Download - Kertas Kerja Big Gotong Royong
KERTAS KERJAGOTONG ROYONG MEMBAIKPULIHTAMAN AWAM
PERINGKAT KAMPONG GELEGOHBINJAI RENDAH
PADA28 FEBRUARI 2014
TEMPATKAMPONG GELEGOH BINJAI RENDAHMARANG
1.PENDAHULUAN
Kegiatan gotong-rotong seringkali diadakan dikalangan komuniti kampong.Kegiatan ini diadakan dengan tujuan menjaga dan memulihara kawasan persekitaran kampung disamping mewujudkan kesedaran terhadap tanggungjawab menjaga keceriaan dan keharmonian kampung adalah tanggungjawab bersama.Selari dengan hasrat kerajaan ingin mewujudkan masyarakat yang bersatu dan bekerjasama,maka kegiatan gotong-royong ini dilihat sebagai salah satu aktiviti yang amat sesuai untuk mencapai hasrat tersebut. Melalui aktiviti ini semua lapisan penduduk kampung dapat menyumbangkan tenaga mengikut kemampuan masing-masing.Disamping itu melalui aktiviti ini juga hubungan erat antara sesama penduduk kampong akan dapat ditingkatkan.
2.LATAR BELAKANG.Segala perancangan dan persiapan telah diadakan bagi memastikan semua peserta perkhemahan dapat merasai seasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Pada tahun ini dijangkakan seramai 58 peserta akan menyertai perkhemahan ini.Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar-pelajar tahun lima dan enam Sekolah Kebangsaan Gondang.Selain itu 22 orang urusetia yang terdiri daripada guru-guru sekolah yang akan memastikan kelancaran dalam perlaksanaan program ini.Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan, rekriasi dan kerohanian/moral dalam perkhemahan.
3.MATLAMAT.Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Gondang bertujuan memberi pendedahan yang lebih luas mengenai aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai pasukan badan beruniform yang ada di sekolah.Konsep perkhemahan sebegini adalah untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing, bersemangat patriotic, berdikari, setiakawan, bekerjasama, sayangkan pasukan dan bersemangat cintakan Negara.
4.OBJEKTIF.1. Memberi pendedahan awal mengenai aktiviti perkhemahan dalam Pasukan Badan Beruniform.2. Memupuk semangat patriotic, jatidiri, setiakawan, toleransi dan integrasi di dalan aktiviti Pasukan Badan Beruniform.3. Mencungkil dan mengembangkan bakat kepimpinan yang ada pada diri peserta.4. Membuka minda peserta dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dirancang.5. Menyemai budaya ilmu di dalam kegiatan luar bilik darjah.6. Memberi peluang dan mengembangkan potensi sedia ada murid.
5.PELAKSANAAN.1. Tarikh: 21 23 Febuari 2013.2. Tempat: Sekolah Kebangsaan Gondang.3. Perasmian penutup: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gondang.
6.SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Penyertaan terbuka kepada ahli Persatuan Badan Beruniform Puteri Islam, Pengakap dan tunas Kadet Remaja Sekolah dari tahun 4 hingga 6.2. Setiap peserta mestilah sihat fizikal dan tidak mengidap sebarang penyakit berbahaya.3. Peserta hendaklah mendapat kebenaran dari ibu bapa atau penjaga.4. Urusan pengangkutan adalah tanggungjawab keluarga mesing-masing.
7.PENGINAPAN.Semua guru dan peserta perkhemahan akan menginap di dalam khemah yang disediakan oleh kontijen masing-masing.
8.MAKAN MINUM PESERTAPihak sekolah akan menyediakan makan dan minum untuk semua peserta perkhemahan yang terdiri daripada sarapan pagi , makan tengahari dan makan malam.
9.PAKAIAN PESERTA .1. Semua pesert hendaklah berpakaian trek warna gelap dan baju berlengan panjang bagi peserta perempuan.2. Peserta lelaki tidak dibenarkan memakai memakai seluar pendek.3. Uniform lengkap hendaklah dipakai semasa perasmian penutup.
