Download - Modul Komputer Dalam Pendidikan
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
1/23
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1. Memahami konsep penggunaan Komputer Dalam Pendidikan.
2. Menggunakan kemudahan perkakasan dan perisisan komputer bagi
menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
3. Melaksanakan kaedah pengajaran berasaskan bahan pembelajaran yang
dihasilkan melalui aplikasi komputer .
4. Menggunakan aplikasi laman sosial di laman web untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
BabBab 88KOMPUTERKOMPUTER DALAMDALAM PENDIDIKANPENDIDIKAN DAN LAMANDAN LAMAN SOSIALSOSIAL
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
2/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 2
8.1 PENGENALAN
Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of sci-
entific or other organised knowledge to practical tasks . Systematic appli-
cation bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk
untuk menghasilkan satu total system pengajaran-pembelajaran. Appli-
cation of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan idea
(teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan
melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu
distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang
kali.
Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molen-
da dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:
Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan
lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan
pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian
kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah,
reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasandan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri.
Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil
teknologi.
Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang
dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
3/23
P a g e | 3
penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan
saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana
untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihatdalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN
PengenalanPengajaranberasaskanKomputerJenis-jenisPengajaranberasaskanKomputer
Computer Assisted Instruction (CAI)
Computer AsisstedLearning (CAL)Computer Base Training (CBT)
Contoh-contohPendekatanPengajaranberasaskanKomputerdalamPendidikanKelebihanPengajaranberasaskanKomputerKelemahanPengajaranberasaskanKomputerWeb Based Learning (WBL)Educational Management Information System (EMIS)
8.2.1 Apakah itu komputer
Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang
dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
4/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 4
manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat. Komputer juga merupakan
alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.
Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah
seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer
Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan
sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer
(PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis
sempadannya.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
5/23
P a g e | 5
Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :
Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :
1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3. Brainware (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer , iaitu sebagai pembuat software atau program.- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer,
manusia dan program.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
6/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 6
8.2.2 Perkakasan Komputer
4 kumpulan perkakasan
Pencetak Canon i320
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
7/23
P a g e | 7
Komputer peribadi atau PC
Papan Kekunci
Tetikus
Kayu ria Pembesar suara
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang
membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali
sebagai peranti ( device ).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan
peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software )
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komputerhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perisianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perisianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Komputerhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perisian -
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
8/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 8
menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja
komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan ( hardware ) dengan perisian
agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware ).Perisian tegar ialah perisian yang di pasang ke dalam perkakasan, ia amat
jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca
sahaja (ROM).
Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh
pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang
digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin
elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer
peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan
cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua
komputer baru pada 2003).
8.2.3 Sejarah perkembangan komputer
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik
yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik
(pengiraan) dan logic (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian
mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara
automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang
tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau aturcara) mengandungi
jujukan arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu
masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki
dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan
komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan
ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perisian_tegar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ingatan_baca_sahajahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ingatan_baca_sahajahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_terbenam&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perisian_tegar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ingatan_baca_sahajahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ingatan_baca_sahajahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_terbenam&action=edit&redlink=1 -
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
9/23
P a g e | 9
lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai
cirinya tersendiri.
8.2.4 Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas
daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-
gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa mag-net melalui satu dari dua arah.
Contoh :
a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 )
oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper
Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neu-
mann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
d. IBM 701 ( 1953 )
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
10/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 10
e. IBM 650 ( 1959 )
8.2.5 Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )
Ciri-ciri :
Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub
hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa
elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta
cepat rosak.
Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer
perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses
secara jujukan sahaja.
Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan
COBOL.
Contoh :
a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan
Walter Brattain.
b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS
5000.
8.2.6 Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )
Ciri-ciri :
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
11/23
P a g e | 11
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada
beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna
berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera mag-
net.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
8.2.7 Generasi Keempat ( 1971 -1999 )
Ciri-ciri :
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan
ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun
LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapakali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact
Disc Read Only Memory ( CD ROM ) ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Contoh :
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
12/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 12
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertamaialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta
oleh Steve Mozniak dan Steve
Jobs, Apple II ( 1977 ), Com-
modore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - se-
buah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.
e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.
