Download - Lapangan 09
EDISI 9 - 2011
MRA DI BUMI SOMALIA
Me
ng
am
bil
air b
ag
i m
en
ya
mb
un
g k
eh
idu
pa
n d
i K
em
ID
P
TAUTAN KASIH 6 berjalan lancar
Dekat Di Mata Lekat Di Hati
Rumah Terbuka MRA-Rohingya
Kempen Somalia Utusan-MRA
KUMPULAN UTUSAN DAN MRA LANCAR TABUNG SOMALIA
Kumpulan UTUSAN sekali lagi menjadi peneraju kepada kempen bantuan kemanusiaan bersama dengan Malay-
sian Relief Agency (MRA) melalui pelancaran Tabung Bantuan Somalia Kumpulan Utusan dan MRA. Pelancaran
tersebut telah diadakan di Hospital Al Islam, Kg. Bharu, Kuala Lumpur.
Melalui Tabung ini, Kumpulan Utusan dan MRA sekali lagi akan bekerjasama dalam menghulurkan bantuan kece-
masan kepada mangsa kebuluran dan kemarau yang sedang hebat melanda beberapa buah negara di benua
Afrika seperti Kenya, Ethopia, Somalia dan Djibouti.
Dengan pengalaman lalu dalam mengatur bantuan kecemasan di beberapa tempat lain seperti di Sri Lanka, Paki-
stan dan Jepun, MRA yakin dapat menghulurkan bantuan rakyat Malaysia tepat kepada mereka yang memerlu-
kannya. Kerjasama dengan Kumpulan Utusan adalah bagi memastikan rakyat mengetahui kemana sumbangan
mereka diagihkan dan bagaimana ia diagihkan.
Lori-lori tangki yang membawa air sumbangan rakyat Malaysia ke Somalia mula beroperasi pada
27hb Ogos 2011 yang lalu, setiap hari hampir 21 buah lori akan mengangkut air dari telaga yang telah dikenalpasti untuk diagih-agihkan kepada kem-kem serta kawasan yang memerlukan bantuan air.
Setiap lori berupaya untuk membawa sehingga 8,000 liter air sekali muatan dan ini bermakna dalam
sehari, MRA telah dapat menyalurkan sehingga 168,000 liter sehari. Bagi operasi selama 28 hari atau sebulan, MRA telah berhasil mengagihkan lebih dari 4 juta liter air kepada kem-kem IDP tersebut. Ter-
ima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin dan mempunyai kesedaran tanggungjawab sesama manusia yang cukup tinggi.
Agihan bekalan air bersih melalui kaedah “Water Trucking” ini akan diteruskan selagi ianya diperlukan,
namun MRA juga sedang mengusahakan agar punca air yang lebih stabil dan bertahan lama dapat diadakan bagi memastikan kesinambungan bantuan kepada kem-kem IDP tersebut.
Justeru, MRA telah mengadakan kajiian dan telah mengenalpasti beberapa kawasan yang boleh dibangunkan dengan “Shallow Well” ataupun “Deep Well”. Setakat ini, dua buah “Shallow Welll” te-
lahpun digali di dua buah kem IDP di Garowe, iaitu Kem Chaulay dan Kem Ajuuran.
Penduduk di kem-kem tersebut juga diberikan pendidikan asas dan penerangan untuk bagaimana menggunakan telaga tersebut disamping menjaga kebersihan dan menggunakan kemudahan yang
telah disediakan itu dengan sebaik mungkin. Mereka juga perlu terlibat dan bertanggungjawab.
Air bersih disalurkan ke dalam lori tangki sebelum dihantar ke Kem IDP yang menghadapi kekurangan air
MRA tumpukan kepada bekalan Air Bersih
kepada Kem-kem IDP yang terletak di
Bossaso, Gardo, Garowe dan Galkaiyo
IFTAR UNTUK PELARIAN SOMALIA DI BOSSASO
IFTAR bersama pelarian merupakan antara program yang berjaya dilaksanakan oleh MRA di Somalia
dalam rangka Kempen Dekat DI Mata Lekat Di Hati sempena Ramadhan 1432. Iftar ini berjaya dilakukan di sebuah Kem pelarian, iaitu Kem New Shabella dipinggir bandar Bossaso. Iftar telah disertai oleh lebih
dari 200 orang. Walaupun menghadapi masalah kebuluran serta kekurangan makanan, para pelarian masih berdisiplin dan patuh untuk berbaris menanti giliran mereka.
TYT ABDIWELI MOHAMED ALI, Perdana Menteri Somalia sedang meluangkan masa untuk mendengar
penerangan mengenai Misi MRA di Somalia. Beliau berterima kasih dengan bantuan dari Malaysia.
