepada ekonomi
(ecocentric) kepada pembangunan manusia(homocentric) bertujuan mewujudkan
masyarakat yang berkiran terbuka dan
mempunyai perspektif global serta mempunyai
nilai-nilai murni.
• Bagi mencapai matlamat ini, FSBPLB
ini menggariskan tujuh inisiatif utama iaitu:
i) pembangunan manusia yang
cemerlang;
ii) pembangunan keluarga yang
sejahtera;
iii) pembangunan masyarakat yang
beridentiti dan berdaya tahan;
iv) penyediaan infrastruktur yang
berkualiti;
v) pembangunan ekonomi yang mapan;
vi) sistem penyampaian yang berkesan;
dan
vii) pewujudan rangka kerja insititusi yang
responsif kepada perubahan.
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
30/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
31/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
22
• Bagi mencapai hasrat mewujudkan
masyarakat moden dan mempunyai nilai-nilai
positif, beberapa prasyarat perlu dipenuhi
terlebih dahulu iaitu:
i) pendidikan minima yang tinggi serta
apresiasi pendidikan sebagai satu
proses berterusan;ii) asas teknologi yang moden;
iii) penggunaan teknologi maklumat yang
meluas;
iv) perubahan pergantungan asas
ekonomi;
v) penyediaan kemudahan prasarana
yang berkualiti;
vi) minda yang moden, terbuka dan
global; dan
vii) responsif kepada pasaran.
• Gerakan Desa Wawasan (GDW) telah
diperkenalkan dalam tahun 1996 sebagai satu
strategi dalam pendekatan pembangunan
manusia, di samping merupakan satu Gerakan
di peringkat nasional bertujuan untuk
meningkatkan pengupayaan masyarakat
melalui kesedaran, perubahan sikap dan
pembinaan keupayaan. Ianya menekankan
penyertaan aktif masyarakat dalam proses
pembangunan termasuk mengenalpastikeperluan mereka, merancang dan mengambil
tindakan bagi mencapai matlamat yang
dikehendaki.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
32/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
33/18424
Era Pembangunan Berasaskan
Pengetahuan
• Peralihan kepada era millenium baru,
srategi pertumbuhan turut berubah daripada
strategi yang didorong oleh input kepada
berasaskan pengetahuan. Peralihan strategi
ini adalah penting dalam usaha meningkatkanpertumbuhan potensi pengeluaran,
mempercepatkan perubahan struktur
sektor pembuatan dan perkhidmatan serta
menggiatkan sektor pertanian dan
memperkukuhkan kestabilan sosio ekonomi
melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan
negara yang saksama.
• Strategi di atas memberikan tumpuan
yang lebih kepada inisiatif sektor swasta,
sementara sektor awam akan menyediakan
rangka dasar institusi yang kondusif serta
perkhidmatan berkualiti.
• Usaha membudayakan teknologi
maklumat di kalangan masyarakat luar bandar
telah dilancarkan dengan penubuhan pusat
komuniti ICT di luar bandar yang dikenali
sebagai Medan Infodesa (MID). MID ini
menjadi pemangkin kepada pembangunan ICT
dengan menyediakan kemudahan latihan asasICT kepada masyarakat luar bandar.
Era Transformasi Kerajaan
Negara memerlukan model ekonomi yang baru
untuk terus maju dan menyertai kumpulan
negara berpendapatan tinggi. Satu anjakan
paradigma dan langkah berani diperlukan.
Transformasi ekonomi yang menyeluruh hanya
dapat dijayakan melalui komitmen dan usaha
semua pihak. Malaysia boleh berjaya menjadi
negara maju sekiranya seluruh tenaga dan
kepakaran digembleng ke arah itu. Beberapa
perubahan radikal telah diperkenalkan untuk
tempoh 10 tahun akan datang (RMKe-10 dan
RMKe-11). Proses transformasi negara
menuntut kepada transformasi jentera
Kerajaan bagi menyokong peralihan ekonomi.
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
34/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
25
Kerajaan telah mula mengambil langkahtransformational , pada masa yang sama
mempertahankan agenda keadilan sosial.
Bagi maksud ini, Kerajaan akan berpegang
kepada empat tiang utama terdiri daripada
Pertama: Falsafah induk 1Malaysia; Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Kedua:
Program Transformasi Kerajaan atau GTP;Ketiga: Program Transformasi Ekonomi atau
ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi
dan Keempat: Dua rancangan pembangunan
lima tahun yakni RMKe-10 dan RMKe-11.
Empat tiang utama ini pula didokong oleh
empat nilai asas pelengkap. Pertama:
Membudayakan kreativiti dan inovasi; Kedua:
Mementingkan kepantasan bertindak dan
membuat keputusan; Ketiga: Nilai untuk wang
atau value for money dan Keempat: Nilai
integriti.
