Download - Kegunaan Statistik Dalam Kehidupan
KEGUNAAN STATISTIK DALAM KEHIDUPAN
Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.Webster’s Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprehensif sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis,tafsiran dan persembahan data numerik”.Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada
sains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Kepada ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu bidang matematik yang menghasilkan teori dankaedah untuk menganalisis data. Kesimpulannya, statistik bererti satu set teori dankaedah yang boleh digunakan untuk memahami data. Banyak daripada bidang-bidangakademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya.Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian. Kepada orang ramai, statistik bermaksud “angka” yang direkodkan mengikut kategori tertentu”.
Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentangkemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cederaparah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan KajiCuaca, misalnya, memberikanstatistik hujan/ ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistikpencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalampeperiksaan SPM. Kepada mereka yang menjalankan kajian pula, statistic merupakankaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian.Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk menyampaikan maklumatdalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untukmenunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkandengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai. Seterusnya, jikaseseorang penyelidik ingin melihat hubungan antara dua pembolehubah.Seterusnya, penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk merekabentuk(design) sesuatu penyelidikan, seperti merekabentuk eksperimen, dan menentukankaedah analisis data yang sesuai untuk sesuatu rekabentuk. Pengetahuan statistik jugadapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. Dalam bidang pengukuran pula, kaedah statistik digunakan untuk mengiraindeks kebolehpercayaan, indeks keesahan atau indeks keesahan ramalan. Terdapatdua jenis statistik yang digunakan dalam bidang pendidikan, iaitu statistik deskriptifyang digunakan untuk menjelaskan sesuatu ukuran (seperti min dan bidang sisihanpiawai); dan statistik inferensi yang digunakan untuk menguji hipotesis. Pernyataanstatistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yangpenting.Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran inferensi yang dikira daripadasampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.
SOALAN TUGASAN1. Ujian kecenderungan memusat membolehkan kita mendapatkan beberapa statistik yang relevan. Dapatkan satu set data berdasarkan skor markah ujian psikomotor dari sekolah.
a. Bentangkan skor tersebut mengikut taburan kekerapan dalam bentuk seperti jadual di bawah atau suaikan jika perlu. Berikan nilai N di bawah jadual tersebut.
Ujian Psikomotor digunakan untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran-kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Ujian ini juga membolehkan kita untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot , daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid.Di bawah ini dibentangkan skor mentah Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran yang mengukur jumlah lompatan , 25 orang murid berdasarkan tempoh masa tertentu.
x t f27 I 126 II 225 III 324 IIII 423 III 322 II 221 II 220 III 319 II 218 III 318 18 18 19 1920 20 20 21 2122 22 23 23 2324 24 24 24 2525 25 26 26 27
N = 25
b. Berdasarkan data anda, berikan nilai: min, median, mod, julat dan sisihan lazim. Berikan formula di mana perlu dan berikan langkah-langkah bagaimana anda mendapat jawapan anda. Gunakan jadual di mana perlu.(10 markah)
18 18 18 19 1920 20 20 21 2122 22 23 23 2324 24 24 24 2525 25 26 26 27Jadual menunjukkan bilangan 25 orang murid melakukan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran berdasarkan jumlah lompatan mengikut standard masa yang diberikan .
N = 25Min adalah kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmatik suatu set pencerapan. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.
i. Nilai Min : M = ΣΧ N18 +18+18+19+19+20+20+20+21+21+22+22+23+23+23+24+24+24+25+25+25+26+26+27 25
Maka , Min : 557 = 22.2825
Daripada nilai Min yang diperolehi, bolehlah dirumuskan bahawa nilai tersebut adalah kecil iaitu 22.28. Nilai ini menunjukkan bahawa kecergasan pelajar adalah di tahap sederhana. Min yang diperolehi adalah dipengaruhi oleh nilai skor rendah. Secara keseluruhannya bolehlah dibuat kesimpulan bahawa daripada
25 orang calon, hanya sebilangan kecil sahaja yang mendapat skor yang tinggi di dalam ujian ini.
ii. Median : Median adalah suatu nilai tunggal daripada set data yang mengukur item memusat di dalam data.item tunggal ini ialah paling tengah atau paling memusat dalam sesuatu set nombor. Median juga membahagikan set data kepada dua bahagian yang sama besar
18,18,18,19,19,20,20,20,21,21,22,22 , 23 , 23,23,24,24,24,24,25,25,25,26,26,27
. Median = 23
iii. Mod : Mod ialah satu ukuran kecenderungan memusat yang berbeza daripada Min tetapi agak menyerupai Median kerana ia bukanlah dikira melalui
proses aritmatik biasa. Mod ialah nilai yang paling kerap berulangan dalam set data.Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data.Sebelum mengenalpasti Mod , data hendaklah disusun secara sistematik bagi memudahkan proses pencarian.