TYT Abdirahman Mohamud Farole, Presiden Puntland menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk
mencontohi sistem Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diamalkan di Malaysia.
TAUTAN KASIH 6 - BRAVO ECHO SIERRA TANGO, OVER
MRA sekali lagi menganjurkan siri Tautan Kasih
didalam bulan Ramadhan. Sebelum ini, Tautan Kasih 2 turut dilaksanakan didalam bulan
Ramadhan. Tautan Kasih 6 merupakan gabun-gan daripada lebih 10 organisasi yang menum-
pukan kepada program pembangunan Orang Asli di Pos Bersih, Slim River, Perak.
Program Tautan Kasih 6 ini meninggalkan pel-
bagai nostalgia, terutamanya dengan kem-balinya ke Rahmatullah salah seorang Saha-
bat MRA di Pos Bersih yang paling komited iaitu Pak Mat. Pemergian beliau yang seolah diran-cang pada petang Jumaat di bulan Ramad-
han ini merupakan pemergian yang baik dan pastinya diredhai. Kehilangan ini amat dirasai
oleh mereka yang sering berurusan dengan beliau.
Tautan Kasih 6 berjalan dalam bentuk Simulasi
dalam Latihan. Menggabungkan berbagai elemen yang diperlukan dalam operasi lapangan bantuan
kemanusiaan. Kem Komandan bagi Tautan Kasih ini ialah Sdr. Rezaidi Md. Ishak yang juga merupakan
Pengarah Biro Latihan dan Pembangunan MRA.
Suasana berpuasa di siang hari juga
menjadikan simulasi latihan ini se-
makin getir dan menguji kesabaran.
Suasana berpuasa di siang hari juga menjadikan simulasi latihan ini semakin getir dan menguji kesa-
baran. Peserta juga dihambat oleh masa dalam memastikan setiap modul dapat dilaksanakan
dalam jangka yang ditetapkan.
TAUTAN KASIH 6 - BRAVO ECHO SIERRA TANGO, OVER
Sebanyak dua tim perubatan telah dibentuk,
satu dipimpin oleh Dr. Md. Daud Sulaiman yang juga SUA MRA dan satu lagi oleh Dr. Hassan Mat,
Pakar Bedah dari Kajang Medical Centre. Se-banyak 4 tim Sahabat MRA telah dibentuk untuk
bergerak didalam kampung-kampung yang te-lah ditetapkan.
Dalam Tautan Kasih kali ini, peserta telah did-
edahkan kepada beberapa buah Modul Lati-han yang menjadi asas kepada keseluruhan ak-
tiviti Tautan Kasih 6. Disamping itu, peserta juga dikehendaki untuk bermalam di Kampung yang telah ditetapkan disamping mereka juga perlu
menyediakan juadah untuk berbuka dan bersa-hur mereka. Seringkali mereka ditemani oleh
anak-anak orang Asli yang begitu mudah untuk mesra dan bermain-main dengan mereka.
Antara modul yang perlu dilaksanakan di kalangan
penduduk orang Asli ini termasuklah Modul Komu-nikasi, Modul Interaksi, Modul Kebersihan Modul
Penyediaan Klinik Bergerak, Modul Trauma Healing dan beberapa modul yang lain. Modul-modul ini
memberikan mereka kesempatan untuk ber-interaksi secara langsung dengan masyarakat
setempat.
Maklumbalas yang diperolehi dari kalangan pe-serta amatlah positif dan begitu memberangsang-
kan dan beberapa cadangan penambahbaikan telahpun diberikan. Kerjasama yang digerakkan oleh segala pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Tahniah. Tango Kilo pada semua.
Bersedia untuk TAUTAN KASIH 7.
Balai Komuniti diguna secara rasmi
ANCHOR bagi Program
Tautan Kasih 6. Dari kiri,
Abang Ali dan Boy, un-
tuk khidmat peman-
duan 4X4, Sdr. Adnan
dan Ezrie, Lipan Bara,
untuk taklimat dan ap-
likasi komunikasi, teruta-
manya penggunaan
phonic alphabet. Sdr.
Iqbal (tiada dalam
gambar) dan Sdr. Johari
bagi kerja-kerja urusetia,
teknikal & persiapan.
Dr. Mohd Daud, SUA
MRA, Pengerusi bagi
Sub Komiti Orang Asli
MRA dan Pengarah ke-
seluruhan Tautan Kasih
6. Sdr. Rezaidi Ishak,
Kem Komandan Tautan
Kasih 6 merangkap Pen-
garah Biro Latihan dan
Pembangunan MRA
dan akhir sekali, Sdr.
