Download - Modul Jahitan 1
1.0 Pengenalan2.0 Peralatan dan Bahan Jahitan
2.1 Kategori Alatan2.1.1 Alatan Mengukur2.1.2 Alatan Mendraf2.1.3 Alatan Menanda2.1.4 Alatan Menggunting2.1.5 Alatan Menekan2.1.6 Alatan Menjahit
2.2 Bahan Jahitan dan Trimming3.0 Kesimpulan4.0 Bahan Rujukan
1.0 PengenalanPengaruh teknologi dalam perkembangan industri tekstil dan pakaian telah berjaya mempertingkatkan mutu dan pengeluarannya.
Penggunaan alatan berteknologi dapat menjimatkan masa dan tenaga seterusnya dapat mengurangkan kos dari aspek tenaga manusia, upah dan masa kerja.
Kualiti hidup juga dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi yg dapat membuat tugasan dengan lebih cepat , pantas dan tepat serta mutu kerja yg lebih professional
Alatan jahitan boleh di kategorikan kepada beberapa jenis mengikut fungsi dan kegunaannya.
Penggunaan peralatan yang betul dan lebih berteknologi dapat meningkatkan kualiti jahitan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos projek.
Penggunaan peralatan dan bahan yang salah atau kurang sesuai akan menyebabkan hasil jahitan kurang menarik dan kurang memuaskan.
2.0 Peralatan dan Bahan Jahitan2.1 Kategori Alatan
2.1.1 Alatan Mengukur
Nama dan kegunaan Rajaha. Pita ukur
- diperbuat daripada gentian kaca, sintetik, dan plastik, mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya, tidak memberi teguh dan tahan.
- Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
- Gulung setelah digunakan dengan nombor yang besar di sebelah dalam dan nombor yang kecil di sebelah luar.
- Simpan di dalam kotak jahitan.
b. Tolok- Digunakan untuk
memudahkan kerja menanda lebar kelepet, lisu dan lain-lain ukuran kecil.
- Menandakan kedudukan-kedudukan butang dan lubang butang dengan lebih tepat dan sama.
c. Pembaris- diperbuat daripada kayu atau
plastik, tepinya licin, rata dan lurus dan mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik.
- Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola dan mengukur fabrik.
- Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.
2.1.2 Alatan Mendraf
Nama dan kegunaan Rajaha. Kapur tukang jahit
- tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.
- Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.
- Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.
b. Pensel tukang jahit- Digunakan untuk membuat
garisan-garisan di pola pakaian.
- Jenis-jenis pensil seperti pensil kapur, pensil biasa dan pensil boleh serap air. (water soluble pencil)
c. Jarum peniti- Digunakan untuk menyemat
fabrik ketika kerja-kerja mendraf.
2.1.3 Alatan Menanda
Nama dan kegunaan Rajaha. Roda surih
- diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat, pilih roda surih mengikut jenis fabrik dan mudah bergerak apabila ditolak.
b. Kertas karbon tukang jahit- Memindahkan tanda dan
garisan pola pada fabrik.- Simpan di dalam kotak
jahitan dan jangan lipat kertas karbon
2.1.4 Alatan Menggunting
Nama dan kegunaan Rajah
a. Gunting kertas- Digunakan untuk
menggunting kertas - Berukuran 15cm – 17cm
b. Gunting fabrik- Digunakan untuk
menggunting fabrik sahaja- Dibuat daripada keluli tahan
karat.- Panjang yang biasa
digunakan ialah 20 cm
c. Gunting snipper- Kebiasaannya digunakan
untuk snip kain terutamanya ketika hendak menjahit lengkuk. Kadang kala boleh digunakan untuk memotong benang.
d. Gunting bergerigi- Gunting bergerigi (pinking
shears) mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan mengelakkannya daripada berjerumbai.
e. Gunting lubang butang- Menggunting lubang butang
yang sudah siap atau belum dijahit
f. Gunting sulaman- Digunakan untuk kerja sulam
menyulam
2.1.5 Alatan Menekan
Nama dan kegunaan Rajaha. Seterika
- Digunakan untuk menekan dan menseterika setiap proses jahitan dan menekan pakaian mengikut kesesuaian fabrik dengan tahap kepanasannya
b. Bod seterika- Digunakan untuk membantu
proses menekan semua proses jahitan di pakaian terutama bahagian yang lebih besar
c. Perenjis air- . Melembabkan fabrik
sebelum dan semasa menekan.