10.KEPERLUAN PESERTA PERKHEMAHAN.1. Lampu suluh.2. Uniforn untuk majlis perasmian penutup -1 pasang.3. Baju kerja unit masing-masing - 2 helai.4. Kasut sukan / kasut sekolah- 2 pasang.5. Keperluan mandi (sabun/ubat gigi/berus gigi/sikat)6. Pakaian solat ( perempuan )7. Baju melayu/kain peikat (lelaki )
11.KESELAMATAN1. Keselamatan adaah tanggungjawab semua pihak.2. Jika berlaku situasi kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan.3. Sila ikut arahan/arah pergerakkan.
12. AMARAN DAN TINDAKAN TATATERTIB.1. Semua jenis senjata termasuk pisau atau parang tidak boleh disimpan didalam khemah peserta.2. Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata adalah ditegah.3. Peserta lelaki tidak boleh memasuki kawasan khemah peserta perempuan dan sebaliknya.4. Tindakan keras dan tatatertib akan dikenakan kepada peserta yang didapati melanggar peraturan sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
13. KETETAPAN DAN KETEPATAN MASA / PERGERAKKAN PESERTA.1. Semua peserta hendaklah bersiap 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang ditetapakan.2. Kelewatan akan menyebabkan kumpulan peserta akan dikenakan tindakan/denda.3. Peserta diarahkan bergerak dalam kumpulan paling maksimum 2 orang.4. Peserta tidak dibenarkan merayau-rayau disekitar kawasan perkhemahan tanpa sebarang tujuan.5. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
14.PERATURAN KEBERSIHAN.1. Kawasan dalam dan Sampah hendaklah dibuang dikawasan yang disediakan.2. Peserta dilarang menebang, menebas, mencantas pokok dikawasan sekitar khemah.3. luar khemah hendaklah sentiasa bersih dan kemas.4. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.5. Jawatankuasa kebersihan akan memantau kawasan khemah peserta.6. Sila pastikan keadaan bilik air bersih un tuk kegunaan ramai.
15.PENUTUP.Adalah amat diharapkan agar perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini dapat dijalankan dengan baik dan cemerlang kearah kegemilangan.Kerjasama daripada para pengawai dan semua pihak yang terlibat amat diperlukan untuk merialisasikan hasrat murni ini.Semoga segala perancangan perkhemahan ini akan berjalan dengan lancer dan mencapai matlamat.
AGIHAN TUGAS / JAWATANKUASA KERJA.
1.URUS SETIA.Pengerusi1: En. Solahuddin bin Sulong.AJK2: En.zayufi Hairil bin Mohd yunus.3: En. Mohd Rohemi bin Muda.TUGAS.1. Melantik AJK.2. Mengurus surat perlantikan JK kerja.3. Membuat tempahan sijil dan cenderamata.4. Menyelaras tugas semua JK kerja.5. Menyediakan laporan akhir perkhemahan.6. Menyedia anggaran perbelanjaan.7. Mengurus taklimat perkhemahan.8. Menyelaras urusan perkhemahan.9. Menguruskan pendaftaran peserta perkhemahan.
2.AKTIVITI, PERTANDINGAN, TEKNIKAL DAN JURULATIH.Pengerusi1: En.Zayufi Hairil bin Mohd Yunus.AJK2: En.Mohd Rohemi bin Muda.3: En. Ahmad Mustakin bin Bakar.4: En.Hairul bin Abdullah.TUGAS1. Menyediakan modul aktiviti.2. Menyediakan jadual aktiviti.3. Mengurus dan memantau urus setia/petugas bahagian dan perjalanan aktiviti.4. Menyediakan orang pertandingan dan boring keputusan.5. Menetapkan tempat pertandingan.6. Menyediakan syarat dan format pertandingan.7. Menyediakan peralatan untuk pertandingan.