8.2.8 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini )
Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada
yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap',
dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat
komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya
sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar
dan membuat kesimpulan.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
13/23
P a g e | 13
Contoh :
a. Pentium III
b. Pentium III Xeon
c. Pentium IV
8.3 PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER(COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION, CAI)
Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan
kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk men-
dapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk
menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.
Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI
telah direka beberapa unit seperti verbal,
latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan
bergantung kepada kumpulan pelajar
sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang
akan menggunakan komputer sebagai
medium pengajaran dengan berkesan,
seseorang patut tahu tentang kelebihan
dan kelemahan sebuah komputer.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
14/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 14
8.4 PENGAJARAN DIURUSKAN KOMPUTER (COM-
PUTER MANAGED INSTRUCTION, CMI )
Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses
pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru,
komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.CMI digunakan
dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan pembela-
jaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod kemajuan pela-
jar untuk digunakan dalam proses penilaian kelak serta untuk menilai ke-berkesanan sumber-sumber pendidikan.Terdapat tiga bidang utama CMI
iaitu pengurusan rekod pelajar, pengurusan komunikasi dan pengurusan
proses pembelajaran.
Dalam CMI, pelajar biasanya berinteraksi secara terus dengan bahan
yang sedia ada dan hanya sebahagian daripada masanya pula mereka
berinteraksi dengan komputer,Selain itu,beberapa bahan lain turut digu-nakan seperti teks terancang, alat pandang dengar, bahan kursus,buku
dan risalah.CMI mempunyai kelebihan dimana ia boleh direka untuk
menyoal pelajar dalam bentuk kuiz dan ujian objektif dalam menilai pen-
guasaan pelajar terhadap subjek.Diantara bahagan yang agak rumit
dalam pembangunan CMI ialah merekabentuk dan menyenggara sistem
CMI.Walaupun tugas ini sukar dan memakan masa, ia boleh dilaksanakan
menggunakan perisian pemprosesan kata, hamparan elektronik dan
pangkalan data.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
15/23
P a g e | 15
8.5 KOMUNIKASI MEDIASI KOMPUTER ( COMPUT-
ER MEDIATED COMMUNICATION, CMC )
Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembela-
jaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya guru atau
pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa proses pem-
belajaran berlaku.
8.6 MULTIMEDIA BERASASKAN KOMPUTER (COM-
PUTER BASED MULTIMEDIA, CBM)
Sistem-sistem multimedia untuk pendidikan dapat menyampaikan pen-
gajaran secara langsung kepada para pelajar melalui cara berinteraksi
dengan mata pelajaran yang telah diprogramkan menggunakan multime-
dia ke dalam komputer.
Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM)
kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara ter-
atur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai
menggunakan program-program multimedia yang senang didapati.
Contohnya, persembahan pengajaran yang menarik boleh dilakukan
menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page
Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang
boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
16/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 16
8.6.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P
Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan
peneguhan yang cepat.
Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.
Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan
dengan luwes dengan kawalan kendiri.
Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang
pelbagai.
Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi
kepada pelajar dalam pembelajaran.
Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan
realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan
sebagainya.
Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran
pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.
Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana
maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu
pengawasan yang lebih terhadap pelajar.
8.6.2 Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P
Kos yang tinggi
Teknologi yang cepat berubah
Literasi komputer masih meluas
Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya
Pengeluaran komputer untuk tujuan pendidikan masih dibelakang
jika dibandingkan dengan pengeluaran komputer untuk bidang lain
contohnya untuk analisis data.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
17/23
P a g e | 17
Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan
kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan
mikrokomputer. Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami
penggunaan komputer secara terperinci.
Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang
dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi
pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah
menggunakan program komputer.