Selanjutnya, langkah transformasi Kerajaan
yang sedang dibuat bermula dengan
pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA). Dengan NKRA
tersebut, Kerajaan mensasarkan untuk
mengurangkan jenayah, membanteras rasuah,
mempertingkatkan pencapaian pelajar,
meningkatkan infrastruktur asas luar bandar
dan menambah baik sistem pengangkutanawam bandar. Bagi memastikan kehendak
dan keperluan rakyat luar bandar dapat
dipenuhi, peruntukan terbesar telah disediakan
bagi penyediaan infrastruktur asas luar bandar
di bawah tempoh tiga tahun NKRA.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
35/18426
ISU DAN CABARAN
2.2 Kajian Pelan Induk yang telah
dijalankan pada awal 2010 telah merumuskan
beberapa isu dan cabaran pembangunan luar
bandar seperti berikut:
Perubahan Minda
Masyarakat luar bandar masih terikat dengan
cara berkir dan bertindak mengikut amalan
lama. Mereka masih mengharapkan subsidi
atau bantuan Kerajaan dan menganggap
melaksanakan pembangunan adalah
merupakan sepenuhnya tanggung jawab
Kerajaan. Oleh itu, usaha-usaha ke arah
melakukan perubahan sikap dan minda
penduduk di luar bandar perlu dilaksanakan
secara lebih berkesan dan tersusun.
Nilai Masyarakat Desa
Nilai masyarakat di kawasan luar bandar
sentiasa berubah mengikut perkembangan
dan peredaran masa. Mereka kini semakin
dipengaruhi oleh nilai kebendaan dan bersikap
individualistik. Nilai-nilai murni seperti amalan
gotong-royong, saling bantu-membantu dan
bermuafakat sudah mula terhakis. Perubahannilai juga dapat dilihat dari segi kesepaduan
sosial. Mereka tidak lagi mendokong
kesepaduan erat seperti mana yang diamalkan
oleh masyarakat tradisional.
Kepimpinan Desa
Kepimpinan desa menjadi isu kerana anak-
anak muda yang mempunyai pendidikan tinggi
tidak lagi tinggal dan bekerja di kampung.
Akibatnya pemimpin pelapis yang berpo-
tensi dan berkaliber telah tiada atau semakin
berkurangan di kawasan luar bandar bagi
menerajui aktiviti ekonomi di kalangan
penduduk desa.
Sikap kebergantungan yang tinggi kepada
bantuan, zon selesa dan cepat berpuas hati
serta kurang daya usaha.
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
36/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
27
Penduduk luar bandar didapati masih
mengharap bantuan Kerajaan. Hasil kajian
Pelan Induk menunjukkan 30.3% responden
yang terdiri daripada golongan miskin dan
miskin tegar masih sangat berharap kepada
Kerajaan. Selain dari itu, sikap enggan
berusaha, keengganan untuk berubah, sikap
kebergantungan kepada orang lain dan cepatberpuas hati dengan apa yang ada masih
wujud. Justeru itu, langkah strategik perlu
diambil bagi membolehkan penduduk luar
bandar berdikari dan dapat bersaing dalam
dunia hari ini yang semakin mencabar.
Peluang Pekerjaan Yang Kurang Menarik
Berbeza dengan kawasan bandar, peluang
pekerjaan di luar bandar dilihat kurang menarik
dari sudut pendapatan dan peluang
perkembangan kerjaya. Masalah ini terus
menjadi penghambat utama kepada golongan
pekerja, khususnya belia untuk memilih kerjaya
di kawasan luar bandar.
Peluang Aktiviti Keusahawanan Yang
Terhad
Kawasan luar bandar mempunyai bilangan
penduduk setempat yang terhad denganpendapatan yang rendah. Justeru itu, untuk
mengembangkan aktiviti ekonomi, usahawan
luar bandar perlu meneroka pasaran di luar
daripada kawasan mereka. Kekurangan
prasarana menyempitkan lagi ruang dan
peluang bagi aktiviti keusahawanan. Hasil
kajian Pelan Induk juga menunjukkan mereka
menghadapi masalah modal dan kemahiran.
Bagi meningkatkan aktiviti pemasaran,
usahawan luar bandar boleh menggunakan
kemudahan teknologi maklumat terkini seperti
kemudahan facebook dan on-line marketing
bagi memasarkan produk mereka.
Masalah Tanah
Pertambahan penduduk yang begitu pesat dan
permintaan tanah untuk aktiviti bukan ekonomi
seperti tapak perumahan telah menambah
buruk isu tanah di luar bandar. Saiz
pemilikan tanah di luar bandar yang kecil dantidak ekonomik telah menghalang kegiatan
ekonomi dijalankan secara komersial.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
37/18428Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
Sebagai contoh berdasarkan kajian, 59.1%
daripada responden yang terdiri daripada
pesawah padi memiliki keluasan sawah padi
sekitar 0.5 hingga 1.0 ekar. Selain itu,
sekumpulan tertentu penduduk (termasuk
Orang Asli) tidak memiliki tanah secara sah
atau langsung tidak memiliki tanah. Bagi
penduduk yang mempunyai tanah pula, tidakmengusahakan tanah mereka atas pelbagai
sebab dan alasan.
Nilai Tambah Yang Rendah
Kebanyakan aktiviti ekonomi masih terhad
kepada pengeluaran barangan mentah.
Kesannya, produk luar bandar tidak dapat
menjana pulangan tinggi berikutan kurang nilai
tambah dalam aktiviti pengeluarannya.
Kebergantungan Kepada Buruh Asing
Kekurangan buruh tempatan mula merebak ke
sektor pertanian menjelang dekad 1990-an.
Masalah ini bukan sahaja terhad kepada sektor
ladang, tetapi turut dihadapi oleh sektor
pekebun kecil, penternakan dan perikanan.