3.PERSIAPAN TEMPAT DAN PENGINAPAN.Pengerusi1: En.Razali bin Muhammad.AJK2: En.Ahmad Mustakin bin Bakar.3: Pn. Norlia binti Muda.4: Pn.Suriyati Fazma binti Mohd Piah
TUGAS.1. Mengurus tapak perkhemahan,penginapan dan tempat perasmian.2. Menyediakan meja dan kerusi untuk hakim pertandingan.3. Melantik petugas.4. Menyediakan layout camp dan label-label yang diperlukan.5. Memastikan tapak perkhemahan bersih dan selamat.6. Menentukan tapak pelupusan sampah.7. Menyediakan khemah untuk petugas.8. Memastikan label tempat khas jelas dan mudah dilihat.
4.KEROHANIAN DAN MORAL.Pengerusi1: Ustaz Wan Fauzi bin Wan Abd.Rahman.AJK2: En. Solahuddin bin Sulong.3: Pn.Suriyati Fazma binti Mohd Piah.4: Pn.Roshayati binti Ismail.
TUGAS.1. Merancang pengisian dan penghayatan Islam dan Moral.2. Menyediakan seorang pengerusi dan penceramah untuk setiap sesi ceramah dan kuliah ( Maghrib dan Subuh ).3. Memantau peserta semasa solat berjemaah dan semasa solat Zohor dan Asar.4. Melantik Imam dan bilal bagi memastikan perjalanan solat teratur dan berdisiplin.5. Memastikan semua peserta solat berjemaah disurau,
5.LOGISTIK.Pengerusi1: En.Raja Zalwi bin Raja Soh.AJK2: En.Maliki bin Mamat.TUGAS.1. Menyediakan semua peralatan yang diperlukan.2. Menentukan tempat agihan dan pemulangan barang serta peralatan.3. Memastikan peralatan selamat digunakan dan mengcukupi.
6.SIJIL, CENDERAMATA DAN HADIAH.Pengerusi1: En.Hairul bin Abdullah.AJK2: Pn.Alilai binti Othman.3: Pn. Noor Hafiza binti Mahmud.
TUGAS.1. Menyusun hadiah mengikut urutan.2. Menguruskan sijil penyertaan,sijil pencapaian dan sijil penghargaan.3. Mendapatkan senarai pemenang dari hakim pertandingan.4. Menyusun acara penyerahan hadiah.
7.JURUACARA DAN PERASMIAN PENUTUP.Pengerusi1: En.Maliki bin Mamat.AJK2: Pn.Siti haljat binti Muhammad.3: Pn Roshayati binti Ismail.TUGAS.1. Menyediakan backdrop tempat perasmian penutup.2. Menyusun atur majlis penutup.3. Melantik juru acara dan pembaca doa.4. Menguruskan persediaan tempat untuk majlis penutup.
8.MAKANAN DAN JAMUAN.Pengerusi1: En.Razali bin Muhammad.AJK2: Pn. Nor Rizan binti Ali.3: Pn.Nur Azura binti Jusoh.TUGAS.1. Mengatur jamuan untuk tetamu semasa majlis penutup.2. Mengurus makan minum semua hakim, jurulatih dan petugas sepanjang aktiviti perkhemahan dan pertandingan.3. Memastikan kuantiti makanan yang mengcukupi dandisediakan pada masa yang ditetapkan.4. Menetapkan lokasi pengagihan makanan.-
9.KESELAMATAN, RAWATAN DAN KECEMASAN.Pengerusi1: En.Solahuddin bin Sulong.AJK2: En. Raja Zalwi bin Raja Soh.3: Pn. Rosnaini binti Ismail.4: Pn. Norlida binti Abd.Aziz.TUGAS.1. Mengenalpasti kenderaan untuk membawa pesakit ke klinik berdekatan jika berlaku kecemasan.2. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas.3. Menubuhkan unit kawalan sepanjang perkhemahan berjalan.4. Memastikan peti pertolongan cemas ada dan lengkap.