18,18,18,19,19,20,20,20,21,21,22,22,23,23,23, 24,24,24,24, 25,25,25,26,26,27
Mod , ialah : 24
iv. Julat : Julat ialah perbezaan antara nilai tercerap paling tinggi dan paling rendah.Julat mudah dicari dan difahami tetapi kegunaannya sebagai ukuran serakan adalah terhad.
x t f27 I 126 II 225 III 324 IIII 423 III 322 II 221 II 220 III 319 II 218 III 3
Julat : 27 – 18 = 9
v. Sisihan Lazim (S) : Ia merupakan ukuran kebolehubahan yang biasa digunakan untuk memberi gambaran yang lebih lengkap tentang pencapaian calon-calon dalam sesuatu ujian. Sisihan lazim sangat berguna untuk membuat analisa terhadap taburan-taburan markah yang mempunyai min yang sama, tetapi sebaran yang jauh berbeza.
Untuk Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran ini , skor setiap pelajar diambil dan susun secara menaik agar mudah dikira. Nilai min diambil dan untuk mencari sisihan lazim skor setiap pelajar ditolak dengan nilai min kemudian di kuasa duakan. Jumlah semua skor tolak min yang telah dikuasa dua setiap pelajar diambil dan dimasukkan ke dalam formula.
Nilai min skor pelajar ialah 22.28 , nilai dua titik perpuluhan diambil untuk memudahkan pengiraan apabila mencari sisihan piawai nanti. Jumlah nilai skor tolak min kuasa dua ialah 179.93 dan jumlah semua pelajar adalah 25 orang. Semua formula dan jalan penyelesaian masalah diterangkan dengan lebih terperinci dengan berpandukan jadual skor yang telah disediakan.Bil Nama Skor (x) M ( X - M) ( X - M )21 Munir Sobri 27 22.28 4.72 22.272 Khairul Anuar 26 22.28 3.72 13.833 Sail Zain 26 22.28 3.72 13.834 Rodzuan Awang 25 22.28 2.72 7.395 Tan Lee Lin 25 22.28 2.72 7.396 Mohd Kamarul Hafiz 25 22.28 2.72 7.397 Nafsiah Hussain 24 22.28 1.72 2.958 Nur Syuhada Mohd Rosli 24 22.28 1.72 2.959 Vithiyambigai 24 22.28 1.72 2.9510 Tan Kar Ling 24 22.28 1.72 2.9511 Fara Nor Asmira Jastan 23 22.28 0.72 0.5212 Lim See Yee 23 22.28 0.72 0.5213 Norhafezah Mustapa 23 22.28 0.72 0.52
14 Norashikin Chahep 22 22.28 -0.28 0.0815 Nor Hernamawarni 22 22.28 -0.28 0.0816 Shahirah Md Rasid 21 22.28 -1.28 1.6417 Soo Mee Khuan 21 22.28 -1.28 1.6418 Radziah Zolkefli 20 22.28 -2.28 5.1919 Yogasheelan 20 22.28 -2.28 5.1920 Nur Afiq Daud 20 22.28 -2.28 5.1921 S. Uma shangkar 19 22.28 -3.28 10.75
22 Farah Nasuha Mohd Jumat 19 22.28 -3.28 10.7523 Roszita Rusli 18 22.28 -4.28 18.3224 Farah Dayana Sulaiman 18 22.28 -4.28 18.3225 Ahmad Danial Ali 18 22.28 -4.28 18.32JUMLAH 557 0.00 179.93N= 25
i) Min (Xi)M = ∑x Xi = minn x = skorn = jumlah pelajarM = 557 25
= 22.28
ii) Sisihan Lazim (S)S = 2.74
c. Apakah yang dapat dirumuskan dari dapatan di atas?(1 markah)
Sisihan Lazim (S)
S = 2.74
Nilai sisihan piawai yang diperolehi adalah kecil iaitu 2.74, jadi taburan skor mentah bagi kelas berkenaan adalah lebih homogen atau menyeluruh. Sisihan piawai mengambil kira nilai bagi setiap skor. Selain itu ia adalah digunakan untuk menghitung ralat. Oleh itu semakin kecil nilai sisihan piawai maka semakin kecil nilai ralat atau kesilapan yang terdapat di dalam ujian itu.
d. Bagaimanakah dapatan ini berguna kepada anda atau kepada sesebuah sekolah? Huraikan. Rujuk kepada Rajah 1.7 dalam modul anda.(2 markah)
Keperluan pengukuran dalam proses penilaian dapat memberikan guru dan sekolah maklumat berkaitan Ujian Psikomotor digunakan untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran-kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Ujian ini juga membolehkan kita untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot , daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid.Selain itu keperluan pengukuran juga melibatkan motivasi , penyelidikan , ramalan , Diagnosis , kelasifikasi , pencapaian dan penilaian pengajaran dan program. Ujian yang dijalankan sebagai alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Seorang guru selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan. Pertumbuhan otot saraf, pertumbuhan sosial dan emosi dan pertumbuhan organan merupakan tiga matlamat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani. Bagi matlamat pertumbuhan otot saraf, ianya adalah berkaitan dengan kebolehan motor seperti ketangkasan, kepantasan, kuasa, masa reaksi, kemahiran sukan, kinestetik, deria dan lain-lain kebolehan motor.
