Transcript
Page 1: Lesson Plan (Poligon)-Inkuiri Penemuan

Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Bidang Pembelajaran : POLIGON (SIMETRI)

Objektif Pembelajaran : Murid akan dapat :

1. Mengenalpasti paksi simetri

Hasil Pembelajaran : Murid akan dapat:

1. Menentukan dan melukis paksi simetri suatu bentuk.2. Melengkapkan suatu bentuk apabila paksi simetri dan

sebahagian daripada bentuk tersebut diberi.3. Melukis corak menggunakan konsep simetri

Masa : 2 waktu

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah tahu konsep bentuk dan

Poligon.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

1. PERSEDIAAN Memerhati Menciri Mengelas Menyoal

1. Murid memerhatikan bentuk-bentuk yang terdapat di sekitar kelas.

2. Murid melukis dan menggunting bentuk-bentuk tersebut.

“Apakah bentuk-bentuk yang terdapat di dalam kelas”

“Bolehkah kamu melukis bentuk yang telah kamu perhatikan?.”

2. IMAGINASI Meneroka Merancng Meramal Membuat hipotesis

1. Murid mengenalpasti bentuk tersebut sama ada bertindih atau tidak dengan melipat bentuk tersebut kepada 2 bahagian.

2. Guru memberi beberapa contoh bentuk yang boleh bertindih dan tidak bertindih.

“Bagaimanakah kamu memastikan bentuk tersebut boleh bertindih atau tidak ?”

“Adakah bentuk yang kamu lukis boleh bertindih atau tidak?. (Ditunjukkan oleh pelajar).

3. PERKEMBANGAN Menguji hipotesis

1. Murid mengasingkan bentuk tersebut kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A yang boleh bertindih dengan tepat dan kumpulan B yang tidak boleh bertindih dengan tepat.

“Apakah yang kamu perhatikan pada bentuk yang telah kamu lipat tadi.

Page 2: Lesson Plan (Poligon)-Inkuiri Penemuan

2. Murid melukis beberapa garis yang dapat membahagikan 2 belah lipatan yang bertindih tepat pada bentuk tersebut.

3. Murid mengenalpasti nama garis tersebut.

“Bolehkah kamu cuba melukis garisan tersebut?.”

“Apakah nama garis tersebut?.”(Guru memberi penerangan apakah yang dimaksudkan dengan simetri).

4. TINDAKAN Membuat kesimpulan Dokumentasi

1. Murid melengkapkan Lembaran Kerja.

2. Murid membuat kesimpulan daripada hasil kerja mereka.

“ Apakah yang kamu boleh rumuskan mengenai hasil kerja kamu?”.

“Apakah pengetahuan baru yang kamu peroleh?”

PENTAKSIRAN Murid mengenalpasti dan melukis Garis Simetri.

NILAI DAN SIKAP Mendengar arahan dengan teliti, jujur, saling membantu dan menghargai pandangan orang lain.


Top Related