Shahrul, Pengarah Ekse-
kutif MRA
4 BULAN LALU, tapak Balai Komuniti ini ditumbuhi lalang dan pokok, namun kini, ianya telah menjadi sebuah fasiliti yang siap
untuk digunapakai. Terima kasih kepada Pak Mat dan keluarga kerana sudi memberikan tapak ini untuk dibangunkan oleh
Yayasan Malaysian Relief Agency (MRA)
Sepuluh Modul latihan diaplikasi SEPULUH Modul latihan telah ber-
jaya diaplikasikan sepenuhnya
dalam siri latihan kali ini.
Pendekatan yang digunakan kali
ini agak berbeza dengan Tautan
Kasih sebelum ini, pembinaan 10
modul ini yang kemudiannya
diaplikasikan kepada masyarakt
orang Asli adalah bertujuan untuk
menerapkan nilai-nilai murni, kon-
sep kebersihan, keperluan komu-
nikasi, keceriaan dan terpaling
penting ialah penjagaan kesi-
hatan.
Peserta bergerak dalam kumpu-
lan masing-masing menuju ke
kampung yang telah ditetapkan
dan mereka turut bermalam dis-
ana. Ini memberikan mereka
pengalaman yang unik dan
dalam masa yang sama perlu
bersiap untuk menyediakan
juadah sahur mereka.
Sebelum anda dihantar ke luar
Malaysia, anda harus buktikan
kemampuan anda terlebih dahulu
Mandi! Mandi! Sabun! Sabun! Syampu! Syampu!
Belasungkawa Pak Mat
Meneroka Pos Keding & Tenau POS Keding & POS Tenau adalah
dua buah pos yang terletak jauh di pendalaman di kawasan Slim River.
Anda perlu menempuh Pos Keding
dahulu sebelum sampai ke Pos Tenau. Dari Pos Bersih untuk ke Pos
Keding mengambil masa hampir satu jam dan dari Pos Keding ke Pos
Tenau, mengambil masa sekitar 40 minit. Itu baru saja pergi, dan balik
lebih kurang 3 jam. Kalau hari hu-jan, masa akan diambil lebih lama kerana jalan yang dilalui adalah
berselut dan licin.
Masyarakat Orang Asli disini amat peramah dan mudah mesra.
Sdr. Rezaidi sedang berbual dengan Pak Mat, Al Fatihah buat Pak Mat
SLOT Bulanan MRA di Hospital Pakar Al Islam di Kampung Baru
Salah satu Hari Rabu dalam setiap bulan akan disi oleh
petugas MRA bagi berkongsi maklumat dan pengeta-huan dengan kakitangan Al Islam yang terbukti ko-
mited dan gigih dalam tugasan. Kebiasaannya, ke-hadiran bagi setiap slot amat memberangsangkan.
20hb April 2011 - Pengalaman Kerja-kerja Sukarela disampaikan oleh M. Shahrulazilan.
18hb Mei 2011 - Penyelarasan (Coordination) Kerja-kerja
Sukarela oleh Shirajuddin Sirat
15hb Jun 2011 - Latihan Pengurusan Tadbirurus dan In-tegriti - Mohd Rezaidi Mohd Ishak
20hb Julai 2011 - Risiko Humanitarian di Zon Bencana -
M. Shahrulazilan
PERKONGSIAN ILMU
KEMPEN RAMADHAN 1432
Agihan Dalam Negeri menepati target
DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI
Alhamdulillah, berkat kerjasama dan sokongan semua pihak, MRA telah berjaya menyalurkan sum-
bangan bagi Kempen Ramadhan MRA bagi tahun 1432 - “Dekat Di Mata Lekat Di Hati”. Kempen ini telah berjaya mengumpul sumbangan sejumlah RM100,000 dan ianya telah disalurkan kepada
mereka yang memerlukan didalam dan diluar negara mengikut lokasi yang dinyatakan oleh para penderma dan penyumbang yang budiman.
Alhamdulillah, kempen Ramadhan
1432 MRA yang dikenali dengan te-manya Dekat Di Mata Lekat di Hati
telah berjaya menyalurkan bantuan sempena Ramadhan kepada be-
berapa buah organisasi yang telah dikenalpasti didalam negara. Or-
ganisasi-organisasi ini dipilih ber-dasarkan komitmen mereka kepada
komuniti dan kelompok termasuk OKU, saudara baru dan anak yatim
yang mereka sendiri kendalikan. Antara organisasi tersebut ialah Ma-
laysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persatuan Orang Cacat
Penglihatan Selangor (PERTIS), Komu-niti Rohingya, Cheras Baru, ibu tung-
gal, komunitI orang miskin dan anak yatim.