Kini, sektor luar bandar juga terpaksa
bergantung kepada pekerja asing untuk terus
beroperasi.
Produktiviti Yang Rendah
Tahap pengetahuan dan kemahiran penduduk
luar bandar yang rendah serta amalan ekonomi
dan teknologi mereka yang bersifat tradisional
menyebabkan produktiviti buruh, modal dan
tanah di luar bandar berada pada tahap yang
tidak memberangsangkan.
Saiz Penempatan Luar Bandar Yang
Bertaburan Dan Kecil
Penempatan luar bandar terdiri daripada
kampung tradisi, petempatan FELDA dan
FELCRA, kampung baru, penempatan ladang,
kampung Orang Asli dan pusat-pusat
penempatan di dalam kawasan Lembaga
Pembangunan Wilayah. Corak penempatan ini
adalah secara berkelompok, sejajar dan
bertabur. Corak penempatan desa sebeginimemberi implikasi kepada tahap capaian
program-program pembangunan yang
dilaksanakan.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
38/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
29
Saiz penempatannya yang kecil pula
menghadkan bilangan penyertaan penduduk
yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu
projek.
Kurang Kemahiran Dan Tahap Pendidikan
Yang Rendah
Berdasarkan kajian Pelan Induk, sikap negatif
dan enggan berusaha, sikap sentiasa berharap
kepada subsidi dan bantuan, masalah
kemiskinan sangat jelas di kalangan
masyarakat Orang Asli dan kelompok miskin
tegar yang lain. Kadar keciciran pelajar di
kalangan orang Asli adalah tinggi, misalnya
pada tahun 2008 sebanyak 36.1% daripada
pelajar orang asli yang tamat Darjah 6 tetapi
tidak meneruskan pengajian mereka ke
Tingkatan 1.
Pertindihan Agensi Dan Fungsi –
Ketidakcekapan Dan Pembaziran Sumber
Pelbagai agensi terlibat dalam usaha
pembangunan luar bandar seperti Lembaga-
lembaga Kemajuan Wilayah, Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli, MARA, RISDA, FELCRA
Berhad dan KEMAS di bawah KKLW, Jabatan
Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan,Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat dan agensi-agensi di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Program-program kementerian/agensi ini
semuanya memberi tumpuan kepada
golongan sasaran yang sama. Tanpa
penyelarasan yang berkesan, keadaan ini
boleh mewujudkan pertindihan fungsi dan
pembaziran peruntukan serta kekeliruan di
pihak penerima atau kumpulan sasar.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
39/18430Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
POTENSI SEKTOR LUAR BANDAR
2.3 Pembangunan luar bandar telah
menyaksikan perubahan yang ketara hasil
transformasi dan pendekatan yang
komprehensif. Proses pembangunan luar
bandar telah menyaksikan pembangunan
zikal, peningkatan kebolehcapaian,kemudahan sosial moden termasuk kemajuan
ICT dan jalur lebar. Namun pembangunan luar
bandar masih boleh dipertingkatkan melalui
usaha dan strategi berikut:
Modal Insan dan Pendidikan :
Pembangunan Berterusan Merealisasikan
Transformasi
Usaha dan strategi pembangunan modal insan
sentiasa diperkukuhkan meskipun
pembangunan zikal luar bandar masih diberi
keutamaan. Ini jelas apabila sebanyak 20.3%
peruntukan RMKe-9 Kementerian diagihkan
untuk mempergiatkan pembangunan modal
insan. Hasilnya, penambahbaikan
pengetahuan yang berterusan dan
pengupayaan kapasiti bagi membantu komuniti
luar bandar terus maju melalui kemahiran dan
latihan kepimpinan kepada JKKK/JKKP.
Komitmen ini membolehkan sumber dan modalinsan dimobilisasikan mengikut komuniti
kampung masing-masing.
Masyarakat setempat adalah asas kepada
pembangunan komuniti luar bandar itu sendiri
dan Kementerian sentiasa menyedari masih
banyak potensi dan kapasiti modal insan di
kawasan luar bandar yang perlu diterokai.
Untuk itu, pembangunan modal insan dan
pendidikan akan terus menjadi teras agenda
pembangunan luar bandar.
Pembangunan Ekonomi :
Kepelbagaian Sumber dan Kemapanan
Aktiviti Bukan Pertanian
Pembangunan ekonomi luar bandar
diwujudkan sebagai pemangkin bagi
meningkatkan pendapatan dan peluang
pekerjaan. Inisiatif ini telah mengalami evolusi
daripada berpaksikan sektor pertanian kepadapembangunan usahawan serta ekonomi bukan
pertanian yang dikenalpasti dapat menyokong
strategi pembangunan luar bandar dan sebagai
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
40/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
31
penjana pertumbuhan ekonomi dan
pendapatan. Ini dapat dilihat melalui program
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang
dilancarkan pada tahun 2001 dengan nilai
kelulusan sebanyak RM12 juta. Angka ini terus
meningkat dari tahun ke tahun dan melonjak
kepada RM35 juta pada tahun 2009.
Keseluruhan pembiayaan berjumlah RM234 juta telah membiayai aktiviti ekonomi hampir
2,200 pengusaha luar bandar dalam tempoh
tersebut.
