Download - Komunikasi Masjid
KOMUNIKASI MASJID
Pengenalan
Manusia merupakan makhluk sosial yang memerlukan antara satu sama lain untuk saling
berkomunikasi bagi melaksanakan kehidupan mereka seharian. Komunikasi boleh berlaku dalam diri
seseorang, dalam sebuah keluarga, sebuah organisasi dan dalam masyarakat. Manusia dikurniakan
akal fikiran untuk mengembangkan proses komunikasi sehingga mereka mudah berhubung
dengan mengunakan bantuan teknologi komunikasi baru seperti satelit, telefon, faksimili, telekonferens,
internet dan sebagainya.
Komunikasi bergerak sejak manusia lahir ke muka bumi ini. la merupakan suatu aktiviti
yang mesti dilakukan setiap saat dalam kehidupan untuk meneruskan kehendak sosial dan
psikologi manusia. Manusia perlu bergaul dengan orang lain. Mereka perlu berkomunikasi dengan
manusia lain untuk melafazkan apa yang ingin diperkatakannya dan berkongsi pemikiran, pendapat,
dan rasa dengan anggota masyarakat di sekelilingnya.
Komunikasi menjadi kehendak yang perlu dalam kehidupan sehari-hari. Berkehendak untuk
berkomunikasi ini merupakan satu kehendak selagi manusia mahu hidup bermasyarakat. Proses
komunikasi tiada permulaan dan tiada pengakhirannya sama ada secara komunikasi interpersonal
atau komunikasi intrapersonal.1
Perkataan komunikasi atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Communication berasal dari
perkataan communicare diterjemahkan sebagai perhubungan atau secara mudah disebut hubungan
sama makna yang terjana dalam minda sumber atau pihak yang mencetuskan maklumat
dengan apa yang terjana dalam minda pihak penerima maklumat atau pendengar. Ini bermakna
komunikasi terjadi apabila maklumat yang disampaikan oleh pemberi sama makna difahami oleh
perima maklumat.
Selain berkongsi maklumat, komunikasi juga melibatkan proses perkongsian idea dan perasaan.
Manusia boleh bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau simbol, bertujuan untuk
memberi dan bertukar-tukar pendapat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk dan mengubah keadaan fizikal
atau mental penerimanya. Komunikasi juga merupakan proses sesuatu idea, nilai doa dipindahkan
dan dikongsikan oleh seseorang individu dengan orang lain. Hubungan sesama manusia dan objek
sekelilingnya itu mendatangkan kefahaman dalam usaha menyampaikan sesuatu pesanan/maklumat.
Profesor Dato 'Dr. Sulaiman Md Yasin menekankan empat konteks dalam pelaksanaan komunikasi;
Pertama, komunikasi dalam konteks penyebaran dan pengiriman. Komunikasi dalam konteks ini
menyampaikan maklumat, pemikiran, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol
tertentu. Apabila seseorang mengirimkan maklumat, fikiran atau emosi kepada orang lain, maka komunikasi
dikatakan telah berlaku, walaupun tanpa penerima mesej.
Kedua, komunikasi dalam konteks perkongsian makna . Komunikasi merupakan
perkongsian orientasi terhadap isyarat maklumat. Ini bermakna komunikasi berlaku apabila individu yang
terlibat faham dengan maklumat, isyarat atau simbol yang disamakan oleh seseorang.
Ketiga, komunikasi dalam konteks pembujukan. Sesuatu proses penyampaian rangsangan untuk
tujuan mengubah tingkah laku individu. Ia berlaku apabila sesuatu sumber atau individu cuba mempengaruhi
individu atau khalayak lain berdasarkan kemahiran komunikasi yang dimilikinya atau dengan memanipulasikan
beberapa simbol alternatif yang boleh disampaikan kepada khalayak. Kejayaan komunikasi ini diukur
berdasarkan balas penerima mesej.
Keempat, Komunikasi dalam konteks individu. Apabila menerima maklumat, seseorang akan berusaha
mencari maklumat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Komunikasi ini lazimnya
digunakan dalam aktiviti psikologi dan kaunseling.
Walaupun komunikasi dilihat dari pelbagai aspek dan konteks, batas komunikasi seharusnya
menjangkau pengertian yang lebih kudus. Ia bertolak dari dalam diri manusia iaitu hati dan akal. Kedua-
duanya merangsang manusia untuk kenal-mengenal antara satu sama lain. Allah berfirman surah al-
Hujurat ayat 13 yang bermaksud;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
Cetusan idea-idea yang berbentuk pesanan ke arah kebaikan merupakan mesej utama dalam usaha
membantu menyempurnakan hidup manusia, sebagaimana sempurnanya manusia itu sebagai makhluk
istimewa yang dicipta oleh Allah SWT yang berusaha meletakkan akal dan hati sebagai inti interaksi
dalam berkomunikasi. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud;
"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhan kamu dengan hikmah kebijaksanaan dan
nasihat yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik."
Bersandarkan matlamat dakwah, komunikasi Islam merupakan komunikasi yang dilakukan
berasaskan kebenaran, menyampaikan dan menyeru kepada kebaikan dan melarang kebatilan.
