Download - Konsep Pendekatan
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
1/17
KONSEP PENDEKATAN
Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan
sesuatu tugas.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), dalam konteks pengajaran
bahasa,pendekatanbermaksud satu kumpulan andaian yang saling
berkaitan tentang hakikat bahasa,iaituhakikat pengajaran dan
pembelajaran bahasa.Setiap pendekatan itu harus mencerminkansatu
pandangan falsafah tentang hakikat bahasa,iaitu apakah sebenarnya
bahasa itu,bagaimana ia dikuasai dan diperolehi,bagaimana ia
dilahirkan dan difahami serta dimanakahia disimpan.
Mengikut Edward M.Anthony dalam Mok Soon Sang (1997),pendekatan
ialah satu setandaian yang saling berkait dengan proses pengajaran
dan pembelajaran serta mempunyaiunsur aksiomatik.
Manakala Ee Ah Meng (1997) pula menyatakan,dalam konteks bilik
darjah,pendekatanmerujuk cara bagaimana objektif jangka panjang
dapat dicapai dalam sesuatu matapelajaran.
Oleh itu pendekatan merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan
sifat-sifat semulajadi murid,kemudiannya ia akan menjadi pegangan dalam sesuatu
pengajaran. Dalam pengertian yang lebih luas,pendekatan juga diertikan sebagai to
come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif
pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan merujuk
kepada cara bagaimanasesuatumata pelajaran diajarkan untuk mencapai
objektifnya.
Manakala dalam konteks bahasa, pendekatan bermakna cara mendekati atau
approachsesuatu.
Kesimpulannya, dalam bidang pendidikan merujuk kepada beberapa teori
yang berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi pembelajaran yang menjadi pegangan
dalam sesuatu pengajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
2/17
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu. Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran
bahasa,terdapat 4 jenis pendekatan yang dapat digunakan untuk pengajaran
bahasa,iaitu:
a) Pendekatan induktif
b) Pendekatan deduktif
c) Pendekatan eklektif
d) Pendekatan komunikatif
Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-
maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pendekatan induktif
bermaksud seseorang guru itu memulakan pengajarannya dengan memberikan
beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing untuk
memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam
contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkaitan.
Seterusnya, guru menjalankan sesi soal jawab bagi membimbing murid-murid
agar dapat memerhati dan mengkaji prinsip,hukum atau aspek penting satu-satu
contoh yang diberikan.Di akhir pelajaran,kesimpulan hendaklah dibuat murid,
bukannya guru. Pendekatan induktif ini sesuai digunakan untuk mengajar mata
pelajaran Sains,Matematik,Geografi,Kajian Tempatan,Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.
Pendekatan induktif ini mempunyai beberapa kelemahan,iaitu:
Sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid kerana lebih menggemari
pendekatan deduktif.
Banyak membuang masa sewaktu murid-murid diminta memberikan
contoh-contoh.
Membebankan tugas guru kerana terlalu banyak persediaan perlu dibuat.
Kurang bermanfaat kepada murid-murid yang pandai.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
3/17
Pendekatan Deduktif
Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan mengajar yang
bermula daripada satu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekaran deduktif
juga merupakan pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian dengan cara
melihat secara keseluruhan aspek pembelajaran itu pada peringkat awal sebelum
kesimpulan-kesimpulan spesifik tentangnya dilakukan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,pendekatan ini mengutamakan
generalisasi dibuat pada awal pengajaran dan kemudian dikemukakan contoh-
contoh. Misalnya, jika guru itu hendak mengajar tajuk kata hubung guru akan
memberi definisi kata hubung dan selepas itu ditunjukkan contoh-contoh dalam ayat.
Pendekatan ini mempunyai beberapa kelebihan,iaitu:
Cara yang mudah untuk guru menyampaikan isi pelajaran.
Menjimatkan masa dan tenaga kerana guru tidak perlu membuat banyak
persediaan.
Amat sesuai untuk murid-murid pandai kerana ini adalah cara tradisional yang
sudah lama digunakan.