Sektor ekonomi luar bandar juga didapati
beralih kepada aktiviti bukan pertanian seperti
pelancongan dan agrotourism untuk
menjana kegiatan ekonomi baru di kawasan
luar bandar. Proses ini secara tidak langsung
telah membandarkan kawasan luar bandar
melalui pembangunan infrastruktur dan
kemudahan sokongan sosial yang lain.
Kegiatan ini turut mencipta peluang pekerjaan
kepada penduduk luar bandar di mana
perangkaan tahun 2009 menunjukkan seramai
204,000 orang atau 5% penduduk luar bandar
yang bekerja terlibat dalam aktiviti perhotelan
dan restoran jika dibandingkan dengan
aktiviti perikanan yang mencatatkan
penglibatan tenaga kerja di paras 2.2% atau
74,000 orang. Eksploitasi pelancongan danagrotourism dilihat membantu dalam
pertumbuhan, kemapanan dan
kepelbagaian ekonomi luar bandar dan
dijangka akan mampu mengurangkan
pengaliran keluar guna tenaga luar bandar.
Di Malaysia khususnya, sektor pertanian
diyakini akan terus membawa pengaruh
penting dalam pembangunan ekonomi dan
sosial luar bandar bagi tempoh dekad akan
datang. Justeru itu. struktur berfragmentasi
dalam rantaian nilai pertanian, aplikasi
teknologi pengeluaran dan kemahiran yang
rendah di kalangan pengusaha atau pengeluar
pertanian akan diberi tumpuan. Cabaran yang
paling besar adalah bagi mempertingkatkan
produktiviti untuk melengkapkan rantaian nilai
menyeluruh ke arah persaingan dan
kebolehpasaran global sebagai langkah
mengharungi pertumbuhan lemah 3.0% dalam
sektor pertanian negara bagi tempohRMKe-10.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
41/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
42/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
33
Peningkatan Pendapatan Dan Kualiti Hidup
Kementerian sentiasa meletakkan prioriti untuk
mengintegrasikan strategi pembangunan luar
bandar dengan program-program peningkatan
pendapatan dan kualiti hidup. Hasilnya
terdapat penurunan yang signikan dalam
insiden kemiskinan luar bandar kepada 3.8%pada tahun 2009. Jika diukur secara relatif,
usaha-usaha Kementerian jelas ditunjukkan
melalui pelbagai program peningkatan
pendapatan dengan sejumlah RM5.3 billion
telah diperuntukkan bagi melaksanakan 933
projek dalam RMKe-9. Secara keseluruhannya,
pelaksanaan inisiatif seumpama ini
dianggarkan telah memberi manfaat kepada
10.34 juta penduduk luar bandar atau 36.6%
dari keseluruhan penduduk bagi tempoh
tersebut yang menjadi faktor penyumbang
kepada peningkatan indeks kualiti hidup
Malaysia.
Usaha masih perlu dipertingkatkan bagi
memastikan kadar kemiskinan di kawasan
luar bandar bukan sahaja berkurangan tetapi
mampu mencapai tahap pendapatan yang
disasarkan oleh Kerajaan pada tahun 2020.
Oleh itu, Model Baru Ekonomi Luar Bandar
turut dirangka pelaksanaannya bagimemastikan keterangkuman masyarakat
luar bandar dalam agenda ekonomi nasional
seterusnya akan bersaing setara dengan
masyarakat bandar bagi mencapai pendapatan
RM48,000 pada tahun 2020.
Tumpuan khusus telah diberikan kepada
perumahan memandangkan ianya merupakan
satu aspek yang penting dalam kualiti hidup.
Dalam tempoh NKRA (2010-2012) sebanyak
50,000 buah rumah telah dan akan dibina
dan dibaikpulih yang melibatkan peruntukan
sebanyak RM1.36 billion. Perkembangan
yang penting dalam menyediakan perumahan
rakyat ini adalah memastikan perumahan yang
dibina memenuhi piawaian kualiti selain dari
ciri-ciri asas kediaman yang diperlukan. Ini
menunjukkan terdapat usaha-usaha yang telah
dilaksanakan bagi menyediakan perumahan
berkualiti kepada golongan sasar seterusnya
memenuhi permintaan kepada perumahanyang berkualiti di peringkat nasional.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
43/18434Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
2.4 Pembangunan luar bandar perlu
disesuaikan dengan hasrat Kerajaan menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020. Sesuai dengan hasrat
itu, luar bandar perlu dibangunkan
berdasarkan kekuatan yang dimiliki daripada
segi asas sumber, infrastruktur yang baik dan
ketekunan tenaga kerja dalam memacu negarake hadapan. Sehubungan itu, pembangunan
luar bandar akan menggunakan rangka kerja
dasar dan strategi yang telah dirangka bagi
mencapai status sebuah negara maju
menjelang 2020. Kejayaan projek-projek di
bawah Bidang Petunjuk Keberhasilan Utama
Negara (National Key Result Area) dalam
menyediakan infrastruktur asas luar bandar
akan menjadi faktor bagi menggerakkan aktiviti
ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan
akan memberikan tumpuan utama kepada
pembangunan modal insan yang menjadi aset
utama kearah mencapai negara
berpendapatan tinggi.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
44/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
MELANGKAH KE HADAPAN
2.5 Menyedari bahawa dunia terus
bergerak pantas, sektor luar bandar harus
sentiasa bersedia menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Strategi dan
perancangan pembangunan luar bandar perlu
digubal secara lebih komprehensif, segalakekuatan perlu digembleng, samada di
peringkat individu, masyarakat mahupun
institusi. Ini adalah kerana pembangunan
luar bandar adalah merupakan di antara faktor
terpenting bagi merealisasikan hasrat Malaysia
menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020. Selaras dengan hasrat
itu, pembangunan luar bandar akan diperkasa
dan dilipatgandakan melalui PIPLB,
bertunjangkan kekuatan yang dimiliki iaitu
sumber asas dan modal insan. Kemudahan
infrastruktur yang baik dan ketekunan tenaga
kerja akan turut digembleng dalam memacu
ekonomi luar bandar melonjak ke hadapan.