Malah apa yang disampaikan kepada orang lain adalah maklumat yang berusaha untuk mengubah
sikap, pandangan dan tingkahlaku khalayaknya dari baik kepada yang lebih baik dan dari yang tidak baik
kepada yang baik.
Ismail Haji Ibrahim menjelaskan tentang ciri-ciri komunikasi Islam adalah sesuai dengan fitrah
kemanusiaan yang memerlukan pengisian rohani dan jasmani, boleh membetulkan keimanan umat Islam
dan menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai panduan untuk membentuk masyarakat yang mantap.
Manakala Yusoff Mohd pula menekankan soal komunikator yang menjadi role model
masyarakat yang mampu memberi idea baru dan menekankan aspek ilmu dan moral kepada peradaban
manusia, sistem sosial Islam dan kesederhanaan dalam Islam serta bertanggungjawab sebagai hamba
Allah.
Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad mengatakan komunikasi Islam bertanggungjawab dalam
usaha menyampaikan kalam Allah di atas muka bumi ini. Oleh itu, beberapa landasan prinsip
berkomunikasi secara Islam perlu dijadikan garis panduan iaitu merangkumi dari aspek perancangan
menentukan idea hinggalah bagaimana komunikasi itu berlangsung.
Perancangan dan pengisian ini akan mampu membentuk penulisan atau pengucapan yang baik
bagi menjamin keberkesanan seseorang komunikator itu menyampaikan mesej dakwahnya.
Zulkiple Ab. Ghani menambah, oleh kerana komunikasi Islam bersifat mission yang menggesa umat
Islam berterusan menyebarkan mesej Islam, maka komunikasi Islam perlu memberi manfaat ke arah
kesejahteraan manusia sejagat.
Manakala Mohd. Yusof Hussain lebih menekankn aspek proses menyampaikan maklumat
berdasarkan kaedah yang digariskan oleh al-Quran yang keseluruhannya menggalakkan pendakwah
menggunakan perkataan dan kaedah yang terbaik dan secara berhikmah (bijaksana)
1. Bersikap lemah lembut seperti dalam surah al-Imran ayat 159 yang bermaksud, "Maka
disebabkan rahmat daripada Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya
kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhi diri daripada sekelilingmu.."
2. Menghindarkan perkataan buruk atau tidak sedap didengar seperti dalam Surah an-Nisa' ayat
148 yang bermaksud. "Allah tidak menyukai ucapan buruk yang diucapkan dengan terus
terang kecuali orang yang dianiayai,, "
3. Menggunakan kebijaksanaan dalam menyampaikan seni Islam serta menunjukkan teladan
yang baik seperti dalam Surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud, "Serulah manusia dengan
jalan Tuhammu dengan hikmah dan contoh teladan yang baik dan berbahaslah dengan mereka
dengan cara yang baik."
4. Mengungkapkan perkataan yang baik untuk mengikat hati orang yang diseru seperti firman Allah
dalam Surah al-Isra' ayat 53 yang bermaksud, "Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku
hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik(benar)
Oleh sebab itu, komunikasi Islam yang dilakukan mempunyai tujuan yang murni sebagai asas dalam
menyampaikan hakikat kebenaran Islam yang berterusan bersandarkan al-Quran dan Hadis supaya
mampu membentuk pandangan umum yang betul serta berkesan kepada kehidupan seseorang dari aspek
akidah, ibadah dan muamalah.
Muhammad Fathi Ali Syair pula memberikan empat prinsip utama dalam pelaksanaan komunikasi
Islam iaitu menegakkan kebenaran (Siddiq), bersifat realiti (waqi'iyyah), bersifat anjal (murunah) dan
bersifat sempurna (syumuliah). Sifat-sifat tersebut merupakan sifat yang mampu menjunjung kebenaran ke
arah memenuhi keperluan jasmani dan rohani manusia.
Kesimpulannya, komunikasi Islam membawa mesej kebenaran sama ada dalam pengkhabaran atau
perkataan. Imej yang digunakan bersifat realiti dan sesuai dengan fitrah kemanusiaan yang mampu memenuhi
jasmani rohani serta membuka ruang kreativiti kepelbagaian media penyampaian mesej Islam. Mesej yang
disampaikan pula perlu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, sesuai dengan ajaran Islam.
Komunikasi Masjid
Komunikasi adalah penyampaian maklumat melalui satu perutusan yang mempunyai pelbagai
makna melalui simbol-simbol yang dialirkan kepada satu individu kepada individu yang lain, daripada
satu anggota kumpulan kepada kumpulan yang lain.2 Proses komunikasi berlaku sekurang-kurangnya dua
orang yang melibatkan menghantar mesej dan menerima mesej sehingga penerima akan bertindak atau
memberi maklum balas terhadap mesej yang diterimanya.