Kebanyakkan aktiviti sukan, ketangkasan dikalangan ahli sukan penting bagi menjamin kejayaan dalam acara sukan yang diceburi. Ketangkasan bererti mempunyai kemampuan fizikal yang membolehkan bergerak dengan pantas dan berkeupayaan mengubah posisi badan ke arah sasaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang cepat dan tepat.
Faktor prestasi fizikal (Physical Performance Factor) yang meliputi kekuatan, ketangkasan, kuasa, koordinasi, kepantasan, masa reaksi, kelembutan, keseimbangan dan sebagainya adalah antara faktor yang mempengaruhi pergerakan yang kompleks dan berkualiti. Oleh itu, ujian ketangkasan amatlah perlu bagi mengetahui tahap ketangkasan seseorang itu mencapai ke tahap yang diperlukan. Selain untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam sesuatu acara sukan dan permainan, keperluan ketangkasan yang baik juga amat penting dari segi keselamatan. Pada sesuatu situasi yang tidak dapat dijangkakan atau diluar kawalan, faktor ketangkasan diperlukan untuk bergerak balas dengan pantas bagi mengelakan sesuatu objek atau orang lain yang datang dari arah yang bertentangan.
Penjelasan perlu dalam penekanan bahawa ketangkasan bukan sahaja penting dalam sukan malah merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian. Setelah melihat akan peranan ketangkasan dalam Pendidikan Jasmani dan aktiviti sukan serta permainan dapatlah dikatakan bahawa ujian ketangkasan ini banyak kegunaan dan boleh diimplementasikan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan sukan. Di antara kegunaan ujian – ujian ketangkasan adalah seperti berikut :
a) merupakan salah satu cara bagi memperbaiki akan kelemahan kecergasan fizikal para pelajar.
b) Mengetahui keberkesanan sesuatu program latihan yang telah diadakan keatas pelajar – pelajar.c) Sebagai salah satu cara motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi dalam bidang yang diceburi.d) Merupakan faktor pengukuran dalam ujian ketangkasan kebolehan motor.e) Merupakan asas bagi meramal akan potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan.f) Membuktikan bahawa ketangkasan amat penting dalam kehidupan seharian.
Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya, meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Tetapi, mengukur prestasi seseorang murid dalam pelajaran misalnya, tidaklah semudah mengukur tinggi atau beratnya.
2. Sebagaimana yang kita maklum, terdapat beberapa kriteria pemilihan yang digunakan sebelum memutuskan kesesuaian sesebuah ujian pendidikan jasmani untuk pelajar di sekolah anda. Dapatkan salah satu ujian tersebut dari sekolah dan gunakan ujian ini sebagai asas untuk jawapan anda kepada ketiga-tiga bahagian di bawah. Sertakan salinan ujian ini bersama tugasan.
a. Apakah yang boleh anda simpulkan dari segi kesahan ujian tersebut ?Berikan sebab-sebab anda menyatakan demikian.
Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran dalam pendidikan jasmani ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisinya , kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian.
Sebagai seorang guru , selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya, meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya.
Menurut .Johnson & Nelson, (1986) menyatakan kesahan juga salah satu bentuk penilaian yang dikenali sebagai tafsiran kebolehpercayaan, terjadi apabila dua atau lebih individu mentadbir ujian yang sama, pada orang yang sama, pada orang yang sama dan memperolehi keputusan yang hampir-hampir sama. Kesahan bergantung sepenuhnya kepada kejelasan dan arahan ujian yang lengkap serta bagaimana prosedur ujian diikuti secara bersungguh-sungguh. Apabila penilai memperolehi catatan markah yang berbeza semasa menilai subjek yang sama, maka kesahan tidak berlaku.