Sesuai digunakan oleh guru-guru kerana secara tradisi ,guru patut memberi
penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kesimpulannya, pendekatan induktif dan deduktif mempunyai matlamat yang
sama. Namun begitu,tidak ada satu pengasingan yang boleh menunjukkan yang
mana satu pendekatan yang lebih baik dan sesuai digunakan.Ini adalah kerana
kedua-dua pendekatan tersebut mempunyai bidang kelemahan masing-masing.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
4/17
Pendekatan Eklektik
Perkataan eklektik berasal daripada bahasa Inggeris eclecticyang membawa
maksud penggunaan atau pemilihan yang tidak terbatas kepada satu sumber.
Pendekatan eklektik menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif
untuk menghasilkan strategi pengajaran.
Pendekatan ini bermaksud guru memulakan pengajarannya dengan memberi
contoh-contoh yang bersabit dan kemudian mendapatkan contoh-contoh daripada
murid-murid. Seterusnya mereka dipandu untuk memberi contoh-contoh lain dalam
konteks yang sama atau hampir-hampir sama yang membolehkan generalisasi
berkenaan diterapkan.
Cara yang kedua ialah guru memulakan pengajarannya menyatakan undang-
undang yang berkaitan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian guru
memberikan contoh-contoh dan murid diminta menerangkan generalisasi tersebut.
Seterusnya murid-murid pula memberi contoh-contoh bagi menjelaskan lagi undang-
undang tadi dan akhirnya digunakan dalam konteks yang hampir-hampir sama.
Pendekatan eklektik banyak digunakan dalam pengajaran sains dan
matematik.
Kaedah eklektif ini mempunyai beberapa kelebihan,iaitu:
Cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah.
Guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri.
Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-murid.
Membolehkan murid-murid berfikir terus dan menggunakan bahasa secara
aktif.
Pendekatan ini banyak menggunakan latihan dalam pengajar
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif mempunyai tanggapan bahawa murid mengetahui
dan memahami tujuan melaksanakan sesuatu aktiviti. Proses pengajaran bahasa
dilaksanakan dalam konteks wacana mengikut proses komunikasi sebenar.
Pendekatan komunikatif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa
bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
5/17
Menurut Hymes dalam Kamarudin (1988),matlamat pengajaran bahasa dalam
pendekatan ini bermaksud sebagai keupayaan berkomunikasi.
Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam pendekatan ini
adalah untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang sesuai
sewaktu berkomunikasi.
Fungsi komunikasi disusun dan diajar kepada murid-murid bagi menolongnya
berkomunikasi di dalam kelas dan dalam kehidupan sehariannya.Berikut adalah
fungsi-fungsi bahasa yang dimaksudkan,iaitu:
bahasa untuk mendapatkan barang-barang
bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain
bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain
bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi
bahasa untuk mempelajari sesuatu
bahasa untuk mencipta dunia imaginasi
bahasa untuk komunikasi maklumat
Kesimpulannya,pendekatan komunikatif menyarankan murid-murid diberi
peluang menggunakan bahasa dalam situasi sosial tertentu di dalam kelas.Oleh itu,
guru-guru perlulah mewujudkan situasi sebenar di dalam kelas agar murid-murid
dapat berkomunikasi sesama mereka.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
6/17
KONSEP KAEDAH
Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu) ,hukum atau
prinsip.
Ee Ah Meng (1997) pula menyatakan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran,kaedah ialah suatu siri tindakan guru yang sistematik dan
berurutan yang bertujuan untuk mencapai objektif spesifik dalam jangka
pendek.