Komunikasi juga melibatkan proses perkongsian maklumat, idea dan perasaan. Menurut Mohd
Yusof Hussain komunikasi dalam Islam merupakan proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan
maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi seperti yang terdapat dalam al-Quran dan
al-Hadith. Komunikasi Islam menekankan aspek hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia
dan hubungan dengan makhluk lain. Kaedah dan prinsip komunikasi dalam Islam melibatkan amalan yang
dikaitkan dengan dosa dan pahala dan melibatkan pembalasan selepas kematian. Ini bermakna komunikasi
dalam Islam mempunyai nilai yang dikaitkan dengan nilai baik dan jahat, amalan kebaikan dan
amalan kejahatan.3
Komunikasi masjid mempunyai nilai yang amat akrab dengan Maha Pencipta, sesuai dengan
peranannya sebagai pusat ibadat dan tempat manusia mensucikan jiwanya, di samping merapatkan hubungan
antara manusia bagi melaksanakan tugas dakwah Islam ke arah mengajak masyarakat melakukan amalan
kebaikan dan menegah aktiviti mungkar.
Komunikasi masjid mempunyai fungsi yang sangat luas. Selain merapatkan hubungan dengan
Allah, komunikasi masjid membantu dalam proses sosiologi umat Islam, melahirkan institusi sosial Islam dan
berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial masyarakat Islam. Mc Quil (1975) mengatakan bahawa
semua interaksi sosial semestinya komunikatif dan sebarang proses sosial dianggap proses komunikasi.4
Secara umum, komunikasi masjid merupakan proses manusia mendapatkan maklumat tentang
Islam, proses pendidikan Islam, proses pemujukan dan untuk mendapatkan hiburan, sesuai dengan
landasan Islam.
Masjid sebagai tempat mendapatkan maklumat tentang Islam melalui khidmat nasihat dan
rundingcara yang disediakan oleh pegawai masjid. Pegawai masjid perlu mempunyai kemahiran yang
cukup dalam untuk menyampaikan maklumat Islam agar mampu memberi yang baik terhadap penerima.
Maklumat juga boleh diperolehi melalui komunikasi yang dilaksanakan di masjid melalui ceramah, kuliah
pengajian dan khutbah Jumaat.
Masjid sebagai pusat pendidikan Islam pula mengaplikasikan komunikasi yang mampu
mendidik masyarakat secara formal melalui kelas pengajian, kelas tusyen, tadika dan bengkel kemahiran
yang melahirkan umat Islam yang mampu berdikari di samping mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Komunikasi juga berfungsi sebagai alat untuk memujuk iaitu mempengaruhi masyarakat untuk
tunduk dan patuh kepada suruhan Allah SWT. Pelbagai teknik komunikasi boleh digunakan untuk
memujuk masyarakat mendekatkan diri dengan masjid seterusnya meninggalkan amalan kebaikan untuk
mencari redha Ilahi.
Komunikasi masjid juga boleh dijadikan elemen untuk masyarakat mencari ketenangan dan
kebahagiaan atau menghiburkan hati. Fitrah manusia ingin mencari hiburan bagi tujuan inginkan
keselesaan, ketenangan dan kegembiraan dalam melangsungkan kehidupan seharian setelah penat bekerja
mencari nafkah hidup. Masjid boleh mengisi kekosongan umat Islam melalui aktiviti komunikasi Islam
melalui aktiviti membaca al-Quran, berzanji, marhaban, tarannum, nasyid dan sebagainya.
Model Komunikasi Masjid
Komunikasi antara Allah dan manusia berlangsung apabila manusia menyedari hakikat kejadiannya
sebagai hamba Allah. Manusia melakukan ibadat sebagai cara pengabdian kepada Allah SWT melalui
ibadat solat, zakat, puasa dan haji sebagai cara membentuk ketakwaannya kepada Allah SWT dan
kesyukurannya terhadap nikmat yang dikurniakan Allah. Oleh itu, komunikasi dengan Allah dilakukan
dengan keikhlasan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Komunikasi dengan manusia berlangsung apabila manusia menyedari hakikat kejadiannya
sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu mewujudkan kesejahteraan hidup melalui hubungan sosial
(muamalat), dalam seluruh aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, seni, pendidikan dan sebagainya.
Oleh itu, komunikasi antara manusia diperlukan untuk memenuhi tuntutan sosial mereka bagi
membina kesejahteraan seterusnya mampu melaksanakan misi Islam itu sendiri.
Usaha menyampaikan dakwah Islam pula memerlukan kemahiran seseorang berkomunikasi,
terutamanya berkomunikasi secara Interpersonal atau komunikasi antara individu. Komunikasi ini
melibatkan orang kedua atau ketiga dalam usaha merangsang pemikiran yang kemudian berkongsi makna
berdasarkan mesej yang disampaikan. Menurut Maimunah Osman (2000), hubungan interpersonal
memerlukan kemahiran dan gaya berkomunikasi supaya perhubungan yang berlaku dapat berjalan
lancar tanpa gangguan sama ada berbentuk pemikiran, persekitaran, emosi atau dirinyasendiri.
Abne M. Eisenberg (1975) telah menjelaskan sesuatu komunikasi interpersonal perlu mempunyai
tindak balas dari penerima mesej dan akan terus berulang sehingga perbincangan tamat. Beliau
menjelaskan model komunikasi mempunyai tiga (3) elemen yang penting iaitu penyampai (sender}
mesej (message) dan penerima (receiver).