2.6 Konsep 1Malaysia akan dijadikan
asas untuk mengukuhkan perpaduan negara,
disamping mengekalkan kestabilan sosial dan
politik. Di bawah konsep ini, semua rakyat
samada di bandar mahupun di luar bandar
akan diberi peluang untuk sama-samamembangun seiring dengan pembangunan
pesat negara. Pendekatan inklusif akan
memberi tumpuan kepada golongan isi rumah
berpendapatan rendah (kumpulan 40%
terendah), yang sebahagian besarnya
merupakan golongan Bumiputera yang
berada di luar bandar.
2.7 Sehubungan dengan itu, pendekatan
dari pelbagai dimensi yang berani dan
terkini serta berkesan, bagi mengatasi isu dan
masalah di luar bandar akan diambil. Dalam
tempoh 10 tahun akan datang tumpuan akan
diberikan kepada tiga (3) bidang utama seperti
berikut :
Pertama : Pembangunan Modal Insan
• Membangun dan mengukuhkan
modal insan di luar bandar yang akan dapatmewujudkan masyarakat yang mempunyai
jati diri dan nilai-nilai murni. Penekanan perlu
diberikan kepada merubah kerangka minda
35
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
45/18436Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
dan sikap penduduk luar bandar supaya
mempunyai keyakinan diri dan semangat ingin
berdikari. Dimensi pembangunan modal insan
juga meliputi pengukuhan keupayaan asas(core competencies) dan pengekalan nilai
murni yang diamalkan di luar bandar. Di
samping itu, pembangunan keluarga yang
sejahtera juga akan diberi tumpuan bagimembentuk institusi keluarga yang kukuh
dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin
masyarakat dan pekerja yang beretika dan
bermoral.
Kedua : Pemerkasaan Ekonomi dan
Keusahawanan
• Menggunakan model baru secara lebih
efektif untuk meningkatkan produktiviti,
mengurangkan kos operasi, merangsang
inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga
kerja.
• Mengenalpasti halangan dan bertindak
balas secara efektif terhadap perubahan
persekitaran ekonomi.
• Mempelbagai dan memberi insentif
kepada industri strategik yang baru di mana
luar bandar mempunyai kekuatan, kelebihandan potensi untuk lebih berjaya bagi memacu
pertumbuhan ekonomi luar bandar.
• Memperluaskan aktiviti pertanian
berasaskan tanaman yang berpotensi,
bernilai tinggi dan berorientasikan pasaran
melalui perkongsian bijak dengan sektor
swasta, koperasi dan rangkaian pusat jualan
produk luar bandar.
• Menggalakkan penciptaan inovasi di
peringkat aktiviti ekonomi huluan dan hiliran
untuk menghasilkan nilai tambah lebih tinggi
bagi memenuhi permintaan pasaran sedia
ada dan baru. Penekanan akan diberikan bagi
melibatkan masyarakat luar bandar.
• Menggalakkan peningkatan kualiti
produk dan meningkatkan kecekapan
perkhidmatan khususnya dalam sektor
peruncitan.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
46/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
37
Ketiga : Meningkatkan Kualiti Hidup
• Menggalakkan pembangunan
seimbang secara berterusan.
• Menggerakkan transformasi ke arah
menggalakkan tadbir urus desa yang baik.Peranan institusi desa akan diperkukuhkan
bagi menjamin sistem penyampaian
perkhidmatan yang baik dan berkualiti.
• Merapatkan jurang pembangunan
antara wilayah, dan antara bandar dan luar
bandar.
• Memastikan kemudahan prasarana
asas disedia secukupnya.
• Meningkatkan kesedaran kepada
kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar.
2.8 Tanggungjawab menjayakan Pelan
Induk tidak hanya bergantung kepada
Kerajaan. Sebaliknya, kesanggupan
masyarakat luar bandar bersama-sama
melaksanakan perubahan dalam persekitaran
ekonomi yang bergerak pantas adalah
merupakan satu kemestian. Pendekatan,langkah dan strategi pembangunan akan
terus ditambahbaik. Transformasi yang bakal
berlaku adalah perlu bagi menghadapi lanskap
ekonomi yang semakin mencabar. Matlamat
PIPLB adalah untuk membina masa depan
luar bandar yang lebih cemerlang. Ini adalah
merupakan tanggungjawab kita bersama.