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan
yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala
aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal dalam diri
seseorang yang lain.Berikut adalah kaedah-kaedah pengajaran yang boleh
digunakan oleh seseorang guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran:
a. Kaedah Terus
b. Kaedah Audiolingual
c. Kaedah Kod-kognitif
d. Kaedah Tentera/Askar
e. Kaedah Nahu Terjemahan
f. Kaedah Natural
g. Kaedah Ajuk-hafaz
h. Kaedah Linguistik
i. Kaedah Psikologi
j. Kaedah Terjemahan
k. Kaedah Eklektif
l. Kaedah Fonetik
Kaedah Terus
Kaedah merujuk kepada satu set tindakan yang bersiri, perlakuan
aktiviti yang berturutan dan berkaitan antara satu sama lain yang dilaksanakan oleh
guru untuk memudahkan penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran,
memudahkan pemahaman murid, menarik minat murid untuk belajar dan mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan. Secara lebih jelas, kaedah
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
7/17
ialah cara atau urutan dalam membuat sesuatu, satu hukum atau prinsip atau cara
mengajar yang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.
Dalam erti kata lain, kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh
untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran bahasa secara teratur dan
berdasarkan kepada pendekatan tertentu yang dipilih. Selain itu, kaedah boleh
ditakrifkan sebagai cara yang digunakan dalam proses pengajaran untuk
mengajarkan sesuatu kemahiran bahasa di bilik darjah, iaitu suatu kaedah yang
dirancangkan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan
dengan kemahiran bahasa. Justeru konsep kaedah lebih konkrit dan tidak boleh
bercanggah dengan pendekatan.
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu
ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah-kaedah yang dipilih
untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran.
Kesimpulannya, kaedah ialah satu prosedur yang mengandungi bahan
yang tersusun dan diikuti untuk disampaikan kepada murid berdasarkan kehendak
pendekatan yang terpilih.
Kaedah Kod-kognitif
Kaedah ini berasaskan pendapat golongan mentalis yang melihat
bahasa sebagai satu kreativiti mental. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,
kaedah ini menekankan bentuk dan makna. Seseorang murid atau kanak-kanak
yang hendak mempelajari sesuatu bahasa seharusnya mengetahui sistem bahasa
yang didasarkan pada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu
tatabahasa. Kaedah kod-kognitif mengutamakan beberapa ciri penting, iaitu :
Penekanan diberikan kepada kemahiran membaca dan menulis. Oleh yang
demikian, aspek yang menjadi tumpuan utama ialah sintaksis diikuti oleh
morfologi dan fonologi.
Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung yang boleh dilakukan
melalui pendekatan deduktif.
Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berupaya menggalakkan murid
menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
8/17
Kaedah ini amat mementingkan makna. Oleh hal yang demikian, pengertian
dan huraian dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu
diwujudkan.
Kaedah ini menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi-generatif.
Merupakan satu kaedah tradisional.
Kaedah Nahu Terjemahan
Kaedah ini dikenali juga sebagai Kaedah Tatabahasa Terjemahan atau
kaedah klasik. Kaedah ini diajarkan untuk membolehkan murid memahami nahu
sesuatu bahasa dan juga melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa yang
betul. Kaedah ini memberi penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan
bertutur. Oleh itu, kaedah ini tidak mementingkan fonetik, sebaliknya mementingkan
ejaan dan penulisan. Rumusan tatabahasa dijelaskan dengan terperinci.
Kaedah ini menetapkan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran,
perbendaharaan kata diberikan pada awal sesi pengajaran. Terjemahan dianggap
satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata. Kata-kata diberikan
dalam bentuk yang terasing daripada konteks. Kata-kata disusun dalam bentuk ayat
mengikut undang-undang atau hukum-hukum tatabahasa dan hukum-hukum ini
dihafaz untuk menguasainya.
Kaedah Natural
Kaedah ini berasaskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi
komunikatif seperti yang berlaku dalam pendekatan-pendekatan tradisional. Kaedah
ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dengan mesej.
Ini bermakna penguasaan bahasa hanya akan berlaku apabila orang memahami
mesej dalam bahasa yang dituturkan. Penggunaan bahasa lebih mirip kepada prinsip
audio-linguistik sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat.
Kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan
berbahasa, iaitu penguasaan (acquisition) dan pembelajaran (learning).