Penyampai akan menyampaikan mesej melalui saluran tertentu kepada penerima. Tetapi
penyampai dan penerima mempunyai latar belakang yang berlainan. Oleh itu, sekiranya seseorang
mengetahui latar belakang individu yang berkomunikasi dengannya, maka proses mengekod dan
mendekod mesej dilakukan berdasarkan keupayaan masing-masing.
Walau bagaimanapun proses komunikasi akan mengalami gangguan yang wujud dari pelbagai faktor
sama ada faktor dalaman atau luaran. Faktor dalaman (komunikasi intrapersonal merujuk kepada individu
penyampai dan penerima itu sendiri yang mempunyai pelbagai pemikiran, emosi, latar belakang berbeza
dan sebagainya manakala faktor luaran melibatkan persekitaran semasa komunikasi berlangsung.
Kemampuan penerima memberikan maklum balas pula berkait rapat dengan konteks komunikasi, iaitu
merujuk kepada suasana mengenai sesuatu hal yang dibincangkan.Gangguan ini menyebabkan
maklum balas yang diperolehi tidak seimbang.
Bagi Islam, komunikasi dilaksanakan bagi menyampaikan risalah Allah S WT. Allah SWT
mengutuskan hamba-Nya di kalangan para nabi dan rasul untuk tujuan memberikan petunjuk kepada
sesuatu kaum. Mesej yang disampaikan oleh para nabi dan rasul adalah dalam pelbagai bentuk, sama ada
melalui perkhabaran gembira atau peringatan tentang azab dan balasan Allah SWT seperti firman Allah
dalam Surat al-Fatir ayat 24 bermaksud,
"Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita
gembira (kepada orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar);
dan tidak ada, sesuatu umatpun melainkan telah ada dc kalangannya dahulu seorang rasul
pemberi ingatan amaran."
Walau bagaimanapun proses komunikasi itu mendapat ganguan persekitaran kaum yang ingkar dan
membantah mesej dakwah tersebut seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Baqarah ayat 258;
"Tidakkah engkau (pelik) memikirkannya (wahai Muhammad tentang orang yang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah
memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ..."
Kehadiran al-Quran membantu mengatasi gangguan yang ada kerana ia mampu memberi petunjuk jalan kepada
umat manusia, seperti dalam Surah Maryam ayat 97 yang bermaksud;
"Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya ini dengan bahasamu (wahai Muhammad),
ialah supaya memberi khabar gembira dengannya kepada orang yang bertakwa, dan
supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
Komunikasi Islam juga amat menitikberatkan maklumat mesej yang disampaikan benar-benar diterima
dengan jelas oleh sasaran. Maklum balas berdasarkan mesej dakwah Islam akan diperkukuhkan dengan
mesej dakwah susulan bagi menjelaskan sesuatu perkara. Ia boleh dilakukan melalui perbincangan atau
perdebatan antara kedua-dua pihak.
Berdasarkan model di atas, pegawai masjid berfungsi sebagai komunikator yang membawa
mesej dakwah yang mengajak masyarakat (sebagai penerima) untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Seseorang pegawai masjid yang baik sebelum menyampaikan mesejnya perlu memahami tugasnya
sebagai khalifah Allah dan mempunyai komunikasi yang baik dengan Allah.
Pegawai masjid akan menggunakan saluran yang sesuai untuk menyampaikan mesej dakwahnya
sama ada melalui ceramah, kuliah, kelas pengajian atau melalui khutbah yang di sampaikan. Saluran
penyampaian mesej komunikasi masjid juga boleh dipelbagaikan dengan perkembangan teknologi
maklumat masa kini.
Semasa menyampaikan maklumat Islam, seseorang pegawai masjid akan berhadapan dengan
gangguan yang melibatkan gangguan dalaman (peribadi) dan gangguan luaran (persekitaran). Walau
bagaimanapun sebagai ahli komunikator yang baik seseorang pegawai masjid perlu berusaha
meminimumkan gangguan yang ada agar proses komunikasi dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan.
Apabila mesej dakwah dapat disampaikan dengan baik dan berkesan serta difahami oleh
masyarakat sebagai penerima, kesannya masyarakat akan dapat mengeratkan hubungannnya dengan
Allah dan memberikan maklum balas yang positif terhadap penyampai dan keyakinan kepada fungsi masjid.
Gangguan juga akan dialami oleh penerima (masyarakat) apabila mereka sering dihambat kesibukan
mencari kemuliaan dunia dan kekayaan. Mereka sering kekurangan masa untuk meluangkan masa ke masjid setelah
seharian penat mencari rezeki. Lantaran itu, seseorang pegawai perlu mengambil inisiatif memperbaiki
Model 1: Komunikasi Masjid
kaedah dan teknik komunikasi dakwahnya untuk memberi kekuatan kepada golongan ini mendekatkan diri
dengan masjid, sekurang-kurangnya melaksanakan tanggungjawab sembahyang berjemaah di hari Jumaat.