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
47/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
48/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
39
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - -
- - - - - - - - - - - - - -
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
HUBUNGAN DAN ALIRAN SISTEM PENYAMPAIAN DARIPADA
PERINGKAT PERSEKUTUAN HINGGA KE AKAR UMBI
MAJLIS TINDAKAN NEGARA
PENGERUSI : PERDANA MENTERI
S/U : KETUA PENGARAH, ICU JPM
MAJLIS TINDAKAN NEGERI (MTNg)
PENGERUSI : MENTERI BESAR/KETUA
MENTERI
S/USAHA : PENGARAH PEMBANGUNAN
PERSEKUTUAN/NEGERI
J/K KERJA TINDAKAN NEGARA (JKTN)
PENGERUSI : KETUA
SETIAUSAHA NEGARA
URUSETIA : ICU, JPM
MAJLIS TINDAKA N WILAYAH
PERSEKUTUAN (MTWP)PENGERUSI : MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN
URUSETIA : KEM. WILAYAH PERSEKUTUAN
J/K KERJA TINDAKAN NEGERI (JKTNGg)
PENGERUSI : SETIAUSAHA KERAJAA
NEGERI
URUSETIA : PEJABAT PEMBANGUNAN
PERSEKUTUAN/NEGERI
J/K KERJA TINDAKAN DAERAH/BAHAGIAN(JKTD/JKTB)
PENGERUSI : PEGAWAI DAERAH/RESIDEN
URUSETIA : PEJABAT DAERAH/
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN)
UNIT PENYELARASAN
PERLAKSANAAN
(ICU, JPM)
J/K TINDAKAN PEMBANGUNAN
KEMENTERIAN (J TPK)PENGERUSI : KETUA SETIAUSAHA
URUSETIA : PEJABAT SETIAUSAHA
BAHAGIAN/KETUA UNIT PEMBANGUNAN
KKLW
PEJABAT CAWANGAN
NEGERI (PCN)
JKKK/P
PEJABAT PENGHULU
KETUA KAMPUNG
SUMBER; ARAHAN NO.1, 2004 MAJLIS TINDAKAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI DAN KKLW
AGENSI KKLW:
MARA, KEMAS,
FELCRA, RISDA,
KEDA, KEJORA ,
KESEDAR,
KETENGAH,
INFRA,
JHEOA
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
49/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
50/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
41
3.1 Dasar dan Pelan Induk
Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) ini
bertujuan untuk menyediakan garis panduan,
hala tuju dan strategi pembangunan luar
bandar secara komprehensif bertunjangkan
kepada Falsafah Strategi Baru Pembangunan
Luar Bandar (FSBPLB). PIPLB yang digubal
ini mempunyai perancangan yang holistik,
sesuai dengan keadaan dan keperluan
semasa yang semakin mencabar. PIPLB yang
disediakan ini juga mengambil kira dasar, polisi
serta program-program yang telah digubal
oleh pihak Kerajaan Di samping itu, PIPLB
ini juga akan mengambil kira kesinambungan
dan keselarasan dengan program dan dasar
yang telah dirancang dalam 1Malaysia, Model
Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan
(PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE),
RMKe-10 dan lain-lain dasar yang berkaitan.
DEFINISI LUAR BANDAR
3.2 Jabatan Perangkaan Malaysia dan
Jabatan Perancang Bandar dan Desa
mendenasikan kawasan luar bandar sebagai
kawasan yang mempunyai penduduk kurang
daripada 10,000 orang dengan mempunyai
ciri-ciri kawasan pertanian dan sumber alam
semulajadi di mana penduduknya tinggal sama
ada secara berkelompok, sejajar atau
bertaburan.
Pembangunan luar bandar
akan terus diberi tumpuan
agar kemajuan yang lebih
seimbang dicapai supaya
masyarakat luar bandar
dapat menikmati
kemudahan prasaranamencukupi dan berkualiti.
Untuk ini, Kementerian
Kemajuan Luar Bandar
dan Willayah akan
merangka satu pelan induk
pembangunan luar bandar
yang komprehensif.
Y.A.B Perdana Menteri,
Ucapan Bajet 2010
BAB 3
DASAR DAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
51/18442
PENYATAAN DASAR
3.3 Pembangunan luar bandar
berhasrat melahirkan masyarakat luar bandar
yang progresif, berilmu dan berintegriti di
samping mewujudkan kawasan luar bandar
yang maju, menarik dan menguntungkan serta
selamat untuk didiami. Secara umumnya,ianya bertujuan:
Memastikan supaya setiap penduduk luar
bandar mempunyai minda dan sikap yang
positif serta berdikari dan mampu untuk
menggunakan peluang dan sumber yang ada
dengan optimum ke arah menjadikan kawasan
luar bandar maju, menarik dan
menguntungkan.
Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah,
selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan
menjadi tarikan kepada masyarakat bandar
serta pelancong asing.
Menggalakkan pembangunan dan penempatan
penduduk yang tersusun dengan dilengkapi
infrastruktur asas serta kemudahan-
kemudahan berkualiti bertaraf bandar.
Mewujudkan persekitaran ekonomi yang sesuai
untuk aktiviti keusahawanan dan menyokong
segala aktiviti komersial.
Menjadikan masyarakat luar bandar sebagai
pemangkin yang menyokong segala usaha
menggerak dan menjayakan program-program
pembangunan luar bandar.
Mewujudkan satu sinergi proaktif yang
membabitkan usaha pihak-pihak yang
berkepentingan dalam perancangan,
pelaksanaan serta penilaian program
pembangunan luar bandar yang berkesan
dan mapan.