Jadikanlah Ramadhan suatu bulan
Ibadah yang perlu direbut sepenuh-penuhnya, lipat gandakan amalan
dan sumbangan di bulan ini, bulan yang lebih baik daripada seribu bu-
lan. MRA ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang
yang dermawan, semoga Allah meli-pat gandakan lagi rezeki dan perole-
han anda. JAZAKALLAH
Datuk Bandar Gardo di Puntland berkata, “malam tadi
adalah malam ganjil dalam bulan Ramadhan, pastinya ma-
lam tadi malam lailatul qadar, malam yana mana doa diang-
kat kelangit, lantas kami bermunajat kepada Allah Maha
Pemberi Rezeki memohon bantuan bagi meringankan beba-
nan yang kami tanggung dan sekarang ini, didepan kami,
kamu (MRA) tiba bertanyakan perihal kami. Kami berharap
sangat MRA akan dapat membantu kami”
Alhamdulillah, dalam fasa kecemasan ini MRA telah menyalur-
kan sumbangan air yang amat diperlukan oleh penduduk
dan para pelarian. Untuk makluman semua, projek pengagi-
han air ini digerakkan setelah mendapat kelulusan dan per-
setujuan dari Majlis Bandaran setempat.
Air yang disalurkan ini dapat digunakan oleh penduduk kem
pelarian dari akhir Ramadhan hingga ke akhir Syawal. Terbaik.
DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Puntland, SOMALIA
DEKAT DI MATA DEKAT DI HATI
SELATAN THAILAND
MRA beroperasi di seluruh wilayah Selatan
Thailand merangkumi program pendidi-kan, pertanian, undang-undang, bantuan
kemanusiaan dan mikro finance. Bantuan Dekat Di Mata Dekat Di Hati disalurkan
kepada mereka yang memerlukan oleh agensi-agensi yang membantu MRA di
Lapangan.
Keluarga malang, yang lelaki “hilang”
tiada jejak, tiada tanda
BANTUAN RAMADHAN
1432 KE PAKISTAN MRA masih lagi mempunyai projek yang sedang
berjalan di Pakistan iaitu Projek Rumah Syukur, Pro-jek Bekalan Air Bersih yang terdiri dari Pembinaan
Telaga Air dan Pembaikan Kawasan Tadahan Air. MRA beroperasi di Pakistan bermula daripada Banjir
yang melanda Pakistan pada tahun 2010 yang lalu.
Bantuan Ramadhan 1432 disempurnakan kepada kelompok anak yatim dan orang miskin dengan
bantuan Yayasan Al Khidmat, rakan kerja MRA dalam projek pembinaan Rumah Syukur. Walau-
pun telah hampir 2 tahun banjir berlalu, masih ban-yak lagi kerja-kerja rehabilitasi yang belum berjalan. Masih banyak lagi bantuan yang diperlukan disini.
Jika bukan kita yang membantu mereka, Siapa lagi?
Sebanyak 200 orang telah mendapat manfaat
daripada bantuan Ramadhan yang kami salurkan. Terima kasih kepada semua penderma, semoga
memberikan anda rezeki yang berlipat kali ganda.
Sumbangan rakyat Malaysia disampaikan kepada mereka yang me-
merlukan sempena kedatangan Syawal 1432.. Terima kasih semua
Program Mahabbah Orang
Asli UIA Kuantan-MRA ini me-rupakan sebuah program
pengupayaan komuni ti Orang Asli dengan memberi-
kan mereka bantuan dan nasihat kesihatan bagi me-
mastikan mereka berada didalam kesihatan yang
baik.
Agak sulit bagi mereka untuk mendapatkan rawatan kesi-hatan walaupun untuk de-
mam selsema kerana lokasi mereka yang berada di ka-
wasan pendalaman. Ke-hadiran Tim Medikal ini me-
mang dialu-alukan
PROGRAM MAHABBAH ORANG ASLI UIA
KUANTAN-MRA DI CAMERON HIGHLANDS
cemerlang
TRAUMA HEALING - BELAJAR MEMBUAT BELON, Pengalaman baru setiap peserta
Nampak mudah dan murah
sahaja aktiviti ini, tetapi ke-sannya cukup positif dan
baik. Kanak-kanak akan sen-tiasa tersenyum dan gembira
apabila mendapat hadiah belon ini. Kita akan tanya
apakah bentuk yang mereka mahukan dan kita akan
cuba untuk membuatnya.