Jenis-jenis Komunikasi Masjid
Masyarakat manusia mempunyai pelbagai kumpulan sama kumpulan kecil yang melibatkan tiga
orang atau kumpulan besar y menyebabkan berlaku ahli anggota yang tidak saling mengenali. Manusia
sentiasa berada dalam kumpulan bagi tujuan tertentu iaitu tujuan (ikatan perkahwinan), tujuan
keselamatan, keakraban hubungan, penyertaan aktiviti, berkongsi minat, dan melaksanakan tugas tertentu.
Kumpulan masyarakat berperanan untuk melahirkan idea, berkongsi maklumat, koordinasi usaha,
penilaian aktiviti, menjelaskan peraturan, dan menggerakkan objektif organisasi. Melalui hubungan tersebut
juga wujud kerjasama untuk mendapatkan sokongan, mengurangkan ketegangan dan memberi galakan
untuk ahli kumpulan yang terlibat. Ia dicapai apabila komunikasi dalam kumpulan berlaku melalui proses
penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan.
a. Komunikasi intrapersonal
Komunikasi dalam diri ini boleh berlaku kepada setiap individu yang telah dididik hatinya untuk
memuhasabah diri terhadap segala dan kesalahan yang dilakukan sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah.
Amalan berzikir, berdoa dan beriktikaf dalam masjid mampu menununaikan proses komunikasi intrapersonal
ini dengan lebih ikhlas dan tenang.
b.Komunikasi Interpersonal
Komunikasi Interpersonal melibatkan dua orang individu sedang berkomunikasi. Di masjid kaedah
komunikasi ini boleh dilaksanakan dalam usaha memberi kaunseling, rundingcara atau khidmat nasihat Islam dan
hal ehwal kehidupan seharian umat Islam seperti perbincangan persoalan rumah tangga, hukum hakam dan
masalah kehidupan seharian. Melalui jenis komunikasi ini, seseorang pegawai masjid sentiasa bersedia
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang mantap dan sentiasa mengikuti perkembangan
semasa terutama apabila timbul hukum semasa yang mewujudkan fatwa baru. Kehidupan yang
semakin kompleks akan memaksa masyarakat mencari jawapan yang selaras dengan kehendak Islam agar
tidak tenggelam dalam dunia prasangka dan kesangsian. Peranan pegawai masjid boleh dimanfaatkan
oleh umat Islam bagi memenuhi jawapan yang diperlukan.
c. Komunikasi Kumpulan Kecil
Masjid juga boleh mewujudkan komunikasi kumpulan kecil melalui penubuhan kelab-kelab seperti
Kelab Rakan Masjid, Kelas Tafakuh, Kelas Tarannum dan kelas kemahiran, kumpulan Usrah,
kumpulan tabligh, kumpulan Sukarelawan dan sebagainya yang hanya melibatkan kumpulan kecil. la
amat penting dalam usaha membimbing masyarakat bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
dan bertukar-tukarpandangan dalam melaksanakan masalah kehidupan seharian.
Penubuhan Kelab Rakan Masjid yang ditaja oleh kementerian perlu dimanfaatkan oleh AJK masjid
dalam usaha mendekatkan diri remaja dan belia dengan masjid seterusnya melahirkan generasi muda yang
terarah dan menjauhkan gejala sosial yang semakin meruncing pada masa ini. Kelas-kelas kemahiran
seperti kelas tajwid, tarannum, tafakuh dan miahiran rumahtangga pula menggalakkan masyarakat
berkomunikasi sambil menjalankan aktiviti yang berfaedah dan meningkatkan kemahiran diri yang sesuai
dengan tuntutan Islam. Pegawai masjid sebagai fasilitator berperanan menggerakkan kumpulan ini agar
dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai matlamat.
d. Komunikasi Organisasi
Setiap masjid di Malaysia, selain pegawai masjid yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri,
terdapat organisasi jawtankuasa masjid yang dianggotai oleh ahli kariah masjid yang terdiri dari
pengerusi, setiausaha, bendahari dan ketua biro-biro mengikut keperluan masjid berkenaan. Sebagai
sebuah organisasi yang terlibat dengan masyarakat, jawatankuasa masjid perlu sentiasa bermesyuarat dan
berbincang dalam usaha membangun dan mengimarahkan masjid yang dianggotai oleh mereka.
Perbincangan ini melibatkan kredibiliti pengerusinya dalam usaha memimpin dan mengurus organisasinya
agar lebih cekap dan meyakinkan masyarakat. Walau bagaimanapun, nasihat imam tidak
diketepikan, sebagai pemimpin masyarakat.