10.BUKU PROGRAM, RAKAMAN DAN DOKUMENTASI.Pengerusi1: En. Zayufi Hairil bin Mohd Yunus.AJK2: Pn. Norlida binti Abd.Aziz.3: Pn.Rusnaini binti Ismail.TUGAS.1. Menyediakan buku program perkhemahan.2. Membuat rakaman foto dan video keseluruhan program.3. Mendokumentasikan program untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
JADUAL PERKHEMAHAN PERSATUAN BADAN BERUNIFORM 2013
MASAHARI PERTAMAKHAMISHARI DUAJUMAATHARI KETIGASABTU
0530Bangun,urus diri & solat Subuh berjemaah
0630Senaman pagi / menaikkan bendera
0715Sarapan pagi
0800Aktiviti 2Kawad kakiAktiviti 7Gotong-royong
1000Rehat, minum pagi
1030Aktiviti 3Masakan rimba( roti lilit )Majlis penutup
1230Rehat, solat Zohor berjemaah, makan tengah hari.
1400Selamat DatangPendaftaranTaklimatMendirikan khemahAktiviti 4Rawatan bantu mulaBersuraiSelamat Pulang.
1700Rehat, minum petang, solat Asar berjemaah
1730Menghias kawasan perkhemahanAktiviti 5Jungle treking
1830Makan malam, solat Maghrib dan Isyak berjemaah
2100Aktiviti 1Ikatan dan simpulanAktiviti 6Persembahan kebudayaan
2300Rehat, tidurMesyuarat pegawai
Rujukan kami: SKG(M) 07/03/001 ( 28 ) Tarikh: 6 JAN 2013
Semua guru,Sekolah Kebangsaan Gondang.
TuanMESYUARAT PERKHEMAHAN PERSATUAN BADAN BERUNIFORMSEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan diadakan sebagaimana butiran berikut :Tarikh: 9 Januari 2013.Hari: RabuMasa: 1.30 petang.Tempat: Balai Muafakat Sek. Keb.Gondang.
3. Sehubungan dengan itu tuan / puan diminta menghadiri mesyuarat di atas sepenuhnya.Sekian terima kasih. Melestarikan Pendidikan Terbilang BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah
------------------------------------------- ( EN.SOLAHUDDIN BIN SULONG) Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sek. Keb. Gondang.
S.K.1. Guru Besar2.Fail.
MINIT MESYUARAT PERKHEMAHANPERSATUAN BADAN BERUNIFORM 2013
TARIKH: 9 JANUARI 2013HARI: RABUMASA: 1.30 PETANGTEMPAT: BALAI MUAFAKAT.
KEHADIRAN.1. Tn Hj Maharudin bin Said( Guru Besar )2. En. Razali bin Muhammad( GPK 1 )3. En. Solahudin bin Sulong( GPK KOKO )4. En.Maliki bin Mamat( PK HEM )5. En. Ahmad Mustakin bin Bakar6. En. Hairul bin Abdullah.7. En. Mohd Rohemi bin Muda.8. YM Raja Zalwi bin Raja Soh.9. En. Wan Fauzi bin Wan AbdRahman.10. En. ZayufiHairil bin MohamadYunus.11. Pn. Nor Rizan binti Ali.12. Pn. Alilai binti Othman.13. Pn. Noor Hafiza binti Mahmud.14. Pn. Rusnaini binti Ismail.15. Pn. Norlida binti Abd. Aziz.16. Pn. Norlia binti Muda.17. Pn. Suriati Fazma binti Mohd Piah.18. Pn. Nur Azura binti Jusoh.19. Pn.Roshayati binti Ismail
1.UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana menghadiri mesyuarat pada hari ini.1.2Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul kitab Al-fatihah.
2. UCAPAN GURU BESAR.
2.1Guru besar berharap agar perkhemahan Persatuan Badan Beruniform yang akan diadakan dirancang dengan baik agar perlaksanaannya berjalan dengan lancar.2.2Setiap ahli jawatan kuasa yang terlibat harus memainkan peranan yang sewajarnya bagi memastikan perancangan yang dibuat Berjaya.2.3ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat kerana sanggup mengorbankan masa bagi merialisasikan kejayaan perkhemahan tersebut.
3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.