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah ini telah diperkenalkan dalam Rancangan Bahasa Intensif oleh
Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika (American Council of Learned Societies).
Kaedah ini khusus diberikan kepada pegawai-pegawai tentera secara intensif oleh
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
9/17
angkatan bersenjata Amerika Syarikat pada masa Perang Dunia Kedua. Kaedah ini
juga disebut Kaedah Informat-Drill.
Pengajaran dibahagikan kepada dua cara iaitu demonstrasi dan latih
tubi. Pengajaran secara demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan
atau sebutan dan perbendaharaan kata, semua murid di dalam kelas melalui guru
bahasa atau penutur jati bahasa itu. Dalam pengajaran yang menggunakan latih tubi,
penutur jati atau natif akan membaca beberapa ayat. Kemudian setelah mendengar
beberapa kali semua murid dalam kelas itu akan mengajuknya berkali-kali sehingga
ayat itu menjadi separuh terhafal.
Satu kelainan daripada kaedah ini adalah apabila tiadanya drill-master
atau penutur natif bahasa itu, rakaman dialog boleh diadakan sebagai alternatif latih
tubi yang berulang kali. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Audio-Lingual.
Kaedah Linguistik
Kaedah linguistik merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara
saintifik, iaitu membandingkan antara dua bahasa itu, iatu bahasa yang dipelajari
dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahas ibunda
ataupun bahasa lain. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada
bentuk dan fungsi bahasa itu di samping aspek-aspek lain seperti bunyi, struktur
ayat, makna dan lain-lain. Dengan kata lain, kaedah ini mementingkan pertuturan
dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
10/17
KONSEP TEKNIK
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum
pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa yang tertentu.
Mengikut Kamarudin Haji Husin & Siti Hajar Haji Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang terpilih untuk pelajar-pelajarnya.
Aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang dalam membentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi
oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelaola aktiviti akan menjadikan kelas aktif
dan pembelajaran memberangsangkan.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk menarik minat murid,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa
rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik
yang digunakan oleh seseorang guru haruslah bergantung kepada umur,
kecerdasan,kebolehan dan minat murid serta bahan pelajaran yang digunakan.
Berikut adalah beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka,iaitu:
a. Teknik Bersoal Jawab
b. Teknik Bercerita
c. Teknik Perbahasan
d. Teknik Permainan Bahasa
e. Teknik Pentomin
f. Teknik Sumbang Saran
g. Teknik Simulasih. Teknik Perbincangan
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
11/17
i. Teknik Main Peranan
j. Teknik Latih tubi
k. Teknik Drama
Teknik Bersoal Jawab
Ia merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan sahaja kerana ia mudah untuk
dilaksanakan,tetapi juga berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.Cara guru melaksanakan teknik ini adalah dengan mengemukakan soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindak balas
yang sepatutnya.Di samping itu,soalan yang dikemukakan dapat menguji dan menilai
apa yang diajar.
Tujuan utama teknik bersoal jawab ialah:
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif,inovatif,logik dan kritis.
Untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Teknik Bercerita
Teknik bercerita merupakan teknik yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita dapat menarik minat dan perhatian murid. Ia
juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan
menulis dalam kalangan murid. Di samping itu, latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita
hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,kemuncak dan kesudahan
cerita.Semasa aktiviti bercerita dijalankan,guru hendaklah memberi perhatian
kepada teknik persembahan, suara,gerak laku dan kawalan mata.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah:
Guru hendaklah memilih cerita yang sesuai dengan umur,kecerdasan dan
minat murid.
Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
12/17
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar,objek sebenar atau bahan bantu mengajar
yang lain.
Sediakan kad perkataan,frasa atau ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa
untuk penerangan yang selanjutnya.
Teknik Perbahasan
Bahas merupakan pengucapan sama ada menyokong atau membangkang
sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.Teknik
perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
Antara kebaikan yang terdapat dalam teknik ini ialah:
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan.