Aktiviti Trauma Healing adalah satu aktiviti penting kepada kelompok masyara-
kat yang mendapat masalah dan musibah. Kita memberi-
kan mereka satu peluang , memberikan mereka satu se-
bab untuk ketawa dan ber-gembira, melupakan ma-
salah dan kesukaran yang diharungi. Paling tidak,
memberikan mereka untuk tersenyum.
Cikgu Suzanne Moi
Majlis Sambutan dan Rumah Terbuka MRA telah diadakan di Sekolah Komuniti Rohingya Cheras. Majlis
ini telah dijayakan dengan bantuan daripada adik-adik Mahasiswa UIA Nilai yang begitu komited, dedikasi dan ceria. Bantuan mereka dalam mengurus serta mengatur aktiviti sepanjang hari tersebut
amatlah kami hargai.
Mereka hadir seawal jam 9.00 dengan tenaga seramai 40 orang mahasiswa telah membantu kami mengurus majlis tersebut sebaik mungkin, anak-anak Rohingya cukup gembira dilayan sebegini.
SAMBUTAN RUMAH TERBUKA MRA DI SEKOLAH
KOMUNITI ROHINGYA, CHERAS BARU BERSAMA
MAHASISWA UIA NILAI – YANG TERBAIK!
MRA PERAK SAMBUT AIDILFITRI DAN MERDEKA
DI POS SLIM, PERAK DARUL RIDZUAN
Masyarakat Orang Asli di Pos Slim diraikan serta disantuni oleh Tim MRA Perak dalam Majlis Aidilfitri
1432. Majlis ini turut diselitkan dengan Sambutan Kemerdekaan telah dihadiri oleh penduduk di Pos Slim terutamanya kanak-kanak. Majlis yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim diantara sukare-
lawan dan penduduk Pos Slim ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.
Berkenalan dengan TIM MRA ke negara SOMALIA Tim ini terdiri daripada tiga orang je-
jaka, ada yang masih teruna dan ada yang telah berumahtangga. Mereka
juga melalui jalan yang sama seperti yang diikuti oleh Tim Pertama MRA
pada 24hb Ogos 2011 yang lalu.
Misi Tim Kedua ialah untuk memantap-kan lagi pergerakkan bantuan dan
sumbangan rakyat Malaysia melalui MRA. Disamping itu, ianya juga bertu-
juan memberikan peluang kepada anggota tim MRA yang pertama, Sdr. Shahrul yang telah berada di Somalia
selama lebih sebulan untuk kembali ke Malaysia bagi memaklumkan kepada
rakyat Malaysia apakah yang telah di lakukan oleh MRA sepanjang
berada di Somalia.
Misi Tim Kedua ialah untuk turut mem-persiapkan Mobile Clinic MRA serta
membuat persiapan untuk mengada-kan Ibadah Qurban di Kem-kem pe-
larian disana.
IYADZ
IQBAL
HJ. HANI
SHAHRUL & SAYID
Mesyuarat EXCO MRA telah mengambil ketetapan untuk menumpukan Kempen Qurban Terbaik bagi
tahun 1432 ke negara Somalia yang sedang dirundung musibah kemarau dan kebuluran. Ini tidak ber-
makna MRA tidak akan menghantar agihan qurban ke negara-negara lain tetapi jumlahnya mungkin
akan menurun sedikit.
Justeru, MRA mengajak seluruh umat Islam, para penderma serta seluruh warga Malaysia untuk turut
terlibat didalam menjayakan kempen Qurban di Somalia ini. MRA mempunyai rangkaian jentera tem-
patan yang berupaya untuk menguruskan agihan daging Qurban termasuk Aqiqah di Kem-kem pe-
larian yang memerlukan.
Haiwan Qurban bagi negara Somalia adalah terdiri daripada kambing, biri-biri dan unta. Lembu agak
jarang ditemui disini. Rakyat Somalia, 97% daripadanya merupakan umat Islam dari mazhab Shafie kini
berhadapan dengan krisis makanan yang meruncing. Bantuan dari anda amatlah dialu-alukan.
Harga bagi satu bahagian adalah pada kadar RM350 sahaja. Harga ini termasuk segala urusan pem-
belian, penghantaran, penyembelihan dan pengagihan, termasuk urusan dokumentasi dan perkara-
perkara lain yang bersangkutan dengan perlaksanaan ibadah Qurban ini. Hubungi Sekretariat MRA un-
tuk maklumat lanjut di talian 03 2697 2007.
Ibadah Qurban MRA di Selatan Thailand
SOMALIA
KEMPEN QURBAN
TERBAIK MRA 1432
Hidup sopan akhlak mulia
Menjadi teras bangsa manusia
Hulur bantuan hingga Somalia
Tanda ikhlas rakyat Malaysia