Oleh itu, data-data yang diperolehi akan dikira sebagai tiada kebolehpercayaan dan kesahan. Percanggahan keputusan timbul apabila penilai menggunakan teknik pemarkahan atau penilaian yang berbeza dan juga apabila prosedur ujian tidak diikuti. Sebagai contoh; dua orang guru, Munir dan Rashid mengambil masa larian Khairul (berlari melalui beberapa kon). Munir menambah satu saat kepada skor akhir setiap kali kesalahan dilakukan, contohnya; melanggar kon. Rashid mencatat masa tanpa mengambil kira kesalahan yang dilakukan. Dengan itu catatan akhir amat ketara perbezaannya. Untuk memastikan adanya keobjektifan, penilai harus menilai subjek dengan cara yang sama dan mengikut prosedur ujian secara terperinci. (Strand,B.N.1993:11).
Penentuan kesahan sering dijalankan serentak dengan cara menentukan kebolehpercayaan. Kesahan diperolehi dengan kehadiran dua atau lebih penguji mentadbir ujian untuk kumpulan pelajar yang sama. Koefisyen kesahan akan dapat ditentukan daripada jumlah persefahaman di antara pentadbir-pentadbir ujian tersebut.(Miller,D.A. 1988). Dengan demikian, ujian yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang manfaat . Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu yang boleh diharapkan, dan mudah diperolehi.
b. Apakah ujian tersebut wajar dipilih untuk digunakan di sekolah anda?Nilaikan ujian yang dipilih berdasarkan kriteria berikut:i. Mudah ditadbirii. Kos pentadbiran ujianiii. Sumber manusia dan peralataniv. Memenuhi objektif
v. Mencabar dan bermakna(5 markah)
Pemilihan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria dan bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Sebagai guru prosedur penilaian haruslah meliputi segala proses pengujian dan pengukuran. Oleh itu, ujian merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan dan pemilihan ujian yang baik. Semasa ujian penilaian dijalankan, haruslah terdapat empat konsep asas yang sangat penting iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), keobjektifan (objectivity) dan norma (norms). Jika ujian penilaian yang dijalankan tidak memenuhi keempat-empat prinsip ini, maka keputusan yang boleh diperolehi tidak akan diterima melalui ujian pengukuran itu.
Selain itu aspek ujian yang dipilih berdasarkan ciri-ciri mudah ditadbir , kos pentadbiran ujian , sumber manusia dan peralatan , memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna. Antara ciri-ciri berikut adalah :
i. Mudah ditadbir adalah kerana Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran tidak memerlukan terlalu ramai penilai atau pembantu semasa proses ujian dijalankan. Arahan yang diberikan kepada pelajar mudah dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengambil ujian.
ii. Kos pentadbiran ujian tidak memerlukan peralatan yang mahal dan peralatan yang diperlukan telah sedia ada di sekolah. Contohnya jam randik dan pita penanda.
iii. Sumber manusia dan peralatan yang diperlukan mencukupi untuk dijalankan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran ini. Peralatan yang digunakan telah sedia ada diperolehi di sekolah.
iv. Memenuhi Objektif iaitu ujian yang dijalankan adalah untuk Mengukur Ketangkasan dan Kepantasan bergerak sambil mengubah haluan tubuh badan dalam jangka masa yang tercepat mengikut keupayaan individu. Keobjektifan, satu bentuk kebolehpercayaan yang dikenali sebagai tafsiran kebolehpercayaan, terjadi apabila dua atau lebih individu mentadbir ujian yang sama, pada orang yang sama, pada orang yang sama dan memperolehi keputusan yang hampir-hampir sama.(Johnson & Nelson, 1986)
Paksi Kolerasi ini diperolehi semasa perbandingan keputusan, yang mana membuktikan tahap persetujuan penilai berkaitan nilai pengukuran tersebut. Keobjektifan bergantung sepenuhnya kepada kejelasan dan arahan ujian yang lengkap serta bagaimana prosedur ujian diikuti secara bersungguh-sungguh. Apabila penilai memperolehi catatan markah yang berbeza semasa menilai subjek yang sama, maka keobjektifan tidak berlaku.
Oleh itu, markah-markah yang diperolehi akan dikira sebagai tiada kebolehpercayaan dan kesahan. Percanggahan keputusan timbul apabila penilai menggunakan teknik pemarkahan atau penilaian yang berbeza dan juga apabila prosedur ujian tidak diikuti.
v. Mencabar dan bermakna bermaksud Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran yang dijalankan amat penting demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Data yang diperolehi menunjukkan kesahan yang dapat membantu pihak sekolah dan guru menyediakan atlit yang benar-benar bersedia dari segi kecergasan psikomotor untuk sesuatu pertandingan.