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
52/184
VISI DAN MISI PIPLB
3.4 Pembentukan PIPLB ini adalah
berdasarkan rangka kerja seperti di bawah:
3.5 PIPLB ini menggariskan visi untuk
menjadikan luar bandar sebagai kawasan yang
ekonominya berdaya maju, masyarakatnya
sejahtera dan persekitarannya lestari seiring
dengan wawasan negara ke arah
mencapai negara maju dan berpendapatan
tinggi. Empat (4) misi utama yang digariskan
bagi menyokong visi ini adalah seperti berikut:
Memperkasakan modal insan.
Meningkatkan peluang ekonomi.
Memperbaiki kualiti hidup luar bandar.
Mengurus tadbir luar bandar secara cekap
dan mapan.
43Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
1 MALAYSIA, PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP),
MODEL BARU EKONOMI (MBE) DAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK-10)
Pembangunan Kawasan Bandar Pembangunan Luar Bandar
(1) EKONOMI BERDAYA MAJU (2) MASYARAKAT SEJAHTERA (3) PERSEKITARAN LESTARI
VISI
MISI
OBJEKTIF PIPLB
Tujuh (7) Teras Pembangunan
(4) Mengurus Luar Bandar Secara
Cekap dan Mapan(1) Memperkasakan Modal Insan (2) Meningkatkan Peluang Ekonomi(3) Memperbaiki Kualiti Hidup
Luar Bandar
1
2
3
4
6
7
5Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan
Masyarakat
Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju,
Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan
Pengintergrasian Perancangan Fizikal Dengan
Program Pembangunan Luar Bandar
Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
Yang Menyeluru h
Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Isi
Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah
Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu
Pengurusan Sumb er Alam Secara Mapan
Rajah 3.1 : Rangka Kerja PIPLB
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
53/18444
OBJEKTIF PIPLB
3.6 Sebanyak tujuh (7) objektif telah
dirumuskan untuk mencapai visi dan misi
PIPLB seperti berikut:
PIPLB perlu digunakan sebagai panduan
di dalam perancangan dan pelaksanaan olehsemua agensi yang terlibat dengan
pembangunan luar bandar sama ada di
peringkat nasional, negeri dan tempatan.
Peningkatan pendapatan penduduk luar
bandar kepada 80% daripada pendapatan
penduduk bandar.
Penyediaan peluang pekerjaan supaya
mencapai guna tenaga penuh.
Penyediaan kemudahan infrastruktur dan
kemudahan awam yang holistik.
Pengukuhan sistem pengurusan dan
penyampaian pembangunan luar bandar
supaya lebih esien dan efektif.
Penggalakkan amalan pembangunan mapan.
Pengukuhan semula nilai-nilai positif dan jatidiri masyarakat luar bandar.
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
54/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
45
TERAS PIPLB
3.7 PIPLB ini dibentuk dengan menggariskan
tujuh (7) teras pembangunan berdasarkan
kepada isu dan cabaran serta peluang yang
telah dikenalpasti. Teras-teras ini adalah
merupakan tunjang kepada hala tuju
pembangunan luar bandar di Malaysia.Sebanyak 39 strategi telah dirumuskan bagi
mencapai visi dan misi PIPLB seperti berikut :
TERAS 1:
Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan
Masyarakat
TERAS 2:
Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju,
Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan
TERAS 3:
Pengintegrasian Perancangan Fizikal Dengan
Program Pembangunan Luar Bandar
TERAS 4:
Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan
Awam Yang Menyeluruh
TERAS 5:
Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Isi
Rumah Di Dalam Kumpulan 40% Terendah
TERAS 6:
Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu
TERAS 7:
Pengurusan Sumber Alam Secara Mapan
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
55/18446
3.8 Pembangunan modal insan merupakan
pelaburan terpenting bagi pembangunan
sesebuah negara. Ia menjadi teras kepada
inovasi dan transformasi ke arah era kreatif
serta ekonomi berpendapatan tinggi.Tiada
negara mampu mencapai kemajuan tanpa
memiliki modal insan cemerlang dan
berpengetahuan tinggi serta pantas bertindak
balas dan adaptif terhadap perubahan.Oleh itu,
membangun dan mengekalkan modal insan
bertaraf dunia merupakan prasyarat penting
bagi mencapai wawasan negara.
3.9 Di bawah RMKe-10 telah disediakan
rangka kerja Pembangunan Modal Insan Yang
Bersepadu sebagai landasan kepada
kecemerlangan generasi masa hadapan, yangmerupakan generasi yang akan merealisasikan
kewujudan sebuah negara yang bangsanya
maju, cemerlang dan terbilang menjelang
Wawasan 2020. Pembangunan modal insan ini
memerlukan kolaborasi antara pelbagai
kementerian dan sektor swasta. Proses
pembangunan modal insan bermula daripada
pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan
asas, pendidikan tertiari iaitu proses
meningkatkan kemahiran untuk meningkatkan
kebolehpasaran sehingga ke alam pekerjaan
dan sepanjang hayat.