3.1Perkhemahan ini dicadangkan di buat di padang sekolah memandangkan kawasan padang yang luas dan selamat.3.2kemudahan pili air yang mengcukupi juga terdapat di situ,memudahkan penyediaan sumber air kepada peserta perkhemahan.3.3Aktiviti yang dirancang harus bersesuaian dengan keadaan cuaca .Aktiviti jungle trekking tidak boleh dilakukan pada waktu pagi memandangkan hujan yang turun pada waktu malam menyebabkan tanah menjadi licin. Keadaan ini amat bahaya kerana peserta perkhemahan mungkin akan terjatuh atau tergelincir semasa menjalankan aktiviti tersebut.
3.4 Aktiviti memasak juga perlu dijalankan mengikut masa yang sesuai Kerana tanah yang basah akan menyukarkan peserta menghidupkan api semasa aktiviti ini dijalankan.3.5 Jawatan kuasa penginapan perlu menyediakan tempat penginapan Bagi langkah berjaga-jaga untuk memindahkan peserta perkhemahan jika hujan lebat pada waktu malam.3.6 Guru yang bertugas mengawas peserta perkhemahan perlu datang mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini semasa ketiadaan guru.
4. LAIN-LAIN HAL.
4.1 Jadual aktiviti yang dirancang perlu fleksibel mengikut perubahan cuaca setempat.4.2Guru yang bertugas juga perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku hal kecemasan.4.2Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang dengan bacaan surah Al-Asyr.
Disediakan olehDisemak
__________________________ _____________________(EN.ZAYUFI HAIRIL B.MOHD YUNUS ) ( EN SOLAHUDIN BIN SULONG) Setiausaha Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gondang. Sekolah Kebangsaan Gondang.
SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHANPERSATUAN BADAN BERUNIFORMSEKOLAH KEBANGSAAN GONDANG 2013
BILNAMANO S/B
1ABDUL AZIZ BIN ZAHARIAT 83470
2ABDULLAH BIN ABDULL RAZAKAV 21084
3AHMAD ZAKARIA BIN MOBELAX 52937
4AMIRUL AIMAN BIN ZAIDIAV 21696
5AMRI HAKIM BIN MUHD MUDAAS 90274
6MUHAMMAD ABDUL IZZAT BIN MOHD ROSDANAX 48146
7MUHAMMAD AKHMAL AMIRUDDIN BIN ARIFAT 83196
8MUHAMMAD ARIF BIN JUNUSAX 48249
9MUHAMMAD FAKHRUL IMAN BIN IDRISAW 29262
10MUHAMMAD HAKIMI BIN IZEROILAV 21350
11MUHAMMAD HAZIM AKRAMIN BIN ZULKIFLIAV 21806
12MUHAMMAD IZZAIHAN BIN ZAHARUDDINAV 21686
13MUHAMMAD SHAH RIZDWAN BIN ISMAILAZ 21220
14MUHAMMAD SUFFIAN BIN MAMATAT 83205
15MUHAMMAD ZAFRAN BIN RAZALIAX 48034
16SYAFIQ AIMAN BIN SHUKRIAT 83805
17WAN MUHAMMAD HAMIZAN BIN WAN SAUFIAT 83024
18ATHIRAH BINTI HAMZIAV29998
19 NOOR FATNIN HAZIRAH BINTI ZULKIFLEEAW 25921
20NOR AINA ATHIRAH BINTI AZLIAV21273
21NOR DIANA NAZIHA BINTI AWANGAHAV 21433
22NUR ANIS ALIA BINTI YUSUFAV 21490
23NUR AZMIENA LIDIYA BINTI RAMLIAV 21418
24 NOR FARHANAH SYAFIQAH BINTI A.RAHMANAS 92137
25NUR SURAIDAH BINTI ZAHARIAV 84315
26NUR SYAHIRA BINTI NORDIN AV 21329
27NUR SYAMIMI NADHIRAH BINTI RUSLI AV21153