c. Bagaimanakah anda akan merancang supaya ujian yang dipilih dilaksanakan dengan baik? Huraikan dalam konteks situasi anda dan pelajar di sekolah dari segi aspek berikut: persediaan pra-ujian, perlaksanaan ujian serta penilaian dan pelaporan ujian. Anda boleh merujuk kepada sub-topik 3.3. modul anda. (12 markah)
Sekolah Kebangsaan Perak , Jalan Seberang Perak, 05050 Alor Setar, Kedah, merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan peralatan yang mencukupi serta mempunyai ruang untuk menjalankan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran. Sebagai guru yang merancang ujian maka amat penting memastikan ujian yang dipilih dilaksanakan dengan baik. Perancangan dari aspek persediaan pra-ujian, perlaksanaan ujian serta penilaian dan pelaporan ujian dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran ujian. Penilai merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang dilakukan adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan ujian dan penilaian. memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian, memajukan arahan, pra perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian, merancangkan
ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan untuk
ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang diperlukan, dan memberi ujian.
Perancangan pra-ujian harus dikendalikan secara sistematik bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu ujian yang ingin dilaksanakan.Masalah pastinya akan berlaku semasa membuat perancangan sebelum dijalankan ujian. Namun demikian sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Pada keseluruhannya, pengalaman merupakan sumber yang amat penting dan berguna bagi menguruskan sesuatu persediaan pra-ujian sebelum dilaksanakan ujian. Ini adalah kerana, seseorang individu itu akan dapat mengenalpasti kelebihan dan juga kekurangan dalam aspek pengujianan.
Persedian pra-ujian yang dijalankan di sekolah ini , dijelaskan dengan terperinci di bawah:(a) Memahami ujianApabila guru melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali, guru akan membaca arahan atau manual ujian beberapa kali. Faktor ini bertujuan memahirkan tentang ujian yang penilai baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur , dimensi dan bentuk ujian tersebut.
(b) Memajukan prosedur ujianApabila guru sudah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan
sama ada seorang sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri.
(c) Memajukan arahanSelepas guru mengenal pasti prosedur, sebagai penilai ianya hendaklah memajukan tujuan. Ia bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan ujian tersebut terhadap penerima ujian.
(d) Menyediakan pelajar atau prosedur programPenilai sewajarnya memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka pelajar boleh berlatih. Ia akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka untuk menerangkan, sehari sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan markah ujian, dan memerhati latihan pra ujian tersebut.
(e) Merancangkan ujian percubaan dan pemanasanSebelum ini, guru mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang. Pemanasan hendaklah dilakukan secara terperinci terhadap kemahiran yang hendak dilakukan.
(f) Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujianGuru hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan danpersediaan kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka.
(g) Membuat kertas permarkahanMenyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian dilakukan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kertas permarkahan. Kad permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika melakukan ujian di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat selepas melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan.
(h) Menganggarkan masa ujian yang di perlukanApabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.
Perlaksanaan Ujian haruslah dirancangkan dengan teliti, penilaian yangdilakukan akan berjalan dengan lancar. Penilai mestilah mengambil berat sewaktu hari ujian itu dilaksanakan. Guru juga haruslah lengkap dengan persediaan para pengambil ujian, motivasi dan keselamatan.
(a) Persediaan Para pengambil ujian seharusnya mengetahui ujian apa yang akan dilakukan dan mengapa ujian itu di laksanakan. Perkara pertama sekali yang perlu diambil kira adalah latihan. Selepas itu, guru akan menerangkan arahan dan prosedur tersebut. Selain itu, bertanyakan ujian sebelum dan selepas persembahan itu dilakukan. Bagaimanapun, ini boleh mengurangkan ketepatan ujian, kerana bagi setengah ujian, pengambil ujian tidak harus tahu dengan mendalam. Ini boleh meningkatkan ketidakbolehpercayaan ujian tersebut. (b) MotivasiBerikan kepada semua pengambil ujian yang sama tahap motivasi dan galakan. Walaupun kita semua memberikan galakan terhadap pengambil ujian yang lemah, kita seharusnya memberikan layanan yang sama terhadap semua pengambil ujian. Jika perlu, nyatakan markah ketika para pengambil ujian melakukan percubaan yang pertama. Ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk lakukan yang terbaik untuk percubaan yang kedua. Elakkan memaklumkan markah yang boleh memalukan para pengambil ujian.
(c) KeselamatanSemasa sesi penilaian dilakukan, penilai atau guru haruslah perhatikan masalah keselamatan yang timbul. Para pengambil ujian akan mengabaikan keselamatan jika mereka tidak mengikut arahan.
Penilaian dan pelaporan merupakan aspek yang penting untuk guru lakukan supaya rasional melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan. Keputusan ujian dipulangkan kepada para peserta kerana ia akan lebih bermakna untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan termasuk dalam prosedur selepas ujian.