Komunikasi dalam organisasi melibatkan penyampaian maklumat pegawai masjid sebagai
penasihat dan pengerusi sebagai pemimpin organisasi kepada orang bawahannya. Manakala maklum
balas dari orang bawahan akan mewujudkan interaksi yang baik dalam mengembalikan fungsi
organisasi untuk disampaikan pula kepada masyarakat setempat. Perpaduan dan kesatuan dalam
komunikasi organisasi masjid akan menjadi keutuhan fungsi masjid sebagai pembangun ummah.
e. Komunikasi Awam
Komunikasi Awam pula berlaku di masjid apabila pihak jawatankuasa masjid mengadakan
program yang melibatkan keseluruhan anggota masyarakat untuk menyertainya. Program yang diadakan
melibatkan pelbagai bangsa dan usia sama ada kanak-kanak, remaja atau golongan dewasa. Penyertaan
masyarakat yang ramai dan pelbagai ini memerlukan kecekapan pihak penganjur menangani karenah
masyarakat yang pelbagai. Program yang boleh diadakan yang melibatkan komunikasi dakwah ialah
ceramah, majlis perayaan hari raya, sambutan Isra' mikraj, khutbah jumaat, forum Islam dan sebagainya.
f. Komunikasi Non-Verbal
Komunikasi non-verbal merupakan komunikasi yang boleh dalam mana-mana jenis komunikasi. la
merupakan kesan dari komunikasi verbal yang disampaikan dalam membantu kejelasan dan
keberkesanan komunikasi verbal yang berlangsung. Komunikasi non-verbal yang berlaku di masjid
ialah bagaimana masjid dibina untuk menarik khalayaknya, keheningan, keceriaan dan ketenangan yang
ada dalam masjid akan mampu menarik hati pengunjungnya. Malah simbol masjid sebagai pusat ibadah
dan kebudayaan Islam menjadikan agenda mendirikan satu keperluan dalam pembinaan masyarakat dan
sebagai penghubung hamba dan Penciptanya.
Komunikasi non-verbal juga boleh dilakukan oleh para penceramah atau komunikator masjid semasa
menyampaikan mesej melalui gerak tangan, pertembungan mata, dan ketrampilan diri mereka di hadapan
khalayak serta ketepatan masa dalam menghadiri sesebuah program. Ketepatan waktu sembahyang juga
merupakan komunikasi non-verbal yang memastikan Islam amat menitikberatkan ketepatan waktu.
Ketrampilan diri pegawai masjid juga membawa mesej kepada kariah. Pegawai masjid yang
mempunyai kelebihan tertentu dan meyakinkan ahli kariahnya atau mampu menjadi role model akan
menarik masyaraka untuk bertandang ke masjid.
g. Komunikasi baru
Perkembangan teknologi komunikasi (ICT) perlu diambil peluang oleh pihak masjid dalam usaha
menyampaikan dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat, sebagai tanda meningkatkan
keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti masjid dalam menangani isu masyarakat
dan kepekaan mereka dalam perkembangan dunia.
Masjid sebagai tempat rujukan masyarakat boleh memanfaatkan kemudahan ini melalui pembukaan
laman web yang mengandungi maklumat tentang latar belakang masjid, kemudahan FAQ untuk masyarakat
mengadu masalah agama, kemudahan mengakses internet, laman chatting yang membincangkan persoalan
agama dengan pakar dalam bidang agama (pegawai masjid) dan kemudahan lain.
Selain itu, pembukaan kiosk dan portal di masjid memudahkan masyarakat mendapatkan
maklumat yang dikehendakinya tanpa menunggu giliran atau membuat temujanji dengan pegawai masjid.
Pihak masjid sudah menyediakan pangkalan data yangn lengkap terutama persoalan asas untuk panduan
umat Islam. Bagi soalan yang semasa yang tiada dalam pangkalan data, kiriman e-mail atau sms boleh
dilakukan untuk maklum balas dari pihakAJK masjid.
Secara keseluruhannnya komunikasi masjid mampu membina dan memantapkan pengurusan
masjid dalam usaha melaksanakan tugas-tugas penyampaian ilmu Islam dan membangun umat Islam dari
aspek ibadat, akidah dan akhlak. Kebijaksanaan pegawai masjid dan AJK masjid dalam usaha menarik ahli
kariah untuk akrab dengan masjid merupakan kebolehan mereka dalam mengeksploitasi kemahiran
komunikasi untuk mempengaruhi khalayaknya.
Sasaran Komunikasi Masjid
Komunikasi masjid perlu dilakukan sesuai dengan kehendak audien atau sasarannya. Ini kerana sifat
kanak-kanak tidak sama dengan sifat remaja dan golongan tua. Masing-masing memerlukan pengisian dengan
cara yang berbeza-beza, sesuai dengan fizikal dan psikologi mereka.
a. Komunikasi Terhadap kanak-kanak
Pada usia 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak sedang mengalami tahap praoperasi, iaitu menggunakan
skima berasaskan bahasa dan simbol perwakilan sesuatu benda atau peristiwa. Pada waktu ini juga, mereka
belum memahami prinsip logik, sehingga membuat andaian umum terhadap sesuatu yang dilihatnya.5 Oleh
itu, bagi memahami persekitarannya, mereka sering bertanya dan menggunakan soalan-soalan yang tidak
logik.
Oleh kerana persekitaran memainkan peranan dalam pembentukan pemikiran mereka, maka
komunikasi masjid perlu dijalankan kepada kanak-kanak bagi melahirkan rasa kecintaan kepada masjid di
awal perkembangan pendidikan mereka.
