Transcript
Page 1: Meringkaskan Karangan

Selasa Meringkaskan Karangan 16 Febuari 2010

Page 2: Meringkaskan Karangan

Dunia Pelajar Teknik ulangkaji menghasilkan nota

pelajaran yang lengkap, teratur dan isi-isi penting.

• Mencata nota daripada bahan-bahan dibaca.• Mencatat bahan yang didengar daripada pengajaran guru.

Page 3: Meringkaskan Karangan

Dunia Pekerjaan • Meringkaskan isi dalam

ceramah, syarahan dan sebagainya.

• Para setiausaha, pelapor, pemberita, wartawan.

Page 4: Meringkaskan Karangan

1.Pelajar fahami keseluruhan teks

2.Ringkaskan dengan tema dan idea utama

3.Pelajar fahami semua isi penting dalam

petikan

4.Jawapan calon mesti dalam satu perenggan

sahaja.

5.Selepas habis menjawab, jangan lupa

mengira jumlah perkataan dan tuliskannya

di bawah penjuru kanan.

6.Perkara-perkara yang biasanya dibuang

atau tidak diperlukan ialah contoh-contoh,

isi yang berulang, isi yang tidak berkaitan

dengan tema.

Page 5: Meringkaskan Karangan

Langkah 1

Baca petikan secara keseluruhan

Cari isi-isi penting berdasarkan arahan soalan

Gunakan pen penyerlah – gariskan sahaja frasa atau ayat yang penting

Seboleh-bolehnya mencari 8 hingga 10 isi.

Mencari tema – merujuk kepada perkara pokok yang dibincangkan dalam keseluruhan petikan (biasanya isi yang ditekankan berulang kali)

Page 6: Meringkaskan Karangan

Langkah 2

Penghubung

Sambung frasa atau ayat yang digariskan

Bina dengan ayat olahan kamu sendiri

Gunakan Penanda Wacana dan kata hubung yang koheren.

Page 7: Meringkaskan Karangan

Langkah 3

Bina Ayat

Gunakan AYAT KAMU SENDIRI.

Gunakan kata bersinonim.

Pastikan ayat-ayat ringkas anda lengkap, ada subjek dan ada predikat.

Page 8: Meringkaskan Karangan

Langkah 4

Semak karangan

Pastikan ejaan betul dan ayat yang gramatis digunakan.

Hitunglah jumlah perkataan

Hadkan jika terlebih – sesuaikan ayat panjang menjadi ayat pendek

Page 9: Meringkaskan Karangan

SETIAP KUMPULAN AKAN MEMILIH TUGAS YANG DISEDIAKAN

SETIAP KUMPULAN DIKEHENDAKI MENCARI ISI PENTING YANG TERDAPAT DALAM PENDAHULUAN ATAU ISI ATAU PENUTUP.

WAKIL KUMPULAN AKAN MENULIS JAWAPAN MEREKA DI PAPAN PUTIH

Page 10: Meringkaskan Karangan

Contoh Soalan Tahun 2006Pengangguran di kalangan siswazah telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kini. Golongan siswazah ini terdiri daripada siswazah lepasan universiti tempatan atau seberang laut. Walaupun kerajaan cuba mengatasi masalah ini dengan menggalakkan siswazah menceburkan diri dalam bidang pertanian tetapi usaha ini gagal mengatasi masalah tersebut.

Satu daripada punca kegagalan tersebut ialah bukan semua siswazah berminat dalam bidang pertanian. Mereka lebih berminat menjadi pegawai tinggi yang duduk di bilik berhawa dingin dengan gaji lumayan. Mereka juga berpendapat bahawa status diri mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka tidak mahu lagi bersusah payah ketika belajar di universiti.

Di samping itu, pertanian merupakan bidang kerja tradisional di negara kita. Petani terpaksa menempuh pelbagai kesusahan, sentiasa bersabar, serta sanggup bergelut dengan kekotoran. Malangnya, bilangan siswazah kurang berminat menempuh dugaan seperti ini. Menurut mereka, segala kerja itu tidak layak bagi mereka yang berpendidikan tinggi. Lantaran itu jelaslah bahawa bukan semua siswazah bersedia untuk bergelumang dengan segala kesukaran.

Selain itu, kegagalan usaha tersebut juga berpunca daripada bidang yang dipelajari oleh seseorang siswazah. Tidak semua siswazah memiliki kelulusan dalam bidang pertanian. Mereka perlu mempelajari semua pengetahuan berhubung dengan pertanian jika ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Hal ini akan membuang masa mereka. Sebaliknya, jika mereka tetap akan menolak bidang pertanian dan masalah pengangguran di kalangan siswazah tetap menjadi wabak yang berbahaya.

Bidang pertanian juga sering diancam oleh pelbagai masalah, misalnya masalah kemarau, banjir, serangan serangga dan binatang. Sebaliknya, pekerjaan di pejabat menyediakan pendapatan tetap pada setiap bulan. Mereka tidak perlu menanggung risiko seperti yang dialami oleh golongan petani di negara kita yang berpendapatan tidak tetap. Oleh itu usaha kerajaan menggalakkan siswazah menceburkan diri dalam bidang pertanian tidak akan mencapai matlamatnya. Walau apa sekalipun, perkara yang penting, siswazah tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan yang dianggap sesuai dengan bidang kursus yang dipelajari di universiti. Mereka pasti menjadi manusia berguna dan dapat memanfaatkan segala sumber yang disediakan.(331 patah perkataan)

Page 11: Meringkaskan Karangan

Baca petikan secara keseluruhan

Penghubung

Bina Ayat

Semak karangan

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4


Top Related