Menilai markah ujian dan menyimpan serta melaporkan keputusanujian diterangkan seperti berikut:
(a) Menilai markah ujianSelepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam computer untuk dinilai, menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran atau melaksanakan program dan memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah mereka sendiri. Pelaporan keputusan ujian kepada peserta adalah cara motivasi yang berkesan.
(b) Menyimpan dan melaporkan keputusan ujianMenyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Untuk pengetahuan bahawa kumpulan atau taraf kelas, selalunya berdasarkan keputusan ujain dan analisis anda. Walaupun tidak penting untuk mengenalpasti markah, selalunya dalam situasi di mana rekod kad yang tetap untuk setiap pelajar atau pengambil ujian itu disimpan. Ia melalui kad yang disimpan, di mana mengikuti perkembangan para pelajar daripada satu tahap ke satu tahap dan para peserta dari tahun ke tahun, di mana anda boleh mengenalpasti peningkatan dari masa ke semasa.
Kesimpulannya maka dapatlah dinyatakan bahawa dalam proses merancang perlaksanaan ujian , penilai seharusnya mematuhi beberapa kriteria yang perlu dilaksanakan supaya Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. Ujian-ujian pendidikan jasmani ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Seorang guru selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat,
akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan.
Dengan demikian, ujian yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang manfaat .Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu yang boleh diharapkan, dan mudah diperolehi. Prosedur penilaian meliputi segala proses pengujian dan pengukuran. Oleh itu, ujian merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan ujian yang baik.
Rujukan
Baechie,T.R.(1994).Essentials of Strength Training and Conditioning.Champaign,Illinois:Human Kinetics
Barrow, H.M & Mc Gee.R.(1979). A Practical Approach To Measurement forEvaluation in Physical Education (3rd ).Phil: Lea & Febiger.
Baumgartner, T.A and Jackson, A.S. (1991). Measurement for Evaluation inPhysical Education and Exercise Science (4th ed.). Dubuques :Wm.C.Brown.
Morrow Jr., Jackson, A.W., Dish, J.G, & Mood, D.P. (1995). Measurement andEvaluation in Human Performance. Champaign : Human Kinetics
Safrit, M.J.(1990).Introduction to Measurement in Physical Education and Exercise Science.St.Louise:Times Mirror/Mosby.
Sharkey, B.J (1977) Fitness and Health (4th ed). Champaign : Human Kinetics.
Sheikh Kamarudin Bin Sheikh Ahmad.(1987).Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Jasmani Dan KementerianBelia Dan Sukan Malaysia.
Borhan (2007). HBPE2203 Ujian , Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Open University Malaysia.
http://www.atozfitness.com/http://www.athletesnetwork.com/pat.htmhttp://www.usask.ca/sportmedsci/exphys/testex.htmhttp://www.usask.ca/sportmedsci/exphys/related.htmhttp://www.humankinetics.com/products/subjectareas.cfm?suic=0SThttp://www.hampshire.police.uk/Recruitweb/recruitfit.htmhttp://google.yahoo.com/bin/query?p=sport+agility+test&hc=0&hs=0 http://www.topendsports.com/testing/sport-hockey.htmhttp://www.topendsports.com/testing/agility.htm
TUGASAN REFLEKSI MODUL PENGURUSAN DATA
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
SEJARAH DAN KEGUNAAN STATISTIK
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menjelaskan serba ringkas tentang sejarah dan kegunaan statistik dalam
kehidupan sehari-hari. Ia merupakan 1 unit disiplin yang menguruskan kesemua aspek
dalam pengumpulan, pemerosesan, perwakilan dan pentaksiran data. Idea statistik pada
asalnya satu koleksi maklumat tentang dan untuk mengira negara iaitu mengira cukai,
bilangan penduduk dan sebagainya. Folks (1981) menjelaskan statistik berasal daripada
perkataan latin yang membawa maksud negeri. Statistik mula muncul dalam bentuk cetakan
pada pertengahan kurun ke-18 oleh Gottfried Achenwell yang merupakan seorang falsafah
Jerman dan seterusnya mula direkodkan oleh John Graunt dalam sebuah buku Natural and
Political Observation On The Bills pada pertengahan 1600. Sekitar kurun ke-20, teori-teori
kebarangkalian yang baru muncul dan menyebabkan berkembangnya kegunaan statistik
yang banyak digunakan dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, industri dan lain-lain.
Statistik telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang antaranya pendidikan,
sosial, sekonomi, perubatan, politik dan sebagainya. Peranan dan kegunaan statistik kini
semakin meluas dan telah menjadi salah satu aktiviti sains yang memungut, menganalisis,
mentafsir dan mempersembahkan data, sebagai cabang metematik, sebagai sukatan kursus
pengajian, kenyataan dan angka, pengukuran yang diambil dari sampel dan juga sebagai
taburan yang digunakan untuk menganalisis data.