Kelas-kelas pengajian agama seperti kelas KAFAdan Tadika yang diadakan di persekitaran masjid
tnampu melahirkan komunikasi masjid yang baik. Latihan amali solat di masjid akan mendekatkan hati
mereka tentang peranan masjid dalam kehidupan umat Islam, sehingga masjid ditanggapi secara umum
oleh mereka sebagai tempat mencari ilmu dan ibadat.
Pada usia 7 hingga 12 pula, kanak-kanak mula mengalami tahap operasi konkrit, iaitu kanak-
kanak hanya mampu memahami imej dan objek yang nyata sahaja dan tidak faham kenyataan yang abstrak
seperti ketuhanan, keindahan, keadilan dan sebagainya. Tetapi mereka sudah berupaya memfokus lebih
dari satu ciri masalah yang mudah dan mampu menyelesaikan masalah tersebut secara mental.6
Oleh itu, komunikasi masjid boleh mengisi ruang ini melalui aktiviti yang mengajak kanak-kanak
berfikir tentang peranan mereka sebagai manusia melalui kem ibadat, kelas mengaji dan majlis perayaan
bulan Islam. Mereka mampu memahami perkara yang mereka perhatikan dan lakukan bersama orang
dewasa. Contohnya, majlis Maulidur Rasul yang mengandungi program ceramah, selawat, marhaban
dan hidangan makanan yang lazat. Mereka boleh memahami kepentingan Nabi Muhammad SAW dalam
kehidupan orang Islam sehingga hari kelahiran baginda diraikan secara besar-besaran.
b. Komunikasi Terhadap Remaja
Masa remaja merupakan peringkat yang amat kompleks kerana pada masa ini berlaku perubahan
pada fizikal, emosi, kognitif, penghargaan kendiri, krisis identiti, konflik dan keraguan memulakan perkara
yang baru." Mereka akan berasa gembira apabila diri mereka diterima, dihargai dan diberikan perhatian
oleh orang yang signifikan dalam hidup mereka termasuklah ibu bapa, guru, rakan sebaya, atau
sesiapa sahaja yang berkenaan.8
Remaja sering menunjukkan tingkah laku dan tindakan yang aktif menyertai perbincangan dalam
kelas dan sentiasa bekerjasama dalam aktiviti aktiviti pembelajaran. Mereka juga mengalami proses
membentuk jati diri dan perhubungan sosial dalam masyarakat serta sudah memahami aspek logik dan
abstrak.9
Pencarian identiti yang dilakukan oleh remaja adalah antara cara untuk memperolehi
penghormatan, perhatian dan pengiktirafan masyarakat tentang peranan dan keupayaan mereka menjadi
sebahagian dari ahli orang dewasa. Oleh itu, aktiviti komunikasi masjid terhadap remaja boleh
dilakukan sesuai dengan fizikal remaja yang lasak dan keinginan mereka untuk melakukan aktiviti
berpersatuan atau berkumpulan.
Program rakan masjid yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diaktifkan dengan menjalankan
aktiviti seperti khemah ibadat, kem motivasi, kelas kemahiran al-Quran, dan sebagainya sebagai usaha
mendekatkan diri remaja dengan masjid. Malah peluang penyertaan yang diberikan oleh pegawai masjid
memberi ruang kepada remaja untuk membina keyakinan diri terhadap peranan masjid dalam
membangun jiwa dan tingkah laku mereka ke arah yang positif dan baik.
c. Komunikasi Terhadap Masyarakat Awam
Jawatankuasa masjid perlu sentiasa mengadakan aktiviti komunikasi masjid untuk ahli
kariahnya sebagai cara mengumpulkan dan menyatupadukan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti
keagamaan dan perayaan bulan Islam. Aktiviti yang melibatkan penyertaan masyarakat awam perlulah
sesuai dengan kehendak masyarakat, sesuai dengan budaya dan pemikiran masyarakat dan sesuai dengan
latar belakang pendidikan dan ekonomi mereka.
Bagi masyarakat di kampung, mereka mahukan program yang membangun minda kerana
mereka sukar mendapatkan maklumat luar, selain dari televisyen dan surat khabar. Pengisian melalui
ceramah dan kuliah merupakan antara bentuk komunikasi awam yang diminati khalayak tersebut.
Tetapi bagi masyarakat bandar, mereka hidup dalam situasi mengejar masa dan sentiasa
dahagakan pengisian rohani bagi menyeimbangkan kehidupan mereka yang banyak ke arah
keperluan pembangunan fizikal dan material. Selain ceramah dan kuliah, mereka memerlukan kursus-
kursus tertentu bagi memantapkan keilmuan agama mereka dengan menyertai kelas-kelas tafakuh,
kelas al-Quran dan sebagainya.
d.Komunikasi Terhadap Warga Emas
Warga emas merupakan golongan yang sensitif dan meminta perhatian yang sewajarnya
daripada masyarakat. Mereka mahu diri mereka diiktiraf sebagai golongan yang perlu diberi perhatian dan
dihormati sebagai orang tua.
Warga emas juga pada kebiasaannya merupakan golongan yang mula mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Mereka berusaha untuk mengisi sisa-sisa hidup dengan amal kebajikan yang tidak sempat
mereka lakukan semasa muda.