28NUR SYAMIMI NASUHA BINTI M.RAZALI AX 48201
29NUR SYAZWANIE SYAFIKAH BINTI IBRAHIMAX 50540
30 NUR ZAILATUL SAFIKAH BINTI M. HAMIZANAV20869
31NURILYANI BINTI MOHD YUSOF@MAJNUNAT 83242
32NURUL IZZAH BINTI ZARAWIAT 83317
33SITI NOR DAYINI BINTI AWANGAX 52045
34AHMAD SAUFI FIRDAUS BIN MOHAMADAY 61122
35AKHMAL DANIEL BIN ARIFAY 61335
36MUHAMMAD AIMAN BIN ZAINUDDINBA 01212
37MUHAMMAD ANIQ ASYRAF BIN KAMARUDINBA 03026
38MUHAMMAD HAZRIL NAIM BIN MAMATAY 61351
39MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN ROHAMDANAZ 78133
40MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ROZAIDIBA 03014
41MUHAMMAD RIDUAN BIN ABDULLAHAY 61164
42MUHAMMAD SAIFUDIN BIN ZAKARIAA 278342
43TG MUHAMMAD ZUHAIRI BIN TG ARIFFINAY 61141
44WAN MUHAMMAD LUQMAN BIN WAN SAUFIAY 61224
45AIN NABILA BINTI GHANIAZ 78162
46ANIS ALISYA BINTI MUKHTARAX 48403
47MARYAM SUHAILAH BINTI ZAKARIAAY 61216
48NUR ALIFAH ILYANA BINTI BAT LATIFAX 48371
49NUR MIZA SHAHIRAH BINTI M.FAUZIAX 48366
50NURUL AFIFAH BINTI YUSOPAX 48488
51NUR FARAH HANIS BINTI AHMAD AZMANBA 03186
52NURUL HAFIZA BINTI A.WAHABAZ 78046
53NURUL SYAFIQAH BINTI SHAHARUDDINAZ 35445
54SITI AINUR NAJWA BINTI MOHD BAHRIAY 61081
55SITI NORSAIDATUL JANNAH BT MUHIDINAX51673
56SITI UMAIRAH NAJWA BINTI ABD. RAHMANAY 61228
57WADIHAH BINTI ISMAILAZ 81165
58WAN NOR DALILA BINTI WAN SAUFIAY 61416
KEPUTUSAN PERTANDINGANPERKHEMAHAN PERSATUAN BADAN BERUNIFORM
1. PERTANDINGAN IKATAN DAN SIMPULAN
PERTAMAPatrol 4KEDUAPatrol 7KETIGAPetrol 1
Markah : 97Markah: 94Markah: 92
2. PERTANDINGAN BANTU MULA
PERTAMAPetrol 5KEDUAPetrol 1KETIGAPetrol 3
Markah: 96Markah: 93Markah: 90
3. PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA ( ROTI LILIT )
PERTAMAPatrol 1KEDUAPatrol 3KETIGAPatrol 7
Markah : 99Markah : 95Markah : 94
Rujukan kami: SKG( M ) 07/05/004 /JLD II ( 34 ) Tarikh : 30 Januari 2013Ketua Balai,Balai Polis Bukit Payong,21400 Marang ,Terengganu.
TuanMAKLUMAN BERKENAAN AKTIVITI PERKHEMAHANPERSATUAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan Sek. Keb. Gondang Marang akan mengadakan program di atas sebagaimana keterangan berikut :Tarikh: 21 23 Februari 2013.Hari: Khamis Sabtu.Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Gondang.2. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan bagi merujuk sebarang perkara yang berkaitan keselamatan peserta sepanjang program tersebut dijalankan.3. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.Saya yang menurut perintah________________________( Tn. Haji Maharudin bin Said ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gondang.
Rujukan kami: SKG( M ) 07/05/004 /JLD II ( 35 ) Tarikh : 30 Januari 2013Ketua Balai,Balai Bomba dan PenyelamatWakaf Tapai,21400 Marang ,Terengganu.