2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1.Ilustrasi Secara
Visual
Piktograf, carta pai, graf, garisan, carta palang, histogram,
poligon
2. Statistik Satu unit disiplin yang menguruskan kesemua aspek
3. Statistik inferensiDigunakan dalam bidang penyelidikan, kejuruteraan, industri
dan sebagainya.
4. Graf
Menggambarkan data, memperihalkan data, membaca
maklumat daripada paparan visual, jadual-jadual, senarai-
senarai dan sebagainya
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Sejarah sesuatu tajuk amat penting untuk dipelajari. Sejarah ini perlu diperkenalkan kepada
murid-murid terlebih dahulu sebelum memperkenalkan kepada mereka sistem metrik
antarabangsa. Ini kerana murid perlu mempunyai pengalaman hands-on yakni secara
praktikal berkaitan dengan statistik dan mengaitkan pengalaman sedia ada murid dalam
kehidupan sehari-hari. Mereka perlu mahir mengumpul, membanding, membuat senarai,
mengintepretas data yang diperlukan. Unit ini juga memberi pengalaman kepada murid
membuat pengurusan data, membantu mengendalikan aktiviti seharian dengan adanya
kemahiran dalam tajuk pengurusan data.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini secara ringkas membincangkan bagaimana data dikumpul, diurus menggunakan
dengan pelbagai kaedah. Antaranya ialah pembolehubah iaitu satu ciri yang berbeza antara
seseorang atau sesuatu benda kepada yang lain. Ia dihitung melalui pembolehubah
kuantitatif, kualitatif, diskret dan selanjar. Data diskret pula ialah data yang cuma boleh
mengambil nilai tetap atau nilai tepat sahaja, manakala data selanjar pula ialah data yang
hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan tidak boleh mengambil satu nilai tunggal atau
satu nilai tepat. Data kuanlitatif merupakan angkat-angka atau skor-skor yang tidak
mempunyai nilai kuantiti seperti jantina, warna dan sebagainya. Pengumpulan data pula
merupakan salah satu cara biasa yang digunakan dalam mengurus data iaitu dengan
meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan data yang terkumpul
dalam sesuatu kelas dikenali sebagai kekerapan dan apabila disatukan dalam satu jadual
mengikut kelas dan kekerapan dikenali sebagai taburan kekerapan dan taburan kekerapan
relatif.
2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Statistik deskriptif
Mengandungi pelbagai kaedah untuk menguruskan data,
meringkaskan maklumat atau data yang diperolehi agar mudah
dibaca dan dikesan.
2. Data kualitatif
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai
pembolehubah kualitatif yang mana ia terdiri daripada angka-
angka atau skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti
3. Data kuantitatif
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai
pembolehubah kuantitatif yang mana ia terdri daripada angka-
angka atau skor-skor yang mempunyai nilai berangka.
4. Data diskretData yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai
satu pembolehubah diskret dengan cara membilang.
5. Data selanjar
Data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai
satu pembolehubah selanjar yang hanya boleh diberi nilai
dalam suatu julat dan tidak boleh mengambil satu nilai tunggal
atau satu nilai tepat.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Secara keseluruhannya, unit ini memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang
cara-cara pengumpulan dan pengurusan data. Ia penting terutama dalam profesion
keguruan ia membantu guru-guru mengurs tadbir taburan markah peperiksaan murid.
Disamping itu juga ia bukan sahaja membantu dari segi pengurusan murid malah membantu
guru dalam mengumpul maklumat untuk tujuan penganalisisan data-data yang diperolehi
untuk tujuan penyelidikan dan kajian. Penyelidikan dan kajian dalam bidang pendidikan
penting agar berlakunya penambahbaikan dalam pendidikan terutama sekali dalam
pengajaran dan pembelajaran guru.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
PERWAKILAN DATA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini pula mengutamakan pengumpulan, pengurusan, perwakilan, penganalisisan,
mengintepretasi data. Melalui perwakilan data, beberapa peringkat perwakilan data telah
digunakan iaitu dengan adanya masalah yang telah dikenalpasti, beberapa soalan akan
dikemukan bertujuan untuk pengumpulan data. data-data akan dianalisis dan seterusnya ke
peringkat akhir iaitu keputusan interpretasi dilakukan. Melalui data-data maklumat yang
diperolehi, seterusnya ia akan diwakilkan menggunakan pelbagai cara paparan data yakni
secara bergambar seperti carta, graf. Persembahan visual ini lebih mudah dan jelas
difahami jika dibantu menggunakan pelbagai perisian antaranya Microsoft Excel mahupun
Microsoft Powerpoint. Melalui perwakilan data ia akan membantu pemilihan perwakilan data
yang antara lainnya seperti piktogram, gundalan, carta palang menegak, carta palang
melintang, carta palang berganda, carta pai, histogram, graf garisan, graf garis berganda,
dan poligon kekerapan.