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur.
Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang
betul dan laras bahasa yang sesuai
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa,perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan. Teknik ini memberi peluang kepada murid memperoleh latihan
intensif,pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan
akan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa,antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kehendak
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya.Ia
diintepretasikan melaui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut,iaitu:
Merangsang interaksi verbal murid
Menambah kefasihan dan keyakinan
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
13/17
Menyediakan konteks pembelajaran
Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis kebosanan
Bertindak sebagai alat pemulihan,pengukuhan dan pengayaan.
Sebagai kesimpulan, teknik merujuk kepada kemahiran guru dalam pengelolaan
dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga merupakan suatu muslihat atau taktik untuk penyampaian
bahan pengajaran kepada murid. Maka dengan itu,teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dipegang.
Teknik Pantomin
Teknik pantomin sering digunakan dalam kaedah komunikatif yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, eklektik dan audiolingual. Tujuan
teknik ini adalah untuk melatih menggunakan unsur-unsur bahasa, unsur
paralinguistik dengan berkesan. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan dan memberi serta berkongsi sesuatu.
Teknik Sumbang Saran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming)yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan.
Teknik ini menggunakan teknik sesi buzzuntuk mendapatkan idea yang boleh
memberi penyelesaian kepada semua masalah yang diharapkan.
Tujuan teknik ini adalah :
Murid-murid dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara
logik dan analitis
Memupuk semangat kerjasama dalam berkongsi maklumat antara satu sama
lain
Melatih murid-murid menguasai kemahiran lisan yang bermutu tinggi
Melatih murid-murid supaya berusaha menyelesaikan masalah penting
bersama-sama
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
14/17
Teknik Simulasi
Teknik simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan.
Melalui teknik ini, para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpul maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting. Dalam teknik ini, pelajar digalakkan untuk memberi
pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberi peluang kepada pelajar
untuk mengalami sesuatu situasi dan masalah.
Melalui teknik ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis. Selain itu, ia
juga dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Perbincangan
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan
mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan
dan kawalan seorang guru. Teknik ini melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar
secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai
sesuatu perkara atau topik yang diberi misalnya bermesyuarat, forum, seminar,
bengkel, bahas dan debat.
Dalam perbincangan, ia memberi peluang dan ruang kepada mereka
untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan begini bukan sekadar
mempertajam minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan
mengeluarkan pendapat.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
15/17
Teknik Main Peranan
Teknik main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau
masalah atau peris yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak
sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan merujuk kepada satu lakonan spontan yang melibatkan
sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Biasanya sewaktu aktiviti
main peranan ini, murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan.
Oleh kerana teknik main peranan ini bertujuan untuk menyelesaikan
satu-satu masalah sahaja, tempoh lakonan yang digunakan hendaklah pendek,
biasanya antara lingkungan 5-6 minit sahaja. Selepas selesai aktiviti main peranan,
penilaian prestasi pelakon-pelakon dan rumusan hendaklah dibuat.
Teknik Latih Tubi
Teknik latih-tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang telah
dipelajari. Teknik ini bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di
samping menjamin kekalannya. Teknik latih-tubi dapat melahirkan dan
mempertingkatkan kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau
mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini, pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Dalam teknik latih-tubi, 5 aspek
kebolehan menggunakan bahasa perlu diberi perhatian iaitu:
Sebutan (accent)
Tatabahasa (grammar)
Perbendaharaan Kata (vocabulary)
Kefasihan (fluency)
Kefahaman (comprehension)
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
16/17
Teknik ini juga dikenali dengan teknik menghafal. Teknik ini amat sesuai
untuk isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan ikutan dan
ulangan.
Teknik Drama
Teknik drama sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, eklektik dan audiolingual. Tujuan
utama teknik ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan.
Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar
bebas melakukan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia dapat menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar serta dapat
menyuburkan sahsiah pelajar.
-
8/2/2019 Konsep Pendekatan
17/17