Oleh itu, sebagai merapatkan golongan ini dengan masjid, pihak masjid perlu merangka aktiviti
berbentuk kerohanian yang sesuai, terutama aktiviti yang tidak memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Aktiviti seperti kelas membaca al-Quran, kelas tajwid, kelas tafakuh, kuliah, ceramah dan sebagainya
mampu mengisi ruang masa mereka.
Walau bagaimanapun, pengisian yang diberikan tidak boleh teriahi berat kerana keupayaan minda mereka
yang semakin merosot, di samping keadaan fizikal mereka yang tidak sekuat golongan muda dalam melakukaa
aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal seperti gotong- royong dan aktiviti yang melibatkan sepanjang hari.
Pengamalan ibadat sunat juga perlu diajarkan agar mereka boleh menghabiskan masa dengan ibadat
sebagai persediaan ke alam akhirat
e. Komunikasi Terhadap Saudara Baru (Mualaf)
Di Malaysia, golongan saudara baru (mualaf) terdiri daripada beberapa bangsa yang berasal dari
pelbagai latar belakang yang berbeza sama ada kepercayaan ataupun adat resam, iaitu orang asli, orang cina
dan orang India.
Kepelbagaian etnik dan bangsa ini memerlukan kepri pegawai masjid agar dapat mendekati mereka
dengan baik dan tidak berasa terpinggir di kalangan masyarakat setempat.
Golongan saudara baru ibarat kain putih yang minta dicorakkan. Mereka begitu dahagakan ilmu
pengetahuan agama di samping diberi kekuatan untuk terus memeluk agama yang mulia itu. Dalam keadaan iman
yang masih rapuh, mereka perlu didekati dan dibantu dari aspek kerohanian. Oleh itu, pegawai masjid perlu
merancang aktiviti-aktiviti untuk golongan mualaf ini terutama yang berkait dengan ke pengetahuan Islam (ilmu
fardhu ain) dan kemantapan akidah.
Selain itu bahasa dalam komunikasi amat penting untuk dikuasai oleh pegawai masjid. Ini kerana, ramai
golongan mualaf ini tidak mahir berbahasa Melayu dan bahasa Arab (istilah Arab). Malah dalam kajian tentang
pelaksanaan dakwah terhadap golongan baru di ABIM, Jabatan Agama Islam negeri, Masjid Negeri dan
sebagainya penggunaan bahasa Melayu dalam ceramah dan bengkel untuk saudara baru mengalami masalah.
Mereka tidak faham dan keliru kerana tidak faham bahasa Melayu dan membantutkan keinginan untuk menuntut
ilmu. Manakala fasilitator atau penceramah pula tidak tahu berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan
mereka. Keadaan ini semakin meluaskan jurang komunikasi antara pegawai agama dengan golongan muallaf.
f. Komunikasi Terhadap Orang Bukan Islam
Orang bukan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat dan berperanan dalam membangun aktiviti
masyarakat setempat. Agama Islam tidak melarang umatnya berkomunikasi dengan golongan bukan Islam
kerana sifatnya yang memelihara hubungan sesama manusia
Bagi memelihara keutuhan fungsi masjid, pegawai masjid perlu mempunyai tentatif khas untuk
mendekatkan diri mereka dengan Islam, sekurang-kurangnya membetulkan persepsi mereka terhadap
Islam.
Menurut Zaini Hamzah, masyarakat bukan Islam tidak menerima Islam kerana tanggapan
mereka bahawa Islam adalah untuk orang Melayu.'' Malah terdapat juga tanggapan bahawa orang
Melayu itu mundur seperti juga Islam.12 Candra Muzaffar pula berpendapat, dasar dan rancangan
pemerintah yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan dasar Ekonomi Baru telah melahirkan
sikap negatif orang bukan Islam terhadap bangsa Melayu dan kemudian dikaitkan dengan Islam. Sikap
prejudis masyarakat barat terhadap Islam yang terpampang di media juga semakin mewar-warkan sikap
negatif tersebut.13
Pelbagai lagi tanggapan negatif yang dilemparkan kepada umat Islam lantaran pandangan secara
fizikal mereka terhadap sikap dan tabiat orang Islam itu sendiri. Oleh itu, pegawai masjid perlu
membersihkan pandangan negatif ini dengan memaparkan nilai-nilai yang baik bahawa masjid
merupakan tempat yang suci yang perlu dihormati dan agama Islam memandang tinggj nilai-nilai murni
supaya umatnya bekerja dan menghormati hak orang lain. Mereka perlu diberi penerangan dan pendedahan,
bahawa tanggapan salah terhadap Islam adalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam itu
sendiri yang gagal memelihara syariat Allah SWT.14
Kesimpulan
Pelaksanaan komunikasi masjid perlu dilakukan sebaik mungkin agar masyarakat berasa
seronok dan mahu mendekatkan diri dengan masjid dengan penuh kerelaan dan ikhlas kerana Allah.
Malah umat Islam sendiri perlu memperbaiki sikap dan tingkah laku mereka mengikut landasan yang
disyariatkan oleh Islam agar mereka menjadi umat yang dihormati dan disegani.