2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Menyusun data
Suatu tugas yang penting di mana sebahagian data boleh
dengan mudah disusun mengikut turutan angka atau turutan
abjad.
2. Gundalan Kaedah mengira dalam kumpulan lima-lima
3.Carta Palang
Melintang
Graf yang menggunakan palang-palang atau bar yang dilukis
dari kiri ke kanan
4. Carta PaiCarta yang berbentuk bulatan yang dibahagi kepada beberapa
bahagian atau sektor
5. HistogramSatu bentuk paparan data bergambar khas untuk data
kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Pembelajaran unit ini amat penting agar kita dapat memilih perwakilan data kita yang paling
baik dan sesuai untuk diguna pakai bag tujuan tertentu mengikut situasi tertentu. Kesilapan
memilih boleh mengelirukan dan membawa kepada kesimpulan yang salah dari takrifan dan
maklumat yang sebenar. Selain itu juga, adalah amat penting untuk para pendidik
memahami unit ini agar tidak berlaku kesilapan penyampaian pengajaran kepada murid-
murid mahupun kepada penerima maklumat. Ini kerana data yang digunakan bukan sahaja
untuk tujuan kajian dan penyelidikan malahan digunakan dalam aktiviti sehari-hari.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sukatan kecenderungan memusat merupakan salah satu cara memperihalkan data secara
statistik diskriptif. Data yang diperolehi melalui sampel kajian dalat dijelaskan dengan purata
data tersebut dan memperlihatkan perbezaan satu data dengan data yang lain. Sukatan
kecenderungan memusat dapat menghasilkan maklumat berkaitan titik tengah pada satu
kumpulan nombor. Cara yang digunakan ialah dengan mengunakan min, median dan mod.
Sukatan kecenderungan memusat adalah berbeza bagi data tidak terkumpul dan data
terkumpul. Min ialah purata bagi kumpulan angka dan sangat dipengaruhi oleh setiap nilai
didalam set data. Ia dikira dengan menjumlahkan semua nilai didalam set data dan
membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan data dalam set data. Median pula ialah titik
tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara menaik dan boleh digunakan untuk
data ordinal, interval dan ratio. Ia tidak dipengaruhi oleh nilai data ekstrem yang terbesar
atau kecil. Manakala mod pula merupakan nilai paling kerap yang wujud didalam set data. Ia
amat sesuai untuk semua jenis pengukuran data.
2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Min Purata bagi semua nilai populasi atau sampel
2. Median
Nilai cerapam ditengah apabila semua cerapan tersebut
disusun mengikut urutan. Sekiranya terdapat dua titik tengah,
maka median ialah purata bagi dua nilai tengah itu.
3.
Sukatan
kecederungan
memusat
Ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu
taburan data dan ianya merupakan asas pengukuran dalam
statistik
4. Bimodal Set data yang mempunyai dua mod model
5. Berbilang modal Set data yang mempunyai lebih dari dua mod
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
SUKATAN SERAKAN
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini membincangkan tentang sukatan serakan yang asasnya adalah julat, varian, sisihan
piawai, sukatan serakan berdasarkan kuartil dan sukatan serakan berdasarkan persentil.
Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan.
Set data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan yang lebih besar
berbanding dengan set data yang berkumul rapat. Julat sesuatu data dapat diperolehi
dengan mencari perbezaaan nilai terbesar dan nilai terkecil dalam set data. Manakala
sisihan piawai boleh diperolehi dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua nilai
varian. Berikut merupakan rumus bagi nilai varian dan
. Kuartil-kuartil pula merupakan sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set
data yang telah disusun mengikut tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat
bahagian yang sama. Kuartil ini adalah Q1 (25%), Q2 (50%), Q3 (75%), daripada jumlah
bilangan cerapan dalam set data yang mempunyai nilai kurang daripadanya. Persentil pula
set data yang mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama dan mempunyai 99
persentil-persentil. Kuartil dan persentil bagi taburan data terkumpul boleh dianggarkan
daripada lingkungan kekerapan kumulatif (ogif).
2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. JulatPerbezaan nilai terbesar dan nilai terkecil dalam sesuatu set
data
2. Sisihan piawaiDiperolehi dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua
nilai varian
3. Kuartil
Sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data
yang disusun mengikut tertib sama ada menaik atau menurun
kepada empat bahagian yang sama.
4. Persentil
Sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data
yang disusun mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian
yang sama.
5. Kekerapan kumulatif Jumlah bilangan data yang kurang daripada satu nilai tertentu
Label: TUGASAN SEMESTER 4
0 U L A S A N :