2.1.6 Alatan Menjahit
Nama dan kegunaan Rajaha. Mesin jahit tangan
- Menjahit ke hadapan dan ke belakang untuk mata jahitan lurus.
- Aksesori tambahan boleh menjahit zip, ropol dan sulam.
- Boleh dijalankan secara manual dan motor elektrik.
b. Mesin jahit kaki- Menjahit ke hadapan dan
ke belakang untuk mata jahitan lurus.
- Aksesori tambahan untuk menjahit zip, ropol dan sulam.
- Boleh dijalankan secara kayuhan kaki atau motor elektrik
c. Mesin jahit elektrik- Boleh menjahit mata
jahitan lurus, sulaman dan hiasan
- Masih menggunakan tuas untuk memula dan menghentikan pergerakan mesin.
- Boleh menjahit lubang butang
d. Mesin jahit tepi- Boleh mengemas tepi
kain / pakaian yang hendak dijahit agar tidak berjerumbai.
- Boleh mengemas tepi tudung atau artikel rumahtangga sebagai pengemas dan hiasan.
e. Jarum tangan- Digunakan untuk
menjahit secara manual atau membuat jelujur.
2.2 Bahan Jahitan dan Trimming
Nama dan kegunaan Rajaha. Fabrik
- Fabrik lembut sesuai untuk stail pakaian yang ada kedut.
- Fabrik tegap sesuai untuk stail pakaian yang ada lisu. Fabrik yang bertenun rapat sesuai untuk stail pakaian yang sama sendat.
- Fabrik bertekstur tebal, gebu, berkilat, bercorak besar, berwarna lembut dan berjalur melintang sesuai untuk bentuk badan kurus atau sederhana kecuali yang berbadan gempal.
- Fabrik berjalur menegak, corak kecil dan berwarna gelap dan bertekstur lembut adalah sesuai untuk yang berbadan gempal.
b. Fabrik lapik dalam- untuk memberi bentuk,
mengekalkan bentuk mengukuhkan dan menetap kan bentuk pada bahagian pakaian seperti di garis leher, kolar, kaf, belah plaket, ikatan pinggang, dan lain-lain.
c. Fabrik lapis/ lining- - memberi bentuk pada
pakaian, melindungi dan mengukuhkan fabrik dan kelim dan Mengelakkan kedut dan memberi gantungan /drep yang elok pada pakaian.
d. Kancing- Ia dijahit untuk menutup
dan membuka belah pada pakaian.
- Ia dijahit pada dua lapis fabric agar kukuh dan 'pengukuh' diperlukan jika ia dijahit selapis fabrik.
e. Bahan hiasan- Ia digunakan untuk
menghias pakaian dan artikel rumahtangga.Pilihan perlu mengikut kesesuaian stail pakaian, jenis fabrik dan rekabentuk artikel.
f. Benang jahit- Ia digunakan bagi
menjahit jelujur sementara. Benang perlu berwarna lembut dan pilih yang lebih murah.
- Ia juga digunakan untukmenyambung kelim pada pakaian dan menjahit semua proses jahitan juga jahit sulam.
3.0 Kesimpulan
Untuk memulakan aktiviti menjahit, seseorang tukang jahit atau individu yang ingin menjahit memerlukan alatan jahitan yang mencukupi selain bahan jahitan yang diperlukan.
4.0 Bahan Rujukan1. Abol, “Panduan Menjahit: Asas Jahitan 1”, Abol Akademi Fesyen,
1991.2. Mariam Abu Bakar, “Panduan Menjahit Pakaian Lelaki”, Alaf 21 Sdn.
Bhd, 2006.