Bahan-bahan rujukan tambahan Komputer dalam Pendidikan:-
Laman web yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam
pendidikan:-
Argument about computer in education
http://southerncrossreview.org/4/review.html
History of Computer in Education
http://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.html
Komputer dalam matematik http://josie653.tripod.com/kdp.htm
Komputer dalam pendidikan
http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf
Kajian tentang komputer dalam pendidikan
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP
000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdf
http://southerncrossreview.org/4/review.htmlhttp://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.htmlhttp://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.htmlhttp://josie653.tripod.com/kdp.htmhttp://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdfhttp://southerncrossreview.org/4/review.htmlhttp://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.htmlhttp://josie653.tripod.com/kdp.htmhttp://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdf -
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
18/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 18
8.8 PENGGUNAAN LAMAN WEB SOSIAL DALAM
PENDIDIKAN
8.8.1 Pengenalan
Dewasa ini, istilah Komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet
tidak lagi asing bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita
mendengar pelbagai maklumat tentang perkembangan teknologi
perkomputeran di seluruh dunia. Penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah perkembangan
computer. Kemajuan pendidikan semakin hari semakin jelas dipengaruhi
oleh elemen seperti teknologi maklumat khususnya computer dan
telekomunikasi. Menurut Norhashim et al.(1996) penggunaan komputer
dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna
terhadap kualiti pembelajaran iaitu:
i. memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
efisien.
ii. membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru
yang lebih efektif.
iii. memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan
menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam
meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang
berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan
seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini.
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
19/23
P a g e | 19
Menurut Norhashim et al. (1996) pada perkembangan awal pembelajaran
berasaskan komputer semua proses persembahan adalah berbentuk
linear dan laluan modul pengajaran telah ditetapkan. Denganmenggunakan teknik multimedia pembelajaran boleh berlaku secara
interaktif. Pelajar dapat berinteraksi dengan media pengajaran tanpa
kehadiran guru. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi
multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai
dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran
dunia pendidikan era baru.
Contoh Laman tweeter
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
20/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 20
Contoh Laman Facebook
Penggunaan Laman Social Network yang berasaskan elemen
hipermedia dan multimedia banyak membantu pelajar mengadaptasi
bahan-bahan yang terdapat melalui laman yang disediakan. Brown et al.
(1994) pula menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan
multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi.
Pembelajaran berasaskan komputer dalam bentuk multimedia telah
berkembang dengan begitu pesat. Menurut Merill (1992) pembangunan
media pengajaran multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
telah menjadi lebih mudah diubahsuai dan individulistik. Pendidikan yang
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
21/23
P a g e | 21
melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar .
8.8.2 Penggunaan laman sosial
Contoh-contoh laman sosial yang boleh digunakan bagi memudahkan
pelajar berhubung diantara satu sama lain. Menurut Halimah (1999)
teknologi multimedia telah mempunyai kemampuan untuk penyampaian
teks, video bergerak, suara, animasi yang canggih dan grafik yangberesolusi tinggi. Gabungan unsur unsur ini akan membentuk satu
persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian
maklumat lebih berkesan. Menurut Smellie et al. (1997) media
pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk
menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
22/23
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN
M u k a s u r a t | 22
yang kompleks dari hanya jika dibuat dengan penjelasan lisan dan
membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang.
8.9 Aktiviti perbincangan Bincangkan bagaimana laman sosial boleh digunakan sebagai
medium pendidikan?
Pilih mana-mana satu laman sosial yang terdapat di internet dan
bincangkan tentang perkara-perkara berikut:
Apakah peranan pelajar?
Apakah peranan guru?
Apa kekangan yang dihadapi
-
8/2/2019 Modul Komputer Dalam Pendidikan
23/23
P a g e | 23
Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial
sebagai medium perhubungan?
Rancangkan satu strategi tentang penggunaan laman sosial dalammata pelajaran Kemahiran Hidup/Sains/matematik.
Link yang berguna untuk dibaca:-
Sejarah laman sosial
http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html
Statistik dalam konteks malaysia dalam menggunakan laman sosial
http://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-
networking-in-malaysia/
Social Network for Education
http://prezi.com/go6sgsm3sxqp/social-networking-for-education/
Future work for Social Network
http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-and-education/
********************* The End *****************
To be continue for the next version.........................
http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.htmlhttp://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-networking-in-malaysia/http://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-networking-in-malaysia/http://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-networking-in-malaysia/http://prezi.com/go6sgsm3sxqp/social-networking-for-education/http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-and-education/http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-and-education/http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.htmlhttp://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-networking-in-malaysia/http://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-networking-in-malaysia/http://prezi.com/go6sgsm3sxqp/social-networking-for-education/http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-and-education/http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-and-education/