3.10 Dalam konteks luar bandar yang didiami
oleh lebih 10 juta orang penduduk,
pembangunan modal insan dilihat sebagai
keperluan terpenting bagi melahirkan
masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu
dan berintegriti. Ia perlu disesuaikan dengan
kawasan luar bandar yang mempunyai sifat
dan bentuk interaksi sosial yang berbezadengan kawasan bandar. Interaksi sosial luar
bandar adalah lebih bersepadu dan erat, yang
dibentuk oleh sejarah pembangunan kampung
sejak awal ia diterokai.
“Apa yang kita ada dalam
kepala kita, pada tulang
empat kerat dan dalam hati
kita adalah lebih penting
daripada apa yang kita ada
di bawah tapak kaki dan
sekeliling kita. Rakyat kita
merupakan sumber paling
utama”
Wawasan 2020
TERAS 1
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
DAN PENGUPAYAAN
MASYARAKAT
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
56/184
Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
3.11 Pada masa ini dilihat berlakunya
transformasi negatif dalam masyarakat luar
bandar di mana gejala sosial berleluasa dan
nilai-nilai murni masyarakat luar bandar
semakin luntur. Kemantapan institusi keluarga
telah mula goyah oleh pengaruh budaya barat.
Oleh itu, aspek pembangunan modal insan
luar bandar harus meliputi penerapan semulanilai-nilai murni masyarakat desa, keunggulan
tradisi dan semangat kejiranan, kekuatan jati
diri dan perpaduan desa serta mengutamakan
komuniti dan bukan kepentingan diri. Modal
insan luar bandar perlu diperkasa untuk
menjadi pemangkin dan tunjang kepada
kejayaan program-program pembangunan luar
bandar. Ini adalah kerana sumber
manusia yang berkualiti boleh mengatasi
sebarang kekangan sumber lain.
3.12 Pembangunan modal insan dan
pengupayaan masyarakat boleh dicapai
melalui empat strategi yang telah dikenalpasti
iaitu :
Memperkasakan keupayaan dan harga diri.
Membangunkan potensi penduduk luar bandar
melalui sektor pendidikan.
Memperluaskan latihan dan kemahiran dalam
pelbagai peringkat, bidang dan peluang.
Menyediakan jurulatih yang kompeten
dan latihan yang berkualiti.
47
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
57/184
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
58/184
MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN DAN
JATI DIRI
3.13 Usaha-usaha pembangunan modal insan
luar bandar telah dimulakan semenjak
merdeka melalui program-program awal era
50an dan 60an berbentuk perubahan sikap dan
semangat mahu membangun seperti
Rancangan Buku Merah, Gerakan
Pembaharuan dan Revolusi Mental.
Penggubalan Falsafah dan Strategi BaruPembangunan Luar Bandar pada tahun 1994
bertujuan memperkasakan pembangunan
luar bandar melalui Gerakan Desa (Daya)
Wawasan (GDW) melalui pendekatan kualiti
insan, keluarga dan masyarakat. Jati diri serta
keupayaan modal insan luar bandar perlu
dimantapkan bagi mencapai wawasan negara.
Hasil kajian mendapati penduduk luar bandar
mempunyai sikap kebergantungan yang kuat
kepada bantuan kerajaan dan engganberusaha. Perkara ini disebabkan oleh
terhakisnya sikap malu dan kurang inisiatif
untuk memajukan diri.
49
STRATEGI 1
Memperkasakan Keupayaan Dan
Jati Diri
Rajah 3.1 : Jenis Bantuan Kerajaan Yang Diterima
5.4%
31.5%
21.2%
16.2%17.5%
Kewangan
Barangan Keperluan Harian
Baik pulih Rumah
Rumah PBR
Lain-lain Bantuan
-
8/17/2019 Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)
59/18450
3.14 Memperkasa jati diri lebih difokuskan
kepada aspek rohani dan jasmani, bertujuan
memastikan nilai-nilai murni kehidupan sosial
di luar bandar seperti sikap malu, bekerjasama,
jujur, mesra, bertanggungjawab dan berbudi
bahasa berkekalan. Ia harus dilaksanakan
dengan memantapkan keimanan, mening-
katkan ilmu pengetahuan dan mengukuhkanakhlak yang akan menjadi pegangan
kehidupan. Keupayaan memajukan diri sendiri
dan keluarga perlu diterapkan dalam jati diri
masyarakat luar bandar. Mentaliti masyarakat
yang mengharapkan bantuan semata-mata,
sering bergantung kepada orang lain untuk
mengubah diri dan cepat berpuas hati dengan
apa yang ada perlu dikurangkan.
3.15 Strategi memperkasakan keupayaan
dan harga diri seharusnya bermula di
peringkat awal pembelajaran, iaitu di pusat-
pusat pendidikan taska dan tadika, dan
seterusnya di sekolah. Ia harus diterapkan
dalam sistem pembelajaran. Kanak-kanak
yang dididik dengan nilai-nilai murni dan jati
diri seharusnya lebih berupaya menempuh
cabaran. Program-program bina Insan,
program motivasi, keluarga sejahtera,
pembangunan minda, lawatan sambil belajar
dan kempen kesedaran dilihat perlu diteruskan.Program motivasi dilihat sangat releven bagi
meningkat keupayaan diri. Ia boleh
dilaksanakan oleh pakar-pakar motivasi atau
mereka yang telah berjaya dalam pelbagai
bidang supaya ia menjadi contoh yang boleh
diikuti. Program lawatan ke kampung-kampung
yang berjaya, juga boleh memberi inspirasi
kepa