TuanMAKLUMAN BERKENAAN AKTIVITI PERKHEMAHANPERSATUAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan Sek. Keb. Gondang Marang akan mengadakan program di atas sebagaimana keterangan berikut :Tarikh: 21 23 Februari 2013.Hari: Khamis Sabtu.Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Gondang.2. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan bagi merujuk sebarang perkara yang berkaitan keselamatan peserta sepanjang program tersebut dijalankan.3. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.Saya yang menurut perintah________________________( Tn. Haji Maharudin bin Said ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Gondang.
Rujukan kami: SKG( M ) 07/05/004 /JLD II ( 36 ) Tarikh : 30 Januari 2013
PengarahPusat Kesihatan Bukit Payong,21400 Marang ,Terengganu.
TuanMAKLUMAN BERKENAAN AKTIVITI PERKHEMAHANPERSATUAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
Dengan hormatnya dimaklumkan Sek. Keb. Gondang Marang akan mengadakan program di atas sebagaimana keterangan berikut :Tarikh: 21 23 Februari 2013.Hari: Khamis Sabtu.Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Gondang.2. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik pihak tuan bagi merujuk sebarang perkara yang berkaitan kesihatan peserta sepanjang program tersebut dijalankan.3. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.Saya yang menurut perintah________________________( Tn. Haji Maharudin bin Said ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Gondang.LAPORAN KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
PERKARABILANGANJUMLAH
1PENDAFTARAN PESERTA,SUMBANGAN UNIT KOKO,PIBGRM1682.00
PERBELANJAAN
PERKARABILANGANJUMLAH
1SARAPAN PAGI RM4.00RM232.00
2MINUM PAGIRM3.00RM174.00
3MAKAN TENGAH HARIRM8.00RM464.00
4MINUM PETANGRM3.00RM174.00
5MAKAN MALAMRM8.00RM464.00
6MINUM MALAMRM3.00RM174.00
7JUMLAHRM1682.00
LAPORAN PERKHEMAHAN
SEBELUM PERKHEMAHAN.Sebelum perkhemahan dijalankan satu mesyuarat jawatan kuasa diadakan untuk melantik ahli jawatan kuasa dan membuat agihan tugas.Kemudian semua barang yang hendak digunakan disenaraikan.Ini penting untuk mengelakkan dari berlaku kekurangan peralatan semasa perkhemahan. Jadual bertugas dibentuk supaya perjalanan aktiviti yang dirancang tidak tergendala.Senarai semak barang diperiksa untuk memastikan segala kelengkapan dan bahan yang ada mengcukupi.Disamping itu tapak perkhemahan juga perlu diselia terlebih dahulu untuk memastikan keadaan tempat tersebut selamat untuk mendirikan khemah.Anggaran jumlah perbelanjaan juga dibuat untuk memudahkan urusan menempah makanan kepada peserta dan juga pegawai yang bertugas.SEMASA PERKHEMAHAN.Semasa perkhemahan berjalan punca bekalan air,elektrik dan tandas hendaklah dipastikan sempurna untuk digunakan.Beberapa orang pegawai yang dilantik akan bertugas mengawasi peserta perkhemahan terutamanya pada waktu malam.Untuk memudahkan urusan mengambil dan menghantar peralatan yang digunakan, satu tempat khas intuk menyimpan peralatan tersebut disediakan.ia juga dapat mengelakkan peralatan tersebut dari hilang.Selepas aktiviti terakhir selesai dijalankan, para pegawai yang terlibat akan mengadakan satu mesyuarat untuk mengenalpasti masalah dan cara untuk mengatasinya.SELEPAS PERKHEMAHAN.Khemah peserta dirobohkan dan disimpan seperti sedia asalnya.Semua peralatan yang digunakan dipulangkan dan dikira untuk memastikan jumlahnya mengcukupi dan berada dalam keadaan baik.Tapak perkhemahan dibersihkan dari sebarang sampah sarap secara bergotong-royong.
AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH.
PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA ( ROTI LILIT )
PERTANDINGAN BANTU MULA
LATIHAN KAWAD SETEMPAT.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Kertas kerja Perkhemahan Persatuan Badan Beruniform2