Download - KEK LAPIS IDOLA
https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/11665606_976087679098735_7115716545790416442_n.jpg?oh=4f549c6f208166dabc210c839acff803&oe=56117A03KEK
LAPIS IDOLABhn2x :
450gm buttercup
10 bj telo gred A
100gm gula halus
200gm susu pekat manis
50gm serbuk santan ( nok cocolin ya )
80gm srikaya
200gm horlick
200gm tpg hong kong
50gm milo
200gm coklat masakanCara membuatnya :
- buttercup & gula halus dipukul smpe kembang & putih
- msukkn telo 1 per 1 shgga hbis smbil dipukul
- msukkn susu & pukul smpe sebati
- msukkn srikaya & santan sebatikan ( pakey low speed )
- msukkn horlick & tpg sedikit demi sdikit smpe hbis &
sebatikn. ( low speed n kejap jak k )
- b kpd 4 lapisan plain ( 2 ats, 2 dibah )
-adunan selebihnya cmpo milo & coklat masakan yg dah
dicairkn.
- lapis n bakar kek ikut dlm gmba ya k.
- bakar ekot kepanasan oven msg2..kmk makey 130'c..
https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtp1/v/t1.0-9/11705281_918672664845555_2524237215122245667_n.jpg?oh=f32b99a0214fd6dee4338db4531202cd&oe=561527D2
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/v/t1.0-9/s600x600/11692720_866121846768842_4745047476452482041_n.jpg?oh=86b8679d7e973527cc95be75f553c75d&oe=561E523D&__gda__=1446181082_560ec793cf210ab4107a387affc08435KEK
DANDY
16 oz butter
10 bj telur.
1 tin susu pekat
1 gelas gula halus
2 sudu teh BP
2 sudu mkn ovalet
2 sudu esen
4 gelas tpg gandum( 1 gelas dicampur dlm buah2an yg telah dihiris
halus)
600g mixfruit
1 bgkus ceri merah
1bgkus ceri hijau
Pewarna kuning
Butter dan gula dipukul kembang. Masuk telur satu persatu. Masuk
ovalet, susu pukul lagi. Masuk tpg gandum + bp ,pewarna dan esen.
Gaul rata dan akhir sekali masuk mixfruit gaul sebati. Kukus 3@4
jam.
Selamat mencuba dr cikmai..***
http://1.bp.blogspot.com/-3n3mD7er050/UcA7ja9b_tI/AAAAAAAAAus/QV1t_48_sLI/s1600/Keklapis+027b1.jpg
BAHAN A
Gula Halus 250 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram
Bahan B
Telur 10 biji (Gred A)
Bahan C
Tepung Hong Kong 270 gram
Bahan D
Pewarna Merah + Perasa Strawberry
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Masam Manis
Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga KEMBANG dengan kelajuan yang
MAXIMA.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan
sama (Maxima) sehingga habis.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang PALING PERLAHAN
hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 adunan dan di diwarnakan/diperasakan merah,
kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin dasar loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan
sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang
kecil.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran
masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk
mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang langkah 3-7 sehingga habis adunan warna merah, Ulangi pula
untuk adunan Kuning dan Hijau.
9. Selang setiap lapisan , aturkan dengan masam manis.
Teknik nya: Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan
sudu supaya ia serata tebal nya. Aturkan masam manis diatas nya dan
dengan menggunakan hujung jari, tekan sedikit masam manis supaya
sedikit tenggelam kedalam. Ini adalah untuk mengelakkan masam
-manis sedikit garing jika terdedah kepada api semasa membakar.
Tekan sedikit sahaja sekadar ada sedikit lapisan tepung diatas nya.
Ratakan kembali adunan tepung.
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfa1/v/t1.0-9/11204473_1598727373712160_2498763561808066530_n.jpg?oh=99a10050cfd7c6c247d00f6ce8f7f826&oe=561AF025https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/v/t1.0-9/11103024_810957292329606_1611640807994466989_n.jpg?oh=3495d3f117bf74734707d302e22072d7&oe=56143FB6
KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIA
Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional
Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan
oven masing-masing
Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang
sahaja
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan
berkrim.
Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu
pekat sedikit demi sedikit.
Putar lagi hingga sebati.
Masukkan pewarna kuning jika suka.
Kacau lagi sebati.
Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar
hingga keperangan.
Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan
oven
Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah.
Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja
Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan
atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung
udara.
Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan
yang ketiga.
Sejukkan kek sebelum dipotong.Nota:
Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika
suka.
Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa
sendiri.
Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang
baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi.
Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
Cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian
susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan
seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan
susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan
masing-masing.
Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut
kepanasan oven masing-masing.
Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, setiap lapisan di sukat
dengan tepat.
Jangan sapu butter pada sekeliling loyang hanya sapu butter pada
dasar loyang sahaja dan lapis dengan kertas kek pada dasarnya ~
proses ini untuk dapatkan hasil lapisan yang rata dan tidak
beralun.
Jangan lupa untuk menekan dengan perlahan permukaan kek, selepas
setiap lapisan di bakar ini bertujuan untuk menghilangkan gelembung
udara yang terperangkap di dalam kek.
Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, sejukkan dahulu kek di
dalam peti ais. Kemudian potong dengan pisau yang tajam
Cara menyimpan kek, balut kek dengan plastik atau dengan aluminium
foil dan simpan di dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti
ais.
Khaira ZedIzz's photo.
Top